isi kandungan bil perkara mukasuratonline.mpsp.gov.my/puspanita/bukuagm/buku_agm_2017.pdf · 4...

26
Mesyuarat Agung PUSPANITA MPSP Kali Ke-18 1 ISI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKASURAT 1 Lagu PUSPANITA 2 2 Senarai Ahli Jawatankuasa Induk PUSPANITA MPSP Sesi 2015-2017 3-4 3 Carta Organisasi PUSPANITA MPSP Sesi 2015-2017 5-6 4 Aturcara Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PUSPANITA MPSP Kali Ke-18 7 5 Notis Mesyuarat Agung PUSPANITA MPSP Ke-18 8 6 Agenda Mesyuarat Agung PUSPANITA MPSP Ke-18 9 7 Minit Mesyuarat Agung PUSPANITA Ke-17 10-13 8 Laporan Setiausaha & Aktiviti Tahun 2017 14-24 9 Penyata Kewangan PUSPANITA MPSP Tahun Berakhir 31 Disember 2016 25-26

Upload: ngominh

Post on 04-Feb-2018

341 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: ISI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKASURATonline.mpsp.gov.my/puspanita/bukuAGM/Buku_AGM_2017.pdf · 4 Aturcara Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan ... dilampirkan dalam buku mesyuarat)

Mesyuarat Agung PUSPANITA MPSP Kali Ke-18

1

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKASURAT

1 Lagu PUSPANITA

2

2 Senarai Ahli Jawatankuasa Induk PUSPANITA MPSP Sesi 2015-2017

3-4

3 Carta Organisasi PUSPANITA MPSP Sesi 2015-2017

5-6

4 Aturcara Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PUSPANITA MPSP Kali Ke-18

7

5 Notis Mesyuarat Agung PUSPANITA MPSP Ke-18

8

6 Agenda Mesyuarat Agung PUSPANITA MPSP Ke-18

9

7 Minit Mesyuarat Agung PUSPANITA Ke-17

10-13

8 Laporan Setiausaha & Aktiviti Tahun 2017

14-24

9 Penyata Kewangan PUSPANITA MPSP Tahun Berakhir 31 Disember 2016

25-26

Page 2: ISI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKASURATonline.mpsp.gov.my/puspanita/bukuAGM/Buku_AGM_2017.pdf · 4 Aturcara Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan ... dilampirkan dalam buku mesyuarat)

Mesyuarat Agung PUSPANITA MPSP Kali Ke-18

2

Lagu PUSPANITA

PUSPANITA, PUSPANITA, PUSPANITA Tenaga isteri Dan wanita PUSPANITA, PUSPANITA, PUSPANITA Tenaga isteri Dan wanita Bulan bintang 14 penjuru Lambang keutuhan bersatu-padu Isteri pegawai kakitangan semua Berganding bahu saling membantu Sudah menjadi resmi pembangunan Isteri bersama memberi kebajikan Disamping itu bertukar pandangan Menambah ilmu serta pengetahuan Bunga padi tanda keutuhan Bergaul mesra ta'kira keturunan Beramah tamah ta'kira pangkat Tujuan asas capai matlamat PUSPANITA mengorak langkah Peranan suri pendidik di asah Sifat Kewanitaan meninggikan maruah Perikemanusiaan menjadi falsafah PUSPANITA, PUSPANITA, PUSPANITA Tenaga isteri Dan wanita PUSPANITA, PUSPANITA, PUSPANITA Tenaga isteri Dan wanita

Page 3: ISI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKASURATonline.mpsp.gov.my/puspanita/bukuAGM/Buku_AGM_2017.pdf · 4 Aturcara Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan ... dilampirkan dalam buku mesyuarat)

Mesyuarat Agung PUSPANITA MPSP Kali Ke-18

3

Senarai Ahli Jawatankuasa Induk PUSPANITA MPSP Sesi 2015/2017

Bil Nama

1 Puan Hajah Noraziah bt Hj Abd.Aziz Naib Pengerusi I

2 Puan Hajah Norliza bt Abdullah Naib Pengerusi II

3 Cik Normaira Abdul Rahman Setiausaha

4 Puan Norazimah Ismail Pen.Setiausaha I

5 Puan Nor Asmiza Ahmad Pen.Setiausaha II

6 Puan Rahida Abdul Rahim Bendahari

7 Puan Suria Idris Pen.Bendahari

8 Puan Norhafizah Mat Yusoff Wakil Jabatan Penilaian

9 Puan Norasma Salleh Wakil Jabatan Kesihatan

10 Puan Yamuna a/p Thiagarajan Wakil Jabatan Perkhidmatan Perbandaran

11 Puan Nur Zamzarina Othman Wakil Jabatan Khidmat Pengurusan

12 Puan Sarimah Ismail Wakil Jabatan Perancang Bandar

13 Puan Masitah Mansor Wakil Jabatan Perbendaharaan

14 Puan Norliza Kerya Wakil Jabatan COB

15 Puan Nur Ashikin Naziri Wakil Jabatan Korporat & P/Antarabangsa

16 Puan Zuraidaa Mohamad Nor Wakil Jabatan Direktorat

17 Puan Nulida Ab.Raman Wakil Jabatan Pelesenan

18 Jeslina a/p Jesso Wakil Jabatan Kejuruteraan

19 Puan Norazila Jamaludin Wakil Jabatan Bangunan

20 Puan Norazila Abdul Aziz Wakil Jabatan Kemasyarakatan

Page 4: ISI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKASURATonline.mpsp.gov.my/puspanita/bukuAGM/Buku_AGM_2017.pdf · 4 Aturcara Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan ... dilampirkan dalam buku mesyuarat)

