terokai ensiklopedia dunia - halaman utama prpm · 2007-06-25 · menerima darah jenis a. banyak...

1
BERITA HARIAN Rabu, 20 Jun 2007 Halaman Lima D arah ialah bendalir penyo- kong kehidupan yang meng- alir dalam badan manu- sia. Kita tidak boleh hidup tanpa darah. Jantung mengepam darah ke semua sel badan kita, mem- bekalkannya dengan oksigen dan makanan. Pada masa yang sama, darah membawa karbon dioksida dan bahan buangan lain daripada sel. Darah juga melawan jangki- tan, menstabilkan suhu badan kita, dan membawa bahan kimia yang mengawal banyak fungsi badan. Malah darah mempunyai bahan yang menyumbat pembuluh darah yang pecah dan dengan yang demi- kian, mencegah kita daripada mati akibat pendarahan. Amaun darah dalam badan kita bergantung pada saiz dan altitud tempat kita tinggal. Orang dewasa yang beratnya 80 kilogram mem- punyai lebih kurang lima liter darah. Kanak-kanak yang beratnya 40 kilogram mempunyai kira-kira separuh amaun tersebut, dan bayi yang beratnya 4 kilogram mempu- nyai kira-kira 250 mililiter darah. Orang yang tinggal di altitud ting- gi, di mana udara mengandungi kurang oksigen, mungkin mempu- nyai lebih banyak darah sehingga 2 liter daripada orang yang tinggal di kawasan rendah. Darah tambahan ini menghantar oksigen tambahan ke sel badan. Darah terdiri daripada sel yang bebas bergerak dalam cecair yang dikenali sebagai plasma. Sel ini dikenali sebagai unsur berbentuk kerana ia mempunyai bentuk ter- tentu. Tiga jenis sel membentuk unsur berbentuk iaitu sel darah merah, sel darah putih dan plate- let. Satu mikroliter darah biasanya mengandungi kira-kira empat juta hingga enam juta sel darah merah, 5000 hingga 10,000 sel darah putih dan 150,000 hingga 500,000 platelet. Sel darah putih dan merah juga dikenali sebagai korpusel. Membran sel darah merah mengandungi protein yang dike- nali sebagai antigen. Lebih dari- pada 300 antigen sel merah telah dikenal pasti. Berdasarkan keha- diran atau ketiadaan antigen ter- tentu, ahli sains telah mengelaskan darah manusia kepada pelbagai kumpulan. Kumpulan darah ABO adalah sistem utama pengelasan darah. Sistem ini mengelaskan darah manusia kepada empat jenis atau kumpulan yang utama. Jenis- jenisnya berdasarkan kehadiran atau ketiadaan dua antigen yang dikenali sebagai A dan B pada per- mukaan sel darah merah. (1) Jika sel darah merah hanya mempunyai antigen A, darahnya adalah jenis A. Plasmanya mengandungi anti- bodi anti-B, yang mengumpal sel yang mengandungi antigen B. (2) Jika sel darah merah hanya mem- punyai antigen B, darahnya adalah jenis B. Plasmanya mengandungi antibodi anti-A, yang mengumpal sel yang mengandungi antigen A. (3) Jika sel darah merah mempu- nyai antigen A dan B, darahnya adalah jenis AB. Plasmanya tidak mengandungi antibodi anti-A atau anti-B. (4) Jika sel darah merah tidak mempunyai antigen A atau antigen B, darahnya adalah jenis O. Plasmanya mengandungi antibodi anti-A dan anti-B. Di seluruh dunia darah jenis O adalah paling biasa, diikuti oleh darah A. Agak kurang ramai orang yang mempunyai jenis B dan kurang lagi yang mempunyai jenis AB. Doktor lebih suka menggu- nakan darah penderma jenis ABO yang sama dengan darah pesakit untuk mengelakkan pengumpa- lan semasa pemindahan darah. Tetapi dalam kecemasan, darah jenis O boleh dipindahkan kepada pesakit mana-mana jenis darah. Oleh sebab itu, kumpulan darah O dikenali sebagai penderma sejagat. Begitu juga pesakit jenis AB mungkin boleh menerima mana-mana darah ABO dalam kecemasan kerana mereka tidak mempunyai antibodi untuk anti- gen A atau B. Namun begitu pihak hospital masih melakukan padan- silang untuk memastikan peng- gumpalan tidak berlaku. Pesakit jenis A jangan menerima darah jenis B, dan pesakit jenis B jangan menerima darah jenis A. Banyak lain-lain sistem pengelasan darah telah dicipta. Ini termasuk sistem Duffy, Kell, Kidd, Lewis, Lutheran, MNS, P dan Rh. Sebagai menghargai jasa dan pengorbanan penderma darah, 14 Jun setiap tahun telah dipilih dan diraikan sebagai Hari Penderma Darah Sedunia. Tarikh tersebut dipilih sebagai mengigati ulang tahun kelahiran Karl Landstenir seorang ahli biologi dan fizik kela- hiran Vienna, Austria yang telah menemui sistem kumpulan darah ABO pada tahun 1901. Beliau merupakan profesor di University of Vienna sehingga meletusnya perang dunia pertama. Pada tahun 1922 beliau bekerja di Rockefeller Institute for Medical Research di New York sehingga beliau ditemui meninggal dunia di makmal penye- lidikannya pada 26 Jun 1943. Oleh kerana jasanya, beliau dianugerah- kan Hadiah Nobel Fisiologi atau Perubatan pada tahun 1930. Untuk mengetahui secara lebih lanjut mengenai darah, fungsinya, gangguan darah dan sejarah penye- lidikan darah sejak zaman Yunani, para pembaca bolehlah merujuk Ensiklopedia Dunia Jilid 6 bagi artikel yang berkaitan. PERANAN darah dalam badan manusia. BH PILIH L5 20 (emel) TEROKAI ENSIKLOPEDIA DUNIA SIRI KEEMPAT BELAS Darah TAWAF. Selepas berniat ihram, jemaah haji menuju ke Makkah dan memasuki Masjidilharam untuk mengerjakan Tawaf Qudum mengelilingi Kaabah.

