faktor yang mempengaruhi kecemerlangan · pdf fileuntuk arwah ayah dirindui, ... merakamkan...

23
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KECEMERLANGAN PENCAPAIAN PELAJAR DALAM MATA PELAJARAN REKA CIPTA DI SEKOLAH MENENGAH AKADEMIK DI DAERAH PONTIAN, JOHOR. AZHAR BIN HUSSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: doque

Post on 02-Mar-2018

240 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KECEMERLANGAN · PDF fileUntuk Arwah ayah dirindui, ... merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga ... Pengetua dan

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KECEMERLANGAN PENCAPAIAN

PELAJAR DALAM MATA PELAJARAN REKA CIPTA DI SEKOLAH

MENENGAH AKADEMIK DI DAERAH PONTIAN, JOHOR.

AZHAR BIN HUSSIN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KECEMERLANGAN · PDF fileUntuk Arwah ayah dirindui, ... merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga ... Pengetua dan
Page 3: FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KECEMERLANGAN · PDF fileUntuk Arwah ayah dirindui, ... merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga ... Pengetua dan
Page 4: FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KECEMERLANGAN · PDF fileUntuk Arwah ayah dirindui, ... merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga ... Pengetua dan

ii

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KECEMERLANGAN PENCAPAIAN PELAJAR

DALAM MATA PELAJARAN REKA CIPTA DI SEKOLAH MENENGAH

AKADEMIK DI DAERAH PONTIAN, JOHOR.

AZHAR BIN HUSSIN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat ijazah

penganugerahan Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MAC, 2004

Page 5: FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KECEMERLANGAN · PDF fileUntuk Arwah ayah dirindui, ... merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga ... Pengetua dan
Page 6: FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KECEMERLANGAN · PDF fileUntuk Arwah ayah dirindui, ... merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga ... Pengetua dan

iv

DEDIKASI

Buat isteri yang tercinta, Salwatty Bt Mohd Saad

Jua anak-anakku

Mohamad Faris Nabil, Afiq Aiman dan Muhamad Haziq

Yang banyak berkorban dan bersabar,

Yang tabah menghadapi perpisahan buat seketika,

Untukku menimba ilmu di muka bumi Allah ini

Jua buat semua ahli keluarga dan keluarga mertua

Yang banyak memberi sokongan moral

Buat ibu yang dikasihi, Lijah Bt Samat serta

Untuk Arwah ayah dirindui, Allahyarham Hussin Bin Daud

Jasa dan pengobanan kalian

Tetap dalam ingat selamanya

Kejayaan ini kejayaan kita semua.

Page 7: FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KECEMERLANGAN · PDF fileUntuk Arwah ayah dirindui, ... merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga ... Pengetua dan

v

PENGHARGAAN

Syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapatlah saya

menyiapkan penyelidikan saya ini. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk

merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga

kepada pensyarah pembimbing saya iaitu Encik Mohd Mohsin Bin Uzir yang telah sudi

memberi bimbingan, tunjuk ajar, nasihat serta buah fikiran disepanjang tempoh saya

menyiapkan penyelidikan saya ini.

Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada Encik Zulkurnain Bin Abdul

Rahman yang telah sudi membuat penyemakan dan pengesahan soal selidik. Tidak lupa

juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah banyak membantu mengeluarkan

pendapat dan berkongsi pengetahuan untuk menghasilkan penyelidikan ini.

Terima kasih juga kepada Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Pengetua dan guru-

guru sekolah yang telibat dengan kajian ini kerana telah memberi kerjasama dalam

menjayakan penyelidikan ini.

Akhir sekali untuk isteri yang tercinta, serta anak-anak yang tersayang yang

mana banyak berkorban untuk menjadikan impian menjadi kenyataan. Jasa kalian

semuanya akan tetap dikenang buat selama-lamanya.

Page 8: FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KECEMERLANGAN · PDF fileUntuk Arwah ayah dirindui, ... merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga ... Pengetua dan

vi

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang

mempengaruhi kecemerlangan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Reka Cipta.