Mesyuarat Agung PUSPANITA MPSP Kali Ke-18

4

21 Puan Intan Dianni Mizal Wakil Jabatan Undang-Undang

22 Puan Siti Haslinda Hassan AJK Tambahan

23 Puan Siti Syafiqah Yusoff AJK Tambahan

24 Puan Azizah Talib AJK Tambahan

25 Puan Sandrakala AJK Tambahan

26 Puan Norhazlina Ismail AJK Tambahan

27 Cik Zamzaini Mohd Nazar AJK Tambahan

28 Puan Norhayati Sulaiman Juru Audit

29 Puan Rosnada Abu Hassan Juru Audit

Page 5: ISI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKASURATonline.mpsp.gov.my/puspanita/bukuAGM/Buku_AGM_2017.pdf · 4 Aturcara Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan ... dilampirkan dalam buku mesyuarat)

Mesyuarat Agung PUSPANITA MPSP Kali Ke-18

5

BARISAN AHLI JAWATANKUASA INDUK PUSPANITA MAJLIS PERBANDARAN SEBERANG PERAI SESI 2015-2017

Page 6: ISI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKASURATonline.mpsp.gov.my/puspanita/bukuAGM/Buku_AGM_2017.pdf · 4 Aturcara Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan ... dilampirkan dalam buku mesyuarat)

Mesyuarat Agung PUSPANITA MPSP Kali Ke-18

6

Page 7: ISI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKASURATonline.mpsp.gov.my/puspanita/bukuAGM/Buku_AGM_2017.pdf · 4 Aturcara Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan ... dilampirkan dalam buku mesyuarat)

Mesyuarat Agung PUSPANITA MPSP Kali Ke-18

7

Notis Mesyuarat Agung PUSPANITA MPSP Ke-15

Ruj. Kami : SU/PUSPA/MPSP/2015-2017/62 Tarikh : Januari 2017

ATUR CARA MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PUSPANITA MPSP KALI KE-17

1.45 – 2.20 ptg : Pendaftaran Ahli

2.25 ptg : Ketibaan Jemputan

2.30 ptg : Ketibaan YBhg. Dato’ Maimunah Mohd Sharif Yang DiPertua MPSP Merangkap Pengerusi PUSPANITA MPSP 2.40 ptg: Ketibaan Y.Bhg. Datin Seri Hamidah Mat Daud Pengerusi PUSPANITA Negeri PULAU PINANG : Nyanyian Lagu Negaraku, Negeri Pulau Pinang dan PUSPANITA : Bacaan Doa : Ucapan Aluan oleh YBhg. Dato’ Maimunah Mohd Sharif Yang DiPertua MPSP Merangkap Pengerusi PUSPANITA MPSP : Ucapan Perasmian oleh Y.Bhg Datin Hamidah Mat Daud Pengerusi PUSPANITA Negeri Pulau Pinang : Selayar Pandang Perjalanan Program PUSPANITA 2016 : Penyampaian Hadiah & Sijil Oleh Y.Bhg. Datin Hamidah Mat Daud Pengerusi PUSPANITA Negeri Pulau Pinang kepada

Ahli-ahli PUSPANITA MPSP yang bersara Anak-anak Ahli PUSPNITA yang cemerlang dalam Peperiksaan

UPSR, PMR& SPM 2014 :Penyampaian Cenderahati Oleh YBhg. Dato’ Maimunah Mohd Sharif

kepada Y.Bhg. Datin Seri Hajah Hamidah Mat Daud : Minum petang

Page 8: ISI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKASURATonline.mpsp.gov.my/puspanita/bukuAGM/Buku_AGM_2017.pdf · 4 Aturcara Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan ... dilampirkan dalam buku mesyuarat)

Mesyuarat Agung PUSPANITA MPSP Kali Ke-18

8

Semua Ahli PUSPANITA MPSP YBhg. Dato’ / Datin / Puan / Cik

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PUSPANITA MPSP KALI KE-18 Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa PUSPANITA MPSP akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-16 pada ketetapan seperti berikut : Tarikh : 3 Februari 2017 (Jumaat) Masa : 2.00 petang (Seperti Di Lampiran) Tempat : Auditorium MPSP Bandar Perda

3. Dimaklumkan bahawa meja jualan di bawah kelolaan PUSPANITA MPSP akan dibuka mulai 8.30 pagi hingga 5.00 petang. Puan-puan dibenarkan membeli barangan dan dibenarkan membuat bayaran secara potongan bagi kakitangan Majlis Perbandaran Seberang Perai.

