kunjungan hormat dengan menteri kebudayaan, kesenian dan … · pada esoknya kira-kira jam...

12
Berita PPM. Julai/Ogos/Sept 2005 .1 Berita PPM keluaran ini ditaja oleh Ovid Technologies Inc. Julai/Ogos/Sept 2005 lihat muka 3 S ekali lagi PPM telah berjaya menganjurkan pakej untuk ahli- ahli PPM menghadiri IFLA. Sejak beberapa tahun yang lepas IFLA telah dikenali sebagai World Library and Information Congress: IFLA General Conference and Council. Persidangan tahunan kali ke-71 ini telah diadakan di Oslo, Norway pada 14-18 Ogos, 2005. Pakej ini pula adalah selama sepuluh hari dengan singgah selama dua hari satu malam di Helsinki, Finland dalam perjalanan pulang. Peserta kali ini adalah terdiri daripada pustakawan dari pelbagai jenis perpustakaan dan terdapat juga dua 19 Menyertai Pakej PPM ke IFLA 71 di Oslo Oleh Hasbullah Atan Dihadapan Hotel Grand Marina, Helsinki peserta bukan pustakawan dari Kementerian Pendidikan Malaysia. Turut hadir adalah Yang DiPertua PPM Puan Putri Saniah Megat Abdul Rahman dan juga Mantan Yang DiPertua, YBhg Dato Zawiyah Baba. Bandaraya Oslo Rombongan telah berlepas dari KLIA pada 12 Ogos melalui Singapore/ Bangkok/Helsinki dan tiba di Oslo pada esoknya kira-kira jam 8.30pagi. Satu lawatan ke tempat-tempat menarik di sekitar Oslo telah dilakukan dan antaranya ialah Holmenkollen Ski Jump dimana sukan olimpik musim sejuk biasa diadakan. Peserta dibawa melawat Viking Ship Museum serta Vigeland Park yang begitu unik dengan ukiran patung-patung dan dibawa melawat sekitar bandaraya Oslo. P uan Putri Saniah Megat Abdul Rahman, selaku YDP PPM, telah mengadakan kunjungan hormat dengan YB Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim, Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, pada 8 Ogos 2005. Kunjungan ini turut disertai oleh YBhg Dato’ Zawiyah Baba dan Puan Maimunah Kadir. PNM pula diwakili oleh Puan Zainab Ibrahim. Pelbagai perkara telah dibincangkan dalam kunjungan ini termasuklah pembidaan untuk IFLA 2009/2010, Sekretariat CONSAL, Misi Iqra PPM ke Aceh serta kerjasama di antara PNM dan PPM. Berita PPM merakamkan ucapan terima kasih diatas kesudian YB Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim menerima kunjungan wakil PPM serta pemberian cenderahati. Kunjungan Hormat Dengan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Kunjungan Hormat Dengan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan 1 19 Menyertai Pakej PPM ke IFLA 71 di Oslo 1 Aktiviti PPM / Berita Semasa Siri Ceramah Ikhtisas Pembangunan Profesional Bil. 4 2 Bengkel Kemahiran Maklumat 2005 4 Jawatankuasa Tetap dan Kumpulan dalam PPM 5 Misi Iqra’ PPM Malaysia ke Aceh Pasca-Tsunami 6 Laporan Mesyuarat Agung PPM (Kumpulan Selatan 2005 ) 8 Pakej PPM ke Singapore 9 Ahli Baru PPM 9 Aktiviti PPM Oktober - Disember 9 Maklumat Penaja Ovid Technologies Inc. 10 Berita Perlantikan/Persaraan Perlantikan 11 Persaraan 11 Bersama YB Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan

Upload: vodiep

Post on 09-May-2019

246 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kunjungan Hormat Dengan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan … · pada esoknya kira-kira jam 8.30pagi. Satu lawatan ke tempat-tempat menarik di sekitar Oslo telah dilakukan dan antaranya

Berita PPM. Julai/Ogos/Sept 2005 .1

� � � � � � � � �

Berita PPM keluaran ini ditaja oleh Ovid Technologies Inc.

Julai/Ogos/Sept 2005

lihat muka 3

S ekali lagi PPM telah berjaya menganjurkan pakej untuk ahli-

ahli PPM menghadiri IFLA. Sejakbeberapa tahun yang lepas IFLA telahdikenali sebagai World Library andInformation Congress: IFLA GeneralConference and Council. Persidangantahunan kali ke-71 ini telah diadakan diOslo, Norway pada 14-18 Ogos, 2005.Pakej ini pula adalah selama sepuluh haridengan singgah selama dua hari satumalam di Helsinki, Finland dalamperjalanan pulang.

Peserta kali ini adalah terdiri daripadapustakawan dari pelbagai jenisperpustakaan dan terdapat juga dua

19 Menyertai Pakej PPM ke IFLA 71 di OsloOleh Hasbullah Atan

Dihadapan Hotel Grand Marina, Helsinki

peserta bukan pustakawan dariKementerian Pendidikan Malaysia.Turut hadir adalah Yang DiPertuaPPM Puan Putri Saniah Megat AbdulRahman dan juga Mantan YangDiPertua, YBhg Dato Zawiyah Baba.

Bandaraya OsloRombongan telah berlepas dari KLIApada 12 Ogos melalui Singapore/Bangkok/Helsinki dan tiba di Oslopada esoknya kira-kira jam 8.30pagi.Satu lawatan ke tempat-tempatmenarik di sekitar Oslo telah dilakukandan antaranya ialah Holmenkollen SkiJump dimana sukan olimpik musimsejuk biasa diadakan. Peserta dibawa

melawat Viking Ship Museum sertaVigeland Park yang begitu unik denganukiran patung-patung dan dibawa melawatsekitar bandaraya Oslo.

Puan Putri Saniah Megat Abdul Rahman, selaku YDP PPM, telah mengadakan kunjungan hormat dengan YB Datuk Seri Utama Dr

Rais Yatim, Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, pada 8 Ogos2005. Kunjungan ini turut disertai oleh YBhg Dato’ Zawiyah Baba danPuan Maimunah Kadir. PNM pula diwakili oleh Puan Zainab Ibrahim.Pelbagai perkara telah dibincangkan dalam kunjungan ini termasuklahpembidaan untuk IFLA 2009/2010, Sekretariat CONSAL, Misi Iqra PPMke Aceh serta kerjasama di antara PNM dan PPM. Berita PPMmerakamkan ucapan terima kasih diatas kesudian YB Datuk Seri UtamaDr Rais Yatim menerima kunjungan wakil PPM serta pemberiancenderahati.

