profil syarikat untuk pengedaran cookies most … filepertamanya. terima kasih dan syabas kerana...

36
PROFIL SYARIKAT UNTUK PENGEDARAN COOKIES MOST WANTED INI DISEDIAKAN OLEH PENGURUS YANG DILANTIK OLEH CMW MILLENNIUM SDN. BHD. DI BAWAH.

Upload: nguyentruc

Post on 23-Jul-2019

259 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PROFIL SYARIKAT UNTUK PENGEDARAN COOKIES MOST … filePertamanya. Terima kasih dan syabas kerana anda bersama saya menuju kaya dan Berjaya dalam perniagaan CMW ini dan terima kasih

PROFIL SYARIKAT UNTUK PENGEDARAN COOKIES MOST WANTED INI DISEDIAKAN

OLEH PENGURUS YANG DILANTIK OLEH CMW MILLENNIUM SDN. BHD. DI BAWAH.

Page 2: PROFIL SYARIKAT UNTUK PENGEDARAN COOKIES MOST … filePertamanya. Terima kasih dan syabas kerana anda bersama saya menuju kaya dan Berjaya dalam perniagaan CMW ini dan terima kasih

“Kemahiran kami adalah untuk membantu penggemar biskut mencari

biskut yang halal dan kurang manis dan jatuh cinta gembira pada

gigitan pertama”

Pengurus: Hajjah Azwien bt Haji Khalid No telefon: 012-3923929

Website: https://ddelightazwien.com/ Blog: https://ddelightazwien.com/blog

Instagram: https://www.instagram.com/ddelightcmw/ Facebook: https://www.facebook.com/DDelightAzwien/

Hak Cipta Terpelihara © 2017 Azwien Khalid

Page 3: PROFIL SYARIKAT UNTUK PENGEDARAN COOKIES MOST … filePertamanya. Terima kasih dan syabas kerana anda bersama saya menuju kaya dan Berjaya dalam perniagaan CMW ini dan terima kasih

1.0 PENDAHULUAN Bismillahirahmanirahim…. Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera. Pertamanya. Terima kasih dan syabas kerana anda bersama saya menuju kaya dan Berjaya dalam perniagaan CMW ini dan terima kasih kerana sudi memiliki profil syarikat CMW ini sebagai rujukan perniagaan anda pada bila-bila masa.

Dengan menjadi sebahagian dari pasukan CMW Millenium Sdn Bhd ini bermakna anda telah komited dan bertanggungjawab untuk bertindak memastikan bisnes anda berkembang maju dan mendapat hasil jualan yang meningkat berkali- kali ganda. Azwien sebagai Pengurus yang dilantik oleh CMW Millenium Sdn Bhd akan membantu anda dalam mencapai matlamat yang anda dan syarikat inginkan dan sama-samalah kita bekerja dalam satu pasukan mencapai impian yang kita inginkan.

Page 4: PROFIL SYARIKAT UNTUK PENGEDARAN COOKIES MOST … filePertamanya. Terima kasih dan syabas kerana anda bersama saya menuju kaya dan Berjaya dalam perniagaan CMW ini dan terima kasih

2.0 LATAR BELAKANG SYARIKAT CMW

Berikut adalah pengenalan dari mulanya syarikat CMW ditubuhkan di

mana bermula dari business di rumah hinggalah sekarang adanya kedai

atau outlet sendiri. Dengan mengenali latarbelakang sejarah CMW anda

pastinya akan lebih cintakan Cookies Most Wanted ini.

Page 5: PROFIL SYARIKAT UNTUK PENGEDARAN COOKIES MOST … filePertamanya. Terima kasih dan syabas kerana anda bersama saya menuju kaya dan Berjaya dalam perniagaan CMW ini dan terima kasih

Ada tiga orang Chef yang penting dalam syarikat CMW ini. Mereka

adalah Chef Zain, Chef Wan dan Chef Zam. Chef Zain adalah juga

pengusaha Mad About Truck di bawah Mad About Cake dan sesiapa

yang berminat untuk berniaga konsep Mad About Truck bolehlah

menghubungi Chef Zain.

CMW yang dalam paket sekarang ini adalah bermula dari dalam balang

dan telah mengalami beberapa proses evolusi yang mana berbagai

cadangan ataupun feedback yang telah diberi oleh pelanggan

sehinggalah sekarang ianya telah diterima oleh orang ramai.

