teks ucapan yb datuk abdul rahman dahlan … ucapan/teks_ucapan... · 8,392 orang pada 2010 yang...

10
TEKS UCAPAN YB DATUK ABDUL RAHMAN DAHLAN MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN SEMPENA MAJLIS PELANCARAN STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN (NBOS) KOTA BELUD, FREEWIFI@KOTABELUD DAN PENYAMPAIAN NETBOOK 1MALAYSIA DEWAN TUN SAID KOTA BELUD SABAH 11 JANUARI 2014 Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, YB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Mohd. Noor Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Sabah YB Datuk Dr. Joachin Gusalam Pembantu Menteri 1 Kementerian Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Sabah YB Tuan Ukoh@Jeremy Malajad@ Malazad ADUN Kadamaian YBhg. Datuk Herbert Timbun Lagadan Ketua Bahagian Parti Bersatu Sabah, Kadamaian YBhg. Dato’ Seri Arpah binti Abdul Razak Ketua Setiausaha, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan 1

Upload: trannhi

Post on 26-Feb-2018

231 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

TEKS UCAPAN YB DATUK ABDUL RAHMAN DAHLAN

MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

SEMPENA MAJLIS PELANCARAN STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN (NBOS) KOTA BELUD,

FREEWIFI@KOTABELUD DAN PENYAMPAIAN NETBOOK 1MALAYSIA

DEWAN TUN SAID KOTA BELUD SABAH 11 JANUARI 2014

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia,

YB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Mohd. Noor

Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Sabah

YB Datuk Dr. Joachin Gusalam

Pembantu Menteri 1

Kementerian Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Sabah

YB Tuan Ukoh@Jeremy Malajad@ Malazad

ADUN Kadamaian

YBhg. Datuk Herbert Timbun Lagadan

Ketua Bahagian Parti Bersatu Sabah, Kadamaian

YBhg. Dato’ Seri Arpah binti Abdul Razak

Ketua Setiausaha, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan

Kerajaan Tempatan

1

YBhg. Dato' Halimi bin Abdul Manaf

Timbalan Ketua Setiausaha (Kesejahteraan Bandar), Kementerian

Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

YBhg. Dato’ Abu Bakar Hassan

Setiausaha Persekutuan Negeri Negeri Sabah,

YBhg. Dato’ Matius Sator

Setiausaha Tetap, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan

Negeri Sabah

Ketua-Ketua jabatan, Dif-Dif kehormat, pemimpin-pemimpin masyarakat

dan Dato-dato’, datin-datin, warga Kota Belud, para media, tuan-tuan

dan puan-puan yang saya hormati sekalian.

Selamat pagi dan selamat menyambut tahun baru 2014.

1. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan setinggi penghargaan

kepada YB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Bin Hj. Mohd. Noor,

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah atas kesudian

untuk hadir ke Majlis Pelancaran Strategi Lautan Biru Kebangsaan

(National Blue Ocean Strategy-NBOS) Kota Belud pada pagi ini.

Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri

Sabah, Majlis Daerah Kota Belud, warga Kota Belud, sukarelawan

belia 1M4U (1Malaysia For Youth) di atas segala kerjasama yang

diberikan kepada kementerian saya bagi menjayakan majlis ini.

2. Sebagaimana semua maklum, kementerian saya telah diberi

tanggungjawab yang besar sekali selepas Pilihan Raya Umum ke-

13 lalu, kerana portfolio kementerian saya bukan saja

2

membabitkan aspek perumahan dan kerajaan tempatan, tetapi

turut merangkumi aspek `kesejahteraan bandar’.

3. Kesejahteraan bandar mencakupi skop yang amat luas di mana

bandar seharusnya mempunyai kemudahan infrastruktur dan utiliti,

awam, sosial dan ekonomi serta sistem pengurusan dan

pentadbiran yang cekap demi untuk meningkatan kualiti hidup

rakyat bandar dan kawasan sekitarnya. Yang amat penting juga

pentadbiran bandar mampu menjana hasil pendapatan tinggi

supaya kemudahan-kemudahan fizikal dan bukan fizikal bandar

bertahap tinggi termasuk pembasmian kemiskinan bandar dapat

disediakan.

