telecharger un fichier pdf gratuit : manual penyediaan projek

77

Upload: truongminh

Post on 09-Dec-2016

248 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

  • Pembangunan negara perlu mempunyai matlamat dalam mewujudkan persekitaran yang dapat merealisasikan komuniti dan kehidupan yang sejahtera selaras dengan usaha ke arah pencapaian matlamat Wawasan 2020. Proses globalisasi yang pesat seiring dengan kemajuan bidang sains dan teknologi memerlukan perancangan dan pembangunan negara yang sistematik bagi merangsang kemajuan negara agar mampu bersaing di peringkat global. Di era permodenan negara pada masa kini, kawasan-kawasan yang sesak, kurang kemudahan awam dan tertinggal dari arus pembangunan kawasan sekitarnya terutamanya di kawasan pusat atau pinggir bandar akan memberikan imej yang negatif kepada perancangan dan pembangunan negara di samping mewujudkan ketidakselesaan kepada komuniti setempat. Menyedari hakikat tersebut, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) Semenanjung Malaysia telah mengambil inisiatif untuk menangani isu tersebut melalui pendekatan pembangunan baru yang dikenali sebagai Pembangunan Tanah Bersepakat (PTB) atau Land Readjustment. PTB merupakan satu kaedah pembangunan tanah di mana sekumpulan lot tanah yang telah dibangunkan secara tidak terancang dan tertinggal dari arus pembangunan disusun semula dengan penyediaan kemudahan asas dan awam yang mencukupi melalui kerjasama dan persetujuan pemilik tanah.

    JPBD Semenanjung Malaysia telah mengorak langkah dalam melaksanakan Projek Perintis PTB Kg. Pulau Meranti, Sepang iaitu di pinggir Cyberjaya dan Projek PTB juga telah dirancang untuk dilaksanakan di Kg. Skudai Kiri, Johor Bahru yang terletak dalam lingkungan kawasan Iskandar Malaysia. Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Kajian Pelan Implementasi yang dipengerusikan oleh Y.Bhg. Dato KSU KPKT pada 25 Ogos 2006 telah bersetuju supaya perancangan dan pelaksanaan projek menggunapakai Sistem PTB diperluaskan ke kawasan-kawasan lain di seluruh negara. Selaras dengan keputusan tersebut, JPBD sedang giat untuk menyebarluaskan Projek PTB ke kawasan-kawasan lain. Sejajar dengan usaha tersebut, Manual Penyediaan Projek PTB ini dihasilkan untuk dijadikan sebagai panduan yang berguna dan komprehensif kepada pihak-pihak yang akan terlibat dalam penyediaan dan pelaksanaan Projek PTB. Manual ini mengandungi proses, prosedur dan langkah-langkah dalam penyediaan Projek PTB berdasarkan kepada pengalaman dalam penyediaan dan pelaksanaan projek perintis PTB. Manual ini telah melalui beberapa kali perbincangan di antara Pasukan Petugas bagi memantapkan lagi penyediaannya agar ia mudah untuk difahami dan dilaksanakan oleh pelbagai pihak yang berkaitan. Seterusnya Manual ini telah diluluskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan JPBD pada 26 Ogos 2008 untuk diterimapakai. Akhir kata saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Jawatankuasa Pasukan Petugas Manual Penyediaan Projek PTB di atas kerjasama dan sumbangan idea dalam memantapkan lagi penghasilan Manual ini. Tidak lupa juga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam menghasilkan Manual. Diharapkan Manual ini menjadi panduan yang sangat berguna dalam proses penyediaan dan pelaksanaan lebih banyak projek-projek PTB di seluruh negara. DATO MOHD FADZIL BIN HAJI MOHD KHIR Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

    Perutusan Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

  • Manual Penyediaan Projek Pembangunan Tanah Bersepakat (PTB)

    i

    ISIKANDUNGAN MUKA SURAT

    1.0 PENDAHULUAN

    1.1 Tujuan Manual

    1

    2

    2.0 PENGENALAN KEPADA SISTEM PEMBANGUNAN TANAH BERSEPAKAT (PTB) 3

    2.1 DEFINISI PTB

    2.2 KEPERLUAN PENYEDIAAN PROJEK PTB

    2.3 KONSEP PTB

    2.4 MEKANISMA SISTEM PTB

    2.5 ELEMEN-ELEMEN PENTING SISTEM PTB

    2.6 PERBEZAAN PENDEKATAN PENGAMBILANBALIK TANAH DENGAN

    PELAKSANAAN PROJEK PTB

    2.7 FAEDAH PELAKSANAAN SISTEM PTB

    2.8 KRITERIA KAWASAN - KAWASAN UNTUK PROJEK PTB

    2.9 CADANGAN KAWASAN - KAWASAN UNTUK PROJEK PTB

    2.10 PENGALAMAN DAN PRAKTIS SISTEM PEMBANGUNAN TANAH

    BERSEPAKAT (PTB) DI NEGARA-NEGARA LAIN

    3

    4

    4

    5

    5

    8

    9

    10

    11

    11

    3.0 PROSES PENYEDIAAN PROJEK PEMBANGUNAN TANAH BERSEPAKAT (PTB) 13

    3.1 PRA KAJIAN/ MOBILISASI

    3.1.1 Pengenalpastian Tapak

    3.1.2 Penyediaan Asas Rujukan

    3.1.3 Penyediaan Laporan Pelawaan Perunding

    3.1.4 Perlantikan Perunding

    15

    16

    16

    17

    17

    3.2 PERINGKAT PENYEDIAAN KAJIAN

    3.2.1 Penyediaan Laporan Awal

    3.2.1.1 Pengumpulan Maklumat Awal

    3.2.1.2 Maklumat Perihal Tanah (maklumat dari Carian Rasmi)

    3.2.1.3 Taklimat Awal Konsep PTB

    3.2.1.4 Penyediaan dan Kelulusan Laporan Awal

    17

    17

    17

    18

    20

    20

    3.2.2 Penyediaan Laporan Teknikal

    3.2.2.1 Perbincangan Kumpulan Sasar (FGD)

    3.2.2.2 Pengumpulan Maklumat Terperinci

    3.2.2.3 Soalselidik Profil Komuniti

    21

    21

    21

    22

  • Manual Penyediaan Projek Pembangunan Tanah Bersepakat (PTB)

    ii

    3.2.2.4 Kajian Lapangan

    3.2.2.5 Mengesan pemilik tanah

    3.2.2.6 Penyediaan dan Kelulusan Laporan Teknikal

    23

    23

    23

    3.2.3 Penyediaan Laporan Draf Awal Projek PTB

    3.2.3.1 Program Pembinaan Persetujuan (PPP) Siri 1

    3.2.3.2 Perlantikan Jawatankuasa Perwakilan Pemilik Tanah

    (JPPT)

    3.2.3.3 Perundingan dan Mesyuarat-Mesyuarat Bersama JPPT

    3.2.3.4 Penyediaan dan Kelulusan Laporan Draf Awal Projek PTB

    24

    24

    24

    24

    25

    3.2.3 Penyediaan Laporan Draf Akhir Projek PTB

    3.2.3.1 Program Pembinaan Persetujuan (PPP) Siri 2

    3.2.3.2 Penyediaan dan Kelulusan Laporan Draf Akhir Projek PTB

    25

    25

    26

    3.2.4 Penyediaan Laporan Projek PTB

    26

    4.0 KANDUNGAN LAPORAN-LAPORAN PROJEK PEMBANGUNAN TANAH

    BERSEPAKAT (PTB)

    27

    4.1 KANDUNGAN LAPORAN CADANGAN TAPAK

    4.2 KANDUNGAN LAPORAN ASAS RUJUKAN

    4.3 KANDUNGAN LAPORAN PELAWAAN PERUNDING

    4.4 KANDUNGAN LAPORAN AWAL

    4.5 KANDUNGAN LAPORAN TEKNIKAL

    4.6 KANDUNGAN LAPORAN DRAF AWAL PROJEK PTB

    4.7 KANDUNGAN LAPORAN DRAF AKHIR PROJEK PTB

    4.8 KANDUNGAN LAPORAN PROJEK PTB

    29

    29

    30

    30

    31

    31

    32

    32

    5.0 PEMBINAAN PERSETUJUAN 33

    5.1 TAKLIMAT AWAL DAN PENGUMPULAN MAKLUMAT

    5.1.1 Taklimat Awal

    5.1.2 Soalselidik Profil Komuniti

    5.1.3 Mengesan Absentee Landlord

    35

    35

    35

    36

    5.2 PERBINCANGAN KUMPULAN (FGD) 36

    5.3 PROGRAM PEMBINAAN PERSETUJUAN SIRI 1

    5.3.1 Fungsi dan Syarat Perlantikan Jawatankuasa Perwakilan Pemilik

    Tanah (JPPT)

    37

    39

  • Manual Penyediaan Projek Pembangunan Tanah Bersepakat (PTB)

    iii

    5.3.2 Peranan dan Tanggungjawab Fasilitator

    5.3.3 Perundingan dan Mesyuarat-Mesyuarat Bersama JPPT

    40

    40

    5.4 PROGRAM PEMBINAAN PERSETUJUAN SIRI 2

    5.4.1 Persetujuan Persefahaman

    5.4.2 Pindaan dan Memuktamadkan Cadangan Pembangunan

    40

    42

    42

    5.5 PROSES PERUNDINGAN

    43

    6.0 PENGURUSAN PROJEK PEMBANGUNAN TANAH BERSEPAKAT (PTB)

    6.1 JAWATANKUASA MELULUSKAN KAJIAN PROJEK PTB

    6.1.1 Jawatankuasa Teknikal

    6.1.2 Jawatankuasa Pemandu

    6.2 STRUKTUR ORGANISASI PASUKAN KAJIAN

    6.2.1 Ahli Pasukan Kajian

    6.2.2 Pasukan Teras

    6.2.3 Pasukan Perunding

    6.3 Anggaran Kos Kajian

    44

    44

    44

    45

    46

    46

    46

    47

    50

    7.0 PENGGUNAAN GIS DALAM PROJEK PEMBANGUNAN TANAH BERSEPAKAT (PTB)

    51

    8.0 PENUTUP

    52

  • Manual Penyediaan Projek Pembangunan Tanah Bersepakat (PTB)

    iv

    Senarai Rajah :

    Rajah 2.1 :

    Rajah 2.2 :

    Rajah 2.3 :

    Rajah 2.4 :

    Rajah 3.1 :

    Rajah 3.2 :

    Rajah 4.1 :

    Rajah 5.1 :

    Rajah 5.2 :

    Konsep Asas PTB

    Mekanisma Sistem PTB

    Elemen-elemen Penting Sistem PTB

    Perbandingan Pengambilanbalik Tanah dengan PTB

    Proses Penyediaan Projek PTB

    Proses Pengenalpastian Tapak

    Laporan- laporan Projek PTB

    Program Pembinaan Persetujuan Penyediaan Projek PTB

    Proses Perundingan

    4

    5

    7

    9

    14

    15

    28

    34

    43

    Senarai Jadual :

    Jadual 2.1 :

    Jadual 5.1 :

    Jadual 5.2 :

    Jadual 5.3

    Perbezaan Pendekatan Pengambilanbalik Tanah dengan PTB

    Kumpulan Sasar dan Tujuan Perbincangan Kumpulan

    Tujuan, Kaedah dan Output Program PPP Siri 1

    Tujuan, Kaedah dan Output Program PPP Siri 2

    8

    36

    38

    41

    Senarai Lampiran

    Lampiran 1 Contoh Carian Rasmi

    Lampiran 2 Iklan PTB di Surat Khabar

    Lampiran 3 Contoh Borang Soalselidik Profil Komuniti

    Lampiran 4 Jadual A : Kos Perunding Profesional

    Jadual B : Kos Sub-Profesional

    Jadual C : Kos Imbuhan Balik

    Lampiran 5 Program Kerja Penyediaan Pelan Pelaksanaan

    SINGKATAN :

    FGD - Focus Group Discussion

    GIS - Sistem Maklumat Geografi

    IB - Implementatition Body (Badan Pelaksana)

    JICA - Japan International Cooperation Agency

    JPPT - Jawatankuasa Perwakilan Pemilik- pemilik Tanah

    JUPEM - Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia

    PBT - Pihak Berkuasa Tempatan

    PPP - Program Pembinaan Persetujuan

    PSL - Penyusunan Semula Lot

    PTB - Pembangunan Tanah Bersepakat

  • Manual Penyediaan Projek Pembangunan Tanah Bersepakat (PTB)

    1

    PENDAHULUAN

    Sistem Pembangunan Tanah Bersepakat (PTB) (dahulunya dikenali sebagai Sistem

    Penyusunan Semula Lot - PSL) telah mula diperkenalkan di Malaysia sejak tahun 1987

    melalui beberapa siri kajian dan penyelidikan yang telah dijalankan oleh Jabatan

    Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia (JPBD) dengan bantuan pakar-

    pakar Land Readjustment daripada Japan International Cooperation Agency (JICA)

    sehingga akhir tahun 2003.

    Pada tahun 1995, Kajian Kemungkinan Pengenalan Sistem PTB di Malaysia telah

    merumuskan bahawa sistem PTB adalah feasible dan viable dari segi perundangan,

    ekonomi, pentadbiran, sosial, kewangan dan alam sekitar untuk dilaksanakan di

    Malaysia.