Antara ciri-ciri kelebihan CMW ada tiga iaitu:-

1. Kerangupannya 2. Kurang manis 3. Rasa coklat chip dan badam yang bersepah-sepah. Kalau kita makan

kita rasa banyak.

Nilai resepi yang ada pada CMW ini amat tinggi berbanding dengan

biskut lain tetapi resepi CMW ini mempunyai jumlah badam dan coklat

chip dengan nisbah yang tinggi serta dijual pada harga yang jimat atau

menang membeli. Badam dan coklat cip ini diimport dari syarikat

Indonesia yang halal.

CMW sedang dalam proses mendapatkan logo Halal Jakim berdasarkan

kepada pengubahsuaian dapur untuk melepasi piawaian Jakim.

Visi akan Mad About Cake yang akan datang adalah untuk menjadi

pengeluar cookies ‘manufacturer’ yang terkenal kerana rasa dan

kualitinya. InshaALLAH kedai yang ada sekarang akan menjadi kilang

yang lebih besar.

Chef Zam memberitahu penulis bahawa konsep “the power of giving”

atau bersedekah yang membuatkan rezeki CMW melimpah ruah di

Page 6: PROFIL SYARIKAT UNTUK PENGEDARAN COOKIES MOST … filePertamanya. Terima kasih dan syabas kerana anda bersama saya menuju kaya dan Berjaya dalam perniagaan CMW ini dan terima kasih

mana setiap hari jumaat mereka akan bersedekah dengan anak-anak

yatim. Chef Zam juga adalah seorang bekas Chef Tabung Haji di Mekah

selama 9 tahun yang membuatkan rezeki mereka alhamdullilah

melimpah ruah.

Produk CMW ini baru satu tahun pengedarannya. Kepakaran En Hassyff

sebagai pengurus pemasaran CMW adalah untuk membantu

penggemar biskut mencari biskut yang halal dan kurang manis dan

jatuh cinta gembira pada gigitan pertama. CMW bermula dari rumah

lagi. Kepakaran En Hassyff yang baru berusia 20 tahun adalah online

marketing dari rumah lagi. Dari rumah terus beliau mengadakan

pejabat yang berdepan dengan Mad About Cake.

Dalam setahun En Hassyff telah memasarkan 150,000 unit CMW

dengan kos pemasaran sifar yang membuatkan ramai ejen ingin

mendalami ilmu pemasaran beliau di samping mendapat rezeki

menerusi penjualan CMW.

Page 7: PROFIL SYARIKAT UNTUK PENGEDARAN COOKIES MOST … filePertamanya. Terima kasih dan syabas kerana anda bersama saya menuju kaya dan Berjaya dalam perniagaan CMW ini dan terima kasih

3.0 LATAR BELAKANG PRODUK

Paket 180 gram (RM15

Semenanjung) Harga runcit (RM18 Sabah/Serawak)

Paket Junior 50 gram (RM6

Semenanjung) Harga runcit (RM7 Sabah/Serawak)

Page 8: PROFIL SYARIKAT UNTUK PENGEDARAN COOKIES MOST … filePertamanya. Terima kasih dan syabas kerana anda bersama saya menuju kaya dan Berjaya dalam perniagaan CMW ini dan terima kasih

KENAPA PILIH CMW?

180 GRAM @ 50 gram ada dijual

Ringan

Mudah dibawa

Produk Muslim

Rangup

Penuh coklat chip

Almond banyak

Eye catching atau cantik mata memandang

Produk keluaran BUMIPUTERA yang standing dengan Produk Keluaran ANTARABANGSA.

4.0 KONSEP PEMASARAN CMW

Page 9: PROFIL SYARIKAT UNTUK PENGEDARAN COOKIES MOST … filePertamanya. Terima kasih dan syabas kerana anda bersama saya menuju kaya dan Berjaya dalam perniagaan CMW ini dan terima kasih

