tingkah laku metakognitif dalam penyelesaian … hun sek.tp.pdfterlebih dahulu saya ungin...

31
TINGKAH LAKU METAKOGNITIF DALAM PENYELESAIAN MASALAH MATEMATIK YAP HUN SEK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: haque

Post on 23-Aug-2019

239 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: TINGKAH LAKU METAKOGNITIF DALAM PENYELESAIAN … Hun Sek.TP.pdfTerlebih dahulu saya ungin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan saya dan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga

TINGKAH LAKU METAKOGNITIF DALAM PENYELESAIAN MASALAH

MATEMATIK

YAP HUN SEK

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: TINGKAH LAKU METAKOGNITIF DALAM PENYELESAIAN … Hun Sek.TP.pdfTerlebih dahulu saya ungin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan saya dan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga

TINGKAH LAKU METAKOGNITIF DALAM PENYELESAIAN MASALAH

MATEMATIK

YAP HUN SEK

Laporan Projek Ini Dikemukakan

Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan

(Pendidikan Matematik)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

JUNE 2013

Page 3: TINGKAH LAKU METAKOGNITIF DALAM PENYELESAIAN … Hun Sek.TP.pdfTerlebih dahulu saya ungin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan saya dan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga
Page 4: TINGKAH LAKU METAKOGNITIF DALAM PENYELESAIAN … Hun Sek.TP.pdfTerlebih dahulu saya ungin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan saya dan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PSZ 19:16 (Pind.1/07)

DECLARATION OF THESIS / UNDERGRADUATE PROJECT PAPER AND COPYRIGHT

Author’s full name : YAP HUN SEK

Date of birth : 18 APRIL 1980

Title : TINGKAH LAKU METAKOGNITIF DALAM PENYELESAIAN MASALAH MATEMATIK

Academic Session : 2013 / 2014

I declare that this thesis is classified as :

CONFIDENTIAL (Contains confidential information under the Official Secret Act 1972)*

RESTRICTED

OPEN ACCESS

(Contains restricted information as specified by the organisation where research was done)* I agree that my thesis to be published as online open access (full text)

I acknowledged that Universiti Teknologi Malaysia reserves the right as follows :

1. The thesis is the property of Universiti Teknologi Malaysia. 2. The Library of Universiti Teknologi Malaysia has the right to make copies for the purpose of

research only. 3. The Library has the right to make copies of the thesis for academic exchange.

Certified by :

SIGNATURE SIGNATURE OF SUPERVISOR 800418-03-5418 PM DR. MD NOR BIN BAKAR

(NEW IC NO./ PASSPORT NO.) NAME OF SUPERVISOR

Date : 30 JUNE 2013 Date : 30 JUNE 2013

NOTES : * If the thesis is CONFIDENTIAL or RESTRICTED, please attach with the letter from the organisation with period and reasons for confidentiality or restriction.

Page 5: TINGKAH LAKU METAKOGNITIF DALAM PENYELESAIAN … Hun Sek.TP.pdfTerlebih dahulu saya ungin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan saya dan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga

ii

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan

(Pendidikan Matematik)”.

Tandatangan : ……………………………….

Nama Penyelia : PM DR. MD NOR BIN BAKAR

Tarikh : 30 JUNE 2013

Page 6: TINGKAH LAKU METAKOGNITIF DALAM PENYELESAIAN … Hun Sek.TP.pdfTerlebih dahulu saya ungin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan saya dan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga

iii

PENGHARGAAN

Dengan ini, saya amat bersyukur kerana saya dapat menyipakan dan menyempurnakan

tesis di peringkat sarjana ini.

Terlebih dahulu saya ungin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan saya dan ucapan

jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada penyelaras penulisan ini iaitu Prof Madya Dr.

Md Nor b. Bakar selaku penyelia atas segala bimbingan, tunjuk ajar, nasihat dan juga teguran

yang telah diberikan disepanjang proses menyiapkan tesis ini. Jasa Prof tidak dapat lupakan.

Selain itu, ribuan terima kasih juga kepada ahli keluarga, Yap Beng Ek, Koh Sian Sim,

Dii Yong Heng, Dii Louis Bin, Yap Weoi Sheng dan Wee Fei Ling yang telah member dorongan

dan sokongan tanpa mengira jemu dan penat lelah.

Akhir sekali, ribuan terima kasih kepada rakan-rakan, Mazlan b. Sariyeo, Hafizah bt.

Sabri, Nora bt. Mohd Asri dan Mastura bt. Yusoff yang telah memberi sumbangan idea-idea

serta tip-tip yang telah diberi amat berguna kepada saya untuk menyiapkan tesis ini.

Page 7: TINGKAH LAKU METAKOGNITIF DALAM PENYELESAIAN … Hun Sek.TP.pdfTerlebih dahulu saya ungin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan saya dan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga

iv

ABSTRACT

This study was conducted to identify the metacognitive behaviorism in mathematical

problem solving especially in Arithmetic Progression and Geometric Progression. The sample of

research consisted of 26 form 5 students from Sekolah Menengah Sains Sembrong, Kluang,

Johor Daul Ta’azim. In conducting this research, the data was collected through diagnostic test

and interviews. From the analyzed data, it is evident that students use metacognitive behavioral

skills at the most minimum, especially in additional mathematic on the topic of Arithmetic

Progression and Geometric Progression. It is now clear, based on this research, that majority of

the students faces problems in understanding the concept and requirements of the questions.

Based on the result, a suggestion could be developed on teaching and learning activities which

could combine metacognitive behaviors in the mathematical problem solving. This study is to

provide benefits to all parties especially to mathematic and additional mathematic teachers.

