teori psikoanalisis

12
TEORI PSIKOANALISIS: BAHAGIAN 1 copyright othmanmohamed 1997 (Professor Madya Dr. Othman Dato' © Haji Mohamed) TEORI PSIKOANALISIS Perkaitan Subjek: Modul ini mendedahkan pelajar kepada bidang teori Psikoanalisis. Tumpuan adalah diberi kepada latar belakang teori; falsafah dan konsep penting teori psikoanalisis; rasional perubahan personaliti; proses kaunseling psikoanalisis. Sumber Pembelajaran: 1. Pandangan umum tentang kandungan modul 2. Konsep penting dalam teori psikoanalisis 3. Bahan bacaan Tajuk Pembelajaran: Modul yang berikut akan membantu pelajar memahami secara umum tentang asas teori psikoanalisis: 1. Pengenalan kepada teori psikoanalisis 2. Ciri utama dalam teori psikoanalisis 3. Perkembangan personaliti 4. Tahap kesedaran 5. Personaliti manusia mengikut psikoanalisis 6. Kaunseling mengikut pendekatan psikoanalisis 7. Matlamat kaunseling Kaedah Belajar: Membaca, memikir kembali dan menganalisis nota. Penilaian: 1. Setelah anda membaca sebahagian atau keseluruhan modul ini, sila jawab soalan cuba sendiri. Teks Wajib: Othman Mohamed. (2000). Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalam Kaunseling. Serdang, Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia. Othman Mohamed, Rahil Mahyuddin & Abd Majid Isa. (1995). Asas Pendidikan IV. Kuala Lumpur: Longman. TOPIK 1: PENGENALAN KEPADA TEORI PSIKOANALISIS Psikoanalisis merupakan satu sistem psikologi yang dipelopori oleh Sigmund Freud. Beliau berasal dari

Upload: ahmad-tarmizi-md-isa

Post on 04-Jul-2015

350 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TEORI PSIKOANALISIS

TEORI PSIKOANALISIS:  BAHAGIAN 1

copyright © othmanmohamed 1997 (Professor Madya Dr. Othman Dato' Haji Mohamed)TEORI PSIKOANALISISPerkaitan Subjek:

     Modul ini mendedahkan pelajar kepada bidang teoriPsikoanalisis.  Tumpuan adalah diberi kepada latarbelakang teori; falsafah dan konsep penting teoripsikoanalisis; rasional perubahan personaliti; proseskaunseling psikoanalisis.

Sumber Pembelajaran:

      1.   Pandangan umum tentang kandungan modul      2.   Konsep penting dalam teori psikoanalisis           3.   Bahan bacaan

Tajuk Pembelajaran:

      Modul yang berikut akan membantu pelajar memahamisecara umum tentang asas teori psikoanalisis: 

1.  Pengenalan kepada teori psikoanalisis2.  Ciri utama dalam teori psikoanalisis3.  Perkembangan personaliti4.  Tahap kesedaran5.  Personaliti manusia mengikut psikoanalisis6.  Kaunseling mengikut pendekatan psikoanalisis7.  Matlamat kaunseling

Kaedah Belajar:

      Membaca, memikir kembali dan menganalisis nota.        Penilaian:

      1.  Setelah anda membaca sebahagian atau                    keseluruhan modul ini, sila jawab soalan cuba           sendiri.

Teks Wajib:         Othman Mohamed. (2000). Prinsip Psikoterapi dan            Pengurusan dalam Kaunseling. Serdang, Selangor:            Penerbit Universiti Putra Malaysia.         Othman Mohamed, Rahil Mahyuddin & Abd Majid Isa.             (1995). Asas Pendidikan IV.  Kuala Lumpur:              Longman.

