text pengucapan awam

15
Moderator : Bismillahhirrahmanirrahim, Alhamdulillahi Robbil ‘alamin, Wassolatu Wassalamu ‘alaa asyrofil anbiyai wal mursalin.. wa ‘ala alihi wa sohbihi ajma’in. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, salam ukhwah, salam kasih sayang dan salam satu Malaysia. Warga dewan sekalian, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin serta limpah kurnia daripada-Nya, dapat kita bertemu lagi dalam gelanggang forum bahasa.Bersama saya Nurul Hidayah Binti Mohd Sabar pada pagi yang berbahagia ini. Hadirin yang dihormati sekalian, sebelum saya memperkenalkan ahli-ahli panel kita pada hari ini, kita sedia maklum bahawa Kementerian Pelajaran telah melaksanakan kajian semula sistem pendidikan negara Malaysia secara menyeluruh dalam usaha membangunkan Pelan Pembangunan Pendidikan yang baharu. Justeru, untuk terus maju, Pelan Pembangunan Pendidikan akan terus menggunakan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi membangunkan pendidikan seimbang sebagai asas pencapaian aspirasi setiap murid. Oleh itu, salah satu kemahiran yang perlu diterapkan bagi merealisasikan aspirasi murid Pelan Pembangunan Pendidikan ialah kemahiran dwibahasa. Sesuai dengan tajuk forum kita pada hari ini mengenai “Bahasa Tonggak Kemajuan Negara”. Sebelum mengupas tajuk ini dengan lebih mendalam, terlebih dahulu, mari kita berkenalan dengan tiga orang panel kita pada kali ini. Jangan ragu dan jangan risau kerana warga dewan sememangnya tidak asing lagi dengan panel-panel kita pada hari ini. Baiklah di sebelah rusuk kanan saya, ahli panel pertama saudari Dato’ Dr. Zaratul Ula 1

Upload: diana-amran

Post on 16-Dec-2015

32 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

.

TRANSCRIPT

Moderator :Bismillahhirrahmanirrahim, Alhamdulillahi Robbil alamin, Wassolatu Wassalamu alaa asyrofil anbiyai wal mursalin.. wa ala alihi wa sohbihi ajmain. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, salam ukhwah, salam kasih sayang dan salam satu Malaysia. Warga dewan sekalian, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin serta limpah kurnia daripada-Nya, dapat kita bertemu lagi dalam gelanggang forum bahasa.Bersama saya Nurul Hidayah Binti Mohd Sabar pada pagi yang berbahagia ini. Hadirin yang dihormati sekalian, sebelum saya memperkenalkan ahli-ahli panel kita pada hari ini, kita sedia maklum bahawa Kementerian Pelajaran telah melaksanakan kajian semula sistem pendidikan negara Malaysia secara menyeluruh dalam usaha membangunkan Pelan Pembangunan Pendidikan yang baharu. Justeru, untuk terus maju, Pelan Pembangunan Pendidikan akan terus menggunakan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi membangunkan pendidikan seimbang sebagai asas pencapaian aspirasi setiap murid. Oleh itu, salah satu kemahiran yang perlu diterapkan bagi merealisasikan aspirasi murid Pelan Pembangunan Pendidikan ialah kemahiran dwibahasa. Sesuai dengan tajuk forum kita pada hari ini mengenai Bahasa Tonggak Kemajuan Negara. Sebelum mengupas tajuk ini dengan lebih mendalam, terlebih dahulu, mari kita berkenalan dengan tiga orang panel kita pada kali ini. Jangan ragu dan jangan risau kerana warga dewan sememangnya tidak asing lagi dengan panel-panel kita pada hari ini. Baiklah di sebelah rusuk kanan saya, ahli panel pertama saudari Dato Dr. Zaratul Ula Binti Razuan yang merupakan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia. Apa khabar Dato? Sihat? Nampak bergaya penampilan pada hari ini. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa bersama-sama warga dewan. Seterusnya panel kedua , ayu berbaju kurung saudari Dr. Natasha Binti Ghazi yang merupakan Munsyi Dewan Bahasa Dan Pustaka. Selamat datang Dato. Dan di hujung sana, nampak malu tetapi bijak berkata-kata saudari Prof. Madya Nur Diana Binti Amran yang merupakan pensyarah di Universiti Malaya. Selamat datang juga kepada Prof. sebelum saya menyimpang dengan lebih jauh, soalan saya pada panel pertama, bolehkah Dato menerangkan serba sedikit mengenai PPPM yang kini digembar-gemburkan oleh masyarakat serta objektif PPPM ini diwujudkan.

