projek usahawan peladang ppk...

3
Berita Transformasi Pertanian Oleh : Norzaini bt Abu Bakar (PPK Merapoh) S ehingga kini Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Merapoh telah dapat melahirkan Sembilan orang usahawan melalui Program Pembangunan Usahawan Peladang (PUP) bagi menyahut seruan kerajaan dalam RMK-9 iaitu untuk mewujudkan 10,000 usahawan. Usahawan Peladang PPK Merapoh yang paling berjaya dan telah menerima Anugerah Penternak Jaya Negeri Pahang oleh Jabatan Perikanan ialah Encik Sapie b. Hassan. Beliau juga pernah diundang menjadi tetamu khas dalam Rancangan Bumi Hijau Radio Malaysia Pahang untuk ditemubual berkaitan projek ternakan ikannya. Anak kelahiran Kampung Merapoh yang dilahirkan 35 tahun yang lalu, merupakan seorang yang gigih berusaha untuk mencapai kejayaan walaupun hanya memiliki pelajaran sehingga peringkat menengah sahaja. Berbekalkan modal sebanyak RM10,000.00 yang di pinjaman daripada Lembaga Pertubuhan Peladang di bawah peruntukan Pembangunan Usahawan Peladang (PUP). Anak jati Pahang ini boleh berbangga dengan pencapaian bilangan sangkar ikan yang bermula dengan sebuah sangkar ikan sahaja dan sehingga kini telah memiliki sebanyak 50 buah sangkar ikan. Sangkar-sangkar tersebut yang ditempatkan di kawasan lombong emas peninggalan zaman dahulu. Sistem pengairan dan kedalaman lombong tersebut membuatkan ikan-ikan yang dipelihara dalam sangkar tersebut seperti ikan terdapat dalam sungai. Kawasan kolamnya diselengara dengan baik. Beliau mendirikan jalan daripada papan untuk memudahkan beliau dan pekerja memberikan makan kepada ikan-ikannya serta memudahkan pergerakan dan yang penting adalah faktor keselamatan yang harus diutamakan. Sebagai seorang usahawan adakalanya beliau tidak dapat lari daripada masalah seperti ikan mati dengan serta merta dan makanan yang tidak sesuai untuk tumbesaran ikan. Oleh itu, beliau akan merujuk dan mendapat khidmat nasihat daripada berapa agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) seperti Pertubuhan Pertubuhan Kawasan, Lembaga Pertubuhan Peladang, FAMA, Jabatan Perikanan dan lain-lain agensi yang berkaitan bagi memudahkan beliau untuk menanganinya pada setiap masa. Selain itu, beliau juga menggunakan teknologi kejuruteraan yang akan menghasilkan pengeluaran ikan tilapia dan ikan patin terbaik seperti penggunaan paddle wheel khas untuk pengudaraan dan kitaran air didalam Projek Usahawan Peladang PPK Merapoh 14 Berita Transformasi Pertanian Lahir Peladang Progresif

Upload: lamdang

Post on 04-Mar-2019

263 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

14

Berita Transformasi Pertanian

Lahir Peladang Progresif 15

http

://w

ww.

lpp.

gov.m

y

Lahir Peladang Progresif

Oleh : Norzaini bt Abu Bakar (PPK Merapoh)

Sehingga kini Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Merapoh telah dapat melahirkan Sembilan orang usahawan melalui Program Pembangunan Usahawan

Peladang (PUP) bagi menyahut seruan kerajaan dalam RMK-9 iaitu untuk mewujudkan 10,000 usahawan.

Usahawan Peladang PPK Merapoh yang paling berjaya dan telah menerima Anugerah Penternak Jaya Negeri Pahang oleh Jabatan Perikanan ialah Encik Sapie b. Hassan. Beliau juga pernah diundang menjadi tetamu khas dalam Rancangan Bumi Hijau Radio Malaysia Pahang untuk ditemubual berkaitan projek ternakan ikannya.

Anak kelahiran Kampung Merapoh yang dilahirkan 35 tahun yang lalu, merupakan seorang yang gigih berusaha untuk mencapai kejayaan walaupun hanya memiliki pelajaran sehingga peringkat menengah sahaja.

Berbekalkan modal sebanyak RM10,000.00 yang di pinjaman daripada Lembaga Pertubuhan Peladang di bawah peruntukan Pembangunan Usahawan Peladang (PUP). Anak jati Pahang ini boleh berbangga dengan pencapaian bilangan sangkar ikan yang bermula dengan sebuah sangkar ikan sahaja dan sehingga kini telah memiliki sebanyak 50 buah sangkar ikan.

