tenis

23
ISI KANDUNGAN ====================================================== 1.0 PENGENALAN 2 2.0 PERALATAN SUKAN 3 3.0 CARA BERMAIN 6 4.0 KEMAHIRAN ASAS 8

Upload: bitt

Post on 13-Jun-2015

4.783 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

berkaitan permainan tenis iaitu sejarah, kemahiran, alatan dan cara permainan.Jika tak dpt dwnload, tinggalkan email.

TRANSCRIPT

Page 1: Tenis

ISI KANDUNGAN

======================================================

1.0 PENGENALAN 2

2.0 PERALATAN SUKAN 3

3.0 CARA BERMAIN 6

4.0 KEMAHIRAN ASAS 8

Page 2: Tenis

2

1.0 PENDAHULUAN

Permainan ini bermula pada abad ke-11, dikenali sebagai jen de paume dan

dimainkan kali pertama di Perancis. Bola yang digunakan dalam permainan ini

disalutkan dengan benang dan berbulu serta pemain hanya menggunakan tangan

sebagai pemukul. Ia dimainkan oleh dua orang pemain. Seterusnya permainan ini

diperkenalkan ke Itali dan Britain pada abad ke 13 dan mendapat sambutan di

kalangan masyarakat. Sejak itu perkembangan sukan in terus meningkat ke

beberapa negara Eropah yang lain.

Raket bertali mula diperkenalkan kali pertama dalam abad ke-15 oleh Antonio

da Scalo, seorang paderi berbangsa Itali. Beliau telah menulis undang-undang

umum bagi semua permainan yang menggunakan bola termasuk tenis. Kelab tenis

yang pertama iaitu Kelab Leamington di Perancis telah ditubuhkan oleh J.B. Perera,

Mejar Harry Gem, Dr. Frederick Haynes dan Dr. Arthor Tomskin. Dalam tahun 1874

permainan ini mula berkembang di Amerika Syarikat dan dimainkan pertama kali

oleh Dr. James Dwight dan F.R Sears. Dalam jangka masa yang singkat permainan

ini telah menjadi satu permainan rekreasi di England dan beberapa negara Eropah

dan Amerika Syarikat.

Di Malaysia, permainan tenis mula diperkenalkan pada awal abad ke-20.

Pada peringkat awal ia hanya dimainkan oleh orang-orang Inggeris dan pegawai

Kerajaan. Persatuan Tenis Malaysia (LTAM) ditubuhkan pada tahun 1921 dan

bergabung dengan Persekutuan Tenis Antarabangsa pada tahun yang sama.

Kejohanan tenis pertama diadakan pada tahun 1921 dan empat tahun kemudian

kejohanan terbuka bermula. Pertandingan yang sama formatnya dengan Piala

Davis mula dipertandingkan antara negeri pada tahun 1953 iaitu Piala Chua Choon

Leong.

Permainan tenis tidak begitu mahal untuk dipelajari kerana harga raket agak

murah serta sewa gelanggang juga tidak mahal. Banyak gelanggang dibina dengan

lapisan konkrit untuk mengurangkan kos penyelenggaraan.

TENIS

Page 3: Tenis

3

2.0 PERALATAN

i. Gelanggang

Permukaan gelanggang hendaklah rata dan bebas daripada sebarang

gangguan. Ia boleh dalam bentuk gelanggang rumput atau diperbuat

daripada kayu. Gelanggang mestilah dalam ukuran yang ditetapkan dan

garisan putih hendaklah jelas. Umumnya, ukuran gelanggang tenis adalah

23.77 meter panjang dan 8.23 meter lebar.

Rajah 1.1: Gelanggang tenis

ii. Jaring

Jaring untuk permainan ini diperbuat daripada pelbagai jenis dawai keluli,

kapas atau rami yang dipintal dan digantungkan pada kabel yang tahan karat

serta dilitupi dengan pita putih. Bahagian bawah jaring hendaklah

menyentuh tanah dan bahagian atas berukuran 0.91 meter tinggi pada titik

tengahnya dan 1.07 meter pada kedua-dua bahagian tiangnya.

TENIS

Page 4: Tenis

4

Rajah 1.2: Kedudukan jaring tenis

iii. Raket

Terdapat pelbagai jenis pilihan raket yang boleh digunakan iaitu bingkainya

diperbuat daripada kayu, keluli, aluminium, plastik dan besi. Berat raket juga

berbeza-beza iaitu bergantung kepada jantina dan umur. Bagi pemain lelaki

berat raket adalah di antara 282.7-396.9 g. Manakala bagi pemain wanita,

berat raket adalah di antara 368-382 g. Pemain hendaklah memilih raket

yang sesuai dengan terutamanya dari segi keselesaan pada pemegangnya.