Page 2: TEORI PSIKOANALISIS

TOPIK 1: PENGENALAN KEPADA TEORI PSIKOANALISIS

     Psikoanalisis merupakan satu sistem psikologi yangdipelopori oleh Sigmund Freud.  Beliau berasal dariMoravia, yang pada masa sekarang terkenal dengan namaSlovakia.  Beliau bermula sebagai seorang doktorperubatan dan sebagai penyelidik menumpukanpenyelidikannya kepada kecelaruan saraf.  Bidang initidak begitu maju dalam abad yang ke 18, dimana ramaisemasa itu yang menggunakan hipnosis sebagai satu kaedahbagi menyelesaikan penyakit mental.  Freud bagaimana pundipengaruhi oleh kerja-kerja kaedah yang dijalankan olehseorang doktor di Vienna, Austria yang bernama JosephBreur.  Breur telah menggunakan suatu teknik bagimengubati pesakit-pesakitnya, ia-itu menumpukan kepadaperbualan tentang simtom-simtom dan didapati berkesan. Pengaruh ini melibatkan Freud mendalami kajiannya secarapersendirian dan hingga diterbitkan bukunya yang pertama'The Interpretation of Dreams' (1900) dan seterusnyakajian tentang analysis swadiri.

     Psikoanalisis bolehlah diiktirafkan sebagai satukaedah bagi merawati seorang individu yang memintabantuan berkaitan dengan masalah emosinya.  Sekiranyakita mengikuti fahaman tradisi, psikoanalisis lebihdianggap sesuai merawati individu yang mana masalahpersonalitinya sungguh tertekan dan mendalam. Kemungkinan agak kurang sesuai untuk membantu mengatasikesulitan yang dialami seharian.

© othmanmohamed 1997 

Kata Kunci:

       Sigmund Freud       psikoanalisis

TOPIK 2:  CIRI UTAMA DALAM TEORI PSIKOANALISIS

Dalam pandangannya tentang fitrah manusia, Freudmempercayai manusia dilahirkan dengan desakan naluri yangsemulajadi (inborn drives).  Berdasarkan kepada pandangan

Page 3: TEORI PSIKOANALISIS

ini lahirlah konsep antirasionalisma dalam segala gerak-geri manusia.  Fahaman ini berpendapat manusia tidakrasional, tidak sosial dan penuh dengan desakan yangmerosakkan dirinya dan manusia sebagai individu tidakdapat membawa arah kepada nasib haluannya.

     Tingkahlaku manusia lebih digalakkan oleh nalurikehaiwanan (Animalistic instincts) dan desakanbiologikal.  Desakan yang paling utama adalah desakanmendapatkan kepuasan nafsu swadiri (self gratification). Desakan ini berlaku dalam diri seorang sama ada lelakiatau perempuan dan mereka telah terperangkap kepada asasnaluri dan desakan yang jahat ini.  Desakan-desakankejahatan perlu dibendung dengan pengalaman-pengalamandalam masyarakat.  Dalam ertikata yang luas termasuklahjuga kekeluargaan.  Dengan demikian, maka diadakan ciri-ciri sosialiasi.  Sekiranya sosialiasi ini tidak berlaku,maka individu akan berhadapan dengan ciri-ciri yang bolehmerosakkan peraturan-peraturan dalam masyarakat sendiri. Apabila kesedaran ini berlaku, maka individu dianggapkanbilazim.

© othmanmohamed 1997 

Kata Kunci:    

      pembawaan manusia      naluri kehaiwanan      nafsu swadiri

TOPIK 3:  PERKEMBANGAN PERSONALITI     Tenaga psike.  Kefahaman tentang psikoanalisismemerlukan penilitian aspek tenaga psike yang meliputikonsep (1) Penentuan Psike dan (2) Tahap Bawah Sedar.

     Penentuan Psike.  Konsep ini bermaksud bahawa semuatingkahlaku dan reaksi emosi manusia itu mempunyai sebabyang tertentu.  Pada lazimnya berkait rapat antarahubungan sesama insan.  Dalam ertikata lain, adaperkaitan antara tahap sedar dengan tahap tidak sedar,antara pemikiran yang rasional dengan tindakan ataugerakkan emosi yang sertamerta.