5.0 e-BOOK SEBAGAI PANDUAN PENGEDARAN CMW Berikut adalah sebahagian dari isi kandungan eBOOK yang diberi kepada ejen yang berdaftar dengan ddelightazwien.com. Tajuk eBOOK: Strategi Pemasaran DDelight Syabas Azwien ucapkan. Dalam eBook ini segala pengalaman, teknik dan strategi pemasaran D Delight dihimpunkan untuk tatapan rakan-rakan seperjuangan sekalian. Pesan ikhlas daripada Azwien, pastikan anda terus membaca eBook ini sehingga habis. Jangan sesekali “skip” tajuk-tajuk atau kandungan dalam eBook ini. Kenapa? KERANA. Mungkin anda akan terlepas poin-poin yang penting yang mana berkait antara satu sama lain. Dan juga, diakhir eBook ini nanti anda akan fahami tips-tips dan selok belok penting dalam merekrut ejen untuk bisnes anda kelak. Tidak kiralah anda stokis atau ejen, semua di kalangan anda pasti satu hari nanti nak ada bisnes sendiri. Dan ini adalah platform asas anda untuk berjaya nanti.

Page 10: PROFIL SYARIKAT UNTUK PENGEDARAN COOKIES MOST … filePertamanya. Terima kasih dan syabas kerana anda bersama saya menuju kaya dan Berjaya dalam perniagaan CMW ini dan terima kasih

Semua pelanggan D Delight amat berpuas hati dengan biskut coklat

chip Cookies Most Wanted ini

Page 11: PROFIL SYARIKAT UNTUK PENGEDARAN COOKIES MOST … filePertamanya. Terima kasih dan syabas kerana anda bersama saya menuju kaya dan Berjaya dalam perniagaan CMW ini dan terima kasih

Anda di mana? Inshaa Allah Azwien serta ejen Azwien akan hantar

untuk anda Cookies Most Wanted ini di mana saja anda berada……….

Jadi, apa yang anda akan nikmati dalam eBook ini? In shaa Allah, eBook ini akan menghuraikan kekusutan anda selaku ejen jualan Cookies Most Wanted ini.

Ramai sahabat bisnes owner dan agen diluar sana pernah berjumpa Azwien dan menyatakan masalah atau cabaran mereka dalam bisnes yang mereka ceburi. Antara cabarannya adalah untuk mengembangkan bisnes mereka dan antara jalan yang terbaik untuk mengembangkan bisnes adalah dengan menggunakan medium networking atau ejen.

Page 12: PROFIL SYARIKAT UNTUK PENGEDARAN COOKIES MOST … filePertamanya. Terima kasih dan syabas kerana anda bersama saya menuju kaya dan Berjaya dalam perniagaan CMW ini dan terima kasih

Maka, cabaran seterusnya adalah bagaimana mereka ingin

merekrut ejen? Siapa yang layak untuk menjadi ejen? Di mana tempat untuk senang mencari ejen?

Ini masalah mereka yang mengadu kepada Azwien. Anda punyai masalah yang sama seperti mereka? Jika jawapan nya “YA…” eBook ini khusus untuk anda. Jika jawapan nya “TIDAK, ini bukan masalah aku pun…” Azwien cadangkan kepada anda untuk tidak terus membuang masa membaca eBook ini. Masa itu emas…

Page 13: PROFIL SYARIKAT UNTUK PENGEDARAN COOKIES MOST … filePertamanya. Terima kasih dan syabas kerana anda bersama saya menuju kaya dan Berjaya dalam perniagaan CMW ini dan terima kasih

Dan ada baiknya anda hadiahkan eBook ini kepada rakan atau kenalan anda yang memerlukannya. Baik, sebelum kita teruskan, izinkan Azwien kenalkan diri saya terlebih dahulu. Nama saya Hajjah Azroul Azwien binti Haji Halid @ Khalid. Dalam dunia online / Internet Marketing menggunakan Facebook, anda boleh search page facebook D Delight seperti di bawah.

Page 14: PROFIL SYARIKAT UNTUK PENGEDARAN COOKIES MOST … filePertamanya. Terima kasih dan syabas kerana anda bersama saya menuju kaya dan Berjaya dalam perniagaan CMW ini dan terima kasih

Nama glamour / Awien. Kenapa perlu jadi ejen bersama D Delight Azwien Khalid? KERANA, Azwien merupakan seorang stokist D Delight biskut coklat chip secara online (Facebook) di bawah jenama / brand “Cookies Most Wanted” yang berpusat di Taman Mayang Petaling Jaya. Azwien memegang tanggungjawab selaku Marketing Director D Delight. Oleh itu, Azwien bersama suami saya banyak mencuba dan mengaplikasikan ilmu bisnes online dan menjalankan pengurusan ejen dalam menjalankan pernigaan biskut chip kami. Alhamdulillah, dalam 2 bulan pertama Azwien menceburi bisnes biskut ini sejak November 2016, Azwien telah berjaya merekrut ejen di Malaysia. Alhamdulillah, berikut adalah gambar-gambar Azwien mempromosikan bisnes biskut Azwien ini sebagai panduan untuk anda yang berminat untuk jadi usahawan berjaya satu hari nanti….