Rajah 1.3: Raket tenis

iv. Bola

TENIS

Page 5: Tenis

5

Bola tenis kebiasaannya berwarna hijau kekuningan. Berat bola tersebut

adalah di antara 56.7-58.5 g dan saiznya di antara 6.35-5.65 cm diameter.

Bola tenis harus dijaga dengan baik dan hendaklah sentiasa dalam keadaan

kering.

Rajah 1.4: Bola tenis

v. Pakaian

Pakaian tradisi bagi permainan ini adalah seluar pendek, baju-T berkolar atau

tanpa kolar, stoking dan kasut getah. Bagi pemain wanita pula, pemakaian

skirt digunakan dan biasanya berwarna putih.

vi. Pegawai permainan

Pegawai utama dalam permainan tenis ialah pengadil (umpire) dan berada di

tepi bahagian tengah gelanggang. Biasanya tempat duduk khas disediakan

untuk pengadil utama. Pengadil akan menentukan peraturan dan undang-

undang permainan dipatuhi oleh pemain, mengira mata serta memulakan dan

menamatkan permainan. Pengadil juga bertanggungjawab sepenuhnya pada

permainan tenis ini. Selain itu, pengadil dibantu oleh beberapa pegawai lain

iaitu pengadil jaring (net-cord jugde), penjaga garisan dan pengadil servis

(foot-fault judge). Tugas pengadil jaring ialah membantu pengadil utama jika

timbul sebarang masalah atau perkara yang tidak disedari oleh pengadil

utama.

3.0 CARA BERMAIN

TENIS

Page 6: Tenis

6

i. Pemilihan raket

Apabila memilih raket, dua perkara utama harus diberikan tumpuan iaitu,

Saiz genggaman tangan

Bagi menentukan saiz genggaman, ukur tapak tangan dan pilih saiz

genggaman raket yang sedikit kecil daripada tapak tangan.

Saiz dan berat raket

Pemain harus tahu saiz dan berat raket yang sesuai untuk dirinya.

Jika terlalu berat dan besar akan menyukarkan pemain untuk memukul

bola. Bagi pemain yang baru adalah lebih sesuai menggunakan raket

yang lebih kecil saiznya dan lebih ringan.

Rajah 1.5: Jenis raket yang berbeza-beza

ii. Cara memegang raket

Cara memegang raket adalah bergantung pada jenis pukulan yang

digunakan. Umumnya, terdapat dua jenis cara genggaman raket yang biasa

digunakan iaitu cekak hadapan (forehand grip) dan cekak kilas (backhand

grip). Kedua-dua cara ini boleh digunakan untuk semua jenis pukulan.

TENIS

Page 7: Tenis

7

Rajah 1.6: Cara memegang raket

Rajah 1.7: Cekak hadapan dan cekak kilas

iii. Tempoh permainan

Permainan tenis mempunyai maksimum lima set dan kemengangan untuk

tiga set dikira pemenang. Ia juga boleh dimainkan dalam tiga set dengan

kemenangan dua set dikira pemenang. Bagi wanita pula, satu permainan

mengandungi tiga set dan kemenagan dua set dikira pemenang. Tiada masa

dihadkan bagi sesuatu set atau permainan tetapi pemain yang menamatkan

pemainan terlebih dahulu daripada lawannya dikira sebagai pemenang.

Masa 10 minit diperuntukkan kepada pemain untuk berehat selepas set ketiga

bagi lelaki dan pusingan kedua bagi wanita.

TENIS

Page 8: Tenis

8

iv. Pengiraan mata

Dalam satu set ada sekurang-kurangnya enam permainan dan dalam satu

permainan sekurang-kurangnya ada empat kali servis. Permainan dimulakan

pada kedudukan 0-0, mana-mana pemain yang berjaya memungut mata

pertama dikira, 15-0. Mata kedua yang dipungut dikira 30-0 dan mata ketiga

dikira 40-0. Mata seterusnya akan menamatkan permainan dan kemenangan

kepada pemain tersebut. Sepanjang permainan berlangsung, mata untuk

pemain yang melakukan servis dikira dahulu.

v. Memulakan permainan

Permainan ditentukan secara undian iaitu untuk menentukan pemain mana

yang memulakan permainan. Pemain (A) yang memulakan servis berdiri

dibelakang garisan iaitu di sebelah kanan gelanggang. Manakala pemain

lawan (B) pula akan berada di bahagian kanan gelanggangnya. Pemain (A)

hendaklah membuat servis dengan memukul bola ke dalam kawasan servis

pemain lawan. Jika terkeluar dari kawasan servis, pemain (A) masih

berpeluang melakukan servis kedua. Jika gagal servis kedua, mata akan

diberikan kepada pemain lawan (B).

