teori ekuiti merupakan salah satu teori dalam teori motivasi

3
Teori Ekuiti Adam’s Theory 1.Terangkan apakah yang dimaksudkan dengan Teori Ekuiti? Teori Ekuiti merupakan salah satu teori dalam teori motivasi. Teori ekuiti diperkenalkan oleh John Stacey Adams iaitu seorang ahli psikologi tempat kerja dan perilaku. Beliau telah berjaya mengembangkan teori motivasi kerja ini pada tahun 1963. Dalam teori ekuiti ini, ia mementingkan keseimbangan antara input dan output. Input adalah sumbangan yang diberikan dalam sesuatu tugasan atau kerja manakala output pula adalah ganjaran atau pulangan daripada apa yang diterima daripada input. Input biasanya meliputi usaha, kesetiaan, kerja keras, komitmen, kemahiran, kemampuan, fleksibiliti, toleransi, tekad, sokongan dari rakan sekerja dan pengorbanan peribadi. Manakala, output pula biasanya meliputi semua ganjaran kewangan seperti gaji, kemudahan, tatacara bersara, bonus, dan juga pujian. Dalam teori ekuiti ini juga, ia mengakui bahawa faktor halus dan pembolehubah boleh mempengaruhi penilaian antara pekerja dan majikan. Sebagai contoh, jika seorang majikan ingin memotivasikan pekerjanya, dia boleh mengunakan teori ini dengan menyeimbangkan input dan output. Jika seorang pekerja bekerja dengan tekun, maka gaji yang diberikan juga lumayan. Dengan gaji yang tinggi ditawarkan sebagai output maka input pekerja juga dapat ditingkatkan. Struktur ekuiti di tempat kerja didasarkan pada nisbah input untuk mendapatkan hasil. Apabila input semakin meningkat disebabkan output yang ditawarkan maka keadaan ini akan sekaligus akan memotivasikan seseorang. Maka, berdasarkan teori ekuiti ini, jika seseorang itu berpuas hati dengan apa yang dia telah berikan dan mendapat pulangan yang setimpal dengan apa yang telah dia sumbangkan maka di sini wujudlah keseimbangan antara input dan output. Namun, sekiranya keadaan memperlihatkan seseorang yang merasakan dirinya tidak mendapat output yang setimpal dengan apa yang telah disumbangkannya maka ia dianggap sebagai ketidakadilan. Sebagai contoh, seorang pelajar telah berusaha dengan tekun untuk menyiapkan sesuatu tugasan namun guru tidak memberi markah untuk tugasan yang telah dibuat. 2. Bagaimana anda menggunakkan teori tersebut untuk memotivasikan murid-murid anda.

Upload: blue-blue-sky

Post on 29-Jun-2015

2.915 views

Category:

Documents


18 download

TRANSCRIPT

Page 1: Teori Ekuiti merupakan salah satu teori dalam teori motivasi

Teori Ekuiti

Adam’s Theory

1.Terangkan apakah yang dimaksudkan dengan Teori Ekuiti?

Teori Ekuiti merupakan salah satu teori dalam teori motivasi. Teori ekuiti

diperkenalkan oleh John Stacey Adams iaitu seorang ahli psikologi tempat

kerja dan perilaku. Beliau telah berjaya mengembangkan teori motivasi kerja

ini pada tahun 1963. Dalam teori ekuiti ini, ia mementingkan keseimbangan

antara input dan output. Input adalah sumbangan yang diberikan dalam

sesuatu tugasan atau kerja manakala output pula adalah ganjaran atau

pulangan daripada apa yang diterima daripada input. Input biasanya meliputi

usaha, kesetiaan, kerja keras, komitmen, kemahiran, kemampuan, fleksibiliti,

toleransi, tekad, sokongan dari rakan sekerja dan pengorbanan peribadi.

Manakala, output pula biasanya meliputi semua ganjaran kewangan seperti

gaji, kemudahan, tatacara bersara, bonus, dan juga pujian. Dalam teori ekuiti

ini juga, ia mengakui bahawa faktor halus dan pembolehubah boleh

mempengaruhi penilaian antara pekerja dan majikan. Sebagai contoh, jika

seorang majikan ingin memotivasikan pekerjanya, dia boleh mengunakan

teori ini dengan menyeimbangkan input dan output. Jika seorang pekerja

bekerja dengan tekun, maka gaji yang diberikan juga lumayan. Dengan gaji

yang tinggi ditawarkan sebagai output maka input pekerja juga dapat

ditingkatkan. Struktur ekuiti di tempat kerja didasarkan pada nisbah input

untuk mendapatkan hasil. Apabila input semakin meningkat disebabkan

output yang ditawarkan maka keadaan ini akan sekaligus akan

memotivasikan seseorang. Maka, berdasarkan teori ekuiti ini, jika seseorang

itu berpuas hati dengan apa yang dia telah berikan dan mendapat pulangan

yang setimpal dengan apa yang telah dia sumbangkan maka di sini wujudlah

keseimbangan antara input dan output. Namun, sekiranya keadaan

memperlihatkan seseorang yang merasakan dirinya tidak mendapat output

yang setimpal dengan apa yang telah disumbangkannya maka ia dianggap

sebagai ketidakadilan. Sebagai contoh, seorang pelajar telah berusaha

Page 2: Teori Ekuiti merupakan salah satu teori dalam teori motivasi

dengan tekun untuk menyiapkan sesuatu tugasan namun guru tidak

memberi markah untuk tugasan yang telah dibuat.

