lampiran k traskrip temu bual usahawan berjaya usahawan pertama

102
330 LAMPIRAN K TRASKRIP TEMU BUAL USAHAWAN BERJAYA USAHAWAN PERTAMA DATO’ ALIFF SYUKRI BIN KAMARZAMAN TARIKH TEMU BUAL: 5 MEI 2012 BIODATA PERIBADI: Umur : 25 Tahun Asal : Klang, Selangor Pendidikan Tertinggi : A-Level, Kolej Taylor Status Perkahwinan : Berkahwin Bilangan Anak : Tiga orang Alamat Premis Perniagaan : D’Herbs Healthy Sdn Bhd No 34, Jln BRP 1/1 Bukit Rahman Putera Sungai Buloh, Selangor. KANDUNGAN TEMU BUAL TEMA LATAR BELAKANG DAN PENGALAMAN PERNIAGAAN: Boleh Dato’ Syukri terangkan serba sedikit berkaitan latar belakang dan pengalaman perniagaan? Insya Allah, boleh. Ibu bapa saya juga usahawan. Saya anak ke-tiga daripada enam orang adik beradik. Saya mula berniaga waktu usia muda iaitu semenjak saya darjah satu lagi. Saya tinggal dengan nenek. Kadang kala, saya tidak cukup duit, jadi saya jual kacang dan jeruk di sekolah. Apabila saya berada di sekolah menengah, dunia perniagaan sudah menjadi rutin hidup saya,

Upload: danganh

Post on 06-Feb-2017

598 views

Category:

Documents


55 download

TRANSCRIPT

Page 1: lampiran k traskrip temu bual usahawan berjaya usahawan pertama

330

LAMPIRAN K

TRASKRIP TEMU BUAL USAHAWAN BERJAYA

USAHAWAN PERTAMA

DATO’ ALIFF SYUKRI BIN KAMARZAMAN

TARIKH TEMU BUAL: 5 MEI 2012

BIODATA PERIBADI:

Umur : 25 Tahun

Asal : Klang, Selangor

Pendidikan Tertinggi : A-Level, Kolej Taylor

Status Perkahwinan : Berkahwin

Bilangan Anak : Tiga orang

Alamat Premis Perniagaan : D’Herbs Healthy Sdn Bhd

No 34, Jln BRP 1/1

Bukit Rahman Putera

Sungai Buloh, Selangor.

KANDUNGAN TEMU BUAL

TEMA

LATAR BELAKANG DAN PENGALAMAN PERNIAGAAN:

Boleh Dato’ Syukri terangkan serba sedikit berkaitan latar

belakang dan pengalaman perniagaan?

Insya Allah, boleh. Ibu bapa saya juga usahawan. Saya anak ke-tiga

daripada enam orang adik beradik.

Saya mula berniaga waktu usia muda iaitu semenjak saya darjah satu

lagi. Saya tinggal dengan nenek. Kadang kala, saya tidak cukup duit,

jadi saya jual kacang dan jeruk di sekolah. Apabila saya berada di

sekolah menengah, dunia perniagaan sudah menjadi rutin hidup saya,

Page 2: lampiran k traskrip temu bual usahawan berjaya usahawan pertama

331

saya berniaga aksesori wanita seperti kerongsang, tudung dan

sebagainya.

Semasa bersekolah, saya tidak suka membaca buku. Jadi, ibu

menghantar saya menyambung pengajian di Kolej Taylor dengan

mengambil pengajian A-Level tetapi saya tidak dapat menghabiskan

pengajian saya. Sejak itu, saya mula berfikir. Saya perlu bekerja

keras kerana saya tidak mempunyai latar belakang pendidikan tinggi.

Pada suatu ketika, saya pernah bekerja dari pukul sembilan hingga

enam petang. Keadaan itu amat menyiksakan bagi saya.

Sememangnya apabila kita bekerja dengan orang di pejabat sama ada

sektor kerajaan ataupun swasta, risikonya kurang berbanding

menjalankan perniagaan. Setiap hujung bulan, sudah tentu kita akan

mendapat gaji. Setiap bulan, majikan akan membuat potongan

PERKESO, KWSP dan sebagainya. Bagi anda yang mempunyai

pendidikan tinggi, tidak mengapalah. Sudah tentu anda akan

mendapat gaji yang setimpal dengan pendidikan anda. Tetapi bagi

saya yang cuma ada kelulusan A-Level sahaja, itupun hanya separuh

jalan, sudah tentulah pendapatan yang saya akan peroleh cuma dalam

lingkungan RM1,000 hingga RM1,500 sahaja. Dengan wang

sebanyak itu, memanglah tidak cukup untuk menampung hidup di

kota metropolitan begini.

Oleh sebab itulah, saya mula mencari pendapatan sampingan. Pada

setiap hujung minggu, saya akan menjalankan bengkel kecantikan

dan kesihatan tidak kira di agensi swasta mahupun kerajaan. Di

samping menjalankan bengkel, saya juga menjual produk kecantikan

dan kesihatan. Ketika menjalankan bengkel dan menjual produk,

saya tidak mengenakan harga yang mahal. Yuran bengkel hanya

sebanyak RM5 hingga RM10 sahaja. Setiap kali menjalankan

bengkel, saya mampu meraih pendapatan dalam lingkungan

RM1,000 hingga RM3,000. Ketika itu, saya juga membuka kedai

kosmetik. Setelah sekian lama menjalankan perniagaan dengan cara

sebegitu, saya mula berfikir daripada menjual produk orang lain,

lebih baik saya menjual produk saya sendiri. Maka, dari situ

tercetusnya idea untuk menghasilkan produk saya sendiri. Berkat

kesungguhan dan usaha gigih, pada lima tahun lepas, saya berjaya

memiliki dua buah kedai kosmetik tapi kini sudah semakin

berkembang dan bertambah sebanyak enam premis.

Apakah jenis perniagaan yang Dato’ Syukri usahakan sekarang?

Kini saya menjual produk kecantikan dan kesihatan berasaskan herba

dengan jenama saya sendiri. Saya juga memiliki sebuah kilang untuk

memproses produk keluaran syarikat saya.

Page 3: lampiran k traskrip temu bual usahawan berjaya usahawan pertama

332

Adakah Dato’ Syukri yang mengasaskan sendiri perniagaan ini?

Ya, saya sendiri yang mengasaskan perniagaan saya ini pada tahun

2010. Saya namakan produk syarikat saya sebagai D’Herbs.

Mengapa Dato’ Syukri menjalankan perniagaan dan tidak

melakukan pekerjaan lain?

Saya menceburkan diri dalam perniagaan ini oleh sebab minat. Saya

tiada pilihan lain kerana tidak berpendidikan tinggi. Bagi saya

menjalankan perniagaan adalah lebih baik. Rasullullah SAW juga

ada bersabda, sembilan per sepuluh sumber rezeki adalah daripada

cabang perniagaan.

Bagaimana Dato’ Syukri mendapatkan modal perniagaan? Saya mendapat modal perniagaan daripada hasil jualan produk

kecantikan dalam bengkel kecantikan yang saya jalankan di seluruh

negara. Sebenarnya, saya juga ada bakat dalam bidang kecantikan.

Saya mengajar orang cara-cara berdandan dan sebagainya. Sambil

mengajar orang berdandan, saya berniaga. Kalau 100 peserta

menyertai bengkel yang saya anjurkan, keseluruhan jumlah

pendapatan yang saya peroleh berdasarkan jualan produk adalah

dalam lingkungan RM3,000 hingga RM5,000.

Berapakah saiz jualan produk yang dihasilkan oleh perniagaan

Dato’ Syukri?

Untuk makluman, dalam tempoh sebulan, keluaran produk saya

dalam 400 hingga 500 ribu volum iaitu bernilai purata sebanyak RM6

hingga RM7 juta sebulan.

Bagaimana pula dengan saiz pasaran produk perniagaan Dato’

Syukri?

Produk saya dipasarkan ke seluruh Malaysia termasuk Brunei,

Singapura dan Indonesia.

Berapakah bilangan pekerja Dato’ Syukri sekarang?

Kini saya mempunyai seramai 38 orang pekerja.

Boleh Dato’ Syukri terangkan berapakah aset perniagaan Dato’

Syukri sekarang ini?

Setakat ini, saya memiliki sebuah bangunan setinggi empat tingkat,

tiga lot tanah banglo, dua rumah sewa, dua buah banglo siap untuk

Page 4: lampiran k traskrip temu bual usahawan berjaya usahawan pertama

333

diduduki di Polo Club, Damansara. Kini, saya sedang berjinak-jinak

untuk membuat pelaburan dalam bidang perniagaan emas pula.

Dalam menjalankan perniagaan, pusingan modal D’Herbs adalah

sebanyak RM1 juta manakala purata pendapatan saya dalam sebulan

adalah dalam lingkungan RM2 juta. Hasil pendapatan daripada

kedai-kedai herba saya pula adalah dalam lingkungan RM15,000

hingga RM30,000 sebulan.

Jadi, keseluruhan aset perniagaan saya adalah sebanyak RM30 juta.

PERSONALITI

Berdasarkan pengalaman Dato’ Syukri, apakah personaliti yang

perlu ada pada diri seorang usahawan Muslim?

Seorang usahawan adalah seorang individu yang sangat istimewa.

Golongan usahawan boleh diumpamakan sebagai penjenamaan.

Bukan mudah untuk kita meraih kepercayaan daripada pengguna.

Semakin besar perniagaan yang kita ceburi, semakin besarlah risiko

yang kita akan hadapi.

Apakah amalan ibadah yang sentiasa Dato’ Syukri amalkan? Saya selalu bermuhasabah diri supaya tidak timbul perasaan riak.

Kalau boleh, saya akan sentiasa ingat orang yang berada di bawah.

Pada pendapat Dato’ Syukri, adakah ketelitian sangat penting

dalam perniagaan?

Ketelitian adalah elemen yang sangat penting dalam sesebuah

perniagaan. Saya cerewet dalam hal berkaitan dengan duit, iklan dan

sebagainya. Faktor ketelitian dan sikap cerewet inilah yang

membuatkan saya berjaya.

Bagaimana pula dengan disiplin? Adakah displin juga penting

bagi seorang usahawan?

Seorang usahawan mestilah sentiasa menerapkan sikap disiplin

dalam diri. Masa sangat penting kerana masa ialah nyawa perniagaan

kita.

Adakah seseorang usahawan perlu mempunyai sifat

kepimpinan?

Apabila menjadi ketua, kita perlu bijak berkomunikasi dengan ramai

orang yang terdiri daripada pelbagai peringkat. Bermula daripada

pemandu, tukang cuci hinggalah mereka yang berpendidikan tinggi.

Pendekatan kita dengan pekerja juga mesti berbeza berdasarkan tugas

yang diberikan. Sebagai contoh, bagaimana cara berkomunikasi

Merendah diri

Melakukan kerja

dengan teliti dan

berhati-hati

Menggunakan

masa sebaik

mungkin

Sentiasa

berkomunikasi

dengan orang

bawahan

Page 5: lampiran k traskrip temu bual usahawan berjaya usahawan pertama

334

dengan pemandu, akauntan, dan tukang pencuci. Kita mesti sentiasa

belajar berdasarkan kepada pengalaman dalam pekerjaan yang kita

ceburi.

AKHLAK USAHAWAN

Pada pendapat Dato’ Syukri, bagaimanakah akhlak sebagai

seorang usahawan?

Sebagai seorang usahawan, kita perlu bermain tarik tali dengan

pelanggan dan juga pekerja. Hal ini sangat penting terutamanya

apabila kita berhadapan dengan pelanggan. Kita perlu ingat konsep

dalam perniagaan, pelanggan sentiasa benar. Jadi, apabila kita tidak

berpuas hati dengan pelanggan, kita tidak boleh menunjukkan

kemarahan di hadapan mereka. Kita mesti sentiasa sabar dan

bermanis muka.

Begitu juga dengan pekerja. Sebagai majikan, kita perlu menjaga

akhlak dengan pekerja. Janganlah bersifat terlampau garang, tetapi

tidak boleh juga berlembut sangat. Bila kita bersikap garang dengan

pekerja, mereka akan berasa tertekan. Prestasi kerja dan produktiviti

akan merosot. Tetapi jika hal sebaliknya berlaku, mereka akan pijak

kepala kita pula.

Berbuat baik kepada

pelanggan

Mengambil berat

keselesaan di

tempat kerja

JIHAD PERNIAGAAN

Boleh Dato’ Syukri terangkan apakah maksud jihad melawan

hawa nafsu?

Sebenarnya terdapat banyak persepsi mengenai perkara ini. Tepuk

dada, tanya selera. Bagi diri saya, saya sudah terbiasa dengan didikan

tiada kawan. Kawan rapat saya ialah perniagaan saya dan perniagaan

juga ialah keluarga saya. Jadi, kalau hendak berhibur ke sana-sini dan

melakukan perbuatan sumbang yang tidak diredai Allah dan menjadi

cemuhan masyarakat, insya Allah tidak. Saya bukan orang sebegitu.

Walau bagaimanapun saya mempunyai keinginan yang lain. Saya

ingin memiliki kereta mewah dan rumah besar. Bukan apa, semua itu

sebagai hadiah bagi diri sendiri setelah berpenat lelah, bertungkus

lumus mencari rezeki. Sebagai contoh, saya pernah memasang

impian memiliki kereta BMW, tetapi sekarang saya sudah bertukar

minat ke arah Ferrari. Apabila saya sudah memiliki Ferrari, saya

teringin pula hendak pakai Bantley.

Kalau hal berkaitan dengan rumah pula, dahulu saya teringin hendak

duduk di rumah banglo seluas 6,000 kaki persegi. Selepas berjaya

memiliki rumah sebegitu, saya berhajat pula untuk tinggal dalam

rumah banglo seluas 30,000 kaki persegi. Alhamdulillah, kini saya

sudah memiliki rumah banglo seluas 25,000 kaki persegi. Apabila

bercerita begini, saya bukan hendak menunjuk-nunjuk. Tetapi saya

hanya ingin mencapai impian sekali gus mencetuskan kepuasan diri

saya dalam bekerja.

Tidak menyimpan

perempuan

simpanan

Page 6: lampiran k traskrip temu bual usahawan berjaya usahawan pertama

335

Bagaimana pula cara Dato’ Syukri berjihad dalam menuntut

dan memberikan ilmu?

Sebenarnya ilmu di dunia ini tidak akan pernah habis. Rasulullah

SAW juga ada mengatakan bahawa ilmu ini seperti pasir di laut,

memang tidak akan habis sampai bila-bilapun. Pembahagian ilmu

ada dua cabang iaitu formal dan tidak formal. Bagi diri saya, saya

tidak dapat menimba ilmu secara formal tetapi ilmu dalam

perniagaan saya berjaya perolehi berdasarkan pengalaman.

Apabila saya mendapat ilmu dalam bidang perniagaan, saya akan

menyampaikan kepada para pelatih saya. Daripada ilmu yang saya

sampaikan, pelatih saya boleh memulakan perniagaan, seterusnya

meraih kejayaan dalam bidang keusahawanan. Sebagai contoh, ada

pelatih saya yang kini berjaya meraih pendapatan di antara

RM300,000 hingga RM400,000 sebulan. Itu semua adalah hasil

daripada ilmu yang saya telah ajar kepadanya, begitu juga hasil

jualan produk-produk saya.

Selain itu, pada pandangan saya, sekiranya seseorang itu memiliki

ijazah sarjana muda dalam bidang perniagaan, lebih baik dia

praktikkan ilmu tersebut. Sebenarnya lebih baik begitu. Daripada

ada ilmu dalam bidang perniagaan, tetapi kerja dalam bidang lain.

Jadi, dia salah mengambil peluang. Sebagai contoh, kalau anda

belajar sampai peringkat doktor falsafah atau PhD dalam perniagaan,

bukankah lebih baik anda membuka perniagaan sendiri? Sebab anda

boleh mempraktikkan ilmu yang telah anda pelajari dalam bidang

perniagaan itu dalam dunia realiti bukan teori semata-mata.

Saya akui, saya masih muda dan tidak pandai dalam pelajaran. Inilah

pengalaman saya berjumpa dengan ramai orang pada pelbagai

lapisan masyarakat. Semua itu mengajar saya untuk menjadi lebih

matang dan berjaya.

Pada pandangan Dato’ Syukri, bagaimana pula jihad dalam

mencari dan memberikan harta atau melaksanakan

tanggungjawab sosial?

Lazimnya saya akan memberikan zakat kepada orang yang terdekat

dahulu, iaitu kepada para pekerja saya dan orang yang saya kenali.

Boleh Dato’ Syukri terangkan mengenai jihad di dalam

menjalinkan hubungan yang baik sesama manusia?

Memberi kursus

dan seminar

kepada pekerja

Sentiasa

menunaikan

kewajipan

membayar zakat

Page 7: lampiran k traskrip temu bual usahawan berjaya usahawan pertama

336

Sudah menjadi kelaziman orang Islam, apabila menjalankan sesuatu

perniagaan, mereka akan mengeluarkan zakat. Pengagihan zakat

tersebut akan membantu perniagaannya berkembang dengan lebih

maju. Selain itu, saya juga akan mengambil pekerja daripada

kalangan orang-orang Islam sahaja. Ini bermakna, saya telah

membantu umat Islam untuk mendapatkan peluang pekerjaan.

Daripada situ juga, saya telah menyumbang dalam bidang ekonomi.

Selain itu, saya dapat menyelamatkan umat seagama dan sebangsa

kita daripada menganggur.

Selain itu untuk membina jalinan yang baik sesama manusia, saya

memulakan perniagaan ini dengan mengadakan bengkel-bengkel

kecantikan, saya menjaja di pasar malam dan juga di pasar tani. Dari

situ, saya kenal ramai orang. Kita perlu bersikap ramah dan mesra

dengan pelanggan. Anggap pelanggan seperti keluarga. Apabila

pelanggan mula menunjukkan minat, saya akan sarankan mereka

menjadi pengedar untuk menambah pendapatan. Apabila mereka

berjaya menjana pendapatan, saya cadangkan mereka membuka

kedai pula. Dengan sebab itulah, perniagaan saya lebih kukuh dan

terjamin.

Menyediakan

peluang pekerjaan

kepada

masyarakat

Menjalinkan

hubungan baik

dengan pelanggan

dan pembekal

KEMANDIRIAN PERNIAGAAN

Adakah Dato’ Syukri pernah gagal dalam perniagaan?

Setiap orang yang menceburi dalam bidang perniagaan pasti pernah

mengalami kegagalan. Tetapi saya tidak memandang semua itu

sebagai kegagalan. Sebagai seorang usahawan, saya menganggap

kegagalan itu sebagai satu peluang untuk terus berjaya.

Apabila gagal melakukan sesuatu, memang saya berasakan sangat

sedih. Ketika itu, saya akan berhenti sebentar daripada melakukan

sebarang kerja. Saya akan berfikir bagaimanakah cara untuk keluar

daripada masalah yang dihadapi. Sebenarnya apabila kita berhadapan

dengan kegagalan, bukan bermaksud kita jatuh tetapi Allah berikan

kita peluang untuk merenung dan berfikir. Insya Allah, kita akan

mampu bangun semula selepas jatuh. Kejayaan yang kita capai

selepas itu akan menjadi semakin gemilang.

Adakah Dato’ Syukri pernah menghadapi tahap kemandirian

dalam perniagaan? Maksudnya perniagaan yang dijalankan

tidak berkembang dan bertahan?

Sebelum ini, saya pernah menderita. Sebagai contoh, masalah yang

saya hadapi ialah, saya perlukan modal perniagaan, tetapi tidak dapat.

Apabila saya pergi ke bank untuk membuat pinjaman, bank tidak

melayan permohonan saya. Hendak pinjam duit daripada keluarga,

keluargapun tidak dapat membantu saya pada masa itu. Saya sangat

kecewa. Pernah satu tahap, saya berjalan kaki dari satu pejabat ke

Page 8: lampiran k traskrip temu bual usahawan berjaya usahawan pertama

337

satu pejabat dan bank-bank untuk jual produk saya. Saya juga sewa

tapak untuk berniaga dengan bermodalkan RM100 tetapi

pulangannya RM30 sahaja. Apabila dikenang-kenang, hal itu sangat

menyedihkan. Tetapi pengalaman pahit itulah yang mengajar saya

untuk menghargai kejayaan dan rezeki yang saya perolehi pada hari

ini. Sekarang ini adakalanya saya hadapi juga dengan segala masalah.

Saya cari jalan keluar sama ada dengan menjalankan renovasi

produk, membuat penyemakan dengan bahagian sumber manusia,

bahagian pemasaran dan sebagainya.

Sebenarnya, syarikat saya ada orang yang bertanggungjawab untuk

menguruskan hal-hal yang berkaitan. Contohnya, kakitangan di

bahagian sumber manusia. Pekerja-pekerja saya diambil mengikut

piawaian tenaga buruh. Contohnya, gaji standard, pembayaran

KWSP. Saya akan bagi elaun kepada pekerja saya yang rajin dan

menunjukkan kesungguhan dalam bekerja.

Selain itu, saya juga akan membuat penstrukturan semula para

pekerja saya. Sebagai contoh, saya mengambil pekerja untuk

bahagian akaun tetapi pada masa yang sama dia tidak cekap dalam

menguruskan hal-hal perakaunan, jadi saya akan turunkan jawatan

pekerja tersebut. Pekerja itu akan saya tugaskan sebagai pembantu

akaun. Saya akan berikan tempoh selama tiga bulan kepada pekerja

tersebut untuk menjalani latihan. Kalau dia masih tidak mampu

menjalankan tugas yang diberikan, saya akan tukarkan pekerja

tersebut ke bahagian lain.

Dari segi produk pula, sebenarnya dalam perniagaan kita perlu berani

dan sentiasa bersedia mencetuskan idea-idea baharu. Usahawan yang

berjaya ialah pencetus idea baru. Kita perlu menampilkan kelainan

dalam menghasilkan produk. Contohnya, syarikat saya ada

mengeluarkan produk gincu. Berdasarkan pengamatan saya, tiada

syarikat lain yang mengeluarkan produk sebegitu.

Di samping itu, saya menyasarkan pelanggan yang berpendapatan

sederhana dan rendah untuk membeli produk saya. Banyak

pengusaha produk menyasarkan produk mereka kepada golongan

berpendapatan tinggi sedangkan kebanyakan pelanggan terdiri

daripada mereka yang berpendapatan sederhana dan rendah. Oleh itu,

kadar harga produk syarikat saya adalah di antara RM15 hingga RM

30. Semuanya pada kadar harga patut dan mampu dimiliki oleh

semua golongan.

Selain itu, saya mempunyai pekerja yang akan menyemak hal

berkaitan produk keluaran syarikat kami iaitu pekerja di bahagian

penyelidikan dan pembangunan (R&D). Setakat ini, saya

menggunakan hasil penyelidikan daripada Universiti Kebangsaan

Malaysia (UKM) bagi mematuhi piawaian Kementerian Kesihatan

Membuat

pembaharuan dan

perubahan produk

Memberi

penghargaan

kepada pekerja

yang rajin bekerja.

Membaiki

kelemahan

hubungan dengan

pekerja

Membuat

pembaharuan dan

perubahan produk

Pelanggan berpuas

hati dengan

produk atau

perkhidmatan

yang ditawarkan

Tema menjalinkan

hubungan yang baik

sesama manusia:

Membina hubungan

yang baik dengan

institusi latihan

yang terlibat dengan

Page 9: lampiran k traskrip temu bual usahawan berjaya usahawan pertama

338

Malaysia (KKM). Untuk menjaga nama baik syarikat, tahap kesucian

dan keselamatan produk sangat penting. Keadaan ini jauh berbeza

semasa saya berniaga di pasar malam dan pasar tani.

Dari aspek pemasaran pula, produk saya sering diiklankan dalam di

media massa seperti televisyen dan media cetak lain. Kosnya sangat

tinggi. Untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya, kita perlu

berani mengeluarkan modal yang besar untuk memasarkan produk.

Tetapi bagi saya, kaedah pemasaran daripada mulut ke mulut lebih

berkesan. Kalau produk kita bagus, orang akan bercerita tentang

kebaikan dan keberkesanan produk itu sekali gus lebih meransang

pasaran.

produk atau

perkhidmatan

CADANGAN DAN HARAPAN

Apakah cadangan Dato’ Syukri kepada mereka yang berminat

untuk menceburkan diri dalam perniagaan?

Kita perlu berpandangan jauh. Cuba sedaya mungkin untuk

mengambil peluang yang ada. Sebagai contoh, selain mengeluarkan

produk, saya juga memiliki kedai runcit dan kilang. Jika diizinkan

oleh Allah SWT, pada masa akan datang, saya bercadang untuk

membuka spa.

Dalam dunia ini, ada orang berminat berniaga dalam bidang

perniagaan tetapi mereka tidak ada bakat berniaga. Pada pendapat

saya, kalau kita bijak dalam pelajaran, lebih baik kita bekerja sahaja

dalam bidang itu. Tetapi kalau kita tidak berjaya di zaman

persekolahan, kenapa kita tidak mencuba dalam perniagaan pula?

Tetapi kalau kita ada ilmu dalam perniagaan dan selepas itu, kita

menjadi usahawan tentulah lebih baik. Semua orang ingin menjadi

ahli perniagaan. Semua orang berimpian memiliki harta dan duit

yang banyak, tetapi kadang-kadang bukan semua orang ada rezeki

dalam bidang ini. Jadi, perkara itu tentulah agak subjektif.

Kalau berminat untuk berniaga, kita perlu fikirkan apakah jenis dan

cabang perniagaan yang kita suka. Kita tidak boleh berniaga dengan

hanya meniru orang. Sebagai contoh, saya suka barang kemas, jadi

bukalah kedai emas. Saya suka tudung, jadi bukalah kedai tudung.

Saya suka tanah, jadi bukalah perniagaan yang berkaitan dengan

hartanah. Jangan berniaga dengan mengambil idea orang. Perlu

perhalusi jenis perniagaan yang dekat dengan jiwa dan minat kita.

Kalau hanya menyimpan impian dan angan sahaja hendak jadi orang

kaya tetapi tidak ada minat dan usaha, seseorang itu tidak akan ke

mana.

Sebagai contoh, pensyarah. Orang panggil pensyarah itu dengan

gelaran Profesor, Doktor. Tetapi bagi diri kita pula, kita tidak

berminat untuk belajar secara formal. Kalau keadaan begitu,

Page 10: lampiran k traskrip temu bual usahawan berjaya usahawan pertama

339

bagaimana kita ingin merealisasikan impian? Justeru, sebagai

seorang usahawan, kita perlu selidik minat yang ada dalam diri kita.

Apakah harapan Dato’ Syukri dalam perniagaan ini?

Harapan saya ingin menjadi seorang usahawan bumiputera termuda

berjaya di Malaysia. Saya juga ingin memiliki wisma saya sendiri.

Umur persaraan saya iaitu pada usia 35 tahun. Pada masa itu, saya

ingin memantau perniagaan saya dari jauh sahaja. Saya ada pekerja

kepercayaan yang akan memantau dan mengurus perniagaan saya.

Ketika itu, saya boleh berehat, bercuti panjang dan menjadi

perancang kepada perkembangan perniagaan saya sahaja.

Page 11: lampiran k traskrip temu bual usahawan berjaya usahawan pertama

340

USAHAWAN KEDUA

DATUK HUSAMMUDIN BIN HAJI YAACOB

TARIKH TEMUBUAL: 6 MAC 2012

BIODATA PERIBADI:

Umur : 58 tahun

Asal : Kota Bharu, Kelantan

Tahap Pendidikan Tertinggi : Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (UKM) 1978

(Pengkhususan Perakaunan)

Status Perkahwinan : Berkahwin

Bilangan Anak : 4 orang

Alamat Premis Perniagaan : Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd., Shah Alam.

KANDUNGAN TEMUBUAL

TEMA

LATAR BELAKANG DAN PENGALAMAN PERNIAGAAN

Bolehkah Datuk terangkan serba sedikit tentang latar

belakang dan pengalaman Datuk dalam bidang perniagaan?

Saya memang minat bidang perniagaan kerana tahun kedua di

Universiti saya sudah menjadi show promoter semasa cuti

semester.

Saya memulakan perniagaan Karangkraf pada tahun akhir semasa

saya belajar di universiti iaitu pada tahun 1977. Namun begitu,

pada ketika itu, saya bukan menerbit majalah tetapi saya menjual

buku. Saya taip sendiri buku-buku tersebut, kemudian saya

fotokopi beberapa salinan dan saya jual. Selepas graduasi, barulah

saya mula menerbit majalah. Saya masih ingat lagi majalah

pertama yang saya keluarkan adalah majalah kanak-kanak.

Bilakah Datuk mula berniaga?

Sebenarnya saya mula berniaga ketika saya kecil lagi. Saya

membantu bapa saya berniaga. Bapa saya seorang ustaz sekolah

Page 12: lampiran k traskrip temu bual usahawan berjaya usahawan pertama

341

rakyat tetapi pendapatan kami tidak mencukupi untuk menampung

kehidupan kami. Bapa saya seorang ustaz mengajar di sekolah

agama rakyat iaitu sekolah Naim Lilbanat. Bapa saya dan beberapa

orang kawannya mengasaskan sekolah tersebut. Salah satu dewan

dinamakan Dewan Hj Yaacob mengambil nama sempena bapa

saya. Selepas 20 tahun penubuhan, kerajaan telah mengambil alih

sekolah tersebut dan menjadikannya sebagai sekolah agama

berasrama penuh.

Untuk mengampung kos kehidupan kami pada ketika itu, bapa saya

menyewa satu kedai kecil di hadapan rumah saya di Pasar Besar

Kota Bharu untuk menjual buku, suratkhabar dan majalah. Saya

membantu bapa saya berniaga sambil membaca buku dan majalah

di kedai. Selain itu, saya sendiripun berniaga. Saya akan tolong

belikan untuk kawan-kawan saya kalau mereka hendak membeli

buku ataupun alatulis. Untuk itu, saya akan diberi upah atau

komisyen oleh mereka. Saya jual suratkhabar pada harga 20 sen,

jadi saya cuma untung 4 sen sahaja. Tetapi tidak apalah, dari situ

saya belajar mengumpul wang sedikit demi sikit.

Selain itu, saya dibesarkan dalam suasana berdagang. Saya

dikelilingi oleh pedagang sebab setiap hari, saya perlu pergi ke

pasar. Pekara itu memberikan saya sedikit pendedahan dalam

berjual beli. Latihan berniaga sebenarnya mesti bermula dari kecil

lagi. Ibu saya sudah nampak saya tidak berapa pandai dalam bidang

akademik, jadi dia mengajar saya berniaga. Bermula dari kecil lagi,

saya sudah dilatih berhubungan dengan orang dewasa yang

menjual beras, ikan, sayur dan buah. Mereka merasa kesian kepada

saya sebab mereka nampak saya ini kecil. Justeru, mereka telah

memberikan barangan tersebut kepada saya pada harga yang murah

(sambil tergelak). Sebenarnya, karektor usahawan hendaklah

dibina dari kecil. Kalau anak tidak berapa pandai sangat dalam

bidang akademik, kita perlu melatih mereka dengan skil yang lain

pula.

Kenapa orang Cina berjaya dalam perniagaan mereka? Sebab

mereka sudah diasuh berniaga semenjak kecil lagi. Dari kecil lagi,

mereka sudah menurut langkah ibu bapa mereka berniaga.

Apakah jenis perniagaan yang Datuk usahakan sekarang?

Saya cuma memfokus kepada perniagaan penerbitan dan

percetakan sahaja.

Adakah Datuk mengasaskan sendiri perniagaan ni?

Page 13: lampiran k traskrip temu bual usahawan berjaya usahawan pertama

342

Ya, saya mengasaskan sendiri perniagaan ini.

Bagaimana Datuk memperolehi modal perniagaan?

Saya memperolehi modal sejak dari kecil lagi. Bila dapat duit, saya

laburkan semula keuntungan saya. Bila perniagaan sudah

berkembang, baharulah saya memohon pinjaman bank.

Berapakah saiz jualan produk?

Jualan produk Karangkraf adalah sebanyak RM400 juta setahun.

Setakat ini, saya memiliki 30 buah majalah, suratkhabar,

percetakan dan buku. Dua puluh peratus keuntungan yang saya

perolehi daripada jualan saya laburkan semula dalam perniagaan.

Sebab itu, Karangkraf dilihat semakin berkembang.

Adakah Datuk memasarkan produk untuk dalam negeri

sahaja ataupun luar negeri?

Pasaran produk saya adalah seluruh Malaysia termasuk Singapura

dan Brunei. Saya mempunyai lebih 6,000 orang pengedar untuk

majalah-majalah terbitan Karangkraf.

Berapakah bilangan pekerja Datuk sekarang?

Dahulu saya memulakan perniagaan dengan dua orang pekerja

sahaja, tetapi sekarang ni, Alhamdulillah, saya mempunyai 1,500

orang pekerja tetap.

Berapakah aset perniagaan Datuk?

Saya rasa aset perniagaan saya ini bernilai lebih daripada RM200

juta.

Majalah apakah yang paling banyak diterbitkan oleh syarikat

Datuk?

Majalah mingguan wanita dengan terbitan sebanyak 165,000

naskhah seminggu.

PERSONALITI:

Berdasarkan pengalaman Datuk, bagaimanakah personaliti

sebagai seorang usahawan Muslim?

Pada pendapat saya, untuk menjadi seorang usahawan muslim, kita

kena amanah sebab wang orang bukan hak kita. Sebagai contoh

Page 14: lampiran k traskrip temu bual usahawan berjaya usahawan pertama

343

dengan pembekal, kita perlu bayar hutang. Saya tidak pernah

berhutang gaji pekerja, EPF atau pembekal.

Pada pendapat Datuk, bagaimana perlu seseorang usahawan

memiliki hubungan dengan Allah SWT?

Saya rasa perhubungan kita dengan Allah adalah berdasarkan kepada

niat yang ikhlas iaitu niat kita perlu ikhlas dalam melakukan kerja.

Sekiranya kita ikhlaskan hati kerana Allah SWT, insya Allah segala

pekerjaan akan dipermudahkan oleh Allah SWT. Sepanjang saya

berniaga lebih daripada 30 tahun, banyak kali orang menemubual

saya menanyakan apa masalah, saya kata saya tidak mempunyai

sebarang masalah. Sebab apa saya tidak mempunyai sebarang

masalah? Sebab saya boleh mengubah masalah saya menjadi

peluang. Sebagai contoh, pada tahun 1994 dahulu, kilang saya

terbakar hangus, tetapi disebabkan saya telah mengambil insurans,

saya telah membina satu kilang yang jauh lebih besar.