Page 8: TINGKAH LAKU METAKOGNITIF DALAM PENYELESAIAN … Hun Sek.TP.pdfTerlebih dahulu saya ungin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan saya dan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga

v

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti tingkah laku metakognitif dalam

penyelesaian masalah matematik terutamanya dalam tajuk Arithmetric Progression and

Geometric Progression. Sampel kajian ini melibatkan 26 orang pelajar di tingkatan lima

daripada Sekolah Menengah Sains Sembrong, Kluang, Johor Darul Ta’azim. Dalam menjalan

kajian ini, data dikumpul melalui ujian diagnostik dan juga temu bual. Hasil dapatan analisis

data menunjukkan bahawa pelajar menggunakan kemahiran tingkah laku metakognitif dalam

penyelesaian masalah matematik pada tahap minimum sahaja, terutama matematik tambahan

yang bertajuk Arithmetric Progression and Geometric Progression. Hasil daripada dapatan

kajian didapati bahawa majority pelajar mengalami masalah dalam kefahaman konsep dan

pemahaman soalan. Dengan demikian, satu cadangan dikemukakan bagi aktiviti pengajaran dan

pembelajaran yang menggabungkan tingkah laku metakognitif dalam penyelesaian masalah

matematik bagi tajuk Arithmetric Progression and Geometric Progression. Kajian ini

diharapkan memberi manfaat kepada semua pihak khasnya kepada guru matematik dan

matematik tambahan.

Page 9: TINGKAH LAKU METAKOGNITIF DALAM PENYELESAIAN … Hun Sek.TP.pdfTerlebih dahulu saya ungin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan saya dan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga

vi

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGAKUAN ii

PENGHARGAAN iii

ABSTRACT iv

ABSTRAK v

ISI KANDUNGAN vi

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI GAMBAR RAJAH xiv

SENARAI SINGKATAN xv

Page 10: TINGKAH LAKU METAKOGNITIF DALAM PENYELESAIAN … Hun Sek.TP.pdfTerlebih dahulu saya ungin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan saya dan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga

vii

1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.2.1 Mengapa Perlu Penyelesaian Masalah Dalam 4

Matematik?

1.2.2 Peranan Metakognitif Dalam Penyelesaian Masalah 5

1.2.3 Masalah-masalah Yang Dihadapi Oleh Guru dan 7

Pelajar

1.3 Pernyataan Masalah 7

1.4 Objektif Kajian 8

1.5 Persoalan Kajian 9

1.6 Kepentingan Kajian 10

1.7 Skop Kajian 12

1.8 Kesimpulan 12

2 KAJIAN LITERATUR 14

2.1 Pengenalan 14

Page 11: TINGKAH LAKU METAKOGNITIF DALAM PENYELESAIAN … Hun Sek.TP.pdfTerlebih dahulu saya ungin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan saya dan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga

viii

2.2 Perkembangan Pendidikan Matematik 16

2.3 Penyelesaian Masalah Matematik 17

2.3.1 Teori Pemprosesan Maklumat 18

2.3.1.1 Model Pemprosesan Maklumat 19

Atkinson & Shiffrin

2.3.1.2 Teori Pemprosesan Maklumat Sternberg 21

2.3.2 Perspektif Teori dan Kajian Penyelesaian Masalah 22

2.3.2.1 Teori Penyelesaian Masalah 22

2.3.2.2 Perspektif Kajian Penyelesaian Masalah 23

2.3.2.3 Aspek Kognitif Dalam Penyelesaian Masalah 24

2.4 Metakognitif 27

2.4.1 Komponen Metakognitif 27

2.4.2 Metakognitif Dalam Penyelesaian Masalah Matematik 28

2..4.2.1 Model Penyelesaian Masalah yang Menfokuskan 30

Strategi Metakognitif

2.4.2.2 Tingkah Laku Metakognitif Dalam Penyelesaian 32

Masalah Matematik

2.5 Kajian-kajian Lepas Yag Berkaitan 33

2.5.1 Kajian oleh Foong (1993) 33

2.5.2 Kajian oleh Zan (2000) 34

2.6 Masalah Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Matematik 35

2.6.1 Guru 35

2.6.1.1 Kaedah Pengajaran Matematik 36

2.6.1.2 Transformasi Pengajaran 37

Page 12: TINGKAH LAKU METAKOGNITIF DALAM PENYELESAIAN … Hun Sek.TP.pdfTerlebih dahulu saya ungin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan saya dan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga

ix

2.6.2 Pelajar 40

2.6.2.1 Kelemahan Kemahiran Asas Matematik 40

2.6.2.2 Kefahaman Konsep 41

2.6.3 Buku Teks 43

2.6.3.1 Teks 44

2.6.3.2 Gambar Rajah 45

2.6.3.3 Aktiviti Dalam Buku Teks 45

2.7 Kesimpulan 46

3 PENGKAEDAHAN 48

3.1 Pengenalan 48

3.2 Reka Bentuk Kajian 48

3.3 Subjek Kajian 50

3.4 Instrument Kajian 50

3.5 Tatacara Kajian 51

3.6 Andaian 52

3.7 Batasan Kajian 52

3.8 Analisis Data 53

Page 13: TINGKAH LAKU METAKOGNITIF DALAM PENYELESAIAN … Hun Sek.TP.pdfTerlebih dahulu saya ungin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan saya dan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga

x

4 ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN 54

4.1 Pengenalan 54

4.2 Skor Ujian Dan Pencapaian 55

4.3 Analisis Kesilpan Berdasarkan Ujian Diagnostik 57

4.4 Analisis Kesilapan Berdasarkan Soalan 58

4.5 Dapatan Temu Bual 62

4.5.1 Analisis Temu Bual Mengikut Soalan 63

4.5.2 Soalan 1 63

4.5.3 Soalan 2 64

4.5.4 Soalan 3 65

4.5.5 Soalan 4 66

4.5.6 Soalan 5 67

4.5.7 Soalan 6 68

4.6 Rumusan 69

Page 14: TINGKAH LAKU METAKOGNITIF DALAM PENYELESAIAN … Hun Sek.TP.pdfTerlebih dahulu saya ungin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan saya dan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga

xi

5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 71

5.1 Pengenalan 71

5.2 Perbincangan 73

5.2.1 Jenis kesilapan Kefahaman Konsep 73

5.2.2 Jenis Kesilapan Penggunaan Hukum AP dan GP 74

5.2.3 Jenis Kesilpan Pemahaman Soalan 74

5.2.4 Jenis Kesilapan Kecuaian Semasa Pengiraan 75

5.2.5 Peranan dan Kepentingan Tingkah Laku Metakognitif 76

Dengan Proses Penyelesaian Masalah

5.3 Implikasi Kajian 77

5.4 Cadangan Kajian 78

5.5 Tingkah Laku Metakognitif Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 79

Matematik

5.5.1 Persediaan Guru 80

5.5.2 Pembaharuan Kurikulum 81

5.5.3 Pembangunan Profesional Yang Berterusan 82

5.5.4 Sumber Bahan 82

5.5.5 Penilaian Untuk Kemahiran Teknik Berfikir 83

5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 83

5.7 Kesimpulan 84

5.8 Penutup 86

Page 15: TINGKAH LAKU METAKOGNITIF DALAM PENYELESAIAN … Hun Sek.TP.pdfTerlebih dahulu saya ungin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan saya dan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga

xii

RUJUKAN 89

Soalan Diagnostik 96

Soalan Temu Bual 97

Penilaian Kendiri Guru 98

Rekod Mengajar Guru Matematik Tambahan SM Sains Sembrong 99

Page 16: TINGKAH LAKU METAKOGNITIF DALAM PENYELESAIAN … Hun Sek.TP.pdfTerlebih dahulu saya ungin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan saya dan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga

xiii

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK HALAMAN

Jadual 2.1 Model Penyelesaian Masalah (De Corte, 2003) 31

Jadual 4.1 Taburan Markah Ujian Diagnostik Mengikut Responden 56

Jadual 4.2 Taburan Kesilapan Yang Dilakukan Oleh Pelajar Dalam 57

Ujian Diagnostik

Jadual 4.3 Taburan Kesilapan Yang Dilakukan Oleh Pelajar Berdasarkan 59

Soalan 1

Jadual 4.4 Taburan Kesilapan Yang Dilakukan Oleh Pelajar Berdasarkan 59

Soalan 2

Jadual 4.5 Taburan Kesilapan Yang Dilakukan Oleh Pelajar Berdasarkan 60

Soalan 3

Jadual 4.6 Taburan Kesilapan Yang Dilakukan Oleh Pelajar Berdasarkan 61

Soalan 4

Jadual 4.7 Taburan Kesilapan Yang Dilakukan Oleh Pelajar Berdasarkan 61

Soalan 5

Page 17: TINGKAH LAKU METAKOGNITIF DALAM PENYELESAIAN … Hun Sek.TP.pdfTerlebih dahulu saya ungin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan saya dan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga

xiv

SENARAI RAJAH

NO RAJAH TAJUK HALAMAN

Rajah 2.1 Peta Konsep Kajian 15

Rajah 2.2(a) Model Pemprosesan Maklumat Atkinson & Shiffrin 19

Rajah 2.2 (b) Struktur Memori 20

Rajah 2.2 (c) Tiga Komponen Dalam Teori Pemprosesan Maklumat 21

Sternberg

Rajah 2.3 (a) Carta Metakognitif 28

Rajah 3.1 Tatacara Kajian 51

Page 18: TINGKAH LAKU METAKOGNITIF DALAM PENYELESAIAN … Hun Sek.TP.pdfTerlebih dahulu saya ungin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan saya dan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga

xv

SENARAI SINGKATAN

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

FPK - Falsafah Pendidikan Kebangsaan

SPM - Sijil Penilaian Malaysia

KBKK - Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kritis

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

AP - Arithmetic Progression

GP - Geometric Progression

Page 19: TINGKAH LAKU METAKOGNITIF DALAM PENYELESAIAN … Hun Sek.TP.pdfTerlebih dahulu saya ungin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan saya dan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

”Pendidikan di Malaysia adalah usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi

potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan

harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan

kepada Tuhan. Usaha ini adalah melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,

berketrampilan, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi

sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara” (Abu Hassan,

1997:57). Untuk menjayakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang telah digubalkan ini, para

pendidik dan para pendidik dan para pelajar perlu memainkan peranan yang amat penting.

Dalam perkembangan pendidikan matematik yang terkini, penyelesaian masalah

semakin diambil berat dan ditekankan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. NCTM

(2000) dalam Piawai Kurikulum dan Penilaian Sekolah Matematik telah meletakkan

penyelesaian masalah sebagai visi utama pendidikan matematik di samping penaakulan,

komunikasi dan perkaitan. Penyelesaian masalah adalah satu proses yang kompleks yang

melibatkan pelbagai operasi kognitif seperti mengumpul dan menapis maklumat, strategik

heuristik, metakognitif (Garofalo & Lester, 1985; Schoenfeld, 1994 dan De Corte, 1995).