2. Bagaimana anda menggunakkan teori tersebut untuk memotivasikan

murid-murid anda.

Teori persamaan juga disebut sebagai Teori Ekuiti yang bermakna

seseorang murid itu akan membuat perbandingan diantara input yang

diberikan oleh seseorang guru dan output yang diterimanya hasil daripada

sumbangan terhadap input yang diberikan. Murid-murid akan menganggap

ketidakseimbangan atau ketidakadilan wujud di antara ganjaran atau

penghargaan dengan usaha yang dilakukan, maka ia akan cuba

mengurangkan usahanya.

Antara input yang terlibat ialah usaha murid untuk melaksanakan

tugasan yang diberikan, pengetahuan dan kemahiran serta komitmen yang

dibawa sekali dalam menyiapkan tugasan yang diberikan guru. Sebagai

contoh, seorang guru memberikan tugasan contohnya tugasan amali

geografi, menjalankan kelas tambahan, aktiviti pembelajaran luar kelas

dengan teknik pengajaran melalui pengalaman sebenar kepada murid. Murid-

murid pula berusaha menyiapkan tugasan, memberikan komitmen

sepenuhnya serta menghantar tugasan tepat pada masa yang telah

ditentukan oleh guru, menghadiri setiap kelas tambahan yang diadakan guru,

dan berusaha memahami dan memberikan tumpuan terhadap setiap

penerangan isi kandungan pelajaran yang diberikan guru.

Oleh itu, di akhir daripada apa yang sepenuhnya telah diberikan oleh

murid terhadap apa yang diminta oleh guru tentunya output yang

memuaskan dan wajib diterima oleh murid-murid seperti pemberian markah

yang cemerlang, mengadakan hari anugerah pelajar cemerlang, pemberian

bantuan biasiswa serta perlantikan pelajar contoh di sesebuah sekolah. Maka

dengan itu, seseorang pelajar itu tentunya akan lebih bermotivasi untuk terus

berusaha dan memberikan komitmen sepenuhnya kewajipannya sebagai

seorang pelajar.

Sebaliknya jika pelajar sudah memberikan sumbangan yang terbaik

kepada input yang diberikan oleh guru dan menerima output yang sederhana

seperti pemberian markah yang sederhana, penghargaan tidak diberikan

kepada pelajar yang layak serta perlantikan pelajar contoh juga tidak

Page 3: Teori Ekuiti merupakan salah satu teori dalam teori motivasi

diberikan kepada pelajar yang layak, maka secara langsung pelajar itu akan

menjadi kurang bermotivasi dan mengurangkan komitmen serta usahanya

dalam pembelajarannya serta pencapaiannya.

Kesimpulannya, sebagai seorang guru yang bertanggungjawab terhadap

pelajarnya guru seharusnya wajib mengambil kira peranan mengaplikasikan

teori ekuiti ini untuk melahirkan motivasi pelajar agar pencapaian dan

prestasi pelajar terus dapat digarap.

1. 3. Pada pandangan anda, bagaimana seorang pengetua boleh

menggunakan teori tersebut untuk memotivasikan stafnya.Teori Ekuiti

seringkali diaplikasikan oleh pengetua dalam proses memotivasikan

stafnya. Salah satu kaedah yang digunakan dalam pengaplikasian teori

ekuiti ini adalah melalui proses penilaian prestasi guru. Pengetua atau

Guru Besar dan pemegang kepentingan sekolah “stakeholders”

bertanggungjawab menilai prestasi kerja guru agar tidak terkeluar

daripada sasaran kerja yang telah ditetapkan. Keseimbangan antara

input dan output dapat dicapai apabila pengetua bertindak untuk

membangunkan motivasi dan memberikan sokongan yang membina

kepada guru untuk membaiki prestasi kerja mereka. Penilaian prestasi

digunakan sebagai fokus utama dalam usaha untuk menilai hasil kerja

seseorang guru berdasarkan standard piawaian yang telah ditetapkan.

Justeru itu, sistem ini digunakan bagi memastikan setiap guru memiliki

kemahiran untuk mendidik murid. Hasil laporan penilaian pretasi ini

digunakan untuk pengesahan jawatan, peningkatan kerjaya, dan

penentuan gaji merit. Hal ini akan mendorong guru untuk berusaha

dengan lebih gigih untuk mancapai standard piawaian prestasi yang

telah ditetapkan. Selain itu, penilaian prestasi dapat meningkatkan

kualiti pendidikan di samping menyumbangkan kemahiran pengajaran

dengan lebih efektif.