Apakah amalan ibadah yang sepatutnya dilakukan oleh seorang

usahawan muslim? Amalan yang sepatutnya dilakukan oleh seorang usahawan muslim

adalah solat lima waktu jangan ditinggalkan, sentiasa membaca

bismillah ketika hendak memulakan pekerjaan dan kita juga perlu

sentiasa berdoa kepada Allah SWT. Selain itu, kita perlu sentiasa

bersyukur kepada Allah SWT di atas rezeki yang kita perolehi dan

jangan berdengki dengan orang lain. Kalau kita merasakan setakat itu

rezeki kita, maka kita perlu menerima hakikat bahawa setakat itulah

rezeki kita. Namun begitu, ini tidak bermakna kita boleh berpeluk

tubuh. Kita perlu berusaha bersungguh-sungguh. Kita juga perlu

lebih pandai daripada orang lain dalam perniagaan kita. Mengenai

persaingan pula, kita perlu bersaing dengan sihat dan bukan dengan

membuat musuh dengan mereka.

Pada pendapat Datuk, adakah ketelitian diperlukan dalam

perniagaan?

Ketelitian itu penting. Kalau kita hendak mengeluarkan produk, kita

perlu melakukan penyelidikan dengan betul. Ini penting bagi

memastikan produk selamat dan terjamin, Di syarikat saya, saya

memang mempunyai bahagian penyelidikan untuk produk,

pemasaran dan auditorial. Selain itu, kita perlu menyemak kos dan

kemudian cuba untuk mengurangkan kos. Kita perlu memastikan

produk dikeluarkan dengan betul. Dahulu pada masa permulaan

perniagaan, saya hanya meletakkan produk saya di kedai baharulah

saya ambil wang yang ada. Tetapi sekarang ini kalau sesiapa hendak

berniaga dengan kita, mereka perlu membayar dahulu baharulah

boleh mengambil barang.

Solat lima waktu

Melakukan kerja

dengan teliti dan

berhati-hati

Page 15: lampiran k traskrip temu bual usahawan berjaya usahawan pertama

344

Bagaimana pula dengan disiplin?

Sebagai seorang usahawan, kita perlu fokus dalam melakukan kerja.

Saya tidak pandai bermain golf dan politik. Kehidupan saya hanyalah

sekitar ofis dan rumah. Saya tidak ada masa hendak melepak dengan

kawan-kawan. Dari segi kewangan pula, sekiranya untung kita

sedikit, kita tidak boleh berbelanja lebih daripada wang yang kita ada.

Contohnya, sekiranya kita untung 4 sen dari menjual satu

suratkhabar, jadi kita tidak boleh hendak berbelanja sebanyak 20 sen

pula.

Adakah seorang usahawan perlu mempunyai sifat kepimpinan?

Kepimpinan tu sangat penting. Ibu saya mengajar saya sikap

bertanggungjawab dan kepimpinan sejak dari kecil lagi. Saya

dikehendaki membasuh baju dan pinggan sendiri. Bahkan juga, saya

perlu berkongsi makan dengan adik-beradik lain. Contohnya, kalau

di rumah hanya ada lapan ekor ikan kembung untuk dimakan tetapi

yang hendak makan ada 12 orang, jadi kita perlu pandai berkongsi.

Selain itu, kami bergilir-gilir menjaga adik beradik kami. Abang saya

perlu menjaga saya dan saya pula perlu menjaga adik saya. Adik saya

pula perlu menjaga anak buah saya. Sebab itu, kalau anda tengok

orang zaman dahulu yang memiliki ramai anak kebanyakkannya

anak-anak mereka berjaya. Orang yang memiliki anak seorang

lazimnya dia tidak bertanggungjawab sebab dia tidak pandai hendak

berkongsi. Jadi, bila sudah menjadi usahawan, kita perlu menjadi

seorang pengurus yang bagus, kita juga perlu memotivasikan pekerja

kita dengan menjadi seorang usahawan yang fokus. Kalau kita

sentiasa melakukan kebaikan, pekerja kita juga akan malu dan segan

untuk membuat sesuatu yang tidak baik kepada kita.

Menggunakan

masa sebaik

mungkin

Membelanjakan

harta mengikut

keperluan

Mengajak orang

bawahan

melakukan

kebaikan dan

mencegah mereka

melakukan

kemungkaran

AKHLAK USAHAWAN:

Pada pendapat Datuk, apakah akhlak yang perlu dimiliki oleh

seorang usahawan?

Pada pendapat saya, kalau kita hendak menjadi pemimpin yang

diteladani, maka akhlak kita perlu bagus. Kalau kita sendiri makan

harta syarikat, macam mana kita hendak marah kalau pekerja kita

sendiri makan harta syarikat? Kalau kita sendiri tidak ada disiplin,

pekerja pun tidak akan ada disiplin. Kalau kita boros, pekerja pun

akan boros. Tengok, awak tengok sini (sambil mengambil kertas kitar

semula yang ada di bawah meja), saya menggunakan semula kertas

yang dicetak, saya kitar semula kertas ini untuk membuat draf. Kita

hendaklah pandai berjimat cermat dan menjadi contoh teladan kepada

pekerja.

JIHAD PERNIAGAAN

Page 16: lampiran k traskrip temu bual usahawan berjaya usahawan pertama

345

Pada pendapat Datuk, bagaimana Datuk melakukan jihad

melawan hawa nafsu?

Pada pandangan saya, jihad melawan hawa nafsu ialah mengawal diri

sendiri. Dalam bab ini, saya beruntung sangat sebab bapa saya

seorang ustaz. Bapa saya sejak kecil sudah menanamkan

kesederhanaan dalam kehidupan kami sekeluarga. Life must be

simple. Lazimnya, orang kaya yang terjebak dengan masalah nafsu

ini. Contohnya, kalau dia tengok kawan memiliki perempuan

simpanan, diapun hendak menyimpan juga.

Kebiasanya dalam perniagaan ini ada entertainment. Sebagai contoh,

saya hendak membeli mesin pencetak, seorang pembekal akan

melayan saya. Tetapi saya tidak hendak dan saya tidak layan mereka.

Contohnya, dia belanja makan tetapi saya tidak hendak. Dia tawarkan

saya pergi ke luar negara tetapi saya tidak mempunyai masa hendak

ke luar negara. Kalau syarikat lain, dia akan menghantar seorang

pegawai mengiringi pembekal untuk membeli mesin. Pada waktu itu,

tom yam, perempuan simpanan dan sebagainya diberikan. Tetapi

saya tidak hendak, saya cuma hendak tengok katalog. Sebab itu,

pembekal sudah memotong siap-siap bayaran untuk entertainment

saya. Sehubungan itu, saya dapat membeli mesin dengan harga yang

lebih murah.

Khalid Jeffry dalam satu ceramah ada berkata bahawa terdapat satu

syarikat milik bumiputera telah membeli satu mesin dengan harga 18

juta. Dia juga telah menyebut nama saya sebab saya telah membeli

mesin yang sama dengan harga 12 juta sahaja. Sebab saya sudah

potong kos entertainment tu. Kos saya lagi rendah dan saya dapat

membuat wang lagi cepat. Selain itu, kita perlu mengawal diri sendiri

daripada tekanan dari rakan dan faktor sekitar. Karektor ini mestilah

dibina dari kecil lagi.

Kita tengok hari ini mengapa keluarga Islam gagal? Kenapa?

Keluarga Islam sekarang gagal kerana ibu bapa tidak pandai hendak

mengajar anak-anak mereka. Kalau zaman dahulu, bapa kita

merupakan sumber inspirasi kita. Zaman dulu, bapa memiliki

autoriti, sekali bapa jerit hoi, anak sudah takut. Tetapi cuba tengok

bapa sekarang apa sudah jadi? Bapa sekarang sibuk main golf, bapa

sibuk dengan perniagaan, sibuk dengan benda-benda lain di luar. Bila

dia balik rumah, dia play safe, bawa anak pergi makan, belanja anak-

anak dengan kemewahan. Cara macam itu tidak betul sebenarnya.

Satu lagi perasan tidak kenapa lelaki sekarang lembut? Itupun

masalah juga. Ibu sekarang bekerja. Apabila ibu bekerja, ibu jadi

paranoid dan sangat garang. Anak pula jadi jinak. Anak merasakan

wanita lebih berkuasa. Sebab itu, anak hendak jadi perempuan.

Tidak menyimpan

perempuan

simpanan

Page 17: lampiran k traskrip temu bual usahawan berjaya usahawan pertama

346

Selain itu, ibu bapa sekarang sangat protective yang tidak bertempat

dalam menjaga anak. Sebagai contoh, anak hendak melintas jalan, ibu

tidak izinkan. Macam mana anak hendak jadi berani? Kalau dia tidak

berani melintas jalan, macam mana dia boleh mengambil risiko

dalam berniaga?

Anak saya perempuan, saya suruh dia pergi kem, masuk hutan, biar

dia rasa susah sedikit. Anak lelaki pula, berikan anak lelaki main

bola. Ini tidak, suruh mereka duduk di rumah sahaja. Macam mana

budak-budak tidak lembut?

Ibu saya dahulu, saya hendak tidur di rumah kawan pun tidak boleh

tetapi kawan hendak tidur rumah saya pula boleh. Sebab apa? Sebab

ibu saya ada. Ibu saya tahu semua kawan-kawan saya.

Selain itu, generasi sekarang suka sangat memanjakan anak. Ibu bapa

tidak tegas, tiap-tiap hujung minggu pergi kompleks beli-belah

belanja makan. Sepatutnya hari minggu bawa anak masuk hutan, ajar

dia survive untuk hidup. Biar dia rasa hidup itu bukan mudah, hidup

itu susah dan kita perlu bekerja untuk memperolehi wang.

Bagaimana pula Datuk berjihad dalam menuntut dan memberi

ilmu?

Seperti yang saya sebutkan tadi, saya suka membaca. Pembelajaran

sepanjang hayat merupakan satu proses. Saya galakkan pekerja saya

belajar PhD dan master. Selain itu, saya hantar pekerja ke pusat

latihan. Saya juga menghantar 16 orang pekerja saya untuk pergi

konferens di Jerman.

Bagaimana pula jihad dalam mencari dan memberi harta atau

melaksanakan tanggungjawab sosial?

Pada pandangan saya, kita mesti menjadi orang kaya sebab bila kita

kaya kita boleh membantu ramai orang. Lagi banyak wang kita ada,

lagi banyak kita boleh berikan kepada orang lain. Sebab itu, ada

orang beritahu saya, perniagaan saya bernilai lebih daripada RM400

juta tetapi keuntungannya cuma RM20 juta. Mana pergi yang lain?

Ini kerana saya melakukan bermacam-macam kerja kebajikan yang

orang tidak nampak dan saya sendiri tidak highlight antaranya:

Saya memberi sumbangan biasiswa sebanyak RM4 juta setahun

kepada pelajar. Saya juga memberi sumbangan wang kepada rumah

anak-anak yatim. Saya juga menyumbang makanan kepada fakir

miskin. Saya juga memberi bantuan dalam pembinaan masjid. Saya

juga menghantar pekerja saya pergi menunaikan umrah dan haji.

Saya juga memiliki yayasan Nur Karangkraf. Kami juga memasuki

kampung-kampung memberi sumbangan kepada masyarakat. Dalam

Saya menghantar

pekerja saya

mengikuti mana-

mana kursus dan

latihan

Tema ketakwaan:

Bersedekah

Page 18: lampiran k traskrip temu bual usahawan berjaya usahawan pertama

347

bulan puasa, kami membekalkan juadah Ramadhan untuk mereka

selama sebulan.

Selain itu, kami membayar zakat dan cukai pendapatan. Kami tidak

pernah bertangguh dalam pembayaran ini. Setiap pekerja memiliki

insurans di mana kalau mereka meninggal dunia, keluarga

merekapun kami tanggung.

Boleh Datuk terangkan mengenai jihad di dalam menjalinkan

hubungan yang baik sesama manusia?

Kami menyediakan peluang pekerjaan kepada ummah. Dahulu, saya

cuma mempunyai dua orang pekerja sahaja. Sekarang pekerja saya

sudah hampir 1,500 orang. Pekerja saya daripada tidak mempunyai

pekerjaan, sekarang ini mereka sudah ada kerja. Selepas bekerja,

mereka membeli motor. Selepas membeli motor, mereka membeli

kereta pula. Dan ada beberapa orang pekerja yang sudah lama bekerja

dengan saya, sudah memiliki dua hingga tiga buah rumah. Dari situ,

saya mendapat kepuasan dalam diri saya apabila dapat membantu

mereka.

Selain itu untuk membina jalinan yang baik sesama manusia,

kebanyakan orang yang berniaga dengan saya akan melihat sama ada

kita ikhlas ataupun tidak. Kalau seorang itu melihat kita adalah

ikhlas, dia akan berasa selesa berniaga dengan kita, sebab itu dia

sanggup membekalkan barang kepada kita. Jadi, sesiapa yang hendak

berniaga dengan saya, mereka perlu menjadi kawan saya dahulu.

Namun begitu, mungkin orang lain boleh bahagi dengan harga lebih

murah, tetapi apabila disemak jumlah kertas kurang. Tetapi kalau kita

berniaga dengan orang yang ikhlas, dia tidak akan menipu kita.

Walaupun harga yang diberikan mungkin agak mahal sedikit tetapi

kita memiliki rangkaian yang ikhlas dan setia dengan kita. Selain itu,

kita perlu membayar hutang dengan pembekal. Sekiranya kita janji

30 hari kepada pembekal, maka 30 harilah kita perlu bayar. Saya

tidak mempunyai ramai pembekal tetapi pembekal saya bertahan

lama.

Sentiasa

menunaikan

tanggungjawab

membayar zakat

Menyediakan

peluang pekerjaan

kepada

masyarakat

Menjalinkan

hubungan yang

baik dengan

pelanggan atau

pembekal

KEMANDIRIAN PERNIAGAAN:

Adakah Datuk pernah menghadapi tahap kemandirian dalam

perniagaan. Maksudnya perniagaan yang dijalankan tidak

berkembang dan bertahan?

Saya pernah mengalami kemandirian dalam perniagaan. Tetapi jiwa

saya ini jenis jiwa melawan daripada kecil lagi. Saya akan mencari

ikhtiar untuk mengubah nasib saya ini dengan bekerja bersungguh-

sungguh, insya Allah kita akan menemui jalan keluar. Dalam keadaan

itu, saya akan mengubah keadaan menjadi peluang. Contohnya

mengubah struktur pengurusan, pemasaran dan kewangan. Sebab itu,

Melakukan kerja

secara

bersungguh-

sungguh

Page 19: lampiran k traskrip temu bual usahawan berjaya usahawan pertama

348

Karangkraf ini sentiasa berubah, bilik saya sahaja yang tidak

berubah, yang lain semua berubah. Sebagai contoh, dunia penerbitan

sudah berubah, jadi penerbitan sayapun kena sesuaikan dengan

keadaan seperti menggunakan ipad ataupun iphone. Contoh lain,

Karangkraf sudah mengeluarkan buku Ombak Rindu versi ebook.

Kita perlu anggap apabila zaman berubah, maka kita mempunyai

peluang baru. Saya tidak suka menghabiskan masa sia-sia seperti

melepak dengan rakan-rakan. Sebaliknya, saya lebih suka

menghabiskan masa dengan penyelidikan, survei produk orang untuk

menjadikan produk kita sentiasa versatil mengikut keperluan zaman.

Apakah cadangan Datuk kepada usahawan Melayu yang gagal?

Saya berjaya sebab dari kecil lagi saya sudah mula menjual buku dan

majalah. Kenapa orang Melayu gagal? Selepas dia mendapat ijazah,

dia menghadiri kursus perniagaan selama tiga hari dua malam dan

selepas itu, meminjam duit bank sebanyak RM50,000, selepas tu

bankrap. Kenapa Naza berjaya? Sebab dia dahulu bekerja sebagai

jurujual kereta.

Mengapa orang Melayu gagal dalam pemasaran?

Dia sendiri yang tidak siap sebenarnya. Dia hendak menjadi

usahawan tetapi dia sendiri tidak tahu mengenai bidang perniagaan

yang dia buat. Mati!!!!. Untuk berjaya menjadi seorang usahawan,

kita perlu memulakan daripada bawah. Kita perlu bekerja dengan

orang Cina. Jadi, kuli batakpun tidak mengapa. Orang Cina semuanya

bermula dari bawah. Tidak ada yang mula berniaga di tengah-tengah

jalan.

Orang Melayu berniaga terus masuk di tengah, sebab itu mereka

gagal. Dapat ijazah kejuruteraan otomotif, niat hendak membuka

bengkel kereta tetapi pembekal dan pelanggan sendiri tidak tahu di

mana. Balik luar negara dengan ijazah kejuruteraan sudah menjadi

sombong... berlagak, pakai baju putih hendak baiki kereta.. mati!!!

CADANGAN DAN HARAPAN

Apakah cadangan Datuk untuk siswazah yang berminat untuk

berniaga?

Orang Melayu yang hendak berniaga biarlah bermula dengan

meruncit. Kita tidak perlu idea yang besar tetapi kita perlu ada idea

yang jelas. Kita perlu ada gol yang jelas tetapi bukan gol yang besar.

Jual benda simple dahulu, contoh, jual buah? Kita ambil buah tersebut

daripada pembekal dan selepas itu kita kira berapa untung dan berapa

rugi. Atau kita jual goreng pisang. Kita akan belajar sesuatu daripada

perniagaan kecil ini. Sebagai contoh, apa akan berlaku sekiranya

pisang buruk? Jadi, goreng pisang kita pun tidak akan laku. Kos

kertas dan sebagainya. Semua itu kita perlu kira. Ais kosong atau teh

Page 20: lampiran k traskrip temu bual usahawan berjaya usahawan pertama

349

tambah gula kita boleh jual RM1. Padahal modal 20 sen sahaja.

Tetapi orang kata jual air ini kotor. Sebab tu mamak itu kaya. Untuk

dapatkan RM10,000, kita perlu menjual 10,000 gelas air. Dan kita

perlu mempunyai kemahiran pelatih. Sebelum membuka kedai, kita

perlu belajar dulu dengan orang lain.

Kenapa saya berjaya? Sebab saya mencipta produk. Kenapa kicap

Tamim berjaya? Sebab dia cipta produk. Kita perlu mencipta produk

yang memenuhi keperluan orang ramai. Kita perlu kreatif baharulah

kita boleh berjaya.

Page 21: lampiran k traskrip temu bual usahawan berjaya usahawan pertama

350

USAHAWAN KETIGA

DR TENGKU ASMADI

TARIKH TEMUBUAL: 5 MEI 2012

BIODATA PERIBADI:

Umur : 48 Tahun (23 Jun 1964)

Asal : Seberang Takir, Kuala Terengganu

Pendidikan Tertinggi : PhD (1994; Kejuruteraan Perlombongan),

University of Queensland, Australia.

Status Perkahwinan : Berkahwin

5 orang cahaya mata daripada isteri pertama

2 orang cahaya mata daripada isteri kedua

Alamat Permis Perniagaan : MAP Training and Consultancy

No. 43, Jalan Damai Niaga

Alam Damai, Cheras

56000 Kuala Lumpur

KANDUNGAN TEMU BUAL

TEMA

LATARBELAKANG DAN PENGALAMAN PERNIAGAAN

Boleh Dr Tengku terangkan serba sedikit mengenai latar

belakang dan pengalaman perniagaan Dr?

Saya mempunyai empat orang adik beradik dan saya merupakan

anak sulung. Bapa saya meninggal semenjak saya berumur lapan

tahun lagi. Ibu saya kerja kampung, buat bakul, ambil upah basuh

baju, jadi tukang masak dengan gaji hanya RM100 hingga RM200

sebulan.

Pertama sekali, antara yang menggerakkan saya untuk berniaga

pada ketika itu ialah apabila saya bekerja sebagai pensyarah di

Page 22: lampiran k traskrip temu bual usahawan berjaya usahawan pertama

351

Universiti Teknologi Petronas dan saya melihat anak-anak orang

Melayu, anak-anak orang Islam kita, yang masuk universiti dan

belajar kejuruteraan merupakan pelajar-pelajar yang cemerlang

pada asalnya. Mereka telah memperolehi keputusan cemerlang

seperti 9A, 10A dalam SPM tetapi mereka tidak cemerlang di

peringkat universiti kerana mereka mempunyai masalah sikap

yang teruk antaranya malas belajar, ponteng kelas, menghantar

tugasan di saat-saat akhir, suka duduk belakang dalam kelas, tidak

dapat mencapai sasaran masa yang saya sediakan dan akhirnya,

mereka gagal mendapat keputusan yang baik dan akhirnya, ada

yang gagal terus. Di situ, apa yang saya nampak ialah sekiranya di

peringkat universiti sudah sebegitu, maka pastinya mereka yang

gagal di peringkat sekolah sekiranya kena cara bimbingannya,

mereka tidak sepatutnya gagal. Maka dari situ, tercetuslah

dorongan untuk saya menganjurkan program motivasi untuk anak-

anak dan seterusnya, untuk ibubapa supaya dapat mendidik anak-

anak mereka mengikut cara yang betul untuk menjadi pelajar-

pelajar yang cemerlang dan barulah dibuat motivasi untuk

usahawan-usahawan dan seterusnya, di peringkat organisasi.

Semasa saya menjadi pensyarah, saya sangat sibuk. Saya banyak

mendapat panggilan untuk menyampaikan ceramah-ceramah

motivasi dan akhirnya, saya rasa saya terpaksa mengambil

keputusan. Sebab saya merasa tidak adil kepada majikan saya dan

dalam waktu yang sama, saya merasa rezeki saya tidak berkat.

Untuk membuat keputusan, saya tidak mampu untuk membuat

keputusan mengikut akal, sebab saya tidak tahu nasib saya dalam

jangka masa yang panjang. Oleh itu, dengan duit simpanan yang

sedikit, saya pergi ke Mekah untuk menunaikan umrah pada tahun

1994 dan saya telah melakukan solat sunat istikharah di depan

Ka’bah. Di sana, saya telah mendapat alamat yang saya perlu

meletakkan jawatan pensyarah yang saya ada sekarang untuk

meneruskan perjalanan saya sebagai pakar perunding motivasi.

Selepas itu, pada tahun 1995, saya telah meletakkan jawatan saya

dan menjadi perunding motivasi secara bebas selama dua tahun

dan akhirnya, pada tahun 1997 saya menubuhkan syarikat saya

sekarang iaitu MAP Training.

Apakah jenis perniagaan yang Dr Tengku usahakan

sekarang?

Perundingan dan latihan.

Adakah Dr Tengku mengasaskan sendiri perniagaan ni?

Ya, saya asaskan sendiri perniagaan ini.

Bagaimana Dr Tengku memperolehi modal perniagaan?

Page 23: lampiran k traskrip temu bual usahawan berjaya usahawan pertama

352

Pada peringkat awal, saya memiliki modal yang tidak tinggi. Saya

hanya memerlukan RM1000 lebih sahaja. Tetapi apabila saya

menubuhkan pejabat, modal untuk menubuhkan ofis adalah lebih

kurang dalam RM20,000. Jadi, saya memerlukan sedikit modal.

Pada mulanya, saya menyewa satu tingkat sahaja tetapi

disebabkan perniagaan semakin berkembang, saya telah menyewa

bangunan dua tingkat, tingkat pertama saya jadikan ofis dan

tingkat kedua, dewan latihan. Sepuluh tahun kami menyewa

bangunan tersebut. Selepas 10 tahun, barulah kami membeli

bangunan sendiri di Ipoh di lot hujung dan sebelah lot hujung.

Terdapat enam unit kesemuanya yang mana bernilainya hampir

RM600 ribu.

Berapakah saiz jualan produk?

Pendapatan kasar jualan produk dalam setahun RM1.5-2 juta

sebelum tolak overhed.

Berapakah saiz pasaran?

Saiz pasaran hanya untuk pasaran tempatan sahaja.

Berapakan nilai aset perniagaan Dr Tengku?

Nilai aset perniagaan adalah lebih RM10 juta

Berapakah bilangan pekerja Dr Tengku sekarang?

Saya mempunyai 15 orang pekerja di Ipoh. Sekarang ini, kami

sedang mengembangkan pejabat di Kuala Lumpur (KL).

Kebiasanya program latihan tidak memerlukan ramai pekerja

terutamanya program yang memerlukan saya.

Program saya tidak menawarkan latihan dalam kumpulan kecil.

Stail program saya adalah program ceramah dan saya dibantu oleh

dua orang rakan saya yang sudah sepuluh tahun bersama-sama

dengan saya.

PERSONALITI USAHAWAN

Berdasarkan pengalaman Dr Tengku, bagaimanakah

personaliti sebagai seorang usahawan Muslim?

Pertama sekali adalah akidah. Akidah bermaksud berpegang

kepada Allah SWT. Apabila seorang usahawan adalah seorang

Muslim, tujuan utama dia berniaga adalah untuk mencapai

keredhaan Allah. Kalau kita lari daripada itu, kita akan berhadapan

dengan masalah. Tetapi sekiranya kita berniaga untuk mencapai

keredhaan Allah apabila kita berhadapan dengan masalah, kita

akan menghadapinya dengan hati yang tenang. Sebab kita perlu

faham kehidupan sebagai seorang usahawan, ada masa naik dan

ada masa turun, ada masa kita berjaya dan ada masa kita gagal.

Page 24: lampiran k traskrip temu bual usahawan berjaya usahawan pertama

353

Kadangkala ada masa kita telah merancang untuk melakukan

sesuatu tetapi tidak menjadi. Dan sebab itulah, mencari keredhaan

Allah SWT sangat penting bagi seorang usahawan. Mungkin

orang akan mempertikaikan saya buat program motivasi. Orang

akan kata sebab kerana Allah, buatlah program murah-murah.

Betul kata mereka itu tetapi sekiranya saya buat seperti itu, kalau

perniagaan saya boleh berkembang tidak mengapalah. Tetapi

kalau saya buat kerana Allah, dengan meletakkan harga yang

sangat rendah atau menganjurkan program percuma tetapi dalam

waktu yang sama, saya mempunyai pekerja dan pekerja saya perlu

makan dan sewa pejabat perlu dibayar. Oleh itu, sekiranya kita

berniaga kerana Allah SWT tetapi perniagaan kita tidak

berkembang, maka tiada gunanya. Kita perlu berniaga tiga tahun.

Selepas itu, perniagaan itu tidak boleh berkembang, maka kena

tutup pula. Ini kerana kita perlu bersandar kepada perbelanjaan

perniagaan kita dan juga kita perlu ada keuntungan daripada

perniagaan kita. Tidak salah asalkan kita tidak mengaut

keuntungan pada tahap yang keterlaluan. Oleh itu, pada

pandangan saya, pertama sekali niat kita adalah untuk mencapai

keredhaan Allah SWT.

Personaliti yang kedua adalah amanah yang kita pikul. Sebagai

contoh, dalam perniagaan, orang hantar anak mereka untuk

menyertai program saya. Jadi, amanah yang perlu saya pikul

adalah melakukan yang terbaik mengikut jangkaan orang terhadap

kami. Dalam perniagaan ini, jangkaan orang terhadap kami adalah

servis perkhidmatan yang kami berikan. Itu perkara penting yang

saya perlu jaga. Selain itu, amanah juga adalah apa sahaja yang

dipertanggungjawabkan, kita mestilah melakukan yang terbaik.

Selain itu, jujur dalam semua aspek. Sebagai contoh, kalau kita

berhutang, samada dengan pembekal ataupun dengan bank, kita

perlu membina hubungan yang baik dengan orang yang kita

berhutang tadi. Macam saya, saya biasa berhutang dengan katerer

dan dewan. Semua itu, kita perlu menjadi pembayar hutang yang

bagus. Semua itu perlu diambil kira sebagai seorang usahawan

Islam untuk membina perniagaan yang bagus.

Yang penting juga sebagai seorang usahawan Islam, kita perlu

ingat yang rezeki itu datangnya daripada Allah dan bukan dari

manusia. Oleh itu, kita perlu menjaga perkara-perkara yang

membuka pintu-pintu rezeki untuk kita. Antaranya, kita perlu

memberikan sumbangan kepada orang lain, kita wajib menjaga

solat lima waktu dan menjauhkan diri kita daripada maksiat.

Semua itu kita perlu jaga supaya Allah membuka pintu rezekiNya

kepada kita. Kalau tidak, kita akan berhadapan dengan masalah

apabila kita tidak menjaga hak Allah yang sepatutnya kita jaga.

Bersedekah, Solat

lima waktu, peka

dengan perkara dosa

Page 25: lampiran k traskrip temu bual usahawan berjaya usahawan pertama

354

Bagaimana pula Dr Tengku menjaga hubungan dengan

Allah?

Perbanyakkan ibadah kepada Allah SWT seperti solat malam,

membaca al-Quran dan berzikir.

Apakah amalan ibadah yang sepatutnya dilakukan oleh

seorang usahawan muslim?

Amalan istighfar kerana amalan istighfar akan membuka pintu

rezeki. Yang kedua adalah bangun satu jam sebelum subuh kerana

waktu ini merupakan waktu yang sangat bagus untuk

mendekatkan diri kepada Allah. Dan yang ketiga adalah

melakukan amalan untuk mudah belanja orang makan atau

dipanggil sifat pemurah. Bila kita mempunyai sifat pemurah

dengan orang, maka Allah akan membuka pintu rezekiNya untuk

kita. Itulah amalan yang biasa saya amalkan.

Adakah ketelitian diperlukan dalam perniagaan?

Sangat perlu. Sebab sekiranya kita tidak teliti, kita akan tidak sedar

sama ada apa yang kita lakukan itu betul atau tidak. Yang kedua

adalah apabila kita tidak teliti, kita akan melakukan kesilapan-

kesilapan yang tidak perlu dan kesilapan itu sangat mahal

harganya untuk kita bayar. Yang ketiga, kita perlu teliti dari aspek

apa yang berlaku di luar sana, supaya kita tidak syok sendiri. Kita

perlu meningkatkan kualiti produk-produk atau servis-servis

mengikut perkembangan semasa. Kadang-kadang kita

menawarkan produk yang sudah lebih 20 tahun yang sudah

ketinggalan zaman. Sebagai usahawan, kita perlu mengikut

perkembangan zaman untuk memenuhi kehendak dan pasaran

semasa.

Bagaimana pula dengan disiplin?

Disiplin adalah antara perkara penting untuk menjadi usahawan

berjaya. Sebab apabila kita bekerja sendiri, kita ada kebebasan.

Sebagai contoh, pukul berapa hendak masuk ofis, pukul berapa

hendak balik kerja dan sebagainya. Tetapi apabila kita

mendisiplinkan diri dengan kerja, maka kita tidak akan ambil lewa

dengan kerja kita. Maka itulah yang akan membuatkan seseorang

itu berjaya dalam perniagaan mereka. Ini termasuklah dalam aspek

bayar hutang. Sebab kalau tidak ada disiplin, maka kita akan susah

membayar hutang kerana kita akan berbelanja kepada perkara-

perkara yang tidak sepatutnya.

Solat malam dan

melazimi membaca

al-Quran

Bersedekah

Seorang yang teliti

dan berhati-hati

Menggunakan masa

sebaik mungkin

Page 26: lampiran k traskrip temu bual usahawan berjaya usahawan pertama

355

Adakah seorang usahawan perlu mempunyai sifat

kepimpinan?

Dalam aspek perniagaan seperti saya ni, kepimpinan saya adalah

melalui teladan. Misalnya, saya lebih suka bekerja dalam satu

jemaah. Sebab itu, saya jarang menegur apabila pekerja saya

membuat kesilapan, saya sentiasa memberi nasihat dan dorongan

kepada pekerja-pekerja saya mengenai apa yang perlu dilakukan.

Sebab kepimpinan secara autokratik tidak wujud. Sebagai contoh,

Rasulullah SAW tidak menganggap sahabat-sahabat sebagai

orang suruhan dia tetapi Baginda menganggap sahabat-sahabat

sebagai orang yang berada di sebelahnya. Justeru, sekiranya kita

bekerja dengan cara ini, kita akan dapat merasakan organisasi itu

lebih murni dan lebih bersatu hati.

Mempunyai

hubungan yang rapat

dengan orang

bawahan

AKHLAK USAHAWAN

Apakah akhlak sebagai seorang usahawan Muslim?

Akhlak yang baik memang sukar untuk dikekalkan apatah lagi

pada seorang usahawan yang berjaya. Pada pandangan saya, untuk

mengekalkan akhlak yang baik, pertamanya kita kena sentiasa

menghadiri majlis ilmu dan perlu memiliki sifat berlapang dada

dan tegur menegur sesama ahli jemaah. Sebagai contoh,

kakitangan saya boleh tegur saya pada bila-bila masa sahaja kalau

mereka nampak apa yang saya lakukan tidak betul.

JIHAD PERNIAGAAN

Pada pandangan Dr Tengku, apakah itu jihad melawan hawa

nafsu?

Apabila kita berniaga dan berwang, kita lebih senang bersabar

ketika susah, berbanding bersabar ketika kita senang. Kerana kita

memang tidak ada apa-apa untuk melakukan sesuatu semasa

bersabar ketika susah. Sebagai usahawan Muslim, kita perlu

menjaga diri kita daripada melakukan dosa dan maksiat. Yang

kedua, sikap berlebih-lebihan dalam berbelanja. Yang ketiga,

hidup bermewah-mewahan. Sebagai contoh, pakai kereta besar,

rumah besar dan bercuti di tempat-tempat yang mahal. Jadi,

setakat ini, kami mengambil konsep bersederhana. Maknanya,

tidak kira berapa banyak yang kita miliki, kita perlu berkira kalau

kita mahu melakukan sesuatu atau membeli sesuatu, adakah ianya

seimbang dengan usaha kita dalam memenuhi tanggungjawab

sosial kita? Contohnya, kita hendak membeli kereta. Kalau kereta

berharga RM500 ribu dan RM1 juta, lebih baik kita beli yang lebih

murah dan kita boleh infakkan duit lebihan itu. Pada pendapat

saya, beginilah cara berjihad melawan hawa nafsu daripada

berlebih-lebihan dan bermewah-mewah. Jihad dalam erti kata

perniagaan juga bermaksud berusaha bersungguh-sungguh dalam

mencari rezeki. Jadi, semakin besar rezeki kita, semakin besarlah

zakat kita. Jadi sebab itu, sebahagian daripada rezeki itu adalah

zakat dan zakat itu adalah rukun. Dan pada pandangan saya, kita

perlu berusaha bersungguh-sungguh dan menjadi kaya kerana Dia

Page 27: lampiran k traskrip temu bual usahawan berjaya usahawan pertama

356

akan membesarkan zakat dan kemampuan kita untuk memberikan

rezeki kita kepada golongan yang memerlukan.

Bagaimana pula Dr Tengku berjihad dalam menuntut dan

memberi ilmu?