Upload: vuthu

Post on 02-Mar-2019

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TEROKAI ENSIKLOPEDIA DUNIA - Halaman Utama PRPM · 2007-06-25 · menerima darah jenis A. Banyak lainlain sistem pengelasan darah telah dicipta. Ini termasuk sistem Duffy, Kell, Kidd,

BERITA HARIAN Rabu, 20 Jun 2007 Halaman Lima

Darah ialah bendalir penyo­kong kehidupan yang meng­alir dalam badan manu­

sia. Kita tidak boleh hidup tanpa darah. Jantung mengepam darah ke semua sel badan kita, mem­bekalkannya dengan oksigen dan makanan. Pada masa yang sama, darah membawa karbon dioksida dan bahan buangan lain daripada sel. Darah juga melawan jangki­tan, menstabilkan suhu badan kita, dan membawa bahan kimia yang mengawal banyak fungsi badan. Malah darah mempunyai bahan yang menyumbat pembuluh darah yang pecah dan dengan yang demi­kian, mencegah kita daripada mati akibat pendarahan.

Amaun darah dalam badan kita bergantung pada saiz dan altitud tempat kita tinggal. Orang dewasa yang beratnya 80 kilogram mem­punyai lebih kurang lima liter darah. Kanak­kanak yang beratnya 40 kilogram mempunyai kira­kira separuh amaun tersebut, dan bayi yang beratnya 4 kilogram mempu­nyai kira­kira 250 mililiter darah. Orang yang tinggal di altitud ting­gi, di mana udara mengandungi kurang oksigen, mungkin mempu­nyai lebih banyak darah sehingga 2 liter daripada orang yang tinggal di kawasan rendah. Darah tambahan ini menghantar oksigen tambahan ke sel badan.

Darah terdiri daripada sel yang

bebas bergerak dalam cecair yang dikenali sebagai plasma. Sel ini dikenali sebagai unsur berbentuk kerana ia mempunyai bentuk ter­tentu. Tiga jenis sel membentuk unsur berbentuk iaitu sel darah merah, sel darah putih dan plate­let. Satu mikroliter darah biasanya mengandungi kira­kira empat juta hingga enam juta sel darah merah,

5000 hingga 10,000 sel darah putih dan 150,000 hingga 500,000 platelet. Sel darah putih dan merah juga dikenali sebagai korpusel.