Kajian ini telah dijalankan ke atas pelajar-pelajar tingkatan empat di Daerah Pontian

Johor yang mengambil mata pelajaran Reka Cipta. Terdapat empat buah sekolah

menengah yang menawarkan mata pelajaran Reka Cipta. Responden kajian ini adalah

seramai 144 orang pelajar. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian

Statistical Packages For Social Science (SPSS) versi 11.5 untuk mendapatkan

kekerapan, peratusan dan min. Dapatan kajian mendapati, faktor guru, kemahiran dan

persekitaran memberi pengaruh yang besar dalam meningkatkan kecemerlangan

pencapaian pelajar. Sementara itu terdapat dua faktor yang boleh meningkatkan lagi

kecemerlangan pencapain pelajar dalam mata pelajaran Reka Cipta iaitu fakor minat dan

dorongan ibu bapa perlu ditingkatkan lagi. Beberapa cadangan telah diberikan kepada

pihak-pihak berkenaan iaitu pelajar, guru Reka Cipta, ibu bapa, pengurusan sekolah dan

Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mempertingkatkan lagi kecemerlangan pelajar

dalam mata pelajaran Reka Cipta.

Page 9: FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KECEMERLANGAN · PDF fileUntuk Arwah ayah dirindui, ... merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga ... Pengetua dan

vii

ABSTRACT

The purpose of the research is to identify the factors that influence the excellence

of student achievement in Innovation subject. The research carried out to form four

students in Pontian District, Johor who is currently studying Innovation subject. There

were four secondary schools which offered this subject. The respondents in this research

were 144 students. In order to show the frequencies, percentages and mean, the data

obtain was analyzed using the Statistical Packages for Social Science (SPSS) version

11.5. From the survey, it was found that teacher, skill and environment were the main

factors that influence the excellence student achievement. Besides, two factors that could

improve excellent student achievement in Innovation subject were student interest and

parent’s motivation. Suggestions have been made to students, teacher, parents, the

school administration and Ministry of Education to improve the excellence in Innovation

subject.

Page 10: FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KECEMERLANGAN · PDF fileUntuk Arwah ayah dirindui, ... merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga ... Pengetua dan

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS

PENGESAN PENYELIA i

JUDUL ii

PENGAKUAN iii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Persoalan Kajian 6

Page 11: FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KECEMERLANGAN · PDF fileUntuk Arwah ayah dirindui, ... merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga ... Pengetua dan

ix

1.6 Rasional Kajian 7

1.7 Kepentingan Kajian 7

1.8 Batasan kajian dan Skop Kajian 8

1.9 Definisi Istilah 9

1.10 Penutup 14

BAB II SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 15

2.2 Faktor Minat 16

2.3 Faktor Persekitaran 17

2.4 Faktor Kemahiran 18

2.5 Faktor Guru 20

2.6 Faktor Dorongan Ibu Bapa 21

2.7 Penutup 23

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 24

3.2 Reka Bentuk Kajian 24

3.3 Tempat Kajian 26

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 26

3.5 Instrumen Kajian 27

3.6 Prosedur Kajian 30

3.7 Kajian Rintis 31

3.8 Kaedah Analisis Data 31

3.9 Penutup 33

Page 12: FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KECEMERLANGAN · PDF fileUntuk Arwah ayah dirindui, ... merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga ... Pengetua dan

x

BAB IV ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN

4.1 Pengenalan 34

4.2 Analisis Bahagian A 35

4.3 Rumusan Bahagian A 38

4.4 Analisis Bahagian B 38

4.4.1 Faktor Minat 38

4.4.2 Faktor Kemahiran 39

4.4.3 Faktor Persekitaran 39

4.4.4 Faktor Guru 39

4.4.5 Faktor Dorongan Ibu Bapa 39

4.4.6 Persoalan kajian Pertama 40

4.4.7 Persoalan Kajian Kedua 43

4.4.8 Persoalan Kajian Ketiga 45

4.4.9 Persoalan Kajian Keempat 48

4.4.10 Persoalan Kajian Kelima 51

4.5 Penutup 52

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 53

5.2 Perbincangan Kajian 54

5.2.1 Latar Belakang Responden 54

5.2.2 Faktor Minat Dalam Mempengaruhi 54

Pencapaian Cemerlang Pelajar Dalam Mata

Pelajaran Reka Cipta.