Selepas membuat servis pertama di sebelah kanan gelanggang,

pemain (A) akan membuat servis di sebelah kiri gelanggang untuk mata

kedua. Seterusnya kedua-dua pemain akan melakukan servis secara bergilir-

gilir sehingga seorang daripadanya mencapai kemenangan.

4.0 KEMAHIRAN ASAS

i. Cekak

Cekak atau cara memegang raket merupakan kemahiran asas utama dalam

permainan tenis. Pemain boleh menggunakan pelbagai jenis cekak yang

sesuai untuk membuat pukulan. Jenis cekak yang digunakan dalam

permainan ini adalah:

TENIS

Page 9: Tenis

9

Cekak eastern

Biasanya digunakan bagi pukulan hadapan dan dikenali sebagai cekak

jabat tangan. Bagi memastikan cekak yang betul, raket hendaklah

dipegang menggunakan tangan kiri, tapak tangan pula hendaklah

diletakkan di atas tali raket dan gelongsorkan tangan ke bawah sehingga

ke pemegang raket tanpa merubah kedudukan tangan. Cekak jari-jari

mengelilingi pemegang seperti berjabat tangan.

Rajah 1.8: Cekak eastern

Cekak continental

Cekak jenis ini biasanya digunakan bagi permainan di dalam gelanggang

konkrit yang mempunyai lantunan bola yang tinggi. Cara cekak yang betul

adalah, ibu jari digerakkan mengikut pusingan jam menghala bahagian

atas pemegang raket. Dengan itu, tapak tangan akan berada di bawah

pemegang dan ini menyebabkan pukulan bola yang rendah susah

dilakukan. Oleh itu, ia amat sesuai untuk pukulan bola melebihi aras

pinggang.

TENIS

Page 10: Tenis

10

Rajah 1.9: Cekak continental

Cekak kilas sebelah tangan

Cekak ini susah digunakan ketika bermain terutamanya bagi pemain yang

kurang berpengalaman. Untuk mendapatkan cekak yang betul, mulakan

dengan cekak eastern tetapi putarkan ibu jari mengikut pusingan jam

supaya berada di bawah tapak tangan yang memegang raket. Tujuannya

adalah untuk kekuatan cekak pada pukulan tersebut.

Rajah 1.10: Cekak kilas sebelah tangan

Cekak kilas dua belah tangan

Cekak ini sama digunakan dalam cekak kilas sebelah tangan tetapi

tangan yang satu lagi diletakkan bersebelahan sebelah atas tangan yang

mencekak raket untuk memberikan sokongan dan kekuatan.

TENIS

Page 11: Tenis

11

Rajah 1.11: Cekak kilas dua belah tangan

Cekak pukulan servis dan smesy

Bagi membuat pukulan servis dan smesy, pemain digalakkan

menggunakan cekak eastern dengan kedudukan muka raket terbuka

semasa memukul.

Rajah 1.12: Cekak servis

Cekak pukulan voli

Untuk pukulan voli boleh menggunakan cekak yang digunakan dalam

pukulan hadapan dan pukulan kilas bagi pemain yang kurang

berkemahiran. Bagi yang mahir, pemain boleh menggunakan cekak

dalam pukulan servis dan smesy.

TENIS

Page 12: Tenis

12

Rajah 1.13: Cekak pukulan voli

ii. Pukulan servis

Pukulan servis merupakan pukulan bagi memulakan permainan atau

memulakan perkiraan mata. Berikut merupakan tunjuk cara dalam pukulan

servis:

Kedudukan sedia. Jarak kaki adalah seluas bahu dengan jari kaki

hadapan menghala tiang jaring sebelah kanan. Hujung kaki hadapan

berada kira-kira 8 cm dari garis belakang dan petanda tengah. Bahu

menghala ke gelanggang servis dengan lutut dan badan dibengkokkan

sedikit ke hadapan.

Bola dipegang dengan hujung jari dan dilambung dari lutut ke arah atas

kepala dengan siku yang lurus. Bola dilepaskan apabila lengan betul-betul

lurus dan dilambung setinggi yang boleh dicapai dengan raket.

Berat badan dipindahkan dari kaki belakang ke kaki hadapan semasa

ayunan ke belakang dan lambungan. Lutut kiri dibengkokkan sedikit untuk

imbangan. Lengan dibengkok pada siku apabila raket sampai di belakang

bahu.

