kata alu-aluan yb menteri pendidikan malaysia program sukan sea1... · kata alu-aluan yb menteri...

52
i KATA ALU-ALUAN YB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA Komponen sukan merupakan agenda yang sangat dititikberatkan dalam melahirkan modal insan yang unggul ke arah pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara bersukan (Sporting Nation). Melalui usaha ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa komited dalam membangunkan sukan di peringkat akar umbi yang menjadi teras kepada pembangunan sukan negara. Kejayaan cemerlang dalam Kejohanan Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN 2017 membuktikan bahawa Malaysia mampu melahirkan atlet bertaraf antarabangsa. Lebih membanggakan, segolongan atlet yang terlibat dalam kejohanan ini adalah dalam kalangan atlet murid dan guru daripada sistem pendidikan negara. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua atlet murid dan guru yang telah mengharumkan nama negara di persada antarabangsa. Sesungguhnya kejayaan yang dicapai adalah sejajar dengan hasrat kementerian dalam melahirkan murid yang holistik serta menyumbang kepada kemenjadian murid secara keseluruhan. Sebagai tanda penghargaan, pihak kementerian mengambil peluang ini untuk meraikan dan memberi pengiktirafan kepada para atlet murid dan guru yang telah menyumbang bakti kepada negara dalam pelbagai disiplin sukan yang telah dipertandingkan. Akhir kata, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam meraikan kejayaan atlet murid dan guru sempena Kejohanan Sukan SEA dan Kejohanan Sukan Para ASEAN 2017. Semoga dengan pengiktirafan ini dapat menyuntik semangat dan dedikasi lebih ramai atlet murid serta guru untuk terus terlibat dalam bidang sukan demi menggapai lebih banyak kejayaan di masa akan datang. Sekian, Terima Kasih “PENDIDIKAN ITU KEGEMBIRAAN, KETERBUKAAN DAN KEBAJIKAN” (DATO ‘ SERI MAHDZIR BIN KHALID) Assalamualaikum W.B.T., Salam Sejahtera dan Salam Negaraku 1Malaysia

Upload: tranbao

Post on 07-Jul-2019

270 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

i

KATA ALU-ALUANYB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA

Komponen sukan merupakan agenda yang sangat dititikberatkan dalam melahirkan modal insan yang unggul ke arah pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara bersukan (Sporting Nation). Melalui usaha ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa komited dalam membangunkan sukan di peringkat akar umbi yang menjadi teras kepada pembangunan sukan negara.

Kejayaan cemerlang dalam Kejohanan Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN 2017 membuktikan bahawa Malaysia mampu melahirkan atlet bertaraf antarabangsa. Lebih membanggakan, segolongan atlet yang terlibat dalam kejohanan ini adalah dalam kalangan atlet murid dan guru daripada sistem pendidikan negara. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua atlet murid dan guru yang telah mengharumkan nama negara di persada antarabangsa. Sesungguhnya kejayaan yang dicapai adalah sejajar dengan hasrat kementerian dalam melahirkan murid yang holistik serta menyumbang kepada kemenjadian murid secara keseluruhan.

Sebagai tanda penghargaan, pihak kementerian mengambil peluang ini untuk meraikan dan memberi pengiktirafan kepada para atlet murid dan guru yang telah menyumbang bakti kepada negara dalam pelbagai disiplin sukan yang telah dipertandingkan.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam meraikan kejayaan atlet murid dan guru sempena Kejohanan Sukan SEA dan Kejohanan Sukan Para ASEAN 2017. Semoga dengan pengiktirafan ini dapat menyuntik semangat dan dedikasi lebih ramai atlet murid serta guru untuk terus terlibat dalam bidang sukan demi menggapai lebih banyak kejayaan di masa akan datang.

Sekian, Terima Kasih

“PENDIDIKAN ITU KEGEMBIRAAN, KETERBUKAAN DAN KEBAJIKAN”

(DATO ‘ SERI MAHDZIR BIN KHALID)

Assalamualaikum W.B.T., Salam Sejahtera dan Salam Negaraku 1Malaysia

ii

KATA ALU-ALUANYBHG KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KATA ALU-ALUANYBHG KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

Assalamualaikum W.B.T., Salam Sejahtera dan Salam Negaraku 1Malaysia

Syabas dan tahniah diucapkan kepada atlet murid dan guru yang telah mengharumkan nama negara dalam Kejohanan Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN bagi tahun 2017. Sesungguhnya kejayaan ini membuktikan bahawa atlet murid dan guru Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempunyai keupayaan dan kredibiliti untuk bersaing di persada antarabangsa dalam bidang sukan.

Kejohanan seumpama ini merupakan antara platform yang terbaik untuk atlet murid dan guru KPM menguji keupayaan diri sekaligus menimba pengalaman yang amat bernilai dalam pembentukan jati diri untuk menjadi atlet yang terunggul. Kejayaan ini akan menjadi pemangkin kepada atlet murid dan guru lain untuk lebih berusaha justeru menyumbang kepada kecemerlangan sukan di negara ini.

