teori peralihan demografi
TRANSCRIPT
1.0 Pengenalan.
Teori peralihan demografi telah diperkenalkan pada 1929 oleh Warren Thompson
sebelum dikembangkan oleh Frank Notestein pada tahun 1945, seorang ahli demografi
Amerika untuk menunjukkan bahawa pola khas angka kematian dan tingkat kelahiran yang
jatuh adalah disebabkan perubahan dalam hidup yang lebih baik dalam sesebuah negara dan
biasanya dikaitkan dengan pembangunan ekonomi (William P. & Mary Ann Chunningam,
2006).
Terdapat empat peringkat dalam teori peralihan demografi. Ramai ahli demografi
seperti Burgdorfer, Blaker, Simon serta Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
memberikan pandangan yang berbeza-beza tentang tahap-tahap pertumbuhan penduduk
seperti yang dikatakan dalam teori peralihan demografi ini. Kita dapat melihat tahap-tahap
pertumbuhan penduduk seperti rajah di bawah.
Rajah 1: Model peralihan Demografi
Sumber:
http://geographyfieldwork.com/DemographicTransition.htm
1
Perubahan dalam setiap peringkat peralihan demografi adalah disebabkan oleh
perubahan kadar kematian dan kelahiran penduduk. Penurunan dalam kadar kelahiran
biasanya disebabkan oleh penurunan kadar kesuburan wanita yang dipengaruhi oleh
pendidikan dan kerjaya. Contohnya, seseorang wanita yang berkerjaya akan lebih
mengutamakan pekerjaan berbanding perkahwinan dan seterusnya menyebabkan
kemungkinan untuk mendapatkan anak yang ramai kurang. Manakala, penurunan dalam
kadar kematian pula adalah disebabkan oleh peningkatan dalam taraf hidup, pendidikan dan
kesihatan yang menyebabkan penduduk mempunyai umur yang lebih panjang (P.K Jauhri,
2006).
2.0 Konsep dan definisi.
Terdapat banyak konsep dan definisi telah diberikan oleh para ilmuan mengenai
konsep dan definisi peralihan demografi ini. Menurut Michael Bradshaw (2002), demografi
merupakan kajian mengenai populasi manusia yang dikaji dari segi aspek jumlah, taburan,
pertumbuhan dan penurunan jumlah serta pergerakan manusia dari satu tempat ke tempat yang
lain. Manakala, peralihan demografi pula merujuk kepada proses di mana jumlah penduduk di
negara miskin berubah daripada jumlah kelahiran dan kematian yang tinggi mendahului angka
kematian dan kelahiran yang rendah di negara-negara yang kaya ketika peningkatan jumlah
penduduk berlaku dengan cepat.
H.J. de Blij dan Alexander B. Murphy (2003) pula mendefinisikan peralihan
demografi sebagai model multistage yang diilhamkan daripada Revolusi Perindustrian yang
pesat di Barat. Kadar kelahiran dan kematian yang tinggi diikuti dengan kadar kematian yang
jatuh secara mendadak menghasilkan keuntungan bersih penduduk yang besar, hal ini diikuti
oleh konvergensi kadar kelahiran dan kadar kematian pada tahap yang rendah secara
keseluruhan.
2
Peralihan demografi juga dapat didefinisikan sebagai model pertukaran ekonomi dan
budaya yang menjelaskan penurunan kadar kelahiran dan kematian yang berlaku di negara-
negara barat kerana negara mereka menjadi negara-negara industri. Teori peralihan demografi
juga menjelaskan penurunan kadar kelahiran dan kematian secara semulajadi dengan
penurunan kadar kematian serta pengurangan jumlah keluarga yang besar kerana ibu bapa lebih
memilih kualiti daripada kuantiti anak-anak mereka ( Jay Withgott & Scott Brennan, 2007).
