terima kasih - emlac.com.my fileyang tidak baik untuk bayi seperti penyakit kanser. jadi lakukan...

21

Upload: trankiet

Post on 15-Jul-2019

251 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Terima kasih

Atas kesudian anda untuk download PANDUAN SUSU MAMA ini.

Langkah bijak anda dapatkan panduan ini membuatkan kami di EMLAC

BREASTFEEDING EXPERT lagi bersemangat untuk sentiasa berkongsi tips dan

info kepada ibu-ibu menyusu dalam meneruskan perjuangan memberi susuan

yang terbaik buat anak sehingga mereka berumur 2 tahun.

“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun

genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu.”

(Surah Al-Baqarah 2: 233)

EMLAC BREASTFEEDING EXPERT?

Mesti anda tertanya-tanyakan tentang nama diatas? Bagi yang sudah mengenali

kami, Alhamdulillah bertemu lagi kita. Moga dapat diteruskan hubungan

Silaturrahim ini. Bagi yang belum mengenali kami. I’Allah, kami akan selalu

bersama anda dari masa ke semasa berkongsikan maklumat dan membantu

sekiranya anda ada masalah-masalah yang melibatkan penyusuan. Oh yaa.. di

EMLAC kami ada lebih 10 orang pembimbing penyusuan yang bertugas setiap

hari untuk membantu ibu-ibu dalam melayari pengalaman penyusuan yang

penuh kasih sayang ini.

Satu permintaan BESAR daripada kami adalah anda dapat hadamkan satu

persatu segala ilmu yang dikongsikan dalam E-Book panduan ini dan terus

bertindak untuk merancang penyusuan anda.

Konsep penulisan panduan ini lebih santai, tidak terlalu formal bagi mudahkan

anda faham. Kami akan kongsikan dengan anda 3 tajuk penting iaitu Persediaan

Awal Sebelum Menyusu, Peralatan dan Makanan yang dapat membantu anda

melalui pengalaman penyusuan. Ini adalah berdasarkan pengalaman-

pengalaman kami mengendalikan lebih 11,967 orang ibu menyusu dalam

pelbagai jenis masalah penyusuan.

PERSEDIAN AWAL SEBELUM MENYUSU

CHECKLIST & PERSEDIAAN AWAL

MENYUSU

Checklist “ Persediaan Awal Barang Keperluan Menyusu”.

1) Pam

Pam menyusu ini ada banyak jenis, ada yang single dan ada yang double, ada

yang manual, ada yang guna bateri cas dan sebagainya. Pemilihan jenis pam ini

perlu dilihat juga dari pelbagai sudut, sebagai contoh ibu bekerja yang tidak

mempunyai masa yang banyak kerana terlalu sibuk dalam urusan kerja

memerlukan pam yang mempunyai ciri-ciri dapat pam susu dengan banyak

dalam masa yang singkat.

Yang pastinya, setiap jenis pam itu ada kelebihan dan kekurangan masing-

masing mengikut harga dan tawaran yang ada dalam pasaran jua. Anda juga

boleh pam secara manual menggunakan tangan untuk memerah susu

menggunakan teknik Marmet. Namun, kaedah ini memakan masa dan tidak

efektif sekiranya anda seorang yang bekerjaya dan sibuk dengan urusan harian.

Contoh : jenis-jenis pam susu yang ada dalam pasaran

Ini pula contoh senarai harga untuk kebanyakkan pam menyusu. Boleh buat

pilihan berdasarkan bajet dan kesesuaian anda.

JENAMA PAM MENYUSU HARGA

Ameda Lactaline Dual Breastpump RM799

Original Medela Freestyle Double Electric Breastpump RM2089

Medela Swing Maxi Double Electric Breastpump RM1891

Philips Avent Comfort Double Electric Breast Pump RM1004

SpeCtra 9 Plus Portable Electric (Double) Breast Pump RM699

Philips Avent Natural Twin Electric Breast Pump Standard RM940

MOMO House Single Electric Breast Pumps RM38.90

Automatic Double Breast Pump Electrical Zimeitu by Real

Bubee

RM 85

*Disclaimer : Harga ini mungkin berubah-berubah mengikut masa dan jenis

jenama.

BONUS

Disini kami sertakan link video cara perahan manual untuk kefahaman anda.