4. Sehubungan dengan itu, YBhg. Dato’/Datin/Puan/Cik dijemput untuk menghadiri mesyuarat tersebut bagi menunaikan tanggungjawab sebagai ahli PUSPANITA. Segala kerjasama dan perhatian lanjut bagi menjayakan mesyuarat agung ini didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

“WANITA SEPAKAT NEGARA MENINGKAT” “PUSPANITA MPSP – DINAMIK DAN CEMERLANG”

(NORMAIRA BT ABDUL RAHMAN) Setiausaha PUSPANITA Majlis Perbandaran Seberang Perai

s.k : YBhg. Dato’ Pengerusi PUSPANITA MPSP (YBhg. Dato’ dijemput hadir bagi mempengerusikan sesi Mesyuarat Agung Tahunan PUSPANITA)

Page 9: ISI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKASURATonline.mpsp.gov.my/puspanita/bukuAGM/Buku_AGM_2017.pdf · 4 Aturcara Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan ... dilampirkan dalam buku mesyuarat)

Mesyuarat Agung PUSPANITA MPSP Kali Ke-18

9

AGENDA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PUSPANITA MPSP KALI KE 18

3.45 ptg : Semua ahli mengambil tempat

Pelantikan Pengerusi Mesyuarat

Ucapan Aluan oleh Dato’ Pengerusi Mesyuarat

Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-16

Laporan Setiausaha PUSPANITA MPSP

Laporan Bendahari PUSPANITA MPSP

Pembentangan Pemilihan AJK Induk PUSPANITA 2017-2019

Perbincangan Usul-usul Bertulis

Hal-hal Lain

Penangguhan Mesyuarat

(Cabutan bertuah akan diadakan di antara agenda ini)

Page 10: ISI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKASURATonline.mpsp.gov.my/puspanita/bukuAGM/Buku_AGM_2017.pdf · 4 Aturcara Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan ... dilampirkan dalam buku mesyuarat)

Mesyuarat Agung PUSPANITA MPSP Kali Ke-18

10

MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PUSPANITA MPSP KALI KE 17

MINIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN SURI DAN ANGGOTA WANITA PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

(PUSPANITA) MAJLIS PERBANDARAN SEBERANG PERAI (MPSP)

KE – 17 TAHUN 2016

TARIKH 12 FEBRUARI 2016 (JUMAAT)

MASA

4.00 PETANG

TEMPAT AUDITORIUM, MAJLIS PERBANDARAN SEBERANG PERAI

JALAN PERDA UTAMA

KEHADIRAN – 309 ORANG

1.0 MELANTIK PENGERUSI MESYUARAT AGUNG PUSPANITA MPSP KE–17 BAGI TAHUN 2016

1.1 Puan Sarimah Binti Ismail dari Jabatan Khidmat Pengurusan telah mencadangkan Puan

Norliza Binti Abdullah sebagai Pengerusi Mesyuarat Agung PUSPANITA Majlis

Perbandaran Seberang Perai ke – 17 dan telah disokong oleh Puan Sarimah Binti Ismail

dari Jabatan Perancang Bandar.

2.0 UCAPAN ALUAN OLEH PENGERUSI MESYUARAT 2.1 Puan Norliza Binti Abdullah selaku Pengerusi Mesyuarat mengucapkan salam dan selamat

pagi kepada semua ahli-ahli PUSPANITA MPSP yang hadir ke mesyuarat pada pagi ini

yang terdiri daripada ahli-ahli yang masih bertugas, ahli yang telah bersara dan juga ahli

SURI yang merupakan isteri kepada kakitangan MPSP. Pengerusi juga merakamkan

Page 11: ISI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKASURATonline.mpsp.gov.my/puspanita/bukuAGM/Buku_AGM_2017.pdf · 4 Aturcara Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan ... dilampirkan dalam buku mesyuarat)

Mesyuarat Agung PUSPANITA MPSP Kali Ke-18

11

ucapan terima kasih kepada ahli-ahli PUSPANITA kerana memberi kepercayaan kepada

beliau sekali lagi untuk mempengerusikan mesyuarat ini.

3.0 PERUTUSAN PENGERUSI PUSPANITA MPSP

3.1 Dato’ Maimunah Mohd Sharif, Pengerusi PUSPANITA MPSP mengucapkan salam dan

mengalu-alukan kehadiran. Semua ahli PUSPANITA MPSP yang hadir ke mesyuarat pada

pagi ini.

3.2 Dato’ Pengerusi PUSPANITA MPSP mengambil kesempatan ini untuk merakamkan

penghargaan beliau kepada barisan AJK bagi sesi 2015– 2017 yang telah bersama-sama

untuk sama-sama menerajui PUSPANITA MPSP. Dato’ Pengerusi menyatakan semua ahli-

ahli PUSPANITA perlu bersatu hati dalam melaksanakan program-program yang telah

dirancang bagi tahun 2016 dan merakamkan ucapan terima kasih di atas penglibatan ahli-

ahli dalam program tahun 2015. Maklumbalas daripada semua ahli adalah amat diharapkan

untuk menambahbaik program yang dianjurkan PUSPANITA dan adalah diharapkan

program yang dirangka adalah menyeluruh merujuk kepada keperluan dan kehendak ahli-

ahli khasnya. Diharapkan ahli-ahli PUSPANITA dan SURI dapat mencadangkan

program/aktiviti yang baik untuk dilaksanakan oleh PUSPANITA MPSP. PUSPANITA

adalah amat digalakkan untuk turut serta dalam semua program/aktiviti yang dianjurkan

oleh MPSP khasnya.