Page 20: TINGKAH LAKU METAKOGNITIF DALAM PENYELESAIAN … Hun Sek.TP.pdfTerlebih dahulu saya ungin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan saya dan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga

2

Perkembangan teori pembelajaran telah banyak mempengaruhi perkembangan

kurikulum. Secara amnya, perkembangan kurikulum ini dapat dilihat dalam dua perspektif, iaitu

berorientasikan teori tingkah laku dan satu lagi ialah berorientasikan sains kognitif. Selari

dengan perkembangan dunia, perkembangan kurikulum di Malaysia juga dipengaruhi oleh dua

perspektif ini. Dalam pendidikan matematik Malaysia, kurikulum sekolah menengah yang pada

mulanya berorientasikan kepada objektif tingkah laku telah berkembang ke arah yang sehaluan

dengan sains kognitif. Ini boleh dikatakan teori pembelajaran telah berubah daripada

behaviorisme kepada kognitivisme (PPK, 2001).

Teori behaviorisme telah diperkenalkan oleh Edward Thorndike, B.F. Skinner dan John

B. Watson. Mereka tidak mementingkan struktur mental yang melibatkan pemikiran, idea, dan

imej dalam minda individu diwakili melalui struktur mental yang dikenali sebagai skema.

Dengan ini, pembelajaran tidak berlaku dengan cara penyerapan dan penerimaan sahaja, tetapi

pelajar akan memperkembangkan aktiviti mental, dan seterusnya dapat membina ilmu sendiri.

Anjakan paradigma ini dapat dilihat pada kurikulum matematik yang dilaksanakan

sebelum tahun 70an, yang pada keseluruhan berasaskan kepada objektif tingkah laku.

Pengajaran matematik hanya berfokus kepada hasil pemikiran matematik dan bukan proses

pemikiran matematik (Noor Azlan, 1995). Berikutan dengan reformasi pendidikan, matematik

moden telah ditekankan pada awal 70an yang merangkumi tajuk moden seperti set, statistik,

matriks dan vektor. Guru digalakkan menggunakan kaedah inkuiri dalam pengajaran dan

pembelajaran, dan pelajar telah didedahkan kepada proses matematik. Matematik KBSR/KBSM

telah diperkenalkan untuk mengimbangi antara kefahaman konsep dan penguasaan kemahiran

asas matematik. Matlamat Pendidikan Matematik adalah untuk memperkembangkan pemikiran

mantik, analitis, bersistem dan kritis, kemahiran penyelesaian masalah serta kebolehan

menggunakan ilmu pengetahuan matematik supaya individu dapat berfungsi dalam kehidupan

seharian dengan berkesan .

Manakala, matlamat Kurikulum Matematik Sekolah Menengah yang disemak semula

pula bertujuan untuk membentuk individu yang berpemikiran matematik dan berketrampilan

mengaplikasikan pengetahuan matematik dengan berkesan dan bertanggungjawab dalam

menyelesaikan masalah dan membuat keputusan serta berupaya menangani cabaran dalam

kehidupan harian yang bersesuaian dengan perkembangan sains dan teknologi (KPM, 2000).

Page 21: TINGKAH LAKU METAKOGNITIF DALAM PENYELESAIAN … Hun Sek.TP.pdfTerlebih dahulu saya ungin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan saya dan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga

3

Dengan ini, banyak kajian dan penyelidikan matematik telah semakin memberi fokus

kepada ’proses pembelajaran’, dan penyelesaian masalah adalah suatu proses pembelajaran yang

paling jelas dan utama dalam pendidikan matematik (Schoenfeld, 1994). Manakala isu

metakognitif adalah suatu unsur yang perlu diberi penekanan dalam proses penyelesaian masalah

untuk menjamin kejayaan.

1.2 Latar Belakang Masalah

Dalam pendidikan matematik, proses penyelesaian masalah masih kurang

didedahkan kepada pelajar di negara kita (Poon, 2003). Dalam kajian Poon telah didapati

kebanyakan guru masih menggunakan pendekatan tradisional dalam pengajaran dan

pembelajaran matematik dan hanya mengutamakan penyelesaian masalah rutin, iaitu hanya

melibatkan kemahiran algoritma. Ini telah banyak mengabaikan perkembangan kognitif terutama

pemikiran matematik.

Di luar negara pula, perspektif guru terhadap penyelesaian masalah dalam matematik

pun masih kabur. Ia masih perlu digalakkan dan diperkembangkan lagi dalam pengajaran dan

pembelajaran matematik. Kenyataan ini dapat disokong oleh kajian Foong et al. (2001) yang

menyatakan bahawa guru masih kurang tumpu perhatian dalam penyelesaian masalah. Dengan

ini, pelajar masih kurang mampu menyelesaikan masalah matematik dengan baik, malah mereka

menganggap ianya sukar dan tidak yakin untuk menghadapinya.

Seperti mana apa yang telah dinyatakan dalam kajian lepas, metakognitif adalah satu

aspek penting untuk menentukan kejayaan atau kegagalan penyelesaian masalah. Akan tetapi,

terdapat banyak kajian yang menyatakan pelajar masih kurang didedahkan dan lemah dalam

kemahiran metakognitif ini (Zan, 2000; De Corte et al., 2003). Kelemahan dalam kemahiran

metakognitif akan mempengaruhi pencapaian dalam metamatik terutama dalam penyelesaian

masalah matematik, walaupun pelajar tersebut mempunyai keupayaan dan potensi dalam bidang

ini.