5.2.3 Faktor Persekitaran Dalam Mempengaruhi 56

Pencapaian Cemerlang Pelajar Dalam Mata

Page 13: FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KECEMERLANGAN · PDF fileUntuk Arwah ayah dirindui, ... merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga ... Pengetua dan

xi

Pelajaran Reka Cipta.

5.2.4 Faktor Kemahiran Dalam Mempengaruhi 58

Pencapaian Cemerlang Dalam Mata Pelajaran

Reka Cipta.

5.2.5 Faktor Guru Dalam Mempengaruhi Pencapaian 61

Cemerlang Dalam Mata Pelajaran Reka Cipta.

5.2.6 Faktor Dorongan Ibu Bapa Dalam 62

Mempengaruhi Pencapaian Cemarlang Pelajar

Dalam Mata Reka Cipta.

5.3 Rumusan Kajian 64

5.4 Cadangan-Cadangan 67

5.4.1 Kementerian Pendidikan Malaysia 67

5.4.2 Pihak Pengurusan Sekolah 68

5.4.3 Pihak Ibu Bapa 68

5.4.4 Pihak Guru 69

5.4.5 Pihak Pelajar 69

5.5 Cadangan Untuk Kajian Lanjutan 69

5.6 Penutup 70

BIBLIOGRAFI 71

LAMPIRAN

Page 14: FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KECEMERLANGAN · PDF fileUntuk Arwah ayah dirindui, ... merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga ... Pengetua dan

xii

SENARAI JADUAL

NO.JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1.2 Analisis pencapaian keputusan peperiksaan Sijil 4 Pelajaran Malaysia 2002 bagi mata pelajaran Reka Cipta di sekolah-sekolah di Daerah Pontian, Johor.

3.1 Analisis menunjukkan jumlah pelajar tingkatan 27

empat dan nama sekolah yang menawarkan mata

pelajaran Reka Cipta di Daerah Pontian, Johor

3.2 Hubungan persoalan kajian dengan bilangan item 28

di dalam soal selidik.

3.3 Skala Likert 29

3.4 Pemeringkatan Skala Likert 32

3.5 Perubahan markat dan skala 32

3.6 Markat skala penyelidik 33

4.1 Taburan responden mengikut sekolah 35

4.2 Taburan responden mengikut jantina 35

4.3 Taburan responden mengikut bangsa 36

Page 15: FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KECEMERLANGAN · PDF fileUntuk Arwah ayah dirindui, ... merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga ... Pengetua dan

xiii

4.4 Taburan responden mengikut elektif KHB 36

4.5 Taburan responden mengikut keputusan KHB PMR 37

4.6 Taburan responden mengikut kursus pilihan 37

4.7 Analisis faktor minat 40

4.8 Analisis faktor persekitaran 43

4.9 Analisis faktor kemahiran 45

4.10 Analisis faktor guru 48

4.11 Analisis faktor dorongan ibu bapa 51

5.1 Kedudukan persoalan kajian mengikut min 66

yang tertinggi

Page 16: FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KECEMERLANGAN · PDF fileUntuk Arwah ayah dirindui, ... merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga ... Pengetua dan

xiv

SENARAI SINGKATAN

RC - Reka Cipta

KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia

BPPDP - Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

Kementerian Pendidikan Malaysia

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

SPSS - Statistical Packages for the Social Sciences

MINDS - Malaysia Innovation and Design Society

PPD - Pejabat Pendidikan Daerah

JPN - Jabatan Pendidikan Negeri

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

CAD - Computer Aided Drafting and Design (Reka Bentuk Bantuan

Komputer)

ABM - Alat Bantuan Mengajar

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

Page 17: FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KECEMERLANGAN · PDF fileUntuk Arwah ayah dirindui, ... merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga ... Pengetua dan

