tingkatkan sistem imunisasi anda dengan pemakanan · pdf filepada minggu pertama mereka...

1
Nutrisi untuk Kesejahteraan Hidup. Tingkatkan Sistem Imunisasi Anda dengan Pemakanan yang Sihat Apabila anak-anak saya masih kecil, saya sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi ‘Jangkitan Dari Sekolah’ yang melanda rumah pada minggu pertama mereka kembali ke sekolah. Dengan tahun persekolahan baharu yang bakal menjelang, anak-anak akan membawa pulang bukan sekadar kerja rumah dan rakan-rakan baharu – mereka juga pasti membawa pulang banyak kuman. Dan jika anda tidak mempunyai anak-anak di rumah, anda masih lebih cenderung untuk jatuh sakit kerana perubahan cuaca – jadi sekaranglah masa yang sesuai untuk meneliti segala pemakanan yang berkhasiat bagi memastikan sistem imunisasi anda kekal sihat. Meskipun pun apa jua pesanan ibu bapa atau datuk nenek anda, sebenarnya anda tidak terkena jangkitan selesema ketika berada di luar (atau, seperti yang ibu saya tegaskan, berada di luar dengan rambut yang basah). Tetapi apabila kita menghabiskan lebih banyak masa di dalam ruang tertutup – bermakna kita berada dalam hubungan yang lebih rapat dengan lebih ramai orang, dan pengedaran udara pula kurang – jadi kita tentunya terdedah kepada kuman-kuman yang menyebabkan kita jatuh sakit. Badan anda mempunyai benteng pertahanan sendiri, iaitu sistem imunisasi anda. Ia adalah ‘tentera-tentera’ peribadi yang melindungi badan anda dengan mengenal pasti apa-apa benda asing – daripada virus kepada bakteria seterusnya parasit – dan memburunya lantas memusnahkannya. Badan anda bergantung kepada pemakanan berkhasiat yang baik dan gaya hidup yang sihat untuk menjaga benteng pertahanan anda. Seperkara lagi, jika anda mengamalkan pemakanan yang sihat dan menjaga diri anda, anda boleh mengekalkan kesihatan anda dengan lebih mudah dan baik. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah pemain utama kerana mereka memberikan limpahan fitonutrien – sebatian semula jadi yang terdapat dalam semua makanan tumbuhan yang membantu menggalakkan kesihatan dengan bertindak sebagai antioksidan. Anda perlu antioksidan untuk mengimbangi proses dalam badan yang menyebabkan pengoksidaan. Proses oksidatif adalah sebahagian metabolisme yang normal, tetapi pengoksidaan boleh berleluasa dalam sel-sel jika ia tidak dikawal selia – dan itu boleh melemahkan keupayaan badan untuk melawan penyakit. Justeru, badan anda bergantung kepada sumber antioksidan yang stabil daripada buah-buahan dan sayur-sayuran untuk mengurangkan tekanan oksida, seterusnya, membantu untuk menyokong fungsi imunisasi. Sistem imunisasi anda juga mempunyai beberapa ‘pasukan khas’ dalam bentuk sel-sel darah putih. Sel-sel ini menghasilkan protein khusus – yang dipanggil antibodi – yang mencari dan memusnahkan virus-virus dan bakteria-bakteria yang menyerang. Memandangkan antibodi adalah protein, anda memerlukan protein yang mencukupi dalam pemakanan untuk memastikan anda dapat menghasilkan antibodi yang diperlukan oleh badan anda. Makanan protein yang sihat – seperti ikan, ayam, daging tanpa lemak, makanan soya dan produk tenusu rendah lemak – menyediakan blok binaan yang diperlukan oleh badan anda untuk menghasilkan protein khusus ini. Mengekalkan sistem penghadaman yang sihat juga penting bagi menyokong fungsi imunisasi. Saluran penghadaman anda adalah rumah untuk berjuta-juta bakteria yang mempunyai banyak fungsi dalam mempromosikan kesihatan. Beberapa jenis bakteria membantu Mengetahui bagaimana produk-produk Herbalife boleh menyediakan anda Nutrisi Sihat yang diperlukan dan cara-cara menjalani Gaya Hidup Sihat dan Aktif! Brosur Produk Herbalife (SKU#9277 BI/BM, SKU#9278 BI/BC) Set brosur ini mengandungi maklumat mengenai 9 produk, iaitu F1, F3, Aloe Concentrate Mix, Tea Mix, Calcium Plus, Protein Bar, TC Formula, NW Formula dan Omega 3 Fish Oil. Mendapatkan salinan anda >> my.MyHerbalife.com >> Katalog Produk >> kesusasteraan Manual Gaya Hidup Sihat (SKU# N138 BI) Ketahui lebih lanjut mengenai Gaya Hidup Sihat Aktif dan bagaimana untuk mendekati ahli komuniti anda melalui Gaya Hidup Sihat Aktif dengan manual ini. Mendapatkan salinan anda >> my.MyHerbalife.com >> Katalog Produk >> kesusasteraan Healthy Active Lifestyle Manual Ditulis oleh Susan Bowerman, MS, RD, CSSD. Susan adalah pakar runding berbayar untuk Herbalife. anda mencerna serat dalam makanan anda, yang lain mengambil gas usus, manakala yang lain pula menghasilkan vitamin-vitamin, seperti vitamin K dan vitamin B12. Apabila sistem anda dihuni dengan bakteria-bakteria baik ini, mereka juga bertindak untuk ‘menghalau keluar’ bakteria berbahaya yang mungkin memasuki saluran pencernaan anda. Antara sumber yang paling baik bagi bakteria-bakteria baik ini adalah produk kultur tenusu – seperti yogurt dan kefir. Makan dengan baik benar-benar membuka jalan untuk kesihatan yang baik. Untuk membantu badan anda dalam memerangi penceroboh asing, ‘tentera’ dalaman anda memerlukan pemakanan berkhasiat yang terbaik. Jadi panggillah tentera – dan keringkan rambut anda. MAKLUMAT PEMAKANAN