Page 22: TINGKAH LAKU METAKOGNITIF DALAM PENYELESAIAN … Hun Sek.TP.pdfTerlebih dahulu saya ungin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan saya dan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga

4

Pernyataan NCTM (1989, 1991, 2000) sangat menekankan konteks penyelesaian

masalah dalam kurikulum matematik. Untuk mengikut perkembangan ini, matlamat pendidikan

matematik di Malaysia pun mulai menuju ke arah ini (PPK, 2001). Maka, perlulah kita meninjau

mengapa penyelesaian masalah sangat dipentingkan, apa peranan metakognitif dalam

penyelesaian masalah ini, dan apakah masalah yang dihadapi oleh guru dan pelajar semasa

mengaplikasikan kemahiran metakognitif dalam proses penyelesaian masalah.

Selain itu, masalah yang sering dialami oleh para pelajar ialah kekurangan buku-buku

atau bahan rujukan yang menekan tingkah laku metakognitif dalam penyelesaian masalah

matematik untuk dijadikan bahan bacaan atau untuk dirujuk. Buku-buku dan bahan rujukan yang

ada di pasaran pada masa kini kurang melibatkan para pelajar dalam P & P kerana kebanyakan

para pelajar ’disuap’ ilmu pengetahuan oleh para pendidik tanpa melibatkan para pelajar dengan

kemahiran metakognitif. Ini adalah tidak selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan

Kebangsaan yang ingin melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,

bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan

terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

1.2.1 Mengapa Perlu Penyelesaian Masalah Dalam Matematik?

Strategi dan kaedah penyelsaian perlu ditentukan terlebih dahulu sebelum melaksanakan

kerja penyelesaian. Maka, penyelesaian masalah merupakan proses yang terancang untuk

mencapai tujuaan yang dikehendaki dalam suatu masalah dengan menggunakan pengetahuan

dan pengalaman yang telah diperolehi (Schoenfeld, 1985, 1994). Semasa membuat perancangan,

pelajar perlu menggunakan pengetahuan matematik serta menentukan beberapa strategi seperti

yang dikemukakan dalam model Polya yang boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah.

Dalam kehidupan harian, kita sering menghadapi pelbagai jenis masalah dan

penyelesaian masalah itu dapat membantu kita berfungsi dengan lebih berkesan. Oleh yang

demikian, kemahiran penyelesaian masalah merupakan suatu perkara yang asas dalam

Page 23: TINGKAH LAKU METAKOGNITIF DALAM PENYELESAIAN … Hun Sek.TP.pdfTerlebih dahulu saya ungin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan saya dan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga

5

kehidupan kita. Maka dengan mengajar kemahiran penyelesaian masalah dalam matematik, ini

akan membantu pelajar kita (PPK, 2001b);

(a) Memperkembangkan konsep matematik;

(b) Menghubungkaitkan kemahiran metematik;

(c) Memindahkan kemahiran matematik kepada kehidupan harian sebenar;

(d) Memperkembangkan kemahiran berkomunikasi secara matematik;

(e) Berfikir dan dapat menyelesaikan masalah secara berkesan serta berupaya membuat

keputusan;

(f) Memupuk semangat ingin tahu dan membina sikap pembelajaran kendiri;

(g) Mampu merancang langkah-langkah penyelesaian yang tepat apabila berhadapan

dengan sesuatu masalah;

(h) Memberi keseronokan dan kepuasan kepada pelajar apabila berjaya menyelesaikan

masalah kerana aktiviti itu melibatkan interaksi seimbang antara proses kognitif,

afektif dan psikomotor.

Selain daripada itu, Foong et al. (2001) telah menyatakan bahawa penyelesaian masalah

merupakan suatu proses sense-making untuk pelajar memahami pembelajaran matematik.

Dengan ini, pelajar akan menjadi lebih kritis dan kreatif, dan akan berusaha sendiri untuk

mencari cara-cara penyelesaian alternatif. Tambahan pula, ini akan mendedahkan pelajar supaya

dapat mempertimbangkan dan menghayati apa yang dibuat dan difikir semasa ahli matematik

alami dalam aktiviti meraka.

1.2.2 Peranan Metakognitif Dalam Penyelesaian Masalah

Manusia boleh mengubah pola pemikiran dan tingkah laku mereka untuk mencapai

tahap keberkesanan yang lebih tinggi apabila mereka berhadapan dengan keadaan yang asas atau

hampir sama paada masa hadapan. Produktiviti dan kualiti boleh dikawal sekiranya seseorang

memberi tumpuan kepada aspek metakognitif apabila menjalankan sesuatu tugas. Perubahan

seperti ini dikenali sebagai perubahan berfungsi (Nik Aziz, 1992). Satu aspek utama

metakognitif ialah proses penyesuaian diri, iaitu pengetahuan tentang bila sesuatu cara bekerja

Page 24: TINGKAH LAKU METAKOGNITIF DALAM PENYELESAIAN … Hun Sek.TP.pdfTerlebih dahulu saya ungin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan saya dan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga

6

atau bertindak sudah tidak lagi produktif, dan oleh itu adalah munasabah untuk menggunakan

cara yang lain (Nik Aziz, 1992).

Schoenfeld (1994), De Corte et al., (2003), dan ramai penyelidik lagi telah menjelaskan

bahawa metakognitif merupakan satu unsur penting dalam penyelesaian masalah. Pelajar perlu

menilai kemampuan mereka dalam melaksanakan tugas yang kompleks, dan memikirkan cara

kerja alternatif apabila cara kerja yang sedang digunakan kelihatan kurang produktif atau

berkesan.

