tinjauan terhadap pelaksanaan mata pelajaran … filetinjauan terhadap pelaksanaan mata pelajaran...

22
TINJAUAN TERHADAP PELAKSANAAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP TAHUN LIMA DI TIGA BUAH SEKOLAH KEBANGSAAN DI DAERAH KUALA TERENGGANU TN. HAYATI @ TN. NORHAYATI BT. TN. DAGANG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 07-Sep-2019

21 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

TINJAUAN TERHADAP PELAKSANAAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN

HIDUP TAHUN LIMA DI TIGA BUAH SEKOLAH KEBANGSAAN DI

DAERAH KUALA TERENGGANU

TN. HAYATI @ TN. NORHAYATI BT. TN. DAGANG

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TINJAUAN TERHADAP PELAKSANAAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN

HIDUP TAHUN LIMA DI TIGA BUAH SEKOLAH KEBANGSAAN DI

DAERAH KUALA TERENGGANU

TN. HAYATI @ TN. NORHAYATI BT. TN. DAGANG

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran

Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2008

DEDIKASI

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Segala pujian atas

limpah kurnia Allah s.w.t tuhan seluruh alam. Selawat dan salam atas junjungan nabi

Muhammad s.a.w.

Buat Ayahanda dan Bonda,

Hj. Tuan Dagang bin Embong &

Tuan Teh binti Embong

Tiada apa yang dapat ku bicarakan, hanya doamu mengiringi setiap detik perjalanan

hidup anakandamu ini. Harapanmu lebih sedekad yang lalu kini telah ku tunaikan

jua.

Buat Kekanda dan Adinda,

Tuan Semerang bin Tuan Dagang &

Tuan Abdul Halim bin Tuan Dagang

Pengorbanan yang kalian berikan terlalu tinggi nilainya. Budi dan jasa kalian akan ku

kenang hingga ke akhir hayat.

Buat Teman Seperjuanganku......

Dari kumpulan PKPG – KH (IPTI) serta semua warga PKPG – KH sesi 2005 – 2008,

segala bantuan yang kalian hulurkan tidak akan kulupakan.

Terima kasih semuanya.

Berjaya jua kita akhirnya...........

PENGHARGAAN

Saya bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurniaanya saya

telah berjaya menyiapkan kertas projek penyelidikan ini yang merupakan sebahagian

daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup). Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan

setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah pembimbing iaitu Dr. Lokman bin

Mohd Tahir kerana sudi meluangkan masa dan memberi nasihat untuk keseluruhan

kertas projek ini.

Saya ingin juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada murid tahun lima

yang telah menjadi responden kepada kajian ini. Ucapan terima kasih ditujukan

kepada guru besar di tiga buah sekolah yang telah membantu saya dalam

mendapatkan maklumat bagi menyiapkan kertas projek ini.

Seterusnya, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan ini kepada semua

pihak yang terlibat secara tidak langsung dalam membantu saya menyiapkan kertas

projek penyelidikan ini.

Sekian, terima kasih.

ABSTRAK

Kajian ini merupakan satu kajian berbentuk deskriptif yang bertujuan untuk

meninjau pelaksanaan Kemahiran Hidup di kalangan murid tahun lima. Responden

yang terlibat dalam kajian ini seramai 223 orang pelajar tahun lima di tiga buah

sekolah kebangsaan di daerah Kuala Terengganu. Tumpuan kajian ini adalah untuk

mengkaji penggunaan bengkel, penggunaan peralatan dan bahan, kemahiran guru

semasa proses pengajaran dan pembelajaran serta faktor persekitaran yang

mempengaruhi minat pelajar terhadap mata pelajaran Kemahiran Hidup dengan

menggunakan soal selidik sebagai instrumen utama kajian. Nilai kebolehpercayaan

instrumen kajian adalah α = .90. Kaedah soal selidik digunakan bagi mendapatkan

maklumbalas dari responden. Data-data yang dikumpulkan dianalisis dengan

menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for the Social Science Version

11.5) untuk mendapatkan stastistik deskriptif seperti frekuensi, peratus dan min.