Kunjungan HormatDengan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan

Kunjungan Hormat Dengan MenteriKebudayaan, Kesenian dan Warisan 119 Menyertai Pakej PPM ke IFLA 71 di Oslo 1

Aktiviti PPM / Berita SemasaSiri Ceramah Ikhtisas Pembangunan ProfesionalBil. 4 2Bengkel Kemahiran Maklumat 2005 4Jawatankuasa Tetap dan Kumpulandalam PPM 5Misi Iqra’ PPM Malaysia ke AcehPasca-Tsunami 6Laporan Mesyuarat Agung PPM (KumpulanSelatan 2005 ) 8Pakej PPM ke Singapore 9Ahli Baru PPM 9Aktiviti PPM Oktober - Disember 9

Maklumat PenajaOvid Technologies Inc. 10

Berita Perlantikan/PersaraanPerlantikan 11Persaraan 11

Bersama YB Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan

Page 2: Kunjungan Hormat Dengan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan … · pada esoknya kira-kira jam 8.30pagi. Satu lawatan ke tempat-tempat menarik di sekitar Oslo telah dilakukan dan antaranya

Berita PPM. Julai/Ogos/Sept 2005 .2

Aktiviti PPM

PPM Council Members 2005 -2007

PresidentPutri Saniah Megat Abdul Rahman

Vice President 1Mohd Sharif Mohd Saad

Vice President IISiti Zakiah Aman

Immediate Past PresidentDato’ Zawiyah Baba

Honorary SecretaryMaimunah Kadir

Honorary Assistant SecretaryAzlan Mohamad Hamzah

Honorary TreasurerChin Loy Jyoon

Council MembersNafisah Ahmad

Che Norma BahriHasbullah Atan

Nor Edzan Che NasirRaslin Abu Bakar

Norma Mohd DarusHasnita Ibrahim

������ ���������

������ ���

����� ���������

Nor Edzan Che Nasir������ ���������

Azmah IshakAzlan Mohamad Hamzah

Hasbullah AtanHazmir Hj ZainalMaimunah Kadir

Norbaizura Hj Malek������/������

Rusiah Husin

Berita PPM mengalu-alukansumbangan berita dari ahli,

salurkan artikel keProf Madya Nor Edzan Che Nasir :

[email protected]

Siri Ceramah Ikhtisas :Pembangunan Profesionalisme Bil. 4

olehProf Madya Syed Salim Agha,

Ketua Pustakawan Universiti Islam Antarabangsa.

P ersatuan Pustakawan Malaysia dengan KerjasamaPerpustakaan Negara Malaysia dan Universiti Kebangsaan

Malaysia telah menganjurkan siri ceramah ikhtisas oleh MantanPresiden PPM bilangan 4 / 2005 pada 22 Ogos 2005 bertempat diDewan Kuliah 1, Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor TuankuJaafar, Hospital UKM, Cheras, Kuala Lumpur.

Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Prof Madya Syed SalimAgha, Ketua Pustakawan Universiti Islam Antarabangsa. Tajukceramah yang disampaikan ialah ‘Management with a difference :Integrating Islamic Values in Management Process’.

Perkara yang dikupas dalam ceramah berkenaan adalah :1. Introduction2. Islamic world view and basic concepts3. Collectiveness and organizational culture4. Planning5. Organizing6. Leading7. Competition8. Other Islamic Values

Topik yang dibicarakan dalam sesi tersebut amat menarik kerana iamembincangkan aspek pengurusan dari perspektif nilai-nilai murniIslam yang boleh dipraktikkan dalam pengurusan perpustakaan diMalaysia.

Page 3: Kunjungan Hormat Dengan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan … · pada esoknya kira-kira jam 8.30pagi. Satu lawatan ke tempat-tempat menarik di sekitar Oslo telah dilakukan dan antaranya

Berita PPM. Julai/Ogos/Sept 2005 .3

dari muka 1

Peserta bergambar di hadapan Vigeland Park, Oslo

Pakej PPM ke IFLA 71 di Oslo

Selepas mendaftar di hotel, peserta dibawa ke OsloSpektrum untuk pendaftaran persidangan. Hotel FirstMillenium dipilih sebagai tempat penginapan untukmemastikan keselesaan peserta dan ianya terletakhanya 10 minit berjalan kaki ke tempat persidangandan 2 minit ke Johans Street, pusat membeli-belahterulung di Oslo.

Aduhai Oslo… Mahalnya!Sesuatu yang pasti terasa adalah taraf hidup wargaOslo yang merupakan kota termahal di Eropah danyang kedua termahal di dunia selepas Tokyo. Sebagaibandingan harga satu kebab dan coke untuk makantengahari mencecah hampir RM100. Bayangkankebab dan coke yang sama di sebelah Pasar SeniKuala Lumpur berharga RM7.50. Seluar jeans yangberharga RM120.00 di Kuala Lumpur dijual denganharga KR799 iaitu kira-kira RM600. Tetapi itu tidakmenghalang peserta untuk terus membeli-belah,terutamanya golongan PPPB atau singkatan untukPersatuan Pustakawan Perempuan Bersara, satupersatuan tidak resmi.

Upacara PerasmianPembukaan persidangan yang diadakan di OsloSpektrum pada 14 Ogos 2005, telah diserikan dengankehadiran baginda Raja Norway. Meskipun bagindatidak mempunyai apa-apa peranan dalam upacarapembukaan ini, tetapi kehadiran baginda telahsekurang-kurangnya menambahkan kemeriahanmajlis pembukaan tersebut.

Persidangan berlangsung sehingga 18 Ogos 2005dibeberapa lokasi yang telah ditetapkan dandisepanjang persidangan berlangsung, peserta-peserta PPM hanya sempat bertemu diwaktu minumpagi di hotel. Masing-masing sibuk mengikuti sesi-sesi yang berkaitan dengan minat mereka.

