teori struktural aplikasi cerpen suara hantu

5
TEORI STRUKTURAL: APLIKASI CERPEN SUARA HANTU Oleh Mohamad Asrizal bin Osman Mohamad Zahran bin Mohd Halil Mohd Fadhil bin Mahamad Yasri (Institut Pendidikan Guru Malaysia kampus Kota Bharu) Asal teori Struktural dicipta oleh Claudio Levi Strauss, dan dikembangkan oleh Ferdinand de Saussure. Maksud struktur ialah susunan, sistem dan pengaturan sesuatu organisasi atau dinamakan bentuk. Perihal struktural mula digunakan dalam Teori Formalistik, manakala strukturalisme merupakan pembaharuan daripada Teori Formalistik. Pengasingan itu wujud disebabkan rasa tidak puas para sarjana apabila menganalisis karya menggunakan Teori Formalistik. Mereka mengubah teori tersebut menjadi Teori Struktural. Roman Jacbson, Jan Mukarovsky, Felix Fodicka, Roland Bathes, Tvetzan Todorov, David Daiches, I.A. Richards, Rene Wellek, Austin Warren, Alan Tate, Cleant Brook merupakan merupakan tokoh-tokoh Teori Struktural. Teori Struktural menganggap bahawa teks terhasil daripada gabungan komponen yang membentuk karya. Setiap komponen itu saling berkaitan dan membantu mutu karya. Setiap komponen itu berperanan melengkapkan teks atau karya. Karya dibina melalui jalinan harmonis iaitu pertautan antara komponen sehingga menjadi sempurna. Setiap komponen mempunyai hubungkait antara satu sama lain bagi membina karya. Komponen yang mempunyai perkaitan dianggap menghasilkan karya yang kuat dan bermutu. Jika salah satu komponen tidak mantap atau bersambung mengikat komponen yang lain, maka struktur karya itu dianggap rapuh dan tidak bermutu. Begitulah Teori Struktural menggariskan panduan kekuatan dan kelemahan sesebuah karya bergantung pada binaan dan pertalian komponen. Antara kebaikan Teori Struktural ialah menganalisis karya dengan sifat penuh keadilan kerana mampu mengelakkan pengkritik daripada memihak kepada pengarang yang ada hubungan dengannya. 1

Upload: aping-firdaus

Post on 11-Feb-2016

25 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

teori

TRANSCRIPT

Page 1: Teori Struktural Aplikasi Cerpen Suara Hantu

TEORI STRUKTURAL: APLIKASI CERPEN SUARA HANTU

OlehMohamad Asrizal bin Osman

Mohamad Zahran bin Mohd HalilMohd Fadhil bin Mahamad Yasri

(Institut Pendidikan Guru Malaysia kampus Kota Bharu)

Asal teori Struktural dicipta oleh Claudio Levi Strauss, dan dikembangkan oleh

Ferdinand de Saussure. Maksud struktur ialah susunan, sistem dan pengaturan

sesuatu organisasi atau dinamakan bentuk. Perihal struktural mula digunakan

dalam Teori Formalistik, manakala strukturalisme merupakan pembaharuan

daripada Teori Formalistik. Pengasingan itu wujud disebabkan rasa tidak puas

para sarjana apabila menganalisis karya menggunakan Teori Formalistik.

Mereka mengubah teori tersebut menjadi Teori Struktural. Roman Jacbson, Jan

Mukarovsky, Felix Fodicka, Roland Bathes, Tvetzan Todorov, David Daiches,

I.A. Richards, Rene Wellek, Austin Warren, Alan Tate, Cleant Brook merupakan

merupakan tokoh-tokoh Teori Struktural.