Page 15: PROFIL SYARIKAT UNTUK PENGEDARAN COOKIES MOST … filePertamanya. Terima kasih dan syabas kerana anda bersama saya menuju kaya dan Berjaya dalam perniagaan CMW ini dan terima kasih

1) Kongsi tips perniagaan dan isu semasa di video live dalam

Facebook – boleh like page D Delight Facebook untuk ikuti bersama Azwien dan rakan-rakan Azwien sekalian

Page 16: PROFIL SYARIKAT UNTUK PENGEDARAN COOKIES MOST … filePertamanya. Terima kasih dan syabas kerana anda bersama saya menuju kaya dan Berjaya dalam perniagaan CMW ini dan terima kasih

2) Bersama ejen dalam menguruskan stok keluar masuk dalam

kawasan

Page 17: PROFIL SYARIKAT UNTUK PENGEDARAN COOKIES MOST … filePertamanya. Terima kasih dan syabas kerana anda bersama saya menuju kaya dan Berjaya dalam perniagaan CMW ini dan terima kasih

4) Membantu ejen di luar kawasan menguruskan stok keluar dan masuk contoh di bawah ejen di JB saudari Liza dan juga negeri

lain seperti Perlis, Kelantan, Sabah, dll..

5) Mengembangkan rangkaian penjualan cookies most wanted di kedai-kedai Muslim sekitar Bandar Klang

Page 18: PROFIL SYARIKAT UNTUK PENGEDARAN COOKIES MOST … filePertamanya. Terima kasih dan syabas kerana anda bersama saya menuju kaya dan Berjaya dalam perniagaan CMW ini dan terima kasih

6) Mengadakan khidmat rakan jualan perniagaan tidak kira bangsa atau agama…”share business masing2”

Page 19: PROFIL SYARIKAT UNTUK PENGEDARAN COOKIES MOST … filePertamanya. Terima kasih dan syabas kerana anda bersama saya menuju kaya dan Berjaya dalam perniagaan CMW ini dan terima kasih

7) Mengadakan promosi jualan di tapak-tapak perniagaan Muslim

Page 20: PROFIL SYARIKAT UNTUK PENGEDARAN COOKIES MOST … filePertamanya. Terima kasih dan syabas kerana anda bersama saya menuju kaya dan Berjaya dalam perniagaan CMW ini dan terima kasih
Page 21: PROFIL SYARIKAT UNTUK PENGEDARAN COOKIES MOST … filePertamanya. Terima kasih dan syabas kerana anda bersama saya menuju kaya dan Berjaya dalam perniagaan CMW ini dan terima kasih

8) Menghadiri latihan yang terhebat dengan sifu-sifu yang tersohor seperti Najib Asaddok, Dr Azizan Osman, Abang Abu,

dll sambil memperkenalkan jenama Cookies Most Wanted pada semua

Anda ingin berjaya bersama Azwien?

Page 22: PROFIL SYARIKAT UNTUK PENGEDARAN COOKIES MOST … filePertamanya. Terima kasih dan syabas kerana anda bersama saya menuju kaya dan Berjaya dalam perniagaan CMW ini dan terima kasih

Yang penting adalah, anda gunakan ilmu yang anda perolahi daripada eBook ini dan teruskan berusaha tanpa putus asa serta bertawakal. In shaa Allah, kejayaan pasti milik anda. Jadi, jom kita mulakan sama-sama. Azwien pun sama macam anda juga bermula dari kecil-kecilan dan tidak tahu apa pun tapi alhamdullillah berkat doa anda pada Azwien jugalah buatkan Azwien berjaya sampai di sini… KENAPA PERLU ADA EJEN?