Beberapa majlis resepsi telah diadakan oleh penganjuratau penerbit. Apa yang pasti walau bagimana gahsekalipun resepsi tersebut, peserta dari Malaysiahanya mampu menikmati juadah yang terhad.Keperluan makanan orang-orang Muslim nyata tidakdiperdulikan. Walau bagaimanapun sebagai pengubatrindu, seorang pembekal yang menyertai pakej initelah bermurah hati untuk mengundang semuapeserta pakej menikmati makan malam di sebuahrestoran Lubnan. Makanan Arab yang begitumenyelerakan itu telah disulami pula dengan satupersembahan tarian yang menarik. Pihak penganjur

ingin mengambil kesempatan disini untukmengucapkan ribuan terima kasih kepada EncikSimon Tay kerana telah bermurah hati untukmenaja majlis makan malam tersebut.

Persidangan berakhir pada 18 Ogos 2005 danpeserta pakej telah berlepas untuk ke Helsinki padaesoknya. Sesampainya di Helsinki peserta telahdibawa terus ke Hotel Grand Marina yang terletakditengah-tengah bandaraya Helsinki berhampirandengan pelabuhan dan Market Place.

HelsinkiOleh kerana hari itu adalah hari Sabtu dan hujungminggu, penganjur telah tidak dapat persetujuanuntuk melakukan lawatan ke perpustakaan terlebihawal. Walau bagaimanapun dengan persetujuanpemandu pelancung, satu lawatan ke PerpustakaanUniversity of Helsinki yang juga merupakanPerpustakaan Negara Finland, telah dilakukan.Peserta juga dibawa untuk melawat beberapalokasi menarik di sekitar bandaraya Helsinkisebelum berlepas pulang ke Malaysia pada sebelahmalamnya.

Kita berjumpa lagi di WLIC : 72nd IFLA di SeoulKorea Selatan pada bulan Ogos 2006!

Aktiviti PPM

Page 4: Kunjungan Hormat Dengan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan … · pada esoknya kira-kira jam 8.30pagi. Satu lawatan ke tempat-tempat menarik di sekitar Oslo telah dilakukan dan antaranya

Berita PPM. Julai/Ogos/Sept 2005 .4

Bengkel Kemahiran Maklumat 2005 telahberjaya diadakan pada 27 Julai hingga

30 Julai 2005 bertempat di Universiti MalaysiaSabah (UMS). Bengkel ini adalah anjuran bersamaPersatuan Pustakawan Malaysia (PPM),Perpustakaan UKM dan Universiti MalaysiaSabah bersempena dengan Kempen BulanMembaca Julai 2005. Ini adalah merupakan kaliyang keempat PPM mengadakan aktiviti di luarKuala Lumpur iaitu setelah menjelajah ke NegeriPerlis, Negeri Terengganu, Pulau Pinang dan kinike negeri Sabah pula dipilih sebagai tuan rumahbagi bengkel kali ini.

Bengkel ini bertujuan untuk memberi kesedaranmengenai manfaat kemahiran maklumat kepadamasyarakat setempat dan memberi pendedahankepada mereka mengenai strategi pencarianmaklumat yang bersistematik. Di samping itu jugabengkel ini membimbing peserta mengenai teknikpencarian maklumat dengan menggunakan ICTserta melatih peserta dalam kemahiran asasmembina laman web dan portal. Bengkel ini jugadiharap dapat membantu memupuk budayapembelajaran sepanjang hayat dan dapatmembimbing peserta supaya dapatmengembangkan ilmu yang diperolehi kepadaorganisasi masing-masing

Seramai 30 orang peserta telah mengikuti bengkelini yang terdiri daripada pustakawan, guru-gurusekolah, kakitangan jabatan kerajaan dan pegawaisistem maklumat di sekitar Sabah serta pembantuperpustakaan, pegawai dan kakitangan dari UMSsendiri. Sepanjang berlangsungnya bengkel ini,beberapa sesi promosi produk berkaitan oleh

pembekal-pembekal turut diadakan di samping kuizdengan menyediakan hadiah yang menarik. Selaindaripada sesi kuliah dan amali, bengkel ini turutmengadakan pertandingan membina laman webberdasarkan kemahiran dan pengetahuan yang diperolehisepanjang bengkel.

Upacara penutup bengkel ini telah diadakan pada 30Julai 2003 oleh Timbalan Naib Canselor Akademik danPerhubungan Antarabangsa UMS, Profesor Zahedi Daudyang turut dihadiri oleh Puan Putri Saniah Megat AbdRahman, Yang DiPertua, Persatuan PustakawanMalaysia yang telah menyampaikan sijil kepada pesertabengkel. Rata-rata peserta berpuas hati dengan bengkelyang diadakan dan berharap bengkel ini dapat diteruskanlagi bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiranmaklumat masyarakat.

BENGKEL KEMAHIRAN MAKLUMAT 200528-30 JULAI 2005

Negeri di Bawah Bayu - Sabah

Aktiviti PPM

Page 5: Kunjungan Hormat Dengan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan … · pada esoknya kira-kira jam 8.30pagi. Satu lawatan ke tempat-tempat menarik di sekitar Oslo telah dilakukan dan antaranya

Berita PPM. Julai/Ogos/Sept 2005 .5

Jawatankuasa Tetap & Kumpulan dalam PPM

PPM mempunyai pelbagai jawatankuasa tetap, jawatankuasa kumpulan serta kumpulan yang boleh disertaioleh ahli PPM. Sila hubungi pengerusi bagi jawatankuasa atau kumpulan berkenaan jika mana-mana ahliberminat untuk menyertai aktiviti mereka.

JAW ATANKUASA TETAP & KUM PULAN PENGERUSI

Jawatankuasa Tetap Perpustakaan Akademik Puan Che Norma Bahri [email protected]

Jawatankuasa Tetap Perpustakaan Awam Puan Norma Mohd Darus [email protected]

Jawatankuasa Tetap Perpustakaan Khusus Puan Hasnita Ibrahim [email protected]

Jawatankuasa Tetap Perkhidmatan Perpustakaan Kepada Golongan Khas

Puan Habsah Abd Rahman [email protected]

Jawatankuasa Tetap Pendidikan Sains Maklumat Encik Raslin Abu Bakar [email protected]

Jawatankuasa Tetap Teknologi Maklumat Cik Nafisah Ahmad [email protected]

Jawatankuasa Tetap Penerbitan BERITA PPM Prof Madya Nor Edzan Che Nasir [email protected]

