teori huraian dan pemerolehan bahasa

16
TEORI HURAIAN DAN PEMEROLEHAN BAHASA PENGENALAN: Bahasa adalah alat untuk berkomunikasi Dianggap sebagai tingkah laku manusia melalui ucapan Keupayaan berbahasa adalahlah keupayaan semula jadi Persoalan tentang apakah bahasa, bagaimana ia lahir, apakah sifat-sifat bahasa dan bagaimana kanak-kanak menguasai bahasa selalu menjadi perbincangan ahli-ahli bahasa Muncul bidang linguistik dan psikolinguistik Lingusitik - ilmu yang mengkaji bahasa secara saintifik iaitu kajian yang dijalankan dengan teratur dan syarat-syarat tertentu. Segala dapatan dapat dibuktikan dari segi sains atau empirikal melalui pemerhatian yang sah dalam lingkungan teori-teori bahasa Psikolinguistik – kajian bahasa yang digabungkan dengan kajian ilmu-ilmu lain iaitu psikologi. Ia mengkaji hubungsn bahasa dengan jiwa manusia. Kaji dari segi jenis-jenis bahasa,bentuk-bentuk bahasa dan perkataan yang digunakan oleh penutur serta hubungannya dengan fikiran dan jiwa penutur TEORI HURAIAN BAHASA Aliran kajian tatabahasa yang terkenal dibahagikan kepada tiga iaitu aliran tatabahasa tradisional, struktural dan transformasi generatif Terdapat beberapa perbezaan pendapat dalam setiap aliran bergantung kepada pengaruh yang diterima oleh aliran tersebut Persamaan daripada segi istilah dan konsep yang digunakan kerana setiap aliran merupakan suatu kesinambungan 1.Teori Tradisional (Panini)] Bermula sejak zaman Yunani (abad ke-5 S.M) 1

Upload: felliciakho

Post on 13-Jun-2015

8.006 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Teori Huraian Dan Pemerolehan Bahasa

TEORI HURAIAN DAN PEMEROLEHAN BAHASA

PENGENALAN: Bahasa adalah alat untuk berkomunikasi Dianggap sebagai tingkah laku manusia melalui ucapan Keupayaan berbahasa adalahlah keupayaan semula jadi Persoalan tentang apakah bahasa, bagaimana ia lahir, apakah

sifat-sifat bahasa dan bagaimana kanak-kanak menguasai bahasa selalu menjadi perbincangan ahli-ahli bahasa

Muncul bidang linguistik dan psikolinguistik Lingusitik - ilmu yang mengkaji bahasa secara saintifik iaitu

kajian yang dijalankan dengan teratur dan syarat-syarat tertentu. Segala dapatan dapat dibuktikan dari segi sains atau empirikal melalui pemerhatian yang sah dalam lingkungan teori-teori bahasa

Psikolinguistik – kajian bahasa yang digabungkan dengan kajian ilmu-ilmu lain iaitu psikologi. Ia mengkaji hubungsn bahasa dengan jiwa manusia. Kaji dari segi jenis-jenis bahasa,bentuk-bentuk bahasa dan perkataan yang digunakan oleh penutur serta hubungannya dengan fikiran dan jiwa penutur

TEORI HURAIAN BAHASA Aliran kajian tatabahasa yang terkenal dibahagikan kepada tiga

iaitu aliran tatabahasa tradisional, struktural dan transformasi generatif

Terdapat beberapa perbezaan pendapat dalam setiap aliran bergantung kepada pengaruh yang diterima oleh aliran tersebut

Persamaan daripada segi istilah dan konsep yang digunakan kerana setiap aliran merupakan suatu kesinambungan

1.Teori Tradisional (Panini)]

