laura chapman presentation

27
Laura H. Chapman By.. Group 4 [IP4A] * Chan Si Ying * * Chin Yeong Chyi * * Loo Rui Yi * * Teoh Kah Cheng * * Yu Ai Loon *

Upload: bebe-pinky

Post on 23-Jun-2015

3.657 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laura Chapman Presentation

Laura H. Chapman

By.. Group 4 [IP4A]

* Chan Si Ying ** Chin Yeong Chyi *

* Loo Rui Yi ** Teoh Kah Cheng *

* Yu Ai Loon *

Page 2: Laura Chapman Presentation

PengenalanLaura H. Chapman

berperanan sebagai pemimpin dalam bidang pendidikan seni sudah melebihi 40 tahun.

Buku, rencana, kajian dan ucapan beliau membincangkan tentang isu polisi, reka bentuk kurikulum, pengajaran metadologi dan penilaian.

Page 3: Laura Chapman Presentation

Laura H. Chapman di dalam bukunya bertajuk Approches in Art Education (1978) menjelaskan bahawa proses kreativiti mempunyai pertalian dan hubungan yang hampir sama dengan proses penghasilan karya ataupun dikenali sebagai proses artistik.

Proses artistik ini digunakan oleh penggiat seni dalam penghasilan karya.

Proses artistik yang dijelaskan oleh Chapman melibatkan 3 disiplin, iaitu: (a) tidak bersifat statik,(b) bersifat boleh ubah dan (c) berulang-ulang.

Menurut Chapman lagi, 3 disiplin ini tidak menjadi keutamaan asalkan objektif menghasilkan karya seni tercapai.

Page 4: Laura Chapman Presentation

Maka, guru-guru pendidikan seni visual perlu memahami bahawa proses penghasilan karya tidak hanya tertumpu kepada satu cara sahaja.

Pemahaman ini(proses artistik) perlu diaplikasikan ke atas murid di dalam kelas.

Pelbagai cara dan kaedah boleh diketengahkan selagi proses penghasilan karya tersebut dijelaskan dengan baik kepada murid.

Page 5: Laura Chapman Presentation

Bagi menggalakkan pelajar menghasilkan karya seni, seseorang guru itu sendiri perlu mempunyai pengalaman luas di dalam penghasilan karya seni.

Ini kerana, bimbingan dan panduan yang akan diberikan kepada pelajar oleh guru bergantung kepada pengalaman guru itu sendiri.

Page 6: Laura Chapman Presentation

Namun demikian, dalam proses ini, guru mungkin mempunyai kecenderungan untuk menggunakan kaedah atau teknik yang sama semasa menghasilkan karya terdahulu, namun perlu diingatkan bahawa pengajaran pendidikan seni visual di sekolah mempunyai panduan yang telah ditetapkan agar tidak keluar daripada objektif asal pendidikan seni di sekolah.

Page 7: Laura Chapman Presentation

Terdapat tiga kaedah yang diperkenalkan oleh Chapman bagi menghasilkan karya seni:

1. Kaedah Penjanaan Idea (Inception of Idea)

2. Pengolahan dan Pemurnian (Elaboration and Refinement)

3. Kemahiran Menggunakan Bahan (Execution in a Medium)

Page 8: Laura Chapman Presentation

1. Pengwujudan Idea (Inception of Idea)

Dalam menjana idea, pengkarya menetapkan objektif, haluan dan tujuan penghasilan karya.

Terdapat juga pengkarya yang tidak dapat menetapkan haluan penghasilan karya kerana penetapan ini bergantung kepada ilham dan cetusan idea.

Yang nyata, proses ini agak lambat dan memakan masa.

Page 9: Laura Chapman Presentation

Di dalam konteks pendidikan seni visual pula, guru dimestikan untuk membimbing pelajar dalam menetapkan hala tuju penghasilan karya selain menerangkan kaedah menjana idea.

Sekiranya diabaikan, adalah dikhuatiri murid mungkin tidak mampu menghasilkan karya.