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Borang Soal Selidik

B Surat Kebenaran BPPDP Kementerian Pendidikan Malaysia

C Surat Kebenaran Dari Jabatan Pendidikan Negeri Johor

D Surat Akuan Pelajar Dari Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi

Malaysia

E Analisis Data Kajian Rintis

F Jadual Populasi Krejcie & Morgan

Page 18: FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KECEMERLANGAN · PDF fileUntuk Arwah ayah dirindui, ... merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga ... Pengetua dan

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Reka Cipta adalah satu komponen baru dalam bidang mata pelajaran Kemahiran

Hidup Sekolah Menengah Atas. Ia bertujuan melahirkan pelajar yang berfikiran kreatif,

inovatif dan inventif serta boleh menyumbangkan kepada pembangunan teknologi dan

bukan hanya sebagai pengguna teknologi semata-mata.

Antara pembaharuan kurikulum dan projek yang telah dilaksanakan pada tahun

1995 adalah penyediaan sukatan mata pelajaran Reka Cipta (Kementerian Pendidikan

Malaysia, 1995). Mata pelajaran Reka Cipta ditawarkan sebagai mata pelajaran Elektif

Kumpulan II (Vokasional dan Teknologi). Sebagai permulaan mata pelajaran ini telah

diperkenalkan di 14 buah sekolah pada tahun 1995 (op – cit).

Kurikulum Reka Cipta menekankan pemikiran analitik, kritikal, lateral dan

inventif ke arah menghasilkan sesuatu reka cipta yang berguna dalam bentuk konkrit dan

berfungsi. Kurikulum ini juga menekankan kesedaran keagungan Tuhan, pemupukan

nilai murni, pengalaman etika Reka Cipta, semangat keusahawanan dan semangat

kewarganegaraan.

Page 19: FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KECEMERLANGAN · PDF fileUntuk Arwah ayah dirindui, ... merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga ... Pengetua dan

2

Menurut de Bono (1989), Reka Cipta termasuk semua hasil aktiviti mental dan

fizikal yang kita lakukan untuk mencapai sesuatu matlamat. Hasil itu boleh bersifat

konkrit mahupun abstrak. Secara amnya Reka Cipta adalah ciptaan akal berbentuk

konkrit ataupun abstrak. Reka Cipta yang dimaksudkan oleh penulis di dalam kajian ini

adalah projek atau ciptaan konkrit yang diusahakan oleh setiap pelajar di Sekolah

Menengah Atas.

Pengenalan mata pelajaran Reka Cipta diharapkan dapat melahirkan pelajar yang

lebih kreatif dan dapat menghasilkan sesuatu projek yang dapat membantu mereka

dalam kehidupan seharian. Ini berdasarkan mata pelajaran Reka Cipta yang

mementingkan penghasilan projek barangan atau produk pengubahsuaian dalam bidang

teknologi (Pusat Perkembangan Kurikulum,1996). Melalui mata pelajaran Reka Cipta

ini, pelajar dapat membuka minda mereka dengan lebih kreatif dan inovatif dengan

menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi dalam kehidupan harian mereka

sehingga terbentuk suatu produk yang dapat mengatasi masalah tersebut.

Melalui Reka Cipta ini pelajar dapat mengasah minda mereka ke arah pemikiran

kreatif dan inovatif. Mereka perlu berfikir untuk menyelesaikan masalah supaya satu

alternatif yang benar-benar baik terhasil. Produk yang direka cipta ini seharusnya

menitikberatkan nilai-nilai komersial, selaras dengan perkembangan teknologi pada

masa ini.

Dari segi perkembangan intelek, KBSM menyediakan peluang untuk pelajar

memperkembangkan lagi keupayaan mereka cipta dan menjadi kreatif (Shahril atau

Chairil et. al, 1993). Bersesuaian dengan matlamat KBSM untuk melahirkan individu

yang kreatif, Pusat Perkembangan Kurikulum telah meningkatkan usaha-usaha untuk

memperkukuhkan dan memantapkan lagi kurikulum sekolah melalui program perubahan

dan pembaharuan kurikulum.