Teori Struktural menganggap bahawa teks terhasil daripada gabungan

komponen yang membentuk karya. Setiap komponen itu saling berkaitan dan

membantu mutu karya. Setiap komponen itu berperanan melengkapkan teks

atau karya. Karya dibina melalui jalinan harmonis iaitu pertautan antara

komponen sehingga menjadi sempurna. Setiap komponen mempunyai

hubungkait antara satu sama lain bagi membina karya. Komponen yang

mempunyai perkaitan dianggap menghasilkan karya yang kuat dan bermutu. Jika

salah satu komponen tidak mantap atau bersambung mengikat komponen yang

lain, maka struktur karya itu dianggap rapuh dan tidak bermutu.

Begitulah Teori Struktural menggariskan panduan kekuatan dan kelemahan

sesebuah karya bergantung pada binaan dan pertalian komponen. Antara

kebaikan Teori Struktural ialah menganalisis karya dengan sifat penuh keadilan

kerana mampu mengelakkan pengkritik daripada memihak kepada pengarang

yang ada hubungan dengannya. Antara keburukannya pula dapat kita lihat

1

Page 2: Teori Struktural Aplikasi Cerpen Suara Hantu

melalui penekanan hubungan antara komponen dalam karya secara tidak

langsung menafikan kebebasan pengarang dan unsur-unsur estetika semasa

dalam karya.

Gambaran Suara Hantu dari Sudut StrukturalismeSuara Hantu karya Nassury Ibrahim merupakan cerpen yang bertemakan

perpecahan masyarakat. Syaitan yang datang ke Kampung Che Lijah telah

membuatkan orang kampung gelisah, berpecah-belah, dan bercerai-berai.

Pengarang telah berjaya menunjukkan kepada pembaca, cara-cara syaitan

menghasut manusia dan memecah-belahkan manusia seperti dalam ayat

‘Mereka berwaadat bekerja bersama-sama mendatangi orang-orang kesusahan

dan kemudian mencerai-beraikan mereka.’ Sifat-sifat syaitan yang memecah-

belahkan manusia, jelas ditunjukkan dalam cerpen ini, seperti dalam ayat di

bawah.

‘Esoknya, apabila masing-masing gundah-gulana dan susah hati, Tsabar pula masuk meniup api permusuhan hingga mangsanya bergaduh’.

Konsep perpecahan masyarakat yang dikaitkan dengan sifat syaitan amat

bertepatan kerana sifat syaitan sentiasa menghasut manusia ke arah

perpecahan dan kemusnahan.

Seterusnya, cerpen ini juga terdapat nilai dan pengajarannya. Pertama, nilai

yang terdapat dalam cerpen Suara Hantu ialah kasih sayang. Nilai tolong-

menolong yang ditunjukkan dalam cerpen ini adalah masyarakat yang saling

menolong antara satu sama lain. Sebagai contoh dalam ayat;

`Pak Mat, Pak Usop, dan Salleh Ayam pun turut memegang Kak Kiah sehingga Kak Kiah tidak dapat bergerak lagi’.

Nilai tolong-menolong ini sesuai diselitkan dalam cerpen ini kerana bertepatan

dengan masyarakat kampung yang gemar membantu antara satu sama lain.

2

Page 3: Teori Struktural Aplikasi Cerpen Suara Hantu

Selain itu, nilai yang terdapat dalam cerpen ini ialah kasih sayang. Nilai kasih

sayang yang cuba ditonjolkan oleh pengarang ialah hubungan antara Abang

Sudin dan Kak Kiah. Abang Sudin dan Kak Kiah merupakan suami isteri.

Contohnya,

`Tubuh Kak Kiah menggeletar. Tangannya memeluk Abang Sudin.’

Nilai kasih sayang dapat dilihat melalui tingkah laku Kak Kiah yang memeluk

suaminya, Abang Sudin apabila dia ketakutan. Nilai kasih sayang ini

menunjukkan kepada pembaca bahawa wujudnya kemesraan antara suami dan

isteri.

Cerpen ini juga turut dipaparkan oleh pengarang dengan pengajaran.

