terima kasih ayah

Upload: berusgigi1

Post on 04-Mar-2016

18 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Cerpen yang ditulis oleh pelajar

TRANSCRIPT

  • 1

    BORANG PENYERTAAN 1

    PERTANDINGAN MENULIS CERPEN KANAK-KANAK KPM BERSAMA PENERBIT

    SEMPENA PESTA BUKU ANTARABANGSA

    KUALA LUMPUR 2014

    MAKLUMAT PESERTA

    Nama Penuh : Ahmad Fayyadh Syakur Bin Che Mohd Amran

    No. Kad Pengenalan : 981008-11-5509

    Nama sekolah : SMK Paka

    Alamat sekolah : SMK Paka, 23100, Paka, Terengganu

    Kategori Penyertaan : Kategori Murid Sekolah Menengah Atas (Ting 4 dan 5)

    Tema Cerita : Terima Kasih

    Tajuk Cerita :Terima Kasih Ayah

    Guru Pembimbing : En. Kamal Mizan Bin Ismail @ Abdullah

    Pengesahan Pengetua :

    Cap Sekolah :

  • 2

    TERIMA KASIH AYAH

    AHMAD FAYYADH SYAKUR BIN CHE MOHD AMRAN

    SMK PAKA

  • 3

    Aisyah gembira kerana pagi ini ayahnya mengatakan akan memberinya sebuah hadiah

    kejutan, Aisyah tak sabar ingin segera mengetahui kejutan yang dimaksudkan oleh

    ayahnya itu.

    Benarkah? ayah, kejutan apakah itu? Tanya Aisyah.

    Eh, rahsia, kalau Aisyah tahu, tidak jadi kejutan lagi, kata ayahnya

    InsyaAllah, nanti siang setelah Aisyah pulang sekolah, kejutan itu baru

    datang, lanjut ayahnya.

    Iihh, ayah jangan bergurau, betul tak nak beritahu?, kata Aisyah cemas.

    Aisyah tidak percaya dengan ayah ya?....ya tak apa, tidak jadilah

    kejutannya, kata ayahnya lagi.

    Baiklah, Aisyah percaya, terima kasih ayahku sayang kata Aisyah sambil

    tersenyum.

    Ayahnya membalas senyum, berbeza tidak seperti senyuman yang biasanya.

    Ayahnya, Abdullah tahu benar maksud senyuman anak gadisnya itu.

    Senyum kegembiraan terlihat dari bulu matanya yang lentik, mirip dengan Almarhumah

    ibundanya. Sejak lahir Aisyah hanya dibesarkan oleh ayahnya, ibundanya

    Mariam,meninggal akibat pendarahan teruk beberapa saat setelah melahirkan Aisyah.

    Baginya, Aisyahlah mutiara hatinya kini.

    Aisyah beruntung, dibesarkan oleh ayah yang selalu menyayanginya, dia

    tidak pernah merasa kesepian jika ayahnya bekerja, sejak kecil Aisyah diasuh oleh

    Makcik Mawar, adik kepada ayahnya yang beberapa bulan lalu melahirkan anak,

    Aisyah tidak mahu menyusahkan makciknya yang sangat dia sayangi itu, terlebih lagi

    sejak kelahiran putera pertamanya. Rasa tanggungjawab Aisyah sudah mula tertanam

  • 4

    dalam dirinya, Aisyah adalah gadis yang rajin, berprestasi dan taat kepada orang tua

    dan teguh imannya. Aisyah membesar menjadi muslimah yang selalu berserah diri

    kepada Allah. Bak peribahasa, buah jatuh tak jauh dari pohonnya, Aisyah mewarisi sifat

    lemah lembut, ramah, sederhana dan berparas cantik dari ibunya.Rajin, tidak mudah

    putus asa, optimis dan berpandangan jauh dari ayahnya. Bagi Aisyah, ayahnya adalah

    harta yang paling berharga.

    Menjelang tengah hari, Aisyah tidak sabar ingin segera pulang, ketika sesi

    pembelajaran pun Aisyah tak henti memikirkan kejutan itu.

    Pasti kejutan dari ayah sudah ada di rumah, fikir Aisyah ketika perjalanan

    pulang.