Pertama, kita tidak boleh menjadi orang yang terlalu cepat berpuas

hati dengan apa yang kita miliki. Sikap mudah berpuas hati apabila

kita sampai ke suatu tahap sebagai seorang dai’e adalah satu

tindakan yang bodoh. Maknanya, kita perlu sentiasa berusaha

mencari ilmu mahupun dengan mereka yang lebih muda daripada

kita. Mereka mungkin lebih muda tetapi lebih berkemahiran dalam

bidang lain yang kita mungkin tidak ada masa untuk ceburi. Jadi,

dalam konsep mencari ilmu itu, saya tidak kira dia lebih muda atau

lebih tua, yang penting dia mempunyai sesuatu ilmu yang boleh

saya pelajari dan ambil iktibar, saya akan terus belajar. Itu adalah

pendirian saya daripada dulu. Dan yang kedua, dalam jihad

memberikan ilmu. Saya mewujudkan TAMRIN dan saya adalah

pengasas dan juga presiden pertubuhan tersebut yang telah

memasuki tahun ke tiga penubuhan. Sebab saya mewujudkan

TAMRIN kerana saya ingin berkongsi ilmu dengan mereka yang

juga berminat dalam ilmu latihan dan motivasi. Sekiranya saya

seorang, saya boleh bercakap dengan seribu orang. Dengan

melatih kumpulan yang berminat ini, mereka boleh bercakap

dengan kumpulan yang lain. Ini akan menjadikan lebih besar lagi

jumlah ummah yang kita dapat capai hati mereka.

Bagaimana pula jihad dalam mencari dan memberi harta atau

melaksanakan tanggungjawab sosial?

Saya percaya dengan prinsip bahawa apabila kita melakukan

sesuatu secara bersungguh-sungguh, kita pasti akan berjaya. Saya

sanggup berhenti kerja sebagai pensyarah untuk menumpukan

sepenuh perhatian saya kepada bidang ini. Bagi saya, ia

merupakan jihad untuk saya.

Bagi saya, jihad melaksanakan tanggungjawab sosial adalah

apabila kita membantu golongan yang kurang berkemampuan.

Contohnya, saya pernah menganjurkan program-program

motivasi ke rumah anak-anak yatim dan juga kepada keluarga-

keluarga miskin untuk menyertai program-program MAP

Training.

Bagaimana dengan jihad dalam membangunkan ummah?

Menghadiri majlis

ilmu

Mengadakan majlis

ilmu kepada pekerja

Memberikan

sumbangan dari

aspek masa dan

tenaga untuk

golongan yang

memerlukan

Page 28: lampiran k traskrip temu bual usahawan berjaya usahawan pertama

357

Saya percaya pembangunan ummah ada kaitannya dengan

pembangunan insan dan ianya bukan mesti difokuskan kepada

pembangunan fizikal semata-mata. Bidang yang saya lakukan ini

adalah bidang untuk membangunkan ummah. Untuk

membangunkan ummah, saya perlu membangunkan individu

terlebih dahulu. Dengan membina individu yang baik, maka akan

terbinalah keluarga yang baik. Keluarga yang baik akan

membentuk masyarakat yang baik. Oleh itu, sekiranya saya boleh

membangunkan seorang individu menjadi manusia yang berjaya

dalam sesebuah keluarga, apabila dia pulang kepada keluarganya

dia akan membentuk keluarganya menjadi keluarga yang baik. Di

situlah, sekurang-kurangnya saya mengharapkan dalam satu

keluarga ada yang saya telah menyentuh hatinya, membentuk

jiwanya, memberikan pendidikan dan ilmu untuk berjaya dalam

pelajarannya. Apabila dia berjaya dalam pelajarannya, dia akan

masuk universiti dan akhirnya dia akan bekerja dan balik kepada

keluarganya, dia akan dihormati oleh keluarganya. Seluruh

keluarga akan mendengar nasihatnya.

KEMANDIRIAN PERNIAGAAN

Adakah Dr Tengku pernah mengalami kegagalan dalam

perniagaan?

Pernah. Sebab saya gagal adalah kerana faktor-faktor luaran.

Antaranya faktor promosi yang kurang berkesan. Saya

mempromosikan program pada waktu yang tidak sesuai dan

menyebabkan orang tidak datang. Jadi, saya rugi menanggung kos

pengiklanan.

Seterusnya, sebelum ini saya hanya memfokuskan kepada pelajar

sahaja tetapi di luar sana, ramai orang yang membuat pasaran

pelajar dan persaingannya menjadi sangat tinggi. Ini membuatkan

saya mengambil masa dua atau tiga tahun jugalah untuk

memulihkan keadaan ini. Apabila perniagaan sudah berkembang,

komitmen juga meningkat, maka saya memerlukan kos operasi

yang tinggi. Sebelum ini, saya senang dapat klien tetapi

disebabkan banyak syarikat latihan di luar sana maka saya

terpaksa mempelbagaikan perkhidmatan baru dalam pasaran.

Hikmah daripada peristiwa ini, saya telah memperbanyakkan

modul baru untuk menemukan sasaran pelanggan yang sebelum

ini saya tidak tawarkan.

Adakah Dr Tengku pernah menghadapi tahap kemandirian

dalam perniagaan? Maksudnya perniagaan yang dijalankan

tidak berkembang dan bertahan?

Kadang-kadang apabila kita jatuh, kita tidak boleh menganggap

kejatuhan kita itu disebabkan oleh masalah luar. Sebenarnya,

perkara yang perlu kita lakukan adalah kita perlu mengenali

Membuat

pembaharuan produk

untuk menarik

semula minat

pelanggan

Page 29: lampiran k traskrip temu bual usahawan berjaya usahawan pertama

358

masalah dalaman kita sendiri terlebih dahulu. Kadang kala orang

luar tidak akan nampak saya jatuh sebab perniagaan saya sentiasa

berjalan. Jatuh perniagaan saya ini adalah berkait dengan

kurangnya pendapatan. Sebagai contoh, kebiasaannya dalam

perniagaan saya ini, saya akan memperolehi RM100,000 sebulan.

Tiba-tiba dalam bulan seterusnya, pendapatan itu jatuh kepada

RM40,000. Sedangkan kos operasi sebulan adalah RM70,000.

Jadi, di mana saya boleh cari wang untuk menampung

perbelanjaan operasi lagi dalam RM30,000? Jadi, apabila berlaku

sebegitu, saya perlu melihat kembali kepada diri saya dahulu.

Mungkin saya telah melakukan dosa, mungkin saya sombong

dengan orang atau mungkin saya telah melakukan kesilapan

dengan orang. Jadi, perkara sebegini, kita perlu menyalahkan diri

kita dulu, bertaubat dahulu, solat dan doa sebanyak-banyaknya

untuk kita melakukan pembersihan terlebih dahulu. Sebab itu,

saya pergi ke Mekah, saya pergi tunaikan umrah ataupun haji. Di

sana, saya akan berdoa banyak-banyak, semoga dianugerahkan

rahmat dan keberkahan dalam perniagaan saya ini. Dan

Alhamdulillah, apabila saya melakukan demikian, saya merasakan

rezeki itu betul-betul datang daripada Allah. Bukan daripada usaha

kita. Usaha itu sebagai sebabnya sahaja. Kadang-kadang kita

tengok ramai orang yang berusaha tetapi tidak mendapat

keuntungan. Tetapi apabila kita berusaha, kita akan dapat

memperolehi keuntungan dan kita sentiasa dapat memperolehi

kejayaan dengan usaha yang kita lakukan dan akhirnya, kita lupa

yang rezeki itu datangnya daripada Allah. Kita anggap rezeki yang

kita perolehi adalah daripada hasil usaha diri kita sendiri. Dan

apabila Allah berikan kita ujian, maka ia akan membawa diri kita

kembali dekat kepadaNya.

Apakah status perniagaan Dr Tengku sekarang, berkembang

atau matang?

Perniagaan saya sedang berkembang sekarang.

Bagaimanakah Dr Tengku mengembangkan perniagaan?

Pada pendapat saya, memulakan perniagaan lagi senang daripada

mengembangkan perniagaan. Kalau mahu memulakan

perniagaan, kita perlukan satu pejabat dan seorang pekerja untuk

menjawab telefon. Tetapi kalau mahu mengembangkan

perniagaan, kita perlu pandai berurusan dengan klien yang

bertambah ramai, kos operasi pun semakin bertambah, cara untuk

membina kepercayaan orangpun semakin tinggi dan kita terpaksa

membuat perancangan yang lagi besar yang melibatkan kos lagi

tinggi. Jadi, pada pendapat saya, mengembangkan perniagaan

adalah lagi sukar daripada membuka perniagaan.

Memiliki jiwa

keusahawanan yang

tinggi untuk

mengembangkan

perniagaan

Page 30: lampiran k traskrip temu bual usahawan berjaya usahawan pertama

359

HARAPAN DAN CADANGAN

Apakah saranan Dr Tengku kepada mereka yang berminat

menceburkan diri dalam perniagaan ini?

Saranan saya untuk mereka yang berminat untuk menceburkan diri

dalam bidang ini, pastikan niat adalah betul. Niat pertama ialah

mencari keredhaan Allah untuk membangunkan ummah.

Memperolehi wang adalah sebagai sampingan sahaja.

Cuba untuk tidak bersaing dengan orang lain. Sebab dalam

membangunkan ummah, tidak ada konsep persaingan. Yang ada

adalah konsep bersatu padu dan berganding bahu. Untuk bersatu

padu dan berganding bahu dalam perniagaan ini, memerlukan

kepada idea yang berbeza, barulah boleh melengkapi antara satu

sama lain. Sebagai contoh, kita membangun perniagaan ini untuk

pasaran pelajar. Maka, modul yang kita sediakan adalah dari aspek

motivasi, pembentukan sikap, pembentukkan sahsiah, cara belajar

dan juga cara bersosial. Itu yang kami buat. Oleh itu, kalau

syarikat B mahu menganjurkan program, dia kena memikirkan

modul lain pula. Sebagai contoh, kalau dia memberi penekanan

kepada aspek cara belajar, dia boleh anjurkan seperti smart ke,

bijak belajar ke. Maka, program yang dianjurkan akan

melengkapkan apa yang kita ada. Manakala syarikat C pula tengok

syarikat saya tidak memberi penekanan kepada kem solat. Maka,

dia boleh memberi penekanan daripada aspek ‘smart’ solat. Maka

modul ini boleh melengkapi antara satu sama lain. Ini kerana

kadang-kadang mereka yang datang ke program motivasi ini

merupakan orang yang sama. Yang datang ke MAP training

merupakan orang yang sama dan yang datang ke syarikat B pun

orang yang sama. Jadi, kalau tidak ada kelainan, maka buat apa

dia mahu menyertai program kami lagi?. Itulah pentingnya

menawarkan produk yang berbeza untuk memudahkah kita

berganding bahu.

Apakah harapan Dr Tengku dalam perniagaan ini?

Harapan saya dalam perniagaan ini ialah perniagaan ini kekal

selama-lamanya. Harapan saya juga agar anak saya boleh

mewarisi perniagaan saya ini. Dan harapan saya juga agar saya

boleh memfrancaiskan perniagaan saya ini. Ini adalah kerana

modul alihan pelajar sudah berusia 20 tahun. Dan modul ini sudah

terbukti hasilnya. Harapan saya, saya mahu membuka francais di

bandar-bandar besar atau bandar kecil supaya orang dapat

menyertai program ini tidak kira di mana mereka berada.

Page 31: lampiran k traskrip temu bual usahawan berjaya usahawan pertama

360

USAHAWAN KEEMPAT

HAJI MUHAMMAD KHANAFI BIN HUSIN

TARIKH TEMUBUAL: 4 JUN 2012

BIODATA PERIBADI:

Umur : 42 tahun

Asal : Bangi Selangor

Pendidikan tertinggi : Ijazah Sarjana Muda Syariah, Universiti

Malaya.

Status perkahwinan : Berkahwin

Bilangan anak : 2 orang

Alamat permis perniagaan sekarang : Al-Ansar Group

B7A, Jalan 8/7, Seksyen 8

43650 Bandar Baru Bangi

Selangor Darul Ehsan

KANDUNGAN TEMUBUAL

TEMA

LATAR BELAKANG DAN PENGALAMAN PERNIAGAAN

Bolehkah Tuan Haji ceritakan serba sedikit tentang latar

belakang Tuan Haji dan pengalaman Tuan Haji dalam

bidang perniagaan?

Insya Allah boleh. Selepas saya lulus ijazah pertama saya daripada

Universiti Malaya pada tahun 1994, saya telah bekerja di Syarikat

abang saya iaitu KDY Travels and Tours. Di samping itu dalam

masa yang sama, saya telah memohon pelbagai kerja. Enam bulan

selepas tu saya dipanggil untuk menjadi remiser saham. Memang

peliklah saya waktu tu, sebab saya telah melawan arus,

kebiasaannya siswazah yang keluar daripada Akademi Islam

akan menjadi ustaz, ustazah, kerja dengan majlis agama, jadi

peguam syari’I dan sebagainya tetapi saya pula bekerja sebagai

remiser saham. Memang agak mencabar jugalah kerja sebagai

Page 32: lampiran k traskrip temu bual usahawan berjaya usahawan pertama

361

remiser ni, sebab untuk jadi remiser kena ada modal sekurang-

kurangnya RM25,000. Jadi untuk mendapatkan modal tersebut,

saya minta bantuan daripada abang saya. Selain itu juga untuk

melayakkan diri jadi remiser saham, seorang remiser kena lulus

ujian lisan untuk mendapatkan lesen remiser dari BSKL.

Alhamdulillah, saya lulus ujian lisan tersebut. Semasa saya dalam

latihan untuk jadi remiser saham, saya dapat ujian lisan untuk

jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD). Jadi, saya keluar

sekejap untuk pergi ujian lisan tersebut dan Alhamdulillah, saya

berjaya. Sayapun bekerja sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik.

Masa saya kerja tu gaji saya RM1,300. Pergi kerja naik motor

kapcai tapi pakai tali leher dan blazer. Bila saya teringat balik, saya

rasa kelakar sangat, sebab biasa orang yang pakai pakaian macam

tu, naik kereta besar, ada pemandu, tapi saya cuma naik motor

kapcai sahaja. Setelah beberapa bulan bekerja, saya rasa tak puas,

sebab jiwa saya memang jiwa bisnes. Akhirnya, saya minta

pandangan dari bos saya untuk berhenti kerja. Bos sayapun

nasihatkan saya, kalau tak minat buat apa nak teruskan. Kerja

kerajaan ni paling tinggipun, akan dapat pangkat JUSA yang

gajinya dalam RM15,000. Masa itupun umur dah tua. Berbeza

dengan berniaga, kalau perniagaan yang dijalankan untung,

pendapatan akan dapat lebih daripada orang yang bekerja

kerajaan. Jadi, saya nekad berhenti kerja dan jadi remiser saham

balik sampai tahun 1997.

Pada tahun 1997, ekonomi jatuh. Bila ekonomi jatuh, remaiserpun

terlibat sama. Sebelum rugi lagi teruk, saya ambil keputusan untuk

berhenti jadi remiser. Waktu tu adalah waktu kegagalan saya, tapi

Alhamdulillah, saya boleh bayar hutang. selepas saya berhenti

kerja sebagai remiser, saya telah bekerja dengan abang saya

sebagai pengarah dalam bisnes hartanah sehingga tahun 2006,

selepas itu saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja.

Walaupun gaji masa tu agak besar, namun saya tidak ada kepuasan

diri. Bermula dari situlah saya bangunkan bisnes saya sendiri iaitu

Al-Ansar Group pada tahun 2007 sampailah sekarang.

Bagaimana pengalaman Tuan Haji di dalam bidang

perniagaan?

Pengalaman saya dalam bidang perniagaan pula, saya

menjalankan perniagaan saya sejak dari kecil lagi. Arwah mak

saya akan buat kerepek ubi dan dibungkus kecil-kecil untuk saya

dan adik beradik saya jual di sekolah. Hasil jualan kerepek, saya

akan bagi kepada mak saya dan mak saya akan bagi saya upah.

Manakala pada musim cuti sekolah pula, saya akan pergi cari

pucuk paku pakis, menjala ikan dan hasilnya saya akan jual kepada

Page 33: lampiran k traskrip temu bual usahawan berjaya usahawan pertama

362

penduduk kampung. Begitulah rutin hidup saya semasa saya

berada di sekolah rendah.

Bila saya masuk sekolah menengah pula, saya tinggal di asrama,

saya akan keluar pergi pasaraya Great Wall Kelang. Kat sana saya

akan beli barang-barang seperti maggi, barang keperluan lain

untuk saya jual kepada kawan-kawan saya yang tinggal di asrama.

Bila kena tangkap dengan cikgu, saya berhenti berniaga kejap,

selepas tu saya akan sambung berniaga balik.

Tapi selepas saya masuk universiti, saya berhenti berniaga sebab

saya aktif persatuan. Saya jadi presiden Pemanis, iaitu Persatuan

Anak Selangor. Pada setiap hujung minggu, saya menjadi

fasilitator di bawah Datuk Hassan Ali, selain itu saya juga pernah

menjadi fasilitator untuk program Biro Tata Negara.

Dulu,semasa belajar di Universiti Malaya, saya tinggal di rumah

sewa di Taman Datuk Harun. Bila saya duduk di luar kampus, saya

banyak bergaul dengan orang-orang yang sudah berkerja. Kawan

serumah saya ada yang bekerja sendiri dan ada yang bekerja

kerajaan. Saya nampak mereka sentiasa ada masalah kewangan,

gaji yang mereka dapat tak pernah cukup untuk menampung

kehidupan mereka. Daripada pengalaman itulah mengajar saya

untuk bekerja sendiri. Sebab dengan berniaga, saya nampak saya

boleh hidup senang dan banyak kebaikan yang saya perolehi

dengan bekerja sendiri.

Selain itu, faktor keluarga juga mendorong saya untuk

menjalankan perniagaan. Hampir kesemua abang-abang saya

adalah ahli perniagaan yang berjaya. Saya tengok abang-abang

saya yang berniaga, senang sahaja dia nak bantu orang lain yang

meminta pertolongan. Bila saya melihatkan kejayaan abang-abang

saya dalam bidang perniagaan maka ianya telah membuatkan saya

semakin bersemangat untuk menceburkan diri dalam bidang

perniagaan.

Ketika pertama kali saya buat hartanah, saya memang tak tahu

pasal hartanah. Sebab saya bukan bidang kejuruteraan atau arkitek.

Tapi saya belajar dengan abang saya daripada A sampai Z. Orang

kata daripada Zero to Hero. Masa saya kerja dengan abang saya,

macam-macam saya belajar. Saya belajar apa itu hartanah. Saya

buat kerja mula dari bawah lagi, saya pernah jadi pejabat boy, saya

belajar macam mana nak buat pembentangan kertas kerja ataupun

projek, macam mana nak buat pemasaran bila ada projek. Semua

saya belajar. Saya suka tinjau benda-benda baru ni. Selepas saya

belajar semua benda dalam bidang hartanah dan saya yakin

barulah saya buka syarikat saya sendiri.

Page 34: lampiran k traskrip temu bual usahawan berjaya usahawan pertama

363

Jenis perniagaan yang Tuan Haji usahakan sekarang?

Perniagaan saya bermula dengan al-Ansar Properties. Mula-mula

saya jual lot-lot banglo. Selepas itu, barulah saya buat pembinaan

sendiri dengan buat banglo dan yang akhirnya dari bisnes ini saya

jadi pemaju. Selain itu, saya ada juga ada buat pertanian iaitu serai

tetapi gagal. Sebab apa saya gagal, sebab saya tak ada ilmu dalam

perniagaan serai, saya main buat sahaja.

Sekarang ini, saya ada bela ikan Arowana. Saya kongsi dengan

seorang Cina di Hulu Langat, Alhamdulillah, bisnes tu nampak

menjadi, ikan tu saya ekport ke negara Cina. Selain itu, saya ada

juga bela lembu dekat Kemboja dan saya buat bisnes e-korban.

Alhamdulillah, walapun bisnes itu masih baru, tapi nampak ada

potensi untuk maju.

Adakah Tuan Haji asaskan sendiri perniagaan ni?

Ya, saya mengasaskan sendiri, perniagaan saya.

Macam mana Tuan Haji dapatkan modal perniagaan?

Modal bisnes saya, saya ambil dari simpanan saya sendiri. Selain

itu, masa kerja dengan abang saya, saya ada pegang saham dalam

syarikat, bila saya berhenti kerja, saya jual saham syarikat tu.

Dapat duit jualan saham, saya kembangkan perniagaan saya.

Sebagai contoh, bila saya dapat tanah, saya akan bangunkan tanah

tersebut.

Sebenarnya di dalam berniaga, modal yang paling utama ialah

kepercayaan orang kepada kita, bila orang percaya pada kita, maka

itu adalah satu kejayaan sebenarnya. Perniagaan hartanah senang

nak untung. Masa saya memulakan projek perumahan, sebenarnya

perniagaan saya sudah terjual sebanyak 10%, maksudnya masa

pecah tanah nak buat lot rumah, orang dah mula beli rumah

tersebut. Setakat ini, saya tak pernah buat pinjaman bank.

Bila saya berniaga, saya lagi suka guna sistem pelabur. Sebagai

contoh sekiranya saya teringin nak buat sesuatu perniagaan, saya

akan buat proposal perniagaan. Macam mana nak buat proposal

pinjaman bank untuk buka perniagaan, macam tulah saya buat

proposal untuk diberikan kepada pelabur. Dalam proposal tu

kenalah ada ramalan perniagaan, marjin keuntungan dan

sebagainya. Bila ada pelabur yang suka dengan proposal saya,

maka dia akan jadi pelabur kepada perniagaan yang akan saya

lakukan.

Berapakah saiz jualan produk sekiranya dinilaikan dengan

duit?

Page 35: lampiran k traskrip temu bual usahawan berjaya usahawan pertama

364

Lebih dari 20 juta.

Macam mana saiz pasaran?

Kalau perniagaan hartanah, saya banyak buat di Selangor.

Antaranya di Klang, Sg. Merab, Salak Tinggi dan Bangi. Kalau

ikan Arwana saya eksport ke Vietnam, Jepun. Cina, Hong Kong

dan Taiwan. Kalau Lembu saya bela di Kemboja, tapi kliennya

seluruh dunia.

Berapa bilangan pekerja Tuan Haji sekarang?

Bilangan pekerja tetap enam orang. Konsep berniaga macam saya

ni banyak menggunakan outsource. Biasa syarikat yang besar-

besar sahaja baru ada in-house. Company saya ni kecil sahaja.

Berapa aset perniagaan yang dimiliki Tuan Haji ni?

Lebih kurang 5 juta.

PERSONALITI

Berdasarkan pengalaman Tuan Haji, bagaimanakah

personaliti sebagai seorang usahawan Muslim?

Sebagai seorang usahawan Muslim, personaliti yang perlu ada

ialah mempunyai sifat yang baik sebagai seorang yang beriman

dan bertakwa kepada Allah. Menjadi seorang usahawan muslim

bukan sahaja perlu memikirkan tentang wang ringgit, kekayaan,

pengaruh dan harta tapi apa yang lebih penting adalah dari aspek

tanggungjawab. Antaranya mengeluarkan zakat. Makin banyak

keuntungan bisnes, makin banyak zakat yang kita keluarkan.

Selain itu, kita juga kena pastikan bisnes yang kita lakukan adalah

untuk memenuhi tuntutan syariah.

Sebagai contoh, bisnes lembu saya di Kemboja. Sebelum ini,

orang-orang Islam membeli daging lembu daripada orang bukan

Islam. Ini kerana mereka tak mampu untuk membela lembu

sendiri. Oleh itu, saya mengambil tanggungjawab untuk membela

lembu di Kemboja. Selain itu juga saya dapat menyediakan daging

halal kepada mereka, saya juga dapat membantu orang Malaysia

yang mahu membuat ibadah korban dan daging tersebut akan

disedekahkan kepada golongan miskin di Kemboja. Walau

bagaimanapun dalam buat bisnes, niat kita mestilah betul, biarlah

kita buat sesuatu bisnes ikhlas kerana Allah.

Bagaimana pula hubungan dengan Allah?

Salah satu sebab saya suka jadi usahawan adalah pergantungan

terus kepada Allah yang memberi rezeki. Berbeza orang berniaga

dengan orang yang bekerja makan gaji. Orang yang bekerja

makan gaji, dia kerja atau tidak kerja, hujung bulan dia akan dapat

gaji. Jadi, mereka tak perlu pening-pening kepala mana nak cari

Page 36: lampiran k traskrip temu bual usahawan berjaya usahawan pertama

365

duit. Tapi kalau jadi usahawan ni, hari-hari kena berdoa untuk

murahkan rezeki, hari-hari kena mengingati Allah, kena

bergantung kepada Allah. Sebab Allah itu Al-Razak, iaitu yang

Maha Pemberi Rezeki. Kita manusia ni hanya buat kerja-kerja

teknikal sahaja. Kalau Allah tak izinkan kerja kita ni, pasti kita tak

akan berjaya. Sebab tulah dalam berniaga ni, hubungan dengan

Allah kena betul-betul jaga.

Apakah amalan ibadah yang sepatutnya ada pada seorang

muslim? Pada saya, saya telah mewajibkan solat dhuha ke atas saya. Selain

itu, saya percaya tetang konsep sedekah. Lagi banyak kita

menyumbang, lagi banyak Allah akan bagi rezeki kepada kita.

Dari segi tolong orang pun sama, sebagai seorang usahawan, bila

kita nampak orang susah dan perlukan bantuan maka kita kenalah

bantu.

Perlu tak ketelitian di dalam perniagaan?

Sebagai seorang usahawan ketelitian sangat penting, terutamanya

dari aspek kewangan, bila saya dapat satu-satu peluang, saya akan

selidiki peluang tersebut terlebih dahulu. Sebagai contoh, orang

bagi proposal kat saya, saya akan turun padang dan semak sendiri

perniagaan yang akan dijalankan. Kalau tak ada ketelitian kita

akan gagal. Dalam berniaga, saya pegang satu prinsip, “biar tak

untung, jangan rugi”.

Bagaimana pula dengan disiplin Tuan Haji?

Orang yang tak ada disiplin ni sebenarnya susah nak berjaya. Saya

seorang yang mementingkan disiplin dalam kerja saya. Sebagai

contoh, pejabat saya buka pukul 9 pagi tapi pukul 8 pagi, saya

sudah berada di pejabat. Kadang- kadang kerja macam saya ni tak

tentu masa. Tapi saya memang fokus pada kerja sahaja. Saya tak

layan benda-benda lain. Sebagai contoh, “entertainment”.

Hiburan memanglah ada dalam berniaga, tapi kita kena tengoklah

entertainment yang jenis macam mana? Kalau dengan bersembang

dan daripada itu akan menghasilkan pelbagai peluang dan

menyelesaikan pelbagai masalah saya rasa itu tidak menjadi

masalah. Yang banyak masalah bila entertainment sampai larut

malam. Mana ada orang berniaga sampai larut malam? Kalau ada

orang yang buat macam tu, Itu bukan berniaga tapi buat benda lain.

Perlukah seorang usahawan mempunyai sifat kepimpinan?

Jadi usahawan automatik akan jadi pemimpin. Kitalah yang

memimpin organisasi perniagaan kita. Pengalaman saya di dalam

program-program yang berbentuk kepimpinan banyak membantu

saya. Sikap seorang pemimpin adalah dia boleh kawal masalah

Melakukan kerja

dengan teliti dan

berhati-hati

Menggunakan masa

sebaik mungkin

Berpandangan jauh

melebihi orang

bawahan

Page 37: lampiran k traskrip temu bual usahawan berjaya usahawan pertama

366

yang datang. Dia juga mesti berpandangan jauh melebihi orang

bawahan. Selain itu, sebagai seorang usahawan muslim juga dia

mesti boleh memimpin diri sendiri, keluarga, pekerja dan juga

orang lain. Sebab itu, saya nasihatkan kepada anak-anak muda hari

ini, penting sebenarnya masa kat sekolah atau universiti sertai

kelab ataupun apa-apa persatuan untuk melatih kita menjadi

pemimpin.

AKHLAK USAHAWAN MUSLIM

Bagaimana pula akhlak sebagai seorang usahawan?

Akhlak juga penting untuk menjadi seorang usahawan. Akhlak

yang baik membezakan kita dengan makhluk-makhluk Allah

yang lain. Akhlak yang baik menjaga hubungan kita dengan

Pencipta kita dan juga hubungan kita sesama manusia. Bila orang

senang dengan kita, maka orang akan suka berurusan dengan kita,

tapi bila kita dah tipu orang dan seorang yang tak amanah. Maka

orang tak akan percaya dengan kita, maka susahlah untuk kita

berniaga lain kali.

Sentiasa jujur dengan

pelanggan

JIHAD PERNIAGAAN

Bagaimana Tuan Haji berjihad melawan hawa nafsu?

Nafsu pertama adalah kemewahan. Usahawan yang berjaya sudah

pasti akan diliputi oleh kemewahan. Cara untuk kita mengawal

harta dan kemewahan itu sangatlah penting. Sebagai contoh:

kereta mewah, perlu ke tidak? Pada saya, kalau kita mampu, ianya

menjadi satu keperluan sebab berniaga macam saya ni kalau tak

pakai kereta mewah masalah juga. Kereta mewah itu lambang

korporat, lambang peniaga yang berjaya. Cuba awak bayangkan

kalau saya nak pergi beli tanah yang bernilai berjuta-juta, lepas tu

saya turun daripada kereta kancil depan tuan tanah tu. Agak-

agaknya dia percaya atau tidak kat saya? Jadi, kereta mewah tu

untuk buat pelanggan yakin dengan perniagaan yang kita buat.

Nafsu kedua adalah perempuan. Sudah menjadi trend hari ini,

pelajar perempuan yang lulus universiti, tak nak hidup susah dan

penat bekerja dia akan cari usahawan yang berjaya. Jadi, bila

usahawan sudah kahwin dua, dia akan merosakkan perniagaan dia

sendiri sebenarnya. Saya tak katalah semua macam tu, ada je yang

ok. Tapi kebanyakannya memang rosaklah perniagaan bila

berkahwin dua ni. Ada lagi yang teruk, dia kahwin dengan

Indonesia. Orang Indonesia ni memang dia kata orang Malaysia ni

kaya. Apatah lagi kalau dia tahu orang tu buat berniaga. Jadi,

sebagai seorang usahawan muslim, kenalah berjihad melawan

nafsu kemewahan dan juga nafsu perempuan ni.

Tidak menyimpan

perempuan simpanan

Page 38: lampiran k traskrip temu bual usahawan berjaya usahawan pertama

367

Bagaimana pula Tuan Haji berjihad di dalam menuntut dan

memberi ilmu?

Sebagaimana Hadis Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat kepada orang

lain. Apa yang saya buat, kita kena kongsi ilmu kita dengan orang

lain. Saya buat kursus untuk jadi pemaju perumahan. Jadi, bila

kita berkongsi ilmu, makin banyak ilmu yang kita dapat. Secara

tidak langsung, ilmu akan bertambah. Proses tu sangat penting.

Bagaimana pula jihad di dalam mencari dan memberi harta

atau di dalam melaksanakan tanggungjawab sosial?

Itu tujuan utama kita jadi usahawan, iaitu corporate social

responsibility (CSR). Bajet untuk CSR kena ada bagi seorang

usahawan. Sebagai contoh, kalau ada mana-mana organisasi yang

minta bantuan, insya Allah kita akan bantu.

Boleh tuan haji terangkan mengenai jihad di dalam

menjalinkan hubungan yang baik sesama manusia?

Ramai di kalangan orang sekarang, dia tak sedar bahawa berniaga

sebenarnya adalah untuk membangunkan ummah, tanpa kita sedar

sebenarnya kita telah lama dijajah dari aspek perniagaan. Sebagai

contoh, penguasaan bidang hartanah dan menjadi pemaju

kebanyakkannya adalah di kalangan orang bukan Islam. Dan

orang Islam cuma menjadi pelanggan kepada perniagaan yang

dijalankan oleh orang bukan Islam, sebab itulah orang Islam yang

melibatkan diri dalam bidang hartanah boleh dianggap sebagai

fardhu kifayah. Kalau tidak ada orang Islam yang berminat untuk

menceburi bidang ini, seluruh umat Islam akan berdosa, sebab

negara Malaysia majoriti penduduknya adalah terdiri daripada

mereka yang menganut agama Islam. Kita sebagai seorang Islam

kena fikir, kalau kita tak ceburkan diri dalam bidang

keusahawanan, apa akan jadi pada ekonomi kita akan datang?

Di dalam membina jalinan hubungan di dalam perniagaan adalah

dengan cara membina hubungan baik dengan kawan-kawan

ataupun NGOs yang kita sertai. Kita ini orang berniaga, nak

dapatkan perniagaan kita kena jumpa dengan orang berniaga juga,

bila kita jumpa dengan dia orang, kita boleh bertukar-tukar fikiran.

Macam saya, saya suka pergi ke seberang laut sebab kita boleh

belajar macam-macam.

Sebagai contoh, saya bina perniagaan saya dengan blogger, jadi

bisnes saya boleh berkembang melalui hubungan baik dengan

blogger. Selain itu kenalah sedekahkan masa sikit untuk sertai

alumni sekolah, alumni universiti dan pelbagai pertubuhan lain

Mengadakan seminar

atau kursus kepada

pekerja dan orang

awam

Melaksanakan

tanggungjawab sosial

Membina hubungan

baik dengan

usahawan lain

Page 39: lampiran k traskrip temu bual usahawan berjaya usahawan pertama

368

lagi. Selain itu, sebagai seorang usahawan dia kenalah rajin hadir

program dan juga majlis kenduri kendara. Kalau macam saya, saya

setiap hari kena kenal orang baru. Membina jalinan yang baik

sesama manusia adalah penting dalam dunia perniagaan.

Memberi sumbangan

dari aspek masa

kepada masyarakat

KEMANDIRIAN PERNIAGAAN

Pernah tak Tuan Haji menghadapi tahap kemandirian

(survival) dalam perniagaan maksudnya perniagaan yang

dijalankan tidak berkembang dan bertahan?

Perniagaan saya pernah melalui tahap kemandirian selama 6

bulan. Tapi saya masih lagi boleh bertahan sebab saya masih lagi

ada aset. Sebagai contoh, saya ada tanah, saya jual tanah tersebut

pada isteri saya sebab saya perlukan duit. Isteri saya ambil

pinjaman. Tapi tanah tu akan jadi milik isteri saya.

Selain itu, dulu saya pernah buat al-Ansar Consultancy, menjadi

penasihat kepada Amanah Raya Berhad, iaitu penasihat wasiat,

lepas jadi agen kitapun keluar buat jualan. Bila dah buat kerja tu

kita nampak, orang Melayu ni macam tak sedar diri, dia sensitif

bila saya ingatkan dia pasal mati. Selepas itu, saya nampak bisnes

sebagai penasihat wasiat macam rugi dan saya terpaksa

memberhentikan bisnes tersebut. Dan saya kembalikan lesen

sebagai penasihat wasiat kepada amanah raya. Kalau cerita pasal

aliran tunai, memang hari-hari saya tengok. Kalau perlu suntikan,

saya akan buat suntikan pada mana-mana bisnes yang perlu, sama

ada daripada pengasas ataupun pemegang saham.

