teks ucapan perasmian pengerusi puspanita sempena majlis

3
TEKS UCAPAN PERASMIAN Oleh : YBhg. Datin Shahriah binti Md Khalid Pengerusi Puspanita Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Program : Majlis Pelancaran Puspanita JTLM Tarikh : 9 Mei 2011 (Isnin) jam 10.30 pagi Tempat : Pusat Taman Laut Pulau Tioman, Pahang Terima kasih Yang Berusaha Saudari Pengacara Majlis. YBhg Datin Seri Doreen Mayang, penaung PUSPANITA NRE; Yang Berusaha Puan Milaton binti Hassan, Pengerusi Puspanita JTLM; YBhg. Datin-datin dan Puan-puan Pengerusi PUSPANITA Jabatan atau agensi dibawah NRE; Ahli-ahli Puspanita yang dikasihi; dan Semua hadirin yang dihormati sekalian. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada YBhg. Datin Seri Doreen Mayang yang julung kalinya telah dapat hadir sama pada majlis anjuran PUSPANITA Kementerian ini. Sesungguhnya kehadiran YBhg Datin Seri bukan sekadar telah menyerikan majlis tetapi telah menyuntik semangat untuk PUSPANITA NRE terus komited dan bekerja kuat melaksanakan aktiviti PUSPANITA NRE. Pada kesempatan ini juga saya juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak penganjur kerana sudi menjemput ahli Jawatankuasa Induk PUSPANITA NRE untuk hadir sama pada Majlis Pelancaran PUSPANITA Cawangan Kecil Jabatan Taman Laut Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Tahniah kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung di atas penganjuran majlis

Upload: vanhuong

Post on 19-Dec-2016

383 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: teks ucapan perasmian pengerusi puspanita sempena majlis

TEKS UCAPAN PERASMIAN

Oleh : YBhg. Datin Shahriah binti Md Khalid

Pengerusi Puspanita

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

Program : Majlis Pelancaran Puspanita JTLM

Tarikh : 9 Mei 2011 (Isnin) jam 10.30 pagi

Tempat : Pusat Taman Laut Pulau Tioman, Pahang

Terima kasih Yang Berusaha Saudari Pengacara Majlis.

YBhg Datin Seri Doreen Mayang, penaung PUSPANITA NRE;

Yang Berusaha Puan Milaton binti Hassan, Pengerusi Puspanita JTLM;

YBhg. Datin-datin dan Puan-puan Pengerusi PUSPANITA Jabatan atau agensi

dibawah NRE;

Ahli-ahli Puspanita yang dikasihi; dan

Semua hadirin yang dihormati sekalian.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Satu

Malaysia.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada YBhg. Datin

Seri Doreen Mayang yang julung kalinya telah dapat hadir sama pada majlis anjuran

PUSPANITA Kementerian ini. Sesungguhnya kehadiran YBhg Datin Seri bukan

sekadar telah menyerikan majlis tetapi telah menyuntik semangat untuk

PUSPANITA NRE terus komited dan bekerja kuat melaksanakan aktiviti

PUSPANITA NRE.

Pada kesempatan ini juga saya juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak

penganjur kerana sudi menjemput ahli Jawatankuasa Induk PUSPANITA NRE untuk

hadir sama pada Majlis Pelancaran PUSPANITA Cawangan Kecil Jabatan Taman

Laut Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Tahniah kepada semua

pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung di atas penganjuran majlis

Page 2: teks ucapan perasmian pengerusi puspanita sempena majlis

yang sungguh bermakna ini. Lebih istimewa adalah kehadiran pengerusi-pengerusi

PUSPANITA Jabatan dan agensi dibawah NRE yang telah membuat pengorbanan

besar untuk sama-sama menyambut kehadiran YBhg Datin Seri Doreen Mayang.

Semoga perjumpaan di Pulau Tioman adalah titik permulaan keakraban, kerjasama

dan kemesraan kita untuk meningkatkan kesatuan penjawat awam wanita dan isteri

kepada penjawat awam lelaki di NRE.

Hadirin sekalian,

PUSPANITA cawangan NRE yang dilahirkan pada tahun 2004 berikutan

penwujudan Kementerian hasil gabungan beberapa agensi daripada empat

Kementerian. Sejak 2004 PUSPANITA NRE terus mencatat sejarah dalam

meningkatkan bilangan cawangan kecil dan yang lebih utama adalah bilangan

keahlian yang kini hampir mencapai dua ribu orang. Tambahan satu lagi cawangan

kecil pada hari ini iaitu PUSPANITA Jabatan Taman Laut Malaysia adalah bukti

bahawa PUSPANITA NRE telah mendapat sambutan. Kejayaan ini adalah hasil

usahasama semua ahli PUSPANITA yang telah mampu menyentuh denyut nadi

warga wanita melalui program dan aktiviti yang sesuai lagi bertepatan dengan

keperluan ahli khususnya dan semua wanita pada amnya.

Hadirin sekalian,

PUSPANITA adalah wadah unggul dalam sektor awam yang mendapatkan

pengiktirafan dan sokongan termasuk kewangan oleh Kerajaan. Sehubungan

dengan itu, saya menyeru supaya kita semua dapat terus berusaha dan memberi

khidmat bakti sukarela dengan senyuman demi meningkatkan martabat kita sebagai

wanita khususnya untuk menyokong dan mendokong kerjaya suami mahu pun diri

sendiri dalam perkhidmatan awam. Dengan komitmen dan kesungguhan yang

dipamerkan oleh ahli-ahli membolehkan persatuan terus bergerak maju lebih

kehadapan seterusnya menjadi yang terbaik bagi wanita-wanita di JTLM ini

berpersatuan dan menabur bakti kepada masyarakat.

Penubuhan PUSPANITA Cawangan Kecil Jabatan Taman Laut Malaysia ini yang

diterajui oleh kepimpinan Puan Milaton binti Hassan sebagai Pengerusi pertamanya

Page 3: teks ucapan perasmian pengerusi puspanita sempena majlis

diharapkan akan mendapat kerjasama yang lebih baik daripada semua pihak agar

Puspanita JTLM dapat menjalankan aktiviti-aktiviti yang lebih banyak dan yang lebih

memberi faedah kepada ahli-ahli persatuan khususnya dan seluruh masyarakat

wanita amnya.

Akhir kata, saya sekali lagi mengucapkan tahniah dan syabas kepada Pengerusi dan

Ah;li Jawatankuasa PUSPANITA Cawangan Kecil Jabatan Taman Laut Malaysia

serta semua pihak yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung

menjayakan Majlis Pelancaran PUSPANITA JTLM pada pagi ini secara lancar dan

penuh gemilang.

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan sukacitanya merasmikan

pelancaran PUSPANITA Cawangan Kecil Jabatan Taman Laut Malaysia.