3.0 Idea-idea utama teori peralihan demografi.
Menurut P.K Jauhri (2006), setiap negara mempunyai perbezaan dalam peringkat
peralihan demografi. Hal ini adalah disebabkan oleh perbezaan budaya dan adat resam antara
satu wilayah dengan wilayah yang lain selain disebabkan oleh faktor pertumbuhan ekonomi
yang berbeza. Keempat-empat peringkat dalam model peralihan demografi mempunyai
perbezaan dan bergantung kepada negara yang mewakili setiap peringkat tersebut, seperti:
Rajah 2: Piramid penduduk setiap peringkat dalam peralihan demografi.
Sumber: http://www.wikinomics.com
3
3.1 Peringkat pertama
Pada peringkat ini, kadar kelahiran semulajadi adalah rendah disebabkan oleh
kadar kelahiran dan kematian yang tinggi. Antara faktor-faktor yang menyebabkan
perkara ini berlaku adalah seperti kekurangan perancangan keluarga yang mana bagi
golongan petani, memiliki keluarga yang besar dikatakan amat penting bagi
membantu ibu bapa apabila anak-anak besar kelak. Tahap dan taraf kesihatan yang
rendah menyebabkan kadar kematian yang tinggi. Selain itu, bekalan makanan juga
kurang mencukupi dan pengangguran dalam kalangan penduduk juga berleluasa ( Jay
Withgott & Scott Brennan, 2007).
Menurut Bradshaw (2002) pula, kesemua negara berada pada peringkat ini
sehingga pada tahun 1800-an, ketika negara-negara Barat sedang beralih kepada
peringkat keempat dan perbandaran berada pada peringkat permulaan. Sistem
ekonomi pada masa ini juga bergantung kepada sektor pertanian dan sektor primer
yang lain. Pada masa ini juga, kanak-kanak turut menjadi pekerja tambahan untuk
menampung keperluan hidup keluarga. Penduduk dalam tahap pra-industri juga tidak
akan mengalami banyak pertumbuhan, yang menjelaskan punca populasi manusia
relatif stabil ketika masa Neolitik sehingga revolusi industri.
3.2 Peringkat kedua.
Menurut John C. Caldwell & Bruce Caldwell (2006), kadar kelahiran yang
tinggi dan kadar kematian yang rendah pada peringkat ini menyebabkan
perkembangan penduduk secara semulajadi bermula. Perancangan keluarga yang
kurang menyebabkan kadar kelahiran adalah tinggi ( melebihi 30 orang per 1000
orang) manakala kemajuan dalam bidang perubatan dan bekalan makanan yang
mencukupi menyebabkan kadar kematian berkurangan dan hal ini menyebabkan
4
kadar pertumbuhan semulajadi meningkat. Kadar kelahiran juga mula jatuh tetapi
belum mempunyai kadar kejatuhan yang sama dengan kedar kematian.
Selain daripada itu, pada peringkat ini proses perbandaran dan perindustrian
juga baru bermula di samping pembaharuan dan penerapan teknologi mula
diperkenalkan walaupun pada peringkat ini sektor ekonomi masih bergantung kepada
sektor tradisional. Kesemua negara-negara ketiga berada dalam peringkat ini,
misalnya Myanmar, Kemboja, Pakistan dan India.
3.3 Peringkat ketiga.
Peringkat ini biasanya merujuk kepada negara-negara yang sedang berusaha
memajukan sektor perindustrianya seperti Thailand, Fillipina dan juga negara kita
sendiri, Malaysia. Pertumbuhan semulajadi penduduk pada peringkat ini berlaku
dengan pesat melalui penurunan kadar kelahiran dan kematian yang tinggi. Penduduk
mula mengamalkan perancangan keluarga yang meyebabkan saiz keluarga menjadi
semakin kecil. Selain itu, taraf kesihatan dan bekalan makanan yang mencukupi
meyebabkan kadar kematian jatuh, manakala kemudahan dan penjagaan kesihatan
menyebabkan penduduk mempunyai jangka hayat yang lebih panjang.