    Sekolah Aisyah, tidak jauh dari rumahnya. Dia selalu pulang dengan berjalan

    kaki dengan rakannya yang tinggal tak jauh dari rumahnya. Ayahnya hanya bertugas

    untuk menghantarnya sampai di depan sekolah, lalu berangkat ketempat kerja. Ayah

    Aisyah bekerja sebagai pemandu bas di kota. Sebagai anak yang sangat mengerti,

    Aisyah tak banyak merungut kepada ayahnya, Aisyah hanya mempunyai satu keinginan

    yang hanya sekali dia ceritakan kepada ayahnya, iaitu memiliki sebuah basikal yang

    ada raga di depannya.

    Sesampainya dirumah, Aisyah tidak menemukan kejutan yang selaludiidam-

    idamkannya itu.

    Mungkin kejutannya dibawa ayah ketika bekerja, fikir, Aisyah menenangkan

    hatinya sendiri.

    Kalau begitu, Aisyah mahu masak sup ayam kesukaan ayah untuk balasan

    kejutan dari ayah, fikir Aisyah lagi.

  • 5

    Tak lama kemudian, Aisyah terlalu asyik dengan kegiatan memasaknya.

    Ditengah-tengah keasyikannya itu loceng pintu berbunyi,

    Assalamualaikum., teriak si tetamu

    Waalaikumussalam. Jawab Aisyah.

    Setelah mematikan api, Aisyah berlari menuju pintu, sebuah van pos berhenti

    di depan rumah. Dua lelaki mengangkat benda yang dibungkus dengan kain hitam

    besar dari van pos itu dan langsung membawanya masuk ke dalam rumah. Aisyah

    hairan, bertanya-tanya, tetapi tak ada yang mahu menjawab.

    Ada surat di dalamnya adik, adik baca saja, kami hanya mengantarkan, kata

    salah seorang yang membawanya.

    Aisyah memandang benda itu dengan gugup, tapi sangat gembira. Pasti

    benda ini yang dimaksud ayahnya dengan kejutan. Aisyah tak tahan ingin segera tahu

    benda apa itu. Dia memberanikan diri dan melangkah perlahan mendekatinya.

    Jantungnya berdebar. Dia memejamkan mata dan mulai menarik kain besar itu,

    membuka mata, dan terkejut melihat sesuatu yang berkilau, basikal dengan raga di

    depannya, serta sepucuk surat, mirip kertas ucapan bergambar patung teddy bear lucu

    tergantung di pegangan basikal barunya. Semakin terkejut, Aisyah yang tidak mampu

    mengungkapkan kebahagiaan dengan kata-katanya mulai membaca tulisan itu, tak

    salah lagi itu tulisan ayah :

  • 6

    Kepada :

    Mutiara hati Ayah

    Aisyah, maafkan ayah kerana baru sekarang ayah mampu membelikan

    basikal yang Aisyah inginkan. Aisyah anak baik, ayah bangga dengan Aisyah. Semoga

    hadiah dari ayah ini berguna untuk Aisyah, biar pulang dari sekolah tidak perlu jalan

    kaki lagi. Ayah sangat sayang akan Aisyah.

    Ayah,

    Aisyah menangis membaca tulisan ayahnya, terharu dan gembira.

    Ayah, terima kasih, Aisyah juga sangat sayang ayah, gembira Aisyah

    sambil menyapu air mata terharunya.

    Selanjutnya, Aisyah memasak dengan penuh semangat, dan berulang kali

    mengintip basikal baru yang ada di ruang depan. Dia tak sabar menunggu ayahnya

    pulang,

    Sekarang pukul 4, InsyaAllah, 1 jam lagi ayah pulang, fikir Aisyah

    Tak sabar ingin meluahkan kebahagiaannya kepada ayahnya, Aisyah

    menunggu di depan jendela, memandang hujung jalan yang kosong, dia ingin segera

  • 7

    melihat ayahnya di hujung jalan sana, pulang menuju rumah. Dia akan segera memeluk

    dan ingin mengatakan rasa bahagia dan sayangnya akan ayahnya.

    Lamunan Aisyah terhenti apabila melihat Makcik Mawar datang ke rumahnya,

    Aisyah segera bangun dan berlari menuju ke kereta yang tiba di hadapan rumahnya

    dan berjumpa dengan makciknya untuk meluahkan kegembiraannya kepada makcik

    yang sangat di sayangi itu, tapi Aisyah merasa hairan kenapa makciknya hanya

    bersama dengan suaminya pakcik Kamal,

    Dimana anak kecilnya?. Dan juga kenapa makcik gementar, pucat dan

    senyumannya tidak sehangat biasanya, fikir Aisyah

    Tetapi rasa gembiranya mengalahkan semua kehairanannya, Aisyah segera

    memeluk makciknya setelah turun dari kereta.