Klik disini

https://www.youtube.com/watch?v=10BOCoOF7jg

2) Botol

Ramai pasangan yang hadapi masalah anak tidak suka hisap botol yang sudah

dibeli. Ini disebabkan oleh pemilihan jenis botol yang salah dan kurang sesuai

dengan bayi kita. Antara panduan cara memilih botol susu yang sesuai :

Bentuk puting botol

Antara sebab utama anak menolak untuk hisap botol adalah dia rasa

“tertipu” dengan puting botol kerana rasa tidak sama dengan puting

sebenar ibunya. Puting yang paling baik adalah puting bentuk dan rasa

seperti ibunya sendiri. Ada botol susu, putingnya panjang, pendek, besar,

dan ada juga jenis keras. Disarankan menggunakan puting jenis silicone

atau getah kerana ianya lebih lembut dan seakan-akan puting ibu

sebenar.

Contoh bentuk puting jenis silicone atau getah lembut seiras dengan

putting sebenar ibu.

Bebas BPA

BPA ialah singkatan nama bagi BISPHENOL A sejenis bahan kimia yang

lazimnya ditemui pada botol susu bayi. BPA boleh memberikan kesan

yang tidak baik untuk bayi seperti penyakit kanser. Jadi lakukan pilihan

bijak dengan memilih botol bebas BPA untuk si manja anda.

Sukatan Botol Susu

Botol susu ada yang bersaiz kecil (5oz) dan ada yang besar (8/9 oz). Ada

setengah ibu yang tidak suka beli botol kecil sebab rasa rugi kerana boleh

guna sekejap sahaja. Ramai yang terus buat belian botol besar.

Tapi, kena hati-hati sebab ada setengah botol perlu ditukar setiap 3 bulan

sekali terutamanya apabila botol sudah mula tercalar sekiranya

menggunakan botol plastik. Jadi, belilah botol bersaiz sederhana tapi

mempunyai kualiti dan sesuai dengan keadaan semasa bayi anda kerana

kemungkinan besar anda perlu tukar botol 3 bulan sekali kecuali anda

sudah dapatkan botol yang berkualiti tinggi.

3) Bekas Penyimpanan Susu Ibu (Milk Storage)

Kebanyakkan bekas penyimpanan susu ini ada dalam bentuk plastik bag

dan botol.

Bekas simpanan dalam bentuk plastik. ( Milk Storage Bags )

Contoh bekas simpanan berbentuk plastik.

Bekas simpanan dalam bentuk botol

Contoh bekas simpanan bentuk botol.

Dalam pemilihan bekas penyimpanan susu ini, ibu lebih tahu mana lagi yang

terbaik kerana bergantung kepada situasi kerja dan juga faktor ekonomi

keluarga masing-masing. “Try and error” adalah proses yang bagus dalam

menentukan bekas simpanan susu yang paling selamat dan sesuai.

Sebagai contoh ada pam yang boleh terus masukkan botol susu di muncung

“storage”. Lebih senang, terus simpan dalam botol susu dan boleh terus berikan

untuk anak. Kombinasi kedua-dua jenis “milk storage” juga boleh jadi yang

terbaik untuk anda !

4) Beg Pendingin ( cooler bag )

Beg pendingin penting terutamanya bagi anda yang pam ketika berada di luar

rumah, contohnya di pejabat kerana beg ini akan berfungsi untuk mengekalkan

suhu bagi menjaga kualiti susu supaya tidak rosak dan masam.

Pemilihan beg ini perlu lebih teliti dan mempunyai keupayaan penebat dingin

yang betul-betul kualiti agar mampu untuk menyimpan susu perahan anda

dengan baik sepanjang berada di luar rumah.

Contoh beg pendingin untuk penyimpanan susu perahan.

5) Pek Ais

Pek ais yang mencukupi diperlukan untuk membolehkan anda menyimpan

susu perahan dalam tempoh yang lama. Biasanya tiga ke empat pek ais

diperlukan untuk saiz beg pendingin yang bersaiz sederhana. Lagi besar saiz

beg, lagi banyak kuantiti pek ais diperlukan. Sebaiknya, sediakan lebih banyak

ais lagi berbaloi daripada rosaknya stok susu untuk anak.

6) Pakaian Menyusu

Pakaian menyusu ini bertujuan untuk menjaga privasi ibu dan anak itu sendiri

daripada terbukanya bahagian-bahagian tertentu.

Perlukah baju menyusu untuk ibu menyusu ? Jawapannya bergantung

kepada citarasa masing-masing, yang penting adalah memudahkan anda

menjaga aurat daripada terdedah di khalayak umum. Ada ibu yang agak

kurang selesa untuk selak baju dari bawah, terutamanya mereka yang gemar

memakai baju yang jenis labuh.