    Jemaah Menteri melalui mesyuaratnya pada 23 Jun 1999 telah meluluskan Sistem PTB

    sebagai salah satu kaedah pembangunan di Malaysia. Susulan itu, Kajian Persediaan

    Projek Perintis PTB di Rezab Melayu Puchong, Daerah Sepang, Selangor Darul Ehsan

    telah disiapkan pada Febuari 2001. Pelan Implimentasi Projek Perintis PTB di Zon C1

    Kg. Pulau Meranti telah disediakan dan dimuktamadkan pada Ogos 2006 untuk

    dilaksanakan. Pelaksanaannya adalah berdasarkan perundangan semasa yang

    berkaitan.

    Selain Projek Perintis PTB di Kg. Pulau Meranti, Projek PTB juga telah dirancang untuk

    dilaksanakan di Kg. Skudai Kiri, Johor Baru. Pelan Pelaksanaan Projek PTB Kg. Skudai

    Kiri, Johor Bahru disediakan oleh JPBD Semenanjung Malaysia dengan kerjasama

    JPBD Negeri Johor dan Majlis Bandaraya Johor Bahru.

  • Manual Penyediaan Projek Pembangunan Tanah Bersepakat (PTB)

    2

    1.1 Tujuan Manual

    Manual Penyediaan Projek PTB bertujuan untuk memberi panduan yang

    komprehensif kepada pihak-pihak yang terlibat dalam penyediaan projek PTB

    seperti JPBD Semenanjung Malaysia, JPBD Negeri, Unit Perancang Ekonomi

    Negeri (UPEN), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan agensi-agensi lain yang

    berkaitan.

    Secara keseluruhannya, manual ini menjelaskan aspek-aspek dan pendekatan

    penyediaan projek PTB. Ia boleh disesuaikan mengikut ciri-ciri khusus sesuatu

    kawasan dan juga berdasarkan persepakatan dan persetujuan semua pihak yang

    terlibat di dalam penyediaan projek PTB tersebut.

  • Manual Penyediaan Projek Pembangunan Tanah Bersepakat (PTB)

    3

    PENGENALAN KEPADA SISTEM PEMBANGUNAN

    TANAH BERSEPAKAT (PTB)

    Pada masa kini di antara kaedah pembangunan yang diamalkan untuk membangunkan

    sesuatu kawasan ialah seperti berikut:

    Pembangunan oleh pemilik tanah secara persendirian/individu;

    Pembangunan oleh pemilik tanah dengan usahasama pemaju swasta;

    Pembangunan oleh Kerajaan melalui pengambilanbalik tanah;

    Pembangunan melalui usahasama Kerajaan dengan pemaju swasta; dan

    Pembangunan oleh Kerajaan atau pemilik tanah di atas tanah yang dimiliki.

    Sistem PTB merupakan satu kaedah baru pembangunan tanah untuk dilaksanakan di

    kawasan-kawasan yang bersesuaian, dengan persetujuan pemilik tanah di mana

    mereka akan mengekalkan sebahagian hak milik di kawasan tersebut setelah

    pembangunan dilaksanakan. Melalui kaedah ini pemilik tidak perlu mengeluarkan kos

    untuk pembangunan, sebaliknya mereka perlu menyerahkan tanah mereka untuk

    dibangunkan oleh pemaju yang telah dikenalpasti.

    2.1 DEFINISI PTB

    Sistem PTB merupakan satu kaedah pembangunan tanah di mana sekumpulan

    lot tanah yang telah dibangunkan secara tidak terancang dan tertinggal dari arus

    pembangunan disusun semula dengan penyediaan kemudahan asas dan awam

    yang mencukupi melalui kerjasama dan persetujuan pemilik tanah.

    Sebagai balasan kepada sebahagian tanah yang disumbangkan, pemilik tanah

    akan menerima pulangan dalam bentuk hartanah dan insentif dalam bentuk lain.

    Sebahagian lagi tanah akan dijadikan sebagai tanah kewangan dan dijual di

    pasaran bagi menampung sebahagian kos pembangunan projek.

  • Manual Penyediaan Projek Pembangunan Tanah Bersepakat (PTB)

    4

    2.2 KEPERLUAN PENYEDIAAN PROJEK PTB

    Projek PTB disediakan untuk memenuhi keperluan berikut:

    i. Merancang pembangunan sesuatu kawasan secara menyeluruh;

    ii. Memastikan cadangan pembangunan mendapat persetujuan pemilik-

    pemilik tanah dan pihak-pihak yang berkepentingan;

    iii. Memastikan pulangan yang optima kepada pemilik tanah;

    iv. Memastikan projek adalah feasible dari aspek kewangan iaitu hasil

    penjualan tanah kewangan boleh menampung kos pembangunan projek;

    v. Mengenalpasti aspek-aspek perkongsian kos yang boleh disumbangkan

    oleh kerajaan dan agensi-agensi utiliti; dan

    vi. Meningkatkan penglibatan pemilik tanah, penduduk dan pihak-pihak yang

    berkepentingan dalam pembangunan kawasan tersebut selaras dengan

    program Agenda 21 Tempatan.

    2.3 KONSEP PTB

    Melalui konsep PTB pemilik akan menyumbangkan sebahagian tanah yang akan

    digunakan untuk tiga tujuan iaitu:

    i. Kemudahan asas;

    ii. Kemudahan awam; dan

    iii. Tanah kewangan.

    Rajah 2.1 Konsep Asas PTB

  • Manual Penyediaan Projek Pembangunan Tanah Bersepakat (PTB)

    5

    2.4 MEKANISMA SISTEM PTB

    Rajah 2.2 menunjukkan selepas plotan semula, pemilik tanah asal akan

    menerima pulangan samada dalam bentuk lot tanah kosong ataupun hartanah

    yang telah di bangunkan di samping insentif-insentif lain.

    Rajah 2.2: Mekanisma Sistem PTB

    2.5 ELEMEN-ELEMEN PENTING SISTEM PTB

    Terdapat enam elemen penting dalam pelaksanaan Sistem PTB iaitu:

    i. Penyertaan dan Persetujuan Pemilik Tanah

    Penyertaan dan persetujuan pemilik tanah perlu diperolehi untuk

    pelaksanaan projek PTB. Mekanisma formal dan tidak formal digunakan

    untuk menggalakkan penyertaan secara aktif dan mendapatkan

    persetujuan pemilik tanah di pelbagai peringkat perancangan dan

    pelaksanaan projek.

    Lot-Lot Disusun semula Mengikut Pelan

    Susunatur Yang

    Diluluskan

    Taman, Sekolah,

    Klinik, Surau

    (kemudahan

    awam)

    Lot-lot Bangunan

    (Kediaman

    Perniagaan,

    Perindustrian) Nota : * Tanah Kewangan ialah tanah yang diwujudkan melalui sumbangan tanah dari pemilik-pemilik tanah. Tanah Kewangan ini akan dijual di pasaran untuk membiayai sebahagian kos pembangunan projek.

    Jalan, Parit

    (kemudahan asas)

    LOT////HARTANAH BARU

    EN.A

    LOT EN.A

    LOT EN.B

    LOT EN.C

    LOT EN.D

    TANAH DIGUNAKAN

    UNTUK :-

    Tanah

    Kewangan*

    PLOTAN SEMULA (Lot/Bangunan)

    LOT ASAL

    LOT////HARTANAH BARU

    EN.B

    LOT////HARTANAH BARU

    EN.C

    LOT////HARTANAH BARU

    EN.D

  • Manual Penyediaan Projek Pembangunan Tanah Bersepakat (PTB)

    6

    ii. Sumbangan

    Sebahagian tanah kepunyaan pemilik tanah yang diserahkan untuk

    penyediaan kemudahan asas, kemudahan awam dan tanah kewangan.

    iii. Tanah Kewangan

    Tanah yang diwujudkan melalui sumbangan tanah dari pemilik tanah.

    Tanah kewangan samada dalam bentuk lot kosong atau hartanah yang

    telah dibangunkan akan dijual di pasaran untuk membiayai sebahagian

    kos pembangunan projek.

    iv. Plotan Semula

    Satu kaedah teknikal untuk mengagihkan lot-lot atau hartanah baru

    kepada pemilik tanah berasaskan pelan susunatur, pelan pelaksanaan

    projek dan nilai pembangunan yang dijangka diperolehi.

    v. Pengwujudan Badan Pelaksana

    Badan Pelaksana (Implementation Body - IB) merupakan agensi yang

    diwujudkan untuk memastikan pelaksanaan projek berjalan lancar dan

    berkesan.

    vi. Perkongsian Kos Pembangunan

    Melibatkan perkongsian di antara pemilik tanah, kerajaan dan agensi-

    agensi untuk membiayai kos pembinaan dan penyediaan infrastruktur.

  • Manual Penyediaan Projek Pembangunan Tanah Bersepakat (PTB)

    7

    Rajah 2.3 menunjukkan enam elemen-elemen penting Sistem PTB yang perlu

    diambilkira dalam penyediaan Projek PTB.

    Rajah 2.3 : Elemen-elemen Penting Sistem PTB

    Projek PTB yang akan dilaksanakan hanya melibatkan pemilik tanah yang

    bersetuju menyertai pelaksanaan projek. Walaubagaimanapun bagi pemilik tanah

    yang tidak bersetuju, beberapa tindakan boleh diambil. Di antaranya ialah lot

    tersebut dikeluarkan dari pelaksanaan projek, melakukan perancangan semula,

    pembelian oleh pemaju dan tindakan pengambilanbalik tanah sebagai langkah

    terakhir.

    SUMBANGAN

    TANAH

    KEWANGAN

    PLOTAN SEMULA

    PERKONGSIAN KOS

    PEMBANGUNAN

    M

    PENYERTAAN &

    PERSETUJUAN

    PEMILIK-PEMILIK

    TANAH

    PENGWUJUDAN

    BADAN PELAKSANA

    ELEMEN ELEMEN ELEMEN ELEMEN

    PENTING PENTING PENTING PENTING

    SISTEM PTBSISTEM PTBSISTEM PTBSISTEM PTB

  • Manual Penyediaan Projek Pembangunan Tanah Bersepakat (PTB)

    8

    2.6 PERBEZAAN PENDEKATAN PENGAMBILANBALIK TANAH DENGAN

    PELAKSANAAN PROJEK PTB

    Perbezaan utama di antara pendekatan pengambilanbalik tanah dengan

    pelaksanaan projek PTB jelas menunjukkan projek PTB lebih memberi faedah

    dari segi penglibatan, pemilikan dan pulangan kepada pemilik tanah. Rujuk

    Jadual 2.1.

    Jadual 2.1 : Perbezaan Pendekatan Pengambilanbalik Tanah Dengan PTB

    BIL. PENGAMBILANBALIK TANAH (PBT)

    PEMBANGUNAN TANAH BERSEPAKAT

    (PTB)

    1. Pemilik kehilangan hakmilik. [Sek. 3(1)(a),(b),(c) Akta 486]

    Pemilik asal/waris mengekalkan hakmilik.

    2. Menerima wang pampasan. Menerima pulangan dalam bentuk :

    hartanah,

    wang tunai dan

    Insentif lain.

    3. Isu pembahagian harta pusaka tidak diselesaikan.

    Membantu urusan mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir.

    4. Tiada penekanan penyediaan kemudahan secara komprehensif.

    Penyediaan kemudahan yang mencukupi.

    5. Tanah untuk kemudahan asas / awam diambil balik. [Sek. 3(1)(a) Akta 486]

    Tanah disumbangkan oleh pemilik tanah.

    6. Bentuk dan saiz lot tidak diseragamkan.

    Lot tanah disusun semula, disatukan dan bentuk serta saiz diselaraskan.

    7. Perpindahan keluar penduduk dan pemilik asal.

    Pemilik asal/waris boleh menetap di kawasan asal selepas pembangunan.

    8. Penglibatan pemilik/penduduk tiada/minima.

    Pemilik/penduduk terlibat semasa perancangan dan pelaksanaan projek.

  • Manual Penyediaan Projek Pembangunan Tanah Bersepakat (PTB)

    9

    Rajah 2.4 : Perbandingan Pengambilanbalik Tanah Dengan PTB

    2.7 FAEDAH PELAKSANAAN SISTEM PTB

    Antara faedah-faedah pelaksanaan sistem PTB adalah seperti berikut :

    i. Faedah Kepada Pemilik Tanah

    Peningkatan nilai tanah dan pegangan hakmilik terjamin.

    Mesra rakyat- penglibatan bersama di dalam perancangan dan

    pelaksanaan projek.

    Masalah pemaju melanggar syarat perjanjian dan masalah kewangan

    dapat dielakkan.

    Penyelesaian secara langsung isu pemilikan dan penyelesaian harta

    pusaka.

    ii. Faedah Kepada Kerajaan

    Rancangan pemajuan direalisasikan.

    Pelaksanaan Agenda 21 Tempatan penglibatan awam dalam

    pembangunan ditingkatkan.

    Peningkatan kutipan cukai, hasil peningkatan nilai hartanah.

    Mengelakkan atau meminimakan kos pengambilanbalik tanah.