TENIS

Page 13: Tenis

13

Semasa hayunan ke hadapan, pinggul berpusing sedikit dan siku

menghala ke hadapan. Kedua-dua kaki diluruskan supaya ketinggian dan

kekuatan yang maksimum dapat dicapai.

Bola dipukul dengan sentakan dari pergelangan tangan di atas bahu kiri.

Semakin tinggi bola dipukul, dapat memastikan ia melintasi jaring dan

masuk ke dalam kawasan gelanggang servis pihak lawan.

Ikut lajak. Badan dengan bahu berpusing sehingga raket di bawa ke

sebelah kiri ketika memukul untuk mendapatkan pukulan yang berkesan.

Berat badan juga dipindahkan dari kaki belakang ke kaki hadapan.

Kembali kepada kedudukan sedia secepat yang mungkin selepas

melakukan pukulan servis.

Rajah 1.14: Gerakan semasa pukulan servis

iii. Pukulan hadapan

Merupakan pukulan yang banyak digunakan dalam permainan tenis. Ia

merupakan pukulan yang paling mudah untuk dilakukan dan sesuai

digunakan untuk pemain yang baru belajar permainan ini. Berikut merupakan

tunjuk cara pukulan hadapan:

Kedudukan sedia. Lutut dibengkokkan, badan tegak dan raket berada di

hadapan badan. Kaki dibuka seluas bahu dan berat badan berada di

TENIS

Page 14: Tenis

14

hujung kedua-dua kaki. Gunakan cekak eastern dengan tangan kiri

menyokong leher raket. Mata sentiasa memandang pada bola.

Berpusing ke sisi dan ayunan ke belakang. Gerakan ini dilakukan

serentak apabila bola mendarat di sebelah kanan badan. Kaki kanan

melangkah ke hadapan bagi bola rendah, selari dengan garis belakang

untuk bola sederhana dan melangkah ke belakang untuk bola tinggi.

Raket di bawa ke belakang badan dan kedudukan kepala raket hendaklah

selari serta rendah sedikit daripada ketinggian bola. Ayunan dilakukan

dengan tenang dan lengan serta siku tidak diluruskan atau dikeraskan.

Hayunan ke hadapan. Pergerakan keseluruhan pada lengan dan putaran

di buat dari bahagian bahu.raket hendaklah selari dan bergerak sedikit ke

atas apabila kaki kiri melangkah ke arah bola. Bola dipukul ketika ia

melantun pada aras pinggang pemain. Pergelangan tangan dikeraskan

dan pemindahan berat badan dipindahkan dari kaki belakang ke kaki

hadapan.

Ikut lajak. Kedudukan muka raket berterusan melalui garis pukulan dan ke

atas sehingga ia berhenti. Kedudukan badan tegap dan selari dengan

garis tepi, kaki hadapan dibengkok sedikit dan jari kaki belakang atas

gelanggang. Berat badan sepenuhnya di atas kaki hadapan.

Kembali kepada kedudukan sedia bagi menyediakan diri pemain untuk

membuat pukulan seterusnya.

TENIS

Page 15: Tenis

15

Rajah 1.15: Gerakan semasa pukulan hadapan

iv. Pukulan smesy

Merupakan pukulan yang paling berkesan untuk mendapatkan mata atau

kemenangan. Kesilapan yang biasa dilakukan oleh pemain semasa membuat

pukulan ini adalah mengalihkan pandangan dan memukul bola dengan

terburu-buru. Pukulan ini digunakan sebagai tindakan balas kepada

lambungan tinggi daripada pihak lawan. Berikut adalah tunjuk cara pukulan

smesy:

Kedudukan sedia. Gunakan cekak pukulan hadapan atau cekak

continental.

Gerak kaki dan ayunan ke belakang. Ia dilakukan serentak apabila bola

dalam situasi lob. Raket dibawa ke belakang bahagian bahu. Kedudukan

bahu berpusing selari dengan garis tepi. Kaki juga selari dengan garis tepi

dan bergerak sehingga berada di bawah bola. Berat badan berada di kaki

belakang dan badan bersedia untuk ayunan. Kedua-dua lutut

dibengkokkan sedikit.

Hayunan ke hadapan. Bola dipukul dari bahu kiri dengan kaki dan badan

diluruskan. Raket hendaklah dipukul dengan sentakan pergelangan

tangan bagi memastikan bola jatuh ke gelanggang pihak lawan.

Ikut lajak. Raket hendaklah mengikut lajak ke arah bola yang dipukul dan

kemudian ke arah sebelah kiri badan.

