gangguan seksual di tempat kerja dalam malaysia

41
GANGGUAN SEKSUAL DI TEMPAT KERJA: BAGAIMANA MENGHADAPI DAN MENGATASINYA Mohd Saufuddin B. Mohamed

Upload: mohd-saufuddin-mohamed

Post on 03-Sep-2015

514 views

Category:

Documents


37 download

DESCRIPTION

ganguan seksual di tempat kerja dan undang-undang berkait dalam malaysia, cara-cara mengelak berlakunya ganguan seksual pada majikan dan pekerja.

TRANSCRIPT

GANGGUAN SEKSUAL DI TEMPAT KERJA: BAGAIMANA MENGHADAPI DAN MENGATASINYA

GANGGUAN SEKSUAL DI TEMPAT KERJA: BAGAIMANA MENGHADAPI DAN MENGATASINYA

Mohd Saufuddin B. Mohamed

Apa Itu Gangguan Seksual?

Menurut Abd Rahim Abd Rashid dalam bukunya Gangguan Seksual, Gangguan Seksual adalah perlakuan lucah yang tidak direlakan oleh mangsa. Gangguan seksual adalah suatu keadaan yang tidak boleh diterima, baik secara lisan, fizikal atau isyarat seksual, pernyataan yang bersifat menghina secara tegas, atau keterangan secara seksual bersifat diskriminasi dibuat oleh seseorang yang mengganggu pekerja lain, menyebabkan pekerja tersebut merasa terancam, dihina, dipermalukan, diperbodohkan, dicabul maruah atau melemahkan situasi suasana kerjanya atau memberi ancaman atau intimidasi di persekitaran tempat dia bekerja.

Gangguan seksual adalah sebarang tingkah laku berunsur seksual yang tidak diingini dan Mengakibatkan gangguan sama ada secara lisan, bukan lisan, visual, psikologi atau fizikal.Kod Amalan Untuk Mencegah dan Membasmi Gangguan Seksual di Tempat Kerja. (Kementerian Sumber Manusia,1999)

Kategori Gangguan Seksual1. Ugutan (sexual coercion)Memberi kesan secara langsung kepada status pekerjaan seseorang.Sebagai contoh, di mana seseorang pegawai atasan yang mempunyai Kuasa menentukan gaji dan pangkat, cuba mengugut pekerja bawahan Memberi layanan seksual kepadanya. Jika pekerja bawahan tersebut tunduk kepada kehendak seksual pegawai atasan tersebut, faedah yang berkaitan dengan pekerjaan akan diperolehi. Sebaliknya pula jika Pekerja bawahan berkenaan menolaknya, faedah itu akan dinafikan.

7Kategori Gangguan Seksual2. Ancaman kepada ketenteraman peribadi (sexual annoyance)Tingkah laku seksual yang dianggap oleh mangsa sebagai ancaman, Ugutan atau penghinaan, tetapi tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan faedah-faedah pekerjaan. Walau bagaimanapun tingkahlaku itu menimbulkan suasana kerja tidak tenteram kepada mangsa yang terpaksa dialaminya untuk terus bekerja. Gangguan seksual di antara rakan sekerja adalah termasuk di bawah kategori ini. Begitujuga gangguan oleh pelanggan syarikat terhadap pekerja juga termasuk dalam kategori yang sama

Adalah penting ditekankan bahawa gangguan seksual bermakna tingkahlaku seksual yang tidak diingini dan tidak disenangi oleh mangsa. Ianya juga satukelakuan seksual yang dilakukan ke atas penerima tanpa diminta atau dibalas balik oleh penerima

Bentuk-Bentuk Gangguan SeksualAntara bentuk gangguan seksual menurut Kod Amalan dibahagikan kepada lima jenis, iaitu:1. Gangguan Secara Lisan:contohnya: kata-kata, komen, gurauan, usikan bunyi dan soalan-soalanyang berbentuk ancaman atau cadangan seksual.