     Fahaman tenaga psike di dalam individu bermaksuddesakan yang berasaskan kepada konsep LIBIDO.  Konsep

Page 4: TEORI PSIKOANALISIS

libido in lebih menyerupakan suatu desakan seksualsebagai tenaga hidup atau EROS (tenaga kehidupan).  Dalampengertian yang lebih luas, libido merupakan desakantenaga seksual kejantinaan yang luas dan tidak tertunpuhanya kepada maksud seks yang sempit, tetapi termasuksegala aspek kepuasan swadiri.  Desakan yang kedua dalamtenaga psike adalah desakan aggresi atau THANATOS(kehendak mati).

     Desakan-desakan ini merupakan desakan naluri yangsemulajadi semenjak seseorang itu dilahirkan.  Penentuanpsike ini berkait dengan kenyataan yang dikatakan awaltadi bahawa manusia sebagai individu tidak dapat membawaarah kepada nasib haluannya.  Naluri desakan biologikalitu lebih kuat mempengaruhi tingkahlaku manusia.  Dalamkaunseling mengikut fahaman psikoanalisis, proses yangmustahak adalah bagi memberi fokus kepada konflik yangbelum selesai yang berasal dari pengalaman semasa kecil. Dalam fahaman psikoanalisis, bagi mengubah haluan proseskaunseling, kaunselor perlu mengkaji latar belakang dansejarah pengalaman kliennya.

© othmanmohamed 1997

Kata Kunci:

     Penentuan psike     libido     eros     thanatos

SOALAN UJI SENDIRI:

     1.  Hurai maksud tenaga dalam fahaman psikoanalisis.

TOPIK 4:  TAHAP KESEDARAN

     Konsep ini adalah penting dalam teori psikoanalisis,selain dari Penentuan Psike.  Dalam pemikiran manusia,keadaan sedar merupakan satu tahapyang paling rendah darisegi keutamaan tahap kesedaran.  Psikoanalisis menyatakanbahawa ada tiga tahap kesedaran:

     (1)  SEDAR (Concious)     (2)  PRASEDAR (Preconcious)

Page 5: TEORI PSIKOANALISIS

     (3)  BAWAH SEDAR (Unconcious)

     Tahap atau peringkat kesedaran ini penting dalamkerja-kerja kaunseling psikoanalisis.  Tahap sedartergolong segala aspek tingkahlaku, tindakan, perasaanyang mana disedari oleh individu.  Rasa sepi, suka,menulis tugasan, berlari, makan, minum dan sebagainya.

     Tahap Prasedar tergolong dari keadaan pemikiran yangberkaitan dengan perasaan, pemikiran kita yang bolehdipanggil secara swadiri supaya dapat dirasaikenyataannya dalam keadaan sedar.  Sungguh pun padaasalnya perasaan, pemikiran itu tidak merupakansebahagaian dari tahap sedar tadi.  Contoh, Pada masatertentu, kita akan rasa lapar--boleh dipanggil secaraswadiri dan tindakan selanjutnya adalah kehendak untukmakan.  Contoh yang lain, panas, sejuk dapat difikirkankekuatannya.  Tahap panas, sejuk mempunyai tahap tertentubagi diri seorang mengikut pengalaman masing-masing.

     Tahap Bawah Sedar merupakan peringkat yang palingpenting dalam proses psikoanalisis.  Peringkat bawahsedar inilah yang memainkan peranan dalam pembentukkantingkahlaku seseorang itu selain dari desakan naluri yangsemulajadi seperti tenaga psike.

     Tahap bawah sedar ini merupakan pemikiran perasaanyang mana seorang tidak dapat mengeluarkannya secaraswadiri.  Oleh yang demikian, peralihan dari tahap bawahsedar kepada tahap sedar akan memerlukan bantuan daripadakaunselor.