4. Sebuah bandar yang mampan harus berupaya menyediakan

kemudahan ekonomi, perniagaan, sosial dan kebudayaan,

rekreasi untuk rakyat dan hasil daripada itu rakyat akan merasa

bahagia dan seronok menikmati kehidupan. Pada akhinya

'the good feeling' ini boleh di tafsirkan dalam indeks kesejahteraan

bagi menggambarkan kebahagian dan kualiti hidup yang tinggi.

Para hadirin sekalian,

5. Pekan Kota Belud yang bermakna Kubu Pertahanan di Atas Bukit, terletak di kaki Gunung Kinabalu dan dibatasi pantai indah

Laut China Selatan mempunyai penduduk seramai lebih kurang

8,392 orang pada 2010 yang teridiri daripada kaum Dusun, Bajau,

Iranun, Cina, Ubian, Binadan, Banjar dan sebagainya.

Penduduknya yang berbilang kaum, mampu bertutur bahasa

tempatan seperti Bajau, Kadazandusun dan Iranun maka tidak

3

hairanlah masyarakat Kota Belud telah sebati, mempamerkan

unsur-unsur perpaduan, muhibbah dan harmoni yang semestinya

boleh menjadi model 1Malaysia.

6. Kedudukan Kota Belud adalah strategik. Ia menjadi tempat

persinggahan ke daerah-daerah lain di Pantai Barat Utara Sabah

seperti Kota Marudu, Pitas, Matunggong, Banggi dan Kudat dan

memberi perkhidmatan bandar kepada lebih 91,000 penduduk.

Walau bagaimanapun, Pekan Kota Belud ini mengalami

kekurangan ruang untuk berkembang dan didapati kesesakan lalu

lintas juga membantutkan pergerakan dan kelancaran trafik.

Para hadirin sekalian,

7. Kota Belud mempunyai beberapa ciri keunikan yang tersendiri.

Salah satunya ialah Majlis Daerah Kota Belud merupakan yang

pertama ditubuhkan di Sabah pada tahun 1952. Keduanya, unsur-

unsur kebudayaan tempatan juga amat ketara disini seperti

perayaan Pesta Keamatan, seni ukiran, tenunan dan sebagainya.

Semua ini merupakan potensi kepada pembangunan pada masa

hadapan. Oleh kerana itu, adalah menjadi hasrat dan cita-cita saya

untuk membawa perubahan kepada bandar ini selagi peluang

masa ada.

8. Melalui kaji selidik yang diadakan oleh kementerian saya dan

Majlis Daerah Kota Belud pada Disember 2013, 85% penduduk

bandar ini bersetuju Kota Belud ditukar wajah. Oleh kerana itu,

saya mencadangkan di buat beberapa projek sekaligus di bawah

program melalui Lautan Biru Kebangsaaan Kebangsaan (NBOS).

4

STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN (NBOS)

YBhg. Dato-dato’, datin-datin, para media, tuan-tuan dan puan-puan

sekalian,

9. Strategi Lautan Biru Kebangsaan adalah satu lagi inisiatif kerajaan

bagi meneraju negara ini ke arah sebuah negara maju,

berpendapatan tinggi (high-income) dan bahagia (happy) serta

harmoni dalam semua aspek. NBOS telah diihamkan oleh YAB

Dato' Seri Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia

semenjak November 2009.

10. NBOS bertujuan untuk meningkatkan sistem penyampaian

perkhidmatan kerajaan kepada rakyat melalui projek-projek diluar

kebiasaan, dilaksanakan secara kerja sama rentas pelbagai

kementerian, jabatan atau agensi persekutuan, negeri dan

tempatan serta pihak swasta. Projek-projek yang diletakkan di

bawah NBOS juga akan dilaksanakan dengan segera, berimpak

tinggi dan faedahnya dirasai sendiri oleh rakyat jelata, dengan kos

yang minimum.