Upload: buidiep

Post on 21-Feb-2018

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tingkatkan Sistem Imunisasi Anda dengan Pemakanan · PDF filepada minggu pertama mereka kembali ke sekolah. Dengan tahun ... my.MyHerbalife.com >> Katalog Produk >> kesusasteraan Health

Nutrisi untuk Kesejahteraan Hidup.

Tingkatkan Sistem Imunisasi Anda dengan Pemakanan yang SihatApabila anak-anak saya masih kecil, saya sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi ‘Jangkitan Dari Sekolah’ yang melanda rumah pada minggu pertama mereka kembali ke sekolah. Dengan tahun persekolahan baharu yang bakal menjelang, anak-anak akan membawa pulang bukan sekadar kerja rumah dan rakan-rakan baharu – mereka juga pasti membawa pulang banyak kuman. Dan jika anda tidak mempunyai anak-anak di rumah, anda masih lebih cenderung untuk jatuh sakit kerana perubahan cuaca – jadi sekaranglah masa yang sesuai untuk meneliti segala pemakanan yang berkhasiat bagi memastikan sistem imunisasi anda kekal sihat.

Meskipun pun apa jua pesanan ibu bapa atau datuk nenek anda, sebenarnya anda tidak terkena jangkitan selesema ketika berada di luar (atau, seperti yang ibu saya tegaskan, berada di luar dengan rambut yang basah). Tetapi apabila kita menghabiskan lebih banyak masa di dalam ruang tertutup – bermakna kita berada dalam hubungan yang lebih rapat dengan lebih ramai orang, dan pengedaran udara pula kurang – jadi kita tentunya terdedah kepada kuman-kuman yang menyebabkan kita jatuh sakit. Badan anda mempunyai benteng pertahanan sendiri, iaitu sistem imunisasi anda. Ia adalah ‘tentera-tentera’ peribadi yang melindungi badan anda dengan mengenal pasti apa-apa benda asing – daripada virus kepada bakteria seterusnya parasit – dan memburunya lantas memusnahkannya. Badan anda bergantung kepada pemakanan berkhasiat yang baik dan gaya hidup yang sihat untuk menjaga benteng pertahanan anda. Seperkara lagi, jika anda mengamalkan pemakanan yang sihat dan menjaga diri anda, anda boleh mengekalkan kesihatan anda dengan lebih mudah dan baik.

Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah pemain utama kerana mereka memberikan limpahan �tonutrien – sebatian semula jadi yang terdapat dalam semua makanan tumbuhan yang membantu menggalakkan kesihatan dengan bertindak sebagai antioksidan. Anda perlu antioksidan untuk mengimbangi proses dalam badan yang menyebabkan pengoksidaan. Proses oksidatif adalah sebahagian metabolisme yang normal, tetapi pengoksidaan boleh berleluasa dalam sel-sel jika ia tidak dikawal selia – dan itu boleh melemahkan keupayaan badan untuk melawan penyakit. Justeru, badan anda bergantung kepada sumber antioksidan yang stabil daripada buah-buahan dan sayur-sayuran untuk mengurangkan tekanan oksida, seterusnya, membantu untuk menyokong fungsi imunisasi.

Sistem imunisasi anda juga mempunyai beberapa ‘pasukan khas’ dalam bentuk sel-sel darah putih. Sel-sel ini menghasilkan protein khusus – yang dipanggil antibodi – yang mencari dan memusnahkan virus-virus dan bakteria-bakteria yang menyerang. Memandangkan antibodi adalah protein, anda memerlukan protein yang mencukupi dalam pemakanan untuk memastikan anda dapat menghasilkan antibodi yang diperlukan oleh badan anda. Makanan protein yang sihat – seperti ikan, ayam, daging tanpa lemak, makanan soya dan produk tenusu rendah lemak – menyediakan blok binaan yang diperlukan oleh badan anda untuk menghasilkan protein khusus ini.

Mengekalkan sistem penghadaman yang sihat juga penting bagi menyokong fungsi imunisasi. Saluran penghadaman anda adalah rumah untuk berjuta-juta bakteria yang mempunyai banyak fungsi dalam mempromosikan kesihatan. Beberapa jenis bakteria membantu

Mengetahui bagaimana produk-produk Herbalife boleh menyediakan anda Nutrisi Sihat yang diperlukan dan cara-cara menjalani Gaya Hidup Sihat dan Aktif!

Brosur Produk Herbalife (SKU#9277 BI/BM, SKU#9278 BI/BC)Set brosur ini mengandungi maklumat mengenai 9 produk, iaitu F1, F3, Aloe Concentrate Mix, Tea Mix, Calcium Plus, Protein Bar, TC Formula, NW Formula dan Omega 3 Fish Oil.

Mendapatkan salinan anda >> my.MyHerbalife.com >> Katalog Produk >> kesusasteraan

Manual Gaya Hidup Sihat (SKU# N138 BI)Ketahui lebih lanjut mengenai Gaya Hidup Sihat Aktif dan bagaimana untuk mendekati ahli komuniti anda melalui Gaya Hidup Sihat Aktif dengan manual ini.

Mendapatkan salinan anda >> my.MyHerbalife.com >> Katalog Produk >> kesusasteraan

Healthy Active Lifestyle Manual

Ditulis oleh Susan Bowerman, MS, RD, CSSD. Susan adalah pakar runding berbayar untuk

Herbalife.

anda mencerna serat dalam makanan anda, yang lain mengambil gas usus, manakala yang lain pula menghasilkan vitamin-vitamin, seperti vitamin K dan vitamin B12. Apabila sistem anda dihuni dengan bakteria-bakteria baik ini, mereka juga bertindak untuk ‘menghalau keluar’ bakteria berbahaya yang mungkin memasuki saluran pencernaan anda. Antara sumber yang paling baik bagi bakteria-bakteria baik ini adalah produk kultur tenusu – seperti yogurt dan ke�r.

Makan dengan baik benar-benar membuka jalan untuk kesihatan yang baik. Untuk membantu badan anda dalam memerangi penceroboh asing, ‘tentera’ dalaman anda memerlukan pemakanan berkhasiat yang terbaik. Jadi panggillah tentera – dan keringkan rambut anda.

MAKLUMAT PEMAKANAN