teks ucapan yang berhormat pehin orang...

Download TEKS UCAPAN YANG BERHORMAT PEHIN ORANG …teks-ucapan.2311952.n4.nabble.com/file/n4184665/SPEECH_SENI_KH… · Jawi dan Perasmian Pameran Sayembara seni Khat jawi. Negara Brunei Darussalam

If you can't read please download the document

Upload: trandan

Post on 06-Feb-2018

258 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

  • 1

    TEKS UCAPAN

    YANG BERHORMAT

    PEHIN ORANG KAYA PEKERMA LAILA DIRAJA

    DATO SERI SETIA AWANG HAJI HAZAIR

    BIN HAJI ABDULLAH

    MENTERI KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN

    DI MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PARA PEMENANG

    SAYEMBARA SENI KHAT JAWI DAN PERASMIAN

    PAMERAN SAYEMBARA SENI KHAT JAWI

    HARI RABU,

    4 MUHARRAM 1432 BERSAMAAN

    30 NOVEMBER 2011

    BERTEMPAT DI

    RUANG LEGAR,

    MUZIUM KOTA BATU

  • 2

    Bismillahir Rahmanir Rahim

    Alhamdulillahi Rabbil Alamin Wassalatu Wassalmu

    Ala Anbiyaie Wal-mursalin Saidina Muhammadin

    Waala Alihi Wasahbihi Ajmain.

    Yang Mulia

    Dayang Hajah Fatimah binti Pehin Penyurat Haji Md

    Salleh, Pemangku Pengarah Kebudayaan dan Kesenian

    Selaku Pengerusi Majlis

    Yang Mulia

    Datin Paduka Dayang Hajah Adina binti Haji Othman,

    Timbalan Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan

    Yang Mulia

    Awang Haji Mohd Rozan bin Dato Paduka Haji Mohd

    Yunos, Setiausaha Tetap di Kementerian Kebudayaan

    Belia dan Sukan,

    Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan serta para hadirin yang

    dihormati sekalian.

  • 3

    Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan

    Selamat Sejahtera.

    Terlebih dahulu saya sukacita merakamkan penghargaan

    dan mengucapkan terima kasih atas undangan untuk

    hadir ke majlis pada hari ini, iaitu Majlis Penyampaian

    Hadiah Kepada para pemenang Sayembara Seni Khat

    Jawi dan Perasmian Pameran Sayembara seni Khat jawi.

    Negara Brunei Darussalam adalah merupakan satu

    satunya Negara di rantau Nusantara ini yang masih

    mempertahankan dan mengangkat martabat Tulisan

    Jawi. Ini adalah amat jelas dalamana Kerajaan KDYMM

    Paduka Seri Baginda dan Yang DiPertuan Negara

    Brunei Darussalam, meletakan penggunaan tulisan

    jawi sebagai penting dan sentiasa dititik beratkan di

    dalam pentadbiran negara.

    Ini jelas ketara dengan adanya peraturan mengawal

    penulisan jawi seperti yang terkandung di dalam Surat

    Keliling JPM bilangan 21/1988, yang mana

    menghendaki penggunaan tulisan jawi pada papan-

    papan tanda di bangunan kerajaan dan swasta. Ini

    juga termasuk penulisan jawi di papan nama

  • 4

    perniagaan , papan kenyataan, kepala surat

    (letterhead), poster dan lain-lain.

    Usaha Kerajaan kearah memartabatkan tulisan jawi

    didukong oleh Kurikulum Pendidikan di sekolah

    sekolah kerajaan dan swasta yang memuatkan

    pengajaran tulisan Jawi bagi melatih dan mendidik

    para pelajar agar memahami tulisan dan huruf huruf

    jawi yang merupakan sebagai asas kepada

    pembelajaran Al-Quran dan Al- Hadith dan pada

    mengamalkan prinsip tarbiyah agama Islam.

    Hadirin yang dihormati sekalian,

    Tulisan Jawi pernah mendominasi dunia penulisan di

    Negara Brunei Darussalam dan keseluruhan gugusan

    Kepulauan Melayu. Segala bidang keilmuan dalam

    pelbagai aspek dan genre, suatu ketika dulu didasari oleh

    pengajian dan pembelajaran yang berasaskan tulisan

    Jawi Arab.

    Lebih menonjol lagi tulisan jawi yang berperanan

    besar sebagai kaedah penulisan, pernah menjadi

    asas pengubalan sistem politik di Negara Brunei

  • 5

    Darussalam apabila ia terpakai bagi menukilkan

    Hukum Kanun Brunei, Perjanjian-Perjanjian (Treaties)

    dan kitab-kitab yang mengandungi pelbagai cabang

    ilmu pengetahuan.

