tiga cabaran untuk mencapai perpaduan dan integrasi

14
TIGA CABARAN UNTUK MENCAPAI PERPADUAN DAN INTEGRASI 1. Berbeza Dalam Sistem Pendidikan Pada zaman penjajahan, Tanah Melayu langsung tidak mempunyai dasar pendidikan yang jelas. Sewaktu zaman pemerintahan British, mereka telah melaksanakan sistem pendidikan yang berteraskan pendidikan Inggeris, di mana sekolah-sekolah aliran Inggeris ini mengajar mata pelajaran dalam bahasa Inggeris. Pada zaman penjajahan ini, dasar pendidikan tidak menghasilkan keberkesanan yang positif, terutama untuk perpaduan dan pelaksanaannya mempunyai banyak kelemahan keranan British pada masa itu hanya mementingkan kepentingan ekonomi dan kedudukan sendiri sahaja. Pihak Inggeris juga telah mewujudkan sekolah vernakular Melayu, vernakular Cina dan vernakular Tamil yang sudah pasti ianya telah menyebabkan masyarakat Melayu, Cina dan India dipisahkan mengikut sistem persekolahan dan hubungan antara mereka menjadi semakin renggang. Sekolah-sekolah vernakular ini mempunyai kepentingan tersendiri bagi setiap kaum atau etnik tersebut. Masalah untuk membentuk perpaduan menjadi bertambah rumit apabila pihak British tidak memainkan peranan dengan adil, terutama dari segi layanan yang setaraf kepada semua bangsa atau kaum. Selepas Merdeka 1957, Malaysia merupakan sebuah negara baru dan memulakan zaman untuk mengukuhkan semula pendidikan negara supaya

Upload: sukkkkkkkkkkkkkk

Post on 20-Oct-2015

254 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

nnnnnnnnnnn

TRANSCRIPT

TIGA CABARAN UNTUK MENCAPAI PERPADUAN DAN INTEGRASI

1.Berbeza Dalam Sistem Pendidikan

Pada zaman penjajahan, Tanah Melayu langsung tidak mempunyai dasar pendidikan yang jelas.Sewaktu zaman pemerintahan British, mereka telah melaksanakan sistem pendidikan yang berteraskan pendidikan Inggeris, di mana sekolah-sekolah aliran Inggeris ini mengajar mata pelajaran dalam bahasa Inggeris.

Pada zaman penjajahan ini, dasar pendidikan tidak menghasilkan keberkesanan yang positif, terutama untuk perpaduan dan pelaksanaannya mempunyai banyak kelemahan keranan British pada masa itu hanya mementingkan kepentingan ekonomi dan kedudukan sendiri sahaja. Pihak Inggeris juga telah mewujudkan sekolah vernakular Melayu, vernakular Cina dan vernakular Tamil yang sudah pasti ianya telah menyebabkan masyarakat Melayu, Cina dan India dipisahkan mengikut sistem persekolahan dan hubungan antara mereka menjadi semakin renggang. Sekolah-sekolah vernakular ini mempunyai kepentingan tersendiri bagi setiap kaum atau etnik tersebut. Masalah untuk membentuk perpaduan menjadi bertambah rumit apabila pihak British tidak memainkan peranan dengan adil, terutama dari segi layanan yang setaraf kepada semua bangsa atau kaum.

Selepas Merdeka 1957, Malaysia merupakan sebuah negara baru dan memulakan zaman untuk mengukuhkan semula pendidikan negara supaya selari dengan matlamat perpaduan nasional. Akta Pelajaran 1961 merupakan bukti usaha murni yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia bagi mengembalikan semula kepercayaan rakyat supaya mereka memahami dasar pendidikan yang dilaksanakan kerajaan adalah demi kepentingan masyarakat Malaysia yang majmuk. Menurut Abu Bakar Nordin (1994), Laporan Razak 1956 boleh dijadikan sebagai batu loncatan ke atas dasar dan sistem pendidikan kebangsaan yang mempunyai perubahan positif, terutama membentuk dan memupuk perpaduan negara. Perpaduan antara masyarakat majmuk merupakan asas utama yang diberikan oleh kerajaan Malaysia ketika menggubal dasar pendidikan selepas negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.

Peristiwa berdarah 13 Mei 1969 telah mengubah landskap politik, ekonomi dan sosial masyarkat Malaysia di mana selepas peristiwa itu berlaku, pihak kerajaan telah mewujudkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bermatlamat mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional. Peristiwa berdarah ini turut memberi impak yang besar kepada dasar pendidikan.

