tips khb3 nota bab 1

Upload: ibrahanis

Post on 08-Mar-2016

221 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Nota KHB Teras Ting 3

TRANSCRIPT

Penghasilan produk baru atau pengubahsuaian produk yang mempunyai nilai komersial dan memenuhi keperluan serta kehendak pengguna.

KHB TINGKATAN 3

BAHAGIAN TERAS

BAB 1 - REKACIPTA

Penghasilan produk baru atau ________________ produk yang mempunyai nilai komersial dan memenuhi keperluan serta kehendak pengguna.

Proses reka cipta :1.1 Pengenalpastian masalah

A) Mengenal pasti masalah

Suatu reka cipta yang dihasilkan mestilah dapat menyelesaikan ___________________ yang ada.

Cth : alat tulis bersepah, sukar untuk dicari apabila diperlukan dan dokumen penting selalu hilang oleh itu penyelesaian nya menghasilkan rak menyimpan alat tulis. Tema : penyimpanan

Kenal pasti masalah-masalah yang dihadapi dan cara mengatasinya serta membina tajuk atau ________________ sebagai panduan. Ini dikenali sebagai Penyataan Masalah.

B) Mengumpul maklumat dan data

Maklumat : Info terkini tentang sesuatu produk.

Data : Info terperinci mengenai sesuatu masalah. Boleh diperolehi daripada katalog, lembaran spesifikasi dan manual produk. Cara dapatkan maklumat dan data:

Pengalaman sendiri

Pembacaan dan penyelidikan

Soal selidik

Melayari internet

Lawatan

Bimbingan guru Pemerhatian

C) Menganalisis maklumat

Maklumat yang dikumpul perlu dianalisis supaya dapat dirumuskan. ________________ maklumat dilakukan dari segi: Saiz, Bahan, Warna, Ketahanan, Keselamatan, Kapasiti , Kelebihan dan kekurangan setiap produk.D) Menyenaraikan idea penyelesaian masalah

Cara mencetuskan idea :

Secara tidak sengaja

Soal selidik

Pemerhatian

Pembacaan

Galakan pihak tertentu

Bakat semula jadi

1.2 Pemilihan ideaMenilai dan memilih idea yang paling sesuai, Aspek yang diambil kira :

Keupayaan kendiri kemampuan fizikal, kemudahan dan masa.

Pengetahuan dan kemahiran skill yang mencukupi.

Bahan dan komponen sesuai dan mudah didapati.

Cara pembuatan - teknik pembuatan tepat agar produk berkualiti.

Kepentingan produk dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi

Mesra _________ elakkan produk yang boleh cemarkan alam dan tidak selamat.

1.3 Perekaan projek

Proses untuk membentuk projek yang hendak dikeluarkan. Perekaan projek dibuat dalam bentuk lakaran dan lukisan kerja. Lakaran merupakan terjemahan idea dalam bentuk grafik. Lakaran ditunjukan dalam bentuk 2dimensi (2D) atau ____________(3D). Di bawah ditunjukkan carta alir proses perekaan projek.

Melakar beberapa reka bentuk projek

Contoh lakaran projek

1.4 Pemilihan reka bentuk

Menilai dan memilih konsep reka bentuk, Faktor utama penilaian reka bentuk :

Fungsi - berfungsi dengan berkesan

Rupa bentuk sesuai & menarik

Kesesuaian bahan sesuai & mudah diperolehi

Kaedah binaan sesuai & _______________

Ketahanan tahan lasak

Kos tidak terlalu tinggi

Kemasan sesuai & menarik

Keselamatan selamat digunakanNilai komersial berpotensi untuk dipasarkan

Menbuat lukisan kerja berdasarkan lukisan unjuran ortografik

1.5 Perancangan pembinaan projek

Dilakukan dengan sistematik.Mengenal pasti bahan, alatan dan kesesuaiannya supaya tidak menjejaskan kesempurnaan projek dan memastikan kelancaran pembinaan serta ____________ pengguna

1.Mengenal pasti bahan yang nak digunakan berdasarkan ciri-ciri berikut:

Ciri-ciri dan bentuk bahan

Fungsi dan kegunaan bahan

Tahap keselamatan bahan

Perbezaan dari segi kualiti dan gred bahan

2.Mengenal pasti dan memilih alatan yang sesuai

ProsesAlatan tangan yang sesuai

Mengukur & menandaPita pengukur, pensel, pembaris keluli, sesiku L, tolok serong

MemotongGergaji tangan, gergaji putting,gergaji lengkung halus

MembentukPahat tepi serong, kikir parut

MencantumTukul kuku kambing, tukul warrington, gandin kayu

KemasanBerus cat, berus syelek, pengikis, penyembur cat

3. Membuat jadual kerja;

Jadual kerja dibuat secara ________________ dan teliti. Semua aspek seperti bahan, alatan dan masa perlaksanaan diambil kira

4. Pengiraan kos pengeluaran

Formula: Kos pengeluaran = Kos Bahan mentah + Kos Upah + Kos Overhed

Spesifikasi;

Kos bahan mentah:

kos perbelanjaan yang digunakan untuk membeli bahan _____________ cth kayu,keluli dll

Kos Upah:

kos bayaran tenaga pekerja yang digunakan (upah/gaji pekerja). Kos Overhed:

kos perbelanjaan ______________ seperti membayar bil air,bil elektrik,sewa dll

1.6 Pembinaan, pengujian dan pengubahsuaian projek1.Mengukur, menanda dan memotong - Gunakan alat yang sesuai.2.Membina dan mencantum bahagian projek - Pembinaan tanggam, mengglu, memaku, memasang skru dan meribet.

3.Bahan & alatan mesti sesuai - Memeriksa dan menguji sambungan dan pemasangan.4.Memastikan projek kukuh & berfungsi.5.Menguji dan menilai projek - Memastikan projek berfungsi sepenuhnya.

6.Sebarang pengubahsuaian dilakukan pada peringkat ini. Membuat kemasan.Bahan ; tepung penyumbat, syelek, lekar, cat dan pelekat

Tujuan :

i. Menghasilkan permukaan licin & cantik

ii.Melindungi permukaan projek

iii.Memudahkan kerja pembersihan

iv.Selamat untuk digunakan

1.7 Pendokumentasian

Dibuat dalam bentuk folio.Mengumpul dan merekodkan maklumat berkaitan projek yang dibina.Dokumentasi : laporan lengkap secara bertulis mengenai projek yang telah disiapkan.

1.Tajuk projek atau nama produk : Rak pelbagai guna

2.Latar belakang :

a) Pernyataan masalah : Meja bersepah kerana ruang menyimpan tidak sesuai

b) Produk sedia ada : tidak sesuai, kurang menarik dan penggunaan terhad

c) Cadangan projek : menyediakan satu rak pelbagai guna

3.Objektif dan fungsi produk : Menyimpan alat tulis dan kotak cakera padat

4.Deskripsi produk, Bahan dan komponen :

a) Menyenaraikan semua bahan dan komponen yang digunakan untuk membuatproduk dari segi jenis, kuantiti dan kos

b) Jadual kerja - Merekod aktiviti semasa pembinaan secara sistematik

c) Lukisan kerja - Mengandungi lukisan kerja projek yang akan dibuat & maklumat yang berkaitan dengan pembinaan.d) Pembinaan - Menyenaraikan langkah2 kerja dalam pembinaan projek. Menyatakan jenis pengujian yang dilakukan untuk menguji pemasangan & penyambungan dan keputusan ujian perlu dilaporkan.5.Rujukan atau bibliografi - senarai bahan rujukan.6.Lampiran.Membuat persembahan projek

Tujuan :

Menyatakan ciri-ciri projek seperti fungsi, jenis bahan, kos dan keistimewaan projek & produk. Merangkumi pengenalpastian masalah perancangan projek, pembinaan projek, kemasan dan pengiraan kos. Menyatakan masalah yang dihadapi ketika menjalankan proses penghasilan projek

Memberi maklumat tepat dan jelas. Menyediakan bahan-bahan yang dapat membantu persembahan dan harus disediakan seperti gambar dan carta. Mendapatkan komen membina daripada kawan dan guru. Memperbaiki kualiti produk.Idea terbaik

Lakaran

Prototaip

Lukisan Kerja

Model awal

Sesi kritikan

Sesi kritikan

Sesi kritikan

Tidak

Tidak

Tidak

Ya

Ya

Ya