2. Gangguan Secara Isyarat/Bukan Lisan:contohnya: pandangan atau kerlingan yang membayangkan sesuatu niat atau keinginan, menjilat bibir atau memegang atau memakan makan dengan cara menggoda, isyarat tangan atau bahasa isyarat yang Membayangkan perlakuan seks, tingkah laku mengurat yang berterusan.

Bentuk-Bentuk Gangguan Seksual3. Gangguan Visual:contohnya: menunjukkan bahan-bahan lucah, melukis gambar lucah, Menulis surat berunsur seksual, mendedahkan bahagian bahan yang sulit yang tidak sepatutnya didedah.

4. Gangguan Psikologi:contohnya: mengulangi jemputan sosial yang telah tidak diterima,memujuk rayu berterusan untuk keluar bersama atau untukbercumbuan.

5. Gangguan Fizikal:contohnya: sentuhan yang tidak diingini, menepuk, mencubit, mengusap,menggesel badan, memeluk, mencium, serangan seksual.

Mengapa Mangsa Gangguan Seksual Adalah Wanita?Gangguan seksual boleh berlaku kepada siapa sahaja tanpa mengira jantina. Namun, gangguan seksual terhadap wanita adalah lumrah dan telah tercatat sejak pertama kali wanita memasuki pasaran tenaga kerja (Sumber dari Sexual Shakedown: the Sexual Harassment of Women on the job, Lin Farley (1978)) . Ini bermakna bahawa gangguan seksual terhadap wanita di tempat kerja bukanlah suatu persoalan yang baru, tetapi sudah setua umur sejarah wanita memasuki dunia kerja iaitu sejak kapitalisme berkembang. Farley mengatakan bahawa gangguan seksual merupakan kaedah baru yang dikembangkan oleh kapitalisme dalam mengawal tenaga kerja wanita.

Data mengatakan bahawa sebahagian besar mangsa gangguan seksual adalahwanita, seperti yang sering diungkapkan iaitu, men have power over women insociety. Oleh kerana kuasa sosial yang dipraktikkan telah menempatkan statuslelaki lebih tinggi (berkuasa) dari wanita, maka lelaki (termasuk rakan sekerja lelakikita) menyalah gunakan kekuasaannya untuk mendapatkan manfaat keuntunganseksual terhadap wanita.Mengapa Mangsa Gangguan Seksual Adalah Wanita?Ada 3 teori dalam menganalisa Gangguan seksual seperti yang dikatakan olehSandra S. Tangri, Martha R. Burt and Leanor B. Johnson: Teori Biologi. Perilaku gangguan seksual merupakan suatu ekspresi daritindakan hormon-hormon seksual lelaki dan wanita, di mana lelaki dipandang memiliki dorongan seksual yang lebih kuat sehingga seringkali lelaki mengeksploitasi wanita secara seksual, walaupun di tempat kerja. Teori Sosiobudaya. Mengandaikan bahawa lelaki dan wanita secarasosiobudaya dibangunkan oleh suatu sistem yang menempatkan merekasebagai dua pihak yang tidak setara. Teori Organisasi. Teori ini diambil dari andaian bahawa dengan adanyaperbezaan struktur dalam dunia kerja (ada atasan dan bawahan), maka ada peluang bagi mereka yang punya kedudukan atau hierarki lebih tinggi untuk memperlakukan mereka yang menjadi bawahannya secara sewenang-wenang.Mengapa Mangsa Gangguan Seksual Adalah Wanita?Sering rakan sekerja dan pekerja atasan (lelaki) memberikan pernyataan bahawa ketertarikan seksual adalah perkara yang alamiah dan dialami oleh manusia, TAPI ingat tindakan seksual yang tidak boleh diterima dan dikehendaki adalah yang disebut dengan Gangguan seksual.

