tingkatan - · pdf file“kalau lu mahu jual,” sambung paman ... membuat gores...

17
Tingkatan Lima Masa 80 Minit Genre Novel Tajuk Interlok Fokus Utama 10.6 Mengulas karya sastera dari aspek watak dan perwatakan,latar, plot, gaya bahasa dan sudut pandangan. Aras 3 (iii) Menganalisis kekuatan dan kelemahan karya. Fokus Sampingan 1.6 Menyatakan perasaan secara berterus-terang dan beradab tentang sesuatu perkara untuk mengekalkan hubungan. Aras 3 (i) Mengemukakan kritikan membina yang mengambil kira sensitiviti orang lain. Objektif Pada akhir pelajaran, murid dapat : i. Menyatakan sekurang-kurangnya tiga latar masyarakat bagi setiap buku. ii. Mengemukakan contoh yang sesuai dengan latar masyarakat yang dikemukakan. iii. Menyampaikan cerita berdasarkan petikan terpilih dalam novel dengan sebutan dan intonasi yang betul. Kemahiran Bahasa Kemahiran membaca Kemahiran bertutur dan mendengar Sistem Bahasa Sebutan dan intonasi Pengisian Kurikulum i. Ilmu : Sejarah ii. Nilai : Kasih sayang, keberanian, bekerjasama Kemahiran Bernilai Tambah Menilai, Kemahiran Berfikir

Upload: tranbao

Post on 06-Feb-2018

231 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tingkatan -   · PDF file“Kalau lu mahu jual,” sambung Paman ... membuat gores dasar huruf ... gores condong arah ke kiri, gores condong arah ke kanan, titik, titik ke

Tingkatan Lima

Masa 80 Minit

Genre Novel

Tajuk Interlok

Fokus

Utama

10.6

Mengulas karya sastera dari aspek watak dan perwatakan,latar, plot, gaya bahasa dan sudut pandangan.

Aras 3

(iii) Menganalisis kekuatan dan kelemahan karya.

Fokus Sampingan

1.6

Menyatakan perasaan secara berterus-terang dan beradab tentang sesuatu perkara untuk mengekalkan hubungan.

Aras 3 (i)

Mengemukakan kritikan membina yang mengambil kira sensitiviti orang lain.

Objektif

Pada akhir pelajaran, murid dapat : i. Menyatakan sekurang-kurangnya tiga latar masyarakat

bagi setiap buku.

ii. Mengemukakan contoh yang sesuai dengan latar masyarakat yang dikemukakan.

iii. Menyampaikan cerita berdasarkan petikan terpilih dalam novel dengan sebutan dan intonasi yang betul.

Kemahiran Bahasa

Kemahiran membaca Kemahiran bertutur dan mendengar

Sistem Bahasa Sebutan dan intonasi

Pengisian Kurikulum

i. Ilmu : Sejarah ii. Nilai : Kasih sayang, keberanian, bekerjasama

Kemahiran Bernilai Tambah

Menilai, Kemahiran Berfikir

Page 2: Tingkatan -   · PDF file“Kalau lu mahu jual,” sambung Paman ... membuat gores dasar huruf ... gores condong arah ke kiri, gores condong arah ke kanan, titik, titik ke

Langkah Aktiviti Pengajaran dan

Pembelajaran Penilaian Formatif

KBT / Catatan

Set

Induksi

Guru memaparkan logo 1 Malaysia.

Murid diminta menyatakan pendapat mereka tentang logo.

Murid diminta mentafsirkan logo 1 Malaysia dan guru mengaitkannya dengan topik hari itu.

Murid telah membaca Buku 1, Buku 2, Buku 3, dan Buku 4 novel Interlok.

Lampiran 1 (Logo 1 Malaysia)

Kepentingan perpaduan

1

Latar Masyarakat Setiap Buku

Murid dibahagikan kepada empat kumpulan dan setiap kumpulan diberikan sekeping kad arahan.

Murid diminta membaca dan menghayati petikan untuk dipersembahkan dalam bentuk bercerita.

Wakil setiap kumpulan diminta membaca petikan novel yang terdapat dalam kad arahan dengan gaya dan intonasi yang sesuai.