Daripada hasil kajian penyelidikan di atas, dapat dirumuskan bahawa jika seseorang

pelajar mahir dalam aspek metakognitif, secara umumnya dia akan dapat menjalankan beberapa

kemahiran metakognitif dalam proses penyelesaian masalah iaitu:

(a) Mengenalpasti dan menakrif masalah;

(b) Mewakilkan masalah dalan perwakilan mental;

(c) Membuat perancangan yang strategik;

(d) Menetapkan matlamat yang jelas;

(e) Memilih dan melaksanakan strategi;

(f) Mengawasi proses perlaksanaan;

(g) Menggunakan maklum balas;

(h) Menilai hasil kerja secara sistematik

Dengan adanya langkah-langkah ini, seseorang akan dapat melaksanakan proses

penyelesaian masalah dengan terekawal dan berkesan. Seperti mana yang dinyatakan oleh

penyelidik-penyelidik yang telah dibincangkan, kejayaan atau kegagalan penyelesaian masalah

pelajar adalah bergantung kepada kecerdasan metekognitif seseorang itu. Seterusnya ia akan

dapat meningkatkan pencapaian prestasi pelajar samada dalam bidang matematik ataupun bidang

yang lain.

Page 25: TINGKAH LAKU METAKOGNITIF DALAM PENYELESAIAN … Hun Sek.TP.pdfTerlebih dahulu saya ungin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan saya dan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga

7

1.2.3 Masalah-masalah Yang Dihadapi Oleh Guru Dan Pelajar

Walaupun kita sebagai penyelidik, pendidik ataupun pelajar telah menyedari dan

percaya kepentingan metakognitif dalam penyelesaian masalah, tetapi ia masih didapati dalam

tahap minimum atau masih perlu diperkembangkan dalam pendidikan matematik (Zan, 2000).

Berdasarkan beberapa kajian yang lepas seperti Zan (2000), De Corte et al. (2003), dan

sebagainya, masalah yang dihadapi untuk mengintegrasikan kemahiran metakognitif dalam

proses penyelesaian masalah adalah seperti berikut:

(a) Guru kekurangan maklumat tentang bagaimana mengajar penyelesaian masalah

terutama melibatkan kemahiran metakognitif;

(b) Pelajar selalu lebih berminat mempelajari ’masalah’ untuk menghadapi peperiksaan;

(c) Pelajar amat sukar untuk memahami dan memperkembangkan kemahiran

pemantauan;

(d) Guru dan pelajar masih kurang persediaan untuk bertukar kepada pengajaran dan

pembelajaran yang lebih berkesan dan aktif;

(e) Guru selalu kurang sedar dan tidak dapat mengesan pelajar yang tidak berminat

tentang pembelajaran;

(f) Pelajar kekurangan latihan untuk menggunakan dan mempelajari strategi yang

berkesan;

(g) Masalah kekurangan masa.

Dengan ini, guru perlu mengambil perhatian terhadap masalah yang wujud dan

memberi lebih usaha untuk membantu pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran penyelesaian

masalah supaya aspek metakognitif dapat sentiasa diberi perhatian.

1.3 Pernyataan Masalah

Seperti mana yang telah dibincangkan, pelajar yang lemah dalam penyelesaian

Page 26: TINGKAH LAKU METAKOGNITIF DALAM PENYELESAIAN … Hun Sek.TP.pdfTerlebih dahulu saya ungin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan saya dan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga

8

masalah bukan kerana mereka tiada pengetahuan untuk menyelesaikan masalah, tetapi sebab

utamanya ialah mereka kekurangan pengetahuan dan kemahiran metakognitif untuk

menguruskan pemikiran mereka. Schoenfeld (1987) dan Zan (2000) serta penyelidik-penyelidik

yang lain telah mendapati bahawa pelajar mempunyai pengetahuan yang diperlukan untuk

menyelesaiakan masalah tetapi gagal menggunakannya dengan betul kerana kekurangan

kemahiran metakognitif.

Dalam perbincangan yang lepas (Schoenfeld, 1994; Tan, 2004), ramai penyelidik

berpendapat bahawa metakognitif adalah merupakan suatu aspek penting untuk meningkatkan

prestasi, terutama dalam pencapaian penyelesaian masalah matematik. Sejak kebelakangan ini,

aspek metakognitif telah semakin diberi perhatian dan dapat dikaji oleh penyelidik-penyelidik

tertentu.

Berdasarkan fenomena-fenomena dan dapatan-dapatan tersebut, pengkaji telah membuat

kajian untuk mengesan dan memahami tingkah laku metakognitif yang ditunjukkan oleh pelajar

semasa mereka menyelesaikan masalah berpandukkan modul pengajaran kendiri. Ini bukan

sahaja dapat membimbing pelajar ke arah menyelesaikan masalah sendiri, tetapi juga dapat

memberi pendedahan yang berguna kepada guru-guru terhadap kewujudan dan kepentingan

metakognitif dalam proses penyelesaian masalah pelajar.

1.4 Objektif Kajian

Objektif utama kajian ini adalah untuk mengkaji jenis tingkah laku metakognitif pelajar

yang wujud semasa pelajar menjalankan proses penyelesaian masalah matematik. Berdasarkan

persoalan kajian, objektif-objektif spesifik kajian ini adalah:

(a) Menentukan tingkah laku metakognitif pelajar dalam penyelesaian masalah

matematik.

(b) Mengenal pasti kesilapan pelajar dalam menjawab soalan di bawah topik Aritmetric

Progression and Geometric Progression.

