teks ucapan.docx

4
TEKS UCAPAN YAB TAN SRI DATO' HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD. YASSIN TIMBALAN PERDANA MENTERI MERANGKAP MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA Sambutan Hari Guru adalah tanda pengiktirafan tertinggi negara terhadap peranan dan sumbangan para guru mendidik anak bangsa. Sempena hari yang amat bermakna ini, saya dengan rendah hati merakamkan ucapan segunung kasih dan setulus penghargaan kepada semua guru di seluruh pelosok tanah air atas segala jasa, bakti dan sumbangan anda semua. Tema Hari Guru pada tahun ini, iaitu ‘Guru: Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak' amat bertepatan dengan suasana dan cabaran masa kini. Sehubungan ini, guru memainkan peranan penting untuk menyempurnakan akhlak murid serta membentuk insan seimbang dan berperibadi unggul. Lebih-lebih lagi dalam keghairahan kita mengejar kemajuan material, aspek akhlak dan nilai murni mesti diberikan perhatian yang utama oleh sistem pendidikan kita. Modal insan yang ingin kita bangunkan tidak seharusnya dilengkapkan dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran semata- mata, tetapi juga mesti diperkukuhkan dengan akhlak yang terpuji dan nilai-nilai yang murni. Bagi saya aspek akhlak, budi pekerti, integriti, amanah dan nilai-nilai murni adalah komponen yang amat penting dalam membina negara bangsa dan mencapai kemajuan ekonomi yang lestari. Tanpa kita sedari, sifat jujur, amanah dan integriti sebenarnya merupakan nilai intrinsik yang menjadi tunjang dan pasak kemajuan ekonomi. Dalam perniagaan misalnya, seorang peniaga yang jujur dan amanah akan mendapat kepercayaan pelanggan untuk terus membeli barangan atau

Upload: lee-tek-son

Post on 09-Nov-2015

229 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

TEKS UCAPANYAB TAN SRI DATO' HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD. YASSINTIMBALAN PERDANA MENTERIMERANGKAP MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIASambutan Hari Guru adalah tanda pengiktirafan tertinggi negara terhadap peranan dan sumbangan para guru mendidik anak bangsa. Sempena hari yang amat bermakna ini, saya dengan rendah hati merakamkan ucapan segunung kasih dan setulus penghargaankepada semua guru di seluruh pelosok tanah air atas segala jasa, bakti dan sumbangan anda semua.