  • Manual Penyediaan Projek Pembangunan Tanah Bersepakat (PTB)

    10

    iii. Faedah Kepada Pemaju

    Bersama kerajaan memenuhi tanggungjawab sosial (corporate social

    responsibility) dalam pembangunan.

    Meningkatkan keupayaan pemaju dalam pelaksanaan projek yang

    kompleks.

    Meningkatkan kemahiran dalam perhubungan dengan komuniti

    setempat.

    Meningkatkan imej pemaju.

    2.8 KRITERIA KAWASAN - KAWASAN UNTUK PROJEK PTB

    Kawasan-kawasan yang sesuai dan berpotensi untuk pembangunan Projek PTB

    samada dibangunkan untuk perumahan, perdagangan, perindustrian dan

    sebagainya adalah tanah milik persendirian yang mempunyai kriteria seperti

    berikut :

    i. Kawasan terbiar, tertinggal atau terhimpit dalam arus pembangunan.

    ii. Kawasan yang telah dibangunkan dengan tidak terancang, sesak dan

    usang.

    iii. Kekurangan kemudahan asas dan awam.

    iv. Kawasan bekas bencana atau berisiko bencana (kebakaran, banjir, tanah

    runtuh dan lain-lain).

    v. Kawasan yang dizonkan sebagai zon pembangunan dalam Rancangan

    Pemajuan.

    vi. Kerajaan tidak merancang untuk membangunkan kawasan tersebut

    melalui pengambilanbalik tanah.

    Keluasan kawasan yang sesuai untuk projek PTB adalah lebih kurang 50 hektar

    atau tidak melebihi 150 lot tanah.

  • Manual Penyediaan Projek Pembangunan Tanah Bersepakat (PTB)

    11

    2.9 CADANGAN KAWASAN - KAWASAN UNTUK PROJEK PTB

    Projek PTB boleh diusulkan oleh pihak-pihak seperti berikut :

    i. Potensi tapak dari hasil kajian rancangan pemajuan (Rancangan

    Tempatan ataupun Rancangan Kawasan Khas) atau kajian lain;

    ii. Cadangan tapak oleh kerajaan negeri, PBT, PTD atau agensi-agensi lain;

    atau

    iii. Cadangan daripada sekumpulan pemilik tanah.

    2.10 PENGALAMAN DAN PRAKTIS SISTEM PEMBANGUNAN TANAH

    BERSEPAKAT (PTB) DI NEGARA-NEGARA LAIN

    Sistem PTB ini telah dijalankan secara meluas dan berjaya dilaksanakan di

    beberapa buah negara terutamanya di Jepun, Korea, Jerman, Taiwan dan

    Indonesia.

    Di Jepun terutamanya, Sistem PTB atau dikenali sebagai Kukaku Seiri telah

    dijalankan dengan meluasnya. Ianya juga dikenali sebagai mother of city

    planning. Hampir 75% dari kawasan-kawasan bandar dibangunkan melalui

    Sistem PTB. Negara Jepun juga mempunyai sistem dan perundangan yang

    khusus untuk PTB serta mendapat bantuan dan subsidi kerajaan di dalam

    pelaksanaannya.

    Korea Selatan dan Taiwan juga melaksanakan sistem PTB berasaskan rangka

    perundangan dan institusi yang khusus. Di Korea Selatan misalnya, pelaksanaan

    projek-projek PTB adalah dijalankan oleh pihak-pihak berkuasa tempatan atau

    badan-badan separa kerajaan. Manakala di Taiwan pula, di samping pihak

    berkuasa tempatan sebagai peneraju utama, pihak swasta juga turut sama

    melibatkan diri di dalam pelaksanaan PTB.

  • Manual Penyediaan Projek Pembangunan Tanah Bersepakat (PTB)

    12

    (Penerangan terperinci mengenai Pengalaman Negara-negara Yang Telah

    Melaksanakan Sistem PTB Di Jepun, Jerman, Indonesia, Australia Barat, India,

    Thailand dan Amerika Syarikat boleh dirujuk di dalam laporan berasingan yang

    telah disediakan).

    Aimori Prefecture - Urban Renewal

    Miyagi Prefecture

    - Urban Renewal

    Osaka Prefecture (Osaka Dome-baseball

    stadium) -By private sector (IB-Cooperative)

    Saitama Prefecture

    -To create New Urban

    Centres

  • Manual Penyediaan Projek Pembangunan Tanah Bersepakat (PTB)

    13

    PROSES PENYEDIAAN PROJEK PEMBANGUNAN TANAH BERSEPAKAT (PTB)

    Penyediaan Projek PTB adalah berdasarkan proses di dalam rajah 3.1 yang melibatkan

    tiga peringkat seperti berikut:

    i. Peringkat 1 Pra Kajian / Mobilisasi

    ii. Peringkat 2 Penyediaan Kajian

    iii. Peringkat 3 Pelaksanaan

  • Manual Penyediaan Projek Pembangunan Tanah Bersepakat (PTB)

    14

    Rajah 3.1 : Proses Penyediaan Projek PTB

    Penyediaan Laporan Awal

    (1 bulan)

    Penyediaan Laporan Teknikal

    (4 bulan)

    Penyediaan Laporan Draf Awal Projek PTB

    (5 bulan)

    Penyediaan Laporan Draf Akhir Projek PTB

    (2 bulan)

    Penyediaan Laporan Projek PTB

    Tamat Peringkat Penyediaan Kajian

    JPN

    Mesy. JK

    Pemandu

    Mesy. JK

    Teknikal

    Perkhidmatan Perunding Tamat

    Mesy. JK

    Teknikal

    Mesy. JK

    Teknikal

    Kementerian

    Kewangan/KPKT

    Pengenalpastian

    Tapak

    Laporan Projek PTB

    Pelaksanaan Projek

    PTB

    Laporan Draf Akhir Projek PTB

    Laporan Draf Awal

    Projek PTB

    Laporan

    Teknikal

    Laporan

    Awal

    Perlantikan Perunding

    Pelawaan Perunding

    Penyediaan Asas

    Rujukan

    Mesyuarat Bersama JPPT/

    PPP Siri 1: Bersama Pemilik Tanah/ Waris Perlantikan JPPT

    PPP Siri 2: Bersama Pemilik Tanah/ Waris Tandatangan MOU -

    Taklimat Awal Konsep PTB

    Soalselidik Profil Komuniti

    Soalselidik Profil Komuniti 2-Mengesan Absentee Landlords

    Penglibatan Perunding

    PROSES PENYEDIAAN

    AKTIVITI PERINGKAT KELULUSAN

    PERINGKAT KAJIAN (TEMPOH)

    Nota : - PPP - Program Pembinaan Persetujuan - FGD Focus Group Discussion - JPPT- Jawatankuasa Perwakilan Pemilik Tanah

    Taklimat Pemahaman Konsep PTB

    FGD bersama pemilik tanah

    Peringkat 2 / Penyediaan Kajian

    Peringkat 1 / Pra Kajian / Mobilisasi

    Peringkat 3 / Pelaksanaan

    JPN

    Mesyuarat Bersama JPPT/

    (Tempoh Penyediaan : 12 bulan)

  • Manual Penyediaan Projek Pembangunan Tanah Bersepakat (PTB)

    15

    3.1 PRA KAJIAN/ MOBILISASI

    Peringkat ini melibatkan pengenalpastian tapak, penyediaan asas

    rujukan/pelawaan perunding dan pelantikan perunding.

    Rajah 3.2 : Proses Pengenalpastian Tapak

    Setuju Tidak Setuju

    Pengenalpastian Tapak

    JK Perancang Negeri

    Kajian Feasibility

    Keputusan JPBD Negeri

    Tapak-tapak Cadangan

    Taklimat Pemahaman Konsep PTB (Tapak Keutamaan 1)

    JK Perancang Negeri

    Asas Rujukan

    Perlantikan Perunding

    Penyediaan Projek PTB

  • Manual Penyediaan Projek Pembangunan Tanah Bersepakat (PTB)

    16

    3.1.1 Pengenalpastian Tapak

    Tapak untuk pelaksanaan projek PTB perlu dikenalpasti berdasarkan

    kriteria pemilihan tapak, potensi tapak dibangunkan dan juga komitmen

    dari Kerajaan Negeri atau PBT untuk membangunkan tapak tersebut

    menggunapakai kaedah PTB (Rujuk para 2.8 mengenai kriteria kawasan-

    kawasan untuk projek PTB).

    Laporan Cadangan Tapak untuk pemilihan projek PTB disediakan

    samada oleh JPBD Semenanjung Malaysia, JPBD Negeri atau PBT.

    Laporan ini perlu dibentangkan dan mendapat kelulusan JPN. JPN perlu

    membuat keputusan samada Projek PTB disediakan oleh :

    JPBD Semenanjung Malaysia dengan kerjasama JPBD Negeri dan

    PBT (peruntukan JPBD Semenanjung Malaysia);

    JPBD Negeri (peruntukan Kerajaan Negeri);

    PBT (peruntukan Kerajaan Negeri dan PBT); atau

    Pemaju projek PTB yang dilantik.

    Satu kajian kemungkinan perlu disedia jika diperlukan oleh JPN bagi

    menggambarkan projek PTB yang dicadangkan ini feasible dan berdaya

    maju.

    3.1.2 Penyediaan Asas Rujukan

    Asas Rujukan disediakan oleh Pasukan Teras sebagai asas untuk

    pelantikan perunding dan perlu mendapat kelulusan JPN. Semasa

    peringkat ini, taklimat pemahaman konsep PTB akan dijalankan kepada

    penduduk/ pemilik kawasan yang terlibat bagi mendapatkan pendapat

    awal terhadap cadangan pembangunan di kawasan mereka.

  • Manual Penyediaan Projek Pembangunan Tanah Bersepakat (PTB)

    17

    3.1.3 Penyediaan Laporan Pelawaan Perunding

    Laporan Pelawaan Perunding perlu disediakan untuk proses pelantikan

    perunding. Laporan ini akan disediakan oleh pihak yang akan membiayai

    penyediaan projek PTB. Laporan ini akan diedarkan dan dipelawa kepada

    perunding-perunding yang difikirkan berkelayakan untuk menyediakan

    projek PTB.

    3.1.4 Perlantikan Perunding

    Perlantikan perunding akan dibuat setelah penilaian cadangan teknikal

    dan rundingan kewangan dinilai berdasarkan prosedur-prosedur yang

    telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan. Perunding yang dipilih

    seterusnya akan menandatangani dokumen perjanjian perkhidmatan

    perunding dengan pihak kerajaan.

    3.2 PERINGKAT PENYEDIAAN KAJIAN

    Peringkat ini melibatkan penyediaan Laporan Awal hingga penyediaan Laporan

    Draf Akhir Projek PTB yang akan disediakan oleh Perunding. Laporan Projek

    PTB akan dimuktamadkan oleh Pasukan Teras.

    3.2.1 Penyediaan Laporan Awal

    Di dalam penyediaan ini, Perunding perlu mengumpul maklumat awal

    penduduk/pemilik tanah/waris, maklumat perihal tanah, maklumat

    kawasan sekitar dan membuat semakan dasar/kajian cadangan projek

    sedia ada.

    3.2.1.1 Pengumpulan Maklumat Awal

    Maklumat-maklumat awal yang perlu dikumpul adalah seperti berikut:

    i. Maklumat awal profil pemilik tanah dan tapak cadangan.

    ii. Semakan kajian/dasar berkaitan dan cadangan projek

    pembangunan.

  • Manual Penyediaan Projek Pembangunan Tanah Bersepakat (PTB)

    18

    Pengumpulan maklumat awal profil pemilik tanah perlu dilakukan oleh

    Perunding dengan bantuan Pasukan Kajian seperti mendapatkan carian

    rasmi, maklumat nilaian tanah dan bangunan, maklumat tanah dan

    maklumat gunatanah sediada dan sebagainya.

    Semua kajian-kajian dan dasar-dasar yang terlibat dan memberi kesan

    kepada penyediaan projek PTB hendaklah disemak. Selain itu, projek-

    projek pembangunan yang telah dicadangkan oleh semua jabatan/agensi

    melibatkan kawasan kajian hendaklah disenaraikan dan perlu diambilkira

    kesan dan kesesuaiannya. Di antara kajian dan dasar-dasar yang

    memberi kesan langsung atau tidak langsung kepada pembangunan

    kawasan kajian yang perlu dirujuk adalah seperti berikut:

    Rancangan Struktur Negeri;

    Rancangan Tempatan Daerah;

    Rancangan Kawasan Khas; dan

    Projek-projek sediada dan cadangan projek kawasan kajian dan

    sekitarnya.

    3.2.1.2 Maklumat Perihal Tanah (maklumat dari Carian Rasmi)

    Maklumat perihal tanah yang boleh diperolehi dari Carian Rasmi seperti

    berikut:-

    Nombor Lot (contoh : lot 3545).

    Jenis dan Nombor Hak Milik (contoh : GM 1645).

    Bandar/Pekan/mukim (contoh : Mukim Dengkil).

    Tempat (contoh : 10 Jalan Ayer Hitam).

    Keluasan Berdaftar (contoh: 1.821 hektar).

    Keluasan terlibat dengan rezab TNB, pengambilan tanah (contoh :

    0.190 hektar).

    Keluasan bersih (contoh : 1.631 hektar).