3.3 Dato’ Pengerusi menyarankan untuk menganjurkan program yang berbentuk integrasi

bersama persatuan-persatuan lain di MPSP. Diharapkan kecemerlangan PUSPANITA

MPSP adalah selaras dengan moto PUSPANITA iaitu “PUSPANITA Muafakat, Negara

Meningkat”.

3.4 Puan Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada barisan AJK Induk PUSPANITA

MPSP yang telah bekerja keras dalam menjayakan program-program yang telah dirancang.

4.0 MENERIMA DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG PUSPANITA MPSP

KE – 16 TAHUN 2015 BERTARIKH 4 FEBRUARI 2016

4.1 Minit Mesyuarat Agung PUSPANITA MPSP Ke–17 Tahun 2016 yang telah diadakan

pada 12 Februari 2016 telah disahkan tanpa pindaan oleh Puan daripada Jabatan

Khidmat Pengurusan dan disokong oleh Puan Siti Syafiqah Yusof dari Jabatan

Khidmat Pengurusan.

Page 12: ISI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKASURATonline.mpsp.gov.my/puspanita/bukuAGM/Buku_AGM_2017.pdf · 4 Aturcara Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan ... dilampirkan dalam buku mesyuarat)

Mesyuarat Agung PUSPANITA MPSP Kali Ke-18

12

5.0 LAPORAN SETIAUSAHA PUSPANITA MPSP

5.1 Laporan dibentangkan oleh Cik Normaira bt Abdul Rahman, Setiausaha PUSPANITA

MPSP Tahun 2015.

5.2 Keahlian PUSPANITA MPSP sehingga 31 Disember 2015 adalah seramai 478 orang.

Pertambahan ahli setiap tahun adalah sangat menggalakkan dan ini adalah hasil

usaha daripada semua AJK dan ahli-ahli PUSPANITA MPSP yang mempromosikan

persatuan ini kepada kakitangan-kakitangan wanita MPSP.

5.3 Sebanyak 16 aktiviti telah dianjurkan oleh PUSPANITA MPSP sepanjang tahun 2015

yang melibatkan pelbagai biro. Di samping itu juga PUSPANITA MPSP turut melibatkan

diri dengan aktiviti-aktiviti anjuran PUSPANITA Negeri Pulau Pinang dan dalam tahun

2016 yang lalu, PUSPANITA MPSP telah menyertai program anjuran phak PUSPANITA

Negeri sebagai tanda sokongan dan perpaduan.

6.0 LAPORAN BENDAHARI PUSPANITA MPSP

6.1 Laporan kewangan dibentangkan oleh Puan Rahida Binti Abdul Rahim, Bendahari

PUSPANITA MPSP.

6.2 Pendapatan bagi tahun 2015 yang diperoleh adalah sebanyak RM 279,635.41 (laporan

dilampirkan dalam buku mesyuarat). Bayaran kontrak makanan dan lain-lain biayaan

bagi program-program adalah RM 276,842.46 yang mana keuntungan bersih adalah

berjumlah RM 2,792.95.

7.0 PERBINCANGAN USUL-USUL BERTULIS

7.1 Kriteria Anugerah Cemerlang UPSR

Usul berkaitan kriteria bagi Anugerah Cemerlang UPSR yang tidak menerima subjek

bukan teras. Usul ini telah mencadangkan untuk menerima subjek bukan teras di

peringkat UPSR untuk dipertimbangkan bagi menerima anugerah cemerlang.

Jawapan usul : Setelah diperhalusi dan dipertimbangkan, kriteria yang digunapakai

untuk Anugerah Cemerlang UPSR adalah tertakhluk subjek teras Kementerian

Pendidikan Malaysia yang mana selari dengan kiteria yang digunapakai oleh

PUSPANITA Negeri Pulau Pinang. Anugerah pencapaian akademik adalah satu initiatif

PUSPANITA MPSP kepada anak-anak ahli dan SURI untuk terus cemerlang dalam

bidang pendidikan.

7.2 Pemberian Hadiah Hari Lahir kepada Ahli PUSPANITA dan SURI

Page 13: ISI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKASURATonline.mpsp.gov.my/puspanita/bukuAGM/Buku_AGM_2017.pdf · 4 Aturcara Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan ... dilampirkan dalam buku mesyuarat)

Mesyuarat Agung PUSPANITA MPSP Kali Ke-18

13

Usul ini mencadangkan untuk memberikan hadiah hari lahir kepada ahli-ahli

PUSPANITA dan SURI MPSP

Jawapan usul : Usul ini adalah membawa implikasi kewangan keapda PUSPANITA

MPSP yang mana adalah dicadangkan untuk menggunakan inisiatif lain yang tidak

melibatkan kos yang perlu ditanggung oleh PUSPANITA.