Bermula sejak zaman Yunani (abad ke-5 S.M) Pada masa itu tatabahasa merupakan cabang falsafah yang

dapat membantu ahli falsafah Yunani mengkaji tabii alam Huraian tatabahasa dibuat berdasarkan logika Plato (429-327 S.M) membahagikan golongan kata kepada dua

bahagian iaitu kata nama dan perbuatan (noun dan verb) Noun kata yang berfungsi sebagai subjek dalam ayat dan verb

menggambarkan tindakan (predikat) Pembahagian ayat pula berdasarkan fungsi bahagian-bahagian

ayat tersebut Ayat definisikan sebagai ucapan yang mengandungi fikiran yang

lengkap Ayat dibahagikan kepada empat jenis iaitu ayat penyata, tanya,

seru dan perintah

1

Page 2: Teori Huraian Dan Pemerolehan Bahasa

Bahagian-bahagian ayat disebut sebagai subjek, predikat, objek dan keterangan

Istilah seperti aktif, pasif, transitif dan intransitif wujud daripada pandangan ahli falsafah untuk mencari kenyataan dan hubungan logika dalam ayat

Tatabahasa merupakan satu cara atau proses pengkajian bahasa tentang hukum-hukum dan peraturan-peraturan sesuatu bahasa yang dibuat berdasarkan makna

Ciri-ciri tatabahasa tradisional;

Tatabahasa tradisional bersifat nosional dan tidak mengikut konsep formal atau struktur

Terdapat campur aduk antara kategori semantic dan nahu Ketidaan pola morfologi atau sintaksis tetap yang boleh

digunakan sebagai dasar untuk menerbitkan pelbagai struktur Ketiadaan pemeringkatan atau pemilihan bahan sama ada

gramatikal atau leksikal, sama ada berasaskan yang mudah atau yang kompleks, sama ada kekerapan dan kenyataan butir-butir itu boleh diajar atau tidak

Ayat-ayat yang dibina dengan menggunakan konsep binaan Dalam menghuraikan bahasa, tatabahasa tradisional bersifat

preskriptif, humanistik dan normatif ( bertujuan menetapkan peraturan-peraturan untuk penggunaan yang betul)

Bahasa adalah satu organisma. Ia hidup dan berubah

Kelemahan:

terlalu mengutamakan tindakan menghafaz peraturan-peraturan dalam tatabahasa dan penjenisan kata

guru mungkin terpengaruh dan terlalu menekankan aspek tatabahasa dalam pengajaran

akan melahirkan pelajar yang cekap menganalisis ayat tetapi kurang mampu membina ayat-ayat yang sempurna dan gramatis

analisis dilakukan secara nosional dengan anggapan bahawa kategori-kategori bahasa bersifat universal

2.Analisis Struktural (Bloomfield)

2

Page 3: Teori Huraian Dan Pemerolehan Bahasa

dikenali juga dengan aliran ‘taxonomic’ atau ‘bloomfeildian’ muncul akibat bertentangan dengan aliran tradisional tentangan utama ialah dasar nosional yang digunakan oleh

aliran tradisional untuk membentuk kategori-kategori tatabahasa dan anggapan bahawa semua bahasa mempunyai kategori universal

aliran struktural mengkaji bahasa sebagai lambang-lambang pertuturan

data-data adalah daripada bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan oleh penutur jati daripada bahasa yang hendak dikaji

analisis struktural bersifat ‘sturcture centered’- setiap bunyi perkataan atau bahagian berdiri sendiri dan tidak mempunyai kepentingan linguistik

setiap unsur tersebut menjadi penting apabila unsur-unsur itu bergabung dengan unsur-unsur lain dalam sesuatu pola sistem linguistik

analisis tatabahasa bermula daripada bunyi dan diikuti oleh morfem, frasa,klausa dan aat serta unsur-unsur supra segmental

ayat akan dipecahkan mengikut konstituen-konstituennya (kedudukan) konstituen yang paling kecil ialah perkataan,diikuti frasa, klausa, subjek dan predikat

Fries menggunakan ‘hierachical bracketing’ seperti berikut:

Abu membeli baju adik sayamembeli baju adik saya

baju adik sayaadik saya

saya

Nida- menggunakan lambang-lambang anak panah untuk menandakan hubungan yang tertentu antara bahagian dalam ayat:

Abu membeli baju adik saya

3

Page 4: Teori Huraian Dan Pemerolehan Bahasa

membeli baju

Nelson Francis –menggunakan ‘Chinese box’ untuk menjelaskan hubungan tersebut:

Rumusan: kajian dibuat secara objektif dan penggolongan kata serta

peraturannya berasaskan analisis struktural yang terdapat pada aspek fonologi,morfologi dan sintaksis

menyatakan fakta-fakta bahasa yang dapat dilihat sahaja dan tidak melibatkan faktor-faktor bukan linguistik serta perkara-perkara yang tidak dapat difahami

tidak mengaitkan dengan faktor-faktor yang berkaitan dengan psikologi, logika dan metafizika

tidak mementingkan makna dalam analisis bahasa mengutamakan struktur permukaan sahaja iaitu penganalisisan

ang memecahkan bahagian-bahagian dalam aat kepada konstituen-konstituennya

3.Teori Transformasi-Generatif (Chomsky)

bermula pada tahun 1957 menghuraikan ayat-ayat dengan menggunakan sistem rumus-

rumus terdapat dua peringkat struktur ayat iaitu struktur dalaman dan

struktur permukaan rumus struktur frasa menerbitkan ayat pada struktur dalaman

dan rumus transformasi berfungsi menukarkan pola atau struktur ayat-aat tersebut sehingga membawa kepada peringkat struktur permukaan

komponen fonologi menentukan representasi fonetik untuk sesuatu ucapan dan komponen semantikk merujuk representasi semantikk. Oleh itu bunyi dan makna berhubung melalui peraturan sintaksis yang berkait dengan struktur dalaman dan bertindak sebagai input kepada peraturan fonologi si penutur dalam komunikasi/interaksi sosial

rumus struktur frasa berfungsi melahirkan rajah pohon yang menunjukkan hubungan gramatis antara kata yang terdapat dalam sesuatu dasar

4

adik sayaAbu

Page 5: Teori Huraian Dan Pemerolehan Bahasa

struktur dalaman yang diwujudkan oleh rumus struktur frasa akan menjadi input kepada komponen rumus-rumus transformasi

rumus-rumus transformasi itu bekuasa untuk menggugur,menambah dan mengubah atau menyusun semula susunan unsur kata itu

penukaran struktur itu disebut sebagai transformasi dan ayat baru yang diterbitkan itu disebut sebagai ayat terbitan

Contoh ayat:

Dia masih di kampung. Isterinya masih di kampung

Dia masih di kampung dan isterinya masih di kampung Dia dan isterinya masih di kampung

Rajah pohonnya:

a.

5

A

A1 A2

S P S P

KH

FN FS FN FS

dan isterinya dia

masihdi kampung

masihdi kampung

Page 6: Teori Huraian Dan Pemerolehan Bahasa

b. transformasi pengguguran predikat frasa sendi nama

c.

4.Teori Fungsionalis (Halliday) kaji bahasa sebagai alat komunikasi dan juga perubahan bentuk

bahasa yang berlaku ketika seseorang itu berkomunikasi bahasa berkeupayaan menyampaikan maklumat tentang

penuturnya

6

A1 A2

S P S P

KH

FN FS FN FS

dan isterinya dia

Ø= pengguguran masihdi kampung

A

Ø

A

S

FN KH FN

dia dan isterinya

masih di kampung

P

Page 7: Teori Huraian Dan Pemerolehan Bahasa

eleman dalam struktur bahasa ialah semantik bukan hubungan sintaksis

dari segi struktur bahasa Halliday menghuraikan unsur dalaman berdasarkan fungsi struktur tersebut sebagaialat berkomunikasi

sistem tatabahasa dan fungsi bahasa ialah dua perkara yang diutamakan

dalam pengajran pembelajaran guru perlu menggunakan bentuk-bentuk ujaran yang tepat untuk menjadi conteh/ model kepada pelajar

penggunaan variasi bahasa yang pelbagai dapat mempertingkat tahap kemahiran berbahasa pelajar

variasi wujud hasil daripada perubahan sesuatu situasi sosial pengajaran dan pembelajaran bahasa berdasarkan fungsi-fungsi