    Daerah (contoh: Sepang).

    Nombor syit piawai (contoh: 101-C).

    Nombor pelan akui (contoh: 13834).

    Taraf Pegangan (contoh : selama-lamanya/pajakan).

    Tempoh Luput Pajakan (contoh : 99/60 tahun).

  • Manual Penyediaan Projek Pembangunan Tanah Bersepakat (PTB)

    19

    Tarikh Luput Pajakan (contoh: 26 April 2093).

    Kuasa rezab (contoh: tanah simpanan Melayu/tiada).

    Tarikh daftar (contoh: 26 April 1994).

    Cukai tanah (contoh: RM28).

    Kategori Kegunaan Tanah (contoh: pertanian/bangunan).

    Syarat nyata (contoh : tanaman kekal).

    Sekatan kepentingan (contoh: tanah ini tidak boleh dijual, dipajak,

    digadai atau dipindahmilik dengan apa cara sekali pun melainkan

    dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri).

    Pemilikan dan alamat.

    Tanggungan dan endosan-endosan lain (contoh : No Perserahan :

    530/1997 Jil. 60 fol.77 Gadaian menjamin wang pokok oleh En. Ali

    bin Abu, No. Kad pengenalan: 5159891 kepada Bank Kerjasama

    Rakyat Malaysia Berhad didaftarkan pada 10 Jun 1997 jam 12:07

    petang); atau

    Pindah Milik Tanah (contoh : No. Perserahan 1210/2002 pindah

    milik tanah oleh Shaari bin Ahmad, 1/1 Bahagian kepada Abdul

    Aziz bin Abdul Razak, No. Kad pengenalan: 551001-01-5311, 1/1

    Bahagian, Alamat: 1834, Mukim 10, Parit Raja, Batu Pahat Johor

    didaftarkan pada 9 Ogos 2002 jam 10:51 pagi); atau

    Turun Milik Akibat Kematian (Borang T) ke atas bahagian Ambia

    bin Hussin sebagai representatif, 134/243 bahagian diturun milik

    kepada Mohd bin Kesseun No. Kad pengenalan 350126-10-5167,

    134/243 bahagian (maklumat-maklumat ini boleh diperolehi

    melalui carian rasmi).

    Status Pemilikan Tanah (contoh: tanah persendirian/ tanah

    kerajaan/TOL).

    Jenis Geran (F.T/Q.T).

    Nilaian Tanah Semasa (skp / mp).

    (Rujuk contoh Carian Rasmi di Lampiran 1)

  • Manual Penyediaan Projek Pembangunan Tanah Bersepakat (PTB)

    20

    3.2.1.3 Taklimat Awal Konsep PTB

    Taklimat awal perlu diadakan untuk memaklumkan kepada penduduk,

    pemilik-pemilik tanah/wakil/waris serta pihak-pihak lain yang

    berkepentingan mengenai penyediaan projek PTB di kawasan tersebut.

    3.2.1.4 Penyediaan dan Kelulusan Laporan Awal

    Laporan ini disediakan untuk mengemukakan proses, program dan

    tindakan yang akan dilakukan dalam penyediaan projek PTB. Maklumat-

    maklumat tersebut akan dimasukkan ke dalam Laporan Awal untuk

    kelulusan Jawatankuasa Teknikal.

    Di antara perkara yang terkandung di dalam Laporan Awal adalah seperti

    maklumat penduduk/pemilik tanah/waris, maklumat awal tentang perihal

    tanah, maklumat penilaian tanah, maklumat tentang kawasan

    persekitaran dan maklumat organisasi setempat (seperti Kawasan

    Parlimen/DUN, JKKK, pertubuhan politik dan lain-lain). (Rujuk isi

    kandungan Laporan Awal di para 4.4)

  • Manual Penyediaan Projek Pembangunan Tanah Bersepakat (PTB)

    21

    3.2.2 Penyediaan Laporan Teknikal

    Di dalam penyediaan Laporan Teknikal ini, Perunding perlu

    memperincikan maklumat penduduk, pemilik tanah/waris dan perihal

    tanah. Maklumat-maklumat terperinci diperolehi melalui soalselidik profil

    komuniti yang perlu di jalankan. Pada peringkat ini juga beberapa sesi

    perbincangan kumpulan (FGD) perlu di adakan.

    3.2.2.1 Perbincangan Kumpulan Sasar (FGD)

    Beberapa perbincangan berkumpulan (Focus Group Discussion-FGD)

    akan diadakan dengan beberapa kumpulan sasar seperti sesi bersama

    Ketua Masyarakat, penduduk, pemilik tanah/waris dan

    pertubuhan/persatuan utama yang terdapat di kawasan kajian.

    FGD ini adalah sebagai persiapan untuk mengadakan program

    pembinaan persetujuan dengan pemilik-pemilik tanah yang bermatlamat

    untuk mendapatkan seberapa banyak persetujuan ke atas pelaksanaan

    projek PTB di kawasan tersebut.

    3.2.2.2 Pengumpulan Maklumat Terperinci

    Pengumpulan maklumat terperinci penduduk, pemilik tanah/waris dan

    perihal tanah melalui soalselidik profil komuniti dan data- data sekunder

    perlu dianalisis dan digunakan untuk tujuan berikut :-

    Proses perundingan dan mendapatkan persetujuan;

    Cadangan pembangunan; dan

    Proses pelaksanaan.

  • Manual Penyediaan Projek Pembangunan Tanah Bersepakat (PTB)

    22

    3.2.2.3 Soalselidik Profil Komuniti

    Di antara kandungan soalselidik profil komuniti adalah seperti

    latarbelakang responden, keadaan fizikal persekitaran dan kemudahan

    asas/awam. Antara maklumat-maklumat terperinci yang perlu diperolehi

    melalui soalselidik profil komuniti termasuk juga persepsi penduduk dan

    pemilik tanah terhadap projek PTB. Di antara kandungan soalselidik profil

    komuniti adalah seperti berikut:

    a. Maklumat Penduduk :

    Status penduduk samada pemilik tanah, penyewa,

    menumpang atau setinggan.

    Alamat dan nombor telefon, faks, email.

    b. Maklumat Pemilik Tanah :

    Nama pemilik tanah setiap lot dan status (samada masih hidup

    atau telah meninggal dunia).

    Nama waris/wakil sekiranya pemilik tanah telah meninggal

    dunia.

    Alamat, nombor telefon, faks dan email pemilik

    tanah/waris/wakil.

    Nombor kad pengenalan pemilik tanah/waris/wakil.

    Lain-lain maklumat yang berkaitan.

    c. Persepsi Mengenai Projek :

    Kesediaan penduduk/pemilik untuk menerima pembangunan.

    Kesediaan penduduk untuk menyertai pelaksanaan projek

    PTB.

  • Manual Penyediaan Projek Pembangunan Tanah Bersepakat (PTB)

    23

    3.2.2.4 Kajian Lapangan

    Kajian lapangan bertujuan merekodkan :

    Struktur bangunan dan hartanah untuk menentukan struktur dan

    keadaan semua bangunan untuk tujuan penilaian dan gantirugi.

    Pokok-pokok dan tanaman untuk tujuan pengekalan dan gantirugi.

    Kemudahan-kemudahan dan utiliti semasa di tapak.

    3.2.2.5 Mengesan pemilik tanah

    Bagi pemilik tanah yang tidak dapat dikesan, Perunding dengan bantuan

    Pasukan Kajian perlu mengesan pemilik melalui beberapa kaedah seperti

    berikut:

    Maklumat dari Pejabat Tanah dan Galian (melalui carian rasmi,

    bayaran cukai tanah atau semasa proses pengambilanbalik tanah).

    Melalui soal selidik profil komuniti.

    Maklumat JKKK dan penduduk yang telah lama menetap.

    Maklumat Pejabat Tanah dan Daerah

    Berdasarkan kepada No. Kad Pengenalan dan seterusnya merujuk

    kepada Jabatan Pendaftaran.

    Melalui keluarga, jiran dan kenalan.

    Iklan di akhbar utama dan media elektronik.

    (Rujuk contoh iklan di Lampiran 2)

    3.2.2.6 Penyediaan dan Kelulusan Laporan Teknikal

    Laporan Teknikal perlu dibentangkan untuk kelulusan Jawatankuasa

    Teknikal. Di antara perkara yang terkandung di dalam Laporan Teknikal

    adalah seperti perincian pengumpulan maklumat penduduk, pemilik tanah

    dan perihal tanah, kajian lapangan dan soal selidik, analisis dan

    penemuan, cadangan awal konsep perancangan, draf pelan susunatur,

    anggaran kos, pulangan dan cadangan organisasi pelaksanaan projek.

    (Rujuk isikandungan Laporan Teknikal di para 4.5).

  • Manual Penyediaan Projek Pembangunan Tanah Bersepakat (PTB)

    24

    3.2.3 Penyediaan Laporan Draf Awal Projek PTB

    Pada peringkat ini sesi Program Pembinaaan Persetujuan (PPP),

    perlantikan Jawatankuasa Perwakilan Pemilik-pemilik Tanah (JPPT) dan

    beberapa siri Mesyuarat Bersama JPPT perlu dijalankan.

    3.2.3.1 Program Pembinaan Persetujuan (PPP) Siri 1

    Matlamat PPP adalah untuk mengadakan perundingan dan seterusnya

    mendapatkan persetujuan pemilik tanah/waris untuk menyertai

    pelaksanaan projek PTB. Selain itu, program tersebut juga dapat memberi

    input mengenai keperluan komuniti, isu dan masalah berhubung dengan

    projek dan juga persepsi komuniti mengenai potensi kesan sosial ekoran

    dari pembangunan yang bakal dijalankan.

    3.2.3.2 Perlantikan Jawatankuasa Perwakilan Pemilik Tanah (JPPT)

    Perlantikan JPPT ini perlu dilakukan semasa PPP Siri 1 supaya

    perundingan selanjutnya yang lebih terperinci dapat dijalankan dengan

    lebih berkesan. JPPT ini adalah mewakili pemilik- pemilik tanah di dalam

    menentukan cadangan pembangunan dan juga pulangan yang akan

    diperolehi oleh pemilik tanah.

    3.2.3.3 Perundingan dan Mesyuarat-Mesyuarat Bersama JPPT

    Beberapa siri Mesyuarat Bersama JPPT perlu diadakan sehingga

    mencapai persetujuan terhadap pelaksanaan projek. Wakil JPPT ini

    diharap dapat memaklumkan kepada pemilik tanah berkenaan keputusan

    mesyuarat. Peranan JPPT adalah sangat penting dalam mempengaruhi

    keputusan dan persetujuan pemilik tanah/waris. Adalah dijangkakan

    setelah mendapat persetujuan daripada JPPT pemilik tanah akan turut

    bersetuju dengan keputusan yang telah dibuat.

  • Manual Penyediaan Projek Pembangunan Tanah Bersepakat (PTB)

    25

    Setelah pihak JPPT berpuas hati dan bersetuju dengan pelaksanaan

    projek, rundingan semula dengan pemilik tanah/ waris akan dilakukan

    untuk mendapatkan persetujuan melalui tandatangan Persetujuan

    Persefahaman (MOU) semasa PPP Siri 2. Seterusnya waris pemilik-

    pemilik tanah yang telah meninggal dunia akan dibantu untuk

    mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir. (persetujuan muktamad melalui

    tandatangan Perjanjian Usahasama dan Surat Wakil Kuasa antara pemilik

    tanah dengan pemaju akan dibuat dalam peringkat pelaksanaan projek).

    3.2.3.4 Penyediaan dan Kelulusan Laporan Draf Awal Projek PTB

    Laporan Draf Awal Projek PTB perlu dibentangkan untuk kelulusan

    Jawatankuasa Teknikal. Di antara perkara yang terkandung di dalam

    Laporan Draf Awal adalah cadangan konsep dan susunatur

    pembangunan, pelan-pelan kejuruteraan, pelan tanah kewangan dan

    plotan semula, pelan kewangan dan analisis PPP di samping penemuan-

    penemuan hasil dari analisis teknikal yang dijalankan. (Rujuk

    isikandungan Laporan Draf Awal di para 4.6).

    3.2.4 Penyediaan Laporan Draf Akhir Projek PTB

    Laporan Draf Akhir Projek PTB perlu mengambilkira kesesuaian

    cadangan dan persetujuan terkini pemilik tanah yang telah

    menandatangani persetujuan persefahaman. Sekiranya perlu, pelan

    susunatur akan dipinda mengikut fasa yang ditetapkan, pengiraan semula

    kos pembangunan dan seterusnya penetapan pulangan terkini kepada

    pemilik tanah.

    3.2.4.1 Program Pembinaan Persetujuan (PPP) Siri 2

    PPP Siri 2 bersama pemilik tanah/waris diadakan sebelum penyediaan

    Laporan Draf Akhir. PPP Siri 2 ini bertujuan untuk mendapatkan

    persetujuan pemilik tanah/waris untuk menyertai pelaksanaan projek PTB

    dan menandatangani persetujuan persefahaman (MOU) dengan pemaju

    projek.