8.0 HAL-HAL LAIN 8.1 Status Kehadiran ke Mesyuarat Agung

Setiausaha PUSPANITA MPSP membentangkan status kehadiran ahli ke Mesyuarat Agung

yang Ke – 17 di mana sebanyak 309 orang ahli yang hadir pada hari ini.

9.0 PENANGGUHAN MESYUARAT

Pengerusi Mesyuarat mengucapkan ribuan terima kasih dan syabas kepada semua AJK yang

telah menyumbang tenaga dalam menjayakan Mesyuarat Agung pada kali ini. Semoga semua

ahli PUSPANITA MPSP sentiasa memberikan komitmen dan sokongan yang tinggi dalam

aktiviti berpersatuan dalam PUSPANITA. Diharapkan PUSPANITA MPSP lebih cemerlang dan

gemilang dalam meniti arus perkembangan yang mana sentiasa mencakupi keperluan semasa.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 6.10 petang. tt (NORMAIRA ABDUL RAHMAN) Setiausaha PUSPANITA Majlis Perbandaran Seberang Perai

Page 14: ISI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKASURATonline.mpsp.gov.my/puspanita/bukuAGM/Buku_AGM_2017.pdf · 4 Aturcara Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan ... dilampirkan dalam buku mesyuarat)

Mesyuarat Agung PUSPANITA MPSP Kali Ke-18

14

Laporan Setiausaha & Aktiviti Tahun 2016

Laporan Setiausaha ini dibentangkan adalah bertujuan untuk memberi makluman kepada semua ahli-

ahli PUSPANITA MPSP berkenaan aktiviti yang telah dijalankan oleh persatuan ini sepanjang tahun.

Keahlian PUSPANITA MPSP sehingga 31 Disember 2016 adalah berjumlah 507 orang. Pertambahan

ini adalah hasil usaha dan galakan daripada semua AJK dan ahli-ahli PUSPANITA MPSP.

SENARAI PROGRAM PUSPANITA BAGI TAHUN 2016 MAJLIS PERBANDARAN SEBERANG PERAI

BIRO PENDIDIKAN DAN AGAMA

Bil Tempat, Masa & Tarikh Tajuk & Maklumat Ringkas Aktiviti / Projek Peserta

1 04 April 2016 10.00 pagi

Auditorium MPSP, Ibu Pejabat MPSP, Bandar

Perda

Taklimat Pengurusan Kewangan Bersama Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) Siri I

Taklimat Pengurusan Kewangan Bersama ASNB

telah diadakan bagi memberi pendedahan dan pendidikan tentang pengurusan kewangan dan pelaburan dibawah produk Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).

Pada hari tersebut juga kakitangan diberi penerangan berkaitan tabung-tabung unit amanah yang dikendalikan oleh pihak ASNB. Pihak ASNB telah membuka kaunter untuk memberi peluang kepada kakitangan membuat pelaburan mengikut tabung unit amanah yang dipilih dan juga boleh membuat pelaburan melalui potongan gaji.

75 orang

2 1 Julai 2016 12.30 tghari

Surau Tingkat Mezzanine, Ibu Pejabat MPSP, Bandar Perda

Majlis Khatam Al-Quran Majlis Khatam Al-Quran ini diadakan bertujuan untuk

menerapkan budaya cintakan Al-Quran di kalangan ahli PUSPANITA dan kakitangan MPSP.

Majlis dimulakan dengan bacaan suci Al-Quran oleh kesemua ahli yang hadir dengan diketuai oleh Ustazah Salasiah sebagai ustazah jemputan. Bacaan Al-Quran dimulai dengan surah Ad-Dhuha sehingga surah terakhir iaitu Surah An-Nass seterusnya disudahi dengan bacaan doa. Setelah selesai sesi khatam Al-Quran, majlis diteruskan lagi dengan bacaan Tahlil dan Solat Zohor secara berjemaah.

72 orang

3 02 September 2016 12.30 tghari

Surau Tingkat Mezzanine, Ibu Pejabat

Majlis Bacaan Yassin Bagi Menghadapi Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah

(UPSR), Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Dan Sijil Tinggi Pelajaran

58 orang

Page 15: ISI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKASURATonline.mpsp.gov.my/puspanita/bukuAGM/Buku_AGM_2017.pdf · 4 Aturcara Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan ... dilampirkan dalam buku mesyuarat)

Mesyuarat Agung PUSPANITA MPSP Kali Ke-18

15

MPSP, Bandar Perda

Malaysia (STPM) Untuk Kanak-Kanak Kakitangan MPSP

Majlis Bacaan Yassin ini diadakan bertujuan bagi memohon keberkatan, ketenangan dan semangat kepada anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan tersebut. Majlis yang penuh barakah ini telah dihadiri oleh kakitangan MPSP seramai 58 orang.

Biro Pendidikan dan Agama menjemput Ustazah Salasiah bagi memimpin bacaan Yassin pada majlis tersebut. Majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran oleh kesemua ahli yang hadir yang diketuai oleh ustazah jemputan. Seterusnya majlis disudahi dengan bacaan doa. Setelah selesai sesi bacaan Yassin, majlis diteruskan lagi dengan solat Zohor, solat sunat hajat dan solat sunat taubat secara berjemaah.

