temu bual bersama pemilik bengkel sin chi hun

Upload: muhammad-haziq

Post on 06-Jan-2016

245 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

bp

TRANSCRIPT

TEMU BUAL BERSAMA PEMILIK BENGKEL SIN CHU HINTarikh : 29 September 2015Hari: SabtuMasa : 5.00 petangSoalan: Bolehkah encik Tang ceritakan sedikit tentang sejarah bengkel tayar Sin Chu Hin ini?Jawapan :Ya, boleh. Bengkel ini mula diasaskan oleh nenek saya iaitu Kua Hong Geok atau dikenali sebagai Ah Ma oleh pelanggan setia. Bengkel ini dibuka oleh nenek saya pada tahun 1938. Bengkel ini telah berkembang dengan maju dan telah mempunyai lima buah cawangan. Salah satu daripada cawangan tersebut berada di Singapura.Soalan: Apakah biasanya yang menyebabkan terjadinya kemalangan di bengkel- bengkel?Jawapan :Kemalangan yang terjadi di bengkel biasanya terjadi akibat tidak mematuhi peraturan keselamatan yang ditetapkan sama ada pekerja mahupun pelanggan. Peraturan sangat penting bagi memastikan kita dapat mengelakkan diri daripada kecederaan atau kecelakaan.Selain itu, penggunaan mesin yang tidak sesuai juga boleh menyebabkan kemalangan. Hal ini kerana, setiap mesin yang dicipta mempunyai fungsi khusus bagi satu- satu kerja. Sekiranya mesin tersebut digunakan selain daripada fungsi yang ditetapkan, mesin boleh menjadi rosak dan boleh menyebabkan letupan ataupun kebakaran. Semasa mengendalikan mesin atau alatan, fokus adalah perkara yang terpenting. Pengendali mesin mestilah seorang yang mahir dan berpengalaman supaya kerja yang dijalankan berjalan dengan baik dan dapat mengelakkan kemalangan.Seterusnya, penggunaan mesin yang rosak amat berbahaya. Hal ini kerana, kita tidak tahu apakah kesan kerosakan yang berlaku pada mesin tersebut. Kerosakan tersebut mungkin boleh mengakibatkan letupan, litar pintas, kebakaran dan sebagainya.Soalan : Bagaimanakah anda mengelakkan kemalangan daripada berlaku di bengkel anda?Jawapan :Saya akan sentiasa mengingatkan pekerja- pekerja saya dan pelanggan supaya sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Peraturan yang terdapat di bengkel ini tidaklah terlalu banyak sehingga menyusahkan diri mereka. Oleh itu, saya pasti semua orang dapat mematuhi peraturan di bengkel ini.Selain itu, saya juga memastikan pekerja- pekerja saya menggunakan mesin yang betul semasa melakukan kerja. Setiap kali mereka ingin menggunakan mesin seorang supervisor akan memerhatikan mereka melakukan kerja supaya kemalangan dapat dielakkan. Supervisor juga bertindak sebagai pengendali kepada mesin- mesin yang berada di dalam bengkel ini kerana mereka antara orang yang mahir dan berpengalaman. Mereka juga melatih pekerja- pekerja baharu untuk mengendalikan mesin- mesin dengan betul.Seterusnya, saya akan memastikan setiap alat dan mesin sentiasa diperiksa dan di selenggara untuk memastikan semua alatan dan mesin dalam keadaan selamat. Alatan yang rosak akan ditukar dengan alat yang baharu supaya kerja dapat dijalankan dengan selamat. Saya juga akan sentiasa memastikan pekerja saya memakai pakaian yang sesuai untuk melakukan kerja.Soalan: Bagaimanakah pengurusan dan organisasi di bengkel ini dijalankan?Jawapan :Organisasi yang digunakan mungkin juga sama seperti bengkel lain. Orang berada paling atas adalah saya sendiri selaku pemilik, dibantu oleh seorang kerani dan tiga orang fomen. Saya bertanggungjawab terhadap segala hal yang berlaku dan memastikan perniagaan berjalan lancar di samping memantau kerja-kerja yang dilakukan oleh para pekerja. Kerani pula melakukan tugas-tugas perkeranian termasuklah mengira stok dan inventori. Mekanik pula bertindak sebagai tenaga kerja pembaik pulih kenderaan pelanggan. Saya akan memastikan setiap kerja yang berlaku akan berjalan dengan lancar jika masing-masing melakukan tugas yang telah ditetapkan dengan sebaik mungkin dan tidak akan timbul masalah yang tidak diingini.