Kesan Gangguan SeksualKerjaya. Mangsa cenderung untuk mengasingkan diri, mengelakkan diri untuk hadir ke pejabat, mengalami penurunan tahap kepuasan atau prestasi kerja, kehilangan pekerjaan atau peluang kenaikan pangkat dan mengubah matlamat kerjaya.Fisiologi. Dari aspek implikasi fisiologi, mangsa mungkin mempamerkan gejala-gejala seperti sakit kepala, gangguan tidur (mimpi ngeri), hilang selera makan atau mempunyai berat badan yang sering berubah.Malu. Kesan sosial yang dialami mangsa mengakibatkan mangsa ingin mengasingkan diri dari pergaulan. Perasaan ini timbul akibat rasa rendah diri kerana menjadi mangsa gangguan seksual, sehingga merasa tidak berharga dan tidak layak untuk bergaul bersama rakan-rakan sepejabatnya.Ketakutan dan Kecurigaan. Perasaan ketakutan merupakan kesan emosi yang sering dialami mangsa. Ketakutan ini muncul dalam bentuk takut kepada orang tertentu, bentuk tubuh tertentu, dan tempat tertentu. Selain itu, mangsa gangguan seksual sering menjadi paranoid kepada orang tertentu, orang asing yang tidak dikenalnya, serta tempat asing yang belum pernah dikunjunginya.Kesan Gangguan Seksual5.Trauma. Kesan mental pula adalah mangsa gangguan seksual mengalami trauma kerana pernah mengalami peristiwa yang sangat menyakitkan, menyedihkan, dan berat. Justeru itu, mangsa sukar melupakan peristiwa tersebut dan dapat mengganggu ketenangan, penumpuan, dan kestabilan mentalnya sehingga dapat mengganggu aktiviti sehariannya.

6. Penolakan Masyarakat. Kesan lain yang sangat serius adalah diasingkan atau dikucilkan masyarakat. Bagi tidak menimbulkan kesan yang berat bagi mangsa, keluarga mangsa atau mungkin organisasi di mana mangsa bekerja, maka tindakan yang diperlukan adalah merahsiakan hal yang dialami oleh mangsa dari pengetahuan umum.Mangsa Biasanya Enggan Melapor Masalah Gangguan Seksual kerana:(seperti yang disebutkan di atas) perasaan malu, ketakutan, kecurigaan, trauma dan penolakan masyarakattakut terdedah kepada publisitiimplikasi kewangantiada prosedur aduantidak yakin kepada prosedur sedia adatakut akan tindak-balas.Apa Yang Biasa DiperkatakanTentang Gangguan SeksualJika seseorang wanita itu berpakaian seksi atau berkelakuan seksi, dialah yang mengundang kepada gangguan seksual. Apabila seseorang peniaga kaya dirompak, kita tidak menyalahkannya kerana berpakaian mewah.Kita menyalahkan perompak. Tetapi apabila seorang wanita diganggu, kita cepat menyalahkanwanita itu kerana penampilannya. Namun, penampilan seseorang wanita itu bukan alasanberlakunya gangguan seksual. Seseorang boleh mengawal perasaan seksualnya danbertanggungjawab sepenuhnya terhadap kelakuan diri sendiri.

Bergurau-senda dan mengorat adalah perkara kecil sahaja; lagipun wanita sukakannya walaupun mereka berpura-pura tidak.Wanita yang diganggu secara seksual pasti tidak setuju dengan kenyataan ini! Gangguan seksualtidak sama dengan bergurau-senda dan mengorat. Gangguan seksual adalah tentang tidakmenghormati orang lain. Sekiranya seseorang itu berminat dengan orang lain, mereka akanmenunjukkannya dengan rasa hormat bukan dengan mengganggunya secara seksual.Apa Yang Biasa DiperkatakanTentang Gangguan SeksualHanya wanita yang muda diganggu secara seksual.Gangguan seksual berlaku kepada semua wanita, tidak kira umur, paras rupa atau taraf perkahwinan. Gangguan seksual ialah tentang penyalahgunaan kuasa di mana mereka yang berasa diri mereka lebih berkuasa boleh mengganggu dan mengugutorang lain.