Teknik Bercerita

Wakil setiap kumpulan berdiri di hadapan kelas dan meminta murid merujuk muka surat yang

Mencapai objektif (i)

Kemahiran bertutur dan mendengar

Kemahiran membaca

Mencapai objektif (iii)

Lampiran 2/M

(Kad Arahan)

Page 3: Tingkatan -   · PDF file“Kalau lu mahu jual,” sambung Paman ... membuat gores dasar huruf ... gores condong arah ke kiri, gores condong arah ke kanan, titik, titik ke

Langkah Aktiviti Pengajaran dan

Pembelajaran Penilaian Formatif

KBT / Catatan

akan digunakan dalam aktiviti ini.

Wakil kumpulan membacakan petikan dalam muka surat tersebut dengan sebutan dan intonasi yang betul untuk menggambarkan latar masyarakat dalam petikan novel tersebut.

Seorang lagi wakil kumpulan yang sama akan membentangkan aspek latar masyarakat yang terdapat dalam petikan yang dibaca.

Murid dibimbing merumuskan isi cerita, dan setiap pelajar diminta melengkapkan borang LPG masing-masing berdasarkan hasil pembentangan setiap kumpulan.

Murid diiminta membaca kad arahan semula dan mengeluarkan dua petikan dialog.

Guru membimbing murid menukarkan dialog kepada ayat biasa.

Dua orang murid diminta mencatatkan dialog tersebut di atas papan putih.

Mencapai objektif (ii)

Lampiran

3/M Lembaran PengurusanGrafik 1 (Latar Masyarakat)

Lampiran 4/G Lembaran Pengurusan Grafik 1 (Latar Masyarakat)

Lampiran 2

Lampiran

5/M

Page 4: Tingkatan -   · PDF file“Kalau lu mahu jual,” sambung Paman ... membuat gores dasar huruf ... gores condong arah ke kiri, gores condong arah ke kanan, titik, titik ke

Langkah Aktiviti Pengajaran dan

Pembelajaran Penilaian Formatif

KBT / Catatan

Dua orang murid yang lain pula diminta menukarkan dialog tersebut menjadi ayat biasa.

Guru membuat penambahbaikan terhadap jawapan murid dan meminta murid menyalin jawapan yang betul ke dalam buku latihan.

Lampiran 6/G

Penilaian

dan Peneguhan

Murid diminta membuat tugasan dengan mencari sekurang-kurangnya lima latar masyarakat yang terdapat dalam Buku 4 novel tersebut.

Guru meminta beberapa orang murid member jawapan.

Lampiran 7/M Lampiran 8/G

Page 5: Tingkatan -   · PDF file“Kalau lu mahu jual,” sambung Paman ... membuat gores dasar huruf ... gores condong arah ke kiri, gores condong arah ke kanan, titik, titik ke

Lampiran 1

Page 6: Tingkatan -   · PDF file“Kalau lu mahu jual,” sambung Paman ... membuat gores dasar huruf ... gores condong arah ke kiri, gores condong arah ke kanan, titik, titik ke

Lampiran 2/M

KUMPULAN 1 – NOVEL INTERLOK – Buku 1 Baca petikan daripada muka surat yang dicatatkan di bawah. Kemudian, kenal pasti latar masyarakat yang terdapat dalam petikan tersebut.

1. Muka surat 21 – 22

2. Muka surat 42

3. Muka surat 46

KUMPULAN 2 – NOVEL INTERLOK – Buku 2 Baca petikan daripada muka surat yang dicatatkan di bawah. Kemudian, kenal pasti latar masyarakat yang terdapat dalam petikan tersebut.

1. Muka surat 137 - 138

2. Muka surat 190

3. Muka surat 191

KUMPULAN 3 – NOVEL INTERLOK – Buku 3 Baca petikan daripada muka surat yang dicatatkan di bawah. Kemudian, kenal pasti latar masyarakat yang terdapat dalam petikan tersebut.