Jadi baju penyusuan ini memudahkan anda untuk membuka di bahagian

tertentu dalam masa yang sama tidak terdedah untuk pandangan luar.

Cara pemilihan baju menyusu :

Buat pilihan design baju mengikut citarasa yang disukai dan selesa

dipakai.

Pilih jenis kain/atau material yang jenis lembut dan “stretchable fabric”

contohnya fabric lycra kerana ianya jenis yang sejuk dan selesa dipakai

dan tidak kedut. Tidak perlu diseterika. Tetapi pilihan kain ini juga perlu

diteliti kerana ada juga kain yang terlalu ikut bentuk badan.

Cuba hadkan jumlah aksesori di baju menyusu kerana risau boleh

mencedera dan mencalarkan kulit bayi. Ada juga baju yang terlalu banyak

aksesori boleh buatkan bayi gatal-gatal dan ketidakselesaan untuk bayi

anda.

7) Pelapik payudara ( Breast pad )

Pelapik payudara ini berfungsi untuk mengelakkan susu anda terkena baju

atau melelah keluar daripada bra dan menjadi tompok tompok di baju.

Banyak jenama yang ada di pasaran.

Penting, setiap jenama mempunyai saiz-saiz dan kualiti tersendiri. Lebih

baik semak dahulu sebelum beli. Anggaran harga lebih kurang RM30-

RM50 sekotak. Beli siap-siap ya, sebab diakhir panduan nanti akan

dikongsikan cara tambah susu. Nanti susu sudah bertambah banyak mula

gelabah pula mencari barang yang tidak ada.

8) Aksesori Lain Yang Diperlukan Untuk Menyusu

Sapu tangan: Mudah untuk mencuci dan mengelap susu yang tertumpah

semasa mengepam atau menanggalkan pam.

Berus botol berspan: Ia lembut pada botol dan memudahkan kerja-kerja

mencuci.

Beg berjaring: Botol, corong pam payu dara dan lain-lain mudah

dikeringkan setelah dicuci apabila dimasukkan ke dalam beg sebegini.

Ringkasan checklist dan peralatan

Kami berikan anda borang checklist ini untuk anda rancang dan isi supaya

anda lebih bersedia.

Bil Item Keperluan Harga Catatan

MAKANAN

9 MAKANAN BOOSTERKAN SUSU IBU

9 MAKANAN BOOSTERKAN SUSU IBU

Hari demi hari mesti ada kerisauan dan keluhan para ibu selepas

melahirkan bayi mereka. Mengenangkan bagaimana perjalanan untuk

menempuhi perjuangan menyusukan anak sendiri. Samada mampu atau

pun tidak untuk menyusu 1 ke 2 tahun umur anak.

“ Kalau orang lain mampu tak kan kita tak mampu kan”

Yang penting, setiap hari kita cuba untuk berusaha untuk berikan yang

terbaik kepada anak. Moga sentiasa bersemangat dan jangan pernah

cipta alasan untuk diri sendiri.

Baiklah. Kita teruskan dengan 9 bahan makanan yang TERBUKTI secara

kajian boleh tingkatkan pengeluaran susu ibu.

1) Aprikot

Aprikot adalah buah yang lazat dan

mengandungi vitamin A, C, E, Beta

Karoten, Fosfor,Kalsium, zat Besi dan

Kalium. Aprikot adalah sumber

makanan yang kaya dengan zat besi,

yaitu zat yang sangat penting untuk

mencegah anemia. Kekurangan zat besi

akan menyebabkan anemia pada bayi

yang berusia 3-6 bulan bila mengamalkan susu formula yang tidak

diperkaya zat besi.

2) Kurma

Kurma antara bahan yang sangat

mudah untuk dijadikan

milkbooster. Ini kerana kurma

mengandungi unsur kalsium dan

zat besi yang tinggi. Macam-

macam resepi boleh di buat

untuk makan kurma ini, Blender dan dicampur dengan susu pun sedap.

Sangat Best!

3) Habbatussauda

Habbatussauda digalakkan untuk ibu

berpantang dan menyusu badan. Ia

dapat membuang angin selain memberi

tenaga dan memperbanyakkan susu

badan. Selain itu, ia merupakan

makanan tambahan terbaik dan juga

merupakan sunnah Nabi Muhammad

S.A.W.