tertentu

a. model bahasa yang sesuai: dapat memberikan interpretasi fungsional kepada

perkembangan bahasa awal kanak-kanak membantu mereka menguasai fungsi bahasa

b. asas fungsi bahasa fungsi perkembangan bahasa kanak-kanak dalam menguasai

aspek pengajaran pembelajaran bahasa daripada penjaga (orang yang paling hampir) sebagai model komunikasi

c. bahasa dalam persepsi sosial penggunaan bahasa dalam konteks berkaitan dilakukan

berdasarkan arah sosial danperubahan sosial yang berlaku pada peringkat awal bahasa berfungsi memindahkan budaya

dari satu generasi kepada generasi yang lain iaitu melalui beberapa jenis konteks sosial seperti interaksi antara ibu dan anak

dengan pendedahan bahasa yang digunakan sehari-hari itu dapat membantu kanak-kanak mengaplikasikan bahasa secara efektif

d. fungsi semantik dan linguistik pengajaran bahasa bertujuan memberi pengetahuan kepada

para pelajar tentang prinsip struktur bahasa aspek yang perlu diketahui merangkumi bidang tatabahasa

seperti fonologi,morfologi,sintaksis,semantic dan laras bahasa pengajaran bahasa membantu pelajar mengaplikasikan

pengetahuan mereka tentang prinsip tersebut dalam kehidupan seharian dan daalam pelbagai situasi sosial

7

Page 8: Teori Huraian Dan Pemerolehan Bahasa

TEORI PEMEROLEHAN BAHASA:

Seseorang bayi yang sempurna dilahirkan bersama-sama alat-alat artikulasi dan anggota fizikal lain untuk memperoleh bahasa

Pemerolehan berlaku sedikit demi sedikit mengikut perkembangan otak

Penguasaan bahasa pertama kanak-kanak dengan cara memperoleh (tidak formal) bukan secara pembelajaran

Kajian menunjukkan bahawa jangka masa antara 1 hingga 5 tahun adalah jangka masa penguasaan bahasa yang kritikal dan mudah menerima pengaruh bahasa yang didedahkan kepada mereka

Teori pemerolehan bahasa menghuraikan tentang bagaimana sesuatu bahasa itu dapat dikuasai oleh kanak-kanak melalui proses pemerolehan bahasa

1.Teori Behaviurisme/ Mekanis (Skinner)

Bahasa adalah proses prilaku dan mementingkan satu rangkaian turutan sebab dan kesan iaitu hasil operasi rangsangan dan gerak balas

Aliran ini menolaksebarang pendapat yang menghubungkan penghasilan bahasa dengan operasi mental

Bahasa adalah perilaku dan individu banyak belajar melalui pengalaman daripada otaknya

Untuk mmemperoleh kemahiran bahasa latihan dan latih tubi perlu dijalankan secara kerap kerana kemahiran bahasa dipandang sebagai kebiasaan

Bahasa dikuasai melalui proses pengulangan Kanak-kanak belajar secara tidak formal melalui proses peniruan Mereka menguasai bunyi-bunyi dan menyebut perkataan-

perkataan yang telah mereka dengar berulang kali sehingga mereka dapat menyebutnya menjadi ayat-ayat yang lengkap

Bloomfeild menyokong aliran ini berpendapat bahawa bahasa ialah satu tingkah laku manusia yang sama dengan tingkah laku manusia yang lain

Bahasa dilahirkan akibat gerak balas daripada rangsangan Yang harus dikaji ialah tingkah laku yang terjadi ketika ucapan

itu diujarkan

8

Page 9: Teori Huraian Dan Pemerolehan Bahasa

Aliran ini berpendapat bahawa pengukuhan dalam pengajaran dan pembelajaran sangat penting iaitu dengan memberi ganjaran kepada kanak-kanak apabilamereka memberikan geraka balas yang betul

Ganajaran akan dapat membentuk perlakuan berbahasa yang dikehendaki dan berterusan.