Page 27: TINGKAH LAKU METAKOGNITIF DALAM PENYELESAIAN … Hun Sek.TP.pdfTerlebih dahulu saya ungin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan saya dan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga

9

(c) Mengenalpasti masalah yang dapat mempengaruhi pelajar semasa menggunakan

tingkah laku metakognitif ketika menyelesaikan masalah matematik.

(d) Mencadangkan satu contoh P&P yang menggabungkan kemahiran metakognitif

dalam penyelesaian masalah matematik.

1.5 Persoalan kajian

Kajian ini adalah untuk mengkaji jenis tingkahlaku metakognitif semasa pelajar

menyelesaikan masalah matematik dengan berdasarkan model penyelesaian masalah De Corte

(sila rujuk Rajah 2.1). Pengkaji telah mengkaji apa jenis tingkah laku metakognitif yang telah

wujud dan bagaimana pelajar menggunakannya dalam proses penyelesaian masalah. Pengkaji

juga telah meninjau sejauh mana pola metakognitif ini akan saling berhubungkait dalam proses

penyelesaian masalah, dan masalah yang telah dihadapi oleh pelajar dalam perjalanan proses ini.

Dalam kajian ini, pengkaji telah mengumpul maklumat dan mengesan apakah jenis

tingkahlaku metakognitif yang terlibat dalam setiap fasa dalam model De Corte semasa pelajar

menyelesaikan masalah matematik. Taksonomi tingkahlaku metakognitif dalam kajian Foong

(1993) telah digunakan untuk mengenalpasti dan mengekodkan jenis tingkah laku metakognitif

yang terlibat.

Persoalan-persoalan utama bagi kajian ini adalah untuk menentukan:

(a) Apakah tingkah laku metakognitif pelajar dalam penyelesaian masalah matematik?

(b) Apakah kesilapan yang sering dilakukan oleh pelajar dalam menjawab soalan dalam

topik Aritmetric Progression and Geometric Progression?

(c) Apakah masalah yang dapat mempengaruhi pelajar semasa menggunakan tingkah

laku metakognitif ketika menyelesaikan masalah matematik?

(d) Apakah contoh P&P yang menggabungkan kemahiran metakognitif dalam

penyelesaian masalah matematik?

Persoalan di atas telah mendorong pengkaji melaksanakan satu kajian untuk

Page 28: TINGKAH LAKU METAKOGNITIF DALAM PENYELESAIAN … Hun Sek.TP.pdfTerlebih dahulu saya ungin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan saya dan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga

10

mengenalpasti jenis tingkah laku metakognitif dan kaitanya dalam proses penyelesaian masalah

serta masalah yang telah mempengaruhi pelajar menggunakan tingkah laku metakognitif ini.

1.6 Kepentingan Kajian

Matlamat utama matematik KBSM adalah untuk memperkembangkan pemikiran

matematik pelajar dan menitikberatkan konteks penyelesaian masalah dalam pengajaran dan

pembelajaran matematik. Ini selaras dengan matlamat NCTM dan perkembangan dunia. Kajian

ini juga berhasrat sedemikian supaya sedikit sebanyak dapat memenuhi matlamat matematik

KBSM, iaitu menitikberatkan konteks penyelesaian masalah demi kebaikan pelajar sendiri dan

kemajuan negara.

Berpandukan kepada persoalan kajian dan objektif kajian, ini mendedahkan tingkah laku

metakognitif yang memainkan peranan yang penting dalam proses penyelesaian masalah kepada

guru. Guru-guru akan dapat melihat dan meninjau bagaimana tingkah laku metakognitif ini

berfungsi dalam penyelesaian masalah. Di samping itu, perkaitan antara pola tingkah laku

dengan 5 fasa dalam model De Corte juga akan memberi suatu rujukan yang baik dan berguna

kepada guru-guru akan dapat menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran serta

strategi-strategi yang sesuai dan berkesan untuk mencungkil kemahiran metakognitif supaya

pelajar dapat menyelsaikan masalah matematik dengan berjaya.

Selain daripada itu, dengan adanya rekod kewujudan pola tingkah lau metakognitif ini,

guru yang kreatif dan proaktif akan dapat membina dan mereka suatu model pengajaran dan

pembelajaran matematik yang berkesan untuk pelajar kita. Guru juga boleh mereka modul atau

program pembelajaran sendiri yang berkesan berpandukan kepada kemahiran metakognitif dan

model yang sesuai dalam penyelesaian masalah matematik. Dengan ini, pelajar akan dapat

mempelajari dengan kehendak dan kemampuan sendiri supaya mencapai kejayaaan pada akhir

pembelajaran. Ini merupakan satu pendekatan yang telah diutarakan dalam matlamat utama

sekolah bestari.

Page 29: TINGKAH LAKU METAKOGNITIF DALAM PENYELESAIAN … Hun Sek.TP.pdfTerlebih dahulu saya ungin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan saya dan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga

11

Daripada maklumat yang melibatkan perkaitan antara jenis tingkah laku metakognitif

dengan pencapaian penyelesaian masalan matematik, guru akan dapat mengesan kelemahan dan

kekuatan pelajar semasa menyelesaikan masalah matematik. Dengan ini, guru akan lebih

memahami pemikiran pelajar dan dapat memberi bimbingan dan panduan yang dapat menepati

kehendak dan kekurangan pelajar dengan lebih berkesan dab berhasil.