Keseluruhan hasil kajian ini dapat menggambarkan bahawa pelaksanaan sukatan

Kemahiran Hidup tahun lima di tiga buah sekolah di daerah Kuala Terengganu

berada pada tahap memuaskan. Beberapa cadangan telah dikemukakan untuk

mengatasi masalah kelemahan dalam penyediaan kemudahan di bengkel supaya

proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

ABSTRACT

The purpose of the study is to investigate the implementation Living Skills

subject among year five students. The sample of this research was 233 year five

student in three national schools in the district of Kuala Terengganu. The focus of the

study was to investigates the usage of the workshop, equipment and material, current

teacher skill and education, learning process and environment factor that influenced

student’s interest to learn Living Skills subject. The overall for this instrument was α

= .90. Questionnaires were used as the main instruments for the research. The data

was analyzed by using SPSS (Statistical Package For Social Science Version 11.5).

Descriptive statistics such as frequency, percentage and mean were used. The finding

of the research showed that the syllabus of year five Living Skills have been

implemented in satisfyingly at primary schools. Based on the findings, researcher

forward some proposals to the enhanced facility preparation at the workshops.

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN TESIS

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI SINGKATAN xiii

1 PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan 1

1.1 Latar Belakang Kajian 3

1.2 Penyataan Masalah 6

1.3 Objektif Kajian 6

1.4 Persoalan Kajian 7

1.5 Kepentingan Kajian 7

1.6 Batasan Kajian 9

1.7 Definisi Istilah 9

1.8 Kesimpulan 11

2 SOROTAN KAJIAN

2.0 Pengenalan 13

2.1 Kajian berkaitan kurikulum kemahiran

hidup bersepadu 13

2.2 Kepentingan penggunaan bengkel dalam

pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup. 15

2.3 Penyediaan peralatan dan bahan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup. 16

2.4 Kesan pengajaran dan pembelajaran oleh guru. 17

2.5 Kepentingan minat murid dalam mata pelajaran

Kemahiran Hidup. 19

2.6 Kesimpulan 21

3 METODOLOGI KAJIAN

3.0 Pengenalan 22

3.1 Reka Bentuk Kajian 22

3.2 Tempat Kajian 23

3.3 Populasi dan Sampel Kajian 23

3.4 Instrumen Kajian 24

3.5 Prosedur Kajian 26

3.6 Kajian Rintis 27

3.7 Analisis Data 29

3.8 Rumusan 31

4 ANALISIS DATA

4.0 Pengenalan 32

4.1 Analisi Bahagian A 33

4.2 Analisis Bahagian B 35

4.2.1 Analisis Persoalan Kajian Pertama 36

4.2.2 Analisis Persoalan Kajian Kedua 38

4.2.3 Analisis Persoalan Kajian Ketiga 40

4.2.4 Analisis Persoalan Kajian Keempat 42

4.3 Analisis Keseluruhan 44

4.4 Penutup 45

5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.0 Pengenalan 46

5.1 Perbincangan

5.1.1 Bahagian A 47

5.1.2 Bahagian B

5.1.2.1 Persoalan Kajian 1 48

5.1.2.2 Persoalan Kajian 2 49

5.1.2.3 Persoalan Kajian 3 52

5.1.2.4 Persoalan Kajian 4 53

5.2 Rumusan 54

5.3 Cadangan 55

5.3.1 Cadangan kepada guru-guru Kemahiran

Hidup 56

5.3.2 Cadangan kepada pihak sekolah 56

5.3.3 Cadangan kepada ibu bapa 57

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 58

5.5 Penutup 58

RUJUKAN 59

LAMPIRAN

LAMPIRAN A 64

LAMPIRAN B 70

LAMPIRAN C 72

LAMPIRAN D 73

LAMPIRAN E 74

LAMPIRAN F 76

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Nama Sekolah dan Jumlah Pelajar Tahun 5 24