Dalam buat bisnes, kita kena pandai dari aspek pengurusan, kalau

pengurusan kita gagal, maka bisnes juga akan gagal, Sebagai

contoh kerja kontraktor diibaratkan seperti pemburu, dapat hasil

bawa balik rumah, makan lepas tu habis, jadi esok nak kena pergi

memburu pula. Sebab tu, ramai orang yang buat kontrak gagal.

Pada saya, bisnes yang berjaya adalah menggunakan konsep

pelaburan. Bila kita ada duit, kita buat pelaburan kepada orang lain

yang nak berniaga. Bila dapat keuntungan daripada perniagaan

yang saya laburkan, saya akan melabur lagi pada perniagaan lain.

Saya pula suka kepada perniagaan yang mempunyai prestasi

tinggi, memang berniaga jenis ni sukar, tapi pulangannya sangat

lumayan.

Pernahkah Tuan Haji gagal dalam perniagaan?

Saya pernah gagal dalam berniaga. Sebagai contoh dalam

perniagaan pertanian, saya rugi RM200K. Orang yang buat

perniagaan berbentuk pertanian, keuntungannya sangat lambat.

Mengawal aliran

tunai

Page 40: lampiran k traskrip temu bual usahawan berjaya usahawan pertama

369

Selain itu pertanian juga bergantung kepada faktor cuaca. Dulu

saya pernah buat tanaman serai. Saya dapat tawaran dari Peladang

di Labis Johor, tanah bawah TNB. Jadi saya sangat teruja waktu

tu. Saya rancang perniagaan saya cantik-cantik. Dari aspek

pengurusan memang in order. Tapi bila tiba musim menuai, hasil

tanaman saya tidak boleh dijual. Saya hantar seorang pekerja

untuk jual serai saya ke seluruh pasar borong yang terdapat di

daerah Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Apa yang

paling menyedihkan saya ialah Bangla dan Myamar yang meniaga

di pasar-pasar borong menekan harga. Sudahlah menjadi

pendatang di tempat kita, boleh pula dia tekan kita. Selepas tu,

saya serik nak buat perniagaan berbentuk pertanian.

CADANGAN DAN HARAPAN

Apa cadangan Tuan Haji pada orang Melayu yang buat bisnes

dan gagal?

Kawan saya seorang surveyor, bila dia dapat projek daripada

PLUS RM 1 juta, keuntungan bersih cuma RM500 ribu. Nasihat

saya pada yang baru nak belajar berniaga, carilah perniagaan yang

kita boleh dapat duit dulu. Macam perniagaan jenis perdagangan,

kita bekalkan barang kat mana-mana jabatan ataupun perniagaan

jenis pelancongan, tapi perniagaan pelancongan ni susah sikit,

sebab kena uruskan VISA.

Apakah tahap perniagaan Tuan Haji sekarang? Maksudnya

dalam keadaan berkembang, mandiri ataupun matang?

Perniagaan saya masih berkembang, Insya Allah dalam dalam 3

tahun akan datang perniagaan saya akan matang. Pada umur saya

47 tahun, saya rasa saya nak bersara (sambil ketawa).

Mana lagi senang, nak buka perniagaan baru atau nak

kembangkan perniagaan?

Saya tak galakkan berniaga baru. Pada saya, saya lagi suka

kembangkan perniagaan yang saya ada. Dalam berniaga ni, kita

tak boleh tamak. Fokus sahaja pada perniagaan yang kita ada.

Mahirkan diri dalam perniagaan tersebut dan kembangkan

perniagaan itu. Melainkan kalau perniagaan yang kita jalankan

sudah mantap. Jadi, kita boleh beli syer atau melabur untuk

perniagaan lain.

Sebagai seorang usahawan, apakah kekuatan yang perlu ada

bila gagal dalam perniagaan?

Sebagai seorang usahawan muslim yang beriman kepada Allah

SWT kita kena ingat, bila kita gagal sebenarnya adalah Allah nak

kita belajar sesuatu, pertama sekali kita kena reda. Yang kedua

bila kita nak buat sesuatu perniagaan kita kena tahu betul-betul

Page 41: lampiran k traskrip temu bual usahawan berjaya usahawan pertama

370

tahu mengenai perniagaan yang hendak kita jalankan. Jangan buat

kesilapan yang sama. Yang ketiga sebagai seorang usahawan

muslim, putus asa adalah sikap yang mesti dipadamkan di dalam

diri seorang usahawan.

USAHAWAN KELIMA

MOHD HAREES BIN MASIAN

TARIKH TEMUBUAL: 6 OKTOBER 2012

BIODATA PERIBADI:

Umur : 41 tahun

Asal : Johor

Pendidikan tertinggi : Ijazah Kejuruteraan Mekanikal Universiti

Malaya

Status perkahwinan : Berkahwin

Bilangan anak : 5

Alamat permis perniagaan sekarang : Info-Trex Sdn Bhd

No 42-3 Jalan Sulaiman 1

Taman Putra Sulaiman

68000 Ampang

Selangor

Page 42: lampiran k traskrip temu bual usahawan berjaya usahawan pertama

371

KANDUNGAN TEMUBUAL

TEMA

LATAR BELAKANG DAN PENGALAMAN PERNIAGAAN

Boleh En Harees terangkan serba sedikit berkaitan latar

belakang dan pengalaman perniagaan?

Insya Allah boleh. Saya mula berniaga semasa saya belajar di

Universiti Malaya lagi. Pada peringkat permulaan, saya mengikut

kawan menjalankan perniagaan membaiki komputer. Selepas

menaamatkan pengajian saya. Saya membuka syarikat saya sendiiri.

Apakah jenis perniagaan yang En Harees usahakan sekarang?

Sebelum ini, Saya mengusahakan perniagaan minyak dan gas serta

membekalkan produk-produk makmal di kolej dan universiti di

sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Tetapi sekarang, saya ada buat

ladang kelapa sawit dan saya juga ada stesen minyak. Saya lagi suka

perniagaan yang kecil tetapi ada pendapatan setiap bulan berbanding

dengan perniagaan besar yang berbentuk kontrak atau projek yang

ada musim-musim tertentu sahaja.

Adakah En Harees asaskan sendiri perniagaan ini?

Ya, saya sendiri yang mengasaskan perniagaan saya.

Macam mana En Harees dapatkan modal perniagaan?

Daripada duit simpanan saya sendiri. Bila saya mendapat duit

daripada projek-projek yang saya jalankan, saya akan simpan sikit-

sikit. Dalam melakukan perniagaan ini, kita kena ada targert berapa

duit yang kita nak capai dalam perniagaan yang kita lakukan. Sebagai

contoh, sasaran perniagaan kita tahun ini, kita nak dapat satu juta,

jadi kita kenalah buat betul-betul biar ada satu juta dalam akaun,

barulah perniagaan yang kita jalankan boleh berjaya.

Berapakah saiz jualan produk sekiranya dinilaikan dengan

duit?

Untuk makluman, Saiz perniagaan saya sekarang adalah dalam

lingkungan RM10 juta.

Bagaimana pula dengan saiz pasaran perniagaan En Harees?

Kebanyakan perniagaan yang saya jalankan mempunyai pasaran

yang berada dalam negeri sahaja.

Berapakah bilangan pekerja En Harees sekarang?

Kini, Saya mempunyai lebih kurang 100 orang pekerja termasuk

dengan pekerja am dan pekerja buruh.

Page 43: lampiran k traskrip temu bual usahawan berjaya usahawan pertama

372

Boleh En Harees terangkan, berapakah aset perniagaan bisnes

En Harees sekarang ini?

Keseluruhan asset perniagaan saya adalah lebih kurang RM10 juta

ke atas.

PERSONALITI

Berdasarkan pengalaman En Harees, apakah personaliti yang

perlu ada sebagai seorang usahawan Muslim?

Sebenarnya, sebagai seorang usahawan Muslim, kena sentiasa

beringat-ingat bahawa semua harta yang dimiliki adalah milik Allah

SWT. Kita hanya menguruskan sahaja. Selain itu, rezeki yang

dikurniakan oleh Allah SWT adalah untuk dibahagi-bahagikan

kepada orang lain. Sepatutnya, itu yang berlaku. Namun, dalam

dunia perniagaan berlaku sebaliknya. Kebanyakan usahawan ini,

apabila dia sudah mempunyai duit, dia akan menghabiskan duit itu

untuk keperluan dirinya sendiri. Sebagai contohnya melancong. Pada

setiap hujung tahun jika awak pergi ke London, awak akan nampak

ramai orang Melayu yang pergi bercuti di sana. Mereka seronok

dengan kehidupan mereka dan mereka menikmati makanan di

restoran mewah-mewah. Golongan seperti ini kebiasaannya

menginfakkan sedikit harta sahaja. Dalam anggaran RM10 juta, dia

mungkin menginfakkan dalam RM2,000 sahaja. Golongan seperti ini

kurang betul sebenarnya. Kenapa saya kata kurang betul? Sebab sifat

seorang usahawan yang beriman adalah mereka akan menginfakkan

sebahagian daripada harta yang telah dikurniakan kepada mereka.

Sebagaimana firman Allah yang telah termaktub di dalam surah al-

Baqarah ayat 2 dan 3 yang bermaksud:

Kitab al-Quran ini tidak ada syak padanya dan

merupakan petunjuk bagi orang-orang yang bertakwa

iaitu orang yang beriman kepada perkara-perkara

ghaib, yang mendirikan sembahyang dan

mendermakan sebahagian daripada rezeki yang Kami

kurniakan kepada mereka.

Sebagai seorang usahawan muslim, kita perlu memahami apa yang

kita perlu buat berpandukan kepada al-Quran dan al-Hadis.

Contohnya, jika kita mendapat kurniaan rezeki daripada segi harta,

kita perlu tahu mengurus harta kekayaannya dengan cara yang betul.

Sebagai seorang usahawan muslim, kita perlu menyedari yang rezeki

ini Allah yang beri. Kita hanya mengusahakannya dan kalau kita

usaha pun, kalau Allah tidak izin, maka sudah pasti apa yang kita

lakukan tidak akan menjadi. Sebagai contoh sekiranya Allah SWT

tidak mengilhamkan sesuatu kepada kita, sudah semestinya kita

tidak akan mampu untuk melakukan sesuatu. Manusia ini kadang-

Bersedekah

Page 44: lampiran k traskrip temu bual usahawan berjaya usahawan pertama

373

kadang, dia rasa dia pandai sebab dia belajar, sebab ilmu yang dia

ada. Tetapi sebenarnya, Allah telah beri dia peluang dan juga ilham

untuk dia berjaya.

Selain itu terdapat juga jenis usahawan yang tidak tahu bertakwa

kepada Allah. Dia percaya kejayaan yang diperolehi adalah hasil

usahanya sendiri sedangkan yang memberikan kejayaan adalah Allah

SWT. Golongan seperti ini kadangkalanya Allah memberinya

kejayaan demi kejayaan yang akan membuatkan mereka lupa kepada

Allah SWT. Golongan seperti ini telah disebut di dalam al-Quran

seperti firman Allah SWT yang bermaksud:

“Sesungguhnya golongan kiri itu adalah

golongan yang dilalaikan oleh kemewahan dunia

daripada mengingati hukum Allah SWT, mereka

sentiasa melakukan dosa besar.” Golongan

seperti ini akan disiksa oleh Allah SWT. –al

Waqiah ayat 45-46

Manakala kelebihan menjadi seorang yang bertakwa adalah Allah

akan mengurniakan rezeki yang tidak disangka-sangka sebagaimana

disebut di dalam al-Quran surah al-Talaq: ayat 1-3 yang bermaksud:

Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, Maka dia

akan menjadikan kemudahan baginya dalam

urusannya. Dan Dia memberikan rezeki yang tidak

disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang

bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan

mencukupkan keperluannnya. Sesungguhnya Allah

melaksanakan urusanNya. Sungguh Allah

mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu

Sebagai contoh, kadang-kadang kita tidak berniat mendapatkan

sebarang projek. Tiba-tiba projek datang sebagai rezeki mencari kita.

Kawan-kawan telefon menawarkan kita sesuatu projek dan

sebagainya. Itu maksudnya rezeki yang tidak disangka-sangka.

Selain itu, idea dan kreativiti juga rezeki daripada Allah. Kalau Allah

mahu menyempitkan rezeki untuk kita, kita akan menjadi tepu dan

tidak boleh berfikir dengan baik. Sebagai contoh, kalau kita bekerja

dengan menoreh getah, maka dia akan menoreh getah sampai mati.

Dia tidak boleh berfikir kreatif untuk membuat perniagaan beli getah

dan jual getah di kilang atau sebagainya. Maksudnya di sini, Allah

sudah menyempitkan rezeki melalui fikiran kreatif untuk

menambahkan rezekinya.

Secara kesimpulannya, Allah memberi rezeki di dalam dua keadaan.

Pertama, Allah telah melimpahkan rezeki kepada manusia untuk dia

semakin lalai kepada Allah, yang kedua Allah memberi rezeki untuk

Page 45: lampiran k traskrip temu bual usahawan berjaya usahawan pertama

374

dia semakin bertakwa kepada Allah. Ciri kedua ini perlu ada pada

diri seorang usahawan muslim.

Bagaimana En Harees menjaga hubungan dengan Allah?

Untuk menjaga hubungan dengan Allah, perkara pertama yang perlu

diutamakan oleh usahawan Muslim ialah menjaga Solat. Ini kerana

melalui solat, seseorang Muslim akan merasa dekat dengan Allah

SWT dan juga pergantungan kepada Allah akan menjadi kuat.

Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat.

Dan solat itu sungguh berat kecuali orang-orang yang khusyuk.”

(Surah al-Baqarah: 45). Siapakah orang yang khusyuk dalam solat

itu? “Orang yang khusyuk dalam solat ialah mereka yang yakin

bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan mereka akan kembali

kepadaNya” (surah al-Baqarah: 46). Khusyuk itu bukan sahaja di

dalam solat malah di luar solat. Maksud khusyuk di luar solat ialah

kita kena sentiasa beringat yang suatu hari nanti kita akan bertemu

dengan Allah dan tiada apa yang akan kita akan bawa untuk bertemu

dengan Allah melainkan amalan-amalan yang kita lakukan di dunia

ini. Selain itu, ibadah solat bukan seperti melakukan meditasi.

Apabila kita sudah terbiasa melakukannya, kita tidak akan sedar apa

yang berlaku tetapi sebenarnya solat itu sebenarnya mendekatkan

kita dengan Allah dan kita perlu menanamkan keyakinan amal

ibadah yang dilakukan semata-mata untuk mendapat keredaan Allah

SWT.

Apakah amalan ibadah yang sepatutnya ada pada seorang

muslim?

Saya cuba buat apa yang telah dibuat oleh Rasulullah SAW.

Antaranya puasa sunat, solat dhuha dan solat witir. Jika tidak mampu

mengikuti semua, ikutilah mana yang termampu. Itupun kadang-

kadang terlepas juga. Manusia ini sebenarnya mengetahui kelebihan

mengikut sunnah Rasulullah SAW. Namun apabila mahu

melakukannya sangatlah terasa berat. Ramai umat Islam seperti ini

sebenarnya. Saya beri contoh, semasa saya belajar di Universiti

Malaya dahulu, saya mendiami satu rumah dengan pelajar-pelajar

Akademi Pengajian Islam. Mereka ini hari-hari belajar subjek agama,

tetapi mahu melihat mereka solat sunat atau puasa sunat sangatlah

susah. Mereka bukan tidak tahu kelebihan melakukan ibadah-ibadah

sunat.

Adakah ketelitian sangat penting di dalam perniagaan?

Solat lima waktu

Page 46: lampiran k traskrip temu bual usahawan berjaya usahawan pertama

375

Ketelitian adalah elemen yang sangat penting di dalam perniagaan.

Sebagai contoh dalam meletakkan sesuatu harga dalam sesebuah

projek. Kalau mahu memenangi satu projek, kena pandai

meletakkan harga yang tepat. Kalau salah letak harga, maka

kesannya kita akan gagal untuk mendapatkan projek tersebut. Kalau

meletakkan harga yang sangat rendah pula, kemungkinan kita akan

rugi. Kalau meletakkan harga yang sangat tinggi pula, kemungkinan

kita tidak akan mendapat langsung projek tersebut. Jika projek yang

kita jalankan mengalami kerugian yang terlampau tinggi maka

kemungkinan besar kita akan bangkrap. Jadi, ketelitian sangat

penting dalam menjalankan perniagaan.

Namun sekiranya kita sudah mempunyai pendapatan yang stabil,

maka kita perlu bertenang dan rileks. Kemungkinan nanti jika kita

tidak tenang perniagaan kita akan menjunam rugi. Ini berdasarkan

pengalaman saya. Saya pernah mengalami hampir-hampir

kemuflisan kerana tidak berhati-hati daripada aspek teknikal dan

aspek harga.

Bagaimanakah pula dengan disiplin? Adakah disiplin juga

penting bagi seorang usahawan.

Disiplin sangat penting. Walau dalam keadaan apapun, jika mahu

membina empayar perniagaan kalau tiada disiplin, maka empayar

perniagaan yang kita bina sekadar atas angin sahaja. Jika berjanji

dengan pelanggan untuk bertemu pada jam 3.00 petang tetapi kita

tiba pada jam 4.00 petang, memang tidaklah ke mana perniagaan

kita.

Adakah seorang usahawan perlu mempunyai sifat kepimpinan?

Kepimpinan sangat penting pada orang yang melakukan perniagaan.

Ada sesetengah orang menjadi pemimpin kerana keadaan sekeliling

yang membuatkan dia menjadi seorang pemimpin. Namun, ada

sesetangah orang dilahirkan untuk menjadi pemimpin. Sebenarnya

jika mahu berjaya, kita kena bekerja sebagai satu jemaah dan tidak

boleh bekerja seorang diri. Tetapi sebelum hendak berkongsi niaga

dengan orang lain, kita kena kenal dulu siapa rakan kongsi kita.

Dengan berkongsi niaga kita boleh membina jaringan dengan cepat.

Dengan berkongsi niaga juga, sedikit sebanyak akan meringankan

sebahagian bebanan kita. Apabila kita mempunyai sebarang masalah,

kita boleh berkongsi dengan rakan kongsi kita. Di antara masalah

yang dihadapi di dalam perniagaan ialah kesusahan untuk berkongsi

dengan kakitangan. Hal ini berlaku keranan kebanyakkan pekerja

hari ini, malas nak bekerja. Mereka bekerja semata-mata untuk

mendapatkan gaji sahaja. Mereka kurang bersungguh-sungguh dan

Melakukan kerja

dengan teliti dan

berhati-hati

Tidak

menangguhkan

kerja

Mengajak

usahawan

Page 47: lampiran k traskrip temu bual usahawan berjaya usahawan pertama

376

berminat di dalam kerja-kerja yang mereka lakukan, apatah lagi

siswazah yang baru memasuki alam pekerjaan, bekerja emata-mata

untuk mendapatkan gaji. Kebanyakan masalah syarikat hari ini ialah

apabila majikan bercakap dengan kakitangan mereka, arahan dari

majikan seperti masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Kalau

masalah ini berterusan macam mana syarikat nak maju. Oleh kerana

itu peranan usahawan sangat penting untuk memimpin pekerja

supaya pekerja dapat melakukan kerja dengan baik.

melakukan

kebaikan dan

mencegah

melakukan

kemungkaran

AKHLAK USAHAWAN

Bagaimana pula akhlak sebagai seorang usahawan?

Bergantung kepada tali pergantungan dia dengan Allah. Kalau

hubungan dia dengan Allah kuat, maka akhlaknya pun akan terjaga.

Tetapi kalau hubungannya dengan Allah kurang dan ada jurang,

maka akhlaknya pun akan berkekurangan.

JIHAD PERNIAGAAN

Boleh En. Harees terangkan apakah maksud jihad melawan

hawa nafsu?

Jihad melawan hawa nafsu sebenarnya terpulang kepada individu itu

sendiri. Salah satu contoh, kebanyakan usahawan akan terlibat

dengan rasuah untuk mendapatkan projek. Kalau tidak mengamalkan

rasuah, memang susah untuk dapatkan projek Sebagai contoh

perniagaan yang saya buat ini, iaitu perniagaan minyak dan gas. Jujur

saya cakap, kalau tidak diberikan duit, pihak yang terlibat tidak akan

diberikan projek. Oleh sebab itu, saya sudah menarik diri daripada

perniagaan itu.

Satu lagi untuk melawan hawa nafsu ini, pemahaman dan

penghayatan kepada ajaran Islam sangat penting. Apabila dia

mempunyai kefahaman Islam yang baik, sudah pasti dia dapat

menjinakkan hawa nafsu daripada melakukan perkara-perkara yang

tidak baik. Kalau kita tengok manusia pada hari ini, ada sahaja yang

solat tetapi masih membuat perkara-perkara yang tidak baik. Solat

ini pula ada dua kategori. Yang pertama, ada orang menunaikan solat

sebab mahu melepaskan diri daripada tanggungjawab sebagai

seorang hamba. Yang kedua, ada orang menunaikan solat sebab dia

mahu bertemu dan bercakap dengan Allah. Kalau orang yang

merasakan kesan daripada solat dalam dirinya, pada pendapat saya

untuk seseorang melakukan perkara yang tidak baik amatlah susah

untuk diperlihatkan berbanding dengan orang yang tidak solat dan

juga solat sebab tanggungjawab sahaja.

Bagaimana pula cara En Harees berjihad di dalam menuntut

dan memberikan ilmu?

Tindakan seseorang bergantung kepada ilmu yang dicari. Ada orang

mencari ilmu untuk kesenangan dunia sahaja. Jadi, dia akan

Tema akhlak

usahawan terhadap

pelanggan: Tidak

memberi rasuah

Page 48: lampiran k traskrip temu bual usahawan berjaya usahawan pertama

377

menfokuskan kepada ilmu dunia sahaja. Selain itu ada juga orang

mencari ilmu untuk dunia dan akhirat. Kalau dia mencari ilmu untuk

dunia sahaja, maka dia akan memperolehi dunia sahaja, tapi kalau

dia mencari ilmu untuk kedua-duanya, maka dia akan memiliki

kejayaan dunia dan juga akhirat.

Dari aspek memberi ilmu pula, saya seorang yang suka berkongsi

ilmu, Kalau orang tanya saya tentang ilmu bisnes, saya akan

berkongsi dengan mereka. Saya tidak kisah sebab saya tahu Allah itu

Maha Kaya. Buat apalah mahu kedekut ilmu. Allah sendiri tidak

berkira pada siapa Dia mahu beri.

Hakikatnya, terdapat usahawan yang berjaya membina perniagaan,

bila dia makin berjaya dia menjadi semakin tamak. Sebagai contoh,

kita boleh melihat negara-negara yang ada minyak. Kebanyakannya

terdiri daripada negara-negara Islam. Kalaulah orang Islam ini

menggali minyak untuk kegunaan orang Islam itu sendiri, sudah pasti

negara kafir tidak akan maju. Kerana tamak punya pasal, sanggup

menjual minyak kepada orang kafir yang akhirnya mereka yang

mengawal dunia, bukannya orang Islam.

Pada pandangan En Harees, Bagaimana pula jihad di dalam

mencari dan memberi harta atau melaksanakan tanggungjawab

sosial?

Sebagai seorang, kita ini perlu berusaha bersungguh-sungguh di

dalam mencari rezeki. Apabila kita mendapat rezeki, kita kena ingat

duit itu bukannya hak kita kesemuanya. Saya sendiri suka

menggunakan cara menguruskan duit dengan membahagikan satu

pertiga daripadanya perbelanjaan untuk keperluan diri sendiri dan

juga keluarga, 1/3 lagi saya akan membuat simpanan dan 1/3 lagi

saya akan infakkan ke saluran lain. Sebagai contoh, kalau saya

mempunyai duit sebanyak RM10,000, saya cuma akan ambil dalam

RM1,000 atau RM2,000 sahaja. Selebihnya saya akan bahagi-

bahagikan kepada apa yang patut.

Nasihat saya, untuk menjadi usahawan yang berjaya, kita kena

kayakan jiwa kita terlebih dahulu. Kalau jiwa kita sudah kaya, kita

tidak akan memandang benda-benda yang mewah seperti kereta

Ferari atau Mercedes sebagai satu kehendak atau keperluan. Bila kita

kayakan jiwa kita dengan iman, kita akan merasa serba cukup dengan

apa yang ada.

Satu perkara lagi yang saya dapat rasakan di dalam menjalankan

perniagaan saya ini ialah saya tidak menggunakan sepenuh tenaga

dan tidaklah bersungguh-sungguh untuk membina perniagaan. Saya

merasakan saya tidak bekerja sebenarnya. Kenapa saya mengatakan

sedemikian? Sebab saya mempunyai kakitangan yang bekerja untuk

Mengadakan

seminar atau

kursus kepada

pekerja atau orang

awam

Mencari harta

untuk keperluan

diri sendiri

Akhlak usahawan

terhadap pekerja:

Membayar kerja

Page 49: lampiran k traskrip temu bual usahawan berjaya usahawan pertama

378

saya. Kalau kakitangan kita bekerja melebihi daripada masa yang

ditetapkan, kita berilah mereka gaji lebih. Pada saya, saya tidaklah

hendak berkira sangat dengan pekerja saya. Itu salah satu cara saya

menjalankan tanggungjawab sosial kepada pekerja saya, iaitu dengan

menjaga kebajikan mereka. Selain itu juga, sudah lama saya tidak

ambil gaji daripada syarikat ini kerana saya sudah ada sumber

pendapatan yang lain. Sebab apa saya tidak mementingkan gaji

sangat, sebab saya rasa jiwa saya sudah menjadi kaya. Jadi, ambillah

sekadar yang perlu sahaja.

Tetapi ramai dalam kalangan usahawan yang banyak duit ini, mereka

suka pergi melancong . Saya tiadalah kemahuan yang terlalu tinggi

untuk melancong sebab saya akan berasa rimas dan tidak selesa

apabila pergi ke tempat orang. Kadang-kadang susah mahu

beribadah. Apabila kita berada di dalam kapal terbang selama

berbelas-belas jam, mahu solat pun susah. Bila susah nak solat, ramai

yang qada’ solat bila balik Malaysia (sambil gelak). Itupun kalau dia

rajin nak buat qada’ solat. Pada orang lain, itu satu keseronokan

tetapi saya tidak seronok. Saya suka duduk rumah dan pergi surau

balik surau. Saya suka hidup yang mudah dan sederhana.

Satu lagi apabila jiwa kita sudah kaya, kita tidak akan mengada-

ngada mahu membuat hutang. Apabila membeli kereta baru, kita

akan membuat hutang baru. Contohnya, selepas membuat kata putus

untuk membeli kereta mewah, sebulan perlu membayar dalam

lingkungan RM7,000 hingga RM8,000. Kemudian, perkara

pemeliharaan kereta perlu dijaga. Bagi saya sungguh memenatkan

dan lebih baik membeli kereta untuk keperluan. Jadi, awak tidak

payah pening-pening kepala untuk membayar hutang. Duit yang

lebih bolehlah diinfakkan atau disedekahkan kepada mereka yang

memerlukan. Apabila jiwa kita miskin, kita akan merasa tidak cukup

dengan apa yang ada. Jadi sebagai usahawan, sangat penting untuk

kita kayakan jiwa. Apabila jiwa kita kaya, kita lebih senang untuk

memberi daripada menerima.

Boleh En Harees terangkan mengenai jihad di dalam

menjalinkan hubungan yang baik sesama manusia?

Saya sentiasa mengimpikan masyarakat kita menjadi masyarakat

yang celik al-Quran. Menjadi seorang yang celik Al-Quran bukan

sekadar tahu membaca sahaja, tetapi penting juga untuk kita

memahami dan menghayati isi kandungan al-Quran. Manusia ini

kalau tidak ada al-Quran di dalam hatinya, dia akan sesat. Semua

orang boleh cakap yang dia mendapat hidayah tetapi tidak semua

yang faham al-Quran. Kalau manusia tidak memahami al-Quran,

bagaimana manusia mahu berpegang kepada al-Quran. Bagaimana

pula usahawan mahu membina ekonomi ummah, kalau dia sendiri

lebih masa kepada

pekerja

Page 50: lampiran k traskrip temu bual usahawan berjaya usahawan pertama

379

tidak memahami al-Quran. Kefahaman dan pengamalan kepada apa

yang terdapat di dalam al-Quran ini penting untuk membangunkan

ekonomi Ummah.

Selain daripada usahawan Muslim patut berpegang kepada al-Quran

dan sunnah, hubungan sesama manusia mestilah kena jaga. Ini

penting. Untuk membina jalinan yang baik sesama manusia, kita

kena rajin jumpa pelanggan dan kena rajin buat hubungan dengan

umum (public relation). Kalau awak mahu menceburi bidang

perniagaan minyak dan gas, awak kena rajin main golf. Jadi, awak

akan lebih mudah mendapat projek (sambil gelak).

Menjalinkan

hubugan yang baik

dengan pelanggan

dan pembekal

KEMANDIRIAN PERNIAGAAN

Adakah En Harees pernah gagal dalam perniagaan?

Saya pernah gagal dalam perniagaan saya. Pada masa itu, saya

terduduklah sekejap. Sebenarnya ada hikmah dari kegagalan saya.

Bila kita gagal dalam perniagaan kita kena banyak bermuhasabah diri

dan bersabar. Allah Maha kuasa, saya rugi RM1 juta sebulan selepas

itu saya memperolehi RM1 juta kembali. Saya mengalami kegagalan

dalam tempoh 3 bulan dan kemudian selepas itu saya naik kembali.

Masa itu saya terfikir. Ish betullah! Kenapalah saya tidak sedar

sebelum ini yang Allah itu memanglah sangat hebat. Kalau Dia mahu

memberi sekejap sahaja dia boleh beri. Kalau Dia tidak mahu beri,

usaha macam mana pun dia tidak akan beri.

Adakah En Harees pernah menghadapi tahap kemandirian di

dalam perniagaan? Maksudnya perniagaan yang dijalankan

tidak berkembang dan bertahan?

Sebelum ini saya pernah menghadapi keadaan itu. Ketika mengalami

keadaan itu, saya tidak boleh berfikir langsung, apa yang saya buat

masa tu, tidur, tidur dan tidur. Bila saya tersedar kembali,

sebenarnya, saya ada satu senjata yang paling hebat untuk

memajukan perniagaan saya iaitu doa. Apabila saya

memperbanyakkan doa, alhamdulillah, Allah memberikan rezeki

yang melimpah ruah kepada saya. Rezeki yang tidak disangka-

sangka dan doa merupakan senjata yang berharga untuk orang

beriman.

Sebelum seseorang usahawan mahu membuka perniagaan atau mahu

mengembangkan perniagaan, dia kena memastikan dia boleh

bertahan dalam masa 6 bulan. Dia perlu mengira duit dia agar cukup-

cukup untuk mencukupi keperluannya selama 6 bulan. Bila kita

membuat perniagaan ini, kita kena tengoklah perniagaan itu

Sabar menghadapi

ujian

Page 51: lampiran k traskrip temu bual usahawan berjaya usahawan pertama

380

berkembang atau tak? Biasanya saya akan memberi masa dalam 6

bulan hingga setahun. Kalau tiada ada apa-apa perubahan, saya akan

menutup perniagaan itu.

Selain itu, di dalam keadaan perniagaan saya tengah bertahan juga,

saya penah memberhentikan pekerja kerana tidak mempunyai duit

yang cukup untuk membayar gaji. Saya mengecilkan penstrukturan

syarikat saya, daripada 5 jabatan menjadi 1 jabatan sahaja. Selain

itu, untuk mendapatkan semula modal perniagaan selepas

menghadapi kegagalan dalam perniagaan, saya pernah meminjam

duit dengan bank, adik beradik, kawan-kawan dan yang paling

teruk, saya pernah pinjam duit dengan along.

Dalam tempoh bertahan ni juga, kita kenalah rajin pergi berjumpa

dengan pelanggan. Bawalah brosur dan profil syarikat semasa

berjumpa dengan pelanggan. Kemudian, ceritakanlah perkhidmatan

apa yang kita boleh tawarkan kepada pelanggan kita. Kalau dia

berminat dengan kita, dia akan ambil kertas kerja kita.

Pada pandangan En Harees, di antara mahu mengembangkan

perniagaan yang sedia ada atau mahu membuka perniagaan

baru, manakah yang lagi senang?

Pada pandangan saya, nak kembangkan perniagaan lagi senang dari

buka perniagaan baru sebab ramai orang yang membuka perniagaan

baru, lingkup. Biasanya perniagaan yang tumbuh ini akan

berkembang dan terus berkembang. Namun, perniagaan yang baru

dibuka belum tentu lagi akan berkembang cantik, malah ada yang

terpaksa tutup.

Memberhentikan

pekerja

CADANGAN DAN HARAPAN

Apakah cadangan En Harees untuk siswazah yang berminat

untuk berniaga?

Nasihat saya pada yang baru nak belajar berniaga, buatlah

perniagaan secara kecil-kecilan dahulu. Cubalah menjual nasi lemak

dahulu, pisang goreng atau sebagainya. Secara jujurnya, sekecil-

kecil perniagaan adalah lebih baik dari kerja makan gaji. Kita mahu

membuka perniagaan, biarlah kita mulakan dengan kecil-kecilan

dulu. Selepas itu kembangkan perniagaan itu sedikit demi sedikit.

Pesan saya untuk bakal siswazah pula, jadikan perniagaan sebagai

kerjaya separuh masa dulu dan dalam masa yang sama bekerja

terlebih dahulu dengan orang lain. Kemudian, apabila perniagaan itu

sudah mula berkembang, barulah putuskan untuk berhenti kerja.

Namun, kena rajinlah dengan membuat kerja lebih masa. Sebagai

contoh, hari bekerja pergilah kerja seperti biasa dan waktu malam

Page 52: lampiran k traskrip temu bual usahawan berjaya usahawan pertama

381

pula mulalah buat kertas kerja, tender ke atau sebagainya. Itulah

diantara nasihat yang saya boleh saya berikan untuk siswazah yang

berminat untuk menceburkan diri di dalam perniagaan.

USAHAWAN KEENAM

HAJI MOHAMMAD SAHAR BIN MAT DIN

TARIKH TEMUBUAL: 27 APRIL 2012

BIODATA PERIBADI:

Umur : 43 Tahun

Asal : Kg. Sg Merab, Kajang Selangor

Pendidikan tertinggi : MBA (Markerting), University of Honolulu

Status perkahwinan : Berkahwin

Bilangan anak : 4 Orang

Alamat permis perniagaan sekarang : Bulatan Mekar Sdn Bhd

510, Diomond Complex

Bangi perniagaan Park

43650 Bandar Baru Bangi

Selangor

ISI KANDUNGAN TEMUBUAL

TEMA

LATAR BELAKANG DAN PENGALAMAN

PERNIAGAAN

Boleh Tuan Haji terangkan serba sedikit berkaitan latar

belakang dan pengalaman perniagaan?