  • Manual Penyediaan Projek Pembangunan Tanah Bersepakat (PTB)

    26

    3.2.4.2 Penyediaan dan Kelulusan Laporan Draf Akhir Projek PTB

    Laporan Draf Akhir Projek PTB perlu dibentangkan untuk kelulusan

    Jawatankuasa Pemandu. Di antara perkara yang terkandung di dalam

    Laporan Draf Akhir adalah termasuk persetujuan terkini pemilik tanah

    melalui persetujuan persefahaman yang ditandatangani dan juga

    cadangan fasa pelaksanaan pembangunan. (Rujuk isikandungan Laporan

    Draf Akhir di para 4.7). Dengan kelulusan Jawatankuasa Pemandu,

    penyediaan projek PTB dimuktamadkan.

    3.2.5 Penyediaan Laporan Projek PTB

    Pada peringkat ini perkhidmatan perunding telah selesai. Pasukan Teras

    akan menyediakan Laporan Projek PTB dengan mengambilkira

    keputusan Jawatankuasa Pemandu. Seterusnya, Laporan tersebut akan

    dicetak dan diedarkan. Seterusnya projek tersebut bersedia untuk

    peringkat seterusnya iaitu menyelesaikan urusan mendapatkan Surat

    Kuasa Mentadbir, perjanjian usahasama, surat wakil kuasa dan

    seterusnya pelaksanaan projek.

  • Manual Penyediaan Projek Pembangunan Tanah Bersepakat (PTB)

    27

    KANDUNGAN LAPORAN-LAPORAN

    PROJEK PEMBANGUNAN TANAH BERSEPAKAT (PTB)

    Dari segi penulisan, laporan-laporan yang disediakan ialah seperti berikut (Rujuk Rajah

    4.1) :

    i. Laporan Cadangan Tapak diluluskan oleh JPN

    ii. Laporan Asas Rujukan diluluskan oleh JPN

    iii. Laporan Pelawaan Perunding

    iv. Laporan Awal diluluskan oleh Jawatankuasa Teknikal

    v. Laporan Teknikal diluluskan oleh Jawatankuasa Teknikal

    vi. Laporan Draf Awal Projek PTB diluluskan oleh Jawatankuasa Teknikal

    vii. Laporan Draf Akhir Projek PTB diluluskan oleh Jawatankuasa Pemandu

    viii. Laporan Projek PTB - disediakan oleh Pasukan Teras

  • Manual Penyediaan Projek Pembangunan Tanah Bersepakat (PTB)

    28

    Rajah 4.1 : Laporan-laporan Projek PTB

    PERINGKAT PENYEDIAAN

    PROSES PENYEDIAAN LAPORAN KELULUSAN

    Laporan Cadangan Tapak (Oleh Pasukan Teras, JPBDSM/ JPBD Negeri/ PBT)

    JPN Peringkat 1 - Pra Kajian / Mobilisasi

    Laporan Asas Rujukan dan Laporan Pelawaan Perunding (Oleh Pasukan Teras, JPBDSM)

    JPN

    Peringkat 2 -Penyediaan Laporan Awal (1 bulan)

    Laporan Awal (Oleh Pasukan Perunding)

    JK Teknikal

    Penyediaan Laporan Teknikal (4 bulan)

    Laporan Teknikal (Oleh Pasukan Perunding)

    JK Teknikal

    Penyediaan Laporan Draf Awal Projek PTB (5 bulan)

    Laporan Draf Awal Projek PTB (Oleh Pasukan Perunding)

    JK Teknikal

    Penyediaan Laporan Draf Akhir Projek PTB (2 bulan)

    Laporan Draf Akhir Projek PTB (Oleh Pasukan Perunding)

    JK Pemandu

    JPN / PBN

    Penyediaan Laporan Projek PTB

    Laporan Projek PTB (Oleh Pasukan Teras, JPBDSM)

    Asas Rujukan & Pelawaan Perunding

    Kenalpasti Tapak Projek PTB

    Proses Perlantikan Perunding

    Laporan Awal

    Laporan Teknikal

    Laporan Draf Awal Projek PTB

    Laporan Draf Akhir Projek PTB

    Laporan Projek PTB

  • Manual Penyediaan Projek Pembangunan Tanah Bersepakat (PTB)

    29

    4.1 KANDUNGAN LAPORAN CADANGAN TAPAK

    Laporan Cadangan tapak mengandungi :-

    i. Penerangan ringkas mengenai sistem dan elemen penting PTB.

    ii. Profil tapak projek (termasuk tapak kajian, maklumat awal perihal tanah,

    penduduk dan pemilik tanah, keadaan topografi semasa, gunatanah

    semasa, pembangunan sekitar, sosio ekonomi, pelan-pelan sokongan,

    isuisu dan potensi tapak).

    iii. Maklumat nilaian tanah semasa. senarai

    iv. Penerimaan awal JKKK/penduduk kepada pembangunan melalui kaedah

    PTB.

    v. Kesimpulan kesesuaian tapak untuk penyediaan projek PTB.

    4.2 KANDUNGAN LAPORAN ASAS RUJUKAN

    Asas rujukan disediakan untuk kelulusan JPN dan sebagai asas untuk pelantikan

    perunding. Perkara-perkara yang terkandung dalam asas rujukan adalah seperti

    berikut:

    i. Pengenalan (tujuan asas rujukan, sistem PTB, keperluan penyediaan

    projek PTB, matlamat, objektif dan proses penyediaan projek PTB).

    ii. Kawasan kajian (latar belakang kawasan kajian, rumusan dasar-dasar

    berkaitan, faktor-faktor utama pemilihan tapak).

    iii. Bidang kajian (aspek kajian dan kepakaran perunding yang diperlukan).

    iv. Pengurusan kajian (tempoh dan jadual program kerja, rangka kerja kajian,

    data primer, laporan-laporan yang perlu dihasilkan dan skop

    perkhidmatan).

    v. Struktur organisasi (jawatankuasa-jawatankuasa, pasukan kajian).

    vi. Pengurusan kewangan kajian (anggaran kos perunding, jumlah

    peruntukan kajian, jadual pembayaran kepada perunding).

    vii. Faedah yang dijangka daripada projek.

    viii. Hasil kajian.

  • Manual Penyediaan Projek Pembangunan Tanah Bersepakat (PTB)

    30

    4.3 KANDUNGAN LAPORAN PELAWAAN PERUNDING

    Kandungan Laporan Pelawaan Perunding adalah sama dengan asas rujukan

    kecuali anggaran kos yang hanya menyatakan jumlah siling kos perunding.

    Laporan ini akan dihantar kepada perunding-perunding yang disenarai

    pendekkan untuk mengemukakan laporan cadangan teknikal dan kewangan. Ini

    akan diikuti dengan proses penilaian dan perlantikan perunding serta

    tandatangan dokumen perjanjian.

    4.4 KANDUNGAN LAPORAN AWAL

    Laporan Awal mengandungi :

    i. Latarbelakang Sistem PTB dan kawasan kajian termasuk maklumat awal

    penduduk, pemilik tanah, perihal tanah dan kawasan persekitaran.

    ii. Metodologi dan pendekatan kajian termasuk strategi dan pendekatan

    program pembinaan persetujuan, cadangan kajian-kajian lapangan dan

    soal selidik, keperluan dan sumber data, carta alir proses penyediaan dan

    program kerja penyediaan kajian.

    iii. Semakan dasar yang berkaitan.

    iv. Maklumat organisasi setempat (contoh : JKKK, pertubuhan/persatuan

    utama).

    v. Maklumat pemilikan tanah.

    vi. Cadangan isikandungan laporan-laporan projek PTB.

    vii. Ahli Pasukan Perunding dan bidang tugas serta tanggungjawab setiap

    ahli perunding.

    viii. Laporan-laporan yang akan dihasilkan dan peringkat kelulusan serta

    jangka masa.

    ix. Isu-isu utama penyediaan kajian serta cadangan tindakan penyelesaian.

  • Manual Penyediaan Projek Pembangunan Tanah Bersepakat (PTB)

    31

    4.5 KANDUNGAN LAPORAN TEKNIKAL

    Laporan Teknikal mengandungi :

    i. Maklumat terperinci aspek fizikal termasuk peta asas, pelan semakan

    ukur tanah dan topografi, guna tanah semasa, struktur dan kegunaan

    bangunan, bahan binaan dan keadaan bangunan dan pembangunan

    semasa kawasan sekitar.

    ii. Maklumat terperinci kawasan kajian termasuk perihal tanah, analisa

    penilaian tanah semasa, maklumat penduduk dan pemilik tanah/waris.

    iii. Analisis dari kajian-kajian lapangan serta soal selidik yang telah

    dijalankan.

    iv. Cadangan strategi dan program pembinaan persetujuan.

    v. Cadangan alternatif pembangunan, susunatur, pelan-pelan kejuruteraan

    dan kos pembangunan.

    vi. Cadangan awal pelan tanah kewangan dan plotan semula secara blok.

    vii. Alternatif perkongsian kos dan cadangan pulangan faedah.

    viii. Cadangan organisasi pelaksanaan projek serta tanggungjawab terperinci

    setiap agensi.

    ix. Rumusan penemuan dan isu-isu pelaksanaan.

    4.6 KANDUNGAN LAPORAN DRAF AWAL PROJEK PTB

    Laporan Draf Awal Projek PTB mengandungi:

    i. Maklumat terperinci tapak projek dan pemilikan tanah.

    ii. Aspek sosial dan hasil-hasil program pembinaan persetujuan termasuk

    hasil-hasil analisis kajian lapangan, keputusan program pembinaan

    persetujuan dan maklumat persetujuan terkini semua pemilik tanah.

    iii. Cadangan pembangunan keseluruhan termasuk konsep pembangunan,

    draf-draf pelan susunatur, pelan-pelan ukur tanah, pelan-pelan

    kejuruteraan, kos pembangunan, analisa penilaian tanah tanah sebelum

    dan selepas projek.

    iv. Cadangan pelan tanah kewangan, perkongsian kos, pelan plotan semula

    dan cadangan pulangan.

    v. Cadangan badan pelaksana projek dan struktur organisasi pelaksanaan

    projek.

  • Manual Penyediaan Projek Pembangunan Tanah Bersepakat (PTB)

    32

    vi. Cadangan Pelan Pengurusan Pelaksanaan Projek termasuk pelan-pelan

    fasa pelaksanaan, program dan jadual pelaksanaan projek, analisa aliran

    tunai dan anggaran ganti rugi serta rancangan penempatan sementara

    penduduk (sekiranya perlu).

    4.7 KANDUNGAN LAPORAN DRAF AKHIR PROJEK PTB

    Laporan ini mengandungi semua pelan-pelan dan cadangan-cadangan seperti di

    dalam Laporan Draf Awal Projek PTB termasuk persetujuan terkini pemilik tanah

    melalui persetujuan persefahaman yang ditandatangani. Laporan Draf Akhir

    Projek PTB juga merekodkan persetujuan terkini oleh pihak-pihak yang

    berkaitan seperti kerajaan negeri, jabatan/agensi kerajaan, PBT dan agensi-

    agensi infrastruktur. Berdasarkan persetujuan terkini, tindakan lanjut dan

    cadangan fasa pelaksanaan pembangunan juga perlu ditentukan dan

    dimasukkan di dalam laporan.

    4.8 KANDUNGAN LAPORAN PROJEK PTB

    Kandungan Laporan Projek PTB adalah mengambilkira keputusan Jawatankuasa

    Pemandu dan JPN/PBN.

  • Manual Penyediaan Projek Pembangunan Tanah Bersepakat (PTB)

    33

    PEMBINAAN PERSETUJUAN

    Dalam projek PTB, perundingan dan pembinaan persetujuan dengan pemilik-pemilik

    tanah merupakan aspek yang paling penting. Matlamat utama peringkat ini adalah untuk

    mendapatkan keyakinan dan persetujuan daripada seberapa ramai pemilik tanah atau

    waris (bagi pemilik tanah yang telah meninggal dunia) yang bersetuju secara rasmi

    (melalui perjanjian persetujuan persefahaman) untuk menyertai pelaksanaan projek

    PTB. Ini adalah kerana pelaksanaan projek PTB hanya boleh dijalankan melibatkan lot-

    lot yang mendapat persetujuan pemilik atau warisnya sahaja.

    Hendaklah ditekankan kepada pemilik tanah bahawa tanah mesti bebas daripada

    bebanan seperti cagaran, kaviet, faraid, kuasa mentadbir, cukai tanah, setinggan, dan

    lain-lain.

    Matlamat Program Pembinaan Persetujuan (PPP) adalah untuk mendapatkan

    maklumbalas dan persetujuan pemilik tanah/waris di dalam projek PTB. Selain itu,

    program tersebut juga dapat memberi input mengenai keperluan pemilik-pemilik tanah,

    isu dan masalah berhubung dengan projek dan juga persepsi pemilik-pemilik tanah

    mengenai potensi kesan sosial ekoran dari pembangunan yang bakal dijalankan.

