nama produk: botol penahan (bope)habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2565-botol... ·...

19
LAPORAN HISA KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN HILIR PERAK NAMA PRODUK: BOTOL PENAHAN (BOPE)

Upload: others

Post on 28-Jun-2020

23 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: NAMA PRODUK: BOTOL PENAHAN (BOPE)habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2565-botol... · 2019-11-25 · 2.0 LATAR BELAKANG DAN TUJUAN PROJEK BOPE Botol Penahan (BOPE) merupakan satu

LAPORAN HISA

KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN

HILIR PERAK

NAMA PRODUK: BOTOL PENAHAN (BOPE)

Page 2: NAMA PRODUK: BOTOL PENAHAN (BOPE)habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2565-botol... · 2019-11-25 · 2.0 LATAR BELAKANG DAN TUJUAN PROJEK BOPE Botol Penahan (BOPE) merupakan satu

APLIKASI BOPEJABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN HILIR PERAK

1.0 PENGENALAN

Pejabat Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Hilir Perak terletak di bahagian selatan Negeri Perak yang bersempadan dengan daerah Sabak

Bernam di Selangor. Kawasan operasi pula merangkumi dua daerah iaitu daerah Hilir Perak dan daerah Bagan Datuk.

JPS Hilir Perak diketuai oleh seorang Jurutera Daerah (J48) serta dibantu oleh seorang Penolong Jurutera Daerah (J41), seorang Penolong

Jurutera Kanan (J36), 25 orang Penolong Jurutera (J29), seorang Ketua Pembantu Tadbir (N22), dua orang Pembantu Akauntan (W29), dua

orang pembantu tadbir (N17) dan 200 orang Pekerja Awam (H11).

Alamat Rasmi : Jabatan Pengairan dan Saliran Hilir PerakJalan Changkat Jong, 36000 Teluk Intan, Perak

Telefon : 05-622 1033 / 1723Fax : 05-622 6040

Page 3: NAMA PRODUK: BOTOL PENAHAN (BOPE)habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2565-botol... · 2019-11-25 · 2.0 LATAR BELAKANG DAN TUJUAN PROJEK BOPE Botol Penahan (BOPE) merupakan satu

2.0 LATAR BELAKANG DAN TUJUAN PROJEK BOPEBotol Penahan (BOPE) merupakan satu alat inovasi yang terhasil bagi mengatasi masalah tebing sistem saliran dan pengairan yang sering runtuh atau rebak setiap

kali tiba musim hujan dan semasa bekalan air diagihkan ke petak-petak sawah. Sistem pembaikan tebing yang wujud sekarang mengambil masa yang agak lama

untuk disiapkan disamping kos yang diperlukan juga tinggi. Hal ini menyebabkan pelbagai masalah seperti banjir akibat sistem saliran yang tidak lancar dan juga

gangguan bekalan air diagihkan ke kawasan petak pada masa yang ditetapkan mengikut jadual bekalan air. Perancangan mengatasi masalah ini hendaklah dilakukan

sepanjang tahun kerana faktor cuaca yang tidak menentu pada masa kini. Justeru itu, pihak Jabatan Pengairan dan Saliran Hilir Perak terpanggil untuk menghasilkan

satu inovasi untuk membendung masalah yang dihadapi oleh penduduk dan agensi di daerah ini. Ia berfungsi menahan dan menguatkan struktur tebing parit dan

tali air. Usaha ahli kumpulan FAST-T ialah untuk mewujudkan satu sistem pembaikan struktur tebing yang cepat, mudah dan efisyen. Ciptaan inovasi ini tercerna

hasil percambahan minda dan sumbangan idea kreatif menggunakan kaedah DESIGN THINKING dan TOOLS OF STRATEGY (TOS). Antara teknik kawalan kualiti yang

digunakan ialah SMART, SWOT, RAJAH POKOK, SCAMPER dan 5W 1H. Hasilnya, ia dapat mengurangkan masa pembaikan tebing runtuh, kos baikpulih dan