3.2 Taburan Item Soal Selidik Mengikut Persoalan

Kajian 25

3.3 Taburan Bentuk Statistik Mengikut Persoalan Kajian 25

3.4 Pemeringkatan Skala Likert 26

3.5 Nilai Alpha Mengikut Persoalan Kajian 28

3.6 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Peratus 30

3.7 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Nilai Min 30

4.1 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 33

4.2 Taburan Responden Berdasarkan Bangsa 33

4.3 Taburan Responden Berdasarkan Mata Pelajaran

Yang Diminati 34

4.4 Taburan Responden Berdasarkan Markah

Peperiksaan 34

4.5 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratusan

Dan Min Bagi Penggunaan Bengkel 36

4.6 Taburan Bilangan Responden Mengikut Skor Min

Penggunaan Bengkel 37

4.7 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratusan

Dan Min Bagi Penggunaan Peralatan dan Bahan 38

4.8 Taburan Bilangan Responden Mengikut Skor Min

Penggunaan Peralatan dan Bahan 39

4.9 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratusan

Dan Min Bagi Kemahiran Guru semasa Proses

Pengajaran dan Pembelajaran KH 40

4.10 Taburan Bilangan Responden Mengikut Skor Min

Kemahiran Guru semasa Proses Pengajaran dan

Pembelajaran KH 41

4.11 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratusan

Dan Min Bagi Faktor Persekitaran yang Mendorong

Minat Murid Terhadap KH 42

4.12 Taburan Bilangan Responden Mengikut Skor Min

Faktor Persekitaran yang Mendorong Minat Murid

Terhadap KH 43

4.13 Taburan Purata Keseluruhan Min Bagi Setiap

Persoalan Kajian 44

SENARAI SINGKATAN

BPPDP - Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar

Pendidikan

FPN - Falsafah Pendidikan Negara

JPNT - Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu

KH - Kemahiran Hidup

KHSR - Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

SPSS - Statistical Package For The Social Sciences

UPSR - Ujian Penilaian Sekolah Rendah

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

BAB 1

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Sistem pendidikan sesebuah negara akan berubah sejajar dengan perubahan

aspek ekonomi, budaya, politik dan perubahan tersebut adalah amat hebat dan pantas.

Ini adalah kerana sistem pendidikan dalam menghadapi gelombang perubahan alaf

baru perlu berfungsi pada landasannya dalam memberi sumbangan kepada

pembangunan sesebuah bangsa dan negara.

Seiring dengan perubahan dan pembangunan ini, mata pelajaran Kemahiran

Hidup telah diperkenalkan pada tahun 1984 dan dikenali juga sebagai mata pelajaran

Kemahiran Manipulatif. Pada tahun 1992 / 1993, sebanyak 1000 buah sekolah

merupakan kumpulan yang pertama tetapi pada tahun 1993 / 1994, bilangan sekolah

yang dipilih di seluruh negara telah ditingkatkan kepada 3000 buah sekolah.

Pelaksanaan mata pelajaran Kemahiran Hidup telah ditingkatkan menjadi 7173 buah

sekolah dan melibatkan pelajar tahap dua iaitu tahun 4, 5 dan 6. Pada tahun 1996,

mata pelajaran Kemahiran Hidup dilaksanakan di seluruh negara. Kesinambungan

daripada peningkatan jumlah sekolah yang mempunyai mata pelajaran Kemahiran

Hidup, perubahan yang besar turut berlaku kerana keperluan yang perlu disediakan

untuk melaksanakan mata pelajaran ini. Kurikulum sekolah rendah juga telah

diselaraskan dengan Falsafah Pendidikan Negara pada tahun 1993 / 94 menjadi

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah.(Pusat Perkembangan Kurikulum, 1990).

2

Perubahan objektif dalam Falsafah Pendidikan Negara dan Kurikulum

Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang dilakukan adalah bertujuan untuk

meningkatkan daya pengeluaran negara melalui penglibatan ahli masyarakat secara

produktif, inovatif dan kreatif serta usaha pembentukkan pelbagai jenis tenaga kerja

yang melibatkan teknologi dan ekonomi sejajar dengan dasar dan keperluan negara.