Selain itu, penggunaan mesin juga telah menggantikan manusia dalam sektor
ekonomi dan status kaum wanita juga mula berubah pada peringkat ini yang melalui
perubahan yang baik dalam sistem pendidikan. Perbandaran, modenisasi dan
perindustrian juga menjadi semakin kompleks dan mengambil alih peranan sektor
tradisional (H.J. de Blij dan Alexander B. Murphy, 2003). Menurut Jay Withgott &
Scott Brennan (2007) pula, dari segi ekonomi, kanak-kanak juga dikatakan kurang
berharga kerana tidak dapat membantu keluarga dalam mencari keperluan makanan
seperti ketika pada peringkat pertama.
5
3.4 Peringkat keempat
Peringkat biasanya dikaitkan dengan negara-negara yang telah mencapai
negara maju seperti Amerika Syarikat, Jepun dan Sweden. Pada peringkat ini, negara-
negara yang terlibat mempunyai kadar kelahiran dan kematian yang rendah serta
mempunyai taraf hidup yang tinggi dan sosioekonomi yang tinggi seterusnya
menyumbang kepada penurunan kadar kelahiran dan menurunkan kadar kematian
melalui peningkatan kesihatan dan kemudahan perubatan (John C. Caldwell & Bruce
Caldwell, 2006).
Rajah di bawah menunjukkan perubahan demografi penduduk dalam salah
sebuah negara maju, iaitu Sweden. Dalam rajah di bawah, kadar kematian yang
diwakili oleh garisan merah menurun selari dengan kadar kelahiran yang diwakili
oleh garisan biru.
Rajah 3: Perubahan Demografi bagi Negara Sweden.
Sumber: www.wikipedia.com
6
Selain daripada itu, terdapat ahli demografi yang menyimpulkan bahawa
berbanding dengan negara yang sedang membangun, negara-negara maju berada pada
penghujung peralihan demografi dan nisbah tanggungan rendah yang mana ianya
berlaku apabila bilangan orang dewasa melebihi kanak-kanak. Piramid pertumbuhan
umur jantina pada peringkat ini juga berbentuk empat segi bujur yang biasanya
melambangkan taraf sesebuah negara melalui taburan penduduk mengikut peringkat
umur disesebuah negara.
4.0 Perubahan demografi penduduk Malaysia dan kaitannya dengan peralihan
demografi
Malaysia yang merupakan antara negara membangun yang merupakan salah sebuah
negara yang berada pada tahap ketiga dalam peralihan demografi. Berbanding dengan negara-
negara yang berada pada peringkat kedua, terdapat beberapa ciri-ciri penduduk yang
menggolongkan Malaysia dalam peringkat ketiga dalam peralihan demografi. Antaranya
adalah pertumbuhan penduduk semulajadi yang rendah, penumpuan ekonomi dalam sektor
perindustrian, dan juga peningkatan taraf sosioekonomi yang lebih baik.
4.1 Pertumbuhan semulajadi penduduk yang rendah
Peningkatan penduduk melalui proses pertambahan semulajadi ini adalah
berkait rapat dengan peningkatan dalam kualiti kehidupan penduduk. Misalnya,
ekoran dari pembangunan pesat ekonomi dan sosial negara telah memberi kesan ke
atas kadar fertiliti dan mortaliti penduduk di negara ini. Kadar penurunan fertiliti yang
menurun adalah disebabkan oleh penglibatan wanita dalam pelbagai karier pekerjaan
yang menyebabkan wanita akan lebih mementingkan kerjaya berbanding dengan
perkahwinan. Penurunan mortaliti pula disebabkan oleh peningkatan taraf dan
7
penjagaan kesihatan dalam kalangan penduduk ( Syed Abdul Razak dan Mustafa
Omar, 2008)
Rajah 4: Taburan Penduduk Malaysia Mengikut Kumpulan Umur
Pada Tahun 2006-2010
Sumber: www.statistics.gov.my
4.2 Tumpuan ekonomi dalam sektor perindustrian
Pembangunan pesat ekonomi dan sosial negara telah memberi kesan ke atas
kadar fertiliti dan mortaliti penduduk di negara ini. Pada masa kini, sektor
perindustrian mula mendominasi ekonomi dan menggantikan sektor pertanian yang
meletakkan Malaysia sebagai negara membangun dan berada pada peringkat ketiga
dalam peralihan demografi. Hal ini berbeza dengan ekonomi Malaysia selepas
mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 yang bergantung kepada sektor pertanian
atau primer. Hal ini menyebabkan peratus penduduk yang berkerja selain dalam
sektor pertanian amat rendah dan kadar pengangguran masih tinggi dalam tempoh
tersebut.