Untuk pengetahuan Puan, saya tidak pernah terfikir untuk menjadi

seorang usahawan dalam bidang hartanah. Pekerjaan saya sebelum

ini adalah sebagai seorang guru agama lulusan diploma daripada

Page 53: lampiran k traskrip temu bual usahawan berjaya usahawan pertama

382

KUSZA. Sebagai seorang guru agama, gaji saya masa itu sangat

sedikit dan saya kena mencari kerja lain untuk menampung kos

sara hidup keluarga. Suatu hari, ada seorang rakan surau saya

meminta supaya saya membina satu rumah di tanah miliknya

sendiri di Sungai Merab. Walaupun saya tidak mempunyai

pengalaman dalam perniagaan itu, namun saya mengambil

peluang yang diberikan untuk belajar bagaimana untuk membina

rumah, bermula daripada mencari pelukis pelan, kontraktor binaan

dan juga mencari bahan-bahan binaan. Saya lakukan sendiri dan

saya banyak belajar. Dari sinilah, minat saya dalam bidang

pembangunan rumah dan hartanah muncul.

Apakah jenis perniagaan yang Tuan Haji usahakan

sekarang?

Perniagaan yang saya usahakan sekarang adalah sebagai pemaju

hartanah, kontraktor binaan dan juga pengiklanan.

Adakah Tuan Haji yang mengasaskan sendiri perniagaan ini?

Ya, saya sendiri yang mengasaskan perniagaan ini.

Bagaimana Tuan Haji mendapatkan modal perniagaan?

Saya mendapatkan modal perniagaan saya dengan duit simpanan

saya sendiri dan daripada hasil projek kecil-kecilan saya. Saya

tidak pernah membuat pinjaman bank melainkan Bridging Loan.

Berapakah saiz perniagaan tuan Haji jika dinilaikan dengan

duit? Untuk makluman, saiz perniagaan saya melebihi RM30 juta.

Bagaimana pula dengan saiz pasaran perniagaan Tuan Haji?

Perniagaan saya menumpukan kepada pasaran tempatan sahaja.

Berapakah bilangan pekerja Tuan haji sekarang?

Bilangan pekerja tetap saya tidak ramai, kurang daripada 20 orang

sahaja. Perniagaan macam saya ini banyak guna outsource atau

berdasarkan kontrak. Kalau ada kerja, baru saya panggil dia orang.

Boleh Tuan Haji terangkan, berapakah asset perniagaan

Tuan Haji sekarang?

Keseluruhan asset perniagaan saya sekarang melebihi RM10 Juta.

PERSONALITI:

Berdasarkan pengalaman Tuan Haji, apakah personaliti yang

perlu ada pada diri seorang usahawan Muslim?

Page 54: lampiran k traskrip temu bual usahawan berjaya usahawan pertama

383

Pada saya untuk menjadi seorang usahawan Muslim yang

berjaya,seseorang usahawan itu perlu menjadi seorang muslim

yang betul-betul berpegang kepada ajaran Islam. Mendidik dan

mentarbiah diri dan keluarga dan juga masyarakat tentang sifat dan

personaliti usahawan merupakan perintah Allah SWT. Sebagai

seorang usahawan muslim yang berjaya, antara perkara yang tidak

dapat tidak yang mesti dilakukan antaranya ialah solat 5 waktu

secara khusyuk, tidak melakukan perbuatan yang sia-sia antaranya

tidak berjudi, tidak mengamalkan rasuah, tidak meminum arak dan

juga tidak melakukan pembaziran harta dan sebagainya. Selain itu,

sebagai seorang usahawan, zakat merupakan salah satu cara untuk

dimurahkan rezeki. Seterusnya, seorang usahawan mestilah

menjaga maruah diri. Pengertian menjaga maruah diri termasuklah

berpakaian yang menutup aurat, tidak melakukan muqadimmah

zina apatah lagi berzina yang merupakan dosa besar dan amat

dilarang dalam Islam.

Kebanyakan usahawan Muslim yang bankrup, ada hubungkaitnya

dengan perbuatan zina yang dilakukan. Sebagai seorang usahawan

Muslim, kegiatan berzina ini perlu dijauhkan ibarat seperti

melarikan diri daripada binatang buas, sebab perbuatan zina ini

adalah seperti perbuatan binatang. Oleh itu, jangan kita

melepaskan jawatan kita sebagai makhluk yang sangat istimewa

di sisi Allah SWT dengan menyamakan taraf diri kita dengan

binatang.

Selain itu, sebagai seorang usahawan muslim memikul amanah

sangatlah penting. Berusaha keras mencari yang halal dan

menjauhkan diri dari sumber yang haram dan menghindarkan diri

dari sumber yang syubhat. Ini kerana sabda nabi SAW: Peniaga

jujur dan amanah akan bersama roh para nabi, syuhada dan juga

para solihin. Jatuhnya perniagaan Muslim hari ini ada

hubungkaitnya dengan tabiat khianat dan mungkir janji samada

kepada Allah SWT dan mahupun kepada manusia. Mereka yang

menjaga elemen-elemen penting ini, menyedari cara untuk

membentuk personaliti usahawan Muslim akan beroleh kejayaan

dalam usahanya dalam menjana ekonomi diri, keluarga dan demi

kesejahteraan serta tanggungjawab ummah. Ini adalah kerana janji

Allah dan sesungguhnya Allah tidak akan memungkiri janjinya.

Bagaimana pula Haji Sahar menjaga hubungan dengan

Allah?

Dalam menjaga hubungan dengan Allah, saya sentiasa berpegang

kepada buatlah banyak-banyak apa yang Allah suruh dan apa yang

Dia galakkan kita sebagai umat Islam melakukannya dan

tinggalkan apa yang Allah larang. Kalau kita ada dan menjaga

prinsip ini, insya Allah hubungan kita dengan Allah akan terjaga.

Solat lima waktu

Peka kepada dosa

Peka dengan dosa

Page 55: lampiran k traskrip temu bual usahawan berjaya usahawan pertama

384

Apakah amalan ibadah yang sentiasa Tuan Haji amalkan?

Antara amalan yang saya sentiasa buat adalah:

a) Membaca surah al-Waqiah setiap malam. Menurut ulama, surah

al-Waqiah adalah surah pembuka rezeki. Keistimewaan surah ini

berdasarkan hadis riwayat dari Ibnu Asakir dan Abi Dzabiah

katanya: Seorang sahabat terkenal bernama Abdullah bin Masud

sedang sakit tenat yang telah membawa kepada kematiannya,

Abdullah telah diziarahi oleh Saidina Uthman bin Affan dan

kemudian Saidina Uthman telah bertanya beberapa perkara kepada

Abdullah antaranya: Apa yang engkau adukan kepada Allah?

Jawab Abdullah: Tentang dosa-dosaku. Uthman bertanya lagi:

Apa yang engkau inginkan sekarang? Jawab Abdullah: Rahmat

Tuhanku. Uthman bertanya lagi: Mahukah engkau sekiranya aku

memanggil tabib untuk mengubatmu? Jawab Abdullah: Tabib

akan menyakitiku. Uthman bertanya lagi: Mahukah engkau

sekiranya aku menyuruh orang memberikan pemberian

kepadamu? Jawab Abdullah: Aku tidak memerlukan bantuan.

Uthman bertanya lagi: Adakah kamu tidak takut anak-anak kamu

menjadi miskin dan meminta-minta? Jawab Abdullah: Wahai

Uthman! Sesungguhnya kau telah mengajar dan menyuruh anak-

anakku membaca surah al Waqiah setiap malam, maka mereka

tidak akan ditimpa kemiskinan selamanya.

b) Membudayakan zikir dan doa selepas solat. Antaranya zikir

membaca 5 ayat pertama surah al-Baqarah, Membaca satu ayat

pertengahan surah al-Baqarah (ayat kursi) dan membaca 3 ayat

terakhir surah al-Baqarah.

c) Membudayakan bacaan bismillah 113 atau 786 kali sehari

selepas itu minta doa apa yang kita hendak.

d) Membudayakan solat sunat Dhuha

e) Membudayakan sujud syukur. Doa sujud syukur: Wahai

Tuhanku, ilhamkan daku supaya tetap bersyukur atas nikmat-Mu

yang telah Engkau kurniakan kepadaku dan kepada kedua

ibubapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang

engkau redai. Masukanlah aku dalam limpah rahmatMu dalam

kumpulan-kumpulan hambaMu yang soleh.

Insya Allah dengan amalkan tips yang saya berikan secara

istiqamah, rezeki akan datang daripada sumber yang tidak

disangka-sangka.

Melazimi membaca

al-Quran

Page 56: lampiran k traskrip temu bual usahawan berjaya usahawan pertama

385

Adakah ketelitian sangat penting dalam perniagaan?

Ketelitian sangat penting pada seorang usahawan. Kita kena selalu

memantau sendiri perniagaan yang kita lakukan dan kita kena

mengambil tahu semua perkara yang melibatkan perniagaan kita

terutamanya yang melibatkan kewangan. Kalau kita tidak tahu,

kita lebih mudah tertipu dengan orang-orang bawahan kita.

Bagaimana pula dengan disiplin? Adakah disiplin juga

penting bagi seseorang usahawan?

Pada saya, disiplin sangat penting dalam bisnes. Kita kena tunjuk

contoh yang baik bukan sahaja kepada pekerja malah kepada

masyarakat. Sepertimana perniagaan yang saya buat ini, banyak

kerja-kerja bergantung kepada tarikh akhir. Kalau tidak ada

disiplin, maka kerja pun susah hendak disiapkan dalam jangka

masa yang ditetapkan. Apabila kerja tidak dapat disiapkan pada

masa yang ditetapkan, sudah pasti kita akan mengalami kerugian.

Oleh itu di dalam perniagaan ni, disiplin sangatlah penting..

Adakah seseorang usahawan mempunyai sifat kepimpinan?

Kepimpinan penting pada seorang usahawan. Pada saya, misi

syarikat ini adalah untuk menjaga, memelihara dan

membangunkan harta Allah SWT secara tersusun untuk mendapat

keberkatanNya. Untuk itu, saya akan membangunkan tenaga kerja

yang cemerlang dan dapat dijadikan contoh modal insan yang

unggul. Sebagaimana syarikat saya, saya membawa tujuh nilai

yang utama iaitu berakhlak mulia, pengurusan masa yang baik,

berkeyakinan tinggi, bersifat sabar, mengikis sifat malu, menjaga

amanah, merendah diri dan berjiwa besar. Walaupun saya sebagai

pemilik syarikat ini, saya tidak menganggap kakitangan saya

sebagai pekerja. Sebaliknya saya menganggap mereka sebagai

rakan sekerja saya. Ini kerana saya menerima mereka sebagai

individu yang bukan hanya menyumbang tenaga dengan tulang

empat kerat kepada syarikat tetapi turut berkongsi idea dan

kreativiti untuk memajukan syarikat. Pada saya, memimpin

menerusi teladan adalah penting untuk memastikan pekerja saya

berusaha bersama-sama untuk mencapai misi syarikat.

Melakukan kerja

dengan teliti dan

berhati-hati

Tidak

menangguhkan kerja

Menjaga agama

Mempunyai

hubungan yang rapat

dengan orang

bawahan.

AKHLAK USAHAWAN

Pada pandangan Tuan Haji, bagaimanakah akhlak sebagai

seorang usahawan?

Sebagai seorang usahawan Muslim, akhlak adalah perkara asas

yang perlu diberi perhatian. Pada saya, akhlak yang baik adalah

kunci kejayaan seorang usahawan muslim. Sebagai contoh, kalau

Sentiasa jujur dengan

pelanggan

Page 57: lampiran k traskrip temu bual usahawan berjaya usahawan pertama

386

kita jujur dan amanah dengan pelanggan kita. Mereka akan setia

dengan kita. Bila mereka puas hati dengan kita secara tidak

langsung dia akan jadi wakil pemasaran bagi syarikat kita. Dia

akan bercerita dari mulut ke mulut dan secara tidak langsung

perniagaaan kita akan berkembang.

Selain itu, akhlak yang baik juga adalah akhlak terhadap keluarga

kita sendiri. Rasul SAW pernah bersabda: Sebaik-baik antara

kalian adalah yang paling baik kepada keluarganya (isterinya) dan

aku adalah di antara kalian yang paling baik terhadap keluargaku

(isteriku).

Sesetengah usahawan muslim tidak menjaga hubungan dengan

keluarga mereka. Ada yang berkasar dengan isteri dan anak-anak

mereka. Apabila dengan orang lain, mereka boleh berbuat baik dan

memberi layanan yang baik. Namun jika dengan keluarga sendiri

mereka buat endah tidak endah sahaja. Usahawan seperti ini tidak

akan bertahan lama dan akhirnya, perniagaan yang diuruskan akan

menghadapi masalah.

Selain daripada keluarga sendiri, akhlak dengan kedua ibubapa

juga penting. Cuba awak perhatikan berapa ramai dalam kalangan

usahawan dimurahkan rezeki dan berjaya dalam perniagaan

mereka kerana mereka berbuat baik kepada kedua ibu bapa

mereka. Reda Allah bersama reda kedua ibubapa mereka dan

murka Allah bersama murka kedua ibubapa mereka. Jadi, kalau

usahawan tidak menjaga hubungan dengan kedua ibubapa mereka,

maka susahlah mereka untuk bertahan lama dalam perniagaan

yang mereka ceburi.

JIHAD PERNIAGAAN

Boleh Tuan Haji terangkan apakah maksud jihad melawan

hawa nafsu?

Bila membicarakan tentang jihad melawan hawa nafsu, saya

teringat pesanan Rasulullah SAW: Jihad yang paling utama adalah

jihad seseorang melawan hawa nafsunya. Hampir kesemua

daripada kita akan terpedaya dengan hawa nafsu, tidak kiralah

kaya atau miskin dan buat perniagaan atau tidak. Perang untuk

melawan hawa nafsu adalah perang yang sangat berat. Hal ini

kerana musuh yang berselindung di balik hawa nafsu adalah

syaitan. Orang yang banyak duit sebenarnya lagi bahaya daripada

orang yang tidak berduit. Apabila mempunyai banyak duit, mudah

sahaja nak buat perkara baik tidak elok. Sebagaimana Rasul SAW

bersabda: Syurga di kelilingi oleh pelbagai kesulitan dan neraka

dikelilingi oleh pelbagai kesenangan. Oleh itu, untuk mencapai

kemenangan dalam berjihad melawan hawa nafsu keazaman yang

kuat perlu ada, sentiasa bertafakur yang kekayaan yang kita miliki

hari ini adalah milik Allah dan sentiasa bermuhasabah diri. Untuk

Page 58: lampiran k traskrip temu bual usahawan berjaya usahawan pertama

387

menjinakkan nafsu pula perlu kepada ketaatan dan penyerahan

yang benar-benar jitu kepada Allah SWT sebagai penguasa alam

ini. Dengan mengikut segala perintahNya dan meninggalkan

segala laranganNya akan menjadikan jiwa manusia itu bersih

daripada melakukan kemaksiatan.

Apa pandangan Haji Sahar yang kebanyakan orang

mengatakan orang kaya ini sombong dan suka mengikut hawa

nafsu?

Pada saya, tidak semua orang kaya seperti itu. Sebenarya sikap kita

bergantung kepada tahap keimanan kita. Sombong dan mengikut

hawa nafsu tidak semestinya orang kaya. Kadang kala orang yang

tidak kayapun ada yang mempunyai sikap demikian. Saya mahu

bertanya satu soalan? Yang mana satukah lebih baik, orang miskin

yang sabar atau orang kaya yang bersyukur? Jawapannya ialah

orang yang paling bertakwa. Tetapi jika darjat ketakwaannya

sama, orang miskin akan masuk syurga dahulu kerana tidak ada

perhitungan harta sedangkan orang yang berharta akan dihitung ke

mana perginya harta tersebut. Sekiranya harta yang diperolehi

disalurkan kepada jalan yang baik, maka darjat orang kaya di

syurga adalah lebih tinggi walaupun dia giliran terbelakang untuk

masuk ke syurga berbanding dengan orang miskin. Sedangkan

kalau kebaikannya lebih rendah daripada orang miskin, maka

darjatnya di syurga akan menjadi lebih rendah daripada orang

miskin. Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya orang-orang yang

memperbanyak (harta) adalah orang-orang yang menyedikitkan

kebaikan pada hari kiamat. Kecuali orang yang Allah SWT

berikan kebaikan, lalu dia memberi kepada orang yang di sebelah

kanannya, kirinya, depannya dan belakangnya dan dia berbuat

kebaikan kepada hartanya.

Bagaimana pula Tuan Haji berjihad di dalam menuntut dan

memberi ilmu?

Sebagaimana sabda Nabi SAW iaitu menuntut ilmu itu wajib ke

atas setiap umat Islam. Hadis itu menunjukkan betapa pentingnya

untuk kita iaitu ummat Islam di dalam mempelajari ilmu. Bidang

perniagaan yang saya ceburi ini bermula daripada kosong. Saya

tidak ada langsung asas dalam bidang binaan. Oleh kerana saya

sentiasa bersemangat untuk belajar dan menerokai bidang baru ini,

maka saya berusaha bersungguh-sungguh. Alhamdulillah, saya

berjaya mempelajari ilmu binaan dan juga mempratikkan ilmu

perniagaan yang saya pelajari. Selain itu, saya juga boleh mengajar

orang yang berminat untuk menceburkan diri dalam bidang yang

saya ceburi ini. Pada pendapat saya, itu merupakan satu jihad

dalam mencari dan memberi ilmu kepada saya.

Selain itu, jihad ilmu yang seterusnya ialah saya akan cuba

menghadiri majlis-majlis ilmu yang diadakan di surau atau di

Suka menghadiri

majlis ilmu

Memberi kusus atau

seminar kepada

pekerja atau orang

awam

Suka menghadiri

majlis ilmu

Page 59: lampiran k traskrip temu bual usahawan berjaya usahawan pertama

388

masjid untuk mempelajari ilmu-ilmu agama sebagai bekalan untuk

saya sendiri. Saya sering mengingatkan diri saya, setiap kali saya

menyampaikan ceramah, saya akan memberitahu pendengar

bahawa bidang perniagaan merupakan salah satu cabang dakwah

yang terbaik untuk menyampaikan mesej Islam.

Pada pandangan Tuan Haji, bagaimana pula jihad di dalam

mencari dan memberi harta atau melaksanakan

tanggungjawab sosial?

Mencari harta merupakan kewajipan kepada setiap umat Islam.

Dalam mencari harta, Nabi SAW bersabda pernah bersabda yang

bermaksud: “Tidak boleh hasad dengki kecuali pada dua orang,

iaitu orang yang Allah anugerahkan padanya harta lalu dia

infakkan pada jalan kebaikan dan orang yang Allah berikan

kurniaan ilmu (al-Quran dan As-Sunnah) lalu dia menunaikan dan

mengajarkannya.”

Pada saya, usaha bersungguh-sungguh dalam mencari harta sangat

penting. Apabila kita mempunyai kewangan yang stabil, kita

mampu melakukan banyak kebajikan dan melaksanakan

tanggungjawab sosial. Sebagai contoh, apabila kita mempunyai

duit, jika surau di kawasan perumahan kita memerlukan dana, kita

boleh sedekahkan di surau tersebut tanpa berfikir panjang.

Selain itu, apabila kita mempunyai ekonomi yang kukuh, kita tidak

perlu bergantung hidup kepada orang lain untuk meraih rezeki,

tetapi hanya bergantung keyakinan kepada Allah sebagai pemberi

rezeki kepada kita. Kita juga dapat membina organisasi

perniagaan yang boleh diwarisi untuk masa akan datang dan

membantu orang dengan memberikan mereka pekerjaan atau

sumber rezeki sama ada secara langsung ataupun tidak langsung.

Sebagaimana hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: Sebaik-

baik manusia antara kamu adalah yang paling banyak manfaatnya

kepada orang lain.

Boleh Tuan Haji terangkan mengenai jihad di dalam

menjalinkan hubungan yang baik sesama manusia?

Saya percaya kepada kekuatan sesuatu ummah bergantung kepada

kekuatan ekonomi. Jadi untuk menjadi ummah yang kuat,

ekonomi juga kena teguh. Menyedari hakikat ini, saya telah

mewujudkan satu konsep muafakat dalam pemilikan harta

komersial yang menekankan kaedah kerjasama antara mereka

yang berminat melabur dalam bidang hartanah tanpa modal yang

besar. Menerusi kaedah kemuafakatan ini, modal yang besar dapat

dikumpulkan beri memiliki hartanah di kawasan bernilai tinggi

yang lazimnya dikuasai oleh orang bukan Islam. Dalam konsep

Tema ketakwaan:

Bersedekah

Melaksanakan

tanggungjawab sosial

Menjalinkan

hubungan yang baik

dengan pelanggan

dan juga pembekal

Page 60: lampiran k traskrip temu bual usahawan berjaya usahawan pertama

389

harta, setiap ahli yang terlibat perlu ada kesungguhan, amanah dan

memiliki semangat jihad dengan niat untuk meningkatkan

penguasaan ekonomi umat Islam dan bukan keuntungan semata-

mata. Kesabaran dalam kalangan penyumbang juga penting

memandangkan bidang hartanah merupakan projek jangka

panjang yang memfokuskan kepada kematangan ekonomi jangka

masa panjang. Pada pendapat saya, ini adalah salah satu cara untuk

saya membangunkan ekonomi sekaligus membangunkan umat

Islam. Untuk melaksanakan konsep muafakat ini jalinan yang baik

sesama rakan manusia adalah sangat penting. Kalau orang tak

kenal kita, macam mana orang nak melabur kat kita.

Selain itu untuk menjadi usahawan yang berjaya, kita mestilah

mempunyai komunikasi yang baik, berkemampuan mengurus dan

juga aktif dalam berpersatuan. Untuk membina jalinan ukhuwah

sesama manusia, saya aktif dalam Dewan Perniagaan Islam

Malaysia (DPIM) yang mana saya bertanggungjawab menjadi

setiausaha agung. Selain itu, saya juga melibatkan diri dalam

persatuan penduduk setempat yang saya tinggal dan juga aktif

dalam persatuan qariah surau di taman perumahan tempat tinggal

saya.

Memberikan

sumbangan masa

kepada masyarakat

KEMADIRIAN PERNIAGAAN

Adakah Tuan Haji pernah gagal dalam perniagaan?

Alhamdulillah, setakat ini saya tidak pernah merasa gagal dalam

perniagaan.

Adakah Tuan Haji pernah menghadapi tahap kemandirian

dalam perniagaan. Maksudnya perniagaan yang dijalankan

tidak berkembang dan bertahan?

Ya, saya pernah melalui fasa itu. Walaupun begitu, tempoh

kemandirian itu tidaklah lama. Kebiasaaannya, untuk menyiapkan

satu-satu projek itu memerlukan masa dan perbelanjaan yang

sangat besar. Apa yang saya buat apabila saya memerlukan duit,

saya akan pinjaman seberang (bridging loan) dengan pihak bank.

Alhamdulillah, dengan cara ini masalah kewangan saya selesai.

CADANGAN DAN HARAPAN

Apakah cadangan Tuan Haji kepada mereka yang berminat

untuk menceburkan diri di dalam perniagaan?

Saya memulakan perniagaan ini daripada tiada ilmu. Namun saya

tidak pernah putus asa belajar tentang perniagaan yang saya ceburi

ini. Oleh sebab itu, pada pandangan saya minat tentang perniagaan

Page 61: lampiran k traskrip temu bual usahawan berjaya usahawan pertama

390

yang hendak kita ceburi dan juga minat untuk bekerja sendiri

adalah faktor utama untuk kita berjaya di dalam perniagaan kita.

Apakah harapan Tuan Haji dalam perniagaan ini?

Harapan saya di dalam perniagaan saya ialah untuk

mengembangkan perniagaan saya ke seluruh Malaysia. Projek

sebelum ini iaitu projek perumahan yang saya buat adalah di

sekitar Selangor sahaja. Tetapi sekarang, saya cuba

mengembangkan perniagaan saya ke negeri-negeri lain seperti di

Parit Raja Muar Johor dan memfokuskan kepada pelbagai jenis

rumah seperti apartment, small office home office (SOHO), Semi

D dan rumah teres. Harapan saya juga, saya mahu melihat ramai

orang Islam menceburi bidang ini, kerana sebelum ini bidang ini

kebanyakannya diceburi oleh kaum bukan Islam.

USAHAWAN KETUJUH

EN RIDZWAN SHOIB

TARIKH TEMUBUAL: 7 JUNE 2012

BIODATA PERIBADI:

Umur : 42 tahun

Asal : Sungai Petani Kedah

Status perkahwinan : Berkahwin

Bilangan anak : Lima

Pendidikan tertinggi : BA of Bisnes Administration (HONS) UUM

: Master of Science (Information Technology) UPM

Alamat Permis Perniagaan : Kolej Kejururawatan Murni, Bandar Baru Nilai, Sepang

Selangor.

Page 62: lampiran k traskrip temu bual usahawan berjaya usahawan pertama

391

KANDUNGAN TEMUBUAL

TEMA

LATAR BELAKANG DAN PENGALAMAN PERNIAGAAN

Boleh En Ridzwan terangkan serba sedikit berkaitan latar

belakang dan pengalaman perniagaan?

Insya Allah boleh. Saya memulakan perniagaan saya pada tahun

2004 setelah saya mendapat pengalaman daripada pekerjaan saya

di MMU. Saya berhenti kerja di MMU dan memulakan perniagaan

saya sendiri dengan membuka kolej kejururawatan ini. Saya

nampak dengan meniaga banyak faedah yang kita perolehi. Kalau

kita nak mengaku Malaysia ini tanah kita, tak ada satu ekar

tanahpun yang kita ada. Kebanyakkan tanah di Malaysia dimiliki

oleh orang lain. Jadi, dengan meniaga saya fikir kita boleh

menambahkan aset untuk orang Islam, dengan meniaga juga saya

boleh memberi rezeki pada orang lain. Sehingga sekarang saya

sudah mempunyai lebih daripada seratus orang kakitangan. Siap

sahaja kampus baru saya di Putrajaya, saya akan tambah lagi

dalam 200 orang kakitangan. Tambahan lagi, bidang perniagaan

yang saya ceburi ini banyak memberi sumbangan kepada negara.

Apakah jenis perniagaan yang En Ridzwan usahakan

sekarang?

Jenis perniagaan saya adalah dalam bidang pendidikan. Di kolej

ini, saya mulakan dengan bidang kejururawatan, tapi di kampus

baru kita nanti saya akan buka untuk program a-level dan juga

asasi.

Adakah En ridzwan yang mengasaskan sendiri perniagaan

ini?

Ya, saya sendiri yang mengasaskan perniagaan ini.

Macam mana En Ridzwan mendapatkan modal perniagaan?

Untuk mendapatkan modal perniagaan langkah pertama yang saya

lakukan ialah saya telah menjual kereta saya. Waktu itu saya

berkongsi kereta dengan isteri saya. Selepas itu, saya mendapat

pinjaman daripada tabung siswazah MARA sebanyak dua ratus

empat puluh ribu. Saya tidak pasti samada tabung tersebut masih

ada lagi atau tidak sekarang. Untuk mendapatkan tabung tu, nak

kena pergi kursus MARA dulu. Sebenarnya, duit yang saya dapat

dari tabung siswazah MARA tak cukup. Untuk membuka kolej

seperti ini, sebenarnya memerlukan duit dalam lingkungan

berjuta-juta ringgit. Dengan modal yang sedikit membuatkan saya

susah hendak bergerak. Tapi Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya

mengatasi masalah tersebut. Selepas itu, pinjaman-pinjaman lain

Page 63: lampiran k traskrip temu bual usahawan berjaya usahawan pertama

392

yang saya buat adalah untuk membeli bangunan, sebagai contoh

bangunan yang di Nilai ini, saya beli lebih kurang RM7 juta.

Lepas tu, saya beli tanah lebih kurang 10 ekar yang bernilai lebih

kurang RM7 juta untuk membina kampus baru di Presint 17

Putrajaya. Seterusnya saya telah membuat pinjaman sebanyak

RM30 juta untuk membina universiti di atas tanah yang saya beli

itu.

Berapakah saiz jualan produk yang dihasilkan oleh

perniagaan En Ridzwan?

Bilangan pelajar saya tahun ini lebih kurang 750 orang dengan

bayaran yuran bagi setiap pelajar adalah sebanyak empat puluh

lima ribu dalam masa 3 tahun. Purata pendapatan kolej ini setahun

adalah lebih kurang dua belas juta.

Berapakah bilangan pekerja En Ridzwan sekarang?

Bilangan pekerja saya sekarang adalah lebih daripada 100 orang,

tujuh peratus daripadanya adalah pensyarah dan 30 peratus adalah

bertugas di dalam bidang pentadbiran.

Boleh En Ridzwan terangkan, berapakah asset perniagaan En

Ridzwan sekarang ini?

Nilai asset saya sekarang lebih kurang 40 juta.

PERSONALITI

Berdasarkan pengalaman En Ridzwan, apakah personaliti

yang perlu ada pada diri seorang usahawan Muslim?

Untuk menjadi seorang usahawan, pertama sekali kita perlu ada

ilmu yang berkait dengan teknikal. Maksudnya kita kena tahu apa

yang kita nak buat. Sebab itu ada Hadis Rasulullah SAW yang

menyebut: Sesungguhnya setiap amalan itu bermula dengan niat.

Niat sebenarnya sesuatu yang tersemat di dalam diri. Apa niat kita

untuk jalankan perniagaan itu. Insya Allah dengan niat yang betul,

Allah akan bantu setiap perjalanan kita.

Perkara kedua yang perlu kita fikir sebelum kita menjalankan

perniagaan adalah kita kena tahu perniagaan kita berakhir di

mana? dan perniagaan yang kita lakukan ini boleh berkembang

atau tidak? Dua soalan ini penting sebenarnya. Kalau kita masih

belum untuk menjawab dua persoalan ini, maka jangan kita berani-

berani untuk memulakan perniagaan itu.

Perkara yang ketiga yang perlu ada pada diri seorang usahawan

adalah keberanian. Seorang usahawan kena ada semangat jihad.

Kita kena anggap diri kita sebagai seorang pahlawan. Di dalam

perniagaan kita tidak boleh buat sambil lewa. Orang berniaga,

kena anggap diri mereka seperti orang yang bekerja di ladang.

Page 64: lampiran k traskrip temu bual usahawan berjaya usahawan pertama

393

Dia tahu ladang itu panas, dia tahu tak ada tempat teduh, tapi dia

masih lagi berusaha. Samalah kita di dalam menjalankan

perniagaan. Kita kena berani berusaha bersungguh-sungguh untuk

mendapatkan hasil.

Perkara keempat adalah kita kena pastikan perniagaan yang kita

lakukan mestilah selari dengan hasrat kerajaan. Sebagai contoh,

perniagaan yang saya buat adalah dalam bidang pendidikan

dengan memfokuskan kepada bidang kesihatan. Pendidikan dan

juga kesihatan adalah agenda kerajaan untuk mencapai matlamat

wawasan 2020. Perniagaan berasaskan pendidikan dan juga

kesihatan adalah kalis kemelesetan ekonomi. Sebagai contoh kalau

ekonomi tak berkembang sekalipun, tetapi pendidikan masih lagi

perlu. Begitu juga keperluan kepada bidang kesihatan juga perlu

walaupun ekonomi masih lagi meleset. Jadi, bidang yang kita pilih

mestilah bidang yang betul-betul boleh berkembang, supaya bila

kita berniaga, perniagaan kita akan berjalan dengan lancar.

Bila perniagaan kita ada matlamat yang selari dengan matlamat

kerajaan. Maka bila kita nak ambil atau buat pinjaman, kerajaan

akan bantu kita sebab dia tengok perniagaan kita selari dengan

hasrat kerajaan.

Perkara kelima pula ialah sebagai usahawan muslim, jaringan

perniagaan yang hendak kita buat mestilah mengikut syariat Islam.

Kita boleh berkawan dengan Cina, tetapi mestilah tidak melanggar

syariah Islam. Kita tak boleh ambil mudah dalam hal ini. Sama

juga dengan pemilihan institusi kewangan, kita tengok ada

institusi kewangan Islam maka kita kena pilih institusi Islam. Di

situ kita kena pastikan apa yang kita buat mengikut syariah Islam.

Dan bila kita mengikut syariah Islam. Allah pasti akan bantu.

Perkara keenam ialah tatatertib atau disiplin kerja mestilah kita

kena jaga. Dan apabila kita sebut pasal disiplin, kerja orang yang

terlibat dalam bidang perniagaan ini sangat berat. Dia tak boleh

bercuti, sabtu ahadpun dia kena kerja. Sebab perniagaan ini adalah

ladang kita, hari-hari kita kena siram, hari-hari kita kena letak baja

untuk kita mendapat hasil yang baik. Itulah perkara yang saya

nampak untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya.

Apakah amalan ibadah yang sentiasa En Ridzwan amalkan?

Sebagai seorang usahawan Muslim, perlu kita ingat bahawa

kekuatan perniagaan kita adalah bergantung kepada Allah SWT.

Orang yang meniaga sebenarnya dia kena dekat dengan Allah

SWT. Ini adalah kerana rezeki yang kita dapat sebenarnya kita

tidak minta dengan orang lain, kita akan minta secara terus

daripada Allah SWT. Bila kita bekerja sendiri, kepada siapa lagi

yang hendak kita minta tolong selain daripada Allah SWT. Kalau

dulu kita makan gaji, kita ada majikan. Apa-apa masalah kita boleh

Page 65: lampiran k traskrip temu bual usahawan berjaya usahawan pertama

394

bagitahu kat dia. Dia akan tolong kita selesaikan masalah kita.

Tapi dalam kaedah kita meniaga, istimewanya kita, kita akan

mengadu terus kepada Allah SWT bila kita ada masalah ataupun

bila kita beroleh kejayaan dan sebagainya. Tiada lagi tempat yang

kita boleh memohon melainkan kepada Allah SWT. Bagi saya,

bila kita berniaga saya tidak nampak ada masalah untuk kita

beribadah kepada Allah, bila-bila masa sahaja kita boleh beribadah

kepadaNya. Dan saya rasa lebih dekat dengan Allah, selepas saya

menceburkan diri dalam perniagaan.

Dalam bab amalan pula, selain daripada mengamalkan amalan-

amalan wajib, saya juga ada mengamalkan amalan-amalan sunat

seperti puasa sunat dan juga solat sunat. Sebagai contoh saya akan

solat istikharah sebelum saya melakukan sesuatu, saya meminta

petunjuk dari Allah SWT supaya Allah berikan keputusan yang

terbaik untuk saya.

Adakah ketelitian sangat penting dalam perniagaan?

Ya sangat penting, kalau kita bukan seorang yang teliti, kita kena

cari pekerja yang teliti untuk menjaga akaun dan sebagainya.

