tema upsr 2014

8
Tema : Kem Motivasi Kamu telah mengikuti Program Motivasi UPSR yang dianjurkan oleh sekolah kamu. Ceritakan pengalaman kamu semasa mengikuti program tersebut. Contoh jawapan Tahun ini merupakan tahun yang tersibuk 最最最 dan terpenting 最最最 untuk aku dan rakan-rakan yang berada di tahun enam. Kami akan menduduki 最最 peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah yang hanya tinggal 最最 beberapa bulan sahaja lagi. Kesedaran 最最 untuk melipat gandakan 最最 usaha 最最 dalam mencapai 最最 kecemerlangan 最最 mula wujud 最最 sedikit demi sedikit 最 最最 一一 dalam hati aku dan rakan- rakan. Malah 最最, pihak sekolah 最最 juga banyak membantu kami dengan mengadakan berbagai-bagai kursus 最最 dan bengkel 最最最 motivasi 最最. Pada hari Sabtu yang lepas, pihak sekolah telah mengadakan Program Motivasi UPSR yang pertama di sekolahku. Program itu diadakan di dewan sekolah bermula pada jam tujuh setengah pagi sehingga lima petang. Guru-guru sekolahku serta beberapa orang guru pakar 最最 daripada sekolah lain turut 最 terlibat 最最 dalam program tersebut. Aktiviti pengenalan 最最 serta ceramah motivasi menjadi acara pembuka 最最 program itu diikuti dengan ceramah 最最 subjek 最最 serta teknik 最最 menjawab 最最 soalan. Semua peserta diberi ruang 最最 untuk berehat sekitar setengah jam 最最最最. Aku dan rakan-rakan menikmati makan tengah hari kami yang disediakan oleh pihak sekolah Setelah berehat lebih kurang dua jam, kami kembali 最最 semula ke dewan sekolah untuk mengikuti 最最 acara seterusnya iaitu tugasan 最最 dalam kumpulan dan aktiviti riadah 最最. Setiap aktiviti 最最 yang dijalankan baik 最最 secara individu 最最 mahupun 最最 berkumpulan 最最 mengajar kami untuk berdikari 最最, semangat 最最 setia kawan 最最, bekerja dalam kumpulan 最最最最, tolong-menolong 最最最最, bertolak ansur 最最最最 dan paling penting berfikir 最最 secara kreatif 最最最. Tip-tip 最最 yang diberikan oleh pakar- pakar 最最 subjek 最最 sangat membantu dan berguna 最最 untuk kami. Tepat jam empat petang, majlis penutup yang diadakan di dewan sekolah diakhiri 最最 dengan ikrar 最最 Aku Janji 最最最 kami pelajar-pelajar tahun enam untuk berusaha 最最 bersungguh-sungguh menaikkan 最最 nama sekolah ke peringkat 最最 yang terbaik. Di dalam hati aku, sudah tersemai 最最 benih 最最 harapan 最最 dan tekad 最最. 1