    Makcik, Aisyah dapat kejutan dari ayah, Aisyah dapat basikal baru, kata

    Aisyah girang

    Tapi Makciknya bergemiang, diam, seakan menahan beban yang sangat

    berat di hatinya, air matanya menitis melihat kegembiraan Aisyah, Aisyah bertambah

    hairan.

    Kenapa Makcik menangis, Makcik sakit ya?....dimana Amir, kenapa tidak

    diajak? Tanya Aisyah.

    Makciknya tetap terdiam, malahan semakin deras air mata yang

    mengalir.Membuat Aisyah bertambah hairan.

    Aisyah, ayah Aisyah mengalami kemalangan, sekarang dirawat di hospital,

    Aisyah ikut pakcik dan makcikya, kita ketempat ayah, kata Pakcik Kamal dengan

    lembut.

  • 8

    Aisyah terdiam, kini dia tahu apa yang membuat Makciknya menangis, Aisyah

    mengangguk, dan menangis tanpa bersuara, dalam benaknya Aisyah berdoa, agar

    ayahnya diberi kesembuhan agar dia dapat mengungkapkan rasa gembira dan

    sayangnya terhadap ayahnya. Dia diam selama perjalanan menuju hospital, rasa

    khuatir, takut, dan bayangan kenangan indah bersama ayahnya berpadu.

    Menyesakkan.

    Sesampainya di hospital, Aisyah dipimpin Makciknya menuju ruang ICU,bau

    khas yang ada di hospital menambah rasa bimbang di hati gadis itu, mencuba supaya

    kuat dan tegar dia selalu beristighfar menenangkan hatinya.Tak lama kemudian

    seorang doktor keluar dari ruangan tersebut,dan berbincang sesuatu dengan Pakcik

    Kamal. Tak lama kemudian, Pakcik Kamal menghampiri Aisyah dan Makcik Mawar.

    Aisyah harus tabah ya, Aisyah harus sabar, pasrahkan semua kepada Allah

    kata Pakcik Kamal perlahan.

    Hari ini genap 10 tahun sejak kematian ayah Aisyah. Walaupun begitu, rasa

    kasih sayang yang kuat masih lagi segar diantara dua anak-beranak itu. Aisyah berasa

    sedikit kecewa kerana dia tidak sempat untuk berjumpa dengan ibunya. Adapun, hanya

    mampu untuk sekadar melihat didalam foto sahaja yang ditunjukkan oleh ayahnya. Dia

    tidak pernah ketinggalan untuk pergi menziarahi makam arwah ibunya.

    Mariam, aku sudah besarkan anak kita. Walaupun kau tidak berada di sini,

    kasih sayangku terhadapmu tidak pernah pudar. Kasih sayang itulah yang menjadi

    semangat untuk aku membesarkan anak kita.

  • 9

    Itulah ucapan yang sentiasa terukir di bibir ayahnya setiap kali mereka

    menziarahi makam ibundanya. Aisyah faham akan perasaan ayahnya, sebab itulah dia

    sentiasa mengambil berat dan suka berkongsi masalah dengan ayah kesayangannya

    itu. Dia tidak mahu ayahnya memikul masalahnya bersendirian. Tambahan lagi,

    baginya masalah ayahnya masalah dia juga.

    Kini Aisyah sudah membesar menjadi seorang gadis yang berguna kepada

    masyarakat. Dia sudah berjaya dalam hidupnya, satu cita-cita yang menjadi impian

    ayahnya dahulu. Tetapi, disebabkan keluarga ayahnya hidup susah. Ayahnya tidak

    mampu melanjutkan pelajaran ke maktab perguruan. Aisyah adalah salah seorang guru

    matematik yang disegani. Dia pernah merangkul anugerah guru terbaik tahunan oleh

    sekolahnya. Sekolah yang juga pernah menjadi tempat dia belajar. Memori indah

    ayahnya ketika menghantarnya ke sekolah masih jelas, kenangan bersama rakannya

    juga masih terlekat di ingatannya.

    Setiap hari sebelum ke sekolah, Aisyah akan memandang basikal lama

    yang dibeli ayahnya dahulu. Basikal itulah yang membantunya ulang-alik dari sekolah

    ke rumah tepat pada waktunya. Dia tidak pernah melupakan jasa baik ayahnya yang

    sudah tua tetapi masih lagi ingat akan permintaan kebudak-budakannya itu. Dia

    bersyukur kepada Allah SWT kerana dikurniakan ayah yang sebegitu sayang akannya.