Tema Hari Guru pada tahun ini, iaitu Guru: Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak' amat bertepatan dengan suasana dan cabaran masa kini. Sehubungan ini, guru memainkan peranan penting untuk menyempurnakan akhlak murid serta membentuk insan seimbang dan berperibadi unggul. Lebih-lebih lagi dalam keghairahan kita mengejar kemajuan material, aspek akhlak dan nilai murni mesti diberikan perhatian yang utama oleh sistem pendidikan kita.Modal insan yang ingin kita bangunkan tidak seharusnya dilengkapkan dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran semata-mata, tetapi juga mesti diperkukuhkan dengan akhlak yang terpuji dan nilai-nilai yang murni. Bagi saya aspek akhlak, budi pekerti, integriti, amanah dan nilai-nilai murni adalah komponen yang amat penting dalam membina negara bangsa dan mencapai kemajuan ekonomi yang lestari.Tanpa kita sedari, sifat jujur, amanah dan integriti sebenarnya merupakan nilai intrinsik yang menjadi tunjang dan pasak kemajuan ekonomi. Dalam perniagaan misalnya, seorang peniaga yang jujur dan amanah akan mendapat kepercayaan pelanggan untuk terus membeli barangan atau melanggan perkhidmatan yang ditawarkan. Jika peniaga itu tidak amanah dengan melakukan penipuan atau manipulasi untuk mengaut keuntungan berlebihan, maka sudah pasti pelanggan tidak lagi mempercayainya dan perniagaannya akan mengalami kerugian.Saudara dan saudari, renungkanlah. Integriti mungkin dianggap satu perkara yang kecil dan soal individu. Tetapi hakikatnya ketiadaan integriti hanya pada segelintir individu boleh mendatangkan malapetaka yang besar kepada sesuatu industri, masyarakat dan juga negara. Oleh itu, sudah sampai masanya kita meletakkan pendidikan moral dan akhlak kearah melahirkan insan yang amanah, berintegriti dan bertanggungjawab sebagai urusan utama (core business) pendidikan di negara kita.Hal ini boleh direalisasikan sekiranya guru-guru sentiasa menerapkan nilai-nilai murni seperti sifat amanah, jujur, telus dan budi pekerti yang mulia dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti kesukanan dan ko-kurikulum.Tugas mendidik murid supaya berakhlak mulia dan berdisiplin tidak hanya terletak pada bahu guru pendidikan moral, guru pendidikan Islam atau guru disiplin, tetapi pada semua guru. Jika kita dapat menjadikan sekolah sebagai medan asuhan akhlak dan sahsiah murid yang sempurna, saya yakin hasrat kita untuk melahirkan insan yang berilmu dan berakhlak mulia akan menjadi kenyataan.Lebih-lebih lagi soal akhlak dan keperibadian yang mulia amat ditekankan bukan sahaja oleh agama Islam, tetapi oleh semua agama dan kepercayaan. Saya yakin, seorang penganut agama yang taat akan mengamalkan nilai-nilai yang murni dalam kehidupan dan saling menghormati antara satu sama lain. Dalam sebuah negara majmuk seperti Malaysia, pendidikan akhlak dan moral mestilah menekankan prinsip menghormati perbezaan, meraikan kepelbagaian dan memupuk hubungan yang baik antara masyarakat pelbagai kaum dan agama.Saya percaya, jika prinsip ini dapat digarap dengan baik dan diterapkan dalam jiwa setiap murid tanpa mengira kaum dan agama, kita akan dapat mengekalkan keamanan dan keharmonian kaum yang kita kecapi selama ini.PENINGKATAN PROFESIONALISME KEGURUANSaudara dan saudari yang saya hormati sekalian, Saya sedar menjadi guru pada hari ini tidaklah semudah yang disangka. Tugas dan tanggungjawab besar yang terletak di bahu para guru memerlukan komitmen tinggi dan menuntut perubahan dinamik dalam profesionalisme keguruan. Oleh itu, KPM melalui program Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) menyediakan platform yang sesuai untuk guru meningkatkan tahap profesionalisme dalam kerjaya di samping memantapkan imej kendiri.Seorang guru yang profesional adalah guru yang berilmu, mempunyai kemahirandan ketrampilan dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta memiliki sahsiah yang boleh menjadi contoh teladan kepada murid.Dalam usaha memastikan guru yang dilahirkan oleh institusi pendidikan guru mampu mendidik murid menjadi insan berkualiti, sistem pengambilan guru pelatih juga telah ditambah baik. Dalam Gelombang Pertama anjakan keempat

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 2025, Institut Pendidikan Guru kini melaksanakan dasar pengambilan yang lebih ketat iaitu sebanyak 30 peratus pengambilan baharu adalah terdiri daripada pelajar cemerlang yang mendapat sekurang-kurangnya 5A dalam SPM. Saya amat berharap agar pemilihan calon guru yang terbaik dapat membantu melonjakkan mutu pendidikan negara.KURIKULUM PENDIDIKAN ABAD KE-21Matlamat membina ilmu dan menyempurnakan akhlak murid hanya dapat direalisasikan jika kita mempunyai kurikulum yang mampu menjangkau keperluan cabaran pendidikan abad ke-21 untuk melahirkan murid yang dinamik dan seimbang dalam semua aspek. Untuk itu, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang bermula pada tahun 2011 dan disambut dengan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) pada tahun 2017 perlu dibentuk selari dengan aliran pembangunan dan kemajuan teknologi supaya relevan dengan persekitaran semasa serta menekankan penggunaan "Higher Order Thinking and Creative Skills" (HOTaCS) yang bersifat futuristik, fleksibel dan dinamik.TRANSFORMASI PENTAKSIRAN Transformasi sistem pendidikan negara menerusi PPPM 2013 - 2025 yang memberi penekanan khusus terhadap aspirasi akal dan budi kini dinilai melalui transformasi besar-besaran dalam sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sebagai teras pembangunan murid secara holistik. PBS bukan sahaja mentaksir kebijaksanaan akal fikiran semata-mata malah merangkumi kecerdasan emosi, kecergasan fizikal serta nilai dan budi pekerti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Bagi melengkapkan sistem ini, maka Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dilaksanakan untuk menguji komponen yang holistik ini secara mapan. Saya amat berharap agar pelaksanaan PT3 akan terus mendapat sokongan dan dokongan para guru dan ibu bapa. SELAMAT HARI GURU! TERIMA KASIH CIKGU!