Upload: jack-wiggins

Post on 22-Nov-2015

62 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Tema : Kem MotivasiKamu telah mengikuti Program Motivasi UPSR yang dianjurkan oleh sekolah kamu. Ceritakan pengalaman kamu semasa mengikuti program tersebut. Contoh jawapan Tahun ini merupakan tahun yang tersibuk dan terpenting untuk aku dan rakan-rakan yang berada di tahun enam. Kami akan menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah yang hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi.Kesedaran untuk melipat gandakan usaha dalam mencapai kecemerlangan mula wujud sedikit demi sedikit dalam hati aku dan rakan-rakan. Malah, pihak sekolah juga banyak membantu kami dengan mengadakan berbagai-bagai kursus dan bengkel motivasi. Pada hari Sabtu yang lepas, pihak sekolah telah mengadakan Program Motivasi UPSR yang pertama di sekolahku.Program itu diadakan di dewan sekolah bermula pada jam tujuh setengah pagi sehingga lima petang. Guru-guru sekolahku serta beberapa orang guru pakar daripada sekolah lain turut terlibat dalam program tersebut. Aktiviti pengenalan serta ceramah motivasi menjadi acara pembuka program itu diikuti dengan ceramah subjek serta teknik menjawab soalan.Semua peserta diberi ruang untuk berehat sekitar setengah jam. Aku dan rakan-rakan menikmati makan tengah hari kami yang disediakan oleh pihak sekolah Setelah berehat lebih kurang dua jam, kami kembali semula ke dewan sekolah untuk mengikuti acara seterusnya iaitu tugasan dalam kumpulan dan aktiviti riadah.Setiap aktiviti yang dijalankan baik secara individu mahupun berkumpulan mengajar kami untuk berdikari, semangat setia kawan, bekerja dalam kumpulan, tolong-menolong, bertolak ansur dan paling penting berfikir secara kreatif. Tip-tip yang diberikan oleh pakar-pakar subjek sangat membantu dan berguna untuk kami.Tepat jam empat petang, majlis penutup yang diadakan di dewan sekolah diakhiri dengan ikrar Aku Janji kami pelajar-pelajar tahun enam untuk berusaha bersungguh-sungguh menaikkan nama sekolah ke peringkat yang terbaik. Di dalam hati aku, sudah tersemai benih harapan dan tekad. Aku berharap program ini akan menjadikan aku lebih yakin untuk menghadapi UPSR nanti.

Pengalaman Menyertai Kem Motivasi UPSR Pada minggu yang lepas, sekolah saya telah mengadakan Kem Motivasi UPSR. Kem motivasi sehari ini telah diadakan bertempat di dewan sekolah saya. Saya dan rakan-rakan turut tidak ketinggalan menyertai program yang amat bermanfaat kepada murid-murid tahun enam ini. Pagi itu, saya dan rakan-rakan telah mendaftarkan diri dengan guru kelas masing-masing. Kami telah mendapat fail yang berisi bahan-bahan pembelajaran. Kemudian kami telah diarahkan beratur untuk masuk ke dalam dewan. Setelah masuk ke dalam dewan, Cikgu Azlina selaku penyelaras kem motivasi telah memberikan taklimat. Kami telah diberitahu tentang atur cara dan peraturan kem motivasi ini. Kemudian guru besar telah dijemput untuk menyampaikan ucapan dan merasmikan kem motivasi ini. Seterusnya bermulalah ceramah teknik menjawab soalan UPSR. Ceramah yang diadakan selama dua jam bagi setiap mata pelajaran meliputi subjek Bahasa Malaysia, Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris. Penceramah yang dijemput merupakan guru-guru pakar dan berpengalaman dalam bidang masing-masing. Saya dan rakan-rakan berasa sungguh berkeyakinan dan teruja setelah mendengar ceramah motivasi tersebut. Banyak pengetahuan dan ilmu yang bermanfaat dapat ditimba melalui penceramah-penceramah. Ini menjadikan saya lebih bersemangat untuk menghadapi peperiksaan UPSR. Setelah seharian berada di dalam dewan untuk mendengar ceramah, kami pun dibenarkan pulang kira-kira pada pukul 6.30 petang. Walaupun agak kepenatan namun saya dan rakan-rakan menyimpan azam untuk belajar bersungguh-sungguh bagi mendapat 7A dalam peperiksaan UPSR kelak.

LAPORAN KEM MOTIVASI MURID-MURID TAHUN ENAM 2014

Pada cuti hujung minggu yang lalu, seramai 120 orang murid-murid SJK Sebiew Chinese Bintulu telah menyertai Kem Motivasi UPSR 2014 yang bertempat di dewan sekolah.