4 25 Oktober 2016

2.30 petang Bilik Mesyuarat

Anggerik, Ibu Pejabat MPSP, Bandar Perda

Taklimat Pengurusan Kewangan Bersama Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) Siri II

Taklimat Pengurusan Kewangan Bersama ASNB

Siri II telah diadakan bagi memberi peluang kepada kakitangan tentang pendedahan dan pendidikan tentang pengurusan kewangan dan pelaburan dibawah produk Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).

Pada hari tersebut juga kakitangan diberi penerangan berkaitan tabung-tabung unit amanah yang dikendalikan oleh pihak ASNB. Pihak ASNB telah membuka kaunter untuk memberi peluang kepada kakitangan membuat pelaburan mengikut tabung unit amanah yang dipilih dan juga boleh membuat pelaburan melalui potongan gaji.

30 orang

Program Biro Pendidikan dan Agama

Page 16: ISI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKASURATonline.mpsp.gov.my/puspanita/bukuAGM/Buku_AGM_2017.pdf · 4 Aturcara Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan ... dilampirkan dalam buku mesyuarat)

Mesyuarat Agung PUSPANITA MPSP Kali Ke-18

16

BIRO KESENIAN & KEBUDAYAAN Bil Tempat, Masa & Tarikh Tajuk & Maklumat Ringkas Aktiviti / Projek

Peserta

1 Dewan Millenium,

Kepala Batas 1 Mac 2016

Persembahan Tarian Kebudayaan di Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2016

Persembahan tarian multi-racial oleh Biro Kesenian dan Kebudayaan.

4 orang

2 Esplande Padang Kota 12 Mac 2016

Persembahan Tarian di Penang Yosokoi Parade Tahun 2016

Buat Julung Kalinya Ahli Biro Kesenian & Kebudayaan PUSPANITA MPSP telah menyertai Penang Yosakoi Parade 2016. Program ini adalah satu inisiatif bagi melestarikan kebudayaan Jepun dengan asimilasipersembahan muzik tempatan yang mana PUSPANITA MPSP telah mempersembahan tarian Inang Cina & Joget.

11 orang peserta

3 Bandar Sunway Bulan April hingga Jun

2016

Persembahan tarian di Car Free Morning MPSP

Biro Kesenian dan kebudayaan telah membuat persembahan di program Car Free Morning MPSP.

4 orang peserta

4 Sunway Convention Centre, Seberang Jaya

10 Oktober 2014

Majlis High Tea Sejambak Budi Semurni Kasih Dengan Bertemakan ‘Bling-Bling”

Majlis High Tea merupakan program yang

dianjurkan setiap dua tahun sekali oleh Biro Kesenian dan Kebudayaan yang mana bagi tahun 2016 PUSPANITA MPSP telah memilih tema “Bling-Bling”.

Majlis telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Maimunah bt Mohd Sharif, Yang DiPertua merangkap Pengerusi PUSPANITA MPSP.

Pelbagai aktiviti menarik yang telah diatur sebagai

pengisian bagi Majlis ini. Majlis ini telah berjaya mengumpulkan ahli-ahli PUSPANITA dalam tujuan yang satu iaitu untuk merapatkan ukhuwah silaturrahim sesama ahli dalam aktiviti berpersatuan.

250 orang

5 Olive Tree Hotel, Pulau Pinang

Majlis Makan Malam jasamu Dikenang PUSPANITA Negeri Pulau Pinang

9 orang

Page 17: ISI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKASURATonline.mpsp.gov.my/puspanita/bukuAGM/Buku_AGM_2017.pdf · 4 Aturcara Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan ... dilampirkan dalam buku mesyuarat)

Mesyuarat Agung PUSPANITA MPSP Kali Ke-18

17

30 Oktober 2016 Jumaat

Biro Kesenian dan Kebudayaan telah mewakili PUSPANITA MPSP dalam dua pertandingan yang telah diadakan sempena Majlis Makan Malam Jasamu Dikenang 2016. Kumpulan Gebu-Gebu Dancer telah mewakili dengan mempersembahkan tarian Rintihan Alam dengan berlatarbelakangkan Lagu Asmaradana dan untuk persembahan Tiru gaya Artis dengan Gimik Beyonce-Listen. Kumpulan Kebudayaan PUSPANITA MPSP telah Berjaya mempertahankan Johan selama 7 tahun berturut-turut dalam pertandingan tarian dan dua tahun berturut-turut bagi persembahan tiru gaya artis.

