tema 4

3
Cerita Rakyat Pelbagai Kaum Pelbagai Cerita Rakyat Pengenalan 1. Cerita rakyat adalah sastera rakyat dan menjadi kebanggaan sesuatu masy dan negara. 2. Ciri-ciri cerita rakyat:- (a) cerita yang berdasarkan kehidupan masyarakat setempat; (b) biasanya diceritakan dan disampaikan dari mulut ke mulut; (c) selalunya mempamerkan kesenian dan budaya dalam sesuatu masyarakat; (d) Penekanan selalunya diberikan pada nilai-nilai murni dan pengajaran ya terkandung dalamcerita tersebut; (e) pada waktu dahulu, cerita rakyat ini diceritakan pada masa terluang, c pada waktumalam sebagai hiburan setelah penat bekerja pada waktu siang; (f) disampaikan oleh penglipur lara. Sambil bercerita, penglipura lara ini bernyanyi danbermain muzik; 3. Ada terdapat beberapa jenis cerita rakyat. Antaranya: (a) cerita asal usul; (b) cerita jenaka; (c) cerita legenda; (d) cerita kepahlawanan; (e) cerita binatang; (f) cerita mitos. 4. Faedah menghayati cerita rakyat:- (a) mengetahui cerita rakyat pelbagai kaum; (b) memahami budaya masyarakat zaman dahulu;

Upload: sharmila-arunasalam

Post on 22-Jul-2015

2.904 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Cerita Rakyat Pelbagai Kaum Pelbagai Cerita Rakyat Pengenalan 1. Cerita rakyat adalah sastera rakyat dan menjadi kebanggaan sesuatu masyarakat dan negara. 2. Ciri-ciri cerita rakyat:(a) cerita yang berdasarkan kehidupan masyarakat setempat; (b) biasanya diceritakan dan disampaikan dari mulut ke mulut; (c) selalunya mempamerkan kesenian dan budaya dalam sesuatu masyarakat; (d) Penekanan selalunya diberikan pada nilai-nilai murni dan pengajaran yang terkandung dalamcerita tersebut; (e) pada waktu dahulu, cerita rakyat ini diceritakan pada masa terluang, contohnya pada waktumalam sebagai hiburan setelah penat bekerja pada waktu siang; (f) disampaikan oleh penglipur lara. Sambil bercerita, penglipura lara ini juga akan bernyanyi danbermain muzik; 3. Ada terdapat beberapa jenis cerita rakyat. Antaranya: (a) cerita asal usul; (b) cerita jenaka; (c) cerita legenda; (d) cerita kepahlawanan; (e) cerita binatang; (f) cerita mitos. 4. Faedah menghayati cerita rakyat:(a) mengetahui cerita rakyat pelbagai kaum; (b) memahami budaya masyarakat zaman dahulu;

(c) memberikan hiburan kepada pendengar; (d) dapat mengambil iktibar dan pengajaran daripada cerita tersebut; (e) dapat mengekalkan warisan budaya. 5. Cerita rakyat perlu dikekalkan dan dipelihara supaya generasi muda dapat menghayatinya. 6. Antara cara mengekalkan cerita rakyat: (a) diterbitkan dalam bentuk buku atau video supaya dapat dibaca dan ditonton; (b) menggalakkan pelajar membaca cerita-cerita ini; (c) menceritakan cerita rakyat kepada pelajar; (d) mengadakan pertandingan bercerita tentang cerita rakyat; (e) mengadakan sudut cerita rakyat di dalam kelas. 7. Antara cerita rakyat yang popular: (a) Nakhoda Tanggang - Cerita kaum Melayu; (b) Kong Zhi Meminta Tunjuk Ajar Budak Kecil - Cerita kaum Cina; (c) Ahli Sihir yang Angkuh - Cerita kaum India; (d) Kura-kura yang Pintar - Cerita kaum Iban; (e) Burung layang-layang - Cerita kaum Kadazan.