Jawatankuasa Tetap Penerbitan JURNAL PPM Cik Rosna Taib rosnataib@ yahoo.com

Jawatankuasa Kumpulan Perpustakaan Perubatan Puan Maimunah Kadir [email protected]

Jawatankuasa Kumpulan Perpustakaan Undang-Undang

Puan Shahrozat Ibrahim

Jawatankuasa Kumpulan Perpustakaan Islam Cik Balqis Sujak [email protected]

Kumpulan Sabah Puan Zahra Yaacob zyaacob@ ysnet.org.m y

Kumpulan Sarawak Puan Margaret Simeng mag@ cais.unimas.my

Kumpulan Selatan Puan Noraziah Sharuddin [email protected]

Kumpulan Timur Cik Aishah Haji Mohd Nasir [email protected] y

Berita Semasa

Page 6: Kunjungan Hormat Dengan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan … · pada esoknya kira-kira jam 8.30pagi. Satu lawatan ke tempat-tempat menarik di sekitar Oslo telah dilakukan dan antaranya

Berita PPM. Julai/Ogos/Sept 2005 .6

Misi Iqra’ PPM Malaysia ke Aceh Pasca-Tsunami

Oleh Hasbullah Atan

�erikutan dengan laporan tentang keadaan perkhidmatanperpustakaan di Aceh pasca-tsunami serta permohonan bantuanyang diterima dari Ikatan Pustakawan Indonesia (IPI), PPMmerasa terpanggil untuk melakukan sesuatu untuk membantuusaha-usaha memulihkan perkhidmatan perpustakaan di Aceh.Hasrat ini telah direstui oleh ahli PPM melalui satu resolusiyang telah diluluskan di Mesyuarat Agong Tahunan PPM pada9 April 2005 yang lalu. Resolusi tersebut telah meluluskanpenghantaran satu misi untuk membuat tinjauan awal danmendapatkan maklumat bagi tujuan di atas. Sehubungan ituseramai tiga ahli PPM bersama dengan seorang jurugambardari Pesona Pictures Sdn Bhd telah berlepas ke Acheh pada 2-5 Ogos 2005 untuk menyempurnakan misi tersebut.Misi ini telah dinamakan Misi Iqra’ dimana Iqra’ ialah perkataanArab bagi baca, perkataan pertama yang diwahyukan melaluiAlQuran. Iqra’ dengan tepat melambangkan tujuan misi iaituuntuk membantu memulihkan kegiatan membaca dan kegiatanbelajar di sana. Tujuan misi ialah untuk:

• menjalinkan hubungan dengan perpustakaan danagensi berkaitan di Aceh.

• meninjau pembinaan serta pembangunan semulaperkhidmatan perpustakaan dan maklumat berikutantsunami yang melanda pada 26 Disember 2004.

• mengenalpasti jenis dan bentuk bantuan segera yangdiperlukan serta cara yang berkesan untukmenyampaikannya.

• menyampaikan laporan misi kepada Majlis PPM

Ahli Misi• Dato’ Zawiyah Baba ( Ketua Misi) - Mantan Presiden

dan Pengerusi J/K Bantuan Luar PPM• Sdr. Hasbullah Atan (Ko-ordinator) - Ahli Majlis PPM• Puan Rohani Rustam (Perhubungan) - Ahli Se-umur

Hidup dan Mantan Presiden PPM• Sdr. Abdul Hamid bin Abdul Rahman - Juru Kamera/

Juru Foto ( Ikhsan Pesona Pictures Sdn Bhd. )

Program Lawatan dan PeruntukanDengan maklumat yang telah dikumpulkan serta hubungan yangtelah terjalin, misi ini telah menyediakan jadual sementaralawatan empat hari. . Rakan-rakan di Aceh pula telah berjanjiuntuk membantu menyediakan kenderaan bagi lawatan semasadi Banda Aceh. Walau pun Majlis PPM menyokong dan merestuimisi ini, namun, PPM hanyalah sebuah organisasi profesionaldan bukan komersial dengan sumber kewangan dari yuran ahlidan kegiatan menambah tabung kewangan. Justeru itu, penajauntuk misi Iqra’ amat diperlukan untuk membiayai kos misi ini

PenajaPPM amat bernasib baik kerana kebanyakan dari kos misi initelah dibiayai oleh Persona Pictures Sdn. Bhd dan disokongoleh Yuha Associates, kontraktor pembekal buku. PersonaPictures juga telah menyediakan khidmat jurufoto/jurukameraserta peralatannya untuk membuat rakaman sepanjang

lawatan. Disamping itu :• Syarikat IT Alam Teknokrat Sdn Bhd (SKALI) telah

menyumbang sebuah komputer notebook Compaqyang baru untuk dihadiahkan kepadaPerkhidmatan Perpustakaan Provinsi NanggroeAceh Darussalam (NAD).

• Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia telahmemberi 8 buah kamus Inggeris-Melayu danbeberapa buku cerita kanak-kanak untukdihadiahkan kepada perpustakaan di Aceh.

• Syarikat pengiklanan Friends Worldwide, telahmenyumbang 100 helai kemeja-t yang direka khasuntuk kanak-kanak di Aceh.

• Syarikat IntraBakti Sdn Bhd pula telahmendermakan 1000 buku tulis untuk dihadiahkankepada kanak-kanak di sana.

• Seorang lagi dermawan yang tidak mahu dikenalitelah menyumbang 30 helai kemeja-t untuksukarelawan projek literasi Phi Beta LearningCentre.

Walau pun kesemua kotak yang dipenuhi sumbangan itumelebihi berat bagasi yang dibenarkan bagi kumpulan misi,namun atas dasar kemanusiaan Sistem PenerbanganMalaysia (MAS) telah membenarkan jumlah yang lebih itudibawa tanpa dikenakan bayaran.

MedanPeserta Misi telah singgah di Medan pada 2 Ogos 2005untuk bertemu Konsul General Malaysia di sana sambil

lihat muka 7

Membakar semangat*. Peserta Misi Iqra’ PPMbersama-sama sukarelawan di hadapan pejabat Phi-Beta Learning Centre

Dato’ Zawiyah menyampaikan Kamus Dewan kepadaCik Fauziah Usman, Pustakawan di PerpustakaanKompleks Masjid Raya Baiturahman, Banda Aceh

Aktiviti PPM

Page 7: Kunjungan Hormat Dengan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan … · pada esoknya kira-kira jam 8.30pagi. Satu lawatan ke tempat-tempat menarik di sekitar Oslo telah dilakukan dan antaranya

Berita PPM. Julai/Ogos/Sept 2005 .7

mendengar taklimat tentang perkembangan terkini keadaanpolitik, sosial dan ekonomi di Aceh. Disamping itu peserta jugatelah sempat melawat Toko Buku Gramedia di Medan untukmelihat jenis buku yang boleh diperolehi dari toko buku terbesardi Medan itu.