mewujudkan pemandangan yang indah kerana nilai estetikanya yang tersendiri. BOPE terdiri dari 2 komponan utama iaitu botol berisi pasir dan kayu bakau. Teras

utama komponen ialah botol berisi pasir diikat menggunakan dawai bersalut PVC pada kayu bakau untuk mengelakkan berlaku pergerakan disamping bertujuan

untuk pengukuhan struktur tebing. Pada masa yang sama ia juga mewujudkan zon penampan banjir kecemasan iaitu meminimumkan kawasan yang berisiko banjir.

Untuk kesan jangka panjang, inovasi ini mendokong program Kerajaan dengan meningkatkan tahap daya saing negara melalui penyampaian perkhidmatan kerajaan

yang cekap. Inovasi ini juga menyokong Wawasan 2020. Seterusnya inovasi ini juga menyokong misi pentadbiran kerajaan negeri Perak dalam memacu

kegemilangan organisasi melalui sistem tadbir urus yang cekap, akauntabiliti dan telus. Mentransformasikan negeri Perak kepada negara bertaraf antarabangsa dan

pintar. Merakyatkan perkhidmatan dan penggunaan teknologi yang tinggi dalam penyelesaian masalah. Seterusnya inovasi ini akan meningkatkan imej jabatan

kerana ia mampu mempercepatkan proses penyelesaian masalah yang berkaitan.

Page 4: NAMA PRODUK: BOTOL PENAHAN (BOPE)habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2565-botol... · 2019-11-25 · 2.0 LATAR BELAKANG DAN TUJUAN PROJEK BOPE Botol Penahan (BOPE) merupakan satu

3.0 PROSES PELAKSANAAN INOVASI BOPE

UJICUBA 1

TAKLIMAT

Taklimat idea

penciptaan BOPE telah

diadakan pada 20 Julai

2016

PEMBANGUNAN PROTOTAIPPembangunan prototype

BOPE telah diadakan

pada awal bulan

September 2016 dan

dilaksanakan dalam

tempoh 1 bulan

PROTOTAIP 1

Prototaip pertama

berjaya dilaksanakan

dari segi reka bentuk

Ujicuba prototaip BOPE

telah dijalankan selama 1

bulan oleh ahli kumpulan

FAST-T untuk menguji

kesesuaian rekabentuk,

tahap ketahanan dan

fungsi BOPE

ANALISA

Data dikumpulkan dan hasilnya,

didapati cara susunan dan saiz

bahan kurang praktikal, kumpulan

mengambil masa 1 minggu untuk

membuat penambahbaikan

sebelum ujicuba

Page 5: NAMA PRODUK: BOTOL PENAHAN (BOPE)habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2565-botol... · 2019-11-25 · 2.0 LATAR BELAKANG DAN TUJUAN PROJEK BOPE Botol Penahan (BOPE) merupakan satu

3.0 PROSES PELAKSANAAN INOVASI BOPE

Ujicuba kedua

BOPE dilakukan di

tapak

UJICUBA 2 ANALISA

Analisa ujicuba kedua dilakukan

didapati penyusunan dan saiz

botol yang digunakan

bersesuaian dan mampu

menahan tekanan dari

berlakunya runtuhan tebing

PROSES CARA

KERJA

Penyediaan Garis

Panduan Penggunaan

BOPE dan Manual

Prosedur Kerja

PERMOHONAN

DESIGN SEARCH

SIRIM

Permohonan untuk

mendapatkan keaslian

rekecipta BOPE

REPLIKASI

Pihak Pengurusan telah

mengarahkan Kumpulan FAST-T

memastikan penggunaan BOPE

dibuat secara menyeluruh dan

berkesan di JPS Hilir Perak

Page 6: NAMA PRODUK: BOTOL PENAHAN (BOPE)habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2565-botol... · 2019-11-25 · 2.0 LATAR BELAKANG DAN TUJUAN PROJEK BOPE Botol Penahan (BOPE) merupakan satu