     Pada biasanya perasan pemikiran bawah sedar inimelalui proses repressi yang di sekat dari kenyataan. Keadaan ini berlaku oleh kerana individu itu biasanyaberanggapan atau pun individu tidak dapat menerimanyasendiri, atau ia mempunyai satu persepsi bahawamasyarakat juga tidak dapat menerimanya.

     Dalam psikoanalisis, bahan bahan yang dimaksudkandalam bawah sedar ini meliputi kata-kata tersasul; mimpi;fantasi atau khayalan seseorang individu.  Kesemua inimerupakan satu manifestasi kepada galakan yang tersiratdi dalam tahap bawah sedar individu.  Penekanan terhadaptahap bawah sedar inilah yang membezakan antara lainnyadi antara kaunseling psikoanalisis dengan teori lain yangbaru yang lebih menumpukan kepada tingkah laku semasayang dapat dicerap.

     Antara fungsi kaunselor dalam proses kaunseling

Page 6: TEORI PSIKOANALISIS

secara psikoanalisis adalah untuk bertindak kepada tahapkesedaran kliennya.  Di sini kaunselor dikehendakimenarik perhatian klien dan memberi kesedaran kepadapemikiran bawah sedarnya yang telah disekat darikenyataan secara mekanisma bela diri REPRESSI.  Secararepressi, individu itu telah dapat menunjukkankenyataannya dalam bentuk tingkahlaku yang 'tak sesuai'tetapi kaunselor juga dikehendaki membantu kliennyabekerja keras bersama sama bagi cuba menyelesaikankonflik yang belum dapat dibereskan.

     Caranya: (1) Pendedahan              (2) Meneroka              (3) Pentafsiran

     Selain daripada penekanan kepada tahap bawah sedar,kaunseling secara psikoanalisis juga tertumpu kepadakaedah penerokaan dan pendedahan.  Apa yang dimaksudkandi sini ialah kaunselor itu akan membantu kliennya denganmendedahkan sebab sebenar masalah yang dihadapinya.  Pada

biasanya, percubaan untuk mendedahkan sebab asas masalahini akan melalui dengan penuh rintangan kerana wujudnyamekanisma bela diri klien.  Klien akan sedaya upayamenghalang sebab masalahnya itu didedahkan.

     Melalui pentafsiran seseorang kaunselor dapatbersemuka dengan makna yang sebenarnya disebalik huraiankomunikasi yang dibuat oleh klien.  Pentafsiran merupakanelemen terapi yang kuat dalam pendekatan psikoanalisis. Oleh kerana pentafsiran dapat membantu klien memahamiapakah yang beliau sedang mengalami desebalik tahap bawahsedarnya dan juga bagaimana beliau telah memesongkanpersepsinya terhadap acara semasa.  Apa yang telahdiperkatakan tadi merupakan konsep disebalik kaedahpendekatan psikoanalisis.  Konsep yang kaitannya dengantahap kesedaran itu sangat rapat. 

© othmanmohamed 1997

Kata Kunci:

    sedar    prasedar    bawahsedar

SOALAN UJI SENDIRI

Page 7: TEORI PSIKOANALISIS

     1.  Apakah yang dimaksudkan dengan bawahsedar?

TOPIK 5:  PERSONALITI MANUSIA MENGIKUT PSIKOANALISIS

    Selain dari penghuraian tentang konsep kesedaran inidan kesannya terhadap perkembangan personaliti,psikoanalisis juga telah membahagikan personaliti manusiaitu kepada tiga struktur:

     (1) ID     (2) EGO     (3) SUPER EGO

     Id

     Id diandaikan semua gejala yang neutral dalampemikiran seorang individu.  Dalam pandanganpsikoanalisis, ciri id seseorang itu sudah wujud semasaianya dilahirkan.  Id dianggap sebagai satu elemenstruktur yang semulajadi, satu elemen yang diwarisi, satuelemen yang sedia ada dalam diri manusia.  Id merupakansatu gejala bawah sedar.  Id merupakan satu tenaga yangprimitif.  Id tidak teratur, tidak rasional dan penuhdengan orientasi berkehendakkan kepuasan.  Id merupakansumber LIBIDO.  Tujuan utama id adalah bagi mendapatkankepuasan swadiri secara mendadak (immediategratification).  Itulah sebabnya id tidak mempunyaipenyatuan dari segi maksud tidak teratur dan tidakbermoral.  Sebagai satu daya tenaga yang begitu primitif,id merupakan penggerak psikologikal yang tidak payahdipelajari.