Page 20: FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KECEMERLANGAN · PDF fileUntuk Arwah ayah dirindui, ... merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga ... Pengetua dan

3

Menurut Ainon dan Abdullah (1994), reka cipta konkrit ialah penghasilan atau

pengubahsuaian sesuatu barang manakala Reka Cipta abstrak pula merupakan

penghasilan idea, rancangan dan pengurusan bagi mengatasi atau mengurangkan sesuatu

masalah. Ini bermakna reka cipta konkrit terbentuk apabila adanya Reka Cipta abstrak.

Produk ini mestilah bersifat inovatif dan bernilai komersial yang harus

diilhamkan daripada idea murid sendiri dengan tunjuk ajar dan bimbingan guru. Melalui

proses reka cipta pengalaman sedia ada, kemahiran teknologi pembuatan dan reka

bentuk yang diperoleh, sifat ingin tahu, ingin mencuba dan berdaya saing merupakan

potensi yang baik dalam pembentukan diri murid sebagai seorang pereka. Pengetahuan

tentang harta intelek termasuk peten dan strategi pemasaran membolehkan murid

bersedia menghasilkan produk bagi tujuan tersebut. (Pusat Perkembangan Kurikulum,

2002).

Matlamat mata pelajaran Reka Cipta adalah untuk melahirkan pelajar analitikal,

kritikal, lateral dan kreatif serta boleh menyesuaikan diri dengan pembahuruan dan

perkembangan teknologi semasa melalui penghasilan sesuatu rekaan ke arah menjadi

penyumbang kepada pembangunaan teknologi negara (Pusat Perkembangan Kurikulum,

1994). 1.2 Latar Belakang Masalah

Menurut Laporan Jabatan Pendidikan Negeri Johor terdapat empat buah sekolah

yang menawarkan mata pelajaran Reka Cipta tingkatan empat pada tahun 2003 di

Daerah Pontian dengan jumlah pelajar seramai 223 orang pelajar (Jabatan Pendidikan

Negeri Johor, 2003). Mata pelajaran Reka Cipta hanya ditawarkan kepada pelajar–

pelajar Sekolah Menengah Akademik sahaja (Lembaga Peperiksaan, 1995).

Page 21: FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KECEMERLANGAN · PDF fileUntuk Arwah ayah dirindui, ... merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga ... Pengetua dan

4

Mata pelajaran Reka Cipta yang diperkenalkan sejak 8 tahun dahulu telah

memberikan peluang kepada pelajar-pelajar yang berminat untuk menimba ilmu dalam

bidang mereka cipta. Pelajar dikehendaki menggunakan reka ciptaannya yang dibuat

dalam suasana kehidupan biasa dan bukan dalam suasana peperiksaan untuk dinilai

(Lembaga Peperiksaan, 1995).

Jadual 1.2 : Analisis pencapaian keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia

2002 bagi mata pelajaran Reka Cipta di sekolah-sekolah di Daerah Pontian, Johor

Jumlah calon mendapat pangkat Bil.calon &

% 1 2 3 4 5 6 7 8 9 TH

Jumlah

lulus

%

lulus

120 29 22 12 34 13 4 0 1 0 5 115 100

100 25 19 10 30 11 4 0 1 0 100 100

Sumber: Jabatan Pendidikan Negeri Johor (2003).

Berdasarkan jadual 1.2 di atas yang diperolehi dari Jabatan Pendidikan Negeri

Johor (JPN) dapat disimpulkan memang terbukti bahawa terdapat keputusan yang

memberangsangkan dalam mata pelajaran Reka Cipta iaitu sebanyak 100% telah lulus

pada tahun 2002 dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malyasia (SPM) bagi empat buah

sekolah di daearah Pontian. Peringkat cemerlang seramai 51 orang daripada 120 pelajar

memperolehi pangkat 1 dan 2 iaitu 44%, manakala peringkat kepujian seramai 63 orang

iaitu pangkat 3, 4, 5, dan 6 mendapat 55% dan peringkat lulus pula mendapat 1%. Ini

menunjukkan bahawa pencapaian bagi mata pelajaran Reka Cipta di Daerah Pontian

adalah memuaskan. Jadi, satu tinjauan perlu dilakukan untuk mengetahui faktor-faktor

yang mempengaruhi kecemerlangan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Reka

Cipta.