Sangkar-sangkar tersebut yang ditempatkan di kawasan lombong emas peninggalan zaman dahulu. Sistem pengairan dan kedalaman lombong tersebut membuatkan ikan-ikan yang dipelihara dalam sangkar tersebut seperti ikan terdapat dalam sungai. Kawasan kolamnya diselengara dengan baik. Beliau mendirikan jalan daripada papan untuk memudahkan beliau dan pekerja memberikan makan kepada ikan-ikannya serta memudahkan pergerakan dan yang penting adalah faktor keselamatan yang harus diutamakan.

Sebagai seorang usahawan adakalanya beliau tidak dapat lari daripada masalah seperti ikan mati dengan serta merta dan makanan yang tidak sesuai untuk tumbesaran ikan. Oleh itu, beliau akan merujuk dan mendapat khidmat nasihat daripada berapa agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) seperti Pertubuhan Pertubuhan Kawasan, Lembaga Pertubuhan Peladang, FAMA, Jabatan Perikanan dan lain-lain agensi yang berkaitan bagi memudahkan beliau untuk menanganinya pada setiap masa. Selain itu, beliau juga menggunakan teknologi kejuruteraan yang akan menghasilkan pengeluaran ikan tilapia dan ikan patin terbaik seperti penggunaan paddle wheel khas untuk pengudaraan dan kitaran air didalam

Projek Usahawan Peladang

PPK Merapoh

14

Berita Transformasi Pertanian

Lahir Peladang Progresif

14

Berita Transformasi Pertanian

Lahir Peladang Progresif 15

http

://w

ww.

lpp.

gov.m

y

Lahir Peladang Progresif

kolamnya. Penggunaan EM (Efective Microorganisma) juga turut digunakan yang berupaya meningkatkan pengeluaran hasil yang tinggi.

Beliau memasarkan ikan-ikannya dikedai makan, pekan sehari disekitar Daerah Lipis dan Gua Musang. Selain menternak ikan, beliau sendiri akan memasarkan hasil ternakannya dengan menggunakan sebuah lori muatan 1 tan, pada setiap hari di Pasar Kuala Lipis.

Pada tahun 2009 beliau telah dapat menjual ikan sangkar sebanyak RM170,066.00 dan mengeluarkan belanja RM105,262.00 dengan memperolehi keuntungan bersih bernilai RM64,804.00 setahun.

Dengan berkat usaha gigih dan dorongan keluarga, beliau telah memiliki sebuah lori muatan 1 tan, lori pick up dan sebuah comonrail untuk kegunaan projeknya. Diharap pada masa hadapan, Encik Safiee dapat memasarkan ikan-ikannya ke Lembah Klang dan Pasar Borong Kuala Lumpur di dalam memenuhi kehendak pelanggan yang semakin meningkat terhadap ternakan ikan air tawar.

15

http

://w

ww.

lpp.

gov.m

y

Lahir Peladang Progresif

Edisi InternetHaninah bt Abd. Rahman

Safari bin Abd Hamid

GrafikKamaruzzan bin Hanif

JurufotoIshak bin Abd. Rahman

Diterbitkan Oleh:Lembaga Pertubuhan Peladang,

Blok C Utara, Pusat Bandar Damansara,50990 Kuala Lumpur

PenaungHj. Arpan Shah bin Hj. Satu

PenasihatHj. Ramli bin Salikan

Ketua PengarangRosly bin Abdul Rahman

PenyuntingAzizan bin Hj. Othman

Shahzunizam bin Zulkafli

Edaran Majalah TransformasiNik Mazri bin Mat Yusof

Mohd Haniff bin Asim @ HashimNaharuddin bin Abd RahmanShafrin Azhar bin Abd Ghani

Adnan bin Ismail

Berita Transformasi Elektronikboleh dilayari

http://www.lpp.gov.my

Dicetak Oleh:OMR Press Sdn. Bhd.Tel: 03-8024 6396

Lahir Peladang Progresif

Tahniah

Kepada

Tuan Haji Mohd Salim bin Haji Taha

Diatas PelantikanTimbalan Ketua Pengarah Pembangunan

Lermbaga Pertubuhan Peladang

Berkuatkuasa 1 September 2010

daripadaWarga Kerja Lembaga Pertubuhan Peladang

Bil 08/2010 Edisi OGOS

Kuasai Ilmu dan Kemahiran Untuk Berjaya

Tarikh Keramat 6 Ogos – Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Bagi Menghargai Sumbangan Warga Peladang, Penternak dan Nelayan Kepada Pembangunan Negara

Penyaluran Bantuan dan Insentif kepada Pesawah-Pesawah

Projek Usahawan Peladang PPK Merapoh

Kuasai Ilmu dan Kemahiran Untuk Berjaya

Tarikh Keramat 6 Ogos – Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Bagi Menghargai Sumbangan Warga Peladang, Penternak dan Nelayan Kepada Pembangunan Negara

Penyaluran Bantuan dan Insentif kepada Pesawah-Pesawah

Projek Usahawan Peladang PPK Merapoh