tinjauan literatur

6
TINJAUAN LITERATUR Pengenalan Kajian ini merupakan kajian untuk meningkatkan pencapaian murid Tahun 5 dalam topik kestabilan dengan menggunakan aktiviti ‘hands-on’. Dalam bab ini pengkaji akan membincangkan mengenai literatur yang berkaitan iaitu kajian-kajian terdahulu berkenaan dengan penggunaan aktiviti hands-on dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Kajian-kajian berkaitan konsep aktiviti ‘hands-on’ Menurut Bruner (1915) pula, kefahaman murid dapat dimudahkan lagi apabila mereka diberikan peluang untuk menimba pengalaman yang konkrit atau bahan maujud, contohnya memegang dan memanipulasi objek maujud dan menyentuh objek yang hidup. Pendapat yang diketengahkan oleh pelopor teori Pembelajaran Konstruktivitis inilah dapat membantu pengkaji-pengkaji lain dalam membuat kaian mereka. Secara amnya, salah satu daripada pembelajaran autentik adalah penggunaan aktiviti ‘hands-on’ dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran autentik boleh definisikan sebagai pembelajaran yang berlaku secara langsung bersama-sama pengalaman murid-murid. Murid- murid akan menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran sendiri dan mereka juga akan menggunakan pengalaman sedia ada mereka dalam menjalankan aktiviti tersebut. Pembelajaran melalui aktiviti “hands- on” sebenarnya dapat memberikan peluang kepada murid-murid menimba pengalaman sebenar terhadap konteks atau isi pembelajaran yang dijalankan dalam bilik darjah.

Upload: amar-nazirul-haziq

Post on 29-Dec-2015

105 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

sorotan literatur

TRANSCRIPT

Page 1: Tinjauan Literatur

TINJAUAN LITERATUR

Pengenalan

Kajian ini merupakan kajian untuk meningkatkan pencapaian murid Tahun 5 dalam topik

kestabilan dengan menggunakan aktiviti ‘hands-on’. Dalam bab ini pengkaji akan

membincangkan mengenai literatur yang berkaitan iaitu kajian-kajian terdahulu berkenaan

dengan penggunaan aktiviti ‘hands-on’ dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Kajian-kajian berkaitan konsep aktiviti ‘hands-on’

Menurut Bruner (1915) pula, kefahaman murid dapat dimudahkan lagi apabila mereka diberikan

peluang untuk menimba pengalaman yang konkrit atau bahan maujud, contohnya memegang

dan memanipulasi objek maujud dan menyentuh objek yang hidup. Pendapat yang

diketengahkan oleh pelopor teori Pembelajaran Konstruktivitis inilah dapat membantu

pengkaji-pengkaji lain dalam membuat kaian mereka.

Secara amnya, salah satu daripada pembelajaran autentik adalah penggunaan aktiviti ‘hands-

on’ dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran autentik boleh definisikan sebagai

pembelajaran yang berlaku secara langsung bersama-sama pengalaman murid-murid. Murid-

murid akan menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran sendiri dan mereka juga akan

menggunakan pengalaman sedia ada mereka dalam menjalankan aktiviti tersebut.

Pembelajaran melalui aktiviti “hands-on” sebenarnya dapat memberikan peluang kepada murid-

murid menimba pengalaman sebenar terhadap konteks atau isi pembelajaran yang dijalankan

dalam bilik darjah.

Perkataan ‘hands-on’ telah dipetik ataupun diterjemahkan daripada perkataan Bahasa Inggeris,

yang membawa banyak maksud tersendiri. Secara umumnya, aktiviti ‘hands-on’ dapat

didefinisikan sebagai aktiviti yang dijalankan sendiri oleh murid-murid. Menurut Doran (1990),

perkataan aktiviti ‘hands-on’ ini dapat dikaitkan atau membawa maksud yang hampir sama

dengan beberapa isitilah-istilah lain iaitu aktiviti praktik dan aktiviti manipulatif. Ringkasnya,

aktiviti ‘hands-on’ boleh juga dikaitkan dengan aktiviti berpusatkan bahan.

Menurut James (1993) melalui Faiz (2012), aktiviti “hands-on” bermaksud pembelajaran boleh

diperoleh atau ia berlaku daripada pengalaman sendiri. Murid akan lebih memahami dan

Page 2: Tinjauan Literatur

menguasai sesuatu apabila mereka yang mengenalpasti, menganalisis dan mencari jalan

penyelesaian sendiri berbanding hanya membuat rujukan daripada beberapa sumber iaitu buku,

internet, jurnal dan sebagainya.

Murid-murid akan melakukan sendiri aktiviti yang dilaksanakan dan ia berkait secara langsung

dengan pengalaman mereka. Pembelajaran melalui aktiviti ‘hands-on’ dapat memberikan murid-

murid ini pengalaman sebenar terhadap konteks pembelajaran yang dijalankan dalam bilik

darjah. Sejak kebelakangan ini, terdapat banyak pihak yang bersetuju dan menyatakan bahawa

murid-murid akan lebih mudah untuk belajar dan memahami sesuatu melalui pembelajaran

secara aktiviti ‘hands-on’.