     Ego.  Ego berbeza dengan id.  Ego tidak wujud semasakelahiran.  Sebaliknya, ego berkembang secaraberperingkat.  Sebagai elemen pada tahap sedar, ego penuhdengan persepsi, inginkan kemajuan dan boleh menyesuaikanfungsinya mengikut keadaan.  Perkembangan ego adalahmelalui hubungan secara sosial dan identifikasinya denganorang lain, objek di dalam alam sekelilingnya.  Sebagaialat memperkukuhkan swadiri pada tahap sedar, egomemainkan satu fungsi yang penting dalam strukturtingkahlaku dan personaliti individu.

     Identifikasi.  Sebagai satu konsep terapan yangdisedari, identifikasi memainkan peranan yang penting

Page 8: TEORI PSIKOANALISIS

semasa mengubahkan haluan tenaga psike daripada id kepadaego.  Antara fungsi ego adalah ego dapat bertindakterhadap acara yang mendatangkan kecemasan, biasanyakonflik atau pertentangan antara id dengan super ego. Ego mempunyai dua cara untuk bertindak dalam keadaankecemasaan.

     (1)  Ego boleh menggunakan asas pengalaman sertakebolehan tenaga pemikiran yang nyata atau yang sebenar. Seterusnya, ego boleh bertindak terhadap tingkahlakupenyelesaian masalah berasaskan pengalaman dansosialisasi.

     (2)  Ego boleh menggunakan kaedah menentang,menolak, tipu-helah dengan memesongkan keadaan sebenaratau kebenaran.  Apabila kaedah ini bergerak danmengambilalih tingkahlaku, keadan ini ternyata sebagaimekanisma beladiri ego.  Antara mekanisma beladiri adalahpendaman, rosotan, sublimasi.

     SUPER EGO.  Super ego merupakan struktur yang ketigadalam pemikiran tingkahlaku psikoanalisis.  Super egolebih menyerupai hati nurani atau 'conscience' seseorangindividu.  Super ego merupakan akar tunjang dari aspekpeneguhan moral yang baik.  Moral yang dipelajari,dikenal pasti daripada ibu dan bapa, mahupun masyarakat. Moral yang demikian dipelajari hasil daripada asuhansemasa seorang individu itu masih kecil peringkat umurnyadan berkembang dengan penerapan moral sebagai sebatidengan hati nuraninya.

     Super ego mengawal ego dan id.  Super ego bertindakseakan-akan seperti ibu bapa seorang individu, salingmengingatkan keadaan, suasana, peristiwa, persepsi,pemikiran, emosi, perasaan, sikap, tingkah laku. Disebalik super ego sentiasa wujud imej pengawalan. Sebagai contoh, lazimnya di kalangan orang Melayu,apabila hendak keluar dari rumah, secara otomatisterlintas bagi memakai kasut.  Keadaan menanggalkan kasutsebelum memasuk ke dalam rumah kediaman juga menjadikelaziman adat orang Melayu.

© othmanmohamed 1997

Kata Kunci:

     Id     Ego     Superego

Page 9: TEORI PSIKOANALISIS

SOALAN UJI SENDIRI

     1.  Bezakan antara id, ego dan superego.

     2.  Huraikan konsep penentuan psike dalam                   kaunseling psikoanalisis.     3.  Huraikan istilah bawah sedar dalam                      psikoanalisis.