4.0 IMPAK PENCIPTAAN BOPE

4.1 ELEMEN INOVATIF/KREATIVITI

4.1.1 KEBERKESANAN DALAM PEMBAIKAN TEBING RUNTUH DI TEPI KAWASAN BERAIR

• Memudahkan kerja pembaikan pada bila-bila

masa dan di mana-mana sahaja

• Meningkatkan lagi inovasi kepelbagaian cara

pembaikan tebing runtuh secara cepat dan

menjimatkan kos

4.1.2 MENINGKATKAN KECEKAPAN (PENGURUSAN KOS OPERASI)

• Anggaran pengurangan kos operasi pembaikan

sesebuah lokasi yang mengalami masalah tebing

runtuh adalah sebanyak 85.7%

Page 7: NAMA PRODUK: BOTOL PENAHAN (BOPE)habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2565-botol... · 2019-11-25 · 2.0 LATAR BELAKANG DAN TUJUAN PROJEK BOPE Botol Penahan (BOPE) merupakan satu

4.0 IMPAK PENCIPTAAN BOPE

4.1 ELEMEN INOVATIF/KREATIVITI

4.1.3 PENINGKATAN OUTPUT

4.1.4 PENJIMATAN MASA

• Sebelum projek dimulakan pada tahun 2017, kos pembaikan

tebing yang rebak mengikut cara pembaikan iaitu bakau dan

gabion adalah RM 5,585.00

• Selepas projek dijalankan, hanya RM 800.00 jumlah

peruntukan yang dikeluarkan

• Masa yang diperlukan menggunakan pembaikan kaedah

konvensional iaitu gabion ialah 7 hari dan bakau pula ialah

4 hari

• Setelah diperkenalkan BOPE, masa yang diperlukan untuk

pembaikan ialah hanya 2 hari

• Jumlah penjimatan masa yang diperolehi ialah 5 hari.

Bil. Kaedah PembaikanBilangan

Hari

1. Gabion 7 hari

2. Bakau 4 hari

3. BOPE 2 hariGambar 1 :

Bekalan Air

Sawah Terganggu

7 Hari

Gambar 2:

Bekalan Air

Sawah Terganggu

4 Hari

Gambar 3 :

Bekalan Air

Sawah Terganggu

2 Hari Sahaja

Page 8: NAMA PRODUK: BOTOL PENAHAN (BOPE)habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2565-botol... · 2019-11-25 · 2.0 LATAR BELAKANG DAN TUJUAN PROJEK BOPE Botol Penahan (BOPE) merupakan satu

4.0 IMPAK PENCIPTAAN BOPE

4.1 ELEMEN INOVATIF/KREATIVITI

4.1.5 KEPUASAN HATI PELANGGAN (KEBERKESANAN IMEJ JABATAN)

4.1.6 MENINGKATKAN PRODUKTIVITI (PENJIMATAN SUMBER MANUSIA)

• Berdasarkan soal selidik kepuasan hati pelanggan seramai

100 orang responden, keputusan yang diperolehi adalah

seperti berikut:

Bil. Perkara Skala

1. Puas Hati 92%

2. Tidak Puas Hati 8%

Bil. Sumber Manusia Sebelum Selepas

1. Pekerja Jabatan 3 orang 1 orang

2. Pekerja Kontrak 10 orang 5 orang

Page 9: NAMA PRODUK: BOTOL PENAHAN (BOPE)habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2565-botol... · 2019-11-25 · 2.0 LATAR BELAKANG DAN TUJUAN PROJEK BOPE Botol Penahan (BOPE) merupakan satu

4.0 IMPAK PENCIPTAAN BOPE

4.1 ELEMEN INOVATIF/KREATIVITI

4.1.7 KESAN IMPAK TERHADAP KELUASAN HUTAN PAYA BAKAU

Page 10: NAMA PRODUK: BOTOL PENAHAN (BOPE)habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2565-botol... · 2019-11-25 · 2.0 LATAR BELAKANG DAN TUJUAN PROJEK BOPE Botol Penahan (BOPE) merupakan satu

