tempat menarik di malaysia

4
TEMPAT MENARIK DI NEGERI SEMBILAN ISTANA LAMA SERI MENANTI Istana yang dirujuk lazimnya dalam konteks ini adalah sebuah binaan/bangunan lama yang masih utuh, lagi diperbuat daripada kayu yang menjadi kediaman rasmi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan sekitar tahun 1900-an. PANTAI TELUK KEMANG Ini ialah Pantai Teluk Kemang yang terletak di Port Dickson,Negeri Sembilan.Jaraknya cuma 10km ke selatan dari bandar Port Dickson. Kawasan perkelahan ini di panggil Port Dickson sahaja walaupun pantai ini terletak di sepanjang pantai Teluk Kemang TEMPAT MENARIK DI NEGERI PERAK PULAU PANGKOR Ini ialah Pulau Pangkor.Ianya terletak di negeri Perak Darul Ridzuan.Luasnya cuma lebih kurang 2200 hektar dan penduduknya berjumlah lebih kurang 25,000 orang.Pulau ini merupakan salah satu destinasi pelancongan yang boleh dikatakan utama di Malaysia.Pulau Pangkor ini juga merupakan sebuah pulau tropika yang menawan dan memiliki beberapa tempat tarikan pelancong yang menarik.Pulau pangkor ini juga boleh dijelajahi dengan berjalan kaki atau menggunakan kenderaan dan laut hangat di sekelilingnya sesuai untuk aktiviti laut seperti berenang,memancing,snorkling,berkayak dan sebagainya. MENARA CONDONG TELUK INTAN Salah satu dari tarikan utama pelancong ke Teluk Intan ialah Menara Condong Teluk Intan. Menara ini telah dibina oleh arkitek cina En. Leong Choon Cheong dan berfungsi sebagai tangki simpanan air untuk bekalan penduduk sekitar disamping berfungsi sebagai jam.

Upload: zarinahani

Post on 03-Dec-2015

237 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

-

TRANSCRIPT

Page 1: Tempat Menarik Di Malaysia

TEMPAT MENARIK DI NEGERI SEMBILANISTANA LAMA SERI MENANTI

Istana yang dirujuk lazimnya dalam konteks ini adalah sebuah binaan/bangunan lama yang masih utuh, lagi diperbuat daripada kayu yang menjadi kediaman rasmi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan sekitar tahun 1900-an.

PANTAI TELUK KEMANG Ini ialah Pantai Teluk Kemang yang terletak di Port Dickson,Negeri Sembilan.Jaraknya cuma 10km ke selatan dari bandar Port Dickson. Kawasan perkelahan ini di panggil Port Dickson sahaja walaupun pantai ini terletak di sepanjang pantai Teluk Kemang

TEMPAT MENARIK DI NEGERI PERAKPULAU PANGKOR

Ini ialah Pulau Pangkor.Ianya terletak di negeri Perak Darul Ridzuan.Luasnya cuma lebih kurang 2200 hektar dan penduduknya berjumlah lebih kurang 25,000 orang.Pulau ini merupakan salah satu destinasi pelancongan yang boleh dikatakan utama di Malaysia.Pulau Pangkor ini juga merupakan sebuah pulau tropika yang menawan dan memiliki beberapa tempat tarikan pelancong yang menarik.Pulau pangkor ini juga boleh dijelajahi dengan berjalan kaki atau menggunakan kenderaan dan laut hangat di sekelilingnya sesuai untuk aktiviti laut seperti berenang,memancing,snorkling,berkayak dan sebagainya.

MENARA CONDONG TELUK INTAN Salah satu dari tarikan utama pelancong ke Teluk Intan ialah Menara Condong Teluk Intan. Menara ini telah dibina oleh arkitek cina En. Leong Choon Cheong dan berfungsi sebagai tangki simpanan air untuk bekalan penduduk sekitar disamping berfungsi sebagai jam.

Taman Rekreasi Air Panas, Sungai Klah.. Sungkai, Kuala Kangsar

Taman Rekreasi Air Panas Sungai Klah dilindungi oleh ketenangan hutan subur menghijau, dikelilingi oleh bukit-bukau dan anak sungai yang jernih.Merupakan tempat

Page 2: Tempat Menarik Di Malaysia

menarik mempunyaikonsep unik yang direka khas bagi air mengalir dari mata air panas ke Kolam Renang dan Taman terapi di kaki Banjaran Titiwangsa berketinggian 200 kaki di atas paras laut sememangnya kejuruteraan yang kreatif untuk menarik pengunjung yang menghargai keajaiban semulajadi. Keluarga yang melawat taman itu boleh mencuba tempat mandi yang tersedia di sini bersama- sama keluarga. Satu lagi aktiviti terkenal yang harus dicuba ialah pengalaman merebus telur dalam air panas.