11. NBOS ini telahpun dilaksanakan di negeri Sabah, iaitu 3 projek

NBOS Kejiranan Indah (My Beautiful Neighbourhood) dengan

membaik pulih satu kawasan perumahan awam di Taman Keramat

Kota Kinabalu dan pembinaan semula 2 buah rumah terbakar di

Kg. Kopunadan, Kudat dan Kg. Kelanahan Papar oleh

kementerian saya.

5

12. Dengan kejayaan NBOS My Beautiful Neighbourhood ini, pihak

kementerian ini dengan persetujuan Majlis Daerah Kota Belud dan

Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah

telah memeriksa keperluan di seluruh kawasan Kota Belud ini dan

pada hari ini saya dengan bangganya ingin mengumumkan Pelan

Tindakan NBOS Kota Belud. Pelan Tindakan NBOS Kota Belud

akan menyediakan rangka pelaksanaan projek-projek

pembangunan semula terutamanya di kawasan sekitar Pasar Tani

dan Padang Pekan.

13. Sebanyak 21 projek akan dilaksanakan dalam tahun 2014

sehingga 2016 dan pelaksanaan semua projek ini memerlukan

peruntukan anggaran RM37.2juta. 11 daripada 21 projek ini

merupakan projek yang akan dilaksanakan serta merta dan

disiapkan dalam tahun ini juga iaitu:

1) Menaik taraf sistem perparitan bandar di Kompleks Centenary dan Pasar Tani;

2) Menaik taraf atau turap semula jalan dengan menyediakan tempat letak kereta baru, mengecat semula petak letak kereta dan membina lintasan pejalan kaki dan redaan trafik;

3) Menaik taraf tandas awam di Pasar Besar 4) Bina baru tandas awam di Padang Pekan; 5) Menaik taraf gerai-gerai Pasar Tamu; 6) Menyediakan laluan pejalan kaki khusus; 7) Pencahayaan di sekitar Kompleks Centenary; 8) Membina tempat motosikal berkunci di MDKB dan Pasar

Besar; 9) Naik taraf Padang Pekan; 10) Naik taraf mercu tanda Kota Belud; dan 11) Penyediaan 200 buah tong sampah.

6

Para hadirin sekalian,

14. Pembaharuan bandar Kota Belud tidak akan sempurna dan

berkekalan atau sustainable sekiranya masalah kekerapan banjir

bandar dan kesesakan lalu lintas bandar Kota Belud ini tidak

ditangani. Justeru itu, Jabatan Pengairan dan Saliran

Persekutuan dan negeri Sabah digesa untuk berusaha untuk

mendapat peruntukan sebanyak RM20juta bagi menaik taraf

sungai Gurung-Gurung. Di samping itu beberapa jalan alternatif

lencungan trafik juga sedang dikenal pasti untuk menyelesaikan

masalah kesesakan lalu lintas di bandar Kota Belud.

15. Projek utama di bawah pembaharuan bandar ini merupakan

pembinaan Bazaar Rakyat 3 tingkat dan menaik taraf Padang Pekan yang akan menelan belanja sebanyak RM9.8juta. Bazaar

Rakyat akan dibina di atas tapak Pasar Tani sedia ada,

menempatkan semula secara berpusat gerai-gerai pasar tani,

pasar malam, gerai-gerai kecil yang berselerak, menyediakan

lebih banyak petak letak kereta untuk memudahkan warga Kota

Belud berurusan, di samping menyelesaikan masalah kesesakan

lalu lintas.