  • Manual Penyediaan Projek Pembangunan Tanah Bersepakat (PTB)

    34

    Rajah 5.1 : Program Pembinaan Persetujuan Penyediaan Projek PTB

    PERINGKAT PENYEDIAAN

    PROSES PENYEDIAAN PROGRAM PEMBINAAN PERSETUJUAN

    Peringkat 1 - Pra Kajian / Mobilisasi

    Peringkat 2 -Penyediaan Laporan Awal (1 bulan)

    Penyediaan Laporan Teknikal (4 bulan)

    Penyediaan Laporan Draf Awal Projek PTB (5 bulan)

    Penyediaan Laporan Draf Akhir Projek PTB (2 bulan)

    Peringkat 3 Pelaksanaan Projek

    PPP Siri 2: Bersama Pemilik Tanah/ Waris Perbincangan dan persetujuan terhadap pindaan

    cadangan pelan susunatur Persetujuan terhadap pulangan Tandatangan Persetujuan Persefahaman (MOU)

    Laporan Teknikal

    Laporan Draf Awal Projek PTB

    Laporan Draf Akhir

    Projek PTB

    Laporan

    Projek PTB

    PPP Siri 1: Bersama Pemilik Tanah/ Waris Perbincangan dan persetujuan cadangan pelan

    pelaksanaan terperinci Soalselidik Penilaian Impak Sosial Persetujuan awal

    Peratus pemilik bersetuju/ tidak bersetuju Perlantikan JPPT

    Asas Rujukan & Pelawaan

    Perunding

    Kenalpasti Tapak Projek PTB

    Proses Perlantikan Perunding

    Laporan Awal

    Taklimat Awal Konsep PTB Kepada wakil rakyat, & Agensi-agensi berkaitan penduduk, pemilik tanah dan JKKK

    Taklimat Pemahaman Konsep PTB Kepada JKKK dan wakil penduduk

    Soalselidik Profil Komuniti Latarbelakang responden Keadaan fizikal, persekitaran dan kemudahan

    asas/awam Persepsi mengenai projek PTB

    Soalselidik Profil Komuniti 2 Mengesan pemilik tanah

    Focus Group Discussion

    Mesyuarat-mesyuarat bersama JPPT

    Pembentangan cadangan pelan susunatur Kos pembangunan Pulangan awal

  • Manual Penyediaan Projek Pembangunan Tanah Bersepakat (PTB)

    35

    5.1 TAKLIMAT AWAL DAN PENGUMPULAN MAKLUMAT

    Taklimat awal perlu di adakan dengan seberapa segera untuk memaklumkan

    kepada pemilik-pemilik tanah, waris, wakil dan penduduk serta pihak-pihak lain

    yang berkepentingan mengenai penyediaan projek PTB di kawasan tersebut.

    5.1.1 Taklimat Awal

    Taklimat akan menerangkan secara ringkas mengenai konsep PTB,

    kebaikan, kelebihan menyertai projek PTB dan kejayaan projek-projek

    PTB yang lain. Taklimat awal terbahagi kepada tiga kumpulan :

    i. Wakil Rakyat, Ketua Masyarakat, Ahli Majlis PBT;

    ii. Agensi Berkaitan; dan

    iii. Penduduk dan Pemilik tanah/Waris/Wakil pemilik

    Taklimat kepada penduduk akan dipengerusikan oleh wakil rakyat/YDP/

    Pengarah JPBD Negeri. Taklimat akan disampaikan oleh Urusetia Projek

    PTB (JPBD Negeri/JPBDSM) dan perunding.

    5.1.2 Soalselidik Profil Komuniti

    Semasa taklimat awal kepada Penduduk dan Pemilik/Waris/Wakil pemilik,

    borang soalselidik (rujuk contoh borang soalselidik di lampiran 3) untuk

    mendapatkan maklumat terperinci mengenai profil mereka akan

    diedarkan. Seterusnya, urusetia perlu meminta pemilik tanah/waris/wakil

    dan penduduk yang hadir memaklumkan kepada yang tidak hadir

    mengenai cadangan pembangunan projek PTB serta memohon mereka

    menghubungi urusetia PTB.

    Semasa taklimat awal, sesi memperkenalkan ahli Pasukan Kajian dan

    Perunding kepada peserta yang hadir perlu diadakan.

  • Manual Penyediaan Projek Pembangunan Tanah Bersepakat (PTB)

    36

    5.1.3 Mengesan Pemilik Tanah Yang Tidak Dapat Dihubungi (Absentee

    Landlord)

    Pemilik yang tidak dapat dihubungi perlu dikesan melalui kaedah yang

    sesuai seperti berikut bagi menjalankan soalselidik profil komuniti :

    i. Perlu merujuk ke pejabat tanah berkenaan bagi mendapatkan

    nama pemilik-pemilik yang berdaftar.

    ii. Pejabat pendaftaran (bagi mendapatkan alamat).

    iii. Maklumat Pembayar Cukai.

    iv. Maklumat Pejabat Tanah Galian.

    v. Hebahan media cetak seperti iklan akhbar.

    5.2 PERBINCANGAN KUMPULAN (FGD)

    Selain itu beberapa perbincangan berkumpulan (Focus Group Discussion-FGD)

    akan di adakan dengan beberapa kumpulan sasar secara berasingan. Kumpulan

    sasar yang dicadangkan adalah seperti berikut :

    Jadual 5.1 : Kumpulan Sasar dan Tujuan Perbincangan Kumpulan

    Sesi Kumpulan Sasar Tujuan

    1. Wakil Rakyat/JKKK Mendapatkan sokongan dan komitmen yang berterusan.

    2. Pemilik Tanah dan waris. Mendapatkan maklumbalas mengenai projek (jenis pembangunan, pulangan).

    3. Orang yang berkepentingan tetapi bukan pemilik tanah (penyewa, pemegang gadaian)

    Maklumbalas mengenai pemindahan, perobohan bangunan, bayaran pampasan, transit (alternative housing)

    *Sekiranya perlu, sebarang penambahan kumpulan sasar boleh dibuat bagi

    menjalankan FGD.

    FGD ini adalah sebagai persiapan untuk mendapatkan persepakatan sebelum

    mengadakan PPP Siri 1 dengan pemilik-pemilik tanah yang bermatlamat untuk

    mendapatkan seberapa banyak persetujuan ke atas pelaksanaan projek PTB di

    kawasan tersebut.

  • Manual Penyediaan Projek Pembangunan Tanah Bersepakat (PTB)

    37

    5.3 PROGRAM PEMBINAAN PERSETUJUAN SIRI 1

    PPP perlu diadakan untuk memberi kefahaman dan mendapatkan maklumbalas

    atau perhubungan komunikasi dua hala di antara pemilik-pemilik

    tanah/waris/wakil dengan urusetia mengenai sistem PTB, cadangan

    pembangunan, pulangan dan seterusnya mendapatkan persetujuan awal.

    Kehadiran PPP siri 1 perlu melibatkan :

    i. Pengarah JPBD Negeri (Pengerusi)

    ii. YDP/ Dato Bandar/ SU/ Ahli Majlis PBT

    iii. Pegawai Daerah

    iv. Pentadbir Tanah

    v. Pengarah Bahagian, JPBD Semenanjung Malaysia

    vi. Pengurus Projek PTB

    vii. Pegawai PBT

    viii. Perunding

    ix. Pemaju Projek

    Borang untuk mengesahkan profil pemilik-pemilik tanah diedarkan untuk

    kepastian. Di akhir program ini, satu Jawatankuasa Perwakilan Pemilik- pemilik

    Tanah (JPPT) perlu ditubuhkan. JPPT ini dianggotai oleh Pengerusi, Naib

    Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan kira-kira 6 orang AJK (bergantung kepada

    kesesuaian setempat) Jawatankuasa ini dianggotai oleh pemilik tanah/waris

    yang dilantik oleh pemilik-pemilik tanah/waris.

  • Manual Penyediaan Projek Pembangunan Tanah Bersepakat (PTB)

    38

    Jadual 5.2 : Tujuan, Kaedah dan Output Program PPP Siri 1 (termasuk FGD)

    Bil Tujuan Tindakan Kaedah Output

    1.

    Memberi penerangan

    mengenai projek PTB dan kaedah pembangunan yang bakal dijalankan di kawasan kajian.

    JPBDSM/ JPBD Negeri/ UPEN/ PBT/ Pemaju

    Mesyuarat bersama pemilik tanah. Mengadakan pameran projek PTB, paparan maklumat pemilik tanah/ waris dan draf pelan susunatur cadangan pembangunan.

    Kemaskini maklumat pemilik tanah/waris/wakil Kefahaman pemilik tanah/waris/wakil mengenai projek PTB

    2.

    Memaklumkan kepada

    pemilik tanah dan penduduk mengenai status dan implikasi projek.

    JPBD SM / JPBD Negeri/ UPEN/ PBT/ Pemaju

    Memberi taklimat/ penerangan kepada kesemua peserta yang hadir.

    Kefahaman mengenai kesan pembangunan dan pulangan melalui pelaksanaan PTB.

    3.

    Mendapatkan maklum balas dan input dari pemilik tanah mengenai projek PTB dan pelan susunatur projek.

    Urusetia projek PTB

    Perbincangan melalui pembahagian kumpulan mengikut zon yang ditetapkan.

    Setiap kumpulan melantik ketua dan wakil untuk membentangkan isu-isu yang dikemukakan. Mengenalpasti wakil pemilik tanah dari setiap zon kawasan kajian.

    4.

    Membentangkan draf cadangan pelan susunatur, kos-kos

    pembangunan, dan pulangan kepada pemilik tanah

    Fasilitator

    Pembentangan dilakukan oleh fasilitator setiap kumpulan.

    Mendapatkan ulasan dan cadangan balas dari peserta.

    5.

    Mendapatkan/

    mengesah/ mengemaskini maklumat pemilik tanah melalui borang

    soal selidik

    Fasilitator / pembantu fasilitator

    Pengesahan maklumat profil pemilik tanah dengan mengedarkan borang soalselidik dilakukan di dalam kumpulan oleh pembantu fasilitator.

    Kompilasi dan membina pengkalan data. Mengesahkan persetujuan awal peserta untuk menyertai pelaksanaan projek PTB.

    6.

    Menyelaraskan pelantikan Jawatankuasa Perwakilan Pemilik Tanah (JPPT) oleh

    peserta yang bersetuju menyertai pelaksanaan projek PTB.

    JPBD Negeri

    Mesyuarat perlantikan JPPT yang dipengerusikan oleh Pengarah JPBD Negeri

    Pengerusi dan AJK JPPT yang dilantik (contohnya 1 pengerusi, 1 naib Pengerusi, 1 setiausaha, 1 bendahari dan 3 orang AJK dilantik dalam mesyuarat. JPPT boleh melantik 3 orang lagi ahli jika perlu). Pengerusi JPPT seterusnya mempengerusikan mesyuarat dan membincangkan tindakan lanjut dengan peserta yang hadir.

  • Manual Penyediaan Projek Pembangunan Tanah Bersepakat (PTB)

    39

    5.3.1 Fungsi dan Syarat Perlantikan Jawatankuasa Perwakilan Pemilik

    Tanah (JPPT)

    Fungsi JPPT secara terperinci adalah seperti berikut:

    i. Mewakili dan menjaga kepentingan pemilik tanah dalam semua

    urusan pelaksanaan projek PTB.

    ii. Berperanan sebagai pengantara di antara pemilik- pemilik tanah dan

    agensi yang terlibat dalam pelaksanaan dan menyampaikan

    maklumat terkini kepada pemilik-pemilik tanah.

    iii. Membincangkan permasalahan/isu yang berbangkit dan

    mencadangkan kepada Badan Pelaksana akan tindakan-tindakan

    bersesuaian ke arah pelaksanaan projek.

    iv. Menguruskan Jawatankuasa sebagai pertubuhan berdaftar atau

    Jawatankuasa Sementara (Protemp Committee)

    v. Memaklumkan keputusan Mesyuarat Bersama JPPT (yang

    dipengerusikan oleh Pengarah JPBD Negeri sebagai Pengerusi

    Jawatankuasa Penyelarasan Pelaksanaan Projek PTB) kepada

    pemilik-pemilik tanah dan mendapatkan maklumbalas pemilik tanah

    serta melaporkan semula kepada Mesyuarat Bersama JPPT.

    Syarat perlantikan Ahli JPPT adalah seperti berikut:

    i. Ahli Jawatankuasa adalah di kalangan pemilik-pemilik tanah yang sah

    atau waris terdekat.

    ii. Ahli Jawatankuasa yang dilantik adalah terdiri dari pemilik-pemilik

    tanah yang bersetuju dengan pelaksanaan projek PTB.

    iii. Sekurang-kurangnya perlu terdapat ahli Jawatankuasa yang menetap

    di tapak PTB.

    iv. Ahli Jawatankuasa yang dilantik hendaklah hadir dalam mesyuarat

    perlantikan JPPT, tertakluk kepada persetujuan peserta yang hadir.

  • Manual Penyediaan Projek Pembangunan Tanah Bersepakat (PTB)

    40

    5.3.2 Peranan dan Tanggungjawab Fasilitator

    Peranan fasilitator sebagai pemudah cara untuk perbincangan antara

    pemilik tanah dengan Pasukan Kajian. Mereka bertanggungjawab

    sebagai orang tengah/perantara dalam menyelesaikan masalah-masalah

    yang timbul. Fasilitator mestilah terdiri daripada Pasukan Kajian PTB.

    Fasilitator perlu mempunyai kemahiran perundingan, perlu peka serta

    sensitif terhadap body language dan tingkah laku ahli-ahli semasa

    perbincangan kumpulan.