Program Biro Kesenian dan Kebudayaan

BIRO LAWATAN & SOSIAL

Page 18: ISI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKASURATonline.mpsp.gov.my/puspanita/bukuAGM/Buku_AGM_2017.pdf · 4 Aturcara Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan ... dilampirkan dalam buku mesyuarat)

Mesyuarat Agung PUSPANITA MPSP Kali Ke-18

18

Bil Tempat, Masa & Tarikh Tajuk & Maklumat Ringkas Aktiviti / Projek Peserta

1 Pejabat Daerah Langkawi, Langkawi,

Kedah 25 Mac - 27 Mac 2016

(Jumaat – Ahad)

Lawatan Ke PUSPANITA Cawangan Pulau Langkawi ( Pejabat Daerah Langkawi)

Lawatan ke PUSPANITA Cawangan Langkawi telah

diadakan pada 27 Mac 2016 (Ahad) bertempat di Pejabat Daerah Langkawi. Lawatan tersebut diwakili oleh seramai 15 orang yang terdiri daripada Ahli PUSPANITA MPSP dan SURI yang bertujuan bertujuan untuk berkongsi pandangan serta bertukar-tukar fikiran berkaitan aktiviti yang dijalankan oleh kedua-dua belah pihak.

Hasil lawatan ini, PUSPANITA MPSP dapat mempelajari aktiviti yang dijalankan oleh PUSPANITA Cawangan Langkawi yang menyediakan pakej bagi PUSPANITA / agensi-agensi luar yang berminat untuk melawat ke Pulau Lagenda tersebut.

15 orang

Program Biro Lawatan dan Sosial

Page 19: ISI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKASURATonline.mpsp.gov.my/puspanita/bukuAGM/Buku_AGM_2017.pdf · 4 Aturcara Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan ... dilampirkan dalam buku mesyuarat)

Mesyuarat Agung PUSPANITA MPSP Kali Ke-18

19

BIRO KEBAJIKAN

Bil Tempat, Masa & Tarikh Tajuk & Maklumat Ringkas Aktiviti / Projek PesertA

1 26 Mac 2016 (Sabtu) 9.00 pagi - 11.00 pagi, Di Perkarangan Masjid

Abdul Kader, Telaga Air, Butterworth.

Free Market in Butterworth

Pasar Percuma Butterworth ini adalah program kerjasama antara MPSP, Think City, Skuad Senyum serta beberapa syarikat yang berminat untuk membuat sumbangan.

Program ini berkonsepkan kebajikan yang melibatkan 60 penyumbang yang telah membuka gerai untuk memberikan barangan mereka seperti pakaian, makanan dan keperluan harian kepada penduduk tempatan.

Ia juga adalah salah satu pengisian program selaras

dengan Pelan Butterworth Baharu. Turut hadir bersama adalah YBhg. Dato’ Maimunah Mohd Sharif (Yang Dipertua MPSP), Encik Hamdan Abdul Majeed (Executive Director Think City Sdn. Bhd.) serta Ahli-ahli Jawatankuasa Masjid Abdul Kadeer.

Masyarakat setempat di Butterworth

2 2 Jun 2016 (Khamis) 8.00 pagi hingga 5.00

petang, Kompleks Masyarakat Penyayang,

Jalan Utama, Georgetown, Pulau

Pinang.

Majlis Sumbangan kepada Orang Kurang Berkemampuan / Upaya Sempena Bulan Ramadhan

al-Mubarak Anjuran PUSPANITA Negeri Pulau Pinang

Majlis Sumbangan Kepada Orang Kurang

Berkemampuan / Upaya Sempena Bulan Ramadhan Al-Mubarak telah diadakan pada 2 Jun 2016 (Khamis) di Kompleks Masyarakat Penyayang, Jalan Utama, Georgetown, Pulau Pinang. Penganjuran program ini bertujuan menyalurkan sumbangan ikhlas kepada para penerima yang kurang berkemampuan. Program anjuran Puspanita Negeri Pulau Pinang ini dengan kerjasama daripada pihak Pejabat Zakat Negeri Pulau Pinang melalui sumbangan wang tunai, beras dan keperluan dapur.

Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) telah menyenaraikan 30 orang penerima sumbangan bagi tahun 2016.

Majlis dimulakan pada jam 10.00 pagi dengan mendengar ucapan ringkas daripada Pengerusi PUSPANITA Negeri Pulau Pinang, YBhg. Datin Seri Hamidah binti Mat Daud dan disusuli dengan ucapan daripada Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, YB. Dato’ Seri Farizan bin Darus. Penyampaian sumbangan kepada para penerima

Page 20: ISI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKASURATonline.mpsp.gov.my/puspanita/bukuAGM/Buku_AGM_2017.pdf · 4 Aturcara Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan ... dilampirkan dalam buku mesyuarat)

Mesyuarat Agung PUSPANITA MPSP Kali Ke-18

20

telah disempurnakan oleh YB. Dato’ Seri Farizan bin Darus, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Jamuan makan tengahari turut disediakan untuk para penerima sumbangan selepas selesai majlis penyampaian.

Hasil maklum balas yang diterima daripada penerima sumbangan, mereka amat berbesar hati dan bersyukur kerana telah terpilih menerima sumbangan ini. Mereka juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada penganjur yang menjayakan program ini

3 21 Julai 2014 Lobi Utama MPSP

Majlis Penyampaiaan Sumbangan Kepada Kakitangan MPSP

Seramai 70 kakitangan telah dipilih untuk menerima sumbangan berupa barangan keperluan harian yang mana bantuan adalah daripada wang tabungan tabung Sinar Kasih PUSPANITA MPSP dan juga melalui sumbangan orang perseorangan. Majlis Sumbangan kepada kakitangan ini adalah julung-julung kali diadakan oleh PUSPANITA MPSP yang mana dengan hasrat dapat meringankan beban dalam berkongsi kegembiraan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Yang Dipertua Maimunah Mohd Sharif.