Bagaimana pula dengan disiplin? Adakah disiplin juga

penting bagi seseorang usahawan?

Disiplin sangat penting pada seorang usahawan. Tanpa disiplin,

perniagaan yang dijalankan pasti tidak akan berjaya. Disiplin

terbahagi kepada dua pertama disiplin dalam penggunaan masa,

sebagai seorang usahawan kita kena pastikan segala kerja yang

dirancang akan disiapkan dalam masa yang ditetapkan. Kita tidak

boleh menangguhkan kerja sesuka hati.

Dari aspek kewangan pula, walaupun syarikat mempunyai duit

yang banyak, tetapi kita tidak boleh menggunakan duit syarikat

sesuka hati dan membelanjakan duit syarikat untuk kepentingan

peribadi. Walaupun perniagaan ini milik saya sendiri namun saya

membelanjakan duit untuk keperluan peribadi saya dengan

menggunakan duit gaji yang saya perolehi daripada perniagaan ini.

Saya membelanjakan duit mengikut keperluan sahaja.

Adakah seorang usahawan perlu memiliki sifat kepimpinan?

Sifat kepimpinan sangat penting kepada seorang usahawan.

Menjadi usahawan pertamanya kita perlu menjadi pemimpin

kepada diri kita sendiri, yang kedua kita mestilah memimpin

organisasi kita. Sifat kepimpinan adalah sesuatu yang orang

nampak dan ianya dikaitkan dengan karisma. Bila kita ada karisma

orang akan yakin untuk berurusan dengan kita. Manakala bila kita

tidak ada karisma maka orang tengok kitapun dia macam tidak

percaya dengan kita, maka susahlah untuk orang berniaga dengan

Melakukan kerja

dengan teliti dan

berhati-hati

Menyiapkan kerja di

dalam tempoh masa

yang ditetapkan

Tidak menggunakan

duit syarikat untuk

keperluan peribadi

Page 66: lampiran k traskrip temu bual usahawan berjaya usahawan pertama

395

kita, institusi kewanganpun susah nak bagi pinjaman kepada kita.

Oleh itu kita kena menjaga urus tadbir syarikat kita. Dalam

keadaan ini sebagai seorang usahawan kita kena zahirkan sifat

kepimpinan kita. Bukan setakat zahirkan. Kita kena tunjukan

sekali. Sebab usahawan adalah orang yang duduk di depan

syarikat. Bila kita duduk di hadapan syarikat, kita kena tunjukan

cara dan gaya kita kepada orang bawahan kita, dengan apa yang

hendak kita bawa. Sebagai contoh, kolej MURNI saya, imej yang

saya tonjolkan adalah kepimpinan dengan berlandaskan kepada

syariat Islam samada kepada kakitangan ataupun kepada pelajar-

pelajar saya. Contoh yang paling ringkas adalah pelajar

perempuan di sini diwajibkan memakai tudung.

Saya melihat kepimpinan boleh terbina apabila kita sendiri yang

melaluinya. Macam saya, bila saya melihat karektor orang yang

berjaya, saya akan melihat apa yang dia buat, siapa kawan-kawan

dia dan apa aktiviti dia. Dulu dia macam mana dan sekarang ni

dia macam mana.Semua benda ni akan menjadi contoh kepada

kita. Bila kita tengok keadaan dia maka kita cubalah praktikkan

di dalam diri kita supaya kita tidak tersasar jauh. Kakitangan

yang bekerja bawah sayapun sudah pasti memerlukan seorang

pemimpin yang berani dan ada kelas. Oleh itu sebagai seorang

usahawan kita mestilah ada semua itu.

Berpandangan jauh

melebihi orang

bawahan

AKHLAK USAHAWAN

Pada pendapat En Ridzwan, bagaimanakah akhlak sebagai

seorang usahawan?

Sebagai seorang usahawan muslim, akhlak mereka mestilah

berpandukan kepada al-Quran dan Sunnah. Apa yang Allah suruh

kita buat kita kena buatlah. Terutamanya di dalam urusan jual beli

kita. Sebagai contoh, bank konvesional jangan ambil, kita cari

pinjaman kewangan yang memenuhi kehendak syariah.

Sebagai seorang usahawan, sifat-sifat Rasulullah SAW mesti ada.

Sidiq, amanah, tabligh, fatanah. Lebih-lebih lagi kita ini sebagai

seorang Islam, lagi kita perlu memiliki sifat itu. Terutamanya

apabila kita berniaga.

Selain itu juga akhlak kita, kenalah menjadi contoh juga kepada

orang bawahan kita, kita tak boleh nak buat benda pelik-pelik. Kita

bagitahu pada kakitangan kita, jangan buat tapi kita sendiri buat.

Itu sesuatu yang tidak kena. Di sini saya sentiasa mengadakan

kelas bacaan Yasin dan juga sentiasa mengamalkan solat jemaah

bersama kakitangan saya. Sekiranya ada hari-hari kebesaran Islam

kita akan raikan bersama-sama dengan kakitangan dan pelajar-

pelajar saya. Itu contoh yang saya amalkan di organisasi ini. Dan

contoh perkara lain yang saya buat di sini adalah setiap hari

Sentiasa jujur dengan

pelanggan

Jihad ilmu:

Mengadakan majlis

ilmu kepada pekerja

Page 67: lampiran k traskrip temu bual usahawan berjaya usahawan pertama

396

Jumaat saya ada buat usrah untuk kaum wanita. Sebab hari jumaat,

rehat dia lama sikit. Itu perkara yang saya buat di sini untuk

memastikan kakitangan saya menghayati Islam sebagai satu cara

hidup. Dan saya juga nak pastikan setiap perjalanan saya di dalam

perniagaan ini dipelihara oleh Allah SWT. Oleh sebab itu saya

kena buat juga bersama-sama dengan pekerja kita

Oleh kerana itu orang di luar sana menganggap kolej Murni ni

kolej islamik. Ini adalah kerana budaya yang kita bawa. Dari segi

hubungan gender antara lelaki dan perempuan juga kita jaga.

Sebagai contoh pelajar di sini tidak akan diberi ruang untuk teman

lelaki datang ambil kat asrama. Itu antara perkara yang dilarang,

kalau ada maka kita akan ambil tindakan. Di dalam bab ini kita

akan pandang serius. Cara kita hendak menjaga Islam kita kena

pelihara kakitangan kita, pelajar-pelajar kita dan kita juga kena

pelihara diri kita sendiri.

JIHAD PERNIAGAAN

Boleh En Ridzwan terangkan apakah maksud jihad melawan

hawa nafsu?

Apa yang saya nampak sebagai seorang individu biasa, kalau

boleh semua perkara nak ambil mudah, tidak ada orang nak susah.

Meniaga ni bukan semua benda senang, kalau hadis kata 9/10

rezeki itu adalah daripada perniagaan. Bagi saya 9/10 adalah benda

yang nak kena kita korbankan.Itulah maksud jihad nafsu bagi saya

. Kita nak kerja satu ke atau nak berehat sembilan. Jadi sebenarnya

jihad bisnes ni kita kena berkorban 9/10. Kita kena usaha 9/10.

Dalam bisnes kita tak boleh nak usaha 1/10. Jadi untuk kita nak

dapat 9/10 tu kita kena usaha sampai tahap tu. Jadi dalam konteks

jihad nafsu ni saya rasa itulah usaha yang perlu kita buat. Nak

menjadi seorang usahawan ini bukannya sesuatu yang mudah.

Kalau orang tengok bangunan kita ada berpuluh-puluh tingkat,

sebenarnya setinggi bangunan itulah juga jihad di dalam

perniagaan yang perlu kita buat.

Bagaimana pula cara En Ridzwan berjihad dalam menuntut

dan memberikan ilmu?

Sebelum saya berniaga sendiri, saya suka tengok orang-orang

yang berjaya. Saya ikuti perkembangan mereka dan cuba ikut cara

mereka untuk berjaya. Ketika saya menjadi majikan pula saya

ditanya oleh kakitangan saya bagaimana untuk berjaya di dalam

perniagaan, saya sentiasa berkongsi dengan mereka resepi untuk

berjaya di dalam perniagaan yang diceburi. Selain itu, saya juga

seringkali dijemput oleh radio IKIM untuk memberi ceramah

berkait dengan keusahawanan. Sesetengah orang menganggap

nak berniaga sebab nak kereta besar, nak rumah besar, nak itu nak

ini. Itu secara zahirnya. Tapi secara lahirnya, orang tidak

Memberi kursus dan

seminar kepada

pekerja dan orang

awam

Page 68: lampiran k traskrip temu bual usahawan berjaya usahawan pertama

397

memandang yang Islam sangat menganjurkan penganutnya untuk

menceburkan diri di dalam bidang perniagaan.

Pada pandangan En Ridzwan, bagaimana pula jihad dalam

mencari dan memberikan harta atau melaksanakan

tanggungjawab sosial?

Sebagai seorang ketua keluarga, kita kenalah mencari nafkah

untuk keluarga. Di dalam perniagaan rezeki yang kita dapat

sebenarnya bukannya hak kita sepenuhnya. Kita ada kakitangan

untuk diberi makan. Sebagai contoh saya akan memberi

sumbangan di rumah orang-orang tua dengan membelikan kerusi

roda kepada mereka. Selain itu pelajar-pelajar kolej ini juga pergi

membuat khidmat sosial di rumah anak-anak yatim. Kita bagi duit

untuk mereka melaksanakan tanggungjawab sosial. Lagi besar

bisnes kita, lagi banyak ruang yang kita boleh infakkan harta kita.

Boleh En Ridzwan terangkan mengenai jihad di dalam

menjalinkan hubungan yang baik sesama manusia?

Saya berjihad melalui perniagaa berbentuk pendidikan.

Pendidikan adalah sesuatu yang amat penting untuk

membangunkan negara, tanpa pendidikan suatu bangsa tidak akan

maju dan berjaya. Selain itu melalui perniagaan juga saya telah

memberi peluang pekerjaan kepada masyarakat.

Selain itu pendidikan yang berbentuk kejururawatan ini,

memberikan peluang kepada saya untuk membuat program-

program kemasyarakatan di hospital dan juga di tempat awam.

Sebagai contoh saya buat kempen hidup sihat, kempen derma

darah dan pelbagai kempen lagi dengan kerjasama kementerian

kesihatan Malaysia. Alhamdulillah melalui kempen seperti ini

banyak membantu saya dan team ke arah mendekatkan diri kepada

masyarakat dan dapat membangunkan masyarakat melalui

kesedaran kepada penjagaan kesihatan.

Selain itu saya mempunyai seorang rakan kongsi yang ada

hospital. Saya pula pula buat latihan, selain itu saya juga ada

rangkaian rakan bisnes lain bersama dengan saya. Bila kita jadi

usahawan ni, kebanyakan kawan kita adalah orang usahawan.

Dengan usahawan ini, sedikit sebanyak untuk kita boleh berkongsi

masalah yang kita hadapi. Melalui kawan-kawan kita juga, banyak

masalah kita boleh selesai. Saya sangat percaya kalau bukan

kerana jaringan perniagaan yang saya ada, saya tidak boleh nak

berdiri seperti ini. Jadi jaringan perniagaan itu sangat-sangat

penting. Kita tak boleh nak kata kita boleh berdikari tanpa mereka.

Insya Allah daripada situ kita boleh kembangkan bisnes kita.

Mencari harta untuk

keperluan keluarga

Melaksanakan

tanggungjawab sosial

Memberi peluang

pekerjaan kepada

masyarakat

Memberi sumbangan

dari aspek masa

kepada masyarakat

Page 69: lampiran k traskrip temu bual usahawan berjaya usahawan pertama

398

Mempunyai jalinan yang baik dengan usahawan yang boleh

menyokong perniagaan kita juga adalah penting. Sebagai contoh,

bila pihak bank ingin memberi pinjaman kepada kita dia akan

tanya kawan-kawan kita, kita ini macam mana? Jalinan yang baik

dengan rakan-rakan usahawan secara tidak langsung menzahirkan

kepada orang awam siapakah kita. Contohnya, kalau kita ada

motor yang telah diubahsuai dan selepas itu kita duduk dengan

mat rempit, Secara umumnya orang awam akan anggap kita

sebagai mat rempit juga walaupun kita tidak merempit. Sebab itu

pentingnya kita duduk bersama-sama dengan kumpulan orang

yang meniaga. Jadi orang akan kenal kita. Sebagaimana Hadis

Rasulullah SAW bersabda: Kalau kita berkawan dengan tukang

besi kita akan terkena percikan besi tersebut. Begitu juga kalau kita

berkawan dengan tukang minyak wangi kita akan terkena haruman

minyak wangi tersebut.

Bila kita berkawan dengan tukang minyak wangi, adakah bila

orang tengok kita dia akan tanya kita, “awak pergi berkawan

dengan tukang minyak wangi mana?” Dia tak perlu tanya

sebenarnya. Bila orang duduk dekat dengan awak orang akan kata

awak samada awak jual minyak wangi ataupun awak terkena

minyak wangi orang. Begitulah juga dengan meniaga. Kalau

jalinan perniagaan kita gagal, maka akan gagal perniagaan yang

kita jalankan. Maka kita akan gagal untuk menjadi usahawan.

Membina jalinan yang baik dalam perniagaan bukan sahaja untuk

membina atau mengembangkan perniagaan semata-mata. Kita

memerlukan kawan-kawan yang boleh memberi santapan rohani

dan semangat kepada kita. Itu penting sebenarnya. Kalau tak ada

orang nak nasihatkan kita, tambahan pula kita ini banyak harta,

kita tak tahu ujian orang yang banyak harta, sebenarnya sangat

hebat. Sebagai contoh, bila kita berkawan dengan orang yang baik-

baik ni, dia akan nasihat kat kita, “Ridzwan awak banyak duit,

zakat awak kena bayar,”Ingat mengingati antara satu sama lain

sangat penting. Selain itu rakan perniagaan juga boleh kita anggap

sebagai mentor kepada kita. Bila ada apa-apa masalah kita boleh

rujuk dan minta nasihat dari mereka. Itu sebabnya untuk menjadi

usahawan, jalinan yang baik sesama ahli perniagaan adalah sangat

penting.

Menjalinkan

hubungan yang baik

dengan usahawan

lain

KEMANDIRIAN PERNIAGAAN

Adakah En Ridzwan pernah gagal dalam perniagaan?

Setakat ini saya tak pernah gagal, cuma yang ada adalah lambat.

Sebagai contoh saya rancang hendak membeli tanah sebanyak

lima ekar pada 2007, tapi saya dapat tahun 2010. Saya rancang l

lagi nak beli tanah lagi lima ekar pada tahun 2010, tapi saya dapat

beli tahun 2012.

Page 70: lampiran k traskrip temu bual usahawan berjaya usahawan pertama

399

Adakah En Ridzwan pernah menghadapi tahap kemandirian

dalam perniagaan? Maksudnya perniagaan yang dijalankan

tidak berkembang dan bertahan?

Tahun pertama ketika memulakan perniagaan ini, memanglah

berada di dalam tahap kemandirian. Dua tahun selepas itu kolej ini

menjadi semakin baik. Sebab itu selepas tujuh tahun menjalankan

perniagaan ini, saya sudah boleh membina kampus sendiri.

Alhamdulillah perniagaan yang saya jalankan ini sentiasa

berkembang. Sekarang ni kolej ini dalam pembinaan fasa kedua.

Kita harap pada tahun 2015, bangunan kita di Putrajaya sudah siap

sepenuhnya.

Dari aspek pemasaran setakat ini kita menggunakan semua

medium yang ada. Kita juga ada buat “roadshow”. Dalam bidang

kejururawatan ini, orang akan tengok dan nilai bila dia keluar

daripada kolej ini samada dia boleh buat kerja ataupun tidak.

Pemasaran dari mulut ke mulut juga penting sebenarnya samada

dari ibubapa dan juga pelajar-pelajar kita sendiri. Selain itu

kelulusan pelajar-pelajar kejururawatan kita juga baik iaitu seratus

peratus lulus. Bila rekod kolej ini baik maka orang akan senang

percaya dan yakin dengan kita.

Manakala dari aspek kewangan pula ianya merupakan asam

garam untuk kita nak buat sesuatu benda yang besar. Oleh itu kita

kena cari satu institusi kewangan yang boleh sokong kita, Ini

kerana kita masih belum boleh mengharapkan pendapatan dari

kolej ini kerana bilangan pelajar belum lagi ramai. Walau

bagaimanapun oleh kerana perniagaan kita sentiasa ada

perkembangan, maka institusi kewangan senang untuk berurusan

dengan kita.

CADANGAN DAN HARAPAN

Apakah cadangan En Ridzwan kepada mereka yang berminta

untuk menceburi bidang perniagaan?

Berniaga merupakan sunah Rasulullah SAW. Oleh itu untuk

menjadi seorang usahawan muslim yang berjaya, kita kena

tampilkan akhlak yang baik. Jangan tertipu dengan dunia

perniagaan. Peniagaan yang dijalankan hendaklah berkiblat

kepada kiblat yang betul. Kita kena jadikan bidang perniagaan ni

sebagai satu jihad. Sebagai contoh saya baru sahaja dikunjungi

oleh sahabat saya dari Palestine. Dia cerita kepada saya bahawa di

Palestin setiap kali buka mata sahaja teringat nak mati syahid.

Dalam fikiran mereka tidak terfikir nak shopping di mana atau

nak melancung kat mana? Perkataan yang keluar dari mulut

hanyalah “Allahu Akbar”. Kita kat Malaysia ini aman damai. Oleh

itu sebagai seorang Islam, sangat rugi kalau kita tidak berjihad di

dalam bidang perniagaan. Kerana ini sahaja di antara cara untuk

kita nak bangkit, yang mana kita boleh mengaku yang aset kita lagi

Page 71: lampiran k traskrip temu bual usahawan berjaya usahawan pertama

400

banyak. Sebab penganut Islam di Malaysia adalah 65% tapi aset

orang Islam cuma 15%. Berbeza dengan orang bukan Islam

khususnya kaum Cina yang hanya 35% tetapi asetnya melebihi

50%. Oleh sebab itu, masyarakat Islam hari ini perlu berjihad

dalam bidang perniagaan. Dan orang yang berjihad di dalam

bidang ini perlu ada semangat Maqasid Syariah yang bukan sahaja

boleh membangunkan agama tetapi bangsa dan juga tanah air.

Apakah harapan En Ridzwan dalam perniagaan ini?

Harapan saya ingin menjadikan kolej atau bidang pendidikan yang

saya bina ini sebagai satu insitusi pengajian yang tersohor di

Malaysia dan juga antarabangsa. Saya ingin menjadikan institusi

yang ini mempraktikkan ajaran dan nilai Islam, melahirkan

siswazah yang berkaliber dan juga profesional. Saya ingin melihat

anak-anak bangsa yang keluar daripada kolej ini mampu berbakti

kepada agama, bangsa dan juga tanah air.

USAHAWAN KELAPAN

ROMLI ISHAK

TARIKH TEMUBUAL: 9 JULAI 2012

BIODATAPERIBADI

Umur : 47 tahun (3 Mac 1967)

Asal : Kedah Darul Aman

Pendidikan Tertinggi : Ijazah Psikologi Universiti Islam Malaysia

Status Perkahwinan : Berkahwin

Bilangan Anak : Enam

Alamat Permis Perniagaan : Granulab (M) Sdn Bhd

Lot 14, Jalan Anggerik Monkara 31/47

Kota Kemuning 40460 Shah Alam

Selangor Malaysia

Page 72: lampiran k traskrip temu bual usahawan berjaya usahawan pertama

401

KANDUNGAN TEMUBUAL

TEMA

LATAR BELAKANG DAN PENGALAMAN PERNIAGAAN

Boleh En Ramli terangkan serba sedikit berkaitan latar

belakang dan pengalaman perniagaan?

Insya Allah boleh.Sedikit tentang latar belakang saya, saya

merupakan anak yatim, ayah saya meninggal ketika saya berusia 2

tahun. Selepas usia saya 5 tahun mak saya kahwin lain. Bapa tiri saya

tidak suka saya dan mak saya buang saya. Dia hantar saya rumah

datuk saya. Bermula dari peristiwa itu, saya dibesarkan oleh datuk

saya.

Walaupun saya dibesarkan dalam keadaan yang amat menyiksakan,

tapi sebenarnya keadaan inilah yang telah banyak membina jati diri

saya. Saya duduk dengan datuk saya yang tidak mempunyai isteri

pada masa tu. Datuk saya hantar saya sekolah, tapi dia pesan pada

saya kalau nak sekolah tak boleh ponteng sekolah dan kena dapat

nombor dalam peperiksaan 1, 2 dan 3 sahaja. Saya pernah kena rotan

dengan datuk saya sebab saya dapat nombor 6 dalam peperiksaan.

Macam manalah saya nak dapat nombor satu sampai nombor tiga.

Saya belajar tak ada buku teks macam orang lain. Saya cuma ada

buku tulis sahaja.Datuk saya tak mampu nak belikan saya buku

teks.Hujung tahun 1975 barulah kerajaan bagi buku teks

percuma.Masa saya pergi sekolah datuk saya bagi 10 sen sahaja.

Masa tu 10 sen lepaslah nak beli nasi lemak satu bungkus, air saya

minum air paip sahaja. Perut saya sudah biasa dengan air

paip.Walaupun minum air paip saya tak pernah kena sakit.

Beberapa tahun kemudian datuk saya kahwin dengan orang kampung

sebelah, saya dapat nenek tiri. Nasib baiklah nenek tiri saya baik

orangnya. Sekurang-kurangnya makan pakai saya terjaga, tapi

masalahnya saya nak pergi sekolah jauh sebab saya terpaksa tinggal

dekat rumah nenek tiri saya yang rumahnya jauh dari sekolah.Setiap

hari saya kena kayuh basikal lebih kurang 10 kilometer

sehari.Bayangkan waktu tu saya masih sekolah rendah.Badan

berpeluh-peluh kayuh basikal barulah sampai sekolah.Tapi semangat

saya sentiasa berkobar-kobar untuk pergi sekolah. Lepas saya dapat

keputusan yang bagus dalam peperiksaan penilaian darjah lima, saya

dapat masuk Sekolah Berasrama Penuh Sultan Abdul Hamid

College, Sekolah Tun Dr Mahathir dulu.

Sewaktu saya masuk sekolah menengah, prestasi pelajaran saya

masa merosot sebab saya selalu keluar sekolah untuk cari duit. Setiap

hujung minggu saya akan balik berniaga, cikgupun faham dengan

keadaan saya. Di asramapun saya meniaga macam-macam.Masa

saya nak ambil peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran, saya kena belajar

Page 73: lampiran k traskrip temu bual usahawan berjaya usahawan pertama

402

dan fokus betul-betul, sebab nak dapat keputusan yang baik dalam

peperiksaan.Sebab syarat sekolah saya kalau SRP tak dapat 15

agregat kena buang sekolah. Waktu itu saya sangat takut.Takut kena

buang sekolah.Orang kampung semua ingat saya budak pandai sebab

dapat masuk sekolah berasrama penuh.Kalau saya kena buang

sekolah habislah kena marah dengan datuk saya.Tiga bulan nak

periksa, saya tak keluar mana-mana.Saya fokus betul-betul pada

pelajaran saya.Saya belajar bersungguh-sungguh.Saya baca yasin

hari-hari.Saya solat hajat hari-hari, akhirnya saya dapat 13

agregat.Pada saya keputusan itu dah cukup.Sekurang-kurangnya saya

tak kena buang sekolah.

Bila saya naik tingakatan empat, saya dilantik memegang macam-

macam jawatan kat sekolah, saya sangat sibuk dengan persatuan

waktu tu , sebab tu SPM saya teruk. Saya cuma dapat pangkat dua

sahaja. Tapi pangkat dua masa tu boleh masuk universiti, akhirnya

saya dapat masuk UPM, ambil Diploma dalam bidang pertanian

Itulah serba sedikit tentang latar belakang hidup saya, walaupun saya

dibesarkan di dalam keadaan yang sangat susah tapi saya bersyukur

kerana kesusahan itulah yang menjadikan saya seorang yang tabah

dan kuat.

Bagaimana pula dengan pengalaman berniaga?

Pengalaman di dalam bidang perniagaan pula, bermula sejak dari

kecil lagi iaitu ketika saya berusia 6 tahun. Waktu itu, saya tolong

orang buat kuih, maka saya dapatlah upah sikit. Semasa darjah 3

hingga darjah 5 pula, saya tolong orang meniaga di pasar malam.

Masa darjah enam pula saya meniaga dalam kem tentera. Selepas itu

saya tinggal di asrama. Di asrama saya jual buku dan juga jual maggi.

Hujung minggu saya akan keluar meniaga di kem askar. Masa saya

belajar di UPM, saya meniaga di pesta konvokesyen dan juga di

program-program universiti yang ada buka gerai jualan. Pada masa

itu saya jual jagung. Saya pinjam kereta pegawai keselamatan di

UPM, untuk ambil jagung di Sekinchan. Lepas habis UPM, saya

kerja di syarikat latihan sebagai fasilitator. Selepas tu saya sambung

belajar kat UIA bidang psikologi, dalam masa yang sama saya ada

buka bisnes kecil-kecilan bersama kawan saya.

Pada tahun 2005, saya dengan kawan saya En Ghazali buka satu

syarikat telekomunikasi iaitu Sintel. Masa tu persaingan sangat

tinggi. Syarikat terpaksa tutup.Selepas itu, saya jumpa dengan Tuan

Haji Saat yang bertugas di SIRIM. Dia tawarkan saya untuk buat

pemasaran produk tulang gantian. Saya berminat dengan tawaran

tersebut dan akhirnya dia meminta saya untuk buat rancangan

perniagaan. Walaupun saya tak tahu dan tidak ada pengalaman untuk

membuat rancangan perniagaan tapi saya cuba juga untuk

menyiapkan rancangan perniagaan tersebut dengan mengambil

Page 74: lampiran k traskrip temu bual usahawan berjaya usahawan pertama

403

maklumat dari internet. Selepas siap rancangan perniagaan tersebut,

saya telah menghantarnya kepada Tuan Haji Saat. Alhamdulillah dia

telah menerima rancangan perniagaan saya. Selepas itu, saya jumpa

Tan Sri Muhammad Ali Hashim di dalam satu forum Bina Usahawan

di UITM Shah Alam. Saya telah memberitahu dia tentang apa yang

saya buat, dia suruh hantar proposal kat dia untuk minta dana dari J

Corporation. Akhirnya melalui anak syarikat J corporation iaitu

Sindora SDN BHD, bersetuju untuk bekerjasama dengan saya.

Sindora telah invest RM3 Juta di dalam bisnes ini. Saya sangat rasa

bertuah masa tu, dan ketika itu umur saya mencecah 40 tahun.

Granulab betul-betul beroperasi pada tahun 2006. Sampai sekarang

kita sudah membelanjakan sebanyak RM40 juta untuk perniagaan ini.

Perbelanjaan banyak habis pada pembinaan kilang, peralatan untuk

membuat produk, kos pemasaran dan sebagainya. Sehingga sekarang

pasaran produk ini meliputi seluruh Malaysia, Vietnam, Egypt,

Russia, USA, Peranchis dan juga Columbia. Produk kita dah ada ISO.

Insya Allah akhir tahun ini, perniagaan saya boleh berkembang

hingga ke seluruh pelusuk dunia.

Saya rasa bangga jugalah kerana saya menjadi syarikat yang pertama

di Malaysia malah di seluruh dunia yang mengeluarkan produk

tulang gentian ini. Produk ini kurang persaingan kerana ia merupakan

hasil kajian yang dilakukan oleh pihak SIRIM.

Apakah jenis perniagaan yang En Romli usahakan sekarang?

Kini, saya mengeluarkan produk tulang gentian

Adakah En Romli yang mengasaskan sendiri perniagaan ini?

Ya saya sendiri yang mengasaskan perniagaan ini.

Bagaimana En Romli mendapatkan modal perniagaan?

Pada saya, modal adalah perkara kedua di dalam perniagaan, perkara

pertama yang perlu ada di dalam diri seorang usahawan adalah

mereka mesti tahu apa yang hendak dibuat. Saya bukan dalam bidang

inipun, untuk memulakan perniagaan ini amat sukar bagi saya.

Alhamdulillah saya banyak mendapat bantuan daripada pelbagai

pihak.

Kalau boleh di dalam menjalankan perniagaan kita cuba elakkan

daripada meminjam duit bank. Modal yang pertama saya dapat dari

SINDORA anak syarikat JCorparation. Biotech Corp telah memberi

saya Grant sebanyak RM 2.5 juta, dalam masa 2 bulan. Selain itu saya

dapat gran dari MTDC melalui SME corp. Selepas itu, saya dapat

pinjaman daripada MBV. Tetapi saya tidak membelanjakan semua

duit pinjaman tersebut.

Page 75: lampiran k traskrip temu bual usahawan berjaya usahawan pertama

404

Berapakah saiz jualan produk yang dihasilkan oleh perniagaan

En Romli?

Untuk makluman, saiz jualan produk yang dihasilkan sepanjang

tempoh perniagaan ini adalah lebih kurang 6 juta.

Bagaimana pula dengan saiz pasaran produk perniagaan En

Romli?

Pengeluaran produk kita sehingga hari ini adalah sebanyak

RM50,000 sebulan. Sebenarnya kita baru sahaja mengeluarkan

produk ini sendiri. Sebelum ini kita ambil produk ni dari SIRIM, dan

kerja kita cuma memasarkan sahaja. Alhamdulillah SIRIM sudah

membenarkan kepada kita untuk mengeluarkan sendiri produk ini

pada tahun 2010. Masa itulah kita mula cari modal untuk buat kilang

dan sebagainya. Alhamdulillah, setakat hari ini produk kita telah

sampai ke Columbia dalam RM16,000. Kita target akan dapat

keuntungan hasil daripada jualan produk ini akhir tahun ini.

Berapakah bilangan pekerja En Romli sekarang?

Saya mempunyai 21 orang pekerja sepenuh masa yang terdiri

daripada dua orang konsultan iaitu Dr Fadzilah seorang saintis dan

juga inovator produk. Seorang lagi ialah En Azman Jufri yang

bertindak sebagai ketua pemasaran. En Azman Jufri berpengalaman

di dalam bidang pemasaran, dan pernah buat jualan sehingga RM15

juta. Alhamdulillah dengan ada dua orang insan yang hebat di dalam

syarikat ini, saya yakin syarikat ini akan berkembang maju.

Boleh En Romli terangkan, berapakah aset perniagaan En Romli

sekarang?

Keseluruhan aset perniagaan saya lebih kurang 12 juta

PERSONALITI

Berdasarkan pengalaman En Romli, apakah personaliti yang

perlu ada pada diri seorang usahawan Muslim?

Pada saya sebagai seorang usahawan Muslim kita perlu menjaga

hubungan kita dengan Allah SWT samada di waktu susah ataupun

waktu senang kita. Kita kena percaya dan yakin semua yang berlaku

di dalam hidup kita, adalah perancangan daripada Allah SWT. Oleh

itu, kita sebagai hamba kena yakin sepenuhnya kepada Allah SWT.

Selain itu, untuk berjaya di dalam apa jua bidang yang kita ceburi,

kita kena berusaha sehabis yang mungkin. Selagi mana tidak ada kata

berhenti jangan berhenti. Macam mana kita nak tahu yang kita kena

berhenti. Bila Allah SWT bagi kita sakit, bagi kita demam. Saya biasa

masuk wad sebab demam. Selain itu, selagi kita sihat dan mampu

untuk bekerja kita kena kerja. Sebab dunia adalah tempat untuk kita

bekerja bukan untuk kita berehat dan kerja juga merupakan satu

ibadah.

Page 76: lampiran k traskrip temu bual usahawan berjaya usahawan pertama

405

Seorang usahawan muslim juga kena ikhlas di dalam menjalankan

perniagaan mereka. Jangan sekali-kali menipu, suka ambil

kesempatan kepada orang lain. Yang penting prinsip agama kena

jaga. Kebanyakan usahawan yang rosak ni, dia bukan pengasas

kepada perniagaan yang dijalankan, tetapi dia adalah orang yang

mewarisi perniagaan tersebut daripada keluarga dan sebagainya.

Biasanya kalau dia yang mengasaskan perniagaan dia akan jadi

seorang yang hebat. Berbeza usahawan dengan CEO ini adalah

usahawan adalah orang yang merentas jalan, manakala CEO pula

adalah orang yang menguruskan perniagaan. CEO tak semestinya

usahawan, tapi kebiasaannya usahawan boleh menjadi CEO kerana

dia tahu selok belok perniagaan yang dilakukannya.

Selain itu, perkara yang perlu dititik beratkan oleh seorang usahwan

ialah menjaga hubungan dengan ayah dan ibu. Kena jaga mereka

baik-baik. Mereka adalah sumber kekuatan seorang anak. Saya cuma

rapat dengan mak saya bila saya sudah dewasa, iaitu selepas ayah tiri

saya meninggal dunia. Mak saya dulu dan mak saya sekarang sangat

berbeza. Dulu mak saya dia buang saya sebab dia ikut perintah suami

dia, dia kena taat pada suami dia, tapi bila ayah tiri saya sudah tiada.

Saya cari mak saya balik. Doa seorang ibu sangat mustajab. Sebagai

seorang anak janganlah kita menyakiti hati mak ayah kita. Takut

nanti dia kata macam-macam kat kita, hidup kita akan susah. Pada

saya, kalau saya nak buat sesuatu saya akan minta mak saya tolong

doakan untuk saya. Macam hari tu saya cakap kat mak saya, saya nak

submit proposal kat JCorp, Saya minta mak saya doakan untuk saya.

Hari yang saya submit proposal tu. Mak saya dia puasa dan solat hajat

untuk saya. Doa dan redha seorang ibu adalah penawar yang sangat

berharga pada seorang anak.

Apakah amalan ibadah yang sentiasa En Romli amalkan?

Saya sentiasa mengamalkan mathurat setiap pagi selepas solat subuh

semenjak saya belajar di UPM lagi. Alhamdulillah saya tak pernah

tinggal mathurat. Kalau saya sibuk macam manapun, saya akan baca

mathurat tu di dalam kereta. Saya sudah lama membaca mathurat

sebab tu saya dah boleh hafal. Selain itu, setiap tahun saya akan

khatam al-Quran. Saya amalkan rutin tersebut semenjak saya

berumur 19 tahun lagi. Setiap hari saya akan baca al-Quran dengan

terjemahannya sekali. Saya akan sentiasa amalkan bacaan al-Quran,

walaupun tak banyak. Saya akan tamatkan bacaan saya dalam bulan

Ramadhan. Raya kedua saya mula balik dan khatam al-Quran balik

bulan ramadhan tahun depan.

Amalan yang lain adalah saya sentiasa melalukan sunat witir.