Bermula tahun 2010, sistem pendidikan di Malaysia telah bergerak seiring dengan keperluan semasa keranan masyarakat juga turut berubah disebabkan oleh arus permodenan dan globalisasi. Sehingga kini, Malaysia masih meneruskan kesinambungan sistem persekolah lama dengan mengekalkan sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan sekolah jenis kebangsaan Tamil. Isu-isu ini telah kerap kali dibincang dan diperdebatkan namun akhirnya tiada jalan penyelesaian yang dilakukan bagi mengubah kepada sistem persekolahan yang baru. Isu-isu ini sebenarnya merupkan isu yang sensitif bagi masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa, kerana bukan sesuatu yang mudah untuk mendapatkan persetujuan daripada masyarkat yang mempunyai pandangan, pendapat dan kepentingan yang berbeza.

Kewujudan sekolah yang pelbagai aliran ini telah menjejaskan perpaduan kaum di Malaysia. Kini ianya sudah tidak relevan untuk digunapakai kerana sekiranya ia masih diteruskan, maka hubungan antara masyarakat Malaysia akan menjadi semakin pudar dan renggang. Ini kerana sekolah merupakan tempat mula-mula masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa bertemu untuk saling kenal mengenali.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak pernah mengatakan bahawa beliau bersedia menimbangkan untuk mewujudkan hanya satu sistem sekolah sahaja yang diguna pakai sekiranya rakyat Malaysia bersetuju untuk mengikut sistem tersebut. Memang kita tidak dapat nafikan, di dalam usaha melaksanakan satu-satu dasar baru, kerajaan perlu mengambil kira kehendak rakyat kerana ingin menggelakkan timbulnya perbalahan dan kesan buruknya akan balik kepada rakyat dan juga negara. Sehingga kini, masyarakat Malaysia masih belum bersetuju dan mencapai kata sepakat di dalam menggunakan satu sistem sekolah sahaja. Masyarakat Cina dan India dilihat masih mahu menggunakan sistem sekolah pelbagai aliran yang dianggap dapat menjaga bahasa ibunda mereka dan menjamin hak-hak mereka.

Namun pada pendapat saya, idea menubuhkan satu aliran sistem persekolahan perlu dilaksanakan kerana melaluinya semangat perpaduan di kalangan rakyat akan dapat dipupuk. Pelaksanaan sistem ini tidak akan menyebabkan kehilangan identity kaum-kaum tertentu, malah ia akan terus menyemai semangat perpaduan yang kukuh di kalangan masyarkat Malaysia. Masyarakat Cina, India dan semua kaum masih boleh mengekalkan penggunaan bahasa ibunda mereka, walaupun mereka belajar di sekolah yang sama aliran.

3.2Fokus Yang Berlainan Dalam Sektor Ekonomi

Sejak zaman penjajahan lagi, masalah integrasi telah wujud terutamanya semasa penjajahan British. Mereka menjalankan dasar divide and rule iatu dasar pecah dan perintah agar dapat memerintah dan mengeksploitasi ekonomi negara. Dasar ini jugalah yang memisahkan kaum-kaum utama negara ini mengikut bidang ekonomi yang dijalankan. Masyarakat melayu mengendalikan pertanian dan ditempatkan di kawasan luar Bandar iaitu di kampong-kampung. Masyarakat Cina ditempatkan dilombong-lombong bijih timah dan bandar-bandar kerana aktiviti perlombongan dan perdagangan yang dijalankan mereka. Manakala masyarakat India pula ditempatkan di lading-ladang getah. Perubahan fungsi ini telah menyebabkan ketiga-tiga kaum ini terpisah dan hubungan semakin terhada dan menjadi bertambah renggang.

Cabaran dari segi ekonomi yang paling nyata ialah perbezaan dari segi pekerjaan di mana perbezaan ini diwujudkan oleh pihak British melalui pecah dan perintah sepertimana dinyatakan sebelum ini. Masalah ini telah mewujudkan perasaan curiga dan telah mewujudkan jurang ekonomi antara kaum-kaum terbabit.

Akaibat daripada dasar yang dicipta oleh British itu, kesannya masih lagi dapat dilihat sampailah sekarang di mana sektor perniagaan masih lagi didominasi oleh orang Cina dan kebanyakkan orang India masih lagi tinggal di lading-ladang. Perbezaan pekerjaan ini telah membataskan interaksi sosial antara mereka kerana masa banyak diluangkan ditempat kerja dan sekiranya rakan sekerja terdiri daripada kaum atau etnik yang sama maka interaksi dan komunikasi hanya berlaku dan berada dalam lingkungan kaum yang sama sahaja. Kesannya adalah di mana perasaan prasangka dan perkauman akan menjadi semakin kuat dan menebal di antara sesama kaum terbabit.