Setibanya di AcehPeserta Misi tiba di Banda Aceh pada pagi 3 Ogos 2005 denganpenerbangan Garuda. Berlaku sedikit salah faham tentang beratbagasi yang ada, tetapi ianya dapat diselesaikan apabila pihakGaruda mengenakan bayaran rendah bagi bagasi tersebut.Setibanya di Banda Aceh, peserta di bawa ke Hotel Sulthan,satu-satunya hotel 3 bintang yang beroperasi di tengah kota.Hotel tersebut sering digunakan oleh agensi pembangunan danbantuan antarabangsa dan selalunya penuh. Tidakmenghairankan apabila tiba waktu sarapan pagi, kelihatanpelbagai bangsa yang bertumpu di Banda Aceh.

Keadaan Perpustakaan di Aceh

Melalui beberapa laporan yang diterima sebelum ini sertapencarian yang dibuat laman-laman Web, kumpulan inimempunyai gambaran yang samar-samar tentang keadaanperpustakaan di Aceh pasca tsunami. Tetapi, maklumat tersebuttelah dapat membantu peserta dalam merangka program misi iniuntuk memastikan ianya betul-betul dapat dimanfaatkan.

Lawatan dan WawancaraPeserta Misi mempunyai jadual lawatan dan wawancara yangpadat dari 3-4 Ogos 2005 di Aceh. Kami telah mendapat kerjasamayang baik untuk mengadakan wawancara sungguhpunkeadaannya tidak selalunya selesa. Wawancara dirakam sewaktulawatan ke beberapa perpustakaan dan pusat projek literasidengan mereka yang berikut di Banda Aceh dan Aceh besar :

• Drs Kamaruddin H.Husein - Ketua, PerkhidmatanPerpustakaan Provinsi, Nanggroe Aceh Darussalam

• Ibu Yusnidar - Pustakawan Kanan, PerkhidmatanPerpustakaan Provinsi, NAD

• Drs. Fauzi Mahmud - Wakil, Ikatan PustakawanIndonesia (IPI), Cabang Aceh

• Sdr. Saiful Mahdi - Koordinator Program, PembangunanDana Wanita Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(UNIFEM), Kantor Projek di Aceh

• Cik Fauziah Usman, Pustakawan, PerpustakaanKompleks Masjid Raya Baiturrahman, Banda Aceh

• Sdr Edy Sopyan, Koordinator, Yayasan Anak BangsaAceh, Daerah Pendampingan Lambrado, Aceh Besar,NAD

• Cik Cut Intan Mutia, Koordinator, Forum LingkaranPena

Permohonan BantuanDalam wawancara dengan Drs Kamaruddin H. Husein, Ketuabaru BPD yang dilantik oleh Gubner pada Mac 2005 dan IbuYusnidar, perancangan pembangunan perpustakaan bagibeberapa tahun akan datang serta bantuan pelaksanaan yangdiperlukan adalah seperti berikut:

a. Buku untuk koleksi perpustakaan amat diperlukanbagi menggantikan buku yang telah musnah olehtsunami. Hampir kesemua buku yang terletak ditingkat bawah telah musnah, kecuali buku yangditerima melalui Akta Penyerahan yang terletakdi tingkat satu. Buku bahasa Indonesia danInggeris diperlukan.

b. Bahan sejarah tentang Aceh perlu dikesan untukmembina semula dokumentasi sejarahnya.

c. Kenderaan bagi perpustakaan bergerak sangatdiperlukan untuk perkhidmatan perpustakaanluar bandar di Aceh. Dua buah perpustakaanbergerak yang baru sumbangan PerpustakaanNasional Indonesia musnah waktu tsunami.Anggaran kos kenderaan sebelum diubahsuaimenjadi perpustakaan bergerak ialah RM100,000.-150,000. Jika dipasang alat hawa dingin kosnyaboleh menjadi RM200,000.00.

d. Perabot - Tsunami telah memusnahkan seluruhtingkat satu perpustakaan, termasuk buku, rak dan perabot.Pada masa ini hanya perabot asas yang tidak menepatipiawai perabot perpustakaan disediakan. e. Pembangunan sumber manusia dan pembinaankeupayaan merupakan aspek penting dalam prosespembinaan semula. Tenaga pekerja perkhidmatanPerpustakaan Provinsi Aceh semakin kecil apabila sejumlah23 daripada 77 orang pekerjanya hilang sewaktu tsunami,termasuk Ketua Perkhidmatan dan tenaga profesionalnya.Tenaga kerja baru perlu dilantik dan diberi latihan f. Sistem perpustakaan bersepadu serta kemudahantelekomunikasi perpustakaan turut musnah akibat tsunami.Semua komputer serta pelayan yang terletak di tingkatsatu sungguhpun terselamat dari tsunami habis dicuri.Rangkaian setempat perlu dibina semula, sistemperpustakaan sepadu diwujudkan dan perkhidmatanperpustakaan digital dibangunkan semula. Perpustakaantelah menggunakan sistem WINISIS, perisian yangdiperolehi dari Unesco, dan telah digunakan untuk modulkatalog dan sirkulasi. Buat masa kini, perpustakaan tidakmempunyai talian tetap kerana kemudahan telekomunikasibagi seluruh Banda Aceh masih belum diperbaiki.Perpustakaan tidak mempunyai kemudahan faks, telefonatau Internet. Banyak yang perlu dilakukan untukmembawa perpustakaan tersebut ke abad 21 dari aspekkemudahan komunikasinya.

dari muka 6

lihat muka 12

Aktiviti PPM

Dato’ Zawiyah menyampaikan sebuah komputer riba kepada Drs Kamaruddin H. Hussein, Kepala,Badan Perpustakaan Daerah, Negara Aceh Darussalam

Page 8: Kunjungan Hormat Dengan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan … · pada esoknya kira-kira jam 8.30pagi. Satu lawatan ke tempat-tempat menarik di sekitar Oslo telah dilakukan dan antaranya