Wanita sepatutnya tidak mengendahkan perkara iniRamai wanita terpaksa tidak mengendahkannya,tetapi mereka berasa tidak selesa tentangkejadian ini. Di tempat kerja terutamanya, kajian menunjukkan bahawa jika gangguan seksualtidak dihiraukan dalam kebanyakan kes, gangguan seksual akan berterusan atau menjadiKod Amalan Untuk Mencegah dan Membasmi Gangguan lebih buruk!Beberapa Petua Untuk Menghindari Gangguan Seksual Di Tempat Kerja1. Bekerja secara professional, kita perlu dapat membezakan mana hal-hal yang bersifat pribadi dan umum serta apa yang boleh dilakukan atau tidak boleh dilakukan di tempat kerja. Dalam kata lain, kita perlu mengetahui apa yang dimaksud dengan Gangguan Seksual serta menyebarkan maklumat tentang Gangguan Seksual.2. Mengelak Stay-Back, bekerja sendirian selepas waktu kerja sehingga malam hari. Sekiranya terpaksa, pastikan kehadiran kita diketahui oleh orang lain. Pastikan ada rakan sekerja yang dipercayai apabila ada keperluan bekerja selepas waktu pejabat.3. Berpakaian yang sopan sesuai dengan suasana tempat kita bekerja. Kita perlu dapat membezakan antara pakaian menjolok mata dengan yang menyejukkan mata. Berpakaianlah secara konservatif sekiranya kita memang serius dalam bekerja.4. Berperilaku dan berbicara sopan ketika berkomunikasi dengan rakan sekerja, bukan bererti kita tidak boleh bergurau dengan rakan sekerja atau perlu terlalu serius.Bersikap ramah dan bersahabat. Kadangkala terlalu ramah boleh disalahertikan oleh pihak lain. Di samping itu, keramahan bukan bermakna kita bertutur dengan cara menggoda dan kita perlu menghindari gaya bicara manja dan genit.Beberapa Petua Untuk Menghindari Gangguan Seksual Di Tempat KerjaJika kita mengetahui ada rakan sekerja yang cenderung ke arah melakukan gangguan seksual baik dari gaya percakapannya mahupun secara tingkahlakunya; maka adalah lebih baik berkomunikasi dengannya hanya untuk tujuan pekerjaan sahaja.

Menghindari berdua-duaan dengan rakan lelaki di tempat yang sepi. Bukan sahaja kita dapat menghindari gosip yang sering kali berlaku di tempat kerja, malah dapat menghindari terjadinya gangguan seksual di tempat kerja.

Jika kita merasa ada gurau-senda atau jenaka yang sudah menjurus ke arah negative/lucah, adalah perlu kita menyatakan ketidaksukaan kita terhadap jenaka tersebut.

Jika kita merasa ada rakan sekerja yang melakukan gangguan seksual di tempat kerja, kita perlu melaporkan kelakuannya kepada pihak atasan kita ataupun ke Pengurus Sumber Manusia. Sekiranya gangguan ini terkena kepada rakan sekerja kita yang lain, kita perlu bersedia bertindak sebagai saksi dan membantu mangsa.

Mengundurkan diri dari organisasi tempat kita bekerja, adalah pilihan terakhir, jika dalam keadaan sangat terpaksa dan mendesak.Peringatan! Jika anda menjadi mangsa Gangguan Seksual, Anda jangan berdiam diri. Fikirkanlah langkah-langkah yang boleh anda ambil. Selalu tanamkan dalam diri anda bahawa gangguan yang terjadi sama sekali bukan kesalahan anda.

mangsa tidak seharusnya berdiam diri dan cepat bertindak dengan membuat aduan kepada pihak polis serta menyertakan bukti kukuh seperti dengan mencatat setiap kejadian dan masa ia berlaku.

Catatkan dalam nota. Jika ada e-mel, foto dan bukti multimedia dan paparan pada laman sosial juga boleh dijadikan bahan bukti.