Dominasi kaum dalam satu-satu bidang juga adalah cabaran ke dua daripada aspek ekonomi. Ini adalah kerana kaum-kaum lain tidak dapat menyelit atau masuk ke dalam bidang tertentu yang didominasi oleh kaum-kaum tertenuu dan ini adalah kerana kaum yang mendominasi itu mahu terus mengekalkan hak dan kuasa dominasi mereka. Diantara contoh yang boleh dibawa di sini ialah dominasi di dalam bidang perniagaan yang telah didominasi oleh kaum Cina sejak dahulu lagi dan sehingga sekarang, masyarakat Cina masih lagi mendominasi bidang ini walaupun kerajaan sentiasa menggalakkan mereka untuk menceburkan diri ke dalam bidang lain juga seperti bekerja dengan pasukan beruniform (polis, askar) dan juga perguruan. Kerajaan juga telah membuka peluang kepada mereka dalam sektor perkhidmatan awam namun gagal dan kurang mendapat sambutan. Dr Ridhuan Tee (2009) pernah menyatakan bahawa Mereka (kaum Cina) yang terlalu bangga dengan tamadun mereka serta lebih suka berdikari dengan menceburkan diri dalam bidang perniagaan yang menjadi darah daging mereka.

Di dalam mengatasi masalah dan cabaran ini, banyak dasar-dasar yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan seperti DEB dan juga RMK, namun pihak kerajaan hanya mampu merapatkan dan mengurangkan jurang ini dan bukan menghapuskannya.

3.3Berbeza Ideologi Politik dan Pengaruh

Majoriti parti politik di Malaysia ditubuhkan berasaskan kaum masing-masing. Contohnya, seperti UMNO dan PAS untuk orang Melayu, MCA,PAP dan DAP untuk orang Cina, dan MIC untuk orang India. Faktor penubuhan parti-parti ini telah menguatkan sikap dan semangat perkauman yang tinggi . Sikap ingin memperjuangkan kaum masing-masing tanpa semangat kekitaan pasti akan melambatkan proses perpaduan yang selama ini diusahakan oleh pihak kerajaan yang sudah pastinya diimpikan oleh seluruh rakyat Malaysia.

Memang tidak dinafikan terdapat sebahagian parti berlainan bangsa yang bergabung tetapi perjuangan mereka sedikit sebanyak tetap berbaur perkauman. Kewujudan parti-parti politik yang berasaskan kaum ini juga menjadikan pengaruh perkauman turut merebak kepada institusi keluarga dan juga pendidikan. Menurut Funston (2001), setiap etnik akan memperjuangkan kepentingan kaum masing-masing terutama hal-hal yang berkaitan dengan bahasa, pendidikan dan kebudayaan, sedangkan dalam membina integrasi nasional dan perpaduan yang utuh semua rakyat tanpa mengira kaum mahupun agama mestilah sama-sama berganding bahu dan tenaga mencapai satu perjuangan dan matlamat yang sama demi negara yang menjadi tempat tumpah darah mereka dan semua rakyatnya.

Kita dapat melihat semangat perkauman ini di dalam isu bahasa di mana tahun 1966, kira-kira 1200 pertubuhan keturunan Cina menjalankan kempen mengutip tandatangan menuntut supaya bahasa Cina dijadikan salah satu dari bahasa rasmi negara. Isu yang berkaitan dengan perancangan untuk mewujudkan Sekolah Wawasan. Masyarakat Cina yang diwakili oleh parti politik Cina telah menentang penubuhan sekolah ini dengan mengatakan bahawa identiti rakyat Cina akan hilang sedangkan pewujudan sekolah tersebut akan mewujudkan perpaduan antara masyarakat.

Dari dahulu sehingga sekarang masih ada lagi pertelingkahan yang melibatkan bahasa dan juga pendidikan yang sudah pastinya akan menambahkan retak-retak perpecahan rakyat yang sudah pasti akan membantut atau menghalang usaha integrasi nasional yang cuba dilaksanakan oleh pihak kerajaan yang memerintah.