Mulut ke mulut. Atau bahasa pemasaran adalah “mouth to mouth”. Manusia akan lebih yakin atau lebih percaya kepada cerita yang dia dengar dan lihat dari telinga dan mata mereka sendiri daripada orang lain. Apa lagi kalau orang itu adalah orang yang mereka amat percayai seperti ibu bapa, suami atau isteri, rakan karib atau sanak saudara. Ejen akan bertindak sebagai “tukang cerita” kebaikan atau keberkesanan produk anda kepada orang yang berada di sekelilingnya. Ilmu kira -kiranya amatlah mudah. Lagi ramai ejen, lagi ramai “tukang cerita”. Lagi ramai “tukang cerita”, lagi ramai orang dengar. Lagi ramai orang dengar, lagi ramai orang nak ambil tahu. Lagi ramai orang nak ambil tahu, lagi ramai orang mula membeli. Lagi ramai orang membeli, lagi tinggi hasil jualan produk anda. Apa yang anda perlukan akhirnya? Anda cuma mahukan peningkatan dalam hasil jualan anda bukan? Sebagai contoh, anda seorang boleh membuat jualan sebanyak RM5,000 sebulan untuk bisnes anda. Apa akan berlaku bila ada seorang lagi boleh buat jualan seperti anda untuk bisnes anda? Hasil jualan bisnes anda sudah mencapai RM10,000. Jika 10 orang? Hasilnya RM50,000. Jika 50 orang? Hasilnya RM250,000 sebulan. Ini

Page 23: PROFIL SYARIKAT UNTUK PENGEDARAN COOKIES MOST … filePertamanya. Terima kasih dan syabas kerana anda bersama saya menuju kaya dan Berjaya dalam perniagaan CMW ini dan terima kasih

baru sebulan. Jika setahun? RM250,000 x 12 bulan = RM3.0 Juta. Kita ambil secara kasar margin keuntungan adalah 20%, bermakna anda produk owner boleh mendapat keuntungan sebanyak RM600,000 setahun atau RM50,000 sebulan. Alhamdulillah. Terima kasih Allah atas nikmat yang telah Kau berikan… Inilah strategi ramai bisnes owner di luar sana gunakan untuk mengembangkan bisnes mereka tidak kiralah apa produk dan jenama. Azwien yakin anda boleh senaraikan produk-produk yang mempunyai ramai ejen di market Malaysia ini. Sekali lagi Azwien bagi contoh kepada anda. Kali ini, contoh yang berlaku dalam bisnes Cookies Most Wanted ini. Supaya anda lebih jelas kenapa perlunya ada ejen. Azwien baru merekrut seorang kerani di sebuah sekolah rendah di sebuah daerah untuk menjadi ejen Cookies Most Wanted. Apa yang Azwien kongsikan tips pada beliau adalah esok ke sekolah jangan lupa buka 2 paket 180 gram Cookies Most Wanted untuk dikongsikan dengan staff pejabat yang lain dalam bilik pengurusan sekolah. Apa yang berlaku adalah, 2 paket tersebut telah dijaja kepada semua staff dalam bilik pengurusan itu termasuklah guru-guru yang keluar masuk ke bilik pengurusan tersebut dan ramai guru yang mula berminat untuk dapatkan Cookies Most Wanted tersebut. Apa jadi?

Page 24: PROFIL SYARIKAT UNTUK PENGEDARAN COOKIES MOST … filePertamanya. Terima kasih dan syabas kerana anda bersama saya menuju kaya dan Berjaya dalam perniagaan CMW ini dan terima kasih

Senior CMW: 180 gram

Junior CMW: 50 gram

Maka guru-guru lain mula order dan membeli daripada kerani tersebut. Selepas kotak pertama habis tak sampai seminggu, kerani tersebut repeat kotak kedua daripada Azwien. Kali ni, bukan guru sahaja yang membeli, malah murid juga membeli setelah mendengar cerita dan juga pernah merasa Cookies Most Wanted yang guru mereka beli. Ini belum kemuncaknya. Yang bestnya lagi adalah… Guru biasa berkawan dengan siapa? Guru berkawan dengan guru dari sekolah lain juga bukan? Apa jadi seterusnya?