Membran sel darah merah mengandungi protein yang dike­nali sebagai antigen. Lebih dari­pada 300 antigen sel merah telah dikenal pasti. Berdasarkan keha­diran atau ketiadaan antigen ter­tentu, ahli sains telah mengelaskan darah manusia kepada pelbagai kumpulan. Kumpulan darah ABO adalah sistem utama pengelasan darah. Sistem ini mengelaskan darah manusia kepada empat jenis atau kumpulan yang utama. Jenis­jenisnya berdasarkan kehadiran atau ketiadaan dua antigen yang dikenali sebagai A dan B pada per­mukaan sel darah merah. (1) Jika sel darah merah hanya mempunyai antigen A, darahnya adalah jenis A. Plasmanya mengandungi anti­bodi anti­B, yang mengumpal sel yang mengandungi antigen B. (2) Jika sel darah merah hanya mem­punyai antigen B, darahnya adalah jenis B. Plasmanya mengandungi antibodi anti­A, yang mengumpal sel yang mengandungi antigen A. (3) Jika sel darah merah mempu­nyai antigen A dan B, darahnya adalah jenis AB. Plasmanya tidak mengandungi antibodi anti­A atau

anti­B. (4) Jika sel darah merah tidak mempunyai antigen A atau antigen B, darahnya adalah jenis O. Plasmanya mengandungi antibodi anti­A dan anti­B. Di seluruh dunia darah jenis O adalah paling biasa, diikuti oleh darah A. Agak kurang ramai orang yang mempunyai jenis B dan kurang lagi yang mempunyai jenis AB.

Doktor lebih suka menggu­nakan darah penderma jenis ABO yang sama dengan darah pesakit untuk mengelakkan pengumpa­lan semasa pemindahan darah. Tetapi dalam kecemasan, darah jenis O boleh dipindahkan kepada pesakit mana­mana jenis darah. Oleh sebab itu, kumpulan darah O dikenali sebagai penderma sejagat. Begitu juga pesakit jenis AB mungkin boleh menerima mana­mana darah ABO dalam kecemasan kerana mereka tidak mempunyai antibodi untuk anti­gen A atau B. Namun begitu pihak hospital masih melakukan padan­silang untuk memastikan peng­gumpalan tidak berlaku. Pesakit jenis A jangan menerima darah jenis B, dan pesakit jenis B jangan menerima darah jenis A. Banyak lain­lain sistem pengelasan darah telah dicipta. Ini termasuk sistem Duffy, Kell, Kidd, Lewis, Lutheran,

MNS, P dan Rh. Sebagai menghargai jasa dan

pengorbanan penderma darah, 14 Jun setiap tahun telah dipilih dan diraikan sebagai Hari Penderma Darah Sedunia. Tarikh tersebut dipilih sebagai mengigati ulang tahun kelahiran Karl Landstenir seorang ahli biologi dan fizik kela­hiran Vienna, Austria yang telah menemui sistem kumpulan darah ABO pada tahun 1901. Beliau merupakan profesor di University of Vienna sehingga meletusnya perang dunia pertama. Pada tahun 1922 beliau bekerja di Rockefeller Institute for Medical Research di New York sehingga beliau ditemui meninggal dunia di makmal penye­lidikannya pada 26 Jun 1943. Oleh kerana jasanya, beliau dianugerah­kan Hadiah Nobel Fisiologi atau Perubatan pada tahun 1930.

Untuk mengetahui secara lebih lanjut mengenai darah, fungsinya, gangguan darah dan sejarah penye­lidikan darah sejak zaman Yunani, para pembaca bolehlah merujuk Ensiklopedia Dunia Jilid 6 bagi artikel yang berkaitan.

PERANAN darah dalam badan manusia.

BH PILIH L5 20 (emel)

TEROKAIENSIKLOPEDIA

DUNIASIRI KEEMPAT BELAS

Darah

TAWAF. Selepas berniat ihram, jemaah haji menuju ke Makkah dan memasuki Masjidilharam untuk mengerjakan Tawaf Qudum mengelilingi Kaabah.