Objektif kem ini adalah untuk meningkatkan sahsiah dan keyakinan murid-murid yang menghadapi UPSR yang menjelang tiba pada bulan September nanti. Tumpuan utama kem adalah untuk melatih murid-murid tahun enam membuat persediaan awal dari segi mental dan fizikal sebelum menduduki UPSR

Pelbagai aktiviti diadakan seperti kursus dan bengkel pembelajaran. Antara kursus yang dijalankan ialah teknik menjawab soalan bagi subjek UPSR. Murid-murid juga didedahkan dengan teknik-teknik pembelajaran yang berkesan. Kursus dan ceramah disampaikan oleh penceramah-penceramah yang berpengalaman

Parapelajar juga menjalani aktiviti-aktiviti luar yang bercorak aktiviti lasak bagi memupuk semangat perpaduan dan kerjasama dalam kalangan mereka. Aktiviti seperti ini amat penting bagi memastikan pelajar sentiasa sihat dan cerdas.

Hasil program ini diharap dapat melahirkan pelajar yang cemerlang serta seimbang dari segi rohani, jasmani dan intelek. Diharapkan Kem Motivasi ini berkesan untuk membentuk pelajar yang berjaya khususnya dalam UPSR.

Laporan disediakan oleh, 24 MEI 2014.

MOHD ALI(MOHD ALI BIN FAUZI)Setiausaha,Persatuan Bahasa Melayu,SJK SEBIEW CHINESE BINTULU

Tema : Hari Penyampaian Sijil dan HadiahPada hari Ahad yang lalu,sekolah saya telah mengadakan Hari Penyampaian Hadiah. Majlis tersebut telah diadakan di dewan kuliah sekolah sayaTujuan diadakan Hari Penyampaian Hadiah adalah untuk menghargai pencapaian murid-murid di sekolah.Pada hari tersebut,semua ibu bapa dijemput hadir ke sekolah.Dewan dan pentas telah dihias dengan belon-belon yang berwarna-warni.Suasana di dewan riuh-rendah dan meriah.Pada mulanya, guru besar menyampaikan ucapannya .Beliau mengalu-alukan kehadiran ibu bapa dan para tetamu.Beliau mengucapkan tahniah kepada murid yang mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan dan menasihati murid-murid yang lainagar rajin berusaha dan jangan berputus asa.Selepas itu,murid-murid mempersembahkan persembahan . Ada murid yang berlakon,menyanyi dan menari. Persembahan mereka sungguh menarik .Para penonton memberikan tepukan yang gemuruh.Kemudian,guru besar menyampaikan hadiah kepada murid-murid yang cemerlang dalam akademik dan kokurikulum .Murid-murid kelihatan bangga dan gembira. Saya juga berpeluang naik ke pentas untuk menerima hadiah.Kami juga bergambar bersama guru besar sebagai kenanganselepas menerima hadiah.Sebelum bersurai,para hadirin dijemputmenjamu selera di kantin.Saya berasa gembira dan bersyukur kerana mendapat hadiah cemerlang pada hari yang mulia ini.Saya berjanji akan berusaha dengan lebih gigih lagi.

Soalan : Sekolah kamu telah mengadakan Hari Anugerah Kecemerlanmgan Sekolah. Sebagai Setiausaha, kamu diminta menulis laporan hari anugerah tersebut.Tulis laporan itu selengkapnya.

