teori laura chapman

3
2.0 Apakah kelebihan yang dapat dikenalpasti dalam kedua-dua pendekatan tersebut sehingga dikatakan merentas disiplin ilmu. 2.1 Kelebihan Pendekatan Laura Chapman Kelebihan dalam konteks ini membawa maksud yang merujuk kepada implikasi atau kesan positif yang terjadi berikutan penggunaan pendekatan Laura Chapman dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual Visual. Antara kelebihan adalah seperti berikut: 2.1.1 Aktiviti pengintegrasian mata pelajaran boleh dijalankan dalam P&P Pengintegrasian merangkumi penggabungjalinan kamahiran dan penyerapan ilmu pengetahuan. Melalui pendekatan ini, pengintegrasian dapat diwujudkan. Penggabungjalinan bermaksud sebagai proses mengintegrasikan pelbagai bidang kemahiran bagi mewujudkan suatu pelajaran yang integratif dan menyeluruh. Melalui strategi penggabungjalinan ini berbagai-bagai kemahiran dalam sesuatu pelajaran disampaikan secara harmoni dan bersepadu, sama ada dalam satu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran. Strategi Kelebihan Pendekatan Laura Chapman Aktiviti pengintegrasian mata pelajaran boleh dijalankan dalam P&P Penerapan nilai murni sentiasa berlaku Sesuai dengan sifat semulajadi kanak-kanak Dapat menimbulkan kejayaan dan kecemerlangan

Upload: ucu-tadu

Post on 01-Dec-2015

367 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: teori laura chapman

2.0 Apakah kelebihan yang dapat dikenalpasti dalam kedua-dua

pendekatan tersebut sehingga dikatakan merentas disiplin ilmu.

2.1 Kelebihan Pendekatan Laura Chapman

Kelebihan dalam konteks ini membawa maksud yang merujuk kepada

implikasi atau kesan positif yang terjadi berikutan penggunaan pendekatan

Laura Chapman dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual

Visual. Antara kelebihan adalah seperti berikut:

2.1.1 Aktiviti pengintegrasian mata pelajaran boleh dijalankan dalam

P&P

Pengintegrasian merangkumi penggabungjalinan kamahiran dan

penyerapan ilmu pengetahuan. Melalui pendekatan ini, pengintegrasian dapat

diwujudkan.

Penggabungjalinan bermaksud sebagai proses mengintegrasikan pelbagai

bidang kemahiran bagi mewujudkan suatu pelajaran yang integratif dan

menyeluruh. Melalui strategi penggabungjalinan ini berbagai-bagai kemahiran

dalam sesuatu pelajaran disampaikan secara harmoni dan bersepadu, sama

ada dalam satu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran. Strategi

Kelebihan Pendekatan

Laura Chapman

Aktiviti pengintegrasian mata pelajaran

boleh dijalankan dalam P&P

Penerapan nilai murni sentiasa

berlaku

Sesuai dengan sifat semulajadi

kanak-kanak

Dapat menimbulkan kejayaan dan

kecemerlangan

Page 2: teori laura chapman

penggabungjalinan kemahiran ini akan melahirkan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran yang menarik dan bermakna serta menimbulkan suasana

proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Penggunaan

pendekatan ini membolehkan pelajar berpeluang menguasai kemahiran

bertutur, kemahiran menulis dan kemahiran melukis dengan cara bersepadu.

Penyerapan ialah proses menyebati dan menyatupadukan pengetahuan

atau isi pengetahuan daripada suatu mata pelajaran lain ke dalam isi

pelajaran bagi sesuatu mata pelajaran yang diajar. Proses penyerapan lebih

kepada unsur pengetahuan. Penyerapan merupakan proses

mengintegrasikan unsur-unsur isi kandungan daripada dua atau lebih mata

pelajaran dalam sesuatu pelajaran. Contohnya, guru mengarahkan murid

membuat pemerhatian tentang seekor semut dan seterusnya membuat

penghasilannya. Hal ini melibatkan pengetahuan mata pelajaran sains murid

tentang stuktur badan dan sifat semut. Oleh itu, jelaslah kita dapat melihat

bahawa pendekatan Laura Chapman ini membolehkan pengintegrasian

berlaku.

2.1.2 Penerapan nilai murni sentiasa berlaku

Dalam pendekatan Laura Chapman, kebanyakan aktiviti pendidikan seni

tidak dapat mengelakkan murid-murid daripada terlibat dalam kegiatan yang

berunsur kerjasama misalnya aktiviti berkumpulan. Aktiviti yang dirancang

berdasarkan empat aspek pendekatan ini seperti aktiviti penerokaan, aktiviti

penghasilan dan aktiviti apresiasi, kebanyakannya dijalankan dalam

kumpulan. Hal ini kerana murid sekolah rendah suka meneroka sesuatu atau

membuat sesuatu kerja dalam satu kumpulan bersama-sama dengan

rakannya.

Aktiviti sebegini menuntut setiap individu bergerak dan berinteraksi secara

bekerjasama untuk mencapai kejayaan bersama. Dalam aktiviti-aktiviti

tersebut, murid-murid ini dikehendaki saling hormat-menghormati dan

bersikap toleransi agar pergaduhan serta perselisihan tidak berlaku. Justeru,

hal ini secara tidak langsung telah menerapkan nilai-nilai murni kepada

mereka.

Page 3: teori laura chapman

2.1.3 Sesuai dengan sifat semulajadi kanak-kanak

Bermain adalah tugas utama bagi kanak-kanak. Kanak-kanak mempunyai

sifat semulajadi seperti suka bermain, ingin tahu dan ingin mencuba.

Pendekatan Laura Chapman selaras dengan sifat semulajadi kanak-kanak ini.

Aktiviti penerokaan memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka

pelbagai sudut yang mereka lihat, dengar, sentuh, bergerak dan berfikir

dengan setiap aktiviti pembelajaran serta membuat percubaan dalam

mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan.

Sebagai contoh, aktiviti menerokai jalinan sentuh dan jalinan tampak yang

ada di sekeliling mereka dapat memberikan kanak-kanak keseronokkan dan

kegirangan di dalam bilik darjah. Hal ini kerana mereka diberi kebebasan

untuk bergerak. Berbanding dengan pendekatan yang lain, mereka

dikehendaki berduduk diam pada kerusinya sahaja dan setiap pergerakan

mereka adalah terhad. Oleh itu, pendekatan Laura Chapman ini adalah

sesuai dengan sifat semulajadi kanak-kanak.

2.1.4 Dapat menimbulkan kejayaan dan kecemerlangan

Dalam proses penghasilan dan apresiasi, pelajar dapat menikmati

perasaan kejayaan secara langsung. Kejayaan dan kecemerlangan adalah

sesuatu yang diharapkan oleh seseorang murid, sama ada dalam kalangan

mereka yang rajin atau malas, bijak atau lemah, bersemangat atau sebaliknya.

Apabila murid menghasilkan sesuatu hasil seni dengan bersungguh-

sungguh, mereka akan bangga dengan hasilan mereka walaupun ia kelihatan

biasa. Proses apresiasi membolehkan murid menyatakan perasaan serta

pendapat mereka. Ia juga merupakan satu proses hasilan murid dihargai dan

hal ini dapat menimbulkan kelayaan pada murid. Kejayaan dan

kecermerlangan ini secara langsung dapat meningkatkan keyakinan pelajar

serta memotivasikan mereka.

Oleh kerana pendekatan Laura Chapman ada proses apresiasi, maka ia

dapat menimbulkan kejayaan dan kecemerlangan murid.