TIGA KONSEP ASAS PERPADUAN DAN INTEGRASI

Pelbagai proses yang dikaitkan dengan konsep perpaduan dan integrasi seperti proses asimilasi. Amalgamansi dan pluralisme.1ASIMILASIAsimilasi merupakan satu proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik yang mempunyai berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identity yang sama. Konsep ini berhubungan dengan penyerapan sehala individu/kelompok ke dalam kelompok yang lain. Menurut seorang pakar sosiologi, Vander Zanden menyatakan, asimilasi ialah satu proses dalam mana-mana kelompok yang berfikir, berperasaan dan bertindak secara berlainan, menjadi satu dalam kesatuan sosial serta budaya yang sama.Asimilasi mutlak atau sempurna menyebabkan berlakunya penghapusan penuh berbezaan dari segi kebudayaan dan identiti. Contohnya, orang Melayu di Thailand telah mengalami proses asimilasi yang menyebabkan nama, bahasa dan hamper semua aspek cara hidup mereka (kecuali agama) telah disatukan dengan amalan dan cara hidup orang Thai. Konsep ini diwakili dengan formula A+B+C = A, di mana A mewakili golongan dominan sementara B dan C mewakili kumpulan etnik minoriti.Pada dasarnya proses asimilasi berlaku apabila wujudnya interaksi yang erat antara ahli kumpulan etnik yang berbeza budaya bagi suatu tempoh yang agak lama. Kejayaan dan keberkesanan asimilasi pada umumnya bergantung kepada kesanggupan etnik minoriti menghilangkan identiti mereka dan menerima identiti kumpulan etnik majoriti dan kesanggupan kumpulan etnik majoriti menerima kumpulan etnik minoriti.

Di negara kita Malaysia, seperti apa yang berlaku ke atas masyarakat Cina Kelantan, Jawa, Baba dan Nyonya merupakan salah satu contoh berlakunya proses asimilasi. Walaubagaimanapun ianya hanya berlaku dalam konteks budaya tanpa melibatkan anutan kepercayaan atau agama. Dalam sesetengah kes masyarakat Cina di Malaysia telah mengamalkan kepelbagaian kebudayaan yang umum di mana pemikiran dan sentimen mereka walaupun bersifat kecinaan dari segi etnik namun mereka dikatakan berkongsi sentimen bersama dan beberapa cara hidup orang Melayu, India dan penduduk-penduduk Malaysia yang lain dan begitu juga sebaliknya samada dari segi pemakanan, pakaian dan sebagainya.

Jelaslah bahawa di Malaysia pendekatan asimilasi adalah salah satu pendekatan yang terbaik di dalam usaha membina perpaduan kaum yang utuh dan tulen, sekurang-kurangnya dalam konteks peleburan bahasa ibunda etnik minoriti. Contohnya apabila dilihat melalui konteks golongan Baba Nyonya di Melaka dan juga Pulau Pinang, golongan India peranakan atau Mami di Pulau Pinang dan Arab Peranakan telah meleburkan sehingga mengorbankan bahasa nenek moyang mereka. Di sini amat jelas bahawa budaya golongan minoriti dalam konteks asimilasi sosial teradun dalam acuan budaya Melayu meskipun secara halus terdapat perbezaannya. Budaya Bab Nyonya, India Peranakan dan Arab Peranakan ini dengan jelas telah menjelmakan satu proses perpaduan kaum yang utuh dan tulen.

Kurangnya pengetahuan kebudayaan sesama kaum sehingga menimbulkan perasaan takut terhadap budaya kaum lain memang tidak dapat dinafikan dirasai oleh setiap rakyat atau kaum di Malaysia. Malahan timbul juga perasaan bahawa budaya etnik merka lebih tinggi daripada budaya etnik lain dan sebagainya dan ini menimbulkan perbezaan kepentingan antara etnik-etnik yang terlibat. Ini merupakan halangan tersirat yang menghalang proses asimilasi daripada berlaku.

Pada pendapat saya, proses asimilasi seharusnya dibiarkan berlaku secara evolusi serta semulajadi. Sebarang percubaan atau usaha untuk mewujudkan asimilasi secara paksaan pasti akan menemui banyak halangan dan kegagalan. Yang pasti konsep asimilasi yang diamalkan oleh Malaysia adalah berbeza dengan konsep yang diamalkan oleh negara-negara lain, di mana identiti kaum-kaum etnik tidak dilenyapkan malahan digabung dan disatukan menjadi identiti dan budaya Malaysia seperti Gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Dato Seri Najib Tun Razak.2AMALGAMASI

Amalgamasi merupakan satu proses penyatuan pelbagai kumpulan etnik dari segi biologi. Dalam proses ini, semua entiti kebudayaan pelbagai kumpulan dicampuradukkan melalui perkahwinan campur dan akhirnya mewujudkan satu bangsa atau budaya baru tanpa menuruti budaya asal mereka. Proses ini kebiasaannya memakan masa yang lama dan akan melalui beberapa generasi.