Panel pertama : Terima kasih Saudari Moderator. Yang saya hormati ahli-ahli panel, seterusnya hadirin dan hadirat sekalian. Assalammualikum dan salam 1 Malaysia. Baru saya sedar muka moderator,muka ahli-ahli panel kita serta hadirin dan hadirat sekalian nampak berseri-seri seolah-olah tidak sabar untuk mengetahui dengan lebih lanjut apakah itu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)? Berbalik kepada soalan saudari moderator tadi, yang menyatakan apakah itu PPPM serta objektif PPPM.

Baiklah, tanpa membuang masa lagi,saya akan menerangkan apakah itu PPPM serta objektif PPPM. PPPM merupakan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) untuk melonjakkan sistem pendidikan Negara untuk berada dalam kalangan negara sepertiga teratas sistem pendidikan terbaik di dunia. PPPM menggariskan 5 aspirasi sistem, 6 aspirasi murid untuk dicapai melalui perubahan yang perlu berlaku melalui 11 Anjakan dan dilaksanakan dalam tiga peringkat Gelombang. Melalui anjakan kedua, iaitu memastikan setiap murid menguasai kemahiran dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dan digalakkan memperlajari bahasa tambahan. Kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia mewujudkan persekitaran semula jadi yang kondusif. Melalui anjakan ini murid dapat menguasai kemahiran lebih daripada satu bahasa.

Objektif PPPM merupakan hasil penglibatan masyarakat dan penyelidikan meluas yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan. Pelan ini dibangunkan dengan tiga objektif khusus iaitu memahami prestasi dan cabaran semasa, sistem pendidikan Malaysia dengan memberi tumpuan terhadap akses pendidikan, meningkatkan standard(kualiti), merapatkan jurang pencapaian(ekuiti),mengukuhkan perpaduan dalam kalangan murid, serta mengoptimunkan kecekapan sistem. Objektif yang Kedua, mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk setiap murid dan sistem pendidikan secara keseluruhan bagi tempoh 13 tahun akan datang. Akhir sekali, mengariskan transformasi sistem pendidikan yang komprehensif merangkumi perubahan penting dalam Kementerian bagi mencetus dan menyokong transformasi perkhidmatan.

Moderator :Terima kasih diucapkan kepada panel pertama kita atas penerangannya sebentar tadi.Peribahasa ada mengatakan, tak kenal maka tak cinta, yang jelas menunjukkan bahawa perlunya proses mengenali sebelum mencintai sesuatu. Apabila kita ingin mengetahui asal usul sesuatu bahasa, kita perlu mengetahui asal bangsa yang menjadi penutur utama bahasa tersebut.Pandangan yang pertama menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari utara (Asia Tengah) dan pandangan yang kedua menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal melalui orang melayu datang dari Yunan ke Kepulauan Melayu menerusi tiga gelombang perpindahan utama iaitu perpindahan orang Negrito, Proto dan Deutro. Apabila kita sudah mengetahui asal usul bahasa Melayu, maka kita perlu menyusur galuri fungsi bahasa melayu. Bolehkah Dr. Natasha menerangkan fungsi bahasa Melayu?