4.0 IMPAK PENCIPTAAN BOPE

4.1 ELEMEN INOVATIF/KREATIVITI

4.1.9 KESAN IMPAK TERHADAP KELUASAN PELUPUSAN SAMPAH

Page 11: NAMA PRODUK: BOTOL PENAHAN (BOPE)habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2565-botol... · 2019-11-25 · 2.0 LATAR BELAKANG DAN TUJUAN PROJEK BOPE Botol Penahan (BOPE) merupakan satu

4.2 ELEMEN KEBERKESANAN

Faedah Kepada Jabatan

Penggunaan BOPE nyata amat memudahkan kerana selain bahan yang mudah didapati ia juga mudah

dipasang di mana-mana tempat yang memerlukan. Prosedur kerja pemasangan yang ringkas

memastikan setiap tebing yang runtuh dapat dibaiki dengan segera. Jadual dibawah menunjukkan

perbezaan masa yang diambil untuk pemasangan BOPE berbanding penggunaan kaedah pembaikan

yang lain.Bil. Kaedah Pembaikan Bilangan Hari

1. Gabion 7 hari

2. Bakau 4 hari

3. BOPE 2 hari

Pengurangan kos operasi pembaikan tebing runtuh sesebuah lokasi bagi jarak 5 meter panjang adalahsebanyak 76.7% (gabion) dan 62.8% (bakau).

Hasil daripada projek BOPE yang telah dilaksanakan didapati hasil tanaman padi turut meningkatdisebabkan tiada lagi gangguan bekalan air semasa kerja-kerja pembaikan tebing runtuh dijalankan.

Page 12: NAMA PRODUK: BOTOL PENAHAN (BOPE)habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2565-botol... · 2019-11-25 · 2.0 LATAR BELAKANG DAN TUJUAN PROJEK BOPE Botol Penahan (BOPE) merupakan satu

4.3 ELEMEN SIGNIFIKAN

4.3 ELEMEN SIGNIFIKAN

Peningkatan Output

Sebelum projek dimulakan pada tahun 2017, kos pembaikan tebing yang rebak mengikut cara pembaikann iaitu bakau

dan gabion adalah RM 5, 585.00, Selepas projek dijalankan, hanya RM 800.00 jumlah peruntukan yang dikeluarkan.

Berdasarkan soal selidik kepuasan hati pelanggan seramai 100 orang responden, keputusan yang diperolehi adalah

seperti berikut:

Bil.

Perkara Skala

1. Puas Hati 92%

2. Tidak Puas Hati 8%

Page 13: NAMA PRODUK: BOTOL PENAHAN (BOPE)habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2565-botol... · 2019-11-25 · 2.0 LATAR BELAKANG DAN TUJUAN PROJEK BOPE Botol Penahan (BOPE) merupakan satu

4.4 ELEMEN RELEVAN

4.4.1 Kaitan Dengan Fungsi Utama Jabatan Pengairan dan Saliran (Define)

OBJEKTIF

JPS HILIR PERAK

Menyediakan

perkhidmatan yang

berterusan selari dengan kehendak jabatan

VISI

Menjadi antara organisasi

sektor awam yang ungguldi dunia

MISI

Menerajui dan menyediakan

perkhidmatan bertaraf dunia dalam

pengurusan sumber air khususnya

pengurusan banjir, sungai dan zon

pantai bagi meningkatkan kualiti

hidup dengan memastikan sekuritiair dan kelesterian alam sekitar

DASAR Q

JPS Malaysia komited terhadap

budaya kerja cemerlang yang

tertumpu pada perbaikan yang

berterusan ke arah kepuasan pelanggan dan pekerja

Page 14: NAMA PRODUK: BOTOL PENAHAN (BOPE)habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2565-botol... · 2019-11-25 · 2.0 LATAR BELAKANG DAN TUJUAN PROJEK BOPE Botol Penahan (BOPE) merupakan satu