Page 25: PROFIL SYARIKAT UNTUK PENGEDARAN COOKIES MOST … filePertamanya. Terima kasih dan syabas kerana anda bersama saya menuju kaya dan Berjaya dalam perniagaan CMW ini dan terima kasih

Cerita Cookies Most Wanted mula dijaja ke sekolah-sekolah di daerah tersebut. Apa jadi? Terpaksalah kerani yang jadi ejen tadi restok berkotak-kotak daripada Azwien. Apa jadi pula Azwien? Azwien pula terpaksalah order dari HQ untuk hantar stok berkotak-kotak lagi ke tempat Azwien untuk diserahkan kepada kerani tersebut lalu kerani pula akan menyerahkan kepada guru-guru dan murid-murid di daerah tersebut. Terpaksalah HQ menambahkan pengeluaran Cookies Most Wanted dan ini sesuatu yang memang dinantikan. Seronok dan mudahkan mencari rezeki bersama Azwien? Inilah yang dikatakan “ Kuasa Pemasaran Mulut ke Mulut!” MACAM MANA NAK CARI EJEN?

Anda sudah faham apa kepentingan ejen kepada bisnes anda, jadi bagaimana anda boleh mula untuk mencari ejen? In shaa Allah, Azwien akan tunjukkan satu kaedah yang mana anda boleh cari ejen dengan mudah.

Page 26: PROFIL SYARIKAT UNTUK PENGEDARAN COOKIES MOST … filePertamanya. Terima kasih dan syabas kerana anda bersama saya menuju kaya dan Berjaya dalam perniagaan CMW ini dan terima kasih

1. Orang yang disasarkan atau “Target People”: Anda mesti mempunyai target golongan yang akan menjadi ejen anda. INGAT! Tak semua manusia di Malaysia ini nak jadi / perlu jadi ejen kepada Cookies Most Wanted anda. Perkara yang anda perlu titik beratkan adalah: a. Jantina. Lelaki atau wanita? Anda mesti membuat keputusan untuk memilih sama ada lelaki atau wanita. Azwien tak cadangkan anda pilih kedua-duanya kerana ini akan menyukarkan anda dalam membina ayat OFFER nanti. Jadi, buat keputusan sekarang! Lelaki atau Perempuan? Semestinya perempuan kan, sebab merekalah yang banyak cerita atas bumi ini. Jangan marah ye kaum Adam!

Foll

Page 27: PROFIL SYARIKAT UNTUK PENGEDARAN COOKIES MOST … filePertamanya. Terima kasih dan syabas kerana anda bersama saya menuju kaya dan Berjaya dalam perniagaan CMW ini dan terima kasih

ow-up

b. Umur. Cari satu julat umur dalam 10 tahun. Azwien boleh bagi beberapa contoh di sini supaya anda lebih faham. Pertama bisnes tudung cepat dan tak perlu digosok. Maka anda boleh target kepada wanita yang berumur 17 – 27 tahun yang mana mereka perlukan tudung jenis ini untuk cepat ke kelas atau tempat kerja dan tidak memerlukan modal yang besar.

Page 28: PROFIL SYARIKAT UNTUK PENGEDARAN COOKIES MOST … filePertamanya. Terima kasih dan syabas kerana anda bersama saya menuju kaya dan Berjaya dalam perniagaan CMW ini dan terima kasih

Contoh kedua, bisnes supplement untuk kanak-kanak berumur 4 ke 6 tahun. Maka golongan ibu yang sesuai untuk target ejen adalah yang berumur 28 ke 38. Azwien yakin anda faham apa yang Azwien maksudkan ini bukan? Kalau tak faham boleh whatsapp Azwien 012-3923929 sekarang….:)

c. Pekerjaan. Anda mesti pilih 1 pekerjaan yang khusus untuk anda target menjadi ejen anda. Jika ada perkerjaan lain yang berpotensi, maka bina target group lain. Jangan campur adukkan dalam 1 group. Kerana, ini akan menyukarkan anda untuk membina ayat OFFER nanti. INGAT! 1 pekerjaan = 1 target group atau kumpulan sasaran! Azwien ulang lagi…..1 pekerjaan = 1 target group atau kumpulan sasaran!

