aplikasi teori huraian bahasa dalam p&p bm sekolah rendah

24
AMALI INTERAKSI 1 Aplikasi Teori Huraian bahasa dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Upload: aishah

Post on 27-Jun-2015

1.557 views

Category:

Documents


17 download

DESCRIPTION

BMM3102 (amali interaksi)

TRANSCRIPT

Page 1: Aplikasi Teori Huraian bahasa dalam P&P BM Sekolah Rendah

AMALI INTERAKSI 1Aplikasi Teori Huraian bahasa dalam

Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Page 2: Aplikasi Teori Huraian bahasa dalam P&P BM Sekolah Rendah

Tajuk yang dipilih untuk tunjuk cara & praktis teori Huraian Bahasa ialah:

AYAT TUNGGAL

Page 3: Aplikasi Teori Huraian bahasa dalam P&P BM Sekolah Rendah

Aplikasi Teori Tradisional • Menggunakan pendekatan pengajaran

Deduktif iaitu mengutamakan penguasaan undang-undang atau peraturan bahasa dahulu sebelum memberikan contoh-contoh.

• Cara-cara pelaksanaannya ialah:

Page 4: Aplikasi Teori Huraian bahasa dalam P&P BM Sekolah Rendah

1. Guru memberi penerangan tentang takrif ayat tunggal.

Contohnya:

AYAT TUNGGALAyat yang mengandungi satu klausa sahaja, iaitu yang mempunyai satu unsur subjek dan predikat.

Ayah Siti membaca akbar itu.

SUBJEK PREDIKAT

Page 5: Aplikasi Teori Huraian bahasa dalam P&P BM Sekolah Rendah

2. Selepas memberi penerangan kata tunggal, guru memberikan contoh-contoh ayat tunggal.

Contoh-contoh Ayat Tunggal:Dia bermain bola tampar.

Buku itu di atas meja

Abu makan Ayam panggang.

Page 6: Aplikasi Teori Huraian bahasa dalam P&P BM Sekolah Rendah

3) Guru meminta pelajar memberikan contoh ayat tunggal untuk memastikan pelajar memahami konsep ayat tunggal.

Berikan contoh-contoh ayat tunggal.

Page 7: Aplikasi Teori Huraian bahasa dalam P&P BM Sekolah Rendah

4) Setelah pelajar dapat memahami bentuk ayat tunggal. Guru memberikan latihan pengukuhan kepada murid-murid supaya meraka dapat menguasai ayat tunggal dengan baik.

Contoh aktiviti pengukuhan yang boleh dilaksanakan ialah:

i. Membina ayat tunggal.ii. Mencari ayat tunggal dalam petikan.iii. Berdasarkan gambar, murid diminta

membuat ayat tunggal.

Page 8: Aplikasi Teori Huraian bahasa dalam P&P BM Sekolah Rendah

Contoh Soalan Aktiviti Pengukuhan

1. Bina 5 ayat tunggal yang ringkas.2. Berdasarkan teks dibawah, kenalpasti ayat

tunggal.

Hari ini panas. Ibu menjemur pakaian. Ayah menolong ibu membawa pakaian yang sudah dibasuh. Pakaian itu disidai di ampaian supaya kering.

Page 9: Aplikasi Teori Huraian bahasa dalam P&P BM Sekolah Rendah

3. Bina ayat tunggal bagi setiap gambar.

Fahmi – abang Fahmi - bermainCONTOH:1. Fahmi bermain bola.2. Abang Fahmi bermain bola

Adik – menangis – sakit gigi

Keluarga – berkelah Abang – membuang sampah

Page 10: Aplikasi Teori Huraian bahasa dalam P&P BM Sekolah Rendah

Aplikasi Teori Struktural • Menggunakan pendekatan pengajaran

induktif iaitu mengutamakan contoh penggunaan bahasa daripada undang-undang atau peraturan bahasa.

• Cara-cara pelaksanaannya ialah:

Page 11: Aplikasi Teori Huraian bahasa dalam P&P BM Sekolah Rendah

1. Guru memberikan contoh-contoh ayat dan meminta pelajar mengenal pasti jenis ayat.

Contohnya:

Aminah seorang jururawat.Kucing itu sangat comel.

Cikgu Tey sedang berucap.

Page 12: Aplikasi Teori Huraian bahasa dalam P&P BM Sekolah Rendah

2. Setelah pelajar dapat mengenalpasti jenis ayat yang diberikan, guru akan menghuraikan atau menerangkan konsep ayat tunggal.

Contohnya:

AYAT TUNGGALAyat yang mengandungi satu klausa sahaja, iaitu yang mempunyai satu unsur subjek dan predikat.

Aminah seorang jururawat.SUBJEK PREDIKAT

Page 13: Aplikasi Teori Huraian bahasa dalam P&P BM Sekolah Rendah

3. Guru meminta pelajar memberikan contoh ayat tunggal untuk memastikan pelajar memahami konsep ayat tunggal.

4. Setelah pelajar dapat memahami bentuk ayat tunggal. Guru memberikan latihan pengukuhan kepada murid-murid supaya mereka dapat menguasai ayat tunggal. dengan baik.Contoh aktiviti pengukuhan yang boleh dilaksanakan ialah:

i. Membina ayat tunggal.ii. Mencari ayat tunggal dalam petikan.iii. Berdasarkan gambar, murid diminta membuat ayat

tunggal.