8
Ketika berada dalam era sektor pertanian, kadar fertiliti yang tinggi adalah
disebabkan oleh kurangnya perancangan keluarga dan pendidikan yang rendah dalam
kalangan wanita. Kekurangan perancangan keluarga menyebabkan kebanyakkan saiz
keluarga yang besar dan kekurangan pendidikan dalam kalangan wanita menyebabkan
banyak wanita berkahwin pada usia yang muda dan seterusnya menyumbangkepada
peningkatan kadar fertiliti penduduk dan hal ini berbeza dengan wanita yang berada
pada era perindustrian di negara kita.
4.3 Pembangunan dan taraf sosioekonomi yang tinggi.
Menurut Syed Abdul Razak dan Mustafa Omar, (2008), pembangunan dan
peningkatan dalam taraf sosioekonomi turut menyumbang kepada perubahan
demografi di negara kita. Pembangunan yang dipengaruhi oleh kadar ekonomi negara
akan menyediakan pelbagai jenis pekerjaan dan mampu memberikan peluang kepada
rakyat untuk memperbaiki taraf hidup. Peningkatan dalam taraf hidup akan
menjadikan rakyat lebih berpeluang untuk mendapatkan keperluan hidup yang
pelbagai seperti pendidikan, kesihatan dan juga perkhidmatan yang lain.
Rajah 5: Jumlah Penduduk Yang Mendapat Pendidikan Formal Bagi Semenanjung
Malaysia,Sabah dan Sarawak, 1981-2005
Wilayah1981 1990 2000 2005
L P L P L P L P
M’sia 1,618,400 1,520,699 1,798,390 1,749,757 2,480,611 2,441,866 2,697,925 2,657,234
S’jung 1,345,769 1,280,159 1,445,446 1,413,925 2,017,249 1,990,212 2,203,772 2,169,098
Sabah 112,132 97,485 176,619 165,887 236,465 229,553 243,983 240,942
S’wak 160,499 143,055 176,325 169,945 226,897 222,101 250,170 247,194
Sumber: Buletin Perangkaan Sosial 2005 ,Jabatan Perangkaan Malaysia
9
5.0 Kesimpulan
10
Faktor-faktor populasi perlu diambil kira dalam perancangan pembangunan dalam
mencapai status negara maju menjelang tahun 2020.
Bibliografi
11
Jauhri P.K, (2005). Encyclopaedia of Resource Geography. New Delhi: Anmol Publication
Pvt. Ltd.
John C. Caldwell & Bruce Caldwell, (2006). Demographic transition theory: Netherlands.
Springer
Michael Bradshaw, (2002).World Regional Geography: Updated 2nd Ed: New York.
McGraw Hill
H.J de Blij & Alexander B. Murphy, 2003. Human Geography: Culture, society and space:
7th Ed: New York. John Wiley & Sons,Inc.
William P. Chunningham & Mary Ann Chunningham, ( 2006). Principles of environmental
science inquiry & application: 3rd Edition. McGraw Hill.
Syed Abdul Razak dan Mustafa Omar, (2008). Pengalaman Perubahan Keluarga dan Tingkat
Fertiliti di Malaysia: Satu Analisis Dari Aspek Demografi. Diperoleh pada 27 Ogos
2010 daripada http://portalfsss.um.edu.my
Demographic Transition Theory, diperoleh pada 25 Ogos 2010 daripada www.wikipedia.com
Penduduk, diperoleh pada 29 Ogos 2010 daripada http://www.statistics.gov.my
12