4.4 ELEMEN RELEVAN

4..4.2 Piagam Pelanggan

Jabatan Pengairan dan Saliran Hilir Perak akan menyediakan perkhidmatan profesional dan berkualiti dalam

perancangan, rekabentuk dan perlaksanaan program pengurusan banjir, lembangan sungai, zon pantai,

saliran mesra alam serta sumber air dan hidrologi. Perkhidmatan kami akan berdasarkan amalan

kejuruteraan terbaik dengan mengambil kira kelestarian alam sekitar, ekonomi dan sosial.

FUNGSI

JABATAN

PENGAIRAN

SALIRAN PERTANIAN

KEJURUTERAAN

SUNGAI

KEJURUTERAAN

PANTAI

TEBATAN BANJIR

DAN SALIRAN

BANDARHIDROLOGI

SUMBER

AIR

Page 15: NAMA PRODUK: BOTOL PENAHAN (BOPE)habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2565-botol... · 2019-11-25 · 2.0 LATAR BELAKANG DAN TUJUAN PROJEK BOPE Botol Penahan (BOPE) merupakan satu

4.4 ELEMEN RELEVAN

4.4.3 Memenuhi Kehendak Pelanggan Dan Pemegang Taruh (Stakeholder)

2.4.1• Menjamin keamanan dan keharmoniaan masyarakat di Negeri Perak khususnya dengan

kemudahan menepati hasrat dan kehendak pelanggan.

2.4.2

• Memastikan rakyat di Negeri Perak khasnya menerima perkhidmatan terbaik melaui sistem penyampaian perkhidmatan yang berkesan dan efektif disamping memperkasakan sistem penyampaian agar masyarakat menerima perkhidmatan yang berkualiti

2.4.3

• Meningkatkan produktiviti dan inovasi dalam menjadikan Negeri Perak sebagai negeri yang kondusif, selamat dan sejahtera untuk didiami.

2.4.4• Membawa impak positif dalam usaha mensejahterakan Negeri Perak.

2.4.5

• Membantu agensi berkaitan menyediakan sistem penyampaian perkhidmatan yang cekap dan efeksyen.

Page 16: NAMA PRODUK: BOTOL PENAHAN (BOPE)habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2565-botol... · 2019-11-25 · 2.0 LATAR BELAKANG DAN TUJUAN PROJEK BOPE Botol Penahan (BOPE) merupakan satu

4.4 ELEMEN RELEVAN

4.4.4 Sejajar Dengan agenda dan Matlamat Nasional

Seiring dengan hasrat Perdana

Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir B.

Mohamad melalui Wawasan 2020

yang menekankan pembangunan

ekonomi, perindustrian dan

kemajuan sosial dengan

menyediakan perkhidmatan sosial

kepada masyarakat dengan lebih

efektif dan responsif.

Sebagai alat bantuan untuk

menjamin kesejahteraan

rakyat melalui penyediaan

mekanisma pembaikan yang

berkesan.

Selaras dengan hasrat

Setiausaha Kerajaan Negeri

Perak dalam

membudayakan inovasi

dikalangan kakitangan

Negeri Perak.

Page 17: NAMA PRODUK: BOTOL PENAHAN (BOPE)habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2565-botol... · 2019-11-25 · 2.0 LATAR BELAKANG DAN TUJUAN PROJEK BOPE Botol Penahan (BOPE) merupakan satu