Page 10: Laura Chapman Presentation

Idea-idea boleh didapati melalui empat pendekatan:(a) Alam semulajadi dan objek di persekitaran(b) Perasaan dalaman khayalan dan imaginasi(c) Aliran dan tema sejagat(d) Keperluan dan pengalaman hidup harian

Page 11: Laura Chapman Presentation

Pendekatan/Tema

Penjelasan

Alam semula jadi dan objek di persekitaran

•Mengguna alam dan persekitaran sebagai sumber idea/ilham.•Mengesan dinamik fom, kualiti organik, keunikan, integrasi alam dan kehidupan, unsur-unsur seni seperti warna, bentuk dan sebagainya boleh menggerakkan kewujudan idea/ilham.•Mentafsir alam dengan pengamatan yang jujur untuk mencari nilai dan makna.

Page 12: Laura Chapman Presentation

Pendekatan/Tema

Penjelasan

Perasaan dalaman, khayalan & imaginasi.

•Pengalaman hidup memberi banyak kesan dan pengaruh terhadap minda.•Perasaan takut, misteri, sedih dan sebagainya adalah sumber penting melahirkan idea/inspirasi.•Perasaan dalaman, khayalan dan imaginasi merupakan motivasi menggerakkan idea/ilham.

Page 13: Laura Chapman Presentation

Pendekatan/Tema

Penjelasan

Aliran dan Tema Sejagat

•Pemikiran manusia bersifat unik dan keupayaan menjelaskan konsep mengenai sesuatu tema atau agenda kehidupan.•Sifat keunikan pemikiran manusia itu menyebabkan berkembangnya idea dalam pelbagai aliran dan tema.•Akibat daripada pemikiran dan keupayaan unuk menjelaskan konsep dan agenda kehidupan, menyebabkan manusia sentiasa mempunyai idea dan inspirasi.

Page 14: Laura Chapman Presentation

Pendekatan/Tema

Penjelasan

Aliran dan Tema Sejagat

•Perkembangan aliran seni adalah satu bukti menjelaskan keadaan tersebut. Keinginan untuk menjelaskan konsep dan agenda seni, maka lahirlah idea-idea dan pemikiran tentang seni.

Keperluan dan pengalaman hidup harian

•Desakan dan keperluan dalam kehidupan harian seperti keperluan untuk hidup, keselamatan, keselesaan dan sebagainya membuka ruang untuk manusia berfikir, mendapatkan idea dan mencipta sesuatu.•Masalah adalah peluang yang terbaik untuk manusia berfikir dan bertindak secara lebih kreatif.

Page 15: Laura Chapman Presentation

2. Perkembangan dan Penghalusan Idea(Elaboration and Refinement)Proses ini dilakukan bagi mendapatkan kajian

visual yang lebih sistematik dan tersusun. Proses ini digunakan oleh pengkarya bagi

memastikan imej atau visual yang hendak dihasilkan atau dipilih bertepatan dengan tema dan objektif penghasilan.

Page 16: Laura Chapman Presentation

Dalam penghasilan karya di peringkat kanak-kanak, proses ini dianggap signifikan kerana proses pengolahan dan pemurnian biasanya diulang beberapa kali bagi mendapatkan hasil terbaik.

Proses ini perlu didedahkan kepada murid di sekolah supaya mereka dilatih untuk mempunyai pengamatan mendalam terhadap ketelitian.

Pendekatan bagi fasa ini adalah seperti berikut:

Page 17: Laura Chapman Presentation

Pendekatan/Tema

Penjelasan

Pemerhatian dan kajian visual

•Meningkatkan kesedaran terhadap kualiti tampak.•Kajian-kajian yang terperinci mengenai alam dan fenomenanya meningkatkan daya ekspresif. •Frank Barron dan Irvin Child menyatakan bahawa artis mempunyai pemerhatian tinggi untuk melihat, memerhati, mentafsir dan mengurus maklumat visual, berbanding dengan mereka yang bukan artis.

Page 18: Laura Chapman Presentation

Pendekatan/Tema

Penjelasan

Pemerhatian dan kajian visual

•Menurut J.P. Guilford, artis mudah dapat menyesuaikan diri dan menggunakan media biasa untuk menyelesaiakan masalah baru. Iaitu dikatakan sebagai kemahiran “adaptive flexibility”.•Kajian visual akan meningkatkan lagi ciri-ciri tersebut serta membolehkan aktiviti memperkembangkan dan memperinci serta penghalusan dilakukan dengan lebih keatif.