Assalamualaikum Warahmatullahi WabarakatuhSalam Sejahtera dan Salam Negaraku Malaysia.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi ucapan syabas dan tahniah kepada semua atlet murid serta guru Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang telah mencapai kejayaan dalam Kejohanan Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN bagi tahun 2017.

Melalui Sukan Untuk Semua, lebih ramai murid telah menceburkan diri dalam bidang sukan di peringkat akar umbi dan melalui Sukan Untuk Kecemerlangan, murid yang berpotensi telah dapat mengetengahkan bakat dan kebolehan untukmenempa nama di persada antarabangsa. Kejayaan ini terbukti apabila atlet murid dan guru KPM telah mewakili Malaysia dalam kejohanan Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN yang telah berlangsung di Kuala Lumpur pada tahun 2017 dan telah menyumbang kepada kecemerlangan pencapaian negara dalam kejohanan ini.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Yayasan Guru Tun Hussein Onn dan Yayasan Bank Rakyat serta semua pihak yang terlibat dalam meraikan kejayaan atlet murid dan guru sempena Kejohanan Sukan SEA dan Kejohanan Sukan Para ASEAN 2017. Semoga kejayaan yang dicapai ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan sukan di Malaysia.

(DATUK DR. AMIN BIN SENIN)

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Yayasan Guru Tun Hussein Onn dan Yayasan Bank Rakyat di atas sumbangan yang telah diberikan bagi meraikan kejayaan atlet murid dan guru dalam Kejohanan Sukan SEA dan Kejohanan Sukan Para ASEAN 2017 ini. Semoga semangat dan perjuangan atlet murid dan guru tidak akan pudar dan seterusnya memperoleh kejayaan yang lebih cemerlang.

(DATO’ SRI ALIAS BIN HJ AHMAD)

iii

YBHG KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

YBHG KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

LATAR BELAKANGSUKAN SEA DAN SUKAN PARA ASEAN

Sukan Asia Tenggara (SEA) adalah temasya sukan dwi-tahunan yang membabitkan 11 negara ASEAN dan dikendalikan oleh Persekutuan Sukan Asia Tenggara dengan kerjasama Majlis Olimpik Antarabangsa (IOC) dan Majlis Olimpik Asia. Pada asalnya, ia dikenali sebagai Sukan Semenanjung Asia Tenggara atau Sukan SEAP yang bertujuan menggalakkan kerjasama, persefahaman serta menguatkan hubungan antara negara-negara rantau Asia Tenggara. Sukan Para ASEAN pula adalah mirip Sukan Paralimpik dan dikelolakan di bawah naungan Persekutuan Sukan Para ASEAN (APSF). Ia merupakan temasya sukan yang diadakan selepas Sukan SEA untuk atlet orang kurang upaya (OKU) agar dapat mengeratkan persahabatan dan persefahaman serta memupuk semangat juang dalam kalangan OKU negara ASEAN.

Sukan SEA ke-29 telah diadakan pada 19 hingga 30 Ogos 2017 dan Sukan Para ASEAN ke-9 pada 17 hingga 23 September 2017. Malaysia telah menghantar 844 atlet untuk bertanding dalam 38 jenis Sukan. Seramai 145 atlet adalah dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang terdiri daripada 140 atlet murid dan 5 atlet guru. Daripada jumlah ini, seramai 86 atlet murid dan 4 atlet guru telah berjaya merangkul 65 pingat emas, 23 pingat perak dan 35 pingat gangsa. Dalam Sukan Para ASEAN pula, seramai 326 atlet OKU Malaysia telah bersaing dalam 16 jenis sukan para. KPM telah diwakili oleh 33 atlet OKU iaitu 30 murid berkeperluan khas (MBK) dan 3 atlet guru. Seramai 12 atlet MBK dan 3 atlet guru telah berjaya merangkul 10 pingat emas, 9 pingat perak dan 10 pingat gangsa.

Pencapaian cemerlang atlet KPM dalam usaha memenangi pingat untuk kontinjen kebangsaan ketika temasya Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN 2017 yang lalu harus diberi pujian. Sebagai penghargaan, setiap atlet murid dan guru wajar diiktiraf sebagai tanda menghargai usaha gigih dan pencapaian yang ditunjukkan demi kejayaan negara. Tahniah dan syabas buat semua atlet negara, semoga pencapaian yang lebih besar bakal dikecapi di kejohanan seperti Sukan Komanwel, Sukan Asia mahupun Sukan Olimpik.

iviii

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

16

17

18

19

20

21

22

23

24

25

26

27

28

29

30

31

32

33

34

35

36

37

38

39

40

41

42

43

44

1 MURID 1 SUKAN ( 1M1S )

…..SEGALANYA BERMULA DI SINI

Pelaksanaan Dasar 1Murid 1Sukan (1M1S) di semua sekolah yang bermula pada tahun 2011 merupakan satu daripada inisiatif pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ke arah melahirkan generasi masyarakat yang dapat membudayakan aktiviti sukan dalam kehidupan seharian. Menerusi Dasar 1M1S, setiap murid diwajibkan menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Pengenalan dasar ini bukan sahaja membantu melahirkan generasi murid yang aktif melibatkan diri dalam sukan, malahan juga selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek (JERI).