____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

MODUL 4

TEORI PSIKOANALISIS:  BAHAGIAN 2 

copyright © othmanmohamed 1997 (Professor Madya Dr. Othman Dato' Haji Mohamed)

TOPIK 6:  PERKEMBANGAN PERSONALITI

     Terdapat lima peringkat perkembangan personalitimengikut teori psikoanalisis.  Peringkat tersebut adalahseperti berikut:

     1.  Peringkat oral.  Kepuasan yang mula dirasai olehseorang bayi adalah keseronokan yang dikecapi di mulut. Peringkat ini bermula semenjak dilahirkan.  Hampir semuaobjek dibawa ke mulut oleh seorang bayi.  Mengikutfahaman psikoanalisis, keadaan ini menyebabkan keadaanlekatan sebagai mekanisma bela diri semasa dewasa yangboleh membawa kepada trait yang passif, optimis dan inginmengetahui.

     2.  Peringkat anal.  Pada tahun kedua, kanak-kanakmula berkembang dan berupaya mengasingkan fungsipembuangan najis dari kehendak nalurinya yang semulajadi.  Pada peringkat ini, kanak-kanak dilatih cara yangsesuai bagi melaksanakan kehendak pembuangan najisnya. 

Page 10: TEORI PSIKOANALISIS

Pelaksana psikoanalisis berpendapat bahawa latihan yangdilalui akan mempengaruhi sasiahnya apabila meningkatdewasa.

     3.  Peringkat falik.  Mengikut pendapatpsikoanalisis, pada peringkat ini, kanak-kanak mulaberseronok dengan organ jantinanya.  Peringkat ini jugamerupakan permulaan berkembangnya kompleks oedipus dankompleks elektra.  Kompleks oedipus berlaku pada kanak-kanak lelaki apabila tanpa disedari ianya tertarik kepadaibunya.  Kartasis penarikan ini juga berlaku terhadapkanak-kanak perempuan kepada bapanya, sealiran dengankompleks elektra.  Rasa tidak puas terhadap sama ada ibuoleh kanak-kanak perempuan dan terhadap bapa oleh kanak-kanak lelaki menyebabkan kanak-kanak mengikut sertamendapatkan perhatian kepada ibu atau bapanya.  Peringkatpaling kritikal ini akan menentukan kepesatan seksualyang berkembang dalam diri seorang individu.

     4.  Peringkat pendaman.  Pada umur lima hingga duabelas tahun, kehendak seksual terpendam.  Maka bermulalahgejala penyekatan seksual dalam diri individu.  Walaubagaimanapun, peringkat ini juga penuh dengan suasanamenguatkan sifat serta ciri kelakian atau pun kewanitaan. Peringkat ini juga penuh dengan keupayaan berkawan sesamarakan sama ada dari jantina lelaki atau pun wanita.

     5.  Peringkat genital.  Sebaik sahaja kanak-kanakmenghampiri akhir baligh, kehendak seksual diganti denganstruktur ego yang mengambil alih semula perkembangandiri.  Pada masa ini, objek yang jitu dari segiperkembangan diri menjadi lumrah dengan kematangan yangberfungsi.  Ego yang terbentuk dijaga dan dikembangkansecara pengalaman yang baru serta bermakna bagi diriindividu.  Individu mula dengan peranan sosialisasi,perlaksanaan aktiviti berkelompok, mula dengan penarikaninteraksi seksual dan persedian perkahwinan, berkeluarga dan penetapan vokasional.  Zaman kanak-kanak ditinggalkandan bermula dengan peringkat kedewasaan.

© othmanmohamed 1997

Kata Kunci:

     Peringkat oral     Peringkat anal     Peringkat falik     Peringkat pendaman     Peringkat genital

Page 11: TEORI PSIKOANALISIS

Topik 7:  MEKANISME BELA DIRI

     Mekanisme bela diri berlaku bagi menjaga pembentukanego yang sedia ada dalam pengalaman seorang individu. Mekanisme bela diri berpandukan kepada pengalaman yangtersirat pada peringkat bawah sedar dalam struktur ego. Seorang individu belajar hasil dari pengalamannya tentangsegala contoh dan kegiatan berkaitan naluri diri bagimemuaskan kehendaknya.  Apabila fungsi ego yang sedia adatidak dapat menyesuaikan dengan keadaan sekeliling,seorang individu akan secara tanpa sedar menggunakanmekanisme bela diri bagi menagani keadaan yang dihadapi.Antara mekanisme bela diri yang digunakan adalah sepertiberikut:

     Pendaman.  Pendaman merupakan mekanisme bela diriyang asas dalam struktur personaliti seorang individu. Pendaman merupakan pengenepian desakan sebagai perwakilanidea daripada tahap sedar.  Perkara ini berlaku apabilaada desakan yang menyebabkan kepincangan yang tidaksangup ditangani.  Kesannya mengakibatkan berlakukeresahan sekiranya timbul pada tahap sedar.  Ciripendaman yang berterusan akan memakan diri di sampingpengaliran tenaga ego bagi tujuan membela diri.

     Keresahan.  Keresahan merupakan perasaan ketakutandalaman.  Keresahan berasas dari ingatan serta pengalamanlampau yang pahit dan menyakitkan diri.  Biasanyakeresahan dikaitkan dengan penderaan.  Desakan ini seringdiingati dan akan menimbulkan desakan dalaman yangmenakutkan.

     Rosotan.  Satu proses dimana seorang individu dalamkeadaan yang tertekan akan mengguna gerak balas yangbiasa dilakukan pada peringkat awal perkembanganpersonalitinya.  Rosotan berlaku bagi mendapatkankepuasan yang sedia ada dalam tahap bawah sedarnya. 

Contohnya, seorang kanak-kanak yang baru sahaja dapatseorang adik akan merosot tingkah lakunya, seperti tidakmembuang air dengan teratur tanpa mengingat latihan yangsudah dilalui.  Dalam keadaan ini, kanak-kanak tersebutrasa terancam dengan kedudukannya yang selamat dalamstruktur kekeluargaan.

Page 12: TEORI PSIKOANALISIS

     Pembentukan reaksi.  Proses ini merupakan satuperkembangan sikap yang bertentangan dengan perkara yangtelah dipendam.  Keadaan ini berasaskan kepada prinsipbertentangan polariti.  Contohnya, desakan melakukankegiatan `mengotorkan' bertentangan dengan desakankegiatan `bersih' yang ada dalam pendaman. 

     Unjuran.  Suatu keadaan dimana seorang individumelepaskan sikap diri sendiri ke arah orang lain. Keadaan ini berlaku apabila ego tidak lagi dapat memendambahan yang tidak digemarinya.  Contohnya, perasaan marahterhadap sesuatu kegiatan.

     Introjeksi.  Suatu keadaan dimana seorang individumenghimpun dalam dirinya semua sikap afektif dan bukanafektif berkaitan dengan objek atau orang luaran. Mekanisme ini penting sebagai asas kepada prosespengenalpastian dalam peranan superego.

     Pengenalpastian.  Pengenalpastian merupakan satuproses dimana seorang individu menggabungkan sikap oranglain ke dalam dirinya.  Dalam keadaan demikian, segalatenaga id dialirkan ke arah proses pembentukkan ego. Contohnya, seorang kanak-kanak rujuk tingkah laku denganmengenalpasti kepada ibu bapanya.  Dengan cara menyerapsegala ego ideal ibu bapa tersebut sebagai idealnya.  Disini terbentuk tenaga superego bagi diri kanak-kanaktersebut.

     Pindahgantian.  Keadaan ini merupakan satu prosesmengalirkan tenaga psike dari sumber atau objek yangtidak dapat diakses kepada satu objek lain.  Keadaan inakan mendatangkan satu bentuk kartasis atau kelegaandalam diri.  Pada biasanya sikap serta perasaan yang asaltetap akan terserap, hanya emosi yang baru digantikan kearah objek yang lain.  Contohnya, kemarahan terhadapseorang diganti dengan satu kegiatan yang kasar tetapimembena seperti membelah kayu api atau mencangkul membuatbatas tanaman sayur.

