tembual usahawan

6
4/22/2015 Laporan Temubual Usahawan KURSUS JARINGAN DAN RUNDINGAN NAMA MUHAMMAD KAMARUDDIN BIN MUHAMMAD AB HAQQI ENG NO. MATRIKS A143531

Upload: din

Post on 09-Nov-2015

70 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

TEMUBUAL USAHAWAN DARIPADA KAMARUDDIN HAQQI

TRANSCRIPT

Laporan Temubual Usahawan

Saya telah menemubual seorang usahawan yang berasal dari Kelantan. Berikut merupakan sedikit biodata mengenai beliau :Nama diberi Nor Aziah Binti Ariffin, dilahirkan di Hospital Kuala Krai pada 27 November 1971. Sekarang merupakan seorang usahawan tani dimana beliau mempunyai kilang proses makanan. Beliau sekarang seorang pengurus bagi syarikat B.G.E Food Industries (M) Sdn. Bhd. Syarikat ini terletak di Kuala Krai, Kelantan.Produk utama bagi syarikat beliau ialah Mee Kuning. Antara produk lain yang turut dihasilkan ialah Kueh Teow, Sos Cili, Sos Tomato, Sos Tiram, Sos soya, Sos Lada Hitam, Cuka dan lain-lain. Antara soalan-soalan yang telah diajukan kepada beliau ketika saya menemubual beliau adalah seperti berikut :

Q : Boleh puan ceritakan serba sedikit tentang kisah puan sebelum memulakan perusahaan ini?A : Baiklah, untuk pengetahuan adik, perusahaan ini merupakan milik arwah suami saya yang telah meninggal pada tahun 2011 disebabkan serangan jantung. Biarlah saya ceritakan serba sedikit bagaimana kisah hidup suami saya sebelum beliau berkahwin dengan saya. Beliau merupakan seorang berbangsa cina dan bukanlah orang yang berada. Pekerjaan beliau pada masa itu ialah seorang kelindan lori dan seterusnya bekerja sebagai seorang tukang membuat perabot.Q : Adakah anda mempunyai role model ? A : Setakat ini saya hanya menjadikan arwah suami saya sebagai role model saya.

Q : Apakah tahap pelajaran puan dan arwah suami puan?A : Saya seorang lepasan SPM sahaja manakala arwah tidak sampai darjah 6.

Q : Apakah pengalaman puan bagi pekerjaan yang lepas ?A : Saya pernah menjadi seorang guru tadika sementara. Selepas itu saya mula bekerja di kilang arwah suami saya sebelum saya menjadi isterinya.

Q : Adakah puan pernah terlibat dalam marketing ?A : Ya saya pernah terlibat dalam dunia marketing. Di mana semua tunjuk ajar diberikan oleh suami saya, cara bagaimana hendak mendekati pelanggan dan sebagainya.

Q : Bagaimana puan memulakan perniagaan puan?A : Sebaiknya saya menceritakan kisah arwah suami saya kerana semua hasil ini datang daripada beliau, saya hanya boleh dikatakan penyambung legasi sementara menunggu anak mengambil alih syarikat ini. Pada tahun 1988, setelah sekian lama beliau menjadi kuli orang, beliau mula terfikir untuk menghasilkan sesuatu dan datanglah idea untuk menghasilkan mee kuning. Dengan berbekalkan RM500 yang telah dikumpul, beliau membina satu tempat untuk memproses mee. Pada awalnya beliau hanya menghasilkan mee kuning hanya dengan menggunakan kayu api. Sudah tentu pada awal permulaan, semestinya akan berlaku banyak rintangan. Antaranya, produk yang dihasilkan tidak mendapat sambutan dan produk tersebut juga tidak tahan lama. Banyak kerugian berlaku daripada ketidaktahanan produk mee kuning tersebut. Itu merupakan salah satu cabaran awal yang dihadapi oleh suami saya.

Q : Adakah syarikat puan mempunyai rakan kongsi atau sebagainya?A : Syarikat kami merupakan syarikat Sdn. Bhd.

Q : Apakah perancangan yang telah dibuat oleh puan untuk masa hadapan?A : Alhamdulillah dan InsyaAllah pada akhir tahun ini, kilang baru kami yang terletak di Kg. Pek, Machang, Kelantan akan beroperasi. Ini merupakan salah satu langkah untuk syarikat ini bertambah maju. Boleh dikatakan pengeluaran akan melebihi tiga kali ganda daripada sekarang. Buat masa sekarang apa yang saya rancangkan ialah memastikan produk syarikat ini berada diseluruh pantai timur sahaja. Untuk ke seluruh Malaysia, sedang dalam proses R&D bagi memastikan mee kuning dapat bertahan lama.

Q : Berapakah modal yang diperlukan untuk memulakan perniagaan ini? A : Seperti saya beritahu tadi, arwah suami saya memulakan perniagaan dengan RM500. Itu pun mee di uli dengan tangan dan di panaskan dengan kayu api. Setelah beberapa tahun, beliau mengambil keputusan untuk membuat pinjaman dengan MBF Leasing Sdn.Bhd. sebanyak RM30,000 bagi mendapatkan sebuah mesin uli gandum dan mesin rebus.Pada tahun 1991 tertubuhnya syarikat berdaftar Banggol Guchil Enterprise. Seterusnya pada tahun 1996, bagi menambahbaik lagi pengeluaran mee kuning, pinjaman dibuat dengan Agro Bank sebanyak RM50,000 bagi membeli mesin penyejuk bagi menyejukkan mee yang baru direbus. Bagi penambahan mesin-mesin seterusnya, syarikat kami mendapat kepercayaan daripada penjual mesin tersebut, di mana kami boleh dikatakan dapat pinjaman daripada penjual mesin itu sendiri. Alhamdulillah, sedikit demi sedikit, syarikat kami berkembang di mana pada tahun 2001 nama syarikat ditukar ke B.G.E Food Industries (M) Sdn. Bhd.

Q : Berapa lama untuk syarikat ini stabil dari segi kewangan?A : Untuk itu, saya kurang pasti.

Q : Boleh saya tahu anggaran keuntungan syarikat puan pada masa ini?A : Secara anggarannya, paling minima syarikat ini mendapat keuntungan sebanyak RM50,000 sebulan.

Q : Apakah bantuan luar yang diambil oleh puan?A : Buat masa sekarang, saya mendapatkan khidmat akauntan iaitu dari syarikat Syaifuddin & Partner dan juga khidmat pencukaian daripada SIPC Tax.Q : Apakah nasihat puan kepada yang mula berjinak dalam dunia perniagaan?A : Apa yang saya boleh nasihatkan supaya jangan berputus asa. Just keep trying.

Saya dapat rumuskan bahawa untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya, banyak halangan dan cabaran yang perlu ditempuhi. Saya juga dapat ambil iktibar daripada kisah hidup beliau, supaya tidak mudah putus asa walaupun mendapat kerugian pada awal perniagaan. Kita seharusnya terus mencuba dan mencuba.3 | Page