Pengajaran yang kita dapat dalam cerpen ini ialah kita mesti membantu orang

yang berada dalam kesusahan. Masyarakat di Kampung Che Lijah saling

membantu antara satu sama lain. Contohnya;

`Abang Sudin, Pak Mat dan Salleh Ayam berjumpa Tuk penggawa, mohon jasanya mencari bomoh untuk menghalau suara mengerang, mengilai, ketawa, dan meminta tolong itu.’

Pengajaran ini sesuai ditonjolkan kepada pembaca agar dapat mengambil iktibar

dan dapat membantu orang yang berada dalam kesusahan.

Pengajaran seterusnya yang terdapat dalam cerpen ini ialah kita mesti bersyukur

apabila memperoleh kesenangan ataupun kemenangan. Pengarang cuba untuk

menunjukkan kepada pembaca bahawa sifat bersyukur itu boleh dijadikan

pedoman dalam kehidupan kerana Tuhan Maha Pencipta menyukai orang yang

bersyukur. Sebagai contoh;

’’Syukurlah, kampung kita sudah aman sekarang.” Tuk Penggawa mengangguk-angguk sambil tersenyum.

3

Page 4: Teori Struktural Aplikasi Cerpen Suara Hantu

Sifat bersyukur amat sesuai ditunjukkan dalam cerpen ini kerana pembaca dapat

menjadikannya sebagai iktibar dan ikutan supaya bersyukur apabila mendapat

sesuatu kesenangan atau kemenangan.

Terdapat beberapa jenis gaya bahasa dalam cerpen Suara Hantu ini. Pertama,

gaya pengulangan, iaitu pengulangan perkataan `lagi’ dalam ayat;

Ayah Su lukis lagi, dan habis lagi.

Pengulangan perkataan `lagi’ untuk menunjukkan pengulangan perbuatan yang

sama.

Seterusnya, dari segi diksi, terdapat penggunaan bahasa Arab. Contohnya

Marwath, Dasim,Tsabar, tahlil, dan Yasin. Penggunaan perkataan dari bahasa

Arab ini sesuai kerana dapat memudahkan pemahaman pembaca.

Selain itu terdapat juga unsur bunyi asonansi. Contohnya ialah;

Sebagai tanda kesyukuran, Tuk Penggawa memanggil semua orang kampung datang ke surau pada malam Jumaat kerana Tuk Penggawa hendak mengadakan majlis tahlil, membaca surah Yasin dan sedikit jamuan.

Dalam ayat di atas menunjukkan pengulangan huruf vokal `a’.

Terdapat juga unsur bunyi aliterasi. Contohnya;

“Semalam tiada kedengaran suara syaitan itu lagi,” tegas Abang Sudin.

Dalam ayat di atas menunjukkan pengulangan vokal ’s’.

Penutup Kesimpulan, walaupun cerpen Suara Hantu menggabungkan elemen nyata dan

realiti, namun cerpen ini telah mengajar pembaca agar tidak berpecah-belah

sesama masyarakat. Selain itu, pengarang banyak menyelitkan nilai dan

pengajaran seperti kasih sayang, bersatu-padu dan berkasih sayang yang boleh

4

Page 5: Teori Struktural Aplikasi Cerpen Suara Hantu

diteladani oleh semua. Seterusnya, kita boleh mempercayai perkara-perkara

ghaib, namun kita tidak boleh terlalu taksub dengannya sehingga takut untuk

pergi ke mana-mana. Syaitan juga adalah makhluk ciptaan Allah seperti

manusia, mereka tidak boleh melakukan sewenang-wenangnya di bumi Allah ini.

Kita tidak boleh tunduk kepada makhluk halus ini kerana jika kita tunduk

kepadanya, maka akan rosaklah aqidah dan iman kita.

RujukanHamzah Hamdani (Penyelenggara), 1988. Konsep dan Pendekatan Sastera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hashim Awang, 1984. Kesusasteraan Melayu dalam Kritikan dan Sejarah. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.

* Teori dengan aplikasi tidak sama

5