16. Padang Pekan bersinonim dengan penduduk Kota Belud, kian

lama berfungsi sebagai kawasan lapang, pusat rekreasi dan

tumpuan aktiviti bandar akan dinaik taraf dengan reka bentuk

budaya tempatan untuk kegunaan pelbagai fungsi terutamanya

yang tidak menjejaskan perayaan Pesta Tamu Besar dan kuda

berhias Kota Belud. Astaka, gelanggang pelbagai aktiviti

kesukanan, padang bola sepak, outdoor

7

gym/parcourse/refleksologi akan dinaik taraf atau dibina baru.

Plaza rakyat dan ruang bersantai keluarga dibina supaya

penduduk berinteraksi sambil menikmati aktiviti kebudayaan, adat

resam, sukan rakyat dan sebagainya.

17. Selari dengan perkembangan teknologi maklumat yang canggih

lagi moden, pembaharuan bandar Kota Belud akan dilengkapi

kemudahan freewifi agar penduduk Kota Belud dapat

berkomunikasi pantas, meningkat akses kepada maklumat-

maklumat terkini, peluang-peluang ekonomi dan seterusnya

memajukan masyarakat kawasan ini.

Para hadirin sekalian,

18. Saya begitu teruja dengan perkembangan yang berlaku di Kota

Belud ini. Oleh kerana itu, saya mengucapkan penghargaan dan

ucapan terima kasih kepada pasukan kerja yang diketuai oleh

KSU KPKT dan juga Pengerusi Majlis Daerah Kota Belud yang

memberi laluan agar projek yang dicadangkan ini dapat

dilaksanakan.

19. Saya juga ingin memaklumkan bahawa dua Program di bawah

Program Pembasmian Kemiskinan Bandar, iaitu bantuan bina baru rumah dan food basket dilaksanakan oleh kementerian

yang bertujuan untuk membantu golongan berpendapatan rendah

di bandar untuk meningkatkan kualiti hidup dan mengurangkan

beban tanggungan keluarga secara inklusif juga di bawa ke Kota

Belud ini. Kementerian saya mengambil inisiatf untuk membantu

membina semula 38 buah rumah golongan miskin yang terlalu

8

uzur, tidak selamat atau tidak sesuai lagi untuk diduduki di sekitar

Kota Belud. Sudah tentulah bantuan pembinaan rumah ini dapat

membahagiakan penghuni-penghuninya.

Dato-dato’, datin-datin, para penduduk, rakan media, tuan-tuan dan

puan-puan sekalian,

20. Kesemua projek-projek NBOS yang bakal dilaksanakan untuk

membaharui serta membaik pulih keadaan persekitaran Bandar

Kota Belud tidak akan berkekalan sekiranya setiap warga kota

Belud leka akan tanggungjawab untuk sama-sama menjaga

bandar kita supaya sentiasa bersih, ceria, sampah sarap tidak

dibuang di merata tempat, bangunan dan kemudahan awam

kerap diselenggarakan. Pada hari pasukan iM4U di bawa terlibat

untuk memutikan semula semangat kesukarelawanan dan

bergotong-royong terutamanya di kalangan belia untuk menjaga

kebersihan bandar Kota Belud.

PENUTUP

21. Dengan kata-kata sedemikian, saya akhiri dengan harapan agar

Bandar Kota Belud yang penduduk berbilang kaum, aktiviti

kebudayaan dan kesenian yang unik lagi terkenal di peringkat

antarabangsa akan menjadi sebuah bandar yang maju dari segi

ekonomi dan sosial, indah, bersih, selamat, ceria dan sejahtera

melalui pelaksanaan NBOS Kota Belud. Dengan itu saya

melancarkan Strategi Lautan Biru Kebangsaaan Kota Belud dan

mengumumkan projek-projek NBOS termasuk freewifi@kotabelud

yang akan bermula pada tahun ini.

9

Sekian, terima kasih.

Wabillahi Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi

Wabarakatuh

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Disediakan oleh Unit Khas NKRA Bandar Selamat 7 Januari 2014 SSN/TLS 24.12.2013

10