4.4 ELEMEN RELEVAN

4.4.5 Kaitan Dengan Keadaan dan Ekosistem Semasa.

Apabila berlakunya tebing rebak, aktiviti pertanian akan tergendala terutamanya kawasan tanaman padi. Ini disebabkan oleh kegagalan

bekalan air ke sawah bagi melakukan kerja pembaikan. Disamping itu, pada musim luar bekalan bagi tanaman padi dan aktiviti pertanian

di kawasan tebing juga menyumbang kepada hakisan tanah. Kerja pembaikan yang dipraktikkan, mengambil masa yang panjang serta

menggunakan jentera bagi menyelesaikan masalah di kawasan hakisan. Ini menyebabkan pertambahan kos bagi kerja berkaitan. Apabila

kerja pembaikan mengambil masa yang lama, kualiti hasil padi dan pertanian akan merosot kerana 90% pertumbuhan padi bergantung

kepada air. Rasa ketidakpuasan hati petani terhadap tindakan oleh jabatan sering dipertikaikan. Kos kerja pembaikan bagi jabatan

menelan belanja sebanyak hampir RM1.2 juta setahun. Kaedah untuk kerja pembaikan tebing rebak sebelum ini menggunakan cerucuk

kayu bakau dan pemasangan batu sangkar (gabion). Justeru, kumpulan telah mengambil inisiatif dengan menghasilkan inovasi yang dapat

menyelesaikan masalah yang dihadapi bagi mengurangkan kos kerja pembaikan.

Mengikut kajian keluasan hutan paya bakau dari tahun 1950 semakin berkurangan disebabkan aktiviti penebangan pokok bakau tanpa

kawalan. Dengan adanya BOPE, penggunaan kayu bakau dapat dikurangkan. Secara tidak langsung, ekosistem hutan paya bakau dapat

dipelihara. Penggunaan botol plastik terpakai dapat membantu dan memberi kesan impak bagi keluasan tapak pelupusan sampah.

Page 18: NAMA PRODUK: BOTOL PENAHAN (BOPE)habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2565-botol... · 2019-11-25 · 2.0 LATAR BELAKANG DAN TUJUAN PROJEK BOPE Botol Penahan (BOPE) merupakan satu

5.0 PENGIKTIRAFAN

2. PEMASANGAN BOPE DI JPS DAERAH KERIAN, JPS

DAERAH KUALA MUDA/SIK/BALING & PIHAK

PERSEORANGAN

PENGKOMERSILAN

3. PERSEMBAHAN BERSAMA

PENGURUSAN TERTINGGI JPS PERAK

4. SURAT PENGHARGAAN

DARIPADA ADUN SUNGAI MANIK

1. PROMOSI DALAM

SURAT KHABAR

5. PROSES

PEROLEHAN

KERAJAAN6. PENDAFTARAN ALAT INOVASI

(BOPE) DI MY IPO

8. LAWATAN JKR

7. PROMOSI

MEDIA MASSA, ELEKTRONIK & INTERNET

KERJA-KERJA MEMBAIKPULIH TEBING

REBAK

5.1 PENGKOMERSILAN

Page 19: NAMA PRODUK: BOTOL PENAHAN (BOPE)habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2565-botol... · 2019-11-25 · 2.0 LATAR BELAKANG DAN TUJUAN PROJEK BOPE Botol Penahan (BOPE) merupakan satu

Kumpulan inovatif dan Kreatif (KIK) FAST-T merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat

secara langsung dan secara tidak langsung di dalam penghasilan projek BOPE ini.

Antara pihak-pihak yang sangat ami hargai kerana sudi menunjukkan komitmen untuk memberi bantuan ialah

Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak Darul Ridzuan bersama pihak pengurusan, Jurutera Daerah JPS

Hilir Perak, agensi-agensi kerajaan dan swasta serta seluruh warga JPS Hilir Perak keseluruhannya.

Tanpa bantuan dan dorongan yang dihulurkan oleh pihak-pihak berkenaan, projek inovasi ini tidak mungkin

dapat dihasilkan dengan penuh perincian dan kesempurnaan. Semoga projek inovasi BOPE ini mampu memberi

impak yang positif untuk kemajuan Negeri Perak khasnya dan Malaysia amnya.

6.0 PENUTUP