Kembali kepada kedudukan sedia dengan segera selepas melakukan

smesy.

TENIS

Page 16: Tenis

16

Rajah 1.16: Gerakan semasa pukulan smesy

v. Pukulan kilas

Pukulan ini sukar dilakukan terutamanya bagi pemain yang baru tetapi ia

menjadi lebih mudah jika pemain dapat membayangkan perlakuan yang sama

semasa pukulan hadapan. Berikut adalah tunjuk cara dalam pukulan kilas:

Kedudukan sedia. Gunakan cekak kilas sebelah tangan semasa

berpusing dan ayunan ke belakang.

Berpusing. Pergerakan ini dilakukan serentak apabila bola mendarat di

sebelah kiri pemain. Kaki kiri melangkah ke hadapan jika bola rendah,

selari dengan garisan belakang jika bola sedehana dan ke belakang bagi

bola tinggi. Raket dibawa ke belakang, tangan kiri di leher raket dan tapak

tangan di atas pemegang raket.

Hayunan ke hadapan. Keseluruhan ayunan tangan berputar dari bahu

dan pinggul. Raket bergerak sedikit ke atas kaki kanan yang melangkah

ke arah bola. Bola dipukul di hadapan badan dengan pergelangan tangan

dikeraskan. Berat badan dipindahkan dari kaki belakang ke kaki hadapan

dan mata memandang pada bola.

Ikut lajak. Muka raket dihayun terus mengikut pukulan bola seberapa jauh

yang boleh ke atas siku sehingga berhenti. Kepala raket berada lebih

tinggi dari pergelangan tangan. Lutut hadapan dibengkokkan sedikit

dengan hujung jari kaki belakang mencecah gelanggang.

Kembali kepada kedudukan sedia.

TENIS

Page 17: Tenis

17

Rajah 1.17: Gerakan semasa pukulan kilas sebelah tangan

vi. Pukulan kilas dua belah tangan

Pukulan ini menggunakan cekak pukulan kilas tetapi tangan kiri mencekak

raket disebelah atas tangan kanan.

Kedudukan sedia. Kekalkan cekak pukulan kilas dengan tangan kiri

memegang raket hampir dengan tangan kanan.

Berpusing, tukar cekak dan hayunkan ke belakang. Pergerakan dilakukan

apabila bola mendarat di sebelah kiri pemain. Kaki kiri melangkah

mengikut arah bola yang datang. Kedudukan badan membongkok sedikit

ke hadapan bagi membolehkan pukulan dan hayunan yang kuat.

Hayunan ke hadapan. Keseluruhan pergerakan hayunan kedua-dua

tangan agak terkawal dari putaran bahagian badan dan pinggul. Raket

dihayun dengan kaki kanan melangkah ke arah bola yang hendak dipukul.

Kedua-dua pergelangan tangan dikeraskan dan mata sentiasa

memandang pada bola.

Ikut lajak. Hayunan diteruskan selepas melakukan pukulan tanpa kedua-

dua tangan melepaskan raket sehingga berhenti. Mata memerhati pada

bola yang dipukul untuk ketepatan pukulan.

Kembali kepada kedudukan sedia selepas melakukan pukulan.

TENIS

Page 18: Tenis

18

Rajah 1.18: Gerakan semasa pukulan kilas dua belah tangan

vii. Pukulan voli hadapan

Pukulan ini merupakan pukulan yang dilakukan sebelum bola menyentuh

gelanggang. Berikut adalah tunjuk cara pukulan voli hadapan:

Kedudukan sedia. Berada di antara garis servis dan jaring. Gunakan

cekak pukulan hadapan.

Berpusing dan hayun ke belakang. Kedua-dua gerakan ini dilakukan

dengan cepat. Kaki kanan berpusing sedikit ketika pinggul dan bahu kira

450 menghala ke jaring. Kepala raket berada di atas aras pergelagan

tangan dan berat badan di atas kaki kanan.

Hayunan ke hadapan. Kedudukan muka raket bersudut tepat semasa

menyentuh bola. Perlakuan dilakukan dengan cekak yang kemas,

pergelangan tangan dan lengan dikeraskan. Bola dipukul ketika berada di

hadapan kaki kiri dengan ketinggian kepala raket di atas aras

pergelangan tangan. Kaki kiri melangkah bersama-sama dengan berat

badan ketika memukul.

Kembali kepada kedudukan sedia selepas melakukan pukulan.

TENIS

Page 19: Tenis

19

Rajah 1.19: Gerakan semasa pukulan kilas dua belah tangan

TENIS