Berdasarkan kepada perubahan dalam dasar pendidikan, pelbagai usaha telah

dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia khususnya bagi memperbaiki

kandungan, objektif, bentuk dan corak pendidikan semasa supaya dapat memenuhi

tuntutan masa kini dan cabaran masa depan. Usaha memperbaiki, mengukuhkan dan

mempertingkatkan mutu pendidikan sebenarnya meliputi aspek struktur

persekolahan, kurikulum dan budaya sekolah diharapkan dapat membangunkan diri

pelajar secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu supaya menjadi rakyat yang

setia, bertanggungjawab, berbakti dan insan yang baik (Pusat Perkembangan

Kurikulum, 1990).

Dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup, tumpuan utama adalah menguasai

kemahiran dalam bidang reka bentuk dan teknologi serta perniagaan dan

keusahawanan. Kemahiran dalam bidang reka bentuk dan teknologi membolehkan

murid mengeluarkan idea yang kreatif, inovatif dan inventif melalui aktiviti yang

melibatkan penghasilan projek, menyenggara dan membaiki kerosakan kecil pada

alatan, mesin mudah dan perabot. Manakala topik perniagaan dan keusahawanan

pula menitikberatkan keusahawanan semasa aktiviti jual-beli dan diberi peluang

kepada murid mengamalkan sikap pengguna yang bijak. Secara tidak langsung,

subjek Kemahiran Hidup mendedahkan pelajar kepada pelajaran pra-vokasional dan

alam pekerjaan. Pendedahan subjek Kemahiran Hidup dalam pendidikan sekolah

rendah memberikan pendedahan di peringkat awal kepada murid mengenai

kemahiran-kemahiran praktik dalam usaha membentuk individu yang produktif.

Menurut Abd. Halim (1995), dalam era perkembangan Kurikulum Baru

Sekolah Rendah (KBSR), perbelanjaan terhadap pendidikan adalah tinggi. Maka ia

perlu dilaksanakan dengan teliti supaya objektif pendidikan dapat menghasilkan

rakyat yang berkemahiran dan mempunyai taraf yang tinggi. Perubahan kurikulum

dalam negara merupakan satu inovasi.

3

Pemupukan sifat positif terhadap kerja yang bermutu tinggi, menggalakkan

pelajar bersikap inovatif dan berdikari serta sebagai satu persediaan bagi

membolehkan pelajar berfungsi dengan lebih berkesan dalam masyarakat yang

berorientasikan teknologi khusus di tempat tinggal dan tempat bekerja pada masa

kelak. Selain itu, keperluan semasa seperti penggunaan alat, bahan dan teknik

pengajaran perlu diterapkan dalam sistem pendidikan agar lebih aktif, progresif dan

berpandangan jauh. Sehubungan itu, bahan pengayaan dan pembelajaran yang

hendak disampaikan perlulah difikirkan secara teliti dan mendalam.

1.1 Latar Belakang Masalah

Tujuan proses pendidikan adalah untuk mendedahkan dan menyampaikan

pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar dengan cara yang cekap lagi berkesan

seperti yang diperkatakan oleh Walker (1967) dalam kajian Tan Mei Shun (2001)

iaitu “segala yang hendak diterapkan oleh seseorang melalui bidang pendidikan

adalah bertujuan memberikan peluang untuk mempelajari sesuatu”.

Abdul Halim (1995) menyatakan salah satu pra-syarat penting sesebuah

negara untuk mencapai negara maju adalah dengan mempunyai sumber manusia

yang produktif. Di dalam proses pembentukkan sumber tenaga mahir yang produktif,

pendedahan kepada kemahiran asas perlu diterapkan dari peringkat awal

persekolahan lagi.

Kemahiran Hidup merupakan mata pelajaran yang bercorak teori dan amali

yang bertujuan untuk mengembangkan keupayaan manipulatif pelajar melalui

penguasaan kemahiran praktis dan pengetahuan serta pemupukan sikap yang positif

berasaskan teknologi. Pelaksanaannya di sekolah akan memberikan pendedahan awal

kepada murid berkaitan dengan bidang yang dipelajari dalam mata pelajaran

Kemahiran Hidup sebelum melangkah ke sekolah menengah.