Penglibatan ini memberi peluang kepada murid menguasai aspek kemahiran dan pengetahuan dalam sukan melalui pendekatan yang berasaskan learning through play. Dasar ini juga merupakan tunjang kepada sukan di sekolah dalam merealisasikan pelaksanaan Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan di sekolah. Murid-murid yang aktif dan berpotensi dalam sukan boleh mengembangkan bakat melalui Sukan Untuk Kecemerlangan setelah dikenal pasti melalui program pengenalpastian bakat murid-Talent Detection dan Talent Identification and Development (TID). Kedua-duanya, iaitu cabang Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan merupakan inisiatif yang menyokong ke arah pembangunan modal insan yang sihat dan cergas sebagai matlamat jangka panjang.

Hasil Sukan untuk Semua akan dapat dicerminkan melalui pembudayaan sukan dan aktiviti fizikal seumur hidup dalam kalangan masyarakat manakala Sukan Untuk Kecemerlangan akan berfokus kepada melahirkan atlet murid / jaguh sukan ke arah menaikkan imej negara melalui kecemerlangan dan kegemilangan dalam prestasi pencapaian sukan di pelbagai peringkat persada dunia.

Kejayaan sukan melalui satu sistem amat bergantung kepada pembangunan sukan secara holistik dengan kerjasama pelbagai pihak. Pelantar pembangunan sukan pada dasarnya adalah melalui sekolah dalam sistem pendidikan di Malaysia. Hampir setiap murid akan melalui sistem pendidikan kebangsaan yang merupakan catchment area bagi mengenal pasti bakat atlet murid. Justeru itu, sistem pendidikan kebangsaan mampu untuk melahirkan atlet murid, dengan adanya jaringan kerjasama dengan pelbagai pihak seperti Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Majlis Olimpik Malaysia (OCM), Majlis Sukan Negara (MSN), Institut Sukan Negara (ISN), Persatuan Sukan Kebangsaan dan Negeri (PSK) serta Kementerian lain, Badan-Badan Kerajaan dan bukan kerajaan yang turut memainkan peranan dalam pembangunan sukan.

45

1 MURID 1 SUKAN ( 1M1S )

Bagi mendukung Dasar 1Murid 1Sukan, Bahagian Sukan mengutamakan lima (5) teras utama di bawah Perancangan Strategik Bahagian Sukan 2015- 2020 iaitu teras pertama yang memberi tumpuan kepada pembudayaan sukan melalui enam (6) aktiviti utama di setiap sekolah seperti Latihan dan Pertandingan Merentas Desa, Sukantara, Latihan dan Kejohanan Balapan dan Padang Sekolah, Latihan dan Pertandingan Antara Rumah Sukan, Latihan dan Pertandingan Antara Kelas, serta Latihan dan Persediaan Pasukan Sekolah.

Kesinambungan kepada teras yang pertama adalah pembangunan sumber manusia yang memberi fokus kepada pembangunan profesionalisme berterusan dalam kalangan guru. Ia diikuti dengan teras yang ketiga, memperkasakan sistem pentadbiran sukan yang memberi fokus kepada sistem tadbir urus sukan di sekolah. Teras keempat menjurus ke arah meningkatkan penyelidikan pembangunan sukan yang memberi fokus kepada penyelidikan dan amalan sains sukan. Manakala teras kelima, mengutamakan pembangunan prasarana, kemudahan serta peralatan sukan untuk keperluan program sukan sekolah.

Matlamat jangka panjang Dasar 1Murid 1Sukan adalah untuk melahirkan murid yang sihat dan aktif ke arah pembentukan satu masyarakat yang sihat, cergas dan berdaya saing tinggi. Pendekatan ini juga menyokong kepada matlamat strategik kemenjadian murid dalam melahirkan modal insan yang bukan sahaja berkualiti dari segi nilai hidup tetapi kompetetif, kreatif dan inovatif.

46

47

SEKALUNG PENGHARGAAN

Jawatankuasa Pengelola Meraikan Kejayaan Atlet Murid Dan Guru Sukan SEA & Sukan Para ASEAN 2017

ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada

YB Menteri Pendidikan Malaysia YB Timbalan Menteri Pendidikan I YB Timbalan Menteri Pendidikan II

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Semua Bahagian dan Jabatan Pendidikan Negeri, Kementerian Pendidikan Malaysia

Pihak Penaja : Yayasan Guru Tun Hussien Onn

Yayasan Bank Rakyat Syarikat Nestle Sdn. Bhd

serta semua pihak yang telah memberikan sumbangan, sokongan dan

kerjasama secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan majlis ini.

48