    Pada setiap hujung minggu, Aisyah tidak akan melepaskan peluang

    menziarahi makam kedua ibu bapanya. Dia merupakan anak yang solehah, pandai

  • 10

    bertutur dan kuat imannya. Dia tidak lain tidak bukan pasti akan menyedekahkan

    bacaan Yaasin kepada almarhum dan almarhumah kedua ibu bapanya. Makam kedua

    ibu bapanya hanya mengambil masa 30 minit untuk tiba dari rumahnya. Dia sentiasa

    menaiki bas walaupun mempunyai wang yang cukup untuk sekurang-kurangnya

    membeli sebuah kereta. Tapi, dia tidak mahu kerana baginya menaiki bas ke mana-

    mana sahaja mengingatkan dia terhadap ayahnya. Kerana ayahnya pasti akan

    membawanya bersama setiap minggu menaiki bas di kota disamping mencari nafkah

    untuk menyara dua anak beranak itu.

    Ketika tiba di hadapan pintu rumahnya, Aisyah menerima panggilan telefon

    daripada pengetua sekolahnya bahawa dia akan ditukarkan ke sekolah yang lain. Kata

    pengetuanya lagi, perkara ini akan dapat menjamin dan meneruskan kerja baiknya

    mendidik anak bangsa kerana sekolah barunya adalah sekolah yang paling terkemuka

    di Putrajaya. Dia berasa sedih kerana terpaksa meninggalkan semua memori indah

    bersama ayahnya.

    Keesokan harinya, sebuah teksi sudahpun menunggu di hadapan rumahnya pada pukul

    8 pagi untuk menghantarnya ke kediaman barunya di Putrajaya. Aisyah sempat

    berjumpa dengan makcik dan pakciknya sebelum berangkat, mereka juga berbincang

    untuk menjual rumah milik ayahnya itu. Aisyah teragak-agak untuk meninggalkan

    rumahnya dan basikal yang menjadi tali ikatan kasih sayang bersama ayahnya .

  • 11

    Jadi, dia bertindak untuk memberi basikal itu kepada seorang pemuda yang selalu

    ulang-alik dari rumah ke rumah mencari besi buruk untuk dijual sebagai mencari sesuap

    nasi. Walaupun sudah 10 tahun, basikal itu tidak pernah rosak dan masih berkeadaan

    baik. Setiap minggu dia akan menutup basikal itu dengan kain untuk mengelakkan

    terkena cahaya matahari. Dia berasa sedih untuk berpisah dengan rumah dan basikal

    itu, tetapi dia fikir kedua-duanya hanyalah memori yang tidak dapat mengembalikan

    ayahnya ke dunia. Hanya amalan baik dan doa anak soleh dan solehah sahaja yang

    mampu membantu ayahnya ke syurga.

    Kini tibalah hari keputusan SPM bagi sekolah Aisyah dan sekolah-

    sekolah seluruh Malaysia. Sekolahnya diberitakan mempunyai calon paling tertinggi

    yang mendapat semua A dalam semua mata pelajaran. Tetapi Aisyah tidak hadir ke

    majlis penyampaian sijil itu, perkara ini membuatkan semua orang yang dia kenali risau

    dan bertanya-tanya kemanakah si pendidik yang dihormati itu.

    Aisyah mengambil masa itu untuk pergi menziarahi makam kedua ibu

    bapanya, kerana sudah berminggu dia tidak menziarahi kampung akibat jadual kerja

    yang ketat. Tetapi dia tidak pernah menyalahkan takdir. Baginya, setiap yang berlaku

    berkat doa ayah dan ibunya dan takdir Allah SWT.

    Dan pada hari itulah, doa dan bacaan yaasin terakhir daripada Aisyah

    setelah dia tidak bermaya dan jatuh di atas makam ayahnya. Tidak lama kemudian,

    orang ramai yang lalu mendekatinya dan mendapati Aisyah tidak bernyawa lagi.

  • 12

    Dia dikatakan menghidap penyakit barah otak atau migraine. Setelah itu, semua anak

    muridnya dan orang yang dikenalinya pergi ke majlis bacaan yaasin dan pengebumian

    Aisyah. Jauh dalam dasar anak gadis itu, dalam setiap doanya pasti terukir, Terima

    Kasih Ayah Untuk Segala-galanya.

    (1756 Patah Perkataan)