TEMPAT MENARIK DI PULAU PINANGBUKIT BENDERA

Bukit Bendera ini merupakan sebuah kawasan Parlimen di Pulau Pinang ini.Bukit Bendera ini berada pada ketinggian lebih kurang 830 meter di atas George Town dan mempunyai suhu yang sangat dingin.Bukan itu sahaja,ia juga mempunyai panorama yang mengasyikkan.Bukit ini juga digelar sebagai Bukit Strawberi (Strawberry Hill) kerana ia juga merupakan pengeluaran buah strawberi seperti di Cameron Highlands,Pahang

PANTAI BATU PERINGGI Batu Feringgi ini adalah sebuah kawasan peranginan yang terkenal dengan hotel yang besar,kedai pelancongan yang banyak,tempat peranginan,restoran dan juga penyewaan kereta dan motosikal bagi sesiapa yang tiada kenderaan untuk melancong Pulau Pinang ini.Tempat ini terletak tidak jauh dari pusat bandaraya George Town.Batu Feringgi ini terletak di sepanjang jalan pesisiran barat laut bandaraya George Town dan dipenuhi dengan hotel yang bertarafkan antarabangsa.Terdapat juga pantai di Batu Feringgi ini dan pantai di sini merupakan pantai yang terkenal dan sentiasa dipenuhi oleh pelancong di Pulau Pinang ini.

RUMAH P.RAMLEE Rumah P. Ramlee ini merupakan sebuah muzium yang terletak di Jalan P. Ramlee yang dahulunya dikenali sebagai Caunterhall Road.Rumah ini diperbuat daripada kayu bagi memperingati seniman tanahair yang terkenal iaitu P.Ramlee.Asal rumah ini dibina ialah pada tahun 1926 oleh ayahnya dan ayah saudaranya.Barangan yang dipamerkan di Rumah P. Ramlee ini ialah diari,kenangan peribadi yang berkaitan dengan kehidupannya di Pulau Pinang dan juga barangan kepunyaan keluarga beliau.

TEMPAT MENARIK DI MELAKAKOTA AFAMOSA

A' Famosa yang terletak di Bandar Hilir,Melaka yang bersebelahan dengan replika Istana Kesultanan Melaka . Kota A' Famosa ialah bermaksud 'yang termasyur' dalam bahasa Portugis.Pintu ini ialah pintu yang ditinggalkan oleh orang Portugis di Kota A' Famosa yang dipanggil Porta de Santiago

Page 3: Tempat Menarik Di Malaysia

(Pintu Santiago).Ia telah dibina oleh Portugis sejak Portugis berjaya menawan Melaka pada tahun 1511.A' Famosa ini merupakan seni bina Eropah yang tertua yang masih tinggal di Asia.

MENARA TAMING SARI Menara Taming Sari.Menara ini terletak di Bandar Hilir,Melaka yang bersebelahan dengan Dataran Pahlawan.Menara ini merupakan menara pandang setinggi 110 meter dan juga dapat berputar 360 darjah bagi para pelawat melihat panorama Bandar Melaka.Menara ini merupakan menara berputar GYRO yang pertama di Malaysia.Kos untuk membina bangunan ini lebih kurang RM24 juta.Rekaan bentuk menara ini adalah berdasarkan Keris Taming Sari.

Sungai Melaka- River Cruise Sungai Melaka merupakan sungai yang terpenting semasa kerajaan Kesultanan Melayu Melaka dari tahun 1402-1511.Sungai ini juga memberi perkhidmatan menaiki bot sepajang sungai ini & dinamakan perkhidmatan tersebut sebagai River Cruise.Sungai ini mempunyai nilai sejarah yang tersendiri kerana di kiri kanan sungai ini merupakan kawasan perbandaran,petempatan,perkuburan,perniagaan, perkapalan,pelabuhan dan lain-lain sejak ratusan tahun yang lalu.

ZOO MELAKA Zoo Melaka ialah sebuah taman yang luasnya lebih kurang 54 ekar.Boleh dikatakan haiwan yang berada di dalam zoo ini lebih daripada 1200 daripada 215 spesies haiwan.Zoo ini merupakan zoo yang kedua terbesar di Malaysia selain daripada Zoo Negara Malaysia (Zoo Negara).

.