Rumusan: Bahasa dikuasai melalui proses pengulangan sehingga ia

membentuk satu kebiasaan atau tabiat. Kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh pelajar dianggap kegagalan mereka membantuk biasaan yang betul atau tepat

Bahasa dikuasai sama seperti kita menguasai kemahiran-kemahiran mekanis yang lain kerana bahasa dianggap sebagai satu tingkah laku manusia

Bahasa dianggap sebagai alat komunikasi yang terhasil apabial adanya rangsangan dan gerak balas. Aspek lisan, iaitu percakapan dan pertuturan amat dipentingkan

Bahasa ialah satu sistem bentuk yang berupa unsur-unsur bunyi yang dituturkan dan bukan sebagai himpunan makna yang memerlukan operasi mental

Kebiasaan berbahasa dapat diperolehi melalui latih-tubi diikuti dengan pengukuhan dan ganjaran. Ganjaran dapat menwujudkan pengulangan dan menggalakkan pelajar memberi gerak balas yang betul

Bahasa dihuraikan secara deskriptif atau structural. Ia dihuraikan mengikut peringkat-peringkat tertentu seperti fonetik atau fonologi, morfologi dan sintaksis.

2.Teori Mentalis (Noam Chomsky)

Teori Mentalis atau Teori Rasionalis beranggapan bahasa adalah pengetahuan yang dihasilkan oleh satu proses dalam otak

Bahasa sebagai satu aktiviti mental yang merupakan satu kebolehan semula jadi manusia

Manusia dilahirkan dengan alat-alat penguasaan bahasa dan manusia boleh menguasai sesuatu bahasa yang didedahkan kepada mereka

Disokong oleh Lenneberg (1967)- perkembangan bahasa adalah mengikut jadual secara biologis bukan datang daripada rangsangan dan gerak balas

Kanak-kanak berkeupayaan membuat rumusan dan peraturan bahasanya sendiri tanpa mempelajarinya terlebih dahulu bermula ketika bersuara hingga boleh mencipta ayat yang

9

Page 10: Teori Huraian Dan Pemerolehan Bahasa

lengkap. Perkembangan terus berlaku sehingga mereka berumur 4 hingga 5 tahun

Kanak-kanak memperoleh kebolehan memaham terlebih dahulu daripada bertutur. Mereka memahami pertuturan orang lain sebelum mereka sendiri boleh bertutur .

Pada peringkat awal kanak-kanak tidak dapat membezakan perkataan yang mengandungi makna khusus kerana pada peringkat ini mereka menyebut secara umum

Contohnya: semua yang kecil disebut anak: anak lori,anak rumah,anak buah dll sehinggalah penguasaan mereka menjadi sempurna

Perkembangan bahasa berkait rapat dengan proses mental dan bukan mekanikal semata-mata

Rumusannya teori ini menganggap bahawa bahasa sebagai pengetahuan yang dihasilkan oleh satu proses dalam otak dan saraf setelah menerima bahan dalam bentuk rangsangan melalui pancaindera

Penguasaan bahasa ada kaitan yang erat dengan kebolehan mental. Kebolehan mental digambarkan melalui pemikiran iaitu kebolehan manusia menghasilkan rumus-rumus bahasa yang tidak terbatas

Manusia secara semula jadi mempunyai kebolehan untuk menguasai bahasa

Dua perkara yang penting memainkan peranan dalam penguasaan bahasa ialah ‘competence’ dan ‘perfomance’ iaitu kebolehan untuk membuat rumus dan keupayaan menggunakan apa yang diketahui tentang bahasa itu.

Bahasa dihuraikan melalui analisis transformasi- generatif yang mengandungi struktur dalaman dan luaran. Struktur dalaman ialah rumus-rumus yang terhasil dalam otak ataupun pemikiran sementara struktur luaran ialah bentuk penglahiran daripada struktur dalaman

dalam proses pengajaran pembelajaran bahasa, kesalahan pelajar dalam membentuk rumus dianggap bukan kegagalan sebaliknya sebagai percubaan hipotesis mereka. Apa yang ditekankan ialah pemikiran dan makna.