Panel kedua:Riuh nelayan memunggah pelata,Beli seraga dibawa pulang;Bahasa kebangsaan jiwa kita,Jati diri warga cemerlang.Pada zaman milenium ini, bahasa sudah biasa dijadikan sebagai cerucuk utama dalam melambangkan sesuatu bangsa dan negara.Pertama, bahasa kebangsaan merupakan sebuah bahasa yang melambangkan identiti kebangsaan sesuatu bangsa atau negara secara unik.. Para hadirin sekalian, Bahasa Melayu telah menjadi bahasa pengantar di sekolah, maktab, politeknik dan universiti. Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan kemuncak bagi menentukan bahasa Melayu digunakan sepenuhnya sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan.Sehingga kini, universiti telah melahirkan ratusan ribu siswazah yang menerima pendidikan dalam Bahasa Melayu.Tidak syak lagi bahawa Bahasa Melayu telah membuktikan kejayaan sebagai bahasa ilmu, bahasa bagi wahana ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang.Tetapi malangnya para warga dewan sekalian ,penggunaan bahasa Melayu dipengaruhi oleh beberapa pengaruh terutamanya di sekolah .Pertama, pengaruh bahasa dialek .Jika kita lihat di sekolah, guru-guru gemar mengambil jalan mudah dengan menggunakan bahasa dialek atau daerah sebagai bahasa pengantar dengan alasan murid lebih mudah memahami sesuatu yang disampaikan oleh guru dan suasana pengajaran akan bersifat menghiburkan Namun, tanpa disedari sikap ambil mudah ini akan melahirkan murid-murid yang lemah dalam penguasaan bahasa. Bagi murid-murid pula disebabkan bahasa dialek ini sudah menjadi bahasa pertama yang mereka peroleh dari rumah sudah semestinya mereka, akan menggunakan bahasa tersebut dalam pertuturan seharian. Sebagai contoh. bahasa dialek Perak seperti Dia orang (deme ). Baiklah, setahu saya Dato berasal dari Kedah? Bolehkah Dato berkongsi dialek Kedah yang membezakan bahasa Melayu. Seterusnya .pengaruh teknologi . Sekarang masyarakat mudah berhubung antara satu sama lain dengan menggunakan sistem yang baik seperti laman interaksi menggunakan media sosial seperti facebook, blog dan twitter atau menggunakan telefon bimbit.Penggunaan bahasa singkatan yang berleluasa dalam laman sosial seperti facebook dan sistem pesanan ringkas ( bahasa sms) telah menyebabkan bahasa Melayu menjadi bahasa rojak kerana bahasa Melayu telah digunakan secara salah dari aspek ejaan, pemilihan kata dan struktur ayatnya.Sekian sahaja dari saya Terima kasih

Moderator : Wah! Sungguh bernas menerangan yang diberikan oleh panel kita yang kedua ini, seperti yang kita tahu penggunaan bahasa dalam sistem pendidikan kita berubah-ubah.Oleh itu, bolehkah Prof. ceritakan sedikit tetang perkembangan sistem pendidikan di Malaysia dan selaku individu yang pakar dalam Bahasa Inggeris, bolehkah Prof. ceritakan tentang kelebihan menguasai bahasa Inggeris.

Panel ketiga:Terlebih dahulu, terima kasih kerana sudi menjemput saya untuk berbicara dalam majlis forum ini. Seperti yang kita sedia maklum, Bahasa Inggeris mula digunakan secara meluas dalam sistem pendidikan Malaysia bermula tahun 2003. Sistem ini dimulakan apabila bahasa Inggeris dijadikan bahasa penghantar untuk mata pelajaran sains dan matematik atau lebih dikenali sebagai PPSMI. Walau bagaimanapun,pada tahun 2012 dasar Memperkukuhkan Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) mula dilaksanakan secara berperingkat. Biarpun program ini berdepan dengan pelbagai kontroversi namun tindakan kerajaan melaksanakan dasar penggunaan bahasa Inggeris dalam pendidikan memberi pelbagai kebaikan.