Dari Segi Undang-undangTerdapat beberapa seksyen di dalam Kanun Keseksaan yang boleh dianggap memberi perlindungan dari gangguan seksual. Namun, seksyen-seksyen tersebut hanya tertaklukkepada gangguan berbentuk fizikal sahaja (iaitu serangan atau gangguan menggunakan kekerasan dengan niat mencabul kehormatan dan rogol). Pihak berkuasa jarang melibatkan diri, kecuali jika kes tersebut melibatkan kecederaan fizikal. Di tempat kerja, gangguan seksual adalah tertakluk di dalam Bahagian XVA Akta Pekerjaan 1955, tetapi mempunyai banyak kekurangan.

Kod Amalan Untuk Mencegah dan Membasmi Gangguan Seksual di Tempat Kerja telah dilancarkan pada 17 Ogos 1999 yang lalu. Sejak itu, berbagai reaksi telah dikemukakan oleh berbagai pihak terhadap kod amalan ini.Kod amalan tersebut telah menggariskan beberapa bentuk perlakuan yang disifatkan sebagai gangguan seksual. Ia membahagikan gangguan seksual kepada dua. Pertama, pengenaan syarat berbentuk seksual ke atas pekerjaan atau istilahnya quid pro quo. Kedua, tingkah laku yang menimbulkan suasana tempat kerja yang tidak tenteram kepada mangsa. Secara mudah, gangguan seksual bentuk kedua ini bolehlah disimpulkan sebagai tingkahlaku seksual yang tidak diingini dan tidak disenangi oleh mangsa.

Walaupun Kod Amalan ini bertujuan untuk mencegah dan membasmi gangguan seksual di tempat kerja, ia juga terpakai ke atas sebarang gangguan seksual yang berlaku di luar tempat kerja sekiranya kejadian itu berlaku dalam satu urusan kerja seperti majlis-majlis sosial, majlis-majlis yang dianjurkan oleh majikan, dalam perjalanan yang melibatkan urusan pejabat, latihan, mesyuarat atau melalui telefon atau media elektronik yang lain.

Menyedari fenomena yang terus melanda masyarakat, khususnya di kalangan wanita ini, KodAmalan Untuk Mencegah dan Membasmi Gangguan Seksual di Tempat Kerja diperkenalkan 1Mac 1999. Berdasarkan kod terbabit, gangguan seksual dinyatakan sebagai perlakuan bercirikan seksual tidak diingini atau tidak disenangi termasuk gangguan secara lisan, bukan lisan, visual, psikologi atau fizikal.

Seorang peguam, Ahmad Izham Ismail, berkata tidak dinafikan mereka yang menjadi mangsa gangguan seksual malu untuk membuat aduan,

Pihak yang melakukan perkara yang tidak bertanggungjawab itu boleh disabitkan kesalahan atas dakwaan cabul kehormatan yang membawa hukuman penjara maksimum hingga 10 tahun atau denda dan sebatan.

Kod amalan

Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah & Undang-Undang (FSU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Muzaffar Syah Mallow, berkata isu gangguan seksual berlaku dalam pelbagai cara.

Katanya, selepas Kod Amalan untuk Mencegah dan Membasmi Gangguan Seksual di Tempat Kerja dilaksanakan pada 1999, semakin ramai mangsa membuat laporan dan merasai mereka dilindungi.

Kes gangguan seksual diterima akan diselesaikan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung, Kementerian Sumber Manusia mengikut kod amalan berkenaan. Berdasarkan statistik, sejak diperkenalkan pada 1999 hingga 2010, sebanyak 297 kes diterima.

PDRM: Statistik Gangguan Seksual 2010-3,596 2012-1,918 2013-1,775 2014 (Januari hingga Mac - 339 *Sumber: Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Jabatan Kerja Tenaga Kerja, Kementerian Sumber Manusia * 7,408 kes gangguan seksual sepanjang 1999 - 2013. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) KPWKM akan memastikan agensi dan syarikat sentiasa peka terhadap perlakuan gangguan seksual dan melaksanakan program berbentuk pencegahan bagi memberi kesedaran untuk mengelak berlakunya gangguan seksual dalam pejabat,

mangsa diancam dengan ugutan boleh menghubungi talian NUR 15999 untuk mendapatkan bantuan dan khidmat kaunseling.