70 orang kakitangan

terpilih

4

29 Jun 2016 (Rabu) 3.30 petang hingga 5.00

petang Lobi, Majlis Perbandaran

Seberang Perai

Program Pemberian Sumbangan kepada Kakitangan MPSP Sempena Ramadhan Al-Mubarak

1437H Anjuran PUSPANITA MPSP Program Pemberian Sumbangan Kepada

Kakitangan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) Sempena Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak telah diadakan pada 29 Jun 2016 pada jam 3.30 petang bertempat di Lobi, Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Maimunah Mohd Sharif, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) serta turut dihadiri oleh Tuan Setiausaha Perbandaran, Sr Haji Rozali Bin Haji Mohamud.

Seramai 40 orang penerima di kalangan kakitangan MPSP yang kurang berkemampuan telah dipilih untuk menerima sumbangan tersebut. Setiap penerima sumbangan menerima barangan dapur hasil sumbangan dari Pejabat Zakat Negeri Pulau Pinang serta wang tunai sebanyak RM 100.00 hasil kutipan yang dijalankan di setiap jabatan di MPSP melalui Tabung Sinar Kasih, Puspanita MPSP. Pemberian sumbangan ini sekaligus telah dapat meringankan perbelanjaan mereka bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.

40 penerima

(kakitangan MPSP)

Page 21: ISI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKASURATonline.mpsp.gov.my/puspanita/bukuAGM/Buku_AGM_2017.pdf · 4 Aturcara Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan ... dilampirkan dalam buku mesyuarat)

Mesyuarat Agung PUSPANITA MPSP Kali Ke-18

21

Program Biro Kebajikan

Page 22: ISI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKASURATonline.mpsp.gov.my/puspanita/bukuAGM/Buku_AGM_2017.pdf · 4 Aturcara Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan ... dilampirkan dalam buku mesyuarat)

Mesyuarat Agung PUSPANITA MPSP Kali Ke-18

22

BIRO EKONOMI & KEUSAHAWANAN

Tajuk & Maklumat Ringkas Aktiviti / Projek

Biro ini merupakan biro yang menyelaras penyediaan Jamuan Makan Minum Bagi Mesyuarat / Kursus Dalaman / Penganjuran Majlis / Acara Rasmi Dan Jamuan Keraian Rasmi Majlis. Bagi tahun 2016 PUSPANITA telah menyelaras penyediaan makanan dan minuman yang mana melibatkan peruntukkan MPSP sebanyak RM 260,081.00 dengan membawa keuntungan daripada kontrak adalah RM 28,698.41

Page 23: ISI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKASURATonline.mpsp.gov.my/puspanita/bukuAGM/Buku_AGM_2017.pdf · 4 Aturcara Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan ... dilampirkan dalam buku mesyuarat)

Mesyuarat Agung PUSPANITA MPSP Kali Ke-18

23

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PUSPANITA MPSP KALI KE 17 TAHUN 2016

Page 24: ISI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKASURATonline.mpsp.gov.my/puspanita/bukuAGM/Buku_AGM_2017.pdf · 4 Aturcara Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan ... dilampirkan dalam buku mesyuarat)

Mesyuarat Agung PUSPANITA MPSP Kali Ke-18

24

PROGRAM YANG DIKELOLAKAN DAN DISERTAI OLEH AJK INDUK PUSPANITA MPSP

SEPANJANG TAHUN 2016

Bil Program Tarikh

1 Mesyuarat Agung PUSPANITA MPSP Kali ke 17 di Auditorium MPSP 12 Februari 2016

2 Program Pemberian Cenderahati Hari Raya Sempena Bulan Ramadhan al-Mubarak kepada Ahli-ahli PUSPANITA & SURI MPSP dan juga Semua Ketua-Ketua Jabatan

30 Julai 2016

3 Jamuan Hari Raya MPSP 2016 22 Julai 2016

4 Pertandingan Mewarna Sempena Sambutan Hari majlis ke 42 30 Julai 2016

5 Lawatan PUSPANITA Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan ke PUSPANITA MPSP

2 Oktober 2016

Page 25: ISI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKASURATonline.mpsp.gov.my/puspanita/bukuAGM/Buku_AGM_2017.pdf · 4 Aturcara Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan ... dilampirkan dalam buku mesyuarat)

Mesyuarat Agung PUSPANITA MPSP Kali Ke-18

25

PENYATA KEWANGAN PUSPANITA MPSP

Page 26: ISI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKASURATonline.mpsp.gov.my/puspanita/bukuAGM/Buku_AGM_2017.pdf · 4 Aturcara Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan ... dilampirkan dalam buku mesyuarat)

Mesyuarat Agung PUSPANITA MPSP Kali Ke-18

26