Teori amalgamasi dinyatakan dalam bentuk formula A+B+C = D, di sini A,B dan C mewakili kumpulan etnik yang berlainan dan D mewakili kumpulan baru (amalgam) yang terhasil daripada penyatuan A,B dan C itu tadi.

Proses amalgamasi merupakan proses yang boleh dilakukan secara campurtangan (interventionist) dan sedar oleh beberapa kumpulan etnik atau pemerintah , di dalam usaha untuk mencantumkan beberapa unsur berbeza daripada kumpulan yang berbeza ke dalam satu entiti yang bersatu, samada secara sementara atau berkekalan dan contohnya seperti wujudnya Sekolah Wawasan oleh pihak kerajaan.

Saya merasakan proses amalgamasi adalah satu proses yang berguna di dalam memupuk perpaduan di dalam negara kita Malaysia tapi ianya jarang digunakan atau didapati di Malaysia.

3PLURALISME

Konsep ini adalah bertentangan dengan dasar asimilasi amalgamasi. Pluralisme merujuk kepada suatu bentuk integrasi yang sering dirujuk sebagai proses perpaduan dalam kepelbagaian di mana kepelbagaian dilihat sebagai suatu kekuatan bagi sesebuah negara yang memilikinya.

Teori pluralisme dinyatakan dalam bentuk A+B+C = A+B+C , di mana A,B dan C yang mewakili etnik mengekalkan ciri-ciri kelompok dan budaya masing-masing. Konsep ini mempertahankan kepelbagaian kumpulan etnik dalam masyarakat. Di Malaysia kaum Melayu, Cina, India dan kaum-kaum majority yang lain adalah bebas di dalam menjaga ciri-ciri bangsa dan budaya mereka masing-masing. Konsep pluralisme ini adalah bertentengan sama sekali dengan konsep asimilasi dan amalgamasi. Konsep ini menyatakan bahawa kepelbagaian adalah satu kekuatan dan kelebihan bagi sesebuah negara yang mengamalkannya dan percantuman pelbagai etnik sudah pasti akan mengayakan lagi warisan sesebuah masyarakat itu sendiri.

Konsep pluralisme ini boleh dibahagikan kepada dua (2) jenis iaitu Pluralisme Kebudayaan dan Pluralisme Ubahsuaian.

3.1Pluralisme Kebudayaan

Pluralisme kebudayan dinyatakan di dalam bentuk formula Ab + Bb + Cb = Ab + Bb + CAb. Formula ini membawa maksub bahawa kumpulan etnik masih mengekalkan kepelbagaian kumpulan etnik tetapi serba sedikit telah terpengaruh dengan budaya etnik lain hasil daripada interaksi setempat dan persekitaran mereka.Pengubahsuaian ini berlaku apabila kumpulan etnik yang mempertahankan kepelbagaian menerima serba sedikit budaya etnik lain.

Di Malaysia proses integrasi dan perpaduan nasional yang diusahakan oleh kerajaan boleh dicapai walaupun setiap kaum atau etnik lebih cenderung untuk mempertahan atau mengekalkan identiti kehidupan mereka masing-masing. Pengekalan ciri-ciri kebudayaan termasukkebudayaan kelompok minoriti berasaskan andaian asas di mana semua kelompok etnik atau kaum mempunyai hak terhadap warisan psikologi masing-masing, perbezaan dalam kebudayaan manusia adalah perkara biasa dan tidak dapat dielakkan namun akhirnya kepelbagaian ini akan menjadi pemangkin di dalam mengukuh dan menstabilkan negara. Dengan kepelbagaian budaya yang ada, kini Malaysia adalah salah satu negara pelancongan yang dikenali di seluruh dunia.

3.2Pluralisme UbahsuaianPluralisme Ubahsuian ini turut dinyatakan di dalam bentuk formula di manaA + B + C =A1 + B1 + C1 di mana A1, B1 dan C1 merupakan etnik atau kaum yang sudah mengubah atau terpengaruh oleh budaya etnik lain. Mereka sudah mengubah amalan budaya asal kesan daripada interaksi dengan masyarakat/ etnik setempat.Proses integrasi ini merupakan proses yang paling banyak berlaku dan meluas di negara kita Malaysia di mana ianya dapat dilihat melalui pertukaran budaya antara bangsa Melayu, Cina dan India, contohnya apabila dilihat dari sudut pilihan makanan, di mana orang melayu menerima roti canai, orang India menerima Yong Tau Fu manakala orang Cina menerima dan meminati nasi lemak.