Pekeliling Dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Berkaitan Psikologi Dan Kaunseling Dalam Perkhidmatan Awam

PP Bil. 22/05Garis Panduan Mengendalikan Gangguan Seksual Di Tempat Kerja Dalam Perkhidmatan Awam

Tindakan pelaku gangguan seksual penjawat awam -Amaran -Denda -Lucut hak emolumen -Tangguh pergerakan gaji -Turun gaji -Turun pangkat -Buang kerja

Tindakan Pihak Majikan dalam Menangani Gangguan SeksualSekiranya gangguan seksual di tempat kerja tidak dibendung, maka akan:memberi kesan buruk kepada perhubungan perindustriankesan buruk kepada moral pekerjamengurangkan produktivitimeningkatkan cuti sakit dan ponteng kerjaberhenti kerja/meningkatkan kos untuk mengambil dan melatih pekerja barumengurangkan wanita bekerjarisiko perbelanjaan tinggi akibat tindakan undang-undangmewujudkan suasana kerja yang tidak tenteram, mengancam dan tidak selesa

Organisasi perlu mengambil langkah proaktif untuk mencegah terjadinya gangguanseksual di tempat kerja dengan memasukkan masalah gangguan seksual ini kedalam peraturan organisasi sehingga menjadi peraturan rasmi yang berlaku dandiketahui oleh semua pekerja.Langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh organisasi adalah: Membuat Peraturan Tertulis. Organisasi perlu mewartakan Kod Amalan untuk mencegah dan membasmi gangguan seksual di tempat kerja. Organisasi hendaknya membuat suatu peraturan tertulis yang berisi komitmen organisasi untuk tetap menjaga agar tidak terjadi gangguan seksual di tempat kerja, pengertian tentang apa yang dimaksudkan dengan gangguan seksual, prosedur pengaduan, dan hukuman yang akan dijatuhkan kepada para pelaku, bantuan yang boleh diperoleh simangsa dan jaminan bahawa pengaduan yang dilakukan bersifat rahsia.

Memastikan Semua Pegawai Mengetahui. Peraturan tertulis yang telah disusun secara lengkap tidak akan efektif jika tidak disampaikan kepada semua pekerja. Oleh kerana itu, peraturan tersebut perlu dimasukkan ke dalam peraturan organisasi sehingga setiap individu yang baru bekerja mengetahui dengan jelas peraturan yang diwartakan. Pastikan bahawa pihak pengurusan atasan menyampaikan perkara ini kepada para pengarah, pengurus, penyelia, pekerja di pelbagai peringkat, pelanggan, pembekal atau siapa saja yang memiliki hubungan dengan organisasi.

Penguatkuasaan Peraturan. Sebaik apapun peraturan yang dibuat jika tidak dilakukan penguatkuasaan akan jadi sia-sia. Oleh kerana itu, organisasi (pihak pengurusan / HRD) perlu benar-benar bertindak serius untuk memastikan bahawa peraturan yang dibuat adalah untuk ditaati (bukan untuk dilanggar). Keluhan yang disampaikan ataupun aduan adanya gangguan seksual perlu disiasat dengan segera oleh pegawai yang dilantik atau kaunselor organisasi.Langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh organisasi adalah:Ringkasnya, satu mekanisme dalaman bagi pencegahan dan pengendalian gangguan seksual perlu dipraktikkan. Mekanisme tersebut mestilah:

Cepat dan mudah Murah Dapat memelihara kerahsiaan Memberi keyakinan kepada pekerja Menggalakkan mangsa membuat laporan Memudahkan majikan mengambil tindakan.Cara Mengatasi / AduanCara 1Dapatkan kepastian jika dipejabat mengguna pakai Tata Amalan Pencegahan danPembanterasan Gangguan Seksual di Tempat Kerja yang dilancarkan olehKementerian Sumber Manusia pada bulan Ogos 1999.