1. Muka surat 244

2. Muka surat 253 - 254

3. Muka surat 281 - 282

Page 7: Tingkatan -   · PDF file“Kalau lu mahu jual,” sambung Paman ... membuat gores dasar huruf ... gores condong arah ke kiri, gores condong arah ke kanan, titik, titik ke

Kumpulan 1 – Novel Interlok – Buku 1

Ibu Seman mundur sedikit member jalan kepada dukun ituu. Kemudian dia membawanya ke

dekat suaminya yang sedang terbaring seperti mayat. Seman ikut di belakang mereka.

“ Dia batuk lagi? “ tanya dukun itu. Dia duduk di sebelah kanan Pak Musa.

“ Baru saja diam. Tadi batuknya menjadi-jadi benar.”

Seman duduk di hujung kaki bapanya. Dia mengharap bapanya sembuh dengan ubat dukun

itu nanti. Memang dulu pun mereka pernah berubat dengannya, tetapi berhenti setengah jalan

ketika orang mengatakan ada dukun lain yang pandai. Mereka beralih ubat pada dukun yang

baru itu, setengah jalan berhenti pula kerana dikatakan ada dukun lain lagi yang lebih pandai;

dan berlarut-larrutlah dari seorang dukun ke seorang dukun. Banyak juga orang minta ubat pak

Utih ini, kebanyakannya baik. Waktu kecemasan serupa ini kebanyakan orang di kampong itu

berpaling padanya meminta pertolongan; dan dia pula tidak pernah menolak. Memang dialah

dukun kampong itu yang terkenal.

“Aku mau hantar kau pergi menggaji, “ katanya dengan nada mesra.

“Ada baju baru, kain baru? tanya Seman. tangis dan esaknya secara mendadak hilang.

“Ada. Kopiah merah juga akan kubelikan,” jawabnya dengan senyum melebar.

Berita kematian Pak Musa itu dalam sekejap masa saja berkocak mengganggu ketenangan

waktu subuh. Para penghuni kampong – baik yang dekat mahupun yang jauh – sama-sama

menyampaikan berita kemalangan itu dari satu mulut ke satu mulut. Mereka memberitahu

teentang tugas yang mesti mereka hadapi pada pagi-pagi hari itu selain tugas mereka yang

biasa. Kematian menjadi salah satu rukun hidup di mana-mana saja, di kota mahupun di

kampong , di laut mahupun di darat.

Page 8: Tingkatan -   · PDF file“Kalau lu mahu jual,” sambung Paman ... membuat gores dasar huruf ... gores condong arah ke kiri, gores condong arah ke kanan, titik, titik ke

Kumpulan 2 – Novel Interlok – Buku 2

Dalam dia asyik termenung melihat anaknya, dia tidak sedar Paman Kok

Leng berdiri di belakangnya.

“Apa lu buat sini, Kim Hock?”

Hatinya berdebar juga disergah serupa itu. Darah memercik keluar dari

jantungnya. “Gua melihat Cing Huat.”

“Ah, tak usah lu khuatir. Dia sudah bagus kerja sini, itu tauke bilang Cing Huat

banyak rajin; dan kalau lu mahu jual dia mahu beli.” Paman Kok Leng tersenyum

lebar.

Kim Hock terasa kata-kata itu bagai menggigit hulu jantungnya.

“Kalau lu mahu jual,” sambung Paman Kok leng

“ Lu punya hutang tambang kapal kita kira selesai.”

“Gua tak mahu jual gua punya anak, “ jawabnya dengan tegas. “Tambang yang

gua hutang itu gua nanti bayar seperti yang gua janji.”

Dalam mesyuarat itu Cing Huat memberikan sumbangan wang sebanyak lima

ratus ringgit. Tidak ada seorang tauke lain yang dapat mengatasinya. Tetapi Cing

Huat yang sudah mahir dalam perniagaan tahu akan tipu helah orang dagang.

Untuk mencari wang mereka berlumba-lumba supaya boleh dapat lebih banyak,

tetapi untuk mengeluarkan wang seperti berderma mereka berusaha supaya

dapat memberikan seberapa yang sedikit. Cing Huat tidak menghiraukan sangat

tentang hal itu kerana dia tahu, dia yang rajin bekerja, dia yang banyak

mengumpulkan kekayaan.