Seorang guru telah bercerita kepada saya, kalau nak bisnes kita maju

sentiasa amalkan solat witir, sebab Rasulullah SAW tidak pernah

tinggal solat witir. Bukan susahpun nak amalkan witirkan, lepas solat

Jihad melawan

hawa nafsu:

mengingati jasa

kedua ibubapa kita

Membaca al-

Quran

Page 77: lampiran k traskrip temu bual usahawan berjaya usahawan pertama

406

isyak, solatlah witir kalau rajin buat dua rakaat, kalau malas satu

rakaatpun boleh.

Selain itu, saya juga sentiasa amalkan dhuha. Solat dhuha tu magnet

rezeki. Kalau saya ada nak jumpa orang atau nak buat sesuatu

keputusan. Saya akan minta doa selepas solat dhuha. Solat dhuha

boleh memberikan kita ketenangan.

Adakah ketelitian sangat penting di dalam perniagaan?

Ketelitian adalah elemen yang sangat penting. Sebenarnya saya

bukanlah seorang yang teliti, sebab tu saya kena cari seorang yang

teliti untuk uruskan pelbagai urusan yang memerlukan ketelitian

khususnya perkara yang berkait dengan kewangan.

Selain itu seorang usahawan adalah orang yang mengeluarkan idea

ataupun keputusan. Selalunya bila kita buat keputusan orang

bawahan kita akan ikut dan mereka akan tunggu keputusan dari kita.

Sebab itulah saya kata ketelitian tu perlu, kalau tak teliti kita akan

buat keputusan yang salah. Untuk buat keputusan yang baik,

perbincangan tu penting. Sebab itu dalam Islam kita ada syura,

keputusan yang dibuat mengikut suara ramai akan menghampiri

kebenaran. Sebelum buat apa-apa keputusan saya akan minta

petunjuk dari Allah SWT. Saya akan perbanyakkan solat sunat

antaranya tahajud, dhuha dan hajat setiap kali hendak mengambil

apa-apa keputusan.

Bagaimana pula dengan disiplin? Adakah disiplin juga penting

bagi seorang usahawan?

Seorang usahawan muslim mestilah sentiasa berdisiplin. Sebab

Islam memang ajar kita untuk disiplin. Contoh disiplin adalah

ketepatan masa di dalam perniagaan. Kalau kita tidak boleh buat,

cakap sahaja kita tidak boleh buat atau kita tidak mampu buat. Jangan

jadi orang Melayu yang Insya Allah memanjang. Insya Allah bagi

orang Melayu menjadi cara untuk mengelakan diri dari melakukan

sesuatu. Padahal perkataan “Insya Allah” adalah janji kita dengan

Allah. Bila kita dah berjanji kita kena komited dengan janji kita.

Selain itu, penampilan kitapun penting. Janganlah nampak selekeh

sahaja. Biar kita nampak profesional. Saya bukan seorang yang

menjaga panampilan sangatpun. Tapi bolehlah jaga penampilan sikit

untuk bekerja.

Adakah seorang usahawan perlu mempunyai sifat kepimpinan?

Usahawan itu sebenarnya pemimpin. Pemimpin ini ada dua jenis.

Pertama dia dilahirkan sebagai seorang pemimpin. Jenis yang kedua

ialah dia menjadi pemimpin disebakan oleh keadaan sekeliling. Saya

bukan lahir untuk jadi pemimpin, di dalam keturunan saya tidak ada

seorangpun yang menjadi pemimpin walaupun sebagai ketua

kampung. Kepimpinan yang terbentuk di dalam diri saya adalah

Melakukan

sesuatu dengan

teliti dan berhati-

hati

Menyiapkan kerja

di dalam tempoh

masa yang

ditetapkan

Page 78: lampiran k traskrip temu bual usahawan berjaya usahawan pertama

407

daripada keadaan sekeliling yang saya lalui. Kenapa ciri kepimpinan

penting pada seorang usahawan? sebab sebagai seorang usahawan,

dia kena tahu semua benda di dalam perniagaan yang dijalankan. Dia

tak boleh tahu satu bahagian sahaja.

Berpandangan

jauh melebihi

orang bawahan

AKHLAK USAHAWAN

Pada pendapat En Romli, bagaimanakah akhlak sebagai seorang

usahawan?

Pada saya menjadi seorang usahawan Muslim mestilah menjadi

contoh yang baik samada kepada keluarga, pekerja dan juga orang

awam. Apa yang awak nak dalam perniagaan awak, awak kena beri

dulu. Barulah ada bahagian awak. Sebagai contoh saya akan bagi

pada doktor atau jururawat yang tolong promosikan produk saya

dalam bentuk sumbangan di dalam apa-apa program yang akan

mereka lakukan. Ada pegawai kerajaan minta secara langsung

dengan saya. Selain itu ada yang tanya saya, apa yang dia dapat kalau

dia tolong saya. Saya kalau jumpa orang macam ini memanglah saya

tak layan.

Tidak memberi

dan menerima

rasuah

JIHAD PERNIAGAAN

Boleh En Romli terangkan apakah itu maksud jihad melawan

hawa nafsu?

Orang yang tidak kuat iman memang akan terjebat dengan nafsu. Bila

sudah berduit kebanyakannya lupa diri, sudah mula nak pasang dua

tiga. Kalau benda tu halal tak ada masalah, tapi masalahnya yang tak

halal. Kalau tak percaya pergi tengok di hotel lima bintang. Duduk

sekejap di situ, tengok apa yang berlaku. Mesti ada ahli perniagaan

yang keluar masuk dengan perempuan. Wang ringgit sebenarnya

hantu, kalau tidak kontrol memang rosak. Sebab itu kalau boleh nak

elak kemewahan ni. Kereta saya Proton buruk sahaja, ada satu kereta

besarpun kereta company yang Sindora bagi.

Usahawan Muslim banyak syaitan kacau. Sibuk sikit sembahyang

sudah tinggal, jangan kata puasa sunat, puasa wajibpun tidak. Oleh

sebab itu saya cuba sedaya upaya saya dengan mengamalkan puasa

Isnin dan Khamis untuk mengengkang nafsu.

Bagaimana pula cara En Romli berjihad dalam menuntut dan

memberikan ilmu?

Pengalaman hidup yang saya lalui merupakan ilmu yang paling

berharga buat saya. Ilmu perniagaan saya ialah pengalaman saya.

Pengalaman sebenarnya sangat penting untuk kita melibatkan diri di

dalam perniagaan. Saya banyak berkongsi pengalaman saya dengan

pelajar-pelajar universiti. Kalau saya tidak berniaga sudah pasti saya

tidak boleh berkongsi ilmu perniagaan dengan orang lain. Kalau kita

pergi ke barat, kebanyakan universiti yang ada kursus usahawan,

Tidak mempunyai

perempuan

simpanan

Memberi kursus

dan seminar

kepada pekerja

dan orang awam

Page 79: lampiran k traskrip temu bual usahawan berjaya usahawan pertama

408

pesnyarahnya mesti ada pengalaman dalam bidang perniagaan. Kalau

kita belajar dari pengalaman, kita tidak akan mengulang kesilapan

yang berlaku.

Selain itu, saya juga sentiasa membuat progam bersama-sama dengan

rumah anak-anak yatim. Saya sentiasa menaikan semangat mereka.

Saya kata pada mereka,” Awak semua makan cukup, pakai cukup,

pergi sekolah macam anak-anak lain, kenapa awak tak boleh berjaya?

Kalau awak betul-betul berusaha, awak pasti akan berjaya”.

Pada pandangan En Romli, bagaimana pula jihad di dalam

mencari dan memberikan harta atau melaksanakan

tanggungjawab sosial?

Bila saya memulakan perniagaan saya, saya bukan cari duit dan

kemewahan untuk diri saya sendiri. Tapi saya mencari nafkah untuk

pekerja-pekerja saya. Rezeki yang mereka dapat, mereka akan bagi

anak isteri makan. Sebab itulah saya kena jalankan perniagaan ini

betul-betul mengikut syariat Islam, kalau tidak sudah pasti suatu hari

nanti saya akan menanggung dosa.

Dalam melaksanakan tanggungjawab sosial pula , saya banyak bagi

bantuan pada rumah anak-anak yatim, masjid dan sebagainya.

Pemahaman tanggungjawab sosial di kalangan masyarakat kita

sebenarnya tak betul. Kadang-kadang tanggungjawab sosial boleh

jadi rasuah. Kalau nak tolong kena tolong betul-betul.

Tanggungjawab sosial yang sebenar antaranya bantuan kepada

bencana alam seperti banjir, ribut taufan dan sebagainya. Kita

sediakan barang dan pergi tolong. Pertolongan yang kita hulurkan

mestilah tidak ada kepentingan untuk syarikat.

Boleh En Romli terangkan mengenai jihad di dalam menjalinkan

hubungan yang baik sesama manusia?

Pada pandangan saya jihad di dalam menjalinkan hubungan yang

baik sesama manusia adalah dengan mengeluarkan zakat dan juga

menderma kepada individu atau badan yang memerlukan bantuan.

Selain itu melalui perniagaan yang kita jalankan kita membantu

masyarakat dengan menyediakan peluang pekerjaan kepada mereka,

Ini akan mengurangkan masalah pengangguran di dalam masyarakat.

Selain itu, saya juga berjihad untuk membina jalinan hubungan yang

baik dengan usahawan lain antaranya dengan ahli dewan perniagaan

Islam Malaysia dan juga membina jalinan yang baik dengan rakan

niaga dari luar dan dalam negeri melalui gerai jualan dan juga buat

pameran yang diadakan.

Memberi kursus

dan seminar

kepada pekerja

dan orang awam

Bertanggungjawab

menyediakan

makanan, pakaian

dan tempat tinggal

kepada ahli

keluarga

Jihad harta:

sentiasa

menunaikan

kewajipan

membayar zakat

Menyediakan

peluang pekerjaan

kepada

masyarakat

Menjalinkan

hubungan yang

baik dengan

usahawan lain

KEMANDIRIAN PERNIAGAAN

Page 80: lampiran k traskrip temu bual usahawan berjaya usahawan pertama

409

Adakah En Ridzwan pernah gagal dalam perniagaan?

Saya banyak kali gagal dalam perniagaan. Di antara sebab kegagalan

saya adalah masalah dengan rakan kongsi. Rakan kongsi saya

mengambil kesempatan keatas kita. Rakan kongsi ambil duit syarikat

tanpa kita tahu dan sebagainya.

Faktor kegagalan saya juga adalah bila kita mendapat nasihat yang

tidak betul. Untuk menjadi usahawan mestilah ada ilmu dan ilmu

boleh diperolehi melalui pembacaan, pengalaman orang lain,

kegagalan yang dilakukan oleh orang lain dan yang paling penting

jangan ulangi kegagalan yang pernah kita dihadapi. Dalam kita

berniaga, jangan jadi bodoh sombong. Kalau kita tidak tahu, kita

kena tanya dan belajar. Saya selalu pesan pada pekerja saya, kalau

saya silap tolong bagitahu. Kalau pekerja boleh tegur kita, dan kita

boleh ikut cakap dia. Mesti pekerja kita bangga dengan kita.

Selain itu, cabaran yang sangat besar juga yang pernah saya hadapi

ialah bila tiga orang kakitangan saya berhenti. Tiga orang penting

dalam syarikat berhenti dua minggu sebelum audit. Waktu tu saya

berada dalam keadaan sangat susah. Walau bagaimanapun ada

hikmah di sebalik kesusahan yang saya hadapi. Hikmahnya adalah

dalam kita berniaga kita tidak boleh mengharapkan seratus peratus

kepada pekerja, terutamanya pekerja yang baru sahaja bekerja

dengan kita. Melainkan dia sudah lama dengan kita. Kita sudah

mengenali dia itu lain cerita.

Adakah En Romli pernah menghadapi tahap kemandirian di

dalam perniagaan? Maksudnya perniagaan yang dijalankan

tidak berkembang dan bertahan?

Penderitaan, kesakitan dan air mata itulah asam garam orang yang

meniaga. Oleh sebab sebagai seorang usahawan, kena banyak

bersabar dengan ujian yang Allah berikan. Bab kata Said Qutb

“Perjuagan itu pahit kerana syurga itu manis” Dalam tempoh kita

menghadapi tahap kemandirian di dalam perniagaan yang kita

lakukan, kita mesti fokus kepada perniagaan yang kita sedang

lakukan sekarang. Selagi kita fokus, insya Allah kita akan berjaya.

Janganlah dalam keadaan mandiri kita nak buat perniagaan lain

ataupun kita nak buat sepuluh benda dalam satu masa. Sebagai

contoh adik saya, baru tiga bulan meniaga di kantin sekolah, dah nak

berhenti, mengeluh memanjang. Kalau macam tu, macam mana nak

berjaya dan maju. Dalam berniaga kenalah fokus dan usaha tanpa

henti, barulah nampak hasilnya.

Bersabar dengan

ujian

Memfokuskan

kualiti masa

CADANGAN DAN HARAPAN

Apakah cadangan En Romli kepada mereka yang berminat

untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan?

Page 81: lampiran k traskrip temu bual usahawan berjaya usahawan pertama

410

Kepada yang berminat untuk menceburkan diri dalam bidang

perniagaan, kenalah banyak belajar, banyak buat kajian tentang

produk dan pemasaran, juga banyak membaca. Saya suka membaca

buku-buku berkaitan dengan biografi orang-orang yang sudah

berjaya. Baca kesusahan yang dihadapi dan kita belajar dari

pengalaman. Selain itu mulakan dengan berniaga kecil-kecilan

dahulu, jangan terus nak berniaga besar kalau kita belum bersedia.

Nanti kalau rugi dan bankrup kita juga yang akan susah.

Apakah harapan En Romli dalam perniagaan ini?

Harapan saya suatu hari nanti saya berimpian untuk memberi

sumbangan kepada ummah. Bila saya tengok Stanford Universty di

US, kerajaan US bagi sedikit sahaja untuk kos pembinaan universiti.

Selebihnya adalah ihsan daripada usahawan-usahawan berjaya.

Sebagai contoh, nama makmal, perpustakaan, dewan kuliah

universiti nama usahawan sebab mereka yang memberi sumbangan

tersebut.

Selain itu harapan saya untuk perniagaan ini adalah untuk

menjadikan perniagaan ini terkenal dan menjadi jenama yang

dipercayai di peringkat tempatan dan juga antarabangsa.

Page 82: lampiran k traskrip temu bual usahawan berjaya usahawan pertama

411

USAHAWAN KESEMBILAN

DATUK SAMSUL BIN HUSIN

TARIKH TEMUBUAL: 13 JUN 2012

BIODATA PERIBADI:

Umur : 49 tahun

Asal : Bangi, Selangor

Pendidikan Tertinggi : Ijazah Perakaunan UKM

Status Perkahwinan : Berkahwin

Bilangan Anak : 6 orang

Alamat Permis Perniagaan : Century Software Holdings Berhad

A-8, Block A, Level 8, Sunway PJ 51A

Jalan SS9A/19, Seri Setia

47300 Petaling Jaya

Selangor

KANDUNGAN TEMUBUAL

TEMA

LATAR BELAKANG DAN PENGALAMAN PERNIAGAAN

Bolehkah Datuk ceritakan latar belakang dan pengalaman

perniagaan Datuk?

Boleh. Bapa saya seorang ketua kampong tetapi memiliki sebuah

kedai runcit. Ibu saya seorang suri rumah. Saya mempunyai 13

orang adik beradik, lapan daripada adalah graduan universiti. Saya

anak ke enam.

Setelah saya mendapat ijazah pertama daripada universiti

Kebangsaan Malaysia, saya menjadi pensyarah di MADEC UiTM.

Page 83: lampiran k traskrip temu bual usahawan berjaya usahawan pertama

412

Saya mengajar perakaunan untuk kursus keusahawanan. Selepas itu,

saya merasa saya tidak sesuai menjadi pensyarah. Justeru, saya

bekerja sebagai akauntan di salah sebuah pejabat perakaunan di

Sabah. Kerja saya waktu itu adalah berurusan dengan sejenis perisian

perakaunan. Pada masa itu, saya belajar mengenai perisian. Saya juga

merasa tidak sesuai dengan bidang itu, maka sayapun berhenti dan

terbabit dengan industri broker saham. Tetapi jiwa perniagaan dalam

diri saya sangat kuat, saya berhenti jadi broker saham dan mula

melibatkan diri dalam bidang perniagaan.

Semasa kecil, saya banyak menolong bapa saya berniaga. Di

kampung, ayah saya membuka kedai runcit. Saya menolong bapa

saya menjual jagung dan ais krim. Apabila saya sudah memiliki

ijazah, minat dalam perniagaan masih lagi kuat. Justeru, apaila saya

bekerja dengan orang, saya tidak puas hati. Sebab itu, saya berhenti

kerja dan berniaga sendiri. Semasa saya bekerja dengan orang, saya

sudah memiliki perniagaan sendiri. Pada masa itu, saya membuka

pusat tusyen dengan kawan-kawan saya. Tetapi tidak bertahan lama.

Saya mula menubuhkan syarikat saya sekarang pada tahun 1996.

Saya menceburkan diri dalam perniagaan sebab mendapat inspirasi

daripada hadis Rasulullah SAW bahawa sembilan per sepuluh

sumber rezeki adalah datangnya daripada perniagaan. Jadi, kenapa

kita perlu melakukan pekerjaan lain apabila kita sudah tahu

kebanyakkan rezeki itu datangnya daripada perniagaan?

Bilakah Datuk memulakan perniagaan?

Saya memulakan perniagaan tahun 1996. Sebelum itu, saya sudah

memulakan perniagaan kecil. Sebagai contoh, pusat tusyen dan

perniagaan kecil-kecilan yang lain.

Apakah jenis perniagaan yang Datuk usahakan sekarang?

Saya menyediakan produk dan perkhidmatan untuk perisian

kewangan.

Adakah Datuk mengasaskan sendiri perniagaan ni?

Ya, saya mengasaskan sendiri perniagaan ini.

Boleh Datuk terangkan dengan lebih mendalam lagi berkenaan

produk syarikat Datuk?

Syarikat ini memfokus kepada perisian kewangan. Satu perisian

harganya RM 200K. Kami menjual perisian ini kepada kerajaan.

Kami membeli perisian ini daripada Australia dan kami

Page 84: lampiran k traskrip temu bual usahawan berjaya usahawan pertama

413

mengubahsuai mengikut keperluan pelanggan kami. Selain itu, kami

berjaya meyakinkan mereka untuk berurusan dengan kerajaan kita.

Adakah Datuk memasarkan produk untuk dalam negeri sahaja

ataupun luar negeri?

Saya memasarkan produk saya dalam dan juga di luar negara.

Berapakah saiz jualan produk?

Saiz jualan produk syarikat saya adalah sebanyak RM170 juta.

Bagaimana Datuk memperolehi modal perniagaan?

Saya memperolehi modal sendiri, bermula dengan RM35,000 dalam

perniagaan ini. Pada mulanya, saya tidak menyediakan perisian saya

sendiri, saya beli dari luar negara dan saya jual di Malaysia.

Kemudian, syarikat kami mengeluarkan perisian sendiri. Sebenarnya,

perniagaan ini tidak memerlukan modal yang besar sangat.

Berapakah bilangan pekerja Datuk sekarang?

Buat masa sekarang, saya mempunyai 250 orang pekerja. Saya juga

mempunyai pengedar untuk membekalkan perisian saya ke seluruh

dunia. Ofis saya ada terdapat di Indonesia, Sydney, US dan juga

Mexico.

Berapakah nilai aset perniagaan Datuk ini?

Nilai aset perniagaan saya hampir RM300 juta.

Apakah pencapaian Datuk buat masa sekarang?

Setakat ini, syarikat saya sudah disenaraikan di BSKL dan

keuntungan setahun perniagaan saya adalah sebanyak RM230 juta.

Tahun lepas, kami memperolehi keuntungan sebanyak RM40 juta

semenjak kami beroperasi pada tahun 1996. Kami tidak pernah rugi

dan kami tidak pernah meminjam daripada bank.

PERSONALITI

Berdasarkan pengalaman Datuk, apakah bentuk personaliti

yang perlu ada pada seseorang usahawan Muslim?

Pada saya, seorang Muslim yang berminat untuk menjadi seorang

usahawan, mereka mesti mempunyai disiplin ilmu agama yang kuat.

Dengan memahami dan menghayati agama, mereka akan cenderung

kepada sifat-sifat yang baik seperti amanah, jujur, rajin dan kuat

Page 85: lampiran k traskrip temu bual usahawan berjaya usahawan pertama

414

berusaha. Kita perlu percaya bahawa rezeki itu datangnya daripada

Allah. Kalau ada rezeki adalah. Kalau tidak ada, apakah yang kita

boleh lakukan?. Pendek kata, kita hanya mampu berserah kepadaNya

sahaja.

Untuk mendapat rezeki yang halal, kita tidak boleh menipu. Sebagai

contoh, syarikat kami mempunyai tiga falsafah yang kami panggil

sebagai 3C. ‘Credible, Caring and Committed’. Ini adalah moto

kami. ‘Credible’ bermaksud kita mempunyai produk yang baik untuk

memenuhi kepuasan pelanggan, ‘Caring’ pula adalah kita menjaga

pelanggan kita dengan mengadakan servis selepas jualan dan

seterusnya, ‘Committed’ adalah kita bertanggungjawab terhadap

produk-produk yang kita pasarkan. Ini adalah nilai-nilai utama yang

kita galakkan dalam syarikat ini.

Secara peribadi, saya memang menjaga dan mengikut ajaran Islam.

Terutamanya dalam bab solat. Seboleh-bolehnya saya akan

mengamalkan sikap bersederhana dalam kehidupan saya.

Bagaimana pula hubungan dengan Allah?

Di dalam menjaga hubungan kita dengan Allah, pertama sekali,

jangan tinggalkan solat lima waktu. Sibuk macam manapun, solat

wajib kita lakukan. Kita perlu sentiasa mementingkan jemaah,

sentiasa menghadiri majlis-majlis ilmu dan memperbanyakkan

amalan sunat yang lain. Saya tidak nafikan cabaran dalam bidang

perniagaan ini sangat hebat terutamanya sekiranya seseorang itu

tidak mempunyai hubungan yang kuat dengan Allah SWT. Mereka

akan lebih cenderung untuk melakukan benda-benda yang tidak baik.

Dalam perniagaan ini, saya percaya saya bukan hendak berjaya di

dunia sahaja. Tetapi saya hendak berjaya di akhirat juga. Saya bukan

mengejar material semata-mata seperti membeli Mercedes, Porsche,

rumah banglo, melancong sana sini dan sebagainya. Tetapi tujuan

perniagaan saya adalah lebih kepada untuk membangunkan

masyarakat. Kalau kita memiliki wang, maka adalah lebih senang

kita hendak melakukan kebajikan dan juga memberi derma kepada

yang memerlukan.

Kalau saya hendak hidup senang dan memikirkan tentang diri

sendiri, memang sudah boleh. Saya boleh jual saham syarikat saya

dan dapat RM 30 hingga RM40 juta. Kemudian, saya boleh duduk

berehat di rumah. Tidak perlu buat kerja. Tetapi untuk apa? Di

manakah matlamat asal kita untuk berniaga?.

Apakah amalan ibadah yang sepatutnya dilakukan oleh

seseorang usahawan muslim?

Solat lima waktu

Bersedekah

Page 86: lampiran k traskrip temu bual usahawan berjaya usahawan pertama

415

Saya tidak mempunyai amalan khusus tetapi saya suka membaca.

Saya membaca banyak buku. Saya suka membaca buku tentang

sejarah Islam, buku mengenai personaliti Rasulullah SAW dan juga

para sahabat. Sehubungan itu, saya cuba mencontohi cara yang

dilakukan oleh para sahabat.

Kalau kita baca kisah mengenai sahabat, setiap sahabat mempunyai

keistimewaannya, antaranya Khalid al-Walid hebat dalam bidang

perang, Abdul Rahman bin Auf hebat dalam bidang perniagaan,

Umar al-Khatab hebat dalam bidang kepimpinan. Apatah lagi sejarah

dan personaliti Rasulullah SAW yang sangat hebat dalam pelbagai

bidang antaranya dalam bidang perniagaan.

Selain membaca, saya juga sentiasa mengamalkan solat tahajud.

Sebenarnya solat tahajud adalah di antara solat yang sangat

digalakkan dalam Islam. Ini kerana dengan solat tahajud, jiwa kita

akan menjadi tenang. Sebenarnya, kalau kita mengikuti apa yang

telah Rasulullah SAW ajarkan kepada kita, kita akan menjadi

seorang yang berjaya dalam kehidupan kita.

Adakah ketelitian diperlukan dalam perniagaan?

Ketelitian itu penting. Dalam perniagaan, kita perlu mempunyai

keputusan strategik sebagai contoh, usahawan perlu memahami

mengenai pasaran perniagaan. Kita perlu tahu dan jelas apa yang

perlu kita buat.

Sebenarnya, saya bukan seorang yang teliti tetapi rakan kongsi saya

memang sangat teliti. Jadi, orang yang teliti dia akan menjaga

bahagian operasi. Contohnya, saya mengambil bahagian peranan

kepimpinan. Ada pekerja yang menjaga bahagian pemasaran, ada

yang menjaga bahagian R& D. Semua perkara ini sangat penting

untuk maju dalam perniagaan. Dalam perniagaan, kita tidak boleh

bekerja sendirian. Kita perlu mendapatkan kerjasama daripada pihak

lain.

Bagaimana pula dengan disiplin?

Untuk berjaya, disiplin sangat penting. Pada saya, disiplin adalah

suatu yang berkait dengan masa. Contohnya jadual saya, saya biasa

bangun pagi untuk solat subuh dengan isteri saya samada di masjid

ataupun di rumah. Selepas itu, saya akan keluar bersarapan di mana-

mana sambil berjumpa kawan-kawan. Saya tidak percaya seorang

usahawan sangat sibuk sampai tidak ada masa untuk keluarga.

Untuk berjaya dalam perniagaan, sokongan daripada keluarga sangat

penting terutamanya isteri. Untuk mendapat sokongan daripada isteri

pada mulanya janganlah melakukan perkara yang tidak baik.

Mengamalkan

solat malam

Melakukan kerja

dengan teliti dan

berhati-hati

Menggunakan

masa sebaik

mungkin

Page 87: lampiran k traskrip temu bual usahawan berjaya usahawan pertama

416

Contohnya, menyimpan perempuan sana sini. Mana ada orang

berniaga sampai 4 hingga 5 pagi. Itu semua hiburan. Maka, waktu

malam saya akan menghabiskan masa saya dengan keluarga. Pada

saya, keluarga adalah yang paling penting dalam kehidupan saya.

Perlukah seorang usahawan mempunyai sifat kepimpinan?

Usahawan mestilah mempunyai sifat kepimpinan dan menjaga

kredibiliti. Kita perlu menunjukkan contoh yang baik kepada pekerja

dan juga kawan-kawan. Sebagai contoh, masa solat, kita perlu pergi

solat. Bulan puasa, kita wajib berpuasa. Barulah pekerja akan merasa

malu kalau dia tidak solat. Macam saya kalau saya pergi main golf

dengan Datuk atau Tan Sri tetapi apabila sampai masa solat, saya

akan pergi solat. Saya akan tinggalkan mereka di padang golf. Saya

sanggup hilang perniagaan disebabkan oleh itu. Saya percaya bukan

mereka yang berikan saya rezeki tetapi Allahlah yang memberikan

kita rezeki.

Kalau kita dah membiasakan diri dengan perkara-perkara yang

positif, insya Allah pekerja kitapun akan mencontohi kita. Memimpin

melalui teladan lebih bagus daripada kita cuma memberi arahan

sahaja.

Menjaga agama

AKHLAK USAHAWAN

Bagaimana pula akhlak sebagai seorang usahawan?

Sebagai seorang usahawan, sifat-sifat Rasulullah SAW mesti ada.

Sidiq, amanah, tabligh, fatanah. Lebih-lebih lagi kita ini orang Islam,

lagi kita perlu memiliki sifat itu. Terutamanya apabila kita berniaga.

Selagi kita ini orang Muslim, kita perlu memiliki sifat-sifat tersebut.

Sentiasa jujur

dengan

pelanggan

JIHAD PERNIAGAAN

Apakah pandangan Datuk mengenai jihad melawan hawa nafsu?

Pada pendapat saya, jihad melawan nafsu adalah lebih kepada diri

sendiri. Jihad mengawal hawa nafsu adalah cara kita mengawal diri

kita sendiri. Saya berusaha untuk melakukan apa yang Allah suruh

dan galakkan dan saya akan meninggalkan apa yang Allah larang dan

juga benci. Kalau boleh, kita perlu mengekalkan perkara tersebut,

insya Allah nafsu kita akan terkawal.

Bagaimana pula Datuk berjihad dalam menuntut dan

memberikan ilmu?

Macam saya katakan tadi, saya memang suka membaca. Dengan

membaca, macam-macam ilmu yang kita boleh perolehi. Dalam

syarikat saya, saya menggalakkan pekerja saya menghadiri seminar,

kursus dan konvesyen samada dalam dan di luar negeri. Saya percaya

Tema

ketakwaan: Peka

dengan dosa

Menghantar

pekerja

mengikuti kursus

dan latihan

Page 88: lampiran k traskrip temu bual usahawan berjaya usahawan pertama

417

dengan ilmu dan kemahiran, perniagaan saya akan bertambah maju

dan juga cemerlang.

Bagaimana pula jihad dalam mencari dan memberi harta atau

melaksanakan tanggungjawab sosial?

Pada pandangan saya, tanggungjawab sosial yang dilakukan

terbahagi kepada dua bahagian. Pertamanya tanggungjawab sosial

yang berkaitan dengan kepentingan syarikat antaranya penajaan apa-

apa acara yang berkaitan dengan perisian dan sebagainya. Dan ada

tanggungjawab sosial yang tidak ada kaitan dengan perniagaan,

antaranya memberi derma kepada NGO, sekolah, universiti, rumah

anak-anak yatim, masjid dan sebagainya. Bila saya melaksanakan

tanggungjawab sosial yang tidak ada kaitannya dengan perniagaan,

saya tidak akan membuat publisiti. Itu adalah derma peribadi saya.

Boleh Datuk terangkan mengenai jihad di dalam menjalinkan

hubungan yang baik sesama manusia?

Jihad perniagaan sebenarnya adalah dakwah. Dengan perniagaan,

kita boleh membangunkan komuniti Islam dan ilmu. Dalam

perniagaan, kita tidak boleh memikirkan diri sendiri. Kita perlu

memiliki tujuan, barulah kita lebih bersemangat untuk berjuang.

Contohnya, tujuan perniagaan saya adalah untuk membangunkan

ummah. Saya menyediakan peluang pekerjaan kepada ummah Islam.

Saya memberikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan

dan saya membangunkan bangsa saya dengan produk yang saya

keluarkan.

Manakala cara saya membina perniagaan saya adalah dengan

menjalinkan hubungan yang baik dengan usahawan lain. Saya aktif

golf. Saya mengekalkan sukan ini kerana melalui sukan ini saya

dapat mengenali usahawan lain. Selain itu, kadang-kadang saya

menyewa meja di mana-mana konvensyen dan membuka gerai

pameran di tempat-tempat yang ada kaitan dengan perniagaan ini.

Tema

ketakwaan:

bersedekah

Saya

menyediakan

peluang peluang

pekerjaan kepada

masyarakat

Membina

hubungan yang

baik dengan

usahawan lain

KEMANDIRIAN PERNIAGAAN

Adakah Datuk pernah menghadapi tahap kemandirian dalam

perniagaan? Maksudnya perniagaan yang dijalankan tidak

berkembang dan bertahan?

Saya pernah mengalami keadaan perniagaan bertahan, tidak

bertambah, stagnan ataupun tidak bergerak. Apabila keadaan ini

berlaku, kita kena memikirkan dan membuat strategi baru, mencari

pasaran baru, membuat inovasi produk dan sebagainya. Keadaan ini

Membuat

perubahan dan

Page 89: lampiran k traskrip temu bual usahawan berjaya usahawan pertama

418

biasanya berlaku selama tiga tahun. Selepas tiga tahun, kita akan

akan menjumpai jalan keluar. Begitulah seterusnya.

Adakah Datuk pernah gagal dalam perniagaan?

Saya pernah gagal dalam perniagaan di mana pelaburan saya di

syarikat lain gagal mendapat keuntungan.

Bagaimana Datuk bangun semula?

Kita kena melakukan perubahan terutamanya dalam sumber manusia

dan juga kewangan. Bila kita menghadapi kegagalan dalam

perniagaan, kita perlu bersabar dan bertenang. Sebab bila kita tenang,

kita boleh berfikir secara rasional. Tetapi apabila kita panik dan

berserabut, kita tidak dapat membuat keputusan yang tepat.

Selain itu, dalam perniagaan, kita jangan jadi mikro urus di mana

kitalah segala-galanya. Kita seorang yang buat perniagaan tu, kitalah

pengurus, kitalah yang buat pemasaran dan sebagainya. Kalau buat

macam itu, kita akan cepat merasa letih dan putus asa.

Sebenarnya, tugas usahawan sebenarnya adalah mengeluarkan idea

dan pelan perniagaan, mesyuarat dan pantau apa yang kita sudah

rancang. Insya Allah, perniagaan tu akan menjadi mudah. Usahawan

berbeza dengan pengurus. Kalau kita gabungkan dua peranan itu

serentak, kita akan penat. Sebab itu, kerjasama penting dalam

perniagaan.

pembaharuan

produk

Bersabar dengan

ujian

CADANGAN DAN HARAPAN

Apa cadangan Datuk kepada orang Melayu yang berniaga dan

gagal?

Mereka perlu faham produk yang diniagakan. Mereka perlu banyak

mengkaji dalam perniagaan yang dilakukan. Contohnya, kajian

mengenai produk, pemasaran dan sebagainya. Kalau kita mempunyai

idea bagus dalam perniagaan kita, kita perlu mencari modal. Kalau

boleh, kita perlu mencari orang yang hendak melabur dalam

perniagaan kita. Kita jangan mengambil pinjaman bank.

Selain itu, saya juga pernah gagal dalam perniagaan. Jadi, saya

memerlukan masa untuk berjaya semula. Tambahan lagi, waktu saya

gagal, anak-anak saya kecil lagi, anak saya enam orang. Apabila

gagal, memang teruk perasaan saya pada waktu itu. Mahu pulang ke

kampung jumpa ibu pun tidak mampu sebab tidak memiliki wang

untuk mengisi minyak kereta. Pada waktu, saya perlu banyak

bersabar. Kita perlu menghadapi pengalaman hidup barulah kita

boleh memahami erti kesabaran. Sebelum ni, kita diajar tentang

konsep sabar secara teori sahaja tetapi apabila kita menghadapi

kegagalan, kita perlu hadapi. Insya Allah, bila kita redha, masalah

Page 90: lampiran k traskrip temu bual usahawan berjaya usahawan pertama

419

akan terurus. Kalau tidak jaga betul-betul, macam-macam boleh

terjadi nanti.