Laporan Hari Anugerah Kecemerlangan Sekolah

Pada hari Sabtu, 15 Oktober 2013, SJK Sebiew Chinese Bintulu telah mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah. Majlis itu bermula seawal pukul 8.30 pagi. Ibu bapa turut hadir untuk memeriahkan majlis yang dilangsungkan di dewan sekolah. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memberi penghargaan kepada murid-murid yang cemerlang dalam bidang akademik dan juga kokurikulum. Penganugerahan ini diharapkan dapat memberi motivasi kepada murid-murid supaya terus cemerlang. Majlis ini dimulakan dengan ucapan oleh Pengerusi PIBG serta ucapan Guru Besar SJK Sebiew Chinese Bintulu .Tepat pukul 10.00 pagi, upacara perasmian telah disempurnakan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Bintulu . Dalam ucapan tersebut, beliau menasihatkan ibu bapa supaya lebih prihatin terhadap pendidikan anak-anak. Majlis ini telah diserikan lagi dengan persembahan murid-murid. Antara persembahan yang menarik ialah persembahan Koir oleh murid tahun 6, persembahan tarian ngajat oleh murid tahun 5 dan persembahan deklamasi sajak oleh adik Muhamad Nizam daripada kelas 4 Cemerlang.Para tetamu terhibur dengan persembahan yang dipersembahkan. Acara kemuncak ialah penyampaian hadiah kepada murid-murid yang cemerlang dalam akademik berdasarkan keputusan peperiksaan akhir tahun. Murid-murid yang cemerlang serta aktif dalam bidang kokurikulum turut diberikan anugerah. Majlis ini berlangsung dengan lancar dan meriah sekali. Para tetamu dihidangkan dengan juadah sejurus selesainya majlis itu. Diharapkan agar majlis seperti ini akan menjadi pendorong kepada murid-murid agar lebih cemerlang pada masa akan datang.

Disediakan oleh , 20 OKTOBER 2013

.............................(ALI BIN AHMAD)Setiausaha,Hari Anugerah KecemerlanganSJK Sebiew Chinese Bintulu

Tema : KokurikulumFaedah Menyertai Kegiatan KokurikulumKegiatan kokurikulum ialah aktiviti di luar bilik darjah. Terdapat banyak jenis kegiatan kokurikulum di sekolah. Kegiatan tersebut termasuklah aktiviti badan beruniform, kelab dan persatuan serta sukan dan permainan. Semua pelajar digalakkan menyertai kegiatan kokurikulum mendatangkan banyak faedah.

Antara faedah kegiatan kokurikulum ialah dapatmengisi masa lapang. Dengan menyertai aktiviti kokurikulum, kita tiada masa untuk bergaul dengan budak-budak nakal atau kacang hantu.Secara tidak langsung akan dapat menghindari diri kita daripada terjebak dengan gejala sosial. Contohnya, jika kita aktif dalam bidang sukan, kita akan berlatih setiap petang. Oleh itu, kegiatan kokurikulum dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah.

Selain itu, kegiatan kokurikulum juga dapatmelatih pelajar menjadi pemimpin. Ada pelbagai jawatan dalam persatuan seperti pengerusi, setiausaha, bendahari, ahli jawatankuasa dan ahli biasa. Apabila pelajar memegang sesuatu jawatan maka kita akan belajar menjadi ketua dan menguruskan aktiviti persatuan. Ahli biasa juga boleh belajar daripada kawan-kawan yang ada jawatan. Oleh hal yang demikian, dengan menyertai aktiviti kokurikulum, pelajar akan belajar menjadi pemimpin.

Di samping itu, dengan menyertai kegiatan kokurikulum juga kita dapatmembentuk disiplin diri. Disiplin sangat penting untuk mencapai kejayaan. Pelajar yang tidak berdisiplin susah untuk berjaya. Contohnya, kita akan dilatih menepati masa, berpakaian kemas dan mematuhi peraturan sama ada peraturan perkhemahan, bersukan dan sebagainya.

Akhir sekali, kegiatan kokurikulum akanmengukuhkan lagi perpaduan. Setiap persatuan dan kelab ada banyak ahlinya. Ahli-ahlinya terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain. Dalam aktiviti yang dijalankan, semua ahli akan berkumpul. Kita boleh berbincang untuk bertukar-tukar pendapat serta bekerjasama dalam melakukan sesuatu aktiviti. Dengan ini akan mengeratkan hubungan sesama kita.

Kesimpulannya, terdapat banyak faedah apabila kita menyertai kegiatan kokurikulum. Pihak sekolah hendaklah mengadakan aktiviti yang menarik untuk menggalakkan pelajar menyertainya. Ibu bapa pula hendaklah menggalakkan anak-anak mereka terlibat dengan kegiatan kokurikulum. Oleh itu, kita dapat menghasilkan pelajar yang cemerlang.