Berita PPM. Julai/Ogos/Sept 2005 .8

Aktiviti PPM

Senarai Ahli Jawantankuasa PPM(KS)

Sesi 2005/2006

Pengerusi

Puan Noraziah Sharuddin (PSZ) Setiausaha

Puan Khairulbahiyah Yaakub (PSZ) Bendahari

Cik Nazrinda Abu Samah (PSZ)

Ahli Jawatankuasa

Cik Asmah Sabtu (Yayasan Pelajaran Johor)

Puan Junaidah Abdullah (PSZ)

Cik Mazyana Hashim (PSZ)

Encik Mohd Nasir Ibrahim (PSZ)

Encik Md Razib Karno (PSZ)

Cik Zuhra Zainuddin (KUITTHO)

�ada 23 April 2005, Persatuan Pustakawan Malaysia(Kumpulan Selatan) dengan jayanya telah mengadakanMesyuarat Agung PPM(KS) kali yang ke 4 bertempat diBilik Mesyuarat, Perpustakaan Sultanah Zanariah, UTM,Skudai. Sehubungan dengan mesyuarat tersebut ,PPM(KS) telah memeriahkan lagi aktiviti pada hari tersebutdengan menganjurkan ceramah yang bertajuk “PositiveParenting” . Ceramah telah disampaikan oleh Dr AminahKassim, Pakar Perubatan Jiwa, Hospital Permai, JohorBahru. Secara keseluruhannya Mesyuarat Agung PPM(KS)kali ke 4 ini berlangsung dengan jayanya disamping adanyapenyertaan rakan Pustakawan dari Kolej Universiti TeknikalKebangsaan Malaysia (KUTKM) dan Yayasan PelajaranJohor.

Sesi Ceramah “Positive Parenting”

Aktiviti pada pagi itu dimulakan dengan sesi ceramah yangbertajuk “Positive Parenting” yang disampaikan olehpenceramah jemputan iaitu Dr Aminah Kassim , PakarPerubatan Jiwa, Hospital Permai, Johor Bahru. Antara lain,sesi pada pagi itu tertumpu kepada topik kekeluargaan yangdikupas mengikut konsep dan teori praktikal yang bolehdiaplikasikan di dalam sesebuah institusi kekeluargaan.Tumpuan lebih diberikan kepada kemahiran-kemahiran yangdiperlukan oleh ibu bapa di dalam memantapkan lagihubungan dengan anak-anak. Pengalaman yang dilalui DrAminah Kassim sebagai Pakar Perubatan Jiwa dapat kamikongsi bersama apabila beliau mengupas masalah-masalahremaja atau anak-anak bermasalah yang pernah beliautangani sebelum ini. Secara keseluruhannya ceramah padapagi itu amat memberi kesan dan impak positif kepada ahliyang hadir. Rentetan daripada pertemuan PPM(KS) denganDr Aminah Kassim telah memberi ruang kepada PPM(KS)untuk menjalin kerjasama dalam aktiviti kemasyarakatanbersama Hospital Permai di masa akan datang.

Pelancaran Laman Web PPMKS

Majlis pada pagi itu juga turut menyaksikan KetuaPustakawan Perpustakaan Sultanah Zanariah , UTMmelancarkan Laman Web PPM(KS) yang telah dibangunkanoleh Encik Mohd. Razib Karno, Pustakawan PSZ. Denganwujudnya laman web ini , adalah diharap ia akan dapatmerapatkan lagi hubungan antara pustakawan PPM(KS)serta memudahkan lagi penyaluran maklumat persatuankepada ahlinya. Laman web ini boleh diakses di alamathttp://ppmks.blogdrive.com

Mesyuarat Agung Tahunan PPM(KS)Kemuncak majlis pada pagi itu ialah Mesyuarat AgungTahunan PPM(KS) kali ke 4 yang berlangsung di BilikMesyuarat , Perpustakaan Sultanah Zanariah. Mesyuarattelah dipengerusikan oleh Pengerusi PPM(KS) PuanNoraziah Sharuddin. Mesyuarat dimulakan denganmenyemak Minit Mesyuarat Agung Tahunan PPM(KS) kalike 3 yang lepas. Seterusnya Puan Pengerusimembentangkan laporan keseluruhan aktiviti PPM(KS) sertalaporan kewangan bagi sesi 2004/2005. Secarakeseluruhannya PPM(KS) telah berjaya di dalammempelbagaikan aktiviti serta memantapkan tabungkawangannya. Puan Pengerusi juga telah menyampaikanrasa penghargaan kepada barisan Ahli JawatankuasaPPM(KS) sesi 2004/2005 di atas sumbangan dan komitmenyang diberikan.Majlis diteruskan dengan perletakan jawatan AhliJawatankuasa 2004/2005 dan perlantikan Ahli Jawatankuasabaru PPM(KS) sesi 2005/2006. Majlis dipengerusikan olehCik Haslina Othman, Pustakawan PSZ. Hasil dari undianyang dijalankan Puan Noraziah Sharuddin berjaya mendapatkepercayaan dari ahli bagi mengekalkan kedudukan beliausebagai Pengerusi.

Majlis Hi-Tea di Hotel Mutiara

Kemuncak acara pada hari itu ialah Majlis Hi-Tea di HotelMutiara , Johor Bahru pada jam 2.30 petang. Kesempatanini diambil oleh pustakawan PPM(KS) untuk beramah mesradan mengeratkan silaturrahim.

PenutupSecara keseluruhannya majlis Mesyuarat Agung PPM(KS)kali ke 4 berjalan dengan baik dan mencapai objektifnya.Cuma yang diharapkan ialah penyertaan yang lebihmemberangsangkan daripada pustakawan dariperpustakaan lain di kawasan selatan ini.