Page 9: Tingkatan -   · PDF file“Kalau lu mahu jual,” sambung Paman ... membuat gores dasar huruf ... gores condong arah ke kiri, gores condong arah ke kanan, titik, titik ke

Petang-petang sesudah makan, anak-anak Cing Huat yang sudah masuk sekolah

itu mengambil buku masing-masing dan membaca dengan kuat di meja makan

yang bulat itu. Kalau kedua-dua abangnya membaca, Poh Eng, anak gadis yang

nombor tiga itu belajar menulis, membuat gores dasar huruf-huruf Cina. Mula-

mula dia belajar membuat gores yang delapan – Gores mendatar, gores tegak

lurus, gores condong arah ke kiri, gores condong arah ke kanan, titik, titik ke atas

(calit), gores kail, dam gor5es bengkok. Dia meniru gores-gores dasar ini pada

contoh yang telah ditulis di petak-petak dalam buku latihannya. Abang-abangnya

Yew Hock dan Yew Seng, sudah boleh menulis 18 huruf yang mesti

menggunakan semua gores yang ditunjukkan itu.

Page 10: Tingkatan -   · PDF file“Kalau lu mahu jual,” sambung Paman ... membuat gores dasar huruf ... gores condong arah ke kiri, gores condong arah ke kanan, titik, titik ke

Kumpulan 3 – Novel Interlok – Buku 3

Mariama menggeleng berulang-ulang. Adakah ini fitnah? Adakah orang ini

sengaja mahu memburuk-burukkan Maniam? Tetapi, ini satu berita baru. Dia mendekatkan kepala pada Suppiah. “Betulkah dia sudah kahwin? Mana isterinya?’ “Betul. Dia tinggal saja isterinya itu. Dia tidak mau balik lagi. Isterinya sekarang hidup merana.” “Ayoyo. Ini tidak boleh jadi. Dia ada anak?’ “Anak juga ada. tapi sudah mati kerana tak makan. Dia tak pernah kirim wang.” “Ayoyo . kasian Malini. Itu anak dalam perutnya itu tentu nanti ditinggalkan pula.” Mariana menggeleng-geleng.

Maniam tidak nampak orang lain, dikejarnya Suppiah. Di belakang

menyusul Perumal: dan jauh di belakang menyusul pula Malini berlari-lari anak.

Perumal menjerit-jerit memanggil Maniam. Masyarakat kebun itu gempar.

Beberapa orang kuli lelaki ikut Perumal mengejar Maniam. Tetapi Maniam tidak

peduli, dia sudah mabuk seperti babi gila. Dia mahu bunuh Suppiah. Itu yang ada

dalam kepalanya. Suppiah mengatur langkah seribu. Memutih tapak kakinya.

Orang sudah ramai, lelaki dan perempuan dan anak-anak. Suppiah semakin jauh

berlari. Tiba-tiba terlintas dalam fikirannya, dia mesti pergi ke rumah orang putih

itu. Lebih baik orang puitih itu memukulnya daaripada dia dipukul Maniam. Dia

melencong ke kanan, dari situ tidak jauh lagi dari rumah orang putih itu. Dia terus

berlari. Maniam terus mengejarnya tanpa berfikir apa-apa lagi.

Page 11: Tingkatan -   · PDF file“Kalau lu mahu jual,” sambung Paman ... membuat gores dasar huruf ... gores condong arah ke kiri, gores condong arah ke kanan, titik, titik ke

Suppiah bermuafakat dengan kuli-kuli kebun itu untuk meminta kepada

tuan kebun supaya mengadakan sebuah sekolah berbahasa Tamil.

“ Anak-anak kita mesti diajar bahasa dan kebudayaan kita. Mereka mesti kita

beritau tentang negeri dan bangsa kita. Kalau tidak nanti mereka akan lupa negeri

datuk nenek mereka.”