     Sublimasi.  Satu bentuk pindahgantian yang berunsurseksual, apabila desakan seksual dialihkan ke arahtindakan yang berbentuk sosial dan mernunafaat sertakreatif.  Contohnya, menyani, melukis, drama dan semuakegiatan kreatif dan kesenian.  Sekiranya pindahgantianberunsurkan desakan yang ganas maka sublimasi berbentukkegiatan yang ganas akan mengambil alih seperti sukanberbentuk lasak.

© othmanmohamed 1997

Page 13: TEORI PSIKOANALISIS

Kata Kunci:

     mekanisme bela diri     pendaman     keresahan     rosotan     pembentukan reaksi     unjuran     introjeksi     pengenalpastian     pindahgantian     sublimasi

TOPIK 8:  KAUNSELING MENGIKUT PENDEKATAN PSIKOANALISIS

     Rasional bagi perubahan.  Struktur personaliti yangdikemukakan oleh Freud sangat penting difahami bagiseorang kaunselor yang ingin melaksanakan rawatan sejajardengan pendekatan psikoanalisis.  Kefahaman tentangperanan id, ego dan superego dalam diri seorang insanakan dapat menentukan tahap kecelaruan yang sedangdialami oleh klien.  Kaunseling pendekatan Psikoanalisismenumpukan kepada analisis tentang perimbangan antara id,ego dan superego yang berlaku dalam diri seorang insan. Mengikut fahaman psikoanalisis, seorang individu ituberada dalam kecelaruan mental kerana tidak berlakunyaperimbangan id, ego dan superego dalam dirinya.

     Proses kaunseling.  Proses kaunseling secarapendekatan psikoanalisis melibatkan interaksi antarakaunselor dengan kliennya.  Interaksi secara bersemukaadalah perlu dan digalakkan bagi menjaga kepentinganproses hormat menghormati antara kaunselor dengankliennya.  Proses kaunseling juga melibatkan perbualanyang ikhlas antara kaunselor dengan klien.

     Dalam pendekatan psikoanalisis, kaunselor akanmenerima kliennya secara ikhlas dan tanpa bersyarat. Penerimaan tanpa bersyarat atau keredhaan penerimaan inimemang penting dalam iklim kaunseling.  Walaupun dalamproses kaunseling psikoanalisis yang traditional, kliendigalakkan baring di atas kerusi kauch, praktis ini sudahkurang diamalkan.  Memadailah klien boleh duduk denganselesa di atas kerusi yang berdekatan dengan kaunselordalam interaksi kaunseling.

Page 14: TEORI PSIKOANALISIS

     Dalam proses kaunseling psikoanalisis, rintanganperbualan dan berinteraksi merupakan perkara pokok yangdiguna oleh kaunselor bagi mendapatkan maklumat tentangtahap bawah sedar klien.  Bagi kaunselor, kefahaman dankeupayaannya membuat analisis tentang struktur tahapbawah sedar klien merupakan punca permulaan bagi merawatklien tersebut.     Desakan id biasanya merupakan punca kegelisahan danpenyebab kecelaruan dalam perimbangan strukturpersonaliti klien.  Di samping itu, rintangan danmekanisme bela diri seorang individu juga akanmeningkatkan kerumitan yang dialami oleh klien. 

Sehubungan ini, desakan id dan rintangan yang berpuncadaripada mekanisme beladiri ego seorang klien bolehmempengaruhi pemikiran dan emosi klien.  

     Dalam proses psikoanalisis, kaunselorbertanggungjawab bagi membantu klien menimbulkan ke tahapkesedaran segala hal yang terpendam dalam tahap bawahsedar kliennya.  Proses pemangkin ini akan hanya dapatdijelmakan melalui teknik yang spesifik dalam kaunselingpsikoanalisis.  

© othmanmohamed 1997

Kata Kunci:

     perimbangan struktur     interaksi kaunseling     mekanisme bela diri