Page 29: PROFIL SYARIKAT UNTUK PENGEDARAN COOKIES MOST … filePertamanya. Terima kasih dan syabas kerana anda bersama saya menuju kaya dan Berjaya dalam perniagaan CMW ini dan terima kasih

2. OFFER: Setelah anda kenal pasti golongan yang “wajib” menjadi ejen anda, ambil peluang untuk dekat dengan mereka. Kenapa Azwien katakan “wajib”? Sebab golongan ini adalah golongan yang sangat-sangat berpotensi untuk menjadi ejen anda. Siapa mereka? Mereka adalah orang yang anda telah anda senaraikan sebagai target anda. Jadi, sebelum bertemu mereka, anda perlu sediakan ayat-ayat offer supaya anda tahu apa yang patut anda tanya dan apa yang patut anda nak sampaikan. Kenapa anda perlu bertanya? Kerana anda nak dapat lebih banyak data untuk kembangkan lagi lebih ramai ejen anda nanti.

Page 30: PROFIL SYARIKAT UNTUK PENGEDARAN COOKIES MOST … filePertamanya. Terima kasih dan syabas kerana anda bersama saya menuju kaya dan Berjaya dalam perniagaan CMW ini dan terima kasih

Apa ayat-ayat offer yang perlu disediakan? Di sini Azwien senaraikan beberapa contoh ayat offer yang anda perlu siapkan sebagai peluru jika anda didatangi atau berjumpa dengan golongan yang “wajib” jadi ejen anda; a. Set soalan untuk kenalpasti yang mereka adalah daripada golongan yang anda target. Contohnya “Puan/Cik Puan kerja dimana?” “Puan/Cik Puan berkhidmat/bertugas sebagai apa?” PERINGATAN! Jangan tanya soalan terlalu peribadi sebagai contoh “Puan/Cik Puan kahwin tahun bila?” b. Kenapa mereka perlu menjadi ejen anda? Tunjukkan apa kelebihan yang mereka dapat jika mereka mendaftar sebagai ejen anda.

Page 31: PROFIL SYARIKAT UNTUK PENGEDARAN COOKIES MOST … filePertamanya. Terima kasih dan syabas kerana anda bersama saya menuju kaya dan Berjaya dalam perniagaan CMW ini dan terima kasih

Fokuskan kepada 3 perkara. Pertama, berapa keuntungan mereka boleh dapat? Dan daripada keuntungan ini apa kebaikannya kepada ahli keluarga mereka yang tersayang. Tunjukkan dalam bentuk angka. Contohnya, “Seminggu puan boleh dapat untung bersih RM200 sebagai permulaan, sebulan dah boleh dapat RM800. Dah boleh buat bayar duit rumah bulan-bulan. Duit gaji, boleh buat simpanan untuk anak-anak pergi Umrah nanti.” Kedua, ilmu marketing dalam menjual produk anda. Terangkan kepada mereka macam mana produk anda boleh dijual di tempat kerja mereka / secara online. Silap-silap belum menjadi ejen lagi mereka dah cakap “Laa, senang nye nak buat duit camni.” Tugas anda adalah, mudahkan kerja mereka untuk dapat sales. Sales mereka naik! Sales anda lagi naik! Ketiga, tunjukkan hadiah-hadiah / potensi yang mereka boleh perolehi bila bersama anda. Antaranya, anda boleh offer kepada mereka jika mereka dapat capai target yang anda sasarkan, mereka layak menerima hadiah seperti TUNAI / EMAS / HADIAH MISTERI. Biar ini menjadi pembakar semangat kepada mereka untuk terus membuat jualan.

Page 32: PROFIL SYARIKAT UNTUK PENGEDARAN COOKIES MOST … filePertamanya. Terima kasih dan syabas kerana anda bersama saya menuju kaya dan Berjaya dalam perniagaan CMW ini dan terima kasih

3. CLOSE: Ya, mereka telah pun mendaftar sebagai ejen anda yang sah. Jadi sekarang, apa yang anda perlu bekalkan kepada mereka? Jangan biarkan mereka pergi dengan tangan kosong. Anda perlu bekalkan segala info & maklumat penting tentang produk dan bisnes anda supaya cerita yang disebarkan diluar sana adalah tepat dan tidak membawa masalah kepada anda dan bisnes anda di kemudian hari.