4

Penyemakan dan penambahbaikan kurikulum mata pelajaran Kemahiran

Hidup Sekolah Rendah (KHSR) telah dilakukan pada tahun 2002. Mulai tahun 2003,

kurikulum baru bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup telah dilaksanakan di seluruh

sekolah rendah bertujuan untuk meningkatkan usaha mencapai aspirasi dan inspirasi

yang tersurat dan tersirat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Matlamat

Kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah (KHSR) adalah membolehkan murid

memperolehi kemahiran praktis asas dan pengetahuan berasaskan teknologi

keusahawanan, aspek pengurusan diri supaya mereka dapat menjalankan kerja-buat-

sendiri serta cenderung berurusniaga dan merekacipta (Pusat Perkembangan

Kurikulum, 2002).

Melalui mata pelajaran Kemahiran Hidup, murid dilatih menggunakan alatan

tangan dalam menghasilkan sesuatu projek. Dalam suasana yang sedemikian,

pelaksanaanya secara berterusan adalah perlu mengikut sukatan yang telah

ditetapkan. Selain itu, bengkel yang sesuai juga diperlukan untuk pelajar

melaksanakan tugasan tersebut dengan lebih berkesan. Kemudahan peralatan yang

lengkap dan teratur serta keadaan persekitaran bengkel juga seharusnya menjadi

penyumbang kepada penghasilan projek yang baik. Penggunaan alat bantu mengajar

dalam pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup akan berhasil jika murid dapat

mengaplikasikan peralatan atau bahan yang terdapat di bengkel. Bagi mencapai

matlamat tersebut, pengurusan dan pentadbiran sekolah yang baik akan membantu

dalam menjayakan dan mencapai objektif dan matlamat pengajaran dan

pembelajaran Kemahiran Hidup.

Menurut Abdul Halim (1995), setiap perubahan dalam kurikulum akan

menimbulkan reaksi daripada ibu bapa, guru dan murid. Guru merupakan faktor

terpenting yang mempengaruhi bagaimana hendak menyampaikan pengetahuan dan

kemahiran kepada murid. Abdul Halim juga mengatakan bahawa guru merupakan

elemen terpenting dalam menjamin kejayaan sesuatu sistem pendidikan dalam usaha

Kementerian Pendidikan melaksanakan mata pelajaran Kemahiran Hidup yang

berunsur praktis dan diolah berdasarkan tiga komponen iaitu kemahiran manipulatif,

keusahawanan dan pengurusan diri, maka beberapa aspek perlu dititikberatkan.

5

Antara aspek-aspek yang sering diperkatakan seperti aspek pengurusan dan

pentadbiran, aspek keperluan fizikal sekolah, proses pengajaran dan pembelajaran,

jadual waktu, penilaian dan juga aspek kewangan.

Menurut Ahamad (2001) pula, pendidikan dan latihan adalah faedah jangka

panjang. Murid adalah aset negara yang amat berharga dalam menentukan corak

masyarakat dan guna tenaga kelak. Justeru itu, amat wajarlah murid sekolah yang

akan mewarisi generasi masa depan perlu dibekalkan.

Oleh kerana mata pelajaran Kemahiran Hidup tidak terlibat dalam

peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), penekanan yang diberikan

pada subjek Kemahiran Hidup tidak sama seperti subjek lain terutama subjek yang

terlibat dalam UPSR. Penilaian yang dibuat akan direkodkan dalam borang prestasi

murid sahaja. Tidak dinafikan setiap sekolah mengkehendaki keputusan yang

cemerlang, maka pengurusan dan pentadbir sekolah perlulah mempunyai matlamat

dan strategi yang jelas untuk mencapai maksud yang diharapkan.

Di sekolah rendah, salah satu cara untuk menonjolkan kecemerlangan

sekolahnya adalah melalui keputusan dalam peperiksaan UPSR. Kekuatan

keseluruhan sistem dan amalan baik di sekolah dilihat melalui pencapaian akademik

yang cemerlang dalam UPSR. Keadaan ini menyebabkan proses pengajaran dan

pembelajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup tidak diberi perhatian seperti mata

pelajaran yang terlibat dalam UPSR. Secara tidak langsung, pelajar tidak dapat

menguasai kemahiran-kemahiran yang terdapat dalam sukatan pelajaran Kemahiran

Hidup sepenuhnya yang banyak menekankan kepada aspek kemahiran daripada teori

dengan melaksanakan beberapa amali atau projek seperti mana Mohd Taib Othman

(1998) menyatakan "jika kanak-kanak peringkat umur itu melakukan kesilapan, agak

sukar memperbaikinya di sekolah menengah dan mungkin membabitkan satu

generasi".