Page 22: FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KECEMERLANGAN · PDF fileUntuk Arwah ayah dirindui, ... merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga ... Pengetua dan

5

Penyelidik ingin mengenalpasti faktor yang mungkin menyumbangkan kepada

kecemerlangan pencapaian peperiksaan mata pelajaran Reka Cipta 100% ini adalah

kerana minat yang mendalam pelajar terhadap mata pelajaran Reka Cipta, persekitaran

atau suasana pembelajaran, kemahiran yang sedia ada pada pelajar, faktor dorongan

daripada ibu bapa atau keluarga serta startegi pengajaran guru telah menyebabkan

kebanyakan pelajar mencapai kecemerlangan dalam mata pelajaran Reka Cipta.

1.3 Penyataan Masalah

Berdasarkan kenyataan melalui latar belakang tersebut, maka penyelidik ingin

menjalankan kajian tentang faktor yang menyumbangkan kepada kecemerlangan

pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Reka Cipta. Di sini penyelidik ingin

mendapatkan kepastian sama ada terdapat masalah dari segi lima faktor iaitu faktor

minat, faktor persekitaran, faktor dorongan ibu bapa, faktor strategi penyampaian guru

dan kemahiran yang dapat mempengaruhi pencapaian kecemerlangan pelajar dalam mata

pelajaran Reka Cipta.

1.4 Objektif Kajian

Berdasarkan persoalan kajian yang telah dipilih, penyelidik cuba menggariskan

beberapa objektif yang dikira mampu menjadi landasan dan panduan semasa

menjalankan kajian ini. Objektif kajian ialah untuk :

1.4.1 Mengenalpasti minat pelajar terhadap mata pelajaran Reka Cipta yang boleh

meningkatkan pencapaian mata pelajaran Reka Cipta.

Page 23: FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KECEMERLANGAN · PDF fileUntuk Arwah ayah dirindui, ... merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga ... Pengetua dan

6

1.4.2 Mengetahui faktor persekitaran dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam

mata pelajaran Reka Cipta.

1.4.3 Mengenalpasti kemahiran asas yang ada dalam diri pelajar dapat meningkatkan

pencapaian mata pelajaran Reka Cipta.

1.4.4 Mengetahui kaedah pengajaran guru dapat membantu pelajar meningkatkan

pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Reka Cipta.

1.4.5 Mengenalpasti dorongan yang diberikan oleh ibu bapa terhadap pelajar dalam

meningkatkan pencapaian mata pelajaran Reka Cipta.

1.5 Persoalan Kajian

Di dalam kajian ini, penyelidik menyenaraikan lima persoalan kajian merujuk

kepada objektif yang dikehendaki. Persoalan ini bertujuan untuk mengetahui faktor

kecemerlangan pelajar Sekolah Menengah Akademik di Daerah Pontian terhadap mata

pelajaran Reka Cipta. Secara amnya pula ingin menjawab persoalan seperti berikut:

1.5.1 Sejauh manakah minat pelajar mempengaruhi pencapaian kecemerlangan mata

pelajaran Reka Cipta?

1.5.2 Sejauh manakah faktor persekitaran mempengaruhi pencapaian kecemerlangan

mata pelajaran Reka Cipta?

1.5.3 Adakah kemahiran asas yang dimiliki pelajar dapat mempengaruhi pencapaian

kecemerlangan mata pelajaran Reka Cipta?

1.5.4 Adakah kaedah dan strategi pengajaran guru dapat mempengaruhi pencapaian

pelajar dalam mata pelajaran Reka Cipta?

1.5.5 Adakah faktor ibu bapa mempengaruhi pencapaian kecemerlangan dalam mata

pelajaran Reka Cipta?