Laporan Mesyuarat Agung Persatuan Pustakawan Malaysia (Kumpulan Selatan) tahun 2005

Page 9: Kunjungan Hormat Dengan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan … · pada esoknya kira-kira jam 8.30pagi. Satu lawatan ke tempat-tempat menarik di sekitar Oslo telah dilakukan dan antaranya

Berita PPM. Julai/Ogos/Sept 2005 .9

Ahli Baru PPM

Ahli Profesional:1. Kamariah bt Mohamed Jong - UTM2. Khairul Bahiyah bt Yaakub - UTM3. Mazyana bt Hashim - UTM4. Mohd Fuad bin Mohamed Yusof - UTM5. Junaidah binti Abdullah - UTM6. Zurina binti Rosmani - UTM7. Noor Rahmawati bt Alias - UiTM

Ahli Gabungan:8. Wan Satirah Wan Mohd Saman - UiTM9. Mohd Razilan b Abdul Kadir - UiTM10. Mohd Ridwan bin Seman - UiTM @ Kamarulzaman

Aktiviti PPM Oktober - Disember

Pakej PPM ke Singapore13-15 November 2005

Kursus Pembantu Perpustakaan/Pusat Maklumat:Kearah Pengkaksesan Maklumat Berkesan5-10 Disember 2005

Retreat PPMDisember 2005

Pakej PPM ke Persidangan Celebrating Knowledge: The Power And Potential 13-15November 2005 di Intercontinental Hotel, Singapura.

PPM akan menganjurkan pakej bagi membolehkan ahlimenghadiri Persidangan Celebrating Knowledge : The PowerAnd Potential pada 13-15 November 2005 di IntercontinentalHotel, Singapura. Persidangan ini diadakan sebagaisebahagian dari acara sambutan perayaan Jublie Emas PPM/LAS. Seperti apa yang dilakukan oleh PPM pada April 2005,LAS akan menganjurkan satu Gala Dinner pada 13 November2005 di Chijmes Hall. Pakej ini dianjurkan sebagai membalassambutan hebat yang telah diberikan oleh ahli LAS semasaPPM-LAS Commemorative Conference : Librarian in theVirtual World yang telah dianjurkan oleh PPM pada bulanApril lepas. Bersempena dengan persidangan ini, upacaraperasmian bangunan baru Singapore National Library akandiadakan.

Aturcara PakejPakej anjuran PPM ini akan menggunakan perkhidmatan baspersiaran dan akan bermula dengan lawatan kePerpustakaan Sultanah Zanariah, UTM, Skudai,

Tarikh Aturcara

12/11/2005 (Sabtu)8.00 pagi : Berlepas ke Johor Baru dengan bas12.00 tgh : Lawatan ke Perpustakaan Sultanah Zanariah,UTM.3.00 ptg : Berlepas ke Singapura4.00 ptg : Check-in (Bebas)8.00 mlm : Makan malam (Sendiri)13/11/2005 (Ahad)8.00 pagi : Sarapan pagi9.00 pagi : Lawatan ke Singapore Science Centre11.00 pagi : Lawatan ke Jurong Regional Library1.00 tgh : Makan tengahari (Sendiri)2.00-5.00 ptg : Lawatan ke National Library of Singapore (untuk peserta persidangan sahaja)7.00 mlm : Gala Dinner 14/11/2005 (Isnin)Persidangan7.00-9.00 mlm: Storytellers Showcase (Opsyenal)

Penyertaan dan Harga PakejPenyertaan pakej ini terhad kepada 35 orang peserta sahajaberdasarkan kepada first-come-first-serve basis

JENIS PENGINAPANTWIN SINGLERM845.00 RM1205BUKAN AHLI PPMRM895.00 RM1255

HOTELHotel Golden Landmark390 Victoria Street, Singapore(Sebelah Arab Street)

Pakej ini TIDAK meliputi yuran persidangan dan pesertabertanggungjawab untuk menguruskannya sendiri. Walaubagaimanapun pihak penganjur persidangan telah berjanjiuntuk memberikan diskaun sebanyak 10% untuk ahli-ahliPPM. Brosur persidangan boleh didapati di : http://www.nlb.gov.sg/conference2005

Syarat-syarat Penyertaan:1. Sila majukan nama dengan mengisi borang di bawah

dan fakskan borang kepada No. Fax: 03-91738610 atauemail ([email protected])

2. Deposit berjumlah RM300.00 (non-refundable)dibayar atas nama Persatuan Pustakawan Malaysiadan dihantar ke Sekretariat PPM beralamat sepertidi atas.Bayaran hendaklah diterima tidak lewat dari15 Oktober 2005.

3. Bayaran penuh mesti diterima oleh PPM pada atausebelum 1 November 2005. Sila pastikan cekbayaran diterima oleh PPM pada atau sebelumtarikh tersebut.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:Puan Maimunah Kadir :Emel : [email protected]: 91702288

Harga Pakej

Aktiviti PPM

15/11/2005 (Selasa)Persidangan4.30 ptg : Berlepas ke Kuala Lumpur9.30 ptg : Tiba di Kuala Lumpur

Page 10: Kunjungan Hormat Dengan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan … · pada esoknya kira-kira jam 8.30pagi. Satu lawatan ke tempat-tempat menarik di sekitar Oslo telah dilakukan dan antaranya

Berita PPM. Julai/Ogos/Sept 2005 .10

Maklumat Penaja

Page 11: Kunjungan Hormat Dengan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan … · pada esoknya kira-kira jam 8.30pagi. Satu lawatan ke tempat-tempat menarik di sekitar Oslo telah dilakukan dan antaranya

Berita PPM. Julai/Ogos/Sept 2005 .11

Berita Perlantikan / Persaraan

Selamat Bersara diucapkan kepada CikFawziah Md. Senawi .

Beliau yang telah memulakan perkhidmatanpada 6 Jun 1977 dan di tempatkan di BahagianKatalog sehingga 1979. Kemudian beliaudihantar ke Kampus Sabah dari Jun 1979 –Jan 1980. Selepas itu beliau balik kePerpustakaan Tun Seri Lanang di Kampus Bangidan di tempatkan dibeberapa koleksi sepertiKoleksi Katalog (1980 – 1981), KoleksiDokumen (1981 – 2001), Koleksi Media(2001 – 2003). Beliau telah dilantik sebagaiKetua Perpustakaan Undang-Undang pada 7Oktober 2003 sehinggalah beliau bersara pada6 Oktober 2005.

Selamat Bersara diucapkan kepada Cik Badilahbt. Saad.

Beliau mula berkhidmat di Perpustakaan UniversitiPertanian Malaysia pada tahun 1973. Pada Julai2000 hingga 28 Februari 2004, beliau telah dilantiksebagai Timbalan Ketua Pustakawan. Seterusnya,beliau telah dilantik sebagai Pemangku KetuaPustakawan pada 1 Mac 2004 – 25 September2005. Beliau telah bersara sebagai PemangkuKetua Pustakawan Perpustakaan Sultan AbdulSamad, Universiti Putra Malaysia mulai 26September 2005.