Semua orang bersetuju dengan cadangan itu. Lalu mereka pun membuat

satu rayuan dan meminta supaya Perumal mengetuai rombongaan yang akan

menjumpai tuan besar kebun itu untuk menyampaikan permohonan. Mula-mula

Perumal menolak dengan berbagai-bagai alas an, tetapi akhirnya dia terpaksa

menerima ketika suatu lintasan fikiran dating secara tiba-tiba. Ini kesempatan

baginya untuk mengembalikan kewibawaannya yang sudah mulai pudar itu, yang

sedikit demi sedikit telah dirampas oleh Suppiah.

Page 12: Tingkatan -   · PDF file“Kalau lu mahu jual,” sambung Paman ... membuat gores dasar huruf ... gores condong arah ke kiri, gores condong arah ke kanan, titik, titik ke

lengkapkan rajah di bawah dengan latar masyarakat yang terdapat dalam novel Interlok karya Abdullah Hussain

Lampiran 3/M

Lembaran Pengurusan Grafik 1

-LATAR MASYARAKAT-

KAUM:

…………………………………………

Masyarakat yang…………….. ……………………

……………………

……………………

……………………

Contohnya,

……………………

……………………

……………………

……………………

Masyarakat yang…………….. ……………………

……………………

……………………

……………………

……………………

Contohnya,

…………………………………………

…………………………………………

………………………………………

Masyarakat yang ………………………………………………………………………………………………………………………………………… Contohnya,

……………………………………………………………………

…………………………………………………………………

Page 13: Tingkatan -   · PDF file“Kalau lu mahu jual,” sambung Paman ... membuat gores dasar huruf ... gores condong arah ke kiri, gores condong arah ke kanan, titik, titik ke

Lengkapkan rajah di bawah dengan latar masyarakat yang terdapat dalam novel Interlok karya Abdullah Hussain

Lampiran 4/G

Lembaran Pengurusan Grafik 1

-LATAR MASYARAKAT-

KAUM:

INDIA

Masyarakat yang mudah percaya dengan khabar angin./ Masyarakat yang tidak bertanggungjawab terhadap keluarga. Contohnya Maraiama menggeleng-geleng kepala menerima khabar berita yang mengatakan Maniam pernah berkahwin/ Maniam membiarkan keluarganya hidup menderita.

Masyarakat yang bertindak di luar batasan

Contohnya

Maniam mahu membunuh Perumal tanpa memikirkan kesan yang dia akan peroleh daripada pembunuhan tersebut.

Masyarakat yang bekerjasama atau bermuafakat untuk membina sebuah sekolah berbahasa Tamil

Contohnya, Suppiah bermuafakat dengan kuli-kuli kebun untuk meminta kepada tuan kebun supaya mengadakan sebuah sekolah berbahasa Tamil untuk anak-anak kaum India.

Page 14: Tingkatan -   · PDF file“Kalau lu mahu jual,” sambung Paman ... membuat gores dasar huruf ... gores condong arah ke kiri, gores condong arah ke kanan, titik, titik ke

Lampiran 5/M

Tukarkan dialog di bawah kepada cakap pindah. 1. “Cepat betul kau berjalan Seman,” kata Pak Utih.

……………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………

2. “Seman?” sahut ibunya sambil membuka pintu depan. “Pak Utihmu ada di sana.”

……………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………

3. “Hei, sudah lama lu jadi tukang lanca?” kata seorang yang agak lebih muda.

……………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………

4. “Hei, mana gua punya sewa?” tanya Kim Lock. ……………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………

5. “Malini itu masih gadiskah waktu dia kahwin dengan Maniam? Banyak mas kahwin

yang dibawa oleh bapanya? tanya Suppiah lagi.

……………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………

6. “Betulkah dia sudah kahwin? Mana isterinya?” tanya Mariamah.

……………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………

Page 15: Tingkatan -   · PDF file“Kalau lu mahu jual,” sambung Paman ... membuat gores dasar huruf ... gores condong arah ke kiri, gores condong arah ke kanan, titik, titik ke

Lampiran 6/G Tukarkan dialog di bawah kepada cakap pindah.

BIL

DIALOG / CAKAP AJUK

CAKAP PINDAH

1

“Cepat betul kau berjalan Seman,” kata Pak Utih.