Dengan mengetahui masalah yang dihadapi oleh pelajar semasa mempamerkan tingkah

laku metakognitif dalam proses penyelesaian masalah matematik, guru mungkin dapat

mengubahsuai pengajaran dan pembelajaran dan dapat membimbing pelajar kita untuk

menghadapi masalah tertentu. Pelajar akan dapat bimbingan yang sepatutnya serta berkesan

untuk mencapai pembelajaran bermakna.

Bagi guru yang ingin membuat kajian yang berkaitan dengan isu metakognitif dalam

proses penyelesaian masalah, kajian ini juga boleh memberi suatu pendedahan dan cadangan

kepada guru berkenaan. Ini akan dapat memberi suatu haluan supaya guru dapat

memperkembangkanya dengan lebih menyeluruh serta produktif, dan bermanfaat kepada

pendidikan matematik. Ini bukan terhad kepada guru matematik sahaja, guru-guru matapelajaran

lain, pereka kurikulum, ahli pendidikan atau penulis buku teks juga boleh mempertimbangkan

pola tingkah laku metakognitif dan kepentingannya dalam pengajaran dan pembelajaran, dan

diharapkan ia dapat diintepretasikan serta diintegrasikan dalam bidang-bidang mereka.

Secara tidak langsung, ini juga akan memberi peluang kepada bidang-bidang lain

tentang kepentingan metakognitif dalam kehidupan harian kita. Perkembangan metakognitif

akan menjadikan seseorang dapat menyelesaikan masalah harian dengan teratur, terkawal dan

berkesan. Ini akan dapat menyediakan bentuk tenaga kerja yang dikehendaki oleh negara untuk

menangani perubahan dan perkembangan dalam segala aspek di dunia ini.

Page 30: TINGKAH LAKU METAKOGNITIF DALAM PENYELESAIAN … Hun Sek.TP.pdfTerlebih dahulu saya ungin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan saya dan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga

12

1.7 Skop Kajian

Kajian ini adalah terbatas kepada 26 orang pelajar Tingkatan Lima di Sekolah

Menengah Sains Sembrong, Kluang Johor sebagai sampel. Kebolehpercayaan kajian ini

bergantung kepada kejujuran pelajar tersebut semasa menjawab soalan diagnostik yang

diberikan iaitu diharapkan pelajar menjawab soalan tersebut dengan menggunakan kefahaman

yang mereka ada tanpa meniru rakan atau mana-mana sumber rujukan yang lain. Faktor jantina,

anutan agama dan bangsa adalah berada diluar kawalan kajian ini. Kajian ini hanya menguji

tingkahlaku metakognitif pelajar dalam penyelesaian masalah matematik yang bertajuk

Aritmetric Progression and Geometric Progression.

Selain daripada itu, pengkaji juga dijangka akan berhadapan dengan kekangan-kekangan

diluar jangkaan iaitu responden tidak menjawab semua soalan yang diuji dan secara tidak

langsungnya pengkaji akan menghadapi masalah dalam mengumpul data penguasaan dan

mengenal pasti kesilapan yang dilakukan oleh mereka. Selain itu, kekangan lain yang bakal

wujud ialah responden tidak serius semasa menjawab soalan yang diberikan dan menyebabkan

pelajar tidak menunjukkan tahap penguasaan tingkah laku metakognitif dalam penyelesaian

masalah matematik mereka yang sebenar dalam topik Aritmetric Progression and Geometric

Progression.

1.8 Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya, salah satu sebab utama topik Aritmetric Progression and

Geometric Progression dipilih dalam mengenal pasti tingkah laku metakognitif dalam

penyelesaian masalah matematik kerana pengkaji telah mengkaji soalan-soalan SPM dari tahun

2005 – 2012, didapati soalan-soalan yang ditanya dalam SPM bagi topik adalah berbentuk terus

kepada formula, pelajar tidak perlu melibatkan tingkah laku metakognitif dalam penyelesaian

masalah.

Page 31: TINGKAH LAKU METAKOGNITIF DALAM PENYELESAIAN … Hun Sek.TP.pdfTerlebih dahulu saya ungin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan saya dan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga

13

Seperti yang telah dibincangkan, masalah yang sering dialami oleh para pelajar dan para

guru ialah kekurangan pendedahan terhadap tingkah laku metakognitif dalam penyelesaian

masalah matematik di kalangan pelajar dalam proses P & P.

Konsep-konsep dan kefahaman terhadap soalan sangat penting memandangkan ianya

mempunyai perhubungan dalam penggunaan harian, bukan semata-mata untuk mendapat

keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan sahaja. Dengan penguasaan tingkah laku

metakognitif dalam penyelesaian masalah matematik ini, pelajar bukan sahaja dapat

meningkatkan keyakinan diri untuk mempelajari mata pelajaran matematik atau matematik

tambahan, malah mereka juga akan menggunakan konsep tersebut dalam bidang pekerjaan nanti.

Jadi, demi melahirkan generasi muda yang selaras dengan kehendak Falsafah

Pendidikan Kebangsaan kajian yang ini diharapkan dapat membantu para guru untuk

menggalakkan tingkah laku meakognitif pelajar dalam penyelesaian masalah matematik.

Segala aktiviti P & P haruslah melibatkan setiap pelajar secara aktif. Kini, kesedaran

telah timbul di kalangan guru sama ada di peringkat Sekolah Rendah, Sekolah Menengah atau di

Institusi Tinggi untuk melaksanakan pengajaran yang melibatkan tingkah laku metakognitif

dalam penyelesaian masalah matematik.

Oleh itu, tingkah laku metakognitif dalam penyelesaian masalah matematik adalah perlu

untuk digunakan dalam proses P & P supaya dapat meningkatkan keberkesanan KBSM di semua

peringkat.