    5.3.3 Perundingan dan Mesyuarat-Mesyuarat Bersama JPPT

    Urusetia PTB akan mengadakan Mesyuarat Bersama JPPT mengikut

    jadual yang ditetapkan. Tujuan mesyuarat bagi menjelaskan cadangan

    pembangunan dan pulangan.

    Sebelum urusetia PTB berjumpa dengan JPPT, urusetia akan membuat

    mesyuarat pre-council bersama-sama dengan Pasukan Kajian dan

    Pemaju Projek supaya satu kata sepakat boleh dicapai.

    JPPT bertanggungjawab memaklumkan dan mendapatkan maklumbalas

    serta persetujuan pemilik tanah mengenai cadangan pembangunan dan

    pulangan. Rundingan-rundingan ini akan berterusan sehingga mendapat

    persetujuan awal dari pemilik-pemilk tanah.

    5.4 PROGRAM PEMBINAAN PERSETUJUAN SIRI 2

    Program Pembinaan Persetujuan Siri 2 bersama pemilik tanah/waris di adakan

    sebelum penyediaan Laporan Draf Akhir Projek PTB. PPP Siri 2 ini bertujuan

    untuk mendapatkan persetujuan pemilik tanah/waris untuk menyertai Projek PTB

    dan menandatangani persetujuan persefahaman.

  • Manual Penyediaan Projek Pembangunan Tanah Bersepakat (PTB)

    41

    Jadual 5.3 : Tujuan, Kaedah dan Output Program PPP Siri 2 (termasuk FGD)

    Bil Tujuan Tindakan Kaedah Output

    1.

    Melaporkan tentang PPP Siri 1 dan memberi maklumbalas ke atas isu-isu yang dikemukakan.

    JPBD Sem Msia/ JPBD Negeri/ UPEN/ PBT/ Pemaju

    Penerangan dan maklumbalas dipengerusikan oleh Pengarah JPBD Negeri.

    Kefahaman dan penerimaan terhadap penyelesaian isu-isu yang dikemukakan.

    2.

    Membentangkan draf cadangan pelan susunatur, kos-kos

    pembangunan, dan pulangan kepada pemilik tanah yang telah dipinda hasil cadangan balas dalam PPP Siri 1.

    Fasilitator

    Pembentangan konsep dan pulangan secara dasar kepada semua peserta dan penerangan terperinci oleh fasilitator dalam perbincangan kumpulan.

    Dipersetujui dengan penambahbaikan

    3.

    Mendapatkan pandangan dan cadangan lanjut

    daripada pemilik tanah.

    Fasilitator

    Fasilitator memberi penjelasan terhadap konsep dan cadangan pembangunan di dalam kumpulan. Perbincangan kumpulan dengan penerangan terperinci oleh fasilitator.

    Isu lain yang masih belum diselesaikan.

    4.

    Meyakinkan pemilik tanah mengenai

    cadangan pembangunan dan mendapatkan persetujuan dasar pemilik tanah

    Fasilitator

    Pembantu Fasilitator setiap kumpulan akan merekodkan persetujuan setiap pemilik tanah dan lot yang diwakili. Fasilitator perlu peka dan sensitif terhadap body language dan tingkah laku ahli dalam perbincangan kumpulan.

    Mengenalpasti lot yang bersetuju (semua pemilik tanah) dan lot yang tidak bersetuju (bilangan pemilik yang bersetuju dan tidak bersetuju dalam lot tersebut). Penentuan fasa pembangunan sekiranya perlu. Menandatangani persetujuan persefahaman bagi lot-lot yang bersetuju.

  • Manual Penyediaan Projek Pembangunan Tanah Bersepakat (PTB)

    42

    5.4.1 Persetujuan Persefahaman

    Perjanjian Persetujuan Persefahaman (MOU) menyatakan komitmen

    pemilik tanah/waris untuk menyertai pelaksanaan Projek PTB dan tidak

    akan mengadakan sebarang urusan dengan pihak lain untuk

    melaksanakan pembangunan selain daripada menggunakan kaedah PTB.

    Perjanjian akan di tandatangani oleh pemilik tanah bersama pemaju

    dengan disaksikan oleh pemimpin/Wakil Rakyat/Pegawai Daerah/YDP.

    5.4.2 Pindaan dan Memuktamadkan Cadangan Pembangunan

    Pasukan Kajian mengambil tindakan menyediakan cadangan

    pembangunan terkini, cadangan semakan kos pembangunan dan

    pulangan akhir.

    Urusetia PTB memanggil Mesyuarat Bersama JPPT dan setelah

    mesyuarat bersetuju pada dasarnya terhadap perkara-perkara di atas,

    seterusnya urusetia akan memanggil satu taklimat akhir kepada semua

    pemilik-pemilik tanah yang terlibat dengan fasa pembangunan tersebut.

    Jika persetujuan diperolehi daripada semua pemilik-pemilik tanah, majlis

    menandatangani perjanjian usahasama akan diadakan setelah semua

    urusan mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir kepada waris pemilik tanah

    yang telah meninggal dunia diselesaikan.

  • Manual Penyediaan Projek Pembangunan Tanah Bersepakat (PTB)

    43

    5.5 PROSES PERUNDINGAN

    Secara ringkas, proses perundingan bagi mendapatkan persetujuan adalah

    seperti rajah 5.2 di bawah. Bagi pemilik yang tidak bersetuju, perundingan bagi

    mencapai persetujuan tetap di jalankan. Jika persetujuan masih tidak dicapai

    beberapa tindakan perlu diambil, di antaranya dikeluarkan dari kawasan

    pelaksanaan projek, membuat perancangan semula, pembelian oleh pemaju

    atau pengambilanbalik tanah sebagai langkah terakhir.

    Rajah 5.2 : Proses Perundingan

    Setuju

    PPP Siri 2/ Menandatangan MOU

    Mesyuarat Bersama JPPT

    Mesyuarat Bersama Pemilik Tanah

    Menandatangani Perjanjian Usahasama

    Mendapatkan Kuasa

    Mentadbir Menandatangani

    MOU

    Tidak Setuju

    Perundingan bersama Pemilik

    Yang Tidak Bersetuju

    Setuju Tidak Setuju

    Tindakan Lanjut : i. Dikeluarkan ii. Perancangan Semula iii. Pembelian Oleh Pemaju iv. Pengangambilanbalik

    Tanah Langkah terakhir/ tidak dapat dielakkan

    PELAKSANAAN PROJEK

    Taklimat Awal Konsep PTB

    Focus Group Discussion (FGD)

    PPP Siri 1/ Perlantikan JPPT

    Mesyuarat Bersama JPPT

    Mesyuarat Bersama Pemilik Tanah/ Persetujuan Awal

  • Manual Penyediaan Projek Pembangunan Tanah Bersepakat (PTB)

    44

    PENGURUSAN PROJEK

    PEMBANGUNAN TANAH BERSEPAKAT (PTB)

    6.1 KELULUSAN LAPORAN PROJEK PTB

    Penyediaan Projek PTB diselaras serta diluluskan oleh Jawatankuasa Teknikal

    dan Jawatankuasa Pemandu.

    6.1.1 Jawatankuasa Teknikal

    Fungsi-fungsi Jawatankuasa Teknikal adalah seperti berikut :

    i. Untuk menilai data-data teknikal, analisis dan laporan-laporan.

    ii. Untuk menyelaras semua cadangan dari kajian dengan dasar-

    dasar kerajaan dan dasar-dasar Jabatan/Agensi.

    iii. Untuk membantu Pasukan Kajian dalam pengumpulan maklumat.

    iv. Menilai, mempertimbangkan dan meluluskan Laporan Awal,

    Laporan Teknikal dan Laporan Draf Awal.

    Keahlian Jawatankuasa Teknikal :-

    1. Pengarah, Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri - Pengerusi

    2. Pengarah, Unit Perancangan Ekonomi Negeri

    3. Pengarah, Pejabat Tanah Dan Galian Negeri

    4. Datuk Bandar / YDP, PBT Yang Berkenaan

    5. Pegawai Daerah, Pejabat Daerah

    6. Pengarah, Jabatan Kerja Raya Negeri

    7. Pengarah, Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri

    8. Pengarah, Jabatan Perkhidmatan Pembentungan Wilayah

    9. Pengarah, Jabatan Ukur Dan Pemetaan Negeri

    10. Pentadbir Tanah, Pejabat Tanah Dan Daerah

    11. Pengarah, Jabatan Perancangan PBT Berkenaan

    12. Pengarah, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Negeri

    13. Pengurus Besar, Syarikat Bekalan Air

    14. Pengurus Besar, Tenaga Nasional Berhad

    15. Pengurus Besar, Telekom Malaysia

    16. Pemaju Projek

  • Manual Penyediaan Projek Pembangunan Tanah Bersepakat (PTB)

    45

    17. Pengarah Bahagian Rancangan Pembangunan,

    (Pejabat Projek), JPBD Semenanjung Malaysia

    18. Pengarah BRFN, JPBD Semenanjung Malaysia

    19. Pengurus Projek BRFN /

    Pejabat Projek JPBD Semenanjung Malaysia

    - Setiausaha

    Nota: Keahlian tertakluk kepada perubahan dan keperluan mengikut negeri

    6.1.2 Jawatankuasa Pemandu

    Fungsi-fungsi Jawatankuasa Pemandu adalah seperti berikut :

    i. Memandu kajian agar selaras dengan polisi negara, negeri dan juga

    tempatan;

    ii. Menilai, mempertimbangkan dan meluluskan Laporan Draf Akhir.

    Keahlian Jawatankuasa Pemandu:-

    1. Setiausaha Kerajaan Negeri - Pengerusi

    2. Ketua Pengarah/Timbalan Ketua Pengarah, JPBD Sem Msia

    3. Pengarah, JPBD Negeri - Setiausaha

    4. Pengarah, Unit Perancangan Ekonomi

    5. Pengarah Pejabat Tanah Dan Galian Negeri

    6. Pegawai Daerah, Pejabat Tanah Dan Daerah

    7. Pentadbir Tanah, Pejabat Tanah Dan Daerah

    8. Yang Di Pertua/ Datuk Bandar, PBT Yang Berkenaan

    9. Pengarah, Jabatan Kerja Raya Negeri

    10. Pengarah, Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Negeri

    11. Pengarah, Jabatan Ukur Dan Pemetaan Negeri

    12. Pengarah, Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri

    13. Pengarah, Jabatan Perkhidmatan Pembentungan Wilayah

    14. Pengurus Besar, Syarikat Bekalan Air

    15. Pengurus Besar, Tenaga Nasional Berhad

    16. Pengurus Besar, Telekom Malaysia

    17. Pemaju Projek

    18. Pengarah BRFN / Pengarah Pejabat Projek, JPBD Sem Msia

    Nota: Keahlian tertakluk kepada perubahan dan keperluan mengikut negeri

  • Manual Penyediaan Projek Pembangunan Tanah Bersepakat (PTB)

    46

    6.2 STRUKTUR ORGANISASI PASUKAN KAJIAN

    6.2.1 Pasukan Kajian

    Pasukan Kajian terdiri daripada Pasukan Teras, Pasukan Perunding, JPBD

    Negeri, Pejabat Projek (yang berkenaan), Pengarah Jabatan Perancangan PBT

    (yang berkenaan), wakil UPEN, wakil Pegawai Daerah dan wakil Pentadbir

    Tanah. Pasukan Kajian diketuai oleh Pengarah Bahagian Fizikal

    Negara/Pengarah Pejabat Projek JPBD Semenanjung Malaysia.

    6.2.2 Pasukan Teras

    Pasukan Teras diketuai oleh Pengurus Projek JPBD Semenanjung Malaysia.

    Tugas Pasukan Teras adalah seperti berikut :-

    i. Bertanggungjawab memastikan kajian siap pada waktu dan peruntukan

    kewangan yang ditetapkan;

    ii. Membimbing dan menyelaras perunding dalam penyediaan kajian;

    iii. Meneliti, menyemak dan memastikan laporan dari perunding agar

    memenuhi kehendak Asas Rujukan;

    iv. Mengurus semua perbincangan, mesyuarat, sesi pembinaan persetujuan,

    dan sesi dialog/taklimat berkaitan projek PTB; dan

    v. Mengatur dan membantu perunding untuk mendapatkan maklumat.

  • Manual Penyediaan Projek Pembangunan Tanah Bersepakat (PTB)

    47

    6.2.3 Pasukan Perunding

    Pasukan Perunding terdiri dari perunding dalam bidang yang dikenalpasti dan

    diketuai oleh Ketua Perunding. Ketua Perunding bertanggungjawab ke atas

    semua hasil kerja Pasukan Perunding dan bertindak sebagai penyelaras kepada

    semua laporan yang dihasilkan. Antara tugas-tugas Pasukan Perunding adalah

    seperti berikut:-

    i. Mengumpul, mengesahkan dan menganalisis semua data-data atau

    maklumat-maklumat yang berkaitan dari kajian-kajian perancangan,

    kajian lapangan dan soalselidik, cadangan dan program, polisi-polisi serta

    objektif kerajaan/pihak berkuasa tempatan, Jabatan/Agensi;

    ii. Menghadiri semua perbincangan, mesyuarat, sesi pembinaan

    persetujuan, sesi dialog/taklimat dan menyediakan serta menyampaikan

    pembentangan seperti yang ditetapkan oleh Pasukan Teras;

    iii. Berunding dengan Pasukan Teras dalam keseluruhan proses penyediaan

    kajian;

    iv. Berhubung dan berunding dengan pegawai kerajaan/separa kerajaan

    atau pihak berkuasa/agensi berkaitan yang terlibat secara langsung atau

    tidak dengan kajian ini;

    v. Mengubahsuai dan membuat pindaan semua laporan, rajah dan pelan

    mengikut keputusan Jawatankuasa, Pasukan Kajian dan Pasukan Teras;

    dan

    vi. Membantu Pasukan Teras dalam menguruskan latihan dalaman berkaitan

    dengan projek PTB dengan menyampaikan maklumat, pengetahuan,

    kemahiran dan teknologi berkaitan.

