april 2010 amanat ketua pengarah ...· pemilihan anugerah perkhidmatan ... malaysia melawat gerai
Post on 06-Jul-2019
215 views
Embed Size (px)
TRANSCRIPT
Assalamualaikum
warahmatullah
hiwabarakatuh,
salam sejahtera
dan salam 1 Malaysia.
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan syukur kepada Ilahi
kerana dengan limpah kurnianya dapat kita melaksanakan kerja-
kerja yang telah dirancang dengan jayanya. Jabatan Perikanan
Malaysia telah menjayakan Majlis Anugerah Perkhidmatan
Cemerlang dan Jasamu Dikenang Tahun 2010. Pada kesempatan
ini, saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada
tuan/puan yang telah terpilih sebagai penerima Anugerah
Perkhidmatan Cemerlang ini.
Penganugerahan ini dibuat sebagai satu tanda pengiktirafan
Jabatan Perikanan Malaysia dan Kerajaan terhadap prestasi kerja
yang cemerlang yang telah disumbangkan oleh tuan/puan
sekalian. Diharapkan budaya kerja cemerlang ini akan terus
dipupuk dan menjadi contoh kepada warga kerja lain di Jabatan
Perikanan Malaysia. Sebagai penerima anugerah, tuan/puan
semua bukan sahaja menerima Sijil Perkhidmatan Cemerlang,
tetapi juga hadiah prestasi sebanyak RM1,000 dan insentif-insentif
lain seperti peluang dan keutamaan untuk memajukan kerjaya
seperti menghadiri kursus di luar negara, seminar serta dicalonkan
untuk menerima pingat, bintang dan darjah kebesaran. Justeru,
besarlah harapan saya agar anugerah ini akan menjadi satu
suntikan motivasi dan pembakar semangat kepada tuan/puan
semua agar mempertingkatkan lagi usaha, prestasi kerja dan
kualiti penyampaian perkhidmatan tuan/puan sebagai menghargai
pengiktirafan yang telah diberikan.
Seramai 187 warga Jabatan Perikanan Malaysia telah dipilih
sebagai penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun
2010, iaitu peningkatan seramai empat penerima dibandingkan
dengan tahun sebelumnya. Pemilihan Anugerah Perkhidmatan
Cemerlang ini adalah dipilih menerusi Mesyuarat Panel
Pembangunan Sumber Manusia berdasarkan kriteria-kriteria
seperti markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) 85
peratus dan ke atas, telah berkhidmat bagi tempoh genap setahun
pada akhir tahun penilaian dan sumbangan anggota berkenaan
kepada organisasi khususnya Perkhidmatan Awam, komuniti,
daerah, negeri dan negara secara amnya.
Pemilihan APC ini juga dibuat berdasarkan pembahagian kuota
yang mengambil kira semua kumpulan perkhidmatan dari
Kumpulan Sokongan II hingga ke Kumpulan Pengurusan dan
Profesional. Bilangan penerima APC bagi setiap PPN dan PTJ
pula tidak boleh melebihi lapan peratus daripada jumlah anggota
yang sedang berkhidmat pada hujung tahun penilaian berkenaan.
Walau bagaimanapun had maksimum ini tidak semestinya
dipenuhi jika jumlah anggota yang layak tidak mencukupi.
Semasa Mesyuarat Panel Pembangunan Sumber Manusia yang
diadakan bagi memilih penerima Anugerah Perkhidmatan
Cemerlang ini, didapati sebanyak 76.66 peratus daripada 2,313
pegawai Jabatan Perikanan Malaysia telah memperoleh markah
purata LNPT 85% ke atas. Ini menunjukkan bahawa jumlah bagi
mereka yang layak dipertimbangkan adalah melebihi daripada
jumlah kuota yang ditetapkan. Ini bermakna, ramai calon yang
layak dan telah menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang
sebenarnya. Namun di dalam pemilihan, pasti ada persaingan
untuk menjadi yang terbaik dari kalangan yang terbaik. Justeru,
sebagai warga kerja yang terbaik, tuan/puan haruslah sentiasa
menunjukkan komitmen yang tinggi dan ikhlas bekerja tanpa
mengharapkan pengiktirafan semata-mata. Keikhlasan di dalam
bekerja sebenarnya merupakan satu amalan yang baik dan jika ia
dapat difahami, sudah tentu ia dapat melahirkan keseronokan
bekerja di kalangan warga Perkhidmatan Awam.
Suka saya mengingatkan diri saya dan saudara saudari
semua bahawa tugas sebagai penjawat awam pada masa kini
menuntut pengorbanan demi memastikan sistem penyampaian
perkhidmatan yang berkualiti dan sentiasa relevan. Cabaran kita
sebagai penjawat awam kini semakin besar bagi memenuhi
ekspektasi stakeholders yang semakin kompleks. Namun, jika kitasentiasa mempraktikkan dan menitikberatkan prinsip asas bekerja
seperti ketepatan masa, ketepatan fakta, teliti dan berdisiplin serta
willing to go extra miles dalam memenuhi ekspektasi pelanggan,insya-Allah, Jabatan Perikanan Malaysia mampu menghasilkan
modal insan dan sistem penyampaian yang terbilang.
April 2010http://www.dof.gov.my
(bersambung ke muka surat 3)
Amanat Ketua Pengarah PerikananAmanat Ketua Pengarah Perikanan
1
24 Februari 2010Majlis Penyerahan Bot Peronda Laju Aluminium 10 Meter (PL111) oleh wakil
Syarikat Kay Marine Sdn. Bhd. (kiri) kepada Pn. Thalathiah Bt. Hj. Saidin, Pengarah
Bahagian Perlindungan Sumber, Ibu Pejabat Perikanan di pejabat Syarikat Kay
Marine, Bukit Tumbuh, Kuala Terengganu, Terengganu.