Page 14: Aplikasi Teori Huraian bahasa dalam P&P BM Sekolah Rendah

• Dalam pengajaran & pembelajaran Bahasa Melayu, ciri-ciri bahasa dikaji melalui analisis struktural. – Analisis struktural ini menganalisis pola ayat

dengan menggunakan konsep Konstituen Terdekat, iaitu pola ayat dianalisis & diperincikan hingga kepada struktural tatabahasa yang paling kecil.

– Contoh analisis struktural ialah:

Page 15: Aplikasi Teori Huraian bahasa dalam P&P BM Sekolah Rendah

CONTOH ANALISIS AYAT KEPADA KELAS (GOLONGAN) KATA.

1. Murid-murid itu sungguh rajin.

SUBJEK PREDIKATMurid-murid itu Sunggu rajin.

Frasa Nama (FN) Frasa Adjektif (FA)

Kata nama Kata Adjektif

Page 16: Aplikasi Teori Huraian bahasa dalam P&P BM Sekolah Rendah

Strategi pelaksanaan analisis bahasa secara struktural ialah:

1. Guru meminta bantuan murid membina beberapa ayat tunggal untuk dianalisis.

2. Seterusnya, guru akan membantu dan meminta murid-murid merumus dan mencerakinkan jenis golongan kata dalam ayat telah dibina oleh murid.

Page 17: Aplikasi Teori Huraian bahasa dalam P&P BM Sekolah Rendah

Aplikasi Teori Transformasi Generatif

• Teori transformasi generatif sangat berkesan dalam pengajaran & pembelajaran tatabahasa, kerana teori ini melihat bahasa itu mempunyai ciri yang unik.– Contoh yang boleh mengatakan bahasa itu unik

ialah: Terdapat ragam ayat dalam bahasa Melayu seperti

kejadian ayat aktif dan ayat pasif.

Page 18: Aplikasi Teori Huraian bahasa dalam P&P BM Sekolah Rendah

• Hubungan antara ayat aktif dengan ayat pasif, melibatkan perpindahan tempat frasa nama yang menjadi subjek & objek ayat berkenaan.

Contoh ayat aktif (Ayat Tunggal) kepada ayat pasif:

Ali membaca buku itu Buku itu dibaca oleh AliSUBJEK OBJEK OBJEK SUBJEK

Page 19: Aplikasi Teori Huraian bahasa dalam P&P BM Sekolah Rendah

Strategi pelaksanaan pengajaran & pembelajaran menukar ayat tunggal kepada ayat pasif ialah:

1. Guru menyediakan ayat-ayat tunggal kepada murid-murid untuk ditukarkan kepada bentuk ayat Pasif.

2. Setelah pelajar menguasai kemahiran membentuk ayat pasif, pelajar diminta menukarkan ayat Pasif kepada dalam bentuk ayat aktif.

Page 20: Aplikasi Teori Huraian bahasa dalam P&P BM Sekolah Rendah

Contoh tugasan bagi menukar Ayat Aktif kepada Pasif dan sebaliknya.

1. Menukar Ayat Aktif kepada Ayat Pasifi. Abang saya menerima jawapan itu. (Aktif) …………………………………………………… (Pasif)

ii. Banjir memusnahkan kawasan pertanian itu. (Aktif)……………………………………………………. (Pasif)

Page 21: Aplikasi Teori Huraian bahasa dalam P&P BM Sekolah Rendah

2. Menukar Ayat Pasif kepada Ayat Aktif.i. Jawatan itu diterima oleh abang saya.

(Pasif) ………………………………………………… (Aktif)

ii. Masalah penyalahgunaan dadah telah dibincangkan oleh anggota-anggota Jawatankuasa itu. (Pasif)

…………………………………………………… (Aktif)

Page 22: Aplikasi Teori Huraian bahasa dalam P&P BM Sekolah Rendah

Aplikasi Teori Fungsional

• Berdasarkan teori fungsional, pengajaran & pembelajaran bahasa mementingkan fungsi sosial sesuatu bahasa.

• Dalam P & P bahasa, fungsi sesuatu bahasa dapat diajar oleh seseorang guru dengan memberi situasi kepada pelajar dan mengkehendaki mereka membuat ayat berdasarkan situasi tersebut.

Page 23: Aplikasi Teori Huraian bahasa dalam P&P BM Sekolah Rendah

Contoh situasi yang boleh diberikan kepada pelajar ialah:

1. Berdasarkan gambar situasi A dan situasi B, senaraikan perkataan yang sesuai. Kemudian, bina ayat tunggal yang memberi penerangan kepada situasi yang diberi dengan menggunakan perkataan tersebut.

Contoh perkataan: beraturContoh ayat tunggal: Vincent sedang beratur bersama rakan-rakannya.

SITUASI A

Page 24: Aplikasi Teori Huraian bahasa dalam P&P BM Sekolah Rendah

Contoh perkataan:Contoh ayat tunggal:

SITUASI B

• Berdasarkan situasi-situasi yang diberikan, murid-murid akan lebih mahir untuk mengunakan atau bertutur dengan baik mengikut fungsi sosial sesuatu bahasa tersebut.

• Contohnya, dalam situasi yang diberikan, murid diminta memberi penerangan. Berdasarkan situasi tersebut murid akan memberikan ayat tunggal/ ayat penyata yang berfungsi memberi keterangan.