Penyataan di atas jelas menunjukkan pendidikan pada peringkat sekolah

rendah adalah sangat penting dan ia akan mempengaruhi cara pembelajaran di

peringkat sekolah menengah. Seperti mana yang kita ketahui bahawa pendidikan di

sekolah rendah membekalkan murid dengan asas pengetahuan, pengalaman dan

6

kemahiran sebelum mereka melangkah ke sekolah menengah dan seterusnya ke

peringkat yang lebih tinggi.

1.2 Penyataan Masalah

Pembelajaran Kemahiran Hidup sekolah rendah merupakan pembelajaran

melalui pengalaman. Murid-murid menjalankan aktiviti untuk menguasai kemahiran

praktis yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian sebagai pendedahan agar

murid akan lebih inovatif, produktif dan cenderung kepada alam reka cipta. Dalam

konteks ini, guru memainkan peranan yang penting dalam proses pengajaran dan

pembelajaran yang berkesan. Sekiranya mutu pencapaian kurang berkesan atau

sambil lewa, peluang murid dalam pendedahan unsur-unsur teknologi pada peringkat

awal iaitu di sekolah rendah akan terjejas.

Pelaksanaan mata pelajaran Kemahiran Hidup secara berkesan di sekolah

yang diajar mengikut sukatan yang telah ditetapkan menjadi faktor utama untuk

membantu pelajar dalam memberikan pendedahan terhadap kemahiran dan

teknologi. Oleh itu, setiap sekolah perlulah merancang dan melaksanakan pengajaran

dan pembelajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup mengikut sukatan yang telah

ditetapkan. Bagi mendapatkan kepastian tentang pelaksanaan pengajaran dan

pembelajaran Kemahiran Hidup, penyelidik telah membuat satu tinjauan mengenai

pelaksanaan mata pelajaran Kemahiran Hidup di sekolah rendah. Tinjauan tentang

pelaksanaan mata pelajaran Kemahiran Hidup melibatkan aspek penggunaan

bengkel, penggunaan peralatan dan bahan, kemahiran guru dan faktor persekitaran

yang dapat mendorong minat murid terhadap mata pelajaran Kemahiran Hidup.

1.3 Objektif Kajian

Berdasarkan maklumat dari perkara-perkara yang telah dijelaskan terdahulu,

objektif kajian ini bertujuan untuk :

7

i- Mengenalpasti kekerapan penggunaan bengkel ketika proses

pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

ii- Mengenalpasti penggunaan peralatan dan bahan semasa

pengajaran dan pembelajaran.

iii- Mengenalpasti kemahiran guru dalam mengendalikan mata

pelajaran Kemahiran Hidup.

iv- Mengenalpasti faktor persekitaran yang mendorong minat

murid dalam mempelajari mata pelajaran Kemahiran Hidup.

1.4 Persoalan Kajian

Kajian ini dijalankan bagi menjawab beberapa persoalan yang berkaitan

dengan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup di kalangan

murid tahun lima sekolah kebangsaan di daerah Kuala Terengganu. Persoalan dalam

kajian ini adalah :

1.4.1 Adakah bengkel Kemahiran Hidup kerap digunakan ketika proses pengajaran

dan pembelajaran dilaksanakan?

1.4.2 Adakah peralatan dan bahan digunakan semasa proses pengajaran dan

pembelajaran Kemahiran Hidup?

1.4.3 Adakah guru mahir dalam mengendalikan pengajaran dan pembelajaran mata

pelajaran Kemahiran Hidup?

1.4.4 Adakah faktor persekitaran yang dapat mendorong minat murid untuk

mempelajari mata pelajaran Kemahiran Hidup?