Page 33: PROFIL SYARIKAT UNTUK PENGEDARAN COOKIES MOST … filePertamanya. Terima kasih dan syabas kerana anda bersama saya menuju kaya dan Berjaya dalam perniagaan CMW ini dan terima kasih

Perkara yang anda perlu siapkan kepada mereka adalah; a. Info produk. Contohnya kebaikan dan manfaat produk, cara penggunaan produk, siapa yang boleh dan tidak boleh pakai produk anda. INGAT! Produk anda bukan untuk semua orang di Malaysia ini. b. Teknik / cara menjual. Sediakan skrip / contoh cara menjual supaya ejen anda tidak kaku bila berhadapan dengan prospek baru. Pastikan info yang disampaikan tepat dan benar. c. Teknik / cara close sale. Sediakan skrip / contoh cara untuk ejen anda tawar menawar dengan bakal pelanggan. Ajar ejen anda supaya bertanyakan soalan-soalan yang “maut” untuk membuatkan bakal pelanggan membeli. Contohnya “Nak beli 1 botol atau 3 botol sabun ini?” Jadi bakal pelanggan tidak punyai alasan yang kukuh untuk lari. JANGAN tanya “nak beli tak sabun ni?” Memang tak la jawapannya. 4. FOLLOW-UP: Selepas ejen anda mula aktif, jangan anda diamkan diri dengan menganggap ejen anda tau semuanya dan mereka boleh membuat jualan sendirian. Mereka masih lagi perlukan motivasi, sokongan, dorongan daripada anda selaku bisnes owner untuk meningkatkan lagi hasil jualan mereka. Anda perlu faham 1 perkara, jika sales mereka laju, bermakna sales anda pun laju. Jadi, selalu follow-up ejen supaya ejen tidak diam atau tidur di sepanjang jalan. Masalah ramai bisnes owner adalah, “Ejen aku tidur, jadi aku pun tidur sekali lah.” Saya yakin, anda bukan tergolong dalam golongan bisnes owner tersebut. Anda boleh ikuti flow mudah ini untuk mula mencari ejen? Satu

Page 34: PROFIL SYARIKAT UNTUK PENGEDARAN COOKIES MOST … filePertamanya. Terima kasih dan syabas kerana anda bersama saya menuju kaya dan Berjaya dalam perniagaan CMW ini dan terima kasih

perkara yang ingin saya tekankan di sini. JANGAN TAMAK! Jangan terlalu tamak maksudnya, hari ini produk dah siap, terus nak ada 100 orang ejen. Buat step by step. In shaa Allah anda boleh lakukannya.

Page 35: PROFIL SYARIKAT UNTUK PENGEDARAN COOKIES MOST … filePertamanya. Terima kasih dan syabas kerana anda bersama saya menuju kaya dan Berjaya dalam perniagaan CMW ini dan terima kasih

Matematiknya mudah, Jika anda boleh cari 3 orang ejen, gunakan cara yang sama 30 kali untuk dapatkan 30 orang ejen. Jika anda boleh cari 30 orang ejen, anda boleh cari 300 orang ejen. Jika anda boleh cari 300 orang ejen, anda boleh cari 3000 orang ejen. Hanya tinggal usaha dan tindakan anda untuk mencapai apa yang anda impikan. Jadi sekarang, mulakan kerja rumah anda untuk siapkan perkara perkara yang Azwien tekankan di atas untuk anda mula nikmati perkembangan dalam bisnes anda. Alhamdulillah, anda dah sampai bacaan anda di sini. Bermakna, anda telah faham dan hadam Strategi Pemasaran D Delight Azwien Khalid. Tahniah.! Masanya telah tiba untuk anda bertindak bagi meningkatkan hasil jualan Cookies Most Wanted anda. Azwien merayu kepada anda, mulakan sekarang dan jangan bertangguh lagi. Kejayaan menanti di hadapan anda dan kejayaan menanti orang yang benar-benar berusaha tanpa putus asa. Azwien doakan semoga diri Azwien berjaya dan Anda juga berjaya dalam apa bisnes yang kita ceburi. Sampai kita bertemu lagi di tips yang akan datang. In shaa Allah. Salam Kejayaan

Page 36: PROFIL SYARIKAT UNTUK PENGEDARAN COOKIES MOST … filePertamanya. Terima kasih dan syabas kerana anda bersama saya menuju kaya dan Berjaya dalam perniagaan CMW ini dan terima kasih

Hajjah Azwien Khalid SEKIAN, TERIMA KASIH……….

Hak Cipta Terpelihara © 2017 Azwien Khalid