    Pasukan Perunding yang dilantik perlu diketuai oleh firma perancangan bandar

    yang berdaftar. Terdapat lapan (8) bidang kepakaran perunding yang diperlukan

    dengan setiap satunya perlu melaksanakan bidang tugas seperti berikut :-

    Ketua Perunding

    Perancang Bandar

    Pakar Pembinaan Kapasiti dan Pengurusan Projek

    Jurukur Tanah dan Perekabentuk Plotan Semula

    Jurunilai

    Jurukur Bahan

  • Manual Penyediaan Projek Pembangunan Tanah Bersepakat (PTB)

    48

    Jurutera (Awam dan Utiliti)

    Ahli Sosiologi/Perancang Sosial

    i. Ketua Perunding

    Mengetuai dan menyelaras Pasukan Perunding.

    Mengumpul/menyemak dan menyelaras penyediaan semua laporan

    dan output kajian.

    Berhubung dan berunding dengan Pasukan Teras dan lain-lain

    jabatan teknikal dan agensi berkaitan.

    Mengendalikan projek dengan memastikan projek siap pada waktu

    dan peruntukan yang ditetapkan.

    Menyediakan bahan taklimat dan membuat pembentangan seperti

    yang ditetapkan oleh Pasukan Teras.

    Membantu Pasukan Teras dengan menyalurkan maklumat-maklumat

    teknikal sekiranya diperlukan.

    ii. Perancang Bandar

    Menyediakan aspek perancangan fizikal tapak termasuk konsep

    perancangan dan pelan-pelan susunatur.

    Mengkaji pembangunan semasa dan sekitar kawasan kajian.

    Mengkaji keperluan lalulintas sediada, rangkaian jalanraya, sirkulasi

    lalulintas dan keperluan tempat letak kenderaan.

    Menterjemah semua maklumat dalam bentuk digital dan

    menggunakan aplikasi GIS.

    iii. Pakar Pembinaan Kapasiti dan Pengurusan Projek

    Mengenalpasti struktur organisasi pelaksanaan projek dan

    memperincikan tanggungjawab setiap agensi terlibat.

    Mengkaji dan mencadangkan struktur organisasi Badan Pelaksana

    dan keperluan tenaga kerja untuk melaksanakan Projek PTB.

    Mencadangkan keperluan dan program latihan kepada tenaga kerja

    yang terlibat di dalam pelaksanaan Projek PTB.

    Menyediakan perancangan untuk penempatan sementara pemilik

    tanah dan bekerjasama dengan agensi berkaitan berkenaan

    penempatan semula setinggan (sekiranya terdapat setinggan di

    kawasan kajian).

  • Manual Penyediaan Projek Pembangunan Tanah Bersepakat (PTB)

    49

    Menyediakan perancangan keseluruhan dan program serta jadual

    pelaksanaan projek secara terperinci.

    iv. Jurukur Tanah dan Perekabentuk Plotan Semula

    Menjalankan kerja-kerja ukur tanah terkini termasuk semua struktur

    bangunan di kawasan kajian.

    Mengkaji dan mencadangkan prinsip-prinsip dan garispanduan plotan

    semula.

    Menyedia pelan plotan semula secara terperinci setiap lot

    berdasarkan hasil perundingan bersama pemilik-pemilik tanah.

    Membantu sesi taklimat bersama pemilik-pemilik tanah berkaitan

    pelan plotan semula.

    Menterjemah semua maklumat dalam bentuk digital dan

    menggunakan aplikasi GIS.

    v. Jurunilai

    Mengkaji dan mencadangkan prinsip/garispanduan penilaian

    hartanah.

    Mengkaji penilaian hartanah sebelum dan selepas projek.

    Mengkaji perancangan tanah kewangan termasuk penilaian dan

    pasaran tanah kewangan serta analisis aliran tunai.

    Menjalankan kajiselidik bangunan dan hartanah untuk menetapkan

    nilai pampasan/gantirugi.

    vi. Jurukur Bahan

    Bekerjasama dengan Jurunilai dalam menyediakan:

    Kos projek, pendapatan projek dan cadangan pulangan.

    Menyediakan pelan kewangan untuk pelaksanaan projek.

    Mengkaji sumber kewangan untuk pelaksanaan.

    Menilai cadangan kewangan oleh pemaju projek PTB.

    vii. Jurutera (Awam dan Utiliti)

    Menyedia serta mengkaji rekabentuk asas dan kajian perancangan

    kejuruteraan berkaitan pembangunan tanah dan aras ketinggian,

    keratan rentas, section height and typical structures ke atas

    kemudahan-kemudahan dan menganggarkan keperluan untuk

  • Manual Penyediaan Projek Pembangunan Tanah Bersepakat (PTB)

    50

    bekalan air, pembetungan, sisa pepejal, perparitan, jalan dan kerja

    tanah.

    Menyedia dan mengkaji rekabentuk asas dan kajian perancangan

    kejuruteraan terutama untuk menentukan permintaan dan jenis

    kemudahan-kemudahan berikut:

    - Bekalan elektrik

    - Telekomunikasi

    - Gas

    - Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)

    ix. Ahli Sosiologi/ Perancang Sosial

    Menyediakan strategi pembinaan persetujuan keseluruhan dan

    melaksanakan strategi dan program pembinaan persetujuan serta

    mendokumenkan semua hasil program tersebut.

    Menjalankan kajian soalselidik profil komuniti dan penilaian impak

    sosial dan mengambil tindakan serta analisis ke arah mendapatkan

    persetujuan bagi menyertai pelaksanaan projek PTB.

    6.3 Anggaran Kos

    Kos penyediaan projek PTB adalah termasuk anggaran kos perunding dan

    anggaran kos pengurusan. Anggaran kos adalah di antara RM800,000 hingga

    RM 1,000,000 bergantung kepada ciri- ciri kawasan. Manakala, anggaran

    keperluan man-month dan kos perunding serta Jadual Program Kerja

    Penyediaan Projek PTB ialah seperti di dalam lampiran 4 dan 5.

  • Manual Penyediaan Projek Pembangunan Tanah Bersepakat (PTB)

    51

    PENGGUNAAN GIS DALAM PROJEK PEMBANGUNAN TANAH BERSEPAKAT (PTB)

    Penggunaan sistem maklumat geografi (GIS) adalah bertujuan untuk menyimpan data

    dan maklumat, penganalisaan maklumat dan seterusnya persembahan data untuk

    laporan dan taklimat. Ianya juga digunakan mengemaskini dan memantau maklumat-

    maklumat yang ada dari masa ke semasa.

    Penyediaan Projek PTB hendaklah menggunakan peta asas berdasarkan dari Jabatan

    Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Peta asas ini akan digunakan untuk

    memasukkan maklumat-maklumat dan perihal tanah dengan menggunakan perisian

    GIS.

    Sistem unjuran bagi penyediaan Projek PTB hendaklah menggunakan unjuran yang

    terkini dan seragam dengan unjuran bagi kajian Rancangan Tempatan dan Rancangan

    Kawasan Khas di mana bersesuaian.

    (Penerangan terperinci mengenai Penggunaan GIS dalam Projek PTB boleh dirujuk di

    dalam laporan berasingan yang telah disediakan).

  • Manual Penyediaan Projek Pembangunan Tanah Bersepakat (PTB)

    52

    PENUTUP

    Manual Penyediaan Projek PTB ini merupakan panduan kepada semua pihak

    yang terlibat dalam menyediakan perancangan untuk melaksanakan projek PTB

    bagi sesuatu kawasan yang telah dikenalpasti.

    Secara keseluruhannya, manual ini menjelaskan aspek-aspek dan pendekatan

    penyediaan projek PTB termasuk penyediaan laporan-laporan berkaitan dan

    pembinaan persetujuan.

    Adalah diharapkan manual ini dapat dijadikan panduan dalam penyediaan projek

    PTB dan menjadi asas kepada peringkat pelaksanaan projek PTB.

  • LAMPIRAN 1

    Kaedah Tanah Selangor Jadual 4

    CARIAN RASMI UNTUK KEGUNAAN RASMI (kaedah)

    Adalah diperakui bahawa suatu carian rasmi telah dibuat mengikut Seksyen 385, Kanun Tanah Negara berkenaan tanah berikut :-

    Bahawa pada tarikh dan waktu perakuan ini dikeluarkan, butir-butir tanah tersebut adalah seperti berikut :

    Kategeri Kegunaan Tanah : Tiada Syarat Nyata : Tiada Sekatan Kepentingan : Tiada

    Pemilikan dan Alamat

    HAMIDAH BT. IBRAHIM Warganegara Malaysia, 48/192 bahagian JAMILAH BT. ADAM, No. Kad Pengenalan : 541016-10-5416 Warganegara Malaysia, 77/1760 bahagian MUNAH BT. AHMAD Warganegara Malaysia, 18/192 bahagian

    Hakmilik : 1001GM00001645 Mukasurat : 1(2) Tarikh ; 28/09/2004

    Jenis dan No. Hakmilik : GM 1645 No. Lot : Lot 3545

    Bandar/Pekan/ Mukim : Mukim Dengkil Tempat : 103/4 AYER HITAM ROAD

    Keluasan : 1.8211 Hektar Daerah : Sepang

    No. Syit Piawaian : 101 C Nombor Pelan Akui : 13834

    Taraf Pegangan (Selama-lamanya atau Pajakan) : Selama-lamanya Tarikh Luput Pajakan (Jika berkenaan) :

    Kawasan Rizab (Jika Berkenaan) : TANAH SIMPANAN MELAYU

    Tarikh Daftar : 2 Mei 2002 Cukai Tanah : RM 38.00

  • Tanggungan dan endosan-endosan lain : No. Perserahan : P08887/2001 Jil. 17 Fol.58 Kaveat Pendaftar atas Syer Keatas bahagian TIJAH BINTI MAT, No. kp : 241010-105154 Sbg Pemegang Amanah 1, 77/1760 bhgn. Didaftarkan pada 5 November 1997 jam 11:05:00 pagi (No. Rujukan Fail : ULDS.73/63) No. Perserahan : P08888/2001 Jil. 17 Fol. 58B Kaveat Pendaftar atau Syer keatas bahagian MUHAMMAD BIN YAHYA, No. kp : 3304472 sbg Pemegang Amanah 1, 7/1760 bhgn. Didaftarkan pada 5 November 1997 jam 11:50:00 pagi (No. Rujukan Fail : ULDS.73/63) Tanggungan dan endosan-endosan lain : Urusan-urusan dalam perserahan yang belum didaftarkan : Tiada

    Hakmilik : 1001GM00001645 Mukasurat : 2(2) Tarikh ; 28/09/2004

  • LAMPIRAN 2

  • 1

    KAJIAN PELAN PELAKSANAAN PEMBANGUNAN TANAH

    BERSEPAKAT, KG. SKUDAI KIRI, JOHOR BAHRU,

    JOHOR DARUL TAKZIM

    Nam

    a P

    emba

    nci

    :

    .....

    .....

    ...

    Nom

    bor

    Lot

    :

    /

    .. T

    arik

    h

    :

    ...

    ....

    ......

    N

    ama

    Jala

    n :

    .....

    ......

    ......

    .....

    ...

    BAHAGIAN A : MAKLUMAT ASAS RESPONDEN

    1.

    Nam

    a R

    espo

    nden

    :

    ___

    ____

    ____

    ____

    ____

    ____

    ____

    ___

    ____

    ____

    ____

    ____

    ____

    ____

    ____

    2.

    A

    lam

    at R

    espo

    nden

    :

    ___

    ____

    ____

    ____

    ____

    ____

    ____

    ____

    ____

    ____

    ____

    ____

    ____

    ____

    ___

    _

    ____

    ____

    ____

    ____

    ____

    ____

    ____

    ____

    ____

    ____

    ___

    ____

    ____

    ____

    __

    3.

    Sta

    tus

    Res

    pond

    en

    :

    Pem

    ilik

    P

    enye

    wa

    Sub

    Pen

    yew

    a

    S

    etin

    ggan

    i. S

    ekira

    nya

    peny

    ewa/

    sub

    peny

    ewa/

    setin

    ggan

    , nya

    taka

    n na

    ma

    da

    n al

    amat

    pem

    ilik

    sebe

    nar:

    __

    ____

    ____

    ____

    ____

    ____

    ____

    ____

    ____

    ____

    ____

    ___

    ___

    ____

    ____

    ____

    ____

    ____

    ____

    ____

    ____

    ____

    ____

    ____

    ___