3.Teori Kod-Kognitif (Piaget)

teori ini menekankan fungsi otak/fikiran dalam proses pembelajaran

kanak-kanak sejak dilahirkan dibekalkan dengan satu alat dalam otak yang membolehkan mereka memahami bahasa yang didengar

10

Page 11: Teori Huraian Dan Pemerolehan Bahasa

pembelajaran sebagai satu proses pemikiran dan bukan sekadar satu pembentukan kebiasaan (mekanikal)

perubahan tingkah laku hasil daripada proses kognitif yang berlaku dalam diri manusia

proses berfikir manusia melibatkan operasi mental dengan tujuan untuk menghubungkan berbagai-bagai idea, memahami konsep, membuat kesimpulan atau mendapatkan pengertian baru

terdapat empat faktor yang membezakan penguasaan bahasa kanak-kanak

a. peringkat deria motor (sejak lahir hingga berumur 2 tahun) belum mampu menggunakan otaknya belum menguasai lambang-lambang bahasa untuk memberi

norma atau nilai kepada benda-benda menggunakan deria motornya untuk berinteraksi pada peringkat akhir deria motor kanak-kanak sudah mampu

sedikit sebanyak keupaaan berbahasa kerana mereka sentiasa berinteraksi dengan persekitaran

b. peringkat olahan ( 2 tahun hingga 6 tahun) dapat menguasai bahasa dan konsep dengan cepat menggunakan bahasa untuk pernyataan diri dan berinteraksi

dengan persekitaran umur 4-6 tahun sudah dapat bertutur dengan fasih dan

perbendaharaan bahasa mereka seperti orang dewasa

c. peringkat olahan konkrit (6 tahun –12 tahun) sudah boleh menggunakan pemikiran logik,warna dan

memahami konsep pembalikan mula membaca,menulis dan mengira serta suka bertutur/

bertanya perlu kepada objek dan peristiwa konkrit dalam menyelesaikan

masalah mereka sudah dapat menerima pendapat orang lain melalui

pengunaan bahasa yang lebih luas

d. peringkat olahan formal ( 12 tahun ke atas) peringkat kognitif kanak-kanak mencapai kemuncak memahami banyak perkara dan menyelesaikan masalah secara

logik dan abstrak juga dpat menyelesaikan masalah verbal yang kompleks dan mengkaji perasaan dan pemikiran

11

Page 12: Teori Huraian Dan Pemerolehan Bahasa

4.Teori Interaksionalis (Halliday) kebolehan kognitif sahaja tidak dapat menjelaskan pemerolehan

bahasa kerana perkembangan kognitif hanya melengkapkan kanak-kanak dengan kebolehan mentafsir makna tetapi tidak menjamin penglahiran dlambentuk bahasa

kanak-kanak perlu didedahkan kepada interaksi linguistik kanak-kanak menguasai bahasa kerana keperluan untuk

beinteraksi dalam situasi sosial dan persekitaran untuk memenuhi keperluan mereka

seterusnya kanak-kanak menyedari bahawa fungsi ujaran bukan semata-mata untuk berinteraksi bahkan untuk menyampaikan maklumat kepada orang lain

pada peringkat ini mereka mula menyedari bahawa pentingnya pengetahuan tatabahasa supaya apa yang disampaikan dapat difahami oleh orang lain

situasi sosial penting dalam pemerolehan bahasa kanak-kanak dan interaksi sosial pula penting untuk membentu kanak-kanak menguasai peraturan-peraturan bahasa

Rumusan: pembelajaran merupakan proses mental dan linguistik.

Kebolehan menggunakan struktur bahasa yang betul dalam aspek tatabahasa dan makna diutamakan untuk membolehkan kanak-kanak berinteraksi. Guru perlu menyediakn situasi dan bahan pengajaran yang bermakna dan berkesan

dalam pembelajaran bahasa penyampaian makna lebih diutamakan daripada struktur

struktur bahasa akan dikuasai dengan berkesan jika pelajar menjalankan aktiviti dengan berkesan dan berkaitan dengan kehidupan sehari-hari

teori ini menekankan komunikasi lisan berasaskan pendekatan komunikatif

12