    Walaubagaimanapun, Kemasukan kuasa kuasa dan

    pengaruh kolonialis ke dunia Nusantara termasuk

    Negara Brunei Darussalam, banyak telah mengubah

    pola dan lanskap sosio-politik disebabkan oleh

    pemindahan ilmu atau knowledge-transfer yang

    banyak dipengaruhi oleh sistem penulisan Rumi yang

    bertapak di Dunia Barat.

    Kita turut menerima hakikat ini, kerana sistem penulisan

    Rumi telah begitu cepat menyerap dan berkembang

    dalam pelbagai bidang keilmuan dan kehidupan. Apatah

    lagi sistem ini dipergunakan secara meluas dalam dunia

    teknologi info-komunikasi masa kini.

    Hadirin yang dihormati,

    Disamping cabaran cabaran yang dihadapi,

    penggunaan dan penyebaran tulisan jawi tetap

    relevan dan mempunyai asas yang kuat untuk

    bertapak kukuh dan berkembang di Negara Brunei

  • 6

    Darussalam. Ini memandangkan tulisan jawi adalah

    merupakan sebagai identiti dan simbol bangsa

    Melayu Brunei. Ianya juga merupakan kazanah yang

    sangat bernilai bagi ketamadunan bangsa. Tambahan

    lagi Ugama Islam adalah ugama rasmi Negara,

    sepertimana yang termaktub di dalam Perlembagaan

    Bertulis Negara Brunei Darussalam. Asas dan sumber

    ugama Islam yang terkandung didalam al-Quran dan

    al-Hadith memerlukan generasi muda mempunyai

    kemahiran didalam pembacaan dan penulisan jawi.

    Begitu juga tulisan jawi mempunyai masa depan yang

    cerah, kerana ianya mempunyai potensi komersial

    atau perdagangan yang tinggi. Ini dapat dicapai

    melalui pengembangan industri kreatif dengan

    menjadikan tulisan khat jawi sebagai cabang seni

    kreatif. Melalui penggunaan kupayaan digital dan

    teknologi cyber, tulisan Jawi boleh dikembangkan

    dalam media cetak dan media elektronik sebagai

    tulisan komunikasi disamping tulisan rumi.

    Manakala melalui daya kreatif dan imaginisi yang

    tinggi, tulisan khat Jawi boleh dijadikan sebagai

    bahan seni lukisan dan hiasan binaan yang berkualiti

    terutama di ruang-ruang masjid, di bangunan-

  • 7

    bangunan institut pengajian dan pendidikan serta

    rumah-rumah persendirian.

    Yang lebih penting lagi, kemahiran dalam tulisan jawi

    dan penggunaanya secara kreatif yang meluas

    sebagai bahan seni dan bahan perdagangan akan

    dapat menyumbang kepada sumber pendapatan

    harian dan pertumbuhan industri kreatif yang

    membantu kepada perkembangan ekonomi Negara.

    Sehubungan dengan ini saya menyarankan agar

    Bahagian Kebudayaan dan Kesenian Kementerian

    Kebudayaan Belia dan Sukan, Jabatan Dewan Bahasa

    dan Pustaka, Pusat Sejarah Brunei dan Jabatan Muzium-

    Muzium Brunei dengan bergabung tenaga dengan agensi

    agensi yang lain di dalam kerajaan, swasta dan badan

    badan bukan kerajaan agar sentiasa secara berterusan

    meningkatkan usaha usaha bagaimana Tulisan Jawi

    dapat terus dipelihara dan dikembangkan secara meluas

    di negara ini.

    Hadirin yang saya hormati,

    Dalam kesempatan ini saya sukacita menyampaikan

    ucapan tahniah kepada pihak penganjur yang telah

    berhasil menjayakan program seni budaya ini. Usaha

  • 8

    seperti ini setentunya akan dapat melahirkan satu trend

    budaya yang melihat Khat Jawi sebagai salah satu

    cabang seni yang dapat dimanfaatkan dalam memupuk

    daya kreatif dan mampu dikembangkan keperingkat

    komersial. Peraduan yang dianjurkan ini juga dapat

    dijadikan pendekatan untuk mendorong generasi muda

    untuk memertabatkan kembali tulisan jawi dalam

    kehidupan seharian.

    Kepada para peserta yang berjaya, saya mengucapkan

    setinggi tahniah dan kepada yang lainnya agar mereka

    terus berusaha sehingga mencapai kejayaan. Pada

    pokoknya, para peserta sekalian telah berjaya kearah

    memertabatkan dan memperluaskan penggunaan tulisan

    jawi di Negara Brunei Darussalam.

    Sekian.

    Wabillahit taufiq walhidayah, wassalamualaikum

    warahmatullahi wabarakatuh.