Tata Amalan ini secara amnya mendefinisikan gangguan seksual danmencadangkan mekanisme dalaman ditubuhkan untuk menangani masalahgangguan seksual ini.

Tata Amalan ini mengkehendaki syarikat-syarikat untuk merumuskan polisi yangmelarang gangguan seksual, menubuhkan mekanisme aduan menangani gangguanseksual, lengkap dengan peraturan dan hukuman, menyediakan perlindungan danlangkah-langkah pemulihan kepada mangsa dan mengadakan program pendidikandan menjadikan pekerja-pekerja terdidik tentang isu gangguan seksual di tempatkerja.Cara Mengatasi / AduanCara 2Aduan boleh juga dibuat di Jabatan Buruh. Jabatan ini kemudiannya akan meminta majikan menyiasat aduan tersebut.

Tetapi, kuasanya hanya setakat meminta suatu siasatan dalaman dijalankan atauperjumpaan dengan majikan itu. Jabatan ini tidak berkuasa untuk memaksa majikan mengambil apa-apa tindakan.

Namun, adalah menjadi kebiasaan bahawa mangsa-mangsa gangguan seksual takut untuk membuat aduan kerana bimbang hilang pekerjaan.

Jika diberhentikan kerana membuat aduan, maka kita boleh mengambil tindakan dengan membuat aduan ke Jabatan Perhubungan Perindustrian atas dasar pemecatan yang tidak adil di bawah Akta Perhubungan Perindustrian 1967, seksyen 20.

Pegawai tersebut boleh disaman di bawah undang-undang sivil atas kesalahan tort untuk menuntut gantirugi dan injunksi. Injunksi ialah perintah Mahkamah menghalang pegawai tersebut mendekati sahabat saudari dan jika dia didapati melanggar perintah Mahkamah itu, dia akan dikenakan tindakan Menghina Mahkamah.Cara Mengatasi / AduanCara 3Jika masih ragu-ragu atau mencari-cari kekuatan untuk bertindak, bolehlah menghubungi persatuan-persatuan wanita seperti AWAM atau WDC yang begitu aktif dan berpengalaman menangani masalah ini. AWAM boleh dihubungi di 03-78774221 dan WDC di 03-77846979 / 77844977.Peranan Dan Penglibatan Kesatuan SekerjaGangguan seksual dapat dicegah, ditangani dan dibasmi dengan berkesan sekiranya terdapat tindakan bersama oleh majikan dan kesatuan sekerja.

Dalam membentuk dan menubuhkan mekanisma dalaman bagi mencegah dan membasmi gangguan seksual, majikan seharusnya memilih pendekatan secara rundingan dengan melibatkan kesatuan sekerja. Penyertaan kesatuan sekerja boleh membawa kepada komitmen yang lebih padu dari golongan pekerja untuk menerimapakai dan mematuhi mekanisma dalam tersebut.

Kesatuan sekerja mempunyai peranan yang jelas dalam membantu mewujudkan suasana kerja yang bebas dari gangguan seksual. Kesatuan sekerja juga boleh memberi sumbangan dalam mencegah gangguan seksual melalui peningkatan kesedaran dan kepekaan ahli-ahli terhadap isu ini dan dalam memastikan bahawa tingkah laku ahli-ahlinya tidak menimbulkan masalah gangguan seksual.

Kesatuan sekerja juga patut bekerjasama dengan majikan dalam melaksanakan program-program promosi dan pendidikan bagi mewujudkan budaya kerja yang menjamin suasana kerja yang selamat dan sihat, di mana setiap pekerja tanpa mengira jawatan atau status dihormati maruahnya dan bebas dari sebarang bentuk gangguan, penghinaan dan ancaman yang berbentuk seksual.

Sekian .Terima kasihPROTECT YOURSELF FROM SEXUAL HARRASMENT, DON'T WAIT UNTIL IT HAPPENS BUT DO ITNOW.