Sebenarnya, menguasai bahasa Inggeris dalam pendidikan di negara kita selaras dengan objektif pendidikan yang ingin melahirkan individu yang mampu bersaing dalam dunia global. Alasan dikatakan sebegini ialah penguasaan bahasa Inggeris yang dimulakan dari sekolah sedikit sebanyak mampu melatih dan seterusnya melahirkan individu yang dapat berkomunikasi dengan berkesan antara individ dari seluruh dunia.Tambahan pula, ramai juga yang bersependapat bahawa bahasa Inggeris merupakan bahasa ilmu kerana kebanyakan sumber rujukan menggunakan bahasa Inggeris. Oleh itu, jika kita menguasai bahasa Inggeris akan lebih memudahkan kita membuat rujukan dan meneroka ilmu dengan lebih mendalam lagi daripada buku, jurnal, internet dan sebagainya. Dengan itu,tidak dapat dinafikan bahawa bahasa Inggeris perlu dikuasai kerana bahasa Inggeris merupakan bahasa ilmu.

Seterusnya, kemajuan ekonomi negara juga amat bergantung kepada penguasaan kemahiran bahasa Inggeris. Malaysia amat memerlukan penduduk yang mampu menguasai kemahiran bahasa Inggeris agar dapat bersaing dengan masyarakat di seluruh dunia.Sebagai contohnya, perkongsian dalam bidang ekonomi, sosial mahupun bidang teknologi memerlukan mereka yang mahir berbahasa Inggeris. Jadi, jelaslah murid pada hari ini perlu diajar untuk menguasai bahasa Inggeris supaya masa depan mereka lebih terjamin.

Moderator :Terima kasih juga untuk panel ketiga. Rupa-rupanya terdapat banyak juga kelebihan menguasai kemahiran bahasa Inggeris. Seterusnya, seperti yang kita tahu PPPM juga menggalakkan murid menguasai bahasa tambahan. Pada pendapat Dato Dr. Zara, apakah kelebihan dalam menguasai bahasa tambahan untuk pendidikan kepada murid. Panel pertama: Sebelum diungkat dengan lebih mendalam kita perlu mengetahui bahasa merupakan alat yang digunakan oleh masyarakat untuk berhubung sejak zaman dahulu lagi. Dalam mendepani era globalisasi ini,kemampuan menguasai dan berkomunikasi dalam pelbagai bahasa merupakan suatu kelebihan kepada seseorang. Lantaran itu, Sekolah Berasrama Penuh (SBP) misalnya, memberikan peluang kepada para pelajar untuk mempelajari lima bahasa antarabangsa iaitu, bahasa Perancis, Jerman, Jepun, Cina dan Arab melalui pembelajaran bahasa antarabangsa. Tanpa kemampuan dan kemahiran bertutur dalam pelbagai bahasa, agak sukar seseorang untuk berkomunikasi khususnya dengan individu yang berlainan bangsa. Oleh itu, banyak kepentingan akan diperoleh oleh seseorang dengan menguasai pelbagai bahasa lain selain bahasa ibunda.

Seterusnya, seseoranglebih mudah untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, baik di pusat pengajian tinggi awam atau swasta.Tambahan lagi kemampuan menguasai dan berkomunikasi dalam pelbagai bahasa menjadi semakin penting sekiranya seseorang hendak melanjutkan pelajaran ke luar negara.Hal ini dikukuhkan lagi apabila seseorang ingin melanjutkan pelajaran di negara-negara maju seperti Jepun dan Perancis yang menggunakan bahasa ibunda mereka sendiri sebagai bahasa pengantar utama. Tamsilnya, untuk melanjutkan pelajaran di negeri matahari terbit, Jepun pelajar perlulah mengikuti kursus untuk menguasai bahasa Jepun terlebih dahulu sebagai pakej untuk terpilih mengikuti pengajian di sana. Jelas terbukti bahawa penguasaan pelbagai bahasa memberikan kemudahan kepada setiap orang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di samping mudah untuk memahami budaya dan gaya hidup sesuatu masyarakat yang ditemui. Bak kata pepatah masuk ke dalam kandang kambing mengembik, masuk kandang kerbau menguak