Puan Rashidah Bolhasan

Telah dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam SeMalaysia yang baru.

Prof Madya Nor Edzan Che Nasir

Telah dilantik sebagai Pengerusi Berita PPM yang baru

������ �����������

������ ���������

Encik Raslin Abu Bakar

Telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan Sains Maklumatyang baru

Page 12: Kunjungan Hormat Dengan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan … · pada esoknya kira-kira jam 8.30pagi. Satu lawatan ke tempat-tempat menarik di sekitar Oslo telah dilakukan dan antaranya

Berita PPM. Julai/Ogos/Sept 2005 .12

Bantuan Yang Diperlukan Oleh PerpustakaanLainPerpustakaan lain yang dilawati telah menyatakan keperluansegera mereka ialah penambahan buku untukpengembangan koleksi yang sedia ada. Terdapatkekurangan bahan bacaan dan kekurangan ini boleh diatasi dengan penambahan buku dalam bahasa Indonesia,tetapi buku dalam bahasa Malaysia dan Inggeris bolehjuga ditambah. Keadaan ini benar bagi Perpustakaan MasjidRaya Baiturrahman. Pustakawan yang hadir di BPD jugatelah menyatakan keperluan buku serta jurnal ilmiah dalambahasa Malaysia dan Inggeris untuk perpustakaanuniversiti, seperti Perpustakaan Universiti Syiah Kuala danUniversiti Al-Raniri.

Phi Beta Learning Centre dan Projek LiterasiBuku dan bahan bacaan sangat diperlukan untukmenyokong program literasi dan pembacaan yangdiusahakan oleh Phi Beta Learning Centre. Pusat tersebutmemberi pinjaman buku selama 10 hari dan telahmenggunakan kaedah yang menarik untuk melibatkanibubapa dalam program tersebut. Pusat itu juga mengumpulbuku sebagai salah satu kegiatan mereka, disampingmenyediakan kelas tuisyen untuk remaja. Lencana ataubutang dengan perkataan “baca” sangat berguna untukmembantu menyebarkan perutusan tentang pembacaan.

Projek Literasi yang LainAda beberapa kumpulan yang mengendalikan projekliterasi di Aceh, khususnya di kawasan penempatansementara bagi mangsa tsunami, seperti Yayasan AnakBangsa, Forum Lingkar Pena dan Children Media Centre.Selain buku, bahan tulisan dan lukisan sangat diperlukanuntuk mengekalkan program dan aktiviti literasi bagimangsa tsunami dan mereka yang tinggal di luar bandar.Keperluan mereka mudah, tetapi diperlukan segera untukmemastikan kegiatan dapat diadakan secara tetap olehsukarelawan. Pembangunan literasi serta perangsanganminda kanak-kanak dan remaja tidak boleh terbiar sambilmenunggu proses pembinaan semula Aceh.

Misi ini juga telah menerima dua kertas cadangan dari ForumLingkar Pena (FLP). Forum ini ialah sebuah organisasi yangdimulakan oleh sekumpulan penulis muda dalam tahun 1997dan mempunyai 30 cawangan di Aceh dan di tempat-tempatlain di Indonesia. Forum ditubuhkan oleh alumni FakultiSastera Universitas Indonesia yang bimbang dengankeadaan rendahnya minat membaca dan menulisdikalangan masyarakat Indonesia. FLP cawangan Acehditubuhkan pada 2005 Kempen ini ditumpukan kepadamereka yang terselamat dari tsunami yang tinggal dikhemah-khemah sekitar Banda Aceh untuk merangsangminda mereka dan mengatasi trauma tsunami yang dialamisupaya tidak berterusan. FLP akan menggerakkan semuaahli mereka yang terselamat untuk memulih dan membinasemula Aceh. Kos untuk bahan penerangan kempendianggarkan Rp 221,990.

dari muka 7

Aktiviti PPM

Cadangan• Mendapatkan sokongan dan mewujudkan rangkaian

mempromosi pembinaan semula perkhidmatanperpustakaan dan maklumat di Aceh.

• Menarik perhatian pihak berkuasa yang bersesuaiandi Malaysia untuk memastikan pembinaan kemudahanperpustakaan diberi keutamaan yang segera dalamsenarai pembinaan semula perkhidmatan daninfrastruktur di Aceh.

• Menarik perhatian komuniti antarabangsa melaluiIFLA tentang keperluan segera untuk membinasemula perkhidmatan perpustakaan dan maklumat diAceh.

• Mendapatkan sokongan sektor korporat dan NGOsdi Malaysia untuk mengumpul dana bagi membelibuku dan bahan bacaan serta kenderaan untukmembantu program dan aktiviti perpustakaan danliterasi di Aceh.

• Memastikan kepimpinan dan ketabahan serta usahayang ditunjukkan oleh pegawai BPD diiktiraf dandihargai. Pegawai seperti Ibu Yusnidar yang dilantiksebagai Pemangku Ketua telah menyediakan pejabatsementara, membersihkan bangunan serta kawasansekelilingnya supaya boleh diguna semula.

• Mencadangkan supaya Perpustakaan NegaraMalaysia mempelopori usaha memberi bantuankepada Perkhidmatan Perpustakaan Provinsi NADdengan membuat carian bagi bahan dokumentasitentang Aceh, memberi latihan pengawetan bahannadir dan latihan untuk pengurusan tinggi danmenengah serta kumpulan sokongan teknik di bawahProgram Kerjasama Teknik Malaysia.

KesimpulanMisi ke Aceh ini telah diluluskan untuk menjalin hubungandengan pustakawan di Aceh dengan tujuan untuk mendapatkanmaklumat tentang jenis bantuan yang diperlukan dan cara yangterbaik untuk menyampaikan bantuan. Misi telah berjayamendokumentasikan jenis bantuan yang diperlukan dansedang menyediakan persembahan video. Laporan lengkapakan diserahkan kepada Majlis PPM dan seterusnya dimajukankepada agensi dan pihak berkuasa yang bersesuaian.

Kunjungan hormat ke Konsul General Malaysia diMedan En Yusof Abu Bakar (2 dari kiri).