Hal ini adalah kerana pembelajaran murid-murid ini akan menjadi lebih bermakna jika mereka

mengalami dan meneroka sendiri apa yang dipelajarinya, bukan sekadar hanya mendengar dan

mengetahui tentang sesuatu perkara itu. Selain itu juga, pembelajaran yang berorientasikan

pada aktiviti ‘hands-on’ terbukti mampu meningkatkan daya mengingat murid dan membolehkan

mereka menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan kehidupan sebenar.

Aktiviti “hands-on” juga membawa maksud kepada sebarang aktiviti fizikal yang melibatkan

penggunaan peralatan dan bahan yang dijalankan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran

berlangsung. Secara ringkasnya, aktiviti “hands-on” merupakan sebarang aktiviti yang

dijalankan oleh murid sendiri secara praktikal dengan memanipulasikan bahan-bahan yang ada,

sama ada benda hidup atau benda bukan hidup.

Hein (1987) pula mendefinisikan aktiviti ‘hands-on’ ini adalah salah satu daripada aktiviti

berpusatkan ilmu pengetahuan. Walaubagaimanapun, istilah yang digunakan oleh beliau juga

turut menggambarkan penggunaan aktiviti ‘hands-on’ ini mempunyai perkaitan yang rapat

dengan penggunaan bahan manipulatif, sama seperti pandangan Doran (1990). Menurut

James (1993), aktiviti ‘hands-on’ juga merupakan aktiviti memanipulasi perkara-perkara yang

dipelajari oleh murid-murid. Sebagai contoh bercucuk tanam, mengenali medan magnet dan

juga penggunaan batu-batuan dalam kehidupan seharian.

Ringkasnya, aktiviti ‘hands-on’ boleh ditakrifkan juga sebagai aktiviti berpusatkan bahan dan

ilmu pengetahuan. Murid-murid perlu mempunyai kemahiran atau pengalaman sedia ada

mereka dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang ditemui. Murid-murid juga perlu

Page 3: Tinjauan Literatur

memanipulasi segalan alatan atau bahan yang dibekalkan oleh guru bagi mendapatkan sesuatu

ilmu pengetahuan yang baru.

Selain itu juga, aktiviti ‘hands-on’ dapat membantu dalam perkembangan pemikiran murid yang

positif dan mereka dapat belajar dengan lebih baik dan bermakna melalui pengalaman yang

mereka peroleh daripada persekitaran (Cooperstein & Kocevar, 2004). Pendapat ini selari

dengan kehendak daripada Falsafah Pendidikan Kebangsaan:

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi

potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang

dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan

rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab,

berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan

terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

Secara ringkasnya, melalui aktiviti’hands-on’ ini dapat membantu memperkembangkan

pemikiran murid-murid adalah selari dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu

ingin memperkembangkan lagi potensi individu dalam membentuk insan yang seimbang dari

segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Oleh itu, dengan menggunakan aktiviti ‘hands-on’ ini

sudah pasti insan yang menyeluruh dan seimbang dapat dilahirkan.

Selain itu juga, melalui pembelajaran berasaskan aktiviti ‘hands-on’ ini pengalaman

pembelajaran yang interaktif juga dapat diwujudkan. Grossman (1999) pula berpendapat

kurikulum berasaskan lembaran kerja semata-mata dapat mengurangkan minat kanak-kanak

untuk belajar. Oleh itu, melalui aktiviti ‘hands-on’ minat murid-murid dapat ditingkatkan kerana ia

merupakan salah satu aktiviti yang interaktif.

Dalam pada itu, melalui pembacaan yang dibuat, salah satu cara yang terbaik bagi kanak-

kanak untuk belajar membaca adalah dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang harian mereka

bagi membantu mereka mengingat menginagat sesuatu dengan mudah. Menurut Crossley

(2010), cara yang terbaik untuk mengajar dan membantu murid-murid membaca adalah melalui

aktiviti ‘hands-on’.

Page 4: Tinjauan Literatur

Dengan itu, saya ingin menggunakan aktiviti “hands-on” dalam pengajaran Sains terhadap

peserta kajian saya dalam kelas Tahun 4, terutamanya dalam langkah penstrukturan semula

idea (Model 5 Fasa Needham). Fokus akan diberikan kepada aktiviti yang dirancang untuk

murid dengan menyediakan pelbagai bahan sama ada benda hidup seperti haiwan, tumbuhan

dan sebagainya atau benda bukan hidup seperti blok binaan, alat permainan dan sebagainya

yang berkaitan dengan tajuk yang akan saya ajar.

Aktiviti yang dirancang haruslah merupakan aktiviti yang boleh dilakukan oleh murid sendiri

dalam kumpulan dengan memanipulasikan alat atau bahan yang disediakan, manakala saya

akan memainkan peranan sebagai fasilitator dalam kelas tersebut. Aktiviti dilakukan secara

berkumpulan adalah untuk memberi peluang kepada murid berbincang serta berinteraksi antara

satu sama lain supaya kemahiran bersosial boleh ditingkatkan serta pengamalan nilai murni

seperti bekerjasama dan bertolak ansur.

Rumusan

Bab ini menjelaskan tentang kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan kajian tindakan

yang dilakukan. Antara kajian yang dimaksudkan ialah berkaitan dengan kurikulum sains di

Malaysia yang menitikberatkan proses-proses kognitif atau cara berfikir, keberkesanan guru

dalam menerapkan kamahiran proses sains, dan kemahiran saintifik pelajar yang masih

terbatas.