Akhir sekali, dengan menguasai pelbagai bahasa membolehkan seseorang itu, menceburkan diri dalam bidang penterjemahan atau jurubahasa dalam bidang kehakiman dan juga sektor pelancongan. Bidang terjemahan dikatakan mempunyai masa depan yang cerah kerana mempunyai permintaan yang tinggi. Begitu juga dalam bidang pelancongan yang amat memerlukan khidmat pemandu pelancong asing yang boleh menguasai bahasa asing. Sesungguhnya, penguasaan pelbagai bahasa dan kemahiran berkomunikasi menjadi suatu kriteria dan pertimbangan utama majikan dalam memilih ciri pekerja yang berkualiti.

Begitu hebat kata-kata dan hujah panel pertama kita sebentar tadi. Sekarang kita perdengarkan pula hujah daripada panel kedua tentang peranan Dewan Bahasa Dan Pustaka dalam memastikan murid menguasai bahasa Melayu.

Panel kedua:Baiklah, hadirin sekalian.Seperti mana anjakan kedua dalam Pelan Pembangunan Pendidkan Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka juga memainkan peranan untuk mencetak dan menerbitkan atau membantu dalam percetakan dan penerbitan buku-buku, majalah-majalah, risalah-risalah dan pelbagai bentuk kesusasteraan dalam bahasa kebangsaan dan dalam bahasa-bahasa lain.Pihak DBP telah banyak mencetak dan menerbitkan buku-buku untuk sekolah-sekolah seperti buku teks dan buku rujukan yang merupakan bahan ilmiah yang sangat penting bagi murid sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Ini bermakna peranan yang dimainkan oleh DBP adalah sangat penting dan ia juga memberi impak yang baik dalam bidang kesusasteraan, pendidikan, dan juga industri percetakan negara. Ini juga merupakan hasrat negara untuk melahirkan rakyat Malaysia yang dapat menguasai Bahasa Melayu. Sekian sahaja dari saya Saudari Moderator.

Moderator:Terima kasih atas hujah-hujahnya itu tadi. Sebentar tadi, Prof. sudah menerangkan mengenai kelebihan menguasai bahasa Inggeris. Bolehkah Prof terangkan pula mengenai usaha yang boleh dilakukan bagi memastikan setiap murid mampu menguasai bahasa Inggeris?

Panel ketiga:Sebenarnya, pelbagai usaha telah dan sedang dijalankan oleh pihak kerajaan. Antaranya ialah memperluas program LINUS supaya meliputi literasi Bahasa Inggeris. Seterusnya, kerajaan juga telah meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris guru dan memperluaskan peluang bagi pendedahan terhadap bahasa Inggeris. Setiap murid akan mengikuti pembelajaran bahasa Inggeris yang disampaikan oleh guru yang mempunyai kemahiran mengikut standard antarabangsa.

Selain usaha yang telah dimainkan oleh pihak kerajaan, murid itu sendiri perlu berusaha untuk menguasai bahasa Inggeris. Seperti yang kita tahu Membaca itu Jambatan Ilmu. Jadi, mungkin murid-murid perlu mengambil inisiatif untuk memperbanyakkan bacaan. Hal ini kerana seseorang sudah pasti dapat meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris melalui pembacaan kerana mereka dapat belajar perkataan-perkataan baru sekaligus dapat menambahkan pengetahuan bahasa seseorang.Akhir sekali, cara yang paling berkesan untuk menguasai Bahasa Inggeris ialah dengan bertutur dalam Bahasa Inggeris. Mungkin pada awalnya seseorang akan berasa kekok, segan dan sebagainya. Namun, lama-kelamaan mereka akan fasih bertutur dalam Bahasa Inggeris.Terima kasih kepada panel ketiga atas hujahnya itu tadi. Sekarang kita telah masuk ke pusingan terakhir. Sebagai kesimpulannya, bolehkah Dato Dr. Zara menyimpulkan kelebihan bahasa tamabahan dalam kalangan murid.