4) Kurma Merah

Kurma merah mengandungi glukosa

yang sangat banyak dan baik untuk

tubuh. Kandungan glukosa inilah yang

memberikan tenaga pada tubuh yang

sedang aktif. Kurma dapat

meningkatkan dan menambah tenaga

dalam tubuh terutama untuk ibu hamil

ataupon selepas bersalin. Nutrisi pada

kurma dapat memberikan tenaga yang banyak untuk ibu dalam melakukan

aktiviti seharian. Kandungan kalium yang ada dalam kurma dapat

meningkatkan rangsangan pada saraf. Selain itu, kurma dapat meningkatkan

kecerdasan otak dan memingkatkan daya ingatan. Manfaat ini sangat baik

untuk anak.

5) Longan

Longan kering paling mudah

untuk dapat di kedai perubatan

cina dan pasaraya-pasaraya

besar. Hanya rebus dan

dicampur dengan air gula batu

sedikit untuk berikan rasa sedap

dan manis untuk diminum.

6) Madu

Madu boleh diambil satu sudu

sehari dan dibancuh ke dalam

air suam lalu diminum sebaik-

baiknya semasa perut kosong.

Amalkanlah memakan makanan

sunnah ini sekurang-kurangnya

sekali sehari untuk kesan yang optimum.

7) Halba

Ibu-Ibu menyusu amat digalakkan untuk

minum atau mengambil halba.Kebaikan Halba

adalah memperbanyakkan air susu ibu,

mengaktifkan kalenjar susu, meningkatkan

saiz payu dara semulajadi, menjaga, memulih

dan menambah tenaga seksual lelaki dan

wanita, memelihara keseimbangan kadar hormon dalam badan,

memelihara keanjalan kulit, mencuci darah kotor, merembes insulin,

mengurangkan kadar glukosa darah, mengurangkan berlaku

pengumpulan lemak-lemak baru dalam badan, mengatasi masalah

senggugut, membantu mengatasi masalah kekurangan darah,

menguatkan fungsi rahim, merangsang dan menyuburkan rahim..

8) Pegaga

Pegaga sangat baik untuk semua peringkat

umur dari seawal kanak-kanak hinggalah

dewasa. Ambil pegaga untuk kurangkan baby

blues (meroyan) dan kemurungan. Biasalah

masa berpantang emosi wanita kurang stabil.

Pegaga bantu membangkitkan selera makan,

meredakan masalah penghadaman, mengatasi masalah buasir kerana

mengandungi serat, jangan lupa, buasir selalu terjadi semasa

mengandung.

Pegaga elok sangat kerana ia mampu melancarkan aliran darah, terutama

bagi wanita yang ada masalah haid. Pegaga juga dijadikan ubat untuk

merawat masalah keputihan yang menyebabkan faraj terasa gatal.

Sifatnya yang antibakteria dan anti bengkak maka pegaga sangat baik bagi

wanita berpantang supaya luka bersalin lebih cepat sembuh.

9) Buah Delima

Antara khasiat buah delima untuk ibu

menyusu ini adalah memberi tenaga

kepada ibu. Apabila badan bertenaga

dan kuat boleh mengelakkan ibu dari

letih dan tidak bermaya Akibatnya,

pengeluaran susu akan berkurangan sekiranya badan letih dan lesu. Buah

delima juga baik untuk tumbesaran bayi apabila khasiatnya turut berada

dalam susu ibu.

Banyak ibu-ibu yang mula amalkan buah delima ini sejak mengandung

lagi.

NASIHAT

Dengan Pengalaman yang kami ada dalam usaha menyokong ibu ibu

untuk menyusu, kami telah Berjaya formulasikan makanan “lactogenic”

ataupun biasanya disebut sebagai “Milk Booster” dengan kerjasama

universiti tempatan.

Bayangkan, semua bahan baik tadi diekstrak dan diformulasikan khas

untuk ibu menyusu.

Maka terhasilah EMLAC MILK BOOSTER dengan sokongan kajian dan

jurnal-jurnal antarabangsa yang terbukti secara saintifik untuk

meningkatkan penghasilan susu ibu pada tahap optimum.

Akhir kata, kami ucapkan ribuan terima kasih dan selamat mengharungi

pengalaman penyusuan dengan jayanya.

Sebelum itu, jika anda berminat nak dapatkan EMLAC pada harga

promosi, anda boleh klik link dibawah dan tinggalkan no tel di ruangan

komen.