Selain itu, saya juga ada orang berhutang dengan saya tetapi tidak

bayar. Bukannya sedikit, berjuta-juta. Tetapi saya redha dan tidak

berdendam. Saya tenang, saya usaha balik dan saya telah berjaya

semula. Saya percaya apabila kita redha dengan ujian Allah, Allah

akan menggantikannya dengan yang lebih baik.

Daripada situ, saya belajar sesuatu antaranya ialah apabila kita

hendak berniaga, kita perlu selidik dengan siapa kita berniaga. Sebab

itulah, saya suka berurusan dengan kerajaan sebab kerajaan akan

membayar. Kalau sektor swasta pula, ada yang sukar hendak bayar.

Itulah semua pengalaman saya. Apabila berniaga dengan kawan-

kawan pula, jangan bagi pinjaman, kalau hendak bagipun anggap duit

itu macam sedekah sahaja.

Apakah cadangan Datuk untuk siswazah yang berminat untuk

berniaga?

Siswazah yang berminat dalam bidang perniagaan perlu menjadikan

usahawan yang berjaya sebagai ikon dan bukan menjadikan artis

sebagai ikon. Saya fikir masyarakat kita menjadikan bidang

usahawan sesuatu yang ditakuti. Masyarakat kita memandang bidang

perniagaan sebagai satu bidang yang sangat terdedah dengan risiko.

Selain itu, masyarakat kita ada pilihan. Sekiranya tidak berniaga,

mereka boleh kerja makan gaji. Kalau kaum Cina, mereka tidak

seperti itu. Kalau mereka tidak berniaga, mereka tidak ada wang dan

mereka tidak boleh hidup.

Selain itu, kepada siswazah yang hendak berniaga, kita perlu mencari

pengalaman dahulu. Mulakan perniagaan kecil dahulu dan kemudian

belajar sepanjang jalan. Kalau untung dalam perniagaan, janganlah

terus berbelanja, beli kereta besar, beli rumah besar. Simpan dahulu

untuk pusingan perniagaan. Usahawan Cina apabila mereka

memiliki RM100 juta baharulah mereka membeli rumah banglo dan

Mercedes. Berbeza dengan masyarakat kita ada RM3 juta dalam

bank sudah membeli banglo dan kereta Mercedes. Jadi, macam mana

perniagaan orang Melayu boleh maju? Justeru, semangat usahawan

perlu ada dalam diri kita dan bukan sebab kita mahu mengejar

kemewahan semata-mata.

Page 91: lampiran k traskrip temu bual usahawan berjaya usahawan pertama

420

USAHAWAN KESEPULUH

USTAZ WAN AKASHAH BIN WAN ABDUL HAMID

TARIKH TEMUBUAL: 6 OKTOBER 2012

BIODATA PERIBADI:

Umur : 48 tahun

Asal : Alor Star, Kedah

Pendidikan Tertinggi : Ijazah Sarjana (Pendidikan Islam)

Sedang menyambung pelajaran di peringkat

PhD dalam pendidikan Islam

Status Perkahwinan : Berkahwin

Bilangan Anak : 4 orang

Alamat Permis Perniagaan : No 16-2, Jalan Mesra Niaga, Taman Mesra,

Batu 13, 43000 Kajang, Selangor.

KANDUNGAN TEMUBUAL

TEMA

Boleh Ustaz terangkan serba sedikit mengenai latarbelakang

dan pengalaman Ustaz dalam bidang perniagaan?

Bapa saya merupakan seorang guru besar manakala ibu saya

seorang suri rumah tangga. Saya mempunyai sembilan adik

beradik dan saya anak ke tujuh.

Minat berniaga sebenarnya bermula dari saya masih kecil lagi

sebab ibu saya berniaga kedai runcit. Apabila dia memperolehi

wang syiling, dia akan letakkan dalam tabung, manakala ayah

saya pula mengajar. Dari situlah saya tengok dan kita lihat juga

bahawa di antara cara untuk mendapat kebebasan kewangan

Page 92: lampiran k traskrip temu bual usahawan berjaya usahawan pertama

421

adalah menerusi perniagaan. Ini kerana melalui perniagaan yang

kita ceburi, kita akan menggunakan seluruh potensi yang kita

miliki untuk mencapai matlamat dan cita-cita kita. Sedangkan

kalau kita bekerja makan gaji, kita cuma mendapat gaji di hujung

bulan sahaja. Sebenarnya apabila kita bekerja dengan orang, kita

tidak menggunakan seluruh potensi yang Allah telah anugerahkan

kepada kita. Antara potensi yang ada pada kita ialah keimanan,

kesungguhan dan juga keilmuan.

Ini kerana budaya perniagaan merupakan budaya Islam

sebenarnya. Kalau kita melihat sejarah nabi Adam A.S, Nabi Nuh

A.S, Nabi-nabi sebenarnya kebanyakan mereka terlibat dalam

bidang perniagaan, sehinggakan Nabi Muhammad SAW dan

isteri baginda Siti Khadijah juga merupakan usahawan yang

berjaya, bukan sahaja di peringkat nasional tetapi juga di

peringkat antarabangsa. Justeru, perniagaan itu juga merupakan

salah satu medium dakwah yang hendak menunjukkan Islam itu

sangat indah. Islam itu sangat cemerlang. Seperti mana firman

Allah: “Kamu adalah sebaik-baik ummah.”

Selain itu, perniagaan saya juga adalah untuk membantu

masyarakat. Saya menganjurkan program motivasi kepada

pelajar, usahawan, ibubapa dan juga suami isteri. Apabila saya

melakukan perniagaan ini, saya akan menjadi lebih dekat dengan

keluarga. Kebanyakan masalah sosial yang berlaku pada hari ini

adalah disebabkan oleh kepincangan keluarga. Justeru itu,

sekiranya kita dapat menyatupadukan perniagaan dengan

keluarga, hubungan di antara keluarga akan menjadi lebih erat.

Sebenarnya bila saya terlibat dalam menganjurkan program, saya

akan mengajak isteri dan anak-anak bersama, inilah yang

dikatakan keluarga. Konsep keluarga kita kena faham: susah sama

susah dan senang sama senang, bahagia sama bahagia dan derita

sama derita. Ini sepatutnya yang perlu ada dalam hidup kita,

jangan kita pisahkan. Ini tidak, suami ikut cara suami, isteri ikut

cara isteri. Suami tidak tahu apa yang isteri buat dan isteri tidak

tahu apa yang suami buat. Anak-anakpun tidak tahu apa ibu bapa

mereka buat. Ini menunjukkan kita hanya berjaya dari aspek

kerjaya. Tetapi dari aspek keluarga kita gagal. Hal ini dibuktikan

dengan kajian yang dilakukan di Barat ke atas CEO syarikat di US

yang mana pendapatan mereka melebihi 100 juta USD. Mereka

berjaya dalam perniagaan mereka tetapi 90 peratus daripada

mereka gagal dalam rumahtangga. Ini membuktikan bahawa di

barat mereka memisahkan perniagaan dengan keluarga,

sedangkan dalam Islam perniagaan itu disatukan.

Sebenarnya pengalaman saya, apabila saya habis belajar, saya

mengajar. Kemudian sedikit demi sedikit saya berniaga pada

tahun 1990 seperti menjual nasi lemak, jual ais krim, kemudian

Page 93: lampiran k traskrip temu bual usahawan berjaya usahawan pertama

422

buat perniagaan jualan langsung dan perdagangan. Sekarang ini,

saya merupakan seorang pengusaha stesen minyak. Oleh kerana

minat yang mendalam dalam bidang ini dan niat saya terjun dalam

bidang ini adalah untuk menyumbang kepada masyarakat, iaitu

kita berikan ruang kepada orang Islam untuk bekerja dan untuk

menyara kehidupan keluarga mereka.

Apakah jenis perniagaan yang Ustaz usahakan sekarang?

Peruncitan, perdagangan dan perkhidmatan.

Adakah Ustaz mengasaskan sendiri perniagaan ni?

Ya. Saya asaskan sendiri perniagaan ini.

Bagaimana Ustaz memperolehi modal perniagaan?

Saya mengumpul wang sedikit-sedikit untuk buat modal

perniagaan.

Berapakah saiz jualan produk?

Dalam setahun lebih kurang RM10 juta.

Bagaimana dengan saiz pasaran?

Saiz pasaran adalah pasaran tempatan sahaja kerana pelanggan

saya adalah penduduk di sekitar sini dan juga dalam negara.

Berapakah bilangan pekerja Ustaz sekarang?

Bilangan pekerja yang ada sekarang 15 orang.

Berapakah aset perniagaan Ustaz ini?

Lebih kurang 10 juta.

PERSONALITI USAHAWAN

Berdasarkan pengalaman Ustaz, bagaimanakah personaliti

sebagai seorang usahawan Muslim?

Apabila kita mahu menjadi seorang usahawan, kita perlu memiliki

empat sifat yang dimiliki oleh Rasulullah SAW. Yang

pertamanya, amanah, yang kedua, siddiq iaitu benar, yang ketiga

fatonah iaitu bijaksana dan yang keempat ialah tabligh iaitu

menyampaikan ilmu. Justeru, kita tidak kedekut ilmu.

Dalam empat sifat yang dimiliki oleh Rasulullah SAW, sifat

inilah jugalah yang perlu ada pada seorang usahawan yang ingin

berjaya kerana kajian telah membuktikan tentang sifat yang perlu

dimiliki oleh pemimpin. Kajian membuktikan mereka masih

meletakkan amanah dan kejujuran di tempat yang pertama.

Page 94: lampiran k traskrip temu bual usahawan berjaya usahawan pertama

423

Selain itu, potensi yang perlu dimiliki dalam diri kita ialah seperti

keimanan, keilmuan, kesungguhan. Bukan sebab al-Quran suruh

dan bukan sebab Hadis suruh. Para sahabat telah membuktikan

mereka telah berjaya dalam perniagaan mereka dengan menguasai

dua pertiga dunia. Sikap ini perlu dimiliki oleh seorang usahawan

Muslim sekarang ini.

Sebagai seorang usahawan muslim yang beriman kepada

Allah, bagaimanakah cara untuk mengekalkan ketakwaan

kepada Allah SWT?

Tidak dinafikan ujian dalam bidang perniagaan ini sangat hebat.

Kerana nabi pun bersabda yang bermaksud: “setiap daripada

umatku ada ujian dan ujian yang paling besar kepada umatku

adalah harta.” Dan kebiasaannya usahawan apabila berjaya, dia

perlu menjaga tiga perkara. Yang pertama wanita, kedua minum

dan yang ketiga judi. Jangan terlibat dengan tiga perkara ini.

Sekiranya dia sudah terlibat dengan tiga perkara ini, walaupun dia

memiliki wang beratus juta ringgit sekalipun, dia tetap akan

bankrap. Bagaimana cara supaya para usahawan tidak terlibat

dalam tiga perkara ini? Sebab mereka banyak sangat peluang

untuk melakukan pekerjaan haram ini. Biasalah bila kita memiliki

wang, wanita senang mahu ikut kita. Mahu berjudi pun perlukan

duit, mahu minumpun perlukan duit. Pendek kata, “no money no

talk’.

Bagaimana untuk mengekalkan ketakwaan kita? Terdapat lima

perkara yang perlu kita lakukan. Pertamanya ialah jangan

tinggalkan ibadah iaitu solat lima waktu. Solat lima waktu

merupakan benteng yang utama untuk menjadi seorang Muslim,

kerana dalam al-quran Allah ada menyebut: “Sesungguhnya solat

itu akan mencegah kita daripada melakukan perkara keji dan juga

mungkar.” dan puasa bulan ramadhan. Yang kedua, kita perlulah

sentiasa berada dalam majlis ilmu. Kalau tidak boleh setiap hari,

paling kurangpun seminggu sekali. Yang ketiga, kita perlu

berkawan dengan orang yang positif, jangan berkawan dengan

kaki perempuan, jangan berkawan dengan orang yang kaki

berjudi, jangan berkawan dengan orang yang kaki rasuah dan

jangan berkawan dengan orang yang kaki minum yang akhirnya

bila berkawan dengan mereka, kita akan terperangkap. Yang

keempat, sentiasa ada jati diri dalaman seperti amalan-amalan doa

yang perlu kita baca. Sebab apabila kita terlibat dengan

perniagaan ini, ada orang dengki kepada kita. Kadang-kadang

orang buat macam-macam dengan kita. Jadi, sebagai seorang

usahawan, kita perlu mempunyai benteng untuk menyelamatkan

diri kita.

Peka dengan dosa

Solat lima waktu

Jihad melawan

hawa nafsu: tidak

berjudi dan minum

arak

Page 95: lampiran k traskrip temu bual usahawan berjaya usahawan pertama

424

Bagaimana pula hubungan dengan Allah?

Kita jangan tinggalkan ibadah.

Apakah amalan ibadah yang sepatutnya dilakukan oleh

seorang usahawan muslim?

Solat lima waktu merupakan benteng yang utama untuk menjadi

seorang muslim, kerana dalam al-Quran Allah ada menyebut:

“Sesungguhnya solat itu akan mencegah kita daripada melakukan

perkara yang keji dan mungkar.” Dan kadang kala apabila kita

sibuk dengan urusan dunia, temujanji sana, temujanji sini dan

macam-macam lagi. Kalau dengan manusia kita janji pukul 2.30,

kita akan sampai 2.30 tetapi bagaimana pula janji kita dengan

Allah? Kadang-kadang janji kita dengan Allah kita buat alpa, kita

buat tidak kisah, tidak ambil berat. Sepatutnya sebagai usahawan,

janji dengan Allah kita perlu letakkan sebagai nombor satu. Yang

kedua, bila kita ada wang untung berniaga, kita mesti dan wajib

mengeluarkan zakat. Itu perlu diutamakan. Zakat ini kita perlu

keluarkan betul-betul, perlu kira betul-betul sebab itu bukan duit

kita. Itu merupakan hak orang miskin yang wajib kita keluarkan.

Ini perlu dikeluarkan oleh usahawan yang berjaya. Yang ketiga,

kita mesti banyakkan membantu orang lain dengan mengeluarkan

sedekah kerana kita perlu ingat bahawa duit itu amanah Allah, jadi

kita perlu memanjangkan rezeki yang telah Allah kurniakan untuk

kita.

Adakah ketelitian diperlukan dalam perniagaan?

Sangat penting. Kita perlu ambil berat sebab ketelitian sangat

penting. Justeru, pemantauan sangat penting sebab manusia ini

mempunyai banyak musuh: syaitan dan manusia itu sendiri.

Sekiranya kita tidak ada penelitian yang betul-betul, kita akan

dipermainkan oleh orang bawahan kita sendiri ataupun pekerja

kita. Justeru itu, penelitian itu sangat penting untuk menguruskan

perniagaan kita. Jangan kita seronok tengok duit banyak, duit

keluar masuk, yang akhirnya sepatutnya kita untung banyak tetapi

untung sedikit, ataupun yang paling teruk kita rugi dan akhirnya,

perniagaan kita akan gulung tikar.

Bagaimana pula dengan disiplin?

Disiplin pun sama juga penting kerana saya melihat kelemahan

orang kita, ramai yang tidak berjaya sebab mereka tidak

mementingkan disiplin. Mereka tidak menjaga waktu mereka dan

komitmen mereka. Sebenarnya kalau kita kaji apa yang Allah

anugerahkan kepada kita sebenarnya hebat sangat. Contohnya,

Allah menyuruh kita solat lima waktu. Solat lima waktu adalah

disiplin. Sebagai contoh, waktu Subuh kita adalah daripada pukul

Solat lima waktu

Bersedekah

Melakukan kerja

dengan teliti dan

berhati-hati

Menggunakan

masa sebaik

mungkin

Page 96: lampiran k traskrip temu bual usahawan berjaya usahawan pertama

425

5.30 pagi sampai pukul 7.00. Jadi, kita perlu solat dalam tempoh

masa yang telah ditentukan untuk kita. Kita tidak boleh solat

pukul 8.00. Masuk Zohor pukul 1 tengahari, kita tidak boleh solat

pukul 12.00 tengahari. Itupun disiplin. Dalam solat Jumaat pula,

kita perlu duduk dalam satu saf yang betul. Itupun disiplin. Dalam

solat pun sama, kita perlu tertib. Itu semua disiplin yang bukan

dalam solat sahaja tetapi kita mesti terapkan dalam kehidupan

kita, barulah kita boleh menjadi orang yang luar biasa. Kemudian,

Islam juga mengharamkan kita minum arak, berjudi. Sebenarnya,

inilah yang membuatkan kita jadi lebih hebat daripada orang lain.

Sebab orang lain minum, orang lain berjudi tetapi kita tidak.

Sebab itu, masa kita memang padu untuk melakukan yang terbaik,

sebab otak kita bagus, akal kita bagus dan badan kita pun sihat.

Perlukah seorang usahawan mempunyai sifat kepimpinan?

Kepimpinan ini pun satu perkara yang sangat penting. Kerana

pepatah Arab ada menyebut yang bermaksud kepimpinan kita

lebih berkesan daripada apa yang kita cakap. Orang akan tengok

kepada apa yang kita buat, dari segi penampilan kita, tutur kata

kita, arahan kita. Orang bawahan kita apabila mereka tengok

kepimpinan kita okay, ambil berat tentang kebajikan, ambil berat

tentang sakit demam, ambil berat tentang kesihatan, ambil berat

tentang keluarga, ambil berat tentang segala-galanya. Dia akan

sampai satu ketika dia akan sayang dan kasih kepada kita, tidak

tergamak hendak melakukan perkara yang tidak elok kepada kita.

Kalau ditakdirkan dia pencen ke, berhenti ke, dia akan tetap

kenang jasa kita. Ini yang dipanggil kepimpinan iaitu orang

bawah akan hormat kepada kita, bukan dia takut. Tetapi dia

hormat dan sayang kepada kita. Kalau orang bawahan kita takut

kepada kita, benda lain pula akan jadi. Sekiranya kita ada di

pejabat, dia akan buat kerja. Kalau kita tidak ada, dia akan curi

tulang. Selain itu, dalam hatinya, dia maki kita dan dia akan

menceritakan perkara yang tidak baik mengenai kita kepada orang

lain. Tetapi kalau kepimpinan kita okay, dia sayang kita, dia akan

buat kita macam keluarga dia sendiri. Percayalah, kita akan

berjaya dalam dunia perniagaan kita.

Mempunyai

hubungan rapat

dengan orang

bawahan.

AKHLAK USAHAWAN

Bagaimana akhlak sebagai seorang usahawan Muslim?

Untuk menjadi usahawan berjaya, kita perlu lakukan apa yang kita

cakap. Sebagai contoh, kalau kita suruh orang amanah, kita kena

amanah dulu. Kalau kita suruh orang berdisiplin, kita kena

berdisiplin dulu. Kalau kita suruh orang buat baik, kita pun perlu

baik dulu, buat baik kepada diri kita sendiri, keluarga kita, pekerja

kita dan juga pelanggan kita. Kita perlu melayan orang di

sekeliling kita sama kerana semua mereka ada perasaan dan juga

emosi yang wajib kita jaga. Itulah akhlak yang sangat penting.

Berbuat baik

kepada pelanggan

JIHAD PERNIAGAAN

Page 97: lampiran k traskrip temu bual usahawan berjaya usahawan pertama

426

Bolehkah Ustaz terangkan satu persatu mengenai jihad ini?

Jihad bermaksud usaha yang bersungguh-sungguh. Ia bermakna

kita tidak boleh main-main. Sementara waktu kita mempunyai

masa dan tenaga, kita perlu melakukan yang terbaik. Sebagai

contoh, kita perlu merancang masa kita baik-baik. Jangan biarkan

masa berlalu tanpa kita mempunyai rancangan dan matlamat.

Tahu-tahu saja, hari sudah malam. Kita tidak tahu pun apa yang

kita buat. Tetapi kalau kita mempunyai matlamat sebelum kita

tidur, kita perlu merancang dan pagi esok kita perlu lakukan.

Sebagai contoh, mesyuarat, pembentangan dan jumpa klien. Kita

senaraikan apa yang perlu kita buat. Maka itu dikatakan sebagai

jihad perniagaan iaitu dalam perniagaan, kita perlu bersungguh-

sungguh dan kita tidak boleh main-main.

Pertama ialah jihad melawan hawa nafsu. Apa pandangan

Ustaz mengenai perkara ini?

Usahawan memang tidak dapat dinafikan banyak terlibat dengan

wang ringgit. Jadi, apabila banyak wang, maka nafsu dan juga

syaitan akan datang menggoda. Kita suka membazir, membuang

masa, berhibur sebab kita ada segala-galanya. Orang lain tidak

mempunyai apa yang kita miliki. Kita ada rumah besar, kereta

besar, suami besar, isteri besar, anak besar dan perniagaan besar.

Semua itu adalah peluang untuk kita melakukan perkara yang

tidak baik. Kita sebagai usahawan Muslim perlu menjaga diri kita

supaya tidak dipengaruhi oleh hawa nafsu. Dalam hal ini, kita

perlu pastikan nafsu tunduk kepada kita, jangan kita tunduk

kepada nafsu. Contohnya, kalau makan jangan membazir, kalau

membeli pun jangan membazir. Walaupun kita mampu membeli

jam beratus-ratus ribu ringgit tetapi belilah sekadar yang kita

hendak gunakan sahaja. Janganlah sampai beli jam beratus-ratus

ribu ringgit, kita beli kasut Allahurabbi walaupun kita mampu.

Daripada kita berhabis duit membeli barangan mewah, lebih baik

kita tolong orang susah yang lebih memerlukan wang itu. Ini yang

Islam ajarkan kepada kita, biar kita bersederhana walaupun kita

berkemampuan. Kalau ikutkan nafsu, memang kita mahu beli

semua itu sebab kita memiliki wang. Jangan pedulikan orang lain,

apa mereka mahu katakan.

Bagaimana pula Ustaz berjihad dalam menuntut dan

memberi ilmu?

Dalam jihad mencari ilmu, walaupun kita sudah berjaya dan kita

memiliki banyak duit, namun mencari ilmu itu adalah penting.

Sebagaimana sabda Rasul SAW: “menuntut ilmu itu wajib ke atas

setiap umat Islam.” Dalam bidang perniagaan juga sama, kita

perlu sentiasa menuntut ilmu. Menuntut ilmu ini, bukan setakat

kita membaca, kita menyertai seminar, bengkel, kolokium dan

perkongsian pengalaman dengan orang yang lebih berjaya

daripada kita. Kita mesti mencari ilmu. Dalam waktu yang sama,

Tema ketelitian:

Merancang jadual

harian

Tema Disiplin:

membelanjakan

harta mengikut

keperluan

Menghadiri majlis

ilmu

Page 98: lampiran k traskrip temu bual usahawan berjaya usahawan pertama

427

kalau orang minta kita memberi sumbangan idea dan ilmu, jangan

kita lokek dan juga kedekut. Kita sebarkan ilmu dan pengalaman

yang ada pada kita untuk dimanfaatkan kepada orang lain. Kerana

lebih banyak kita memberi, lebih banyak kita dapat, sebagaimana

Sabda Rasul SAW: “Sebaik-baik manusia adalah manusia yang

banyak memberi khidmat dan faedah kepada orang lain”. Maka

jadilah orang yang terbaik.

Bagaimana pula jihad dalam mencari dan memberi harta

atau melaksanakan tanggungjawab sosial?

Apabila kita sudah menjadi usahawan, memang orang akan

nampak usahawan mempunyai kedai sendiri, stesen minyak

sendiri, pejabat sendiri. Jadi, perkara yang wajib kita lakukan

adalah mengeluarkan zakat. Zakat yang hendak kita keluarkan

mestilah ada hitam putih. Maksudnya kalau kita untung satu juta,

maka kita perlu keluarkan zakat RM25,000. Itu memang wajib,

tidak boleh ditangguh-tangguh.

Kemudian dalam perkara yang sunat ini, kalau ada orang minta

dengan kita, jangan kita hampakan harapan orang. Kadang-

kadang dia minta di luar kemampuan kita, kita perlu berikan

walaupun sedikit. Sebagai contoh, kalau dia minta dengan kita

RM1,000. Kalau kita tidak mampu, berilah RM100 atau RM50.

Apa yang penting untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya,

baru hendak berjaya ataupun yang telah berjaya, jangan kita

menghampakan harapan orang, berilah walaupun sedikit. Insya

Allah, Allah akan berikan lebih lagi kepada kita, sama ada kepada

orang perseorangan ataupun jabatan kerajaan, swasta, orang

miskin, anak yatim ataupun kepada rumah anak yatim, rumah

tumpangan dan sebagainya. Yang penting adalah kita perlu

memberi sumbangan dan sumbangan itu dianggap sedekah dan

banyak pahala yang kita akan dapat. Selain daripada pahala yang

kita dapat itu akan disimpan di hari akhirat tetapi apa yang lebih

penting adalah ketenangan. Ketenangan itu adalah sesuatu yang

tidak boleh dijual beli. Ketenangan itulah yang banyak orang lain

tidak dapat melainkan kalau dia memberikan sedekah secara

ikhlas.

Boleh Ustaz terangkan mengenai jihad di dalam menjalinkan

hubungan yang baik sesama manusia?

Sebenarnya, kalau kita lihat kepada sirah Nabi SAW, terutamanya

apabila Baginda berpindah daripada Mekah ke Madinah, Nabi

melakukan tiga perkara penting. Pertama; Nabi membina Masjid

untuk menyebarkan ilmu melalui masjid. Yang kedua, Nabi

mempersaudarakan ukhuwah di antara Muhajirin dan Ansar, Nabi

bekerjasama di antara penduduk mekah.Yang ketiga, Nabi

menyuruh sahabat menguasai ekonomi di Madinah, yang pada

Memberi kursus

dan seminar

kepada orang

awam dan pekerja

Sentiasa

menunaikan

kewajipan

membayar zakat

Melaksanakan

tanggungjawab

sosial

Memberi

sumbangan dari

aspek masa kepada

masyarakat

Page 99: lampiran k traskrip temu bual usahawan berjaya usahawan pertama

428

masa itu, ekonomi di Madinah dikuasai oleh orang-orang Yahudi.

Orang-orang Yahudi di Madinah menekan orang-orang Islam.

Sebagai contoh, orang-orang Yahudi mempunyai perigi dan air

daripada perigi itu dijual kepada orang-orang Islam. Apa yang

Rasulullah SAW buat, dia meminta para sahabat yang mempunyai

wang untuk membeli perigi tersebut dan kemudian memberi

minum kepada orang Islam tanpa mengenakan apa-apa bayaran.

Ini membuktikan Rasulullah SAW menjalinkan hubungan yang

baik terlebih dahulu dengan penduduk Madinah sebelum meminta

mereka menguasai ekonomi.

Kenapa Rasulullah SAW menyuruh umat Islam menguasai

ekonomi? Jawapannya ialah kerana ekonomi merupakan salah

satu perkara penting untuk menyebarkan agama Islam. Dan kalau

kita tidak menguasai ekonomi, orang boleh mempermainkan kita,

orang boleh memperkotak-katikkan kita. Melalui ekonomi juga,

orang boleh mempermainkan akidah kita, boleh merosakan

akidah kita. Sama juga ekonomi juga boleh membawa umat Islam

kepada perkara yang baik. Sebagai contoh, kalau kita mempunyai

wang kemudian ada orang mahu memberi rasuah kepada kita.

Adakah kita mahu terima? Pasti kita tidak mahu. Buat apa kita

ambil wang itu sebab kita pun mempunyai wang? Ini bermakna

wang juga merupakan salah satu cara untuk menyelamatkan

akidah kita, menyelamatkan agama kita. Sebab itulah Ustaz

melihat perniagaan ini merupakan satu perkara yang sangat perlu

dititikberatkan oleh orang Islam. Kerana dalam surah Jumaat,

Allah menyeru.” Selepas menunaikan solat Jumaat, bertebaranlah

kamu di Muka bumi Allah. Dan carilah rezeki.” Itulah perkara

yang kita perlu lakukan sebagai umat Islam.

Selain itu, di dalam berniaga, kita perlu menjadi seorang yang

proaktif. Sebagai contoh, dalam kegiatan sosial. Kita perlu ke

depan. Kita tidak boleh menunggu, kita perlu bertanyakan apa

yang masyarakat perlukan dan kita perlu cuba membantu.

Sebenarnya dalam perniagaan, kita tidak boleh berjaya seorang

diri. Kita perlu membina jalinan yang baik dengan orang lain.

Membina jalinan bermaksud kita perlu berkawan dengan semua

orang samada orang Islam atau bukan Islam. Kita perlu membina

silaturrahim. Apabila kita pernah berbuat baik pada orang, orang

akan ingat jasa kita. Jangan kita sombong seorang diri. Kita mesti

membina jalinan yang baik dengan orang lain walaupun orang itu

bukan dalam bidang kita.

Untuk membina ukuhuwah yang baik, kita perlu cuba

membahagiakan orang lain. Isteri tidak akan bahagia kalau suami

tidak bahagia, ibu bapa tidak akan bahagia kalau anak tidak

bahagia. Kita tidak bahagia kalau jiran kita tidak bahagia. Itu

Menjalinkan

hubungan yang

baik dengan

masyarakat

Page 100: lampiran k traskrip temu bual usahawan berjaya usahawan pertama

429

penting dan itu adalah kehidupan. Sebab itu, al-Quran ada

menyebut “Sesungguhnya kau Muhammad memberi rahmat ke

sekalian alam”. Rahmat itu bermaksud Islam membawa rahmat ke

dalam semua bidang. Jangan apabila kita kaya, kita tidak mahu

berkawan dengan orang lain. Pengalaman saya dalam memberi

motivasi kepada orang lain, sekiranya kita mahu berjaya, kita

perlu bekerjasama dengan orang lain. Kalau kita saling

membantu, masing-masing akan berjaya.

KEMANDIRIAN PERNIAGAAN

Adakah Ustaz pernah gagal dalam perniagaan?

Sebelum berjaya, memang ada kegagalan dan kegagalan itu

mengajar kita erti kematangan. Oleh itu untuk berjaya kita perlu

bersabar di dalam menghadapi ujian demi ujian. Kegagalan

bukanlah gagal tetapi ia merupakan proses kematangan untuk

mencapai kejayaan. Sebagai contoh, ada ketika kita lemah, kita

sakit, itu menunjukkan Allah sayang kita. Selain itu, kegagalan

memberi pengajaran kepada kita untuk kita menguasai kesakitan.

Orang yang berjaya bukanlah orang yang tidak pernah gagal.

Kebanyakan orang yang berjaya, mereka akan bertemu dengan

kegagalan dulu. Kegagalan itu proses kematangan, sebagaimana

kita tengok zaman Nabi juga. Nabi melalui proses kegagalan

ketika baginda menyebarkan dakwah, baginda dibaling batu dan

sebagainya tetapi perkara itu tidak mematahkan semangat baginda

untuk meneruskan dakwah. Apa Nabi kata pada waktu itu:

”Walaupun sekarang mereka tidak beriman kepada aku tetapi

anak mereka akan beriman kepada aku” yang akhirnya, misi

baginda Rasulullah SAW membuahkan hasil.

Adakah Ustaz pernah menghadapi tahap kemandirian dalam

perniagaan? Maksudnya perniagaan yang dijalankan tidak

berkembang dan bertahan?

Kebiasanya kalau kita berniaga, kita perlu muhasabah balik, di

mana silap kita. Mungkin kita mengalami saat ini sebab ilmu dan

kemahiran kita tidak cukup, kita tidak cukup jaringan, kita tidak

cukup modal dan dari aspek dalaman juga kita perlu semak,

hubungan kita dengan ibu bapa kita ok ke tidak? Kita ini kedekut

atau tidak? Tetapi kalau kita menjaga semua aspek itu, percayalah

perniagaan kita akan berkembang maju.

Adakah Ustaz pernah gagal daripada aspek pemasaran.?

Orang kita dari sudut pemasaran agak ke belakang berbanding

dengan masyarakat lain. Ini kerana pemasaran memerlukan wang

yang sangat banyak. Sebenarnya, pemasaran itu sangat penting.

Tadi Ustaz baru sahaja sudah bermesyuarat dengan SURIA FM.

Merekapun kata buat pemasaran dalam surat khabar. Tetapi kalau

kita jihad betul-betul, pemasaran kita habis dalam RM100,000,

kita akan melabur RM500,000. Slot pemasaran selama satu

Tema ketakwaan:

Sabar di dalam

menghadapi ujian

Page 101: lampiran k traskrip temu bual usahawan berjaya usahawan pertama

430

setengah jam dalam RM3500. Harian Metro hari Ahad, separuh,

hitam putih dalam RM7000 hingga RM8000. Tetapi kalau hendak

berniaga, perkara ini penting. Selain daripada media, kita jual

dalam FB. Yang penting, kita perlu tahu lokasi. Sebagai contoh,

bidang motivasi di sekitar Lembah Kelang ini okay. Kita perlu

melakukan kajian dahulu sebelum kita buat pemasaran. Itu

mengajar kita proses kematangan.

Adakah Ustaz pernah menstrukturkan semula perniagaan?

Itu perlu. Contoh kalau pekerja kurang bersemangat, kita kena

memotivasikan mereka. Kemudian kalau kerja yang dilakukan

sekarang tidak sesuai, kita perlu pindahkan mereka untuk

membuat kerja lain dan kalau dari aspek tugas kita perlu buat

semula.

Kebiasanya berapa lama Ustaz mengambil masa untuk

perniagaan matang?

Kalau ikut pengalaman Ustaz, selama tiga tahun, baru kita akan

nampak hasil yang jelas.

Adakah benteng dalaman diperlukan sebagai seorang

usahawan Muslim?

Apabila kita berhubung dengan manusia, mereka mempunyai

pelbagai ragam. Sebab itu, penting untuk kita belajar ilmu

pendinding diri. Memang ada orang jahat. Itu tidak dapat tidak,

kita mesti mempunyai benteng diri. Jangan kita anggap orang itu

baik macam kita. Kita perlu waspada, khususnya dalam dunia

perniagaan.

Membaiki

kelemahan

hubungan dengan

pekerja

CADANGAN DAN HARAPAN

Apakah cadangan Ustaz terhadap golongan mahasiswa?

Budaya kita daripada dahulu lagi, kita rasa selamat. Masyarakat

kita memandang tinggi kepada orang yang kerja makan gaji.

Kalau orang kerja sendiri, mereka pandang lekeh. Penyebab

kedua, orang yang tidak berminat dengan perniagaan sebab

mereka mahu glamor. Jadi pegawai di mana-mana itu kan

glamor? Yang ketiga, orang tidak mahu mengambil risiko.

Mereka mahu selalu duduk dalam zon keselesaan. Kalau boleh,

pada pandangan saya, orang yang memiliki kelulusan bidang

akademik Pengajian Islam ini, mereka perlu lebih berjaya dalam

perniagaan untuk menunjukkan model yang terbaik kepada

masyarakat Islam itu sendiri dan juga masyarakat lain.

Page 102: lampiran k traskrip temu bual usahawan berjaya usahawan pertama

431