2
11 Mac 2010Y.B. Dato Seri Noh Bin Haji Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
Malaysia menyampaikan elaun sara hidup nelayan sempena Majlis Pecah Tanah
Projek Penempatan Nelayan Tok Bali dan Penyampaian Elaun Sara Hidup Nelayan
Kawasan Semerak, Pasir Puteh, Kelantan.
16 Mac 2010Y.B. Dato Seri Noh Bin Haji Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
Malaysia melawat gerai Jabatan Perikanan sempena Majlis Perasmian Sambutan
40 Tahun MARDI di Taman Pameran Pertanian Malaysia, Serdang, Selangor.
27 Mac 2010Y.A.B. Datuk Seri Panglima Musa Bin Haji Aman, Ketua Menteri Sabah
menyampaikan sumbangan kepada Usahawan Industri Asas Tani Negeri Sabah
sempena Majlis Perasmian Mini MAHA Peringkat Negeri Sabah di Kota Kinabalu.
2 April 2010Y.B. Dato Yunus Bin Rahmat, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian,
Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Sembilan
menandatangani poster Spesies Penyu dan Ikan Terancam Di Malaysia sempena
Majlis Perasmian Pameran Penyu dan Spesies Ikan Terancam di Malaysia di
Muzium Negeri Sembilan.
3 April 2010Y.Brs. Encik Salehan Bin
Lamin, Pengarah Bahagian
Pengurusan Maklumat
Perikanan, Jabatan Perikanan
(kanan) melancarkan program
pelepasan ikan ke tasik oleh
kanak-kanak sempena Aktiviti
Hujung Minggu di Taman
Pameran Pertanian Malaysia
(MAEP), Serdang, Selangor. 6 April 2010Y.Brs. Tuan Haji Suhaili Bin Haji Lee, Timbalan Ketua Pengarah
(Operasi), Jabatan Perikanan Malaysia berucap di Majlis Taklimat
Khas Pengenalan Kepada Convention of International Trade inEndangered Species (CITES) dan Pelaksanaan Akta PerdaganganAntarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 (Akta 686) di
Putrajaya.
9 Mac 2010Y.Bhg. Dato Junaidi Bin Che Ayub, Ketua
Pengarah, Jabatan Perikanan Malaysia
menyampaikan taklimat di Forum Kompetens
Malaysia Norway sempena Lawatan rasmi
Duli Yang Teramat Mulia Putera Mahkota
Haakon dan Puteri Mahkota Mette-Marit ke
Malaysia di Kuala Lumpur.
Tujuan kerajaan memperkenalkan Laporan Nilaian Prestasi
Tahunan (LNPT) adalah bagi menentukan prestasi kerja penjawat
awam dapat diukur dengan lebih adil dan objektif. Seperti
yang tuan/puan maklum, markah LNPT ini juga digunakan
sebagai salah satu kriteria bagi mempertimbangkan calon untuk
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Di dalam hal ini, saya ingin
mengingatkan agar sistem pemarkahan yang diberikan hendaklah
berpatutan, wajar dan memberi gambaran yang sebenar terhadap
prestasi pegawai yang dinilai berdasarkan kepada pencapaian
hasil kerja, pengetahuan, kemahiran, kualiti peribadi serta
sumbangan pegawai di dalam tahun yang dinilai. Terdapat
markah yang terlalu ekstrem diberikan sehingga menghampiri
markah 100 peratus sedangkan masih terdapat banyak ruang
untuk pegawai yang dinilai tersebut memperbaiki diri dan prestasi
kerjanya. Pertimbangan terhadap penilaian juga haruslah objektif
dan realistik.
Kita sedia maklum bahawa Kerajaan hari ini telah memberi
penekanan menyeluruh terhadap penghijrahan minda ke arah
mentaliti kelas pertama yang berasaskan kepada tiga perkara
pokok iaitu ketangkasan kerja, ketepatan dan keberhasilan bagi
memperbaiki sistem penyampaian awam. Hasil kerja dilihat bukan
lagi berdasarkan output atau bilangan kerja yang dihasilkan tetapilebih kepada outcome iaitu kesan signifikan yang dihasilkan yangmemberi nilai tambah dan peningkatan secara berganda kepada
prestasi jabatan. Oleh itu saya menyeru kepada tuan-tuan
dan puan-puan agar melipat gandakan lagi usaha bagi
mempertingkatkan lagi kualiti kerja, prestasi dan produktiviti
tempat kerja masing-masing. Jadikanlah penganugerahan ini
sebagai satu pemangkin untuk tuan/puan semua agar lebih
berdaya saing, kreatif dan inovatif di dalam memberi sumbangan
terhadap Perkhidmatan Awam dalam usaha mencapai status
perkhidmatan bertaraf dunia.
Saya begitu berbangga dan berbesar hati kerana majlis pada kali
ini turut meraikan anggota Jabatan Perikanan Malaysia yang telah
dan akan bersara daripada perkhidmatan. Jasamu dikenang,
itulah ungkapan yang sering kita luahkan kepada mereka yang
pernah menumpahkan bakti dan budi kepada sesebuah
organisasi. Pada tahun 2010, seramai 30 orang anggota Jabatan
akan bersara wajib terdiri daripada pelbagai perkhidmatan dan
gred. Sesungguhnya jasa dan budi tuan-tuan dan puan-puan tidak
dapat dinilai dengan kata-kata. Semoga tuan-tuan dan puan-puan
dikurniakan dengan kesihatan yang baik, hidup bahagia dan terus
berbakti kepada negara.
Saya ingin merakamkan ribuan terima kasih k
Recommended