Setiap pelajar perlu menyertai kegiatan kokurikulum di sekolah.Ceritakan pengalaman anda semasa menyertai satu aktiviti tersebut.

Kegiatan kokurikulum merupakan aktiviti luar bilik darjah yang wajib disertai oleh semua pelajar. Sebenarnya, kegiatan kokurikulum biasanya dijalankan selepas waktu belajar atau pada hari Sabtu.

Antara aktiviti ini termasuklah persatuan, kelab, permainan, unit beruniform, dan sukan. Saya telah menyertai pasukan pengakap sejak tahun empat lagi untuk menambah pengetahuan dan pengalaman keranamelentur buluh biarlah dari rebungnya. Semasa menyertai pasukan pengakap sekolah, banyak pengalaman telah saya lalui.

Pasukan pengakap sekolah sangat aktif. Kami perlu menghadiri perjumpaan pada setiap minggu. Biasanya, kami akan dilatih untuk belajar cara-cara berkawad kaki. Walaupun berkawad kaki merupakan latihan yang sukar, namun saya tetap dapat menguasainya kerana saya tidak mudah berputus asa untuk mempelajari sesuatu ilmu.Selain itu, saya dan rakan-rakan yang menyertai pasukan pengakap juga diajar cara-cara untuk mendirikan khemah. kami juga diingatkan agar sentiasa mengingati kata-kata orang tua iaituberat sama dipikul, ringan sama dijinjingsewaktu mendirikan khemah bersama kawan-kawan. Dengan berbuat begitu, bukan sahaja khemah yang kukuh dapat didirikan, malah hubungan persahabatan yang utuhseperti isi dengan kukudapat dibina.Di samping itu, saya juga mempelajari cara-cara untuk memberikan bantuan kecemasan. Sebenarnya ilmu bantuan kecemasan ini merupakan pengetahuan yang amat berguna kepada saya. Saya diajar cara membasuh luka, membalut luka, dan mengikat tangan yang patah apabila berlakunya kecederaan. Saya amat yakin bahawa ilmu dalam bidang ini menjadikan diri saya lebih kental dan tabah menghadapi cabaran sebagai pelajar keranailmu pelita hidup.Sementara itu, saya turut dapat mempelajari ilmu ikhtiar hidup apabila menyertai pasukan pengakap sekolah. Hal ini memang benar kerana guru pembimbing pengakap sentiasa berkongsi ilmu dengan kami tentang tumbuhan yang boleh dijadikan herba untuk mengubati luka dan mengurangkan kesakitan. Dalam pada itu, kami turut diajar untuk mengenal pasti pokok yang menyimpan banyak air untuk diminum. Dengan ilmu yang saya pelajari ini, persiapan untuk menyertai perkhemahan di dalam hutan akan menjadi lebih sempurna. Saya sentiasa mengingati pesanan guru pembimbing yang mengatakan bahawadi mana ada kemahuan, di situ ada jalannya.Sepanjang menyertai pasukan beruniform ini, saya juga banyak memperoleh pengalaman hidup yang berharga sebagai bekalan masa depan. Hal ini dikatakan demikian kerana saya dapat mempelajari kepentingan bekerja dalam pasukan keranabersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Misalnya, suatu aktiviti perkhemahan yang dijalankan hanya dapat dijayakan dengan kerjasama daripada semua pihak termasuklah guru pengiring, pelatih, dan ahli pengakap. Oleh itu, saya diajar untuk menerima hakikat bahawa kita harus hidup bersatu padu untuk menghadapi cabaran. Pendek kata,bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.Kesimpulannya, pasukan pengakap merupakan satu daripada aktiviti kokurikulum yang saya sertai. Saya yakin bahawa setiap unit beruniform mahupun persatuan dan kelab mempunyai keunikan yang tersendiri. Para pelajar harus menyertainya untuk merasai dan melalui sendiri pengalaman sewaktu menyertai aktiviti tersebut. Hal ini dikatakan demikian keranatak kenal maka tak cinta. Marilah kita aktif dalam kegiatan kokurikulum yang disertai.

1