Page 19: Laura Chapman Presentation

Pendekatan/Tema

Penjelasan

Perubahan Cara Bekerja

•Berlainan artis berlainan gaya atau cara mereka bekerja. Terdapat beberapa jenis kaedah menghasilkan karya. Pengetahuan tentang kaedah-kaedah berkarya, akan dapat membantu usaha memperkembangkan atau menghalusi idea. Kaedah dan ciri-ciri kerja tersebut, ialah :

bertumpu dan bercapahspontan dan penetapanorientasi tampak dan haptik

Page 20: Laura Chapman Presentation

Pendekatan/Tema

Penjelasan

Bertumpu: Artis memulakan kerja dari awal idea hingga ke peringkat kemahiran media. Menyedari unsur-unsur yang perlu dianalisa dan diolah untuk mencapai tujuan .

Bercapah: Artis meneroka dan membuat percubaan pelbagai kaedah dan teknik sebelum membuat keputusan/ tujuan.

Spontan: Artis meneroka dan mencuba pelbagai teknik sehinggalah ia menemui sesuatu teknik yang memuaskannya bagi mencapai tujuan asal.

Page 21: Laura Chapman Presentation

Pendekatan/Tema

Penjelasan

Penetapan: Artis menentukan pilihan teknik atau prosedur. Sanggup mengubah tujuan asal, asalkan pilihan prosedur pilihannya digunakan.

Orientasi Tampak :

Disebut sebagai pemikiran visual dimana kerja dilakukan bermula dari tahap persepsi. Kualiti kerja bergantung kepada maklumat dari pengalaman tampaknya, untuk menghasilkan karya.

Page 22: Laura Chapman Presentation

Penjelasan Orientasi Haptik :(Greek : Haptikosable to grasp)

Artis bekerja secara bertindak kepada suasana, bergantung kepada imaginasi dan gerak isyarat kinestetik secara lebih terbuka.

Penerokaan Simbol dan Makna

•Artis biasanya suka membuat penerokaan untuk mendapatkan simbol dan makna yang baru dalam kerja mereka.•Pemikiran dan persoalan-persoalan tentang fungsi, kesesuaian bahan, impak dan sebagainya membolehkan artis meneroka pelbagai idea.

Page 23: Laura Chapman Presentation

Pendekatan/Tema

Penjelasan

Penerokaan Simbol dan Makna

•Keinginan dan keupayaan untuk menyelesaikan pelbagai persoalan tersebut memerlukan tindakan dan pemikiran yang menyebabkan idea semakin berkembang serta dihalusi.•Penerokaan dalam tindakan untuk menyelesaikan dan mendapatkan keputusan, memberikan banyak penemuan baru dan makna baru yang turut menyumbang kepada perkembangan dan penghalusan idea.

Page 24: Laura Chapman Presentation

3. Kemahiran Media (Execution in a Medium)Pemilihan bahan bagi menghasilkan karya

sangat bergantung kepada pemilihan yang dilakukan oleh pengkarya.

Sesetengah pengkarya akan terus menggunakan bahan yang sama bagi menghasilkan karya dan tidak kurang juga yang gemar membuat eksperimentasi bagi melihat kesan-kesan tertentu.

Page 25: Laura Chapman Presentation

Pemilihan bahan yang dipilih memberikan kesan terhadap masa yang diambil bagi menyiapkan sesuatu karya dan persediaan yang perlu dilakukan sebelum menghasilkannya.

Dalam pendidikan seni visual, guru perlu membimbing murid melalui pengenalan terhadap bahan dan teknik penggunaan serta penghasilan.

Guru perlu menjelaskan melalui demonstrasi dan tunjuk cara supaya pemilihan bahan oleh murid mempunyai makna dan nilai tersendiri.

Page 26: Laura Chapman Presentation

Maka, proses penghasilan karya seni mengikut Chapman(1978) ialah seperti berikut:

Kaedah Penjanaan

Idea

Pengolahan dan

Pemurniaan

Kemahiran Menggunakan Bahan

Page 27: Laura Chapman Presentation

RumusanLaura H. Capman telah menyatakan bahawa

proses kreativiti = proses penghasilan/artistik.

Bagi memperkembang kreativiti pelajar, guru PSV perlu menggunakan pelbagai cara dalam menghasilkan karya dan yang penting sekali ialah guru PSV harus menguasai bidang seni visual ini supaya guru mempunyai pengalaman yang lebih banyak untuk mengajar pelajar.