Pak Utih menyatakan bahawa Seman

berjalan terlalu cepat.

2

“Seman?” sahut ibunya sambil membuka pintu depan. “Pak Utihmu ada sama?”

Ibu memanggil nama Seman dan

menanyakan sama ada Pak Utih ada bersama-sama dengannya

3

“Hei, sudah lama lu jadi tukang lanca?” kata seorang yang agak lebih muda.

Seorang yang agak lebih muda

menanyakan jangka masa dia menjadi tukang lanca.

4

“Hei, mana gua punya sewa?” tanya Kim Lock.

Kim Lock bertanya tentang sewanya.

5

“Malini itu masih gadiskah waktu dia kahwin dengan Maniam? Banyak mas kahwin yang dibawa oleh bapanya? tanya Suppiah lagi.

Suppiah bertanya sama ada Malini

masih gadis atau tidak semasa dia berkahwin dengan Maniam. Dia juga bertanya sama ada jumlah mas kahwin yang dibawa oleh bapa Malini banyak atau tidak.

6

“Betulkah dia sudah kahwin? Mana isterinya?” tanya Mariamah.

Mariammah bertanya sama ada dia

sudah berkahwin atau belum dan ingin tahu tempat tinggal isterinya.

Page 16: Tingkatan -   · PDF file“Kalau lu mahu jual,” sambung Paman ... membuat gores dasar huruf ... gores condong arah ke kiri, gores condong arah ke kanan, titik, titik ke

Lampiran 7/M

Pelbagai peristiwa yang berlaku dalam masyarakat yang diungkap oleh Abdullah Hussain dalam novel Interlok. Isikan latar masyarakat yang sesuai berdasarkan peristiwa yang diberi. ……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Orang lelaki di kampung itu ke masjid untuk sembahyang.

“Gua mahu jumpa sama Lazim, „kata Yew Seng. “ Jangan, lu jangan pergi jumpa dia. Mereka tak baik, mereka akan beritahu Jepun lu balik. Nanti gua mati dibunuh Jepun.

Mereka dulu rompak kedai kita. “ Cing Huat merayu-rayu.

“Saya minta tuan beri perlindungan kepada dia dan mak saya di sini. Saya mahu kembali ke kampung,” ujar Seman.

“Sayalah anak tuan, saya anak Malini, cucu Perumal. Maafkan saya, papa.” Inspektor itu menyusun jari kedua-dua tapak tangannya di depan Maniam sambil berjongkok mahu menyentuh kaki Maniam. Maniam tergamam.

Page 17: Tingkatan -   · PDF file“Kalau lu mahu jual,” sambung Paman ... membuat gores dasar huruf ... gores condong arah ke kiri, gores condong arah ke kanan, titik, titik ke

Lampiran 8/G

Pelbagai peristiwa yang berlaku dalam masyarakat yang diungkap oleh Abdullah Hussain dalam novel Interlok. Isikan latar masyarakat yang sesuai berdasarkan peristiwa yang diberi.

Masyarakat yang taat kepada perintah Allah.

Masyarakat yang berburuk sangka kepada orang lain.

Masyarakat yang memohon bantuan atau pertolongan daripada orang lain.

Masyarakat yang hormat kepada orang tua / Masyarakat yang menyedari kesilapan yang dilakukan.

Orang lelaki di kampung itu ke masjid untuk sembahyang.

“Gua mahu jumpa sama Lazim, „kata Yew Seng. “ Jangan, lu jangan pergi jumpa dia. Mereka tak baik, mereka akan beritahu Jepun lu balik. Nanti gua mati dibunuh Jepun. Mereka dulu rompak kedai kita.

“ Cing Huat merayu-rayu.

“Saya minta tuan beri perlindungan kepada dia dan mak saya di

sini. Saya mahu kembali ke kampung,” ujar Seman.

“Sayalah anak tuan, saya anak Malini, cucu Perumal. Maafkan saya, papa.” Inspektor itu menyusun jari kedua-dua tapak tangannya di depan Maniam sambil berjongkok mahu menyentuh

kaki Maniam. Maniam tergamam.