Panel pertama: Menjelang 2025, setiap murid digalakkan mempelajari bahasa tambahan. Pada masa ini, ramai murid telah menpelajari bahasa tambahan selain bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris. Penguasaan bahasa tambahan akan dapat membantu murid menyertai tenaga kerja global. Oleh itu, aspirasi Kementerian adalah untuk memastikan setiap murid dari peringkat rendah hingga menengah, berpeluang mempelajari bahasa tambahan.

Moderator:Beralih pula kepada panel kedua untuk membuat kesimpulan tentang memartabatkan bahasa Melayu.

Panel kedua:Kita satu bangsa, kita satu negara, kita satu matlamat... Begitulah sedikit bait-bait lirik lagu patriotik yang sering berkumandang di corong-corong radio dan di televisyen. Kesimpulannya, setiap pihak mestilah memainkan peranan penting dalam memartabatkan bahasa kebangsaan di negara kita. Hal ini dapat mendorong kita mencapai matlamat Wawasan 2020 seterusnya melahirkan masyarakat mawaddah dan sakinah. Namun begitu, hal ini hanya mampu direalisasikan sekiranya setiap warganegara Malaysia mencintai dan berusaha menaikkan nama Malaysia di seantero dunia. Jelaslah bahawa bahasa kebangsaan mempunyai kepentingan yang jitu untuk semua kaum di negara ini

Moderator:Terima kasih kepada panel kedua. Sebelum kita mengakhiri forum kita pada hari ini, bolehkah Prof. membuat kesimpulan terakhir bagi keseluruhan tentang isu yang kita bincangkan pada hari ini.

Panel ketiga: Konklusinya, langkah yang diambil oleh pihak kerajaan menerusi PPPM bagi memastikan setiap murid menguasai kemahiran dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris di samping mempelajari bahasa tambahan perlu dipuji agar dapat memperkasakan modal insan yang bakal dilahirkan. Oleh itu, semua individu khususnya golongan pelajar perlulah merebut peluang yang disediakan oleh pihak kerajaan. Hal ini kerana kemahiran bertutur dalam pelbagai bahasa akan memberikan nilai tambah sekali gus menyediakan masyarakat yang mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi untuk bersaing di peringkat global. Justeru, tepuk dada tanya selera, adakah kita ingin menjadi individu yang hanya memahami bahasa ibunda atau mampu menguasai pelbagai bahasa yang pastinya memberikan kelebihan kepada kita kelak.

Moderator:Terima kasih saya ucapkan kepada ketiga-tiga panel kita kerana sudi hadir dan sudi menyuarakan pendapat masing-masing. Moga apa yang kita dapat pada hari ini tidak sekadar masuk telinga kanak, keluar telinga kiri. Nampaknya masa amat mencemburui kita, sebelum berakhir marilah kita sama-sama menepuk tangan untuk diri sendiri kerana berjaya dan tekun mendengar perbincangan kita hari ini. Kesimpulannya, setiap murid perlu menguasai kemahiran dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris di samping mempelajari bahasa tambahan. Sebagai warga Malaysia, kita perlu cakna mengenai sistem pendidikan. Usaha yang dijalankan oleh pihak kerajaan ini tidak akan berjaya tanpa sokongan dan kerjasama oleh semua pihak. Sebelum mengakhiri bicara forum kita pada hari ini, terimalah serangkap pantun yang berbunyi:

Tuailah padi antara masak, Esok jangan layu-ayuan, Intailah kami antara nampak,Esok jangan rindu-rinduan.

Sekian sahaja untuk hari ini, terkasar bahasa, tersilap bicara, mohon dimaafkan. Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Yang Maha Pencipta, dan yang kurang elok itu datangnya daripada kekhilafan diri kami sendiri. Wallahualam, saya akhiri forum remaja kita pada pagi ini dengan lafaz yang mulia. Wabillah hitaufiq Walhidayah Assalamualaikum Warahmatullahhiwabarakatuh.11