teks ucapan perasmi

4
TEKS UCAPAN PERASMI: Yang Mulia Pengerusi Majlis, Yang Dihormati Eni! Shahrul Ni"am #in Rohani, Tim#alan Pengarah Pelajaran Daerah Se$ang, Yang %erusaha, Tn& 'j& Muhamma( )a!i #in Raji!in, Pengetua, SAM %an(ar %aru Sala! Tinggi& Yang Dihormati, Tuan 'aji Che A#(ul Maji( #in Che *mar, Yang Di$ertua PI%+, SAM %an(ar %aru Sala! Tinggi& +uru guru Penolong Kanan, +uru guru Kanan Mata Pelajaran, +uru Cemerlang, $ara i#u #a$a, guru guru (an $elajar $elajar -ang (i!asihi se!alian& Assalamualai!um .rt&/#t& %ers-u!ur !ita !erana $a(a $agi -ang mulia ini (a$at !ita #ersama sama mengha(iri 0Majlis Anugerah Cemerlang1, SAM %an(ar %aru Sala! Tinggi #agi tahun 2345& Terle#ih (ahulu sa-a ingin mengua$!an terima !asih atas !esu(ian $iha! se!olah menjem$ut sa-a mengha(iri majlis -ang gilang gemilang ini& Majlis se$erti ini amat #ai! (ija(i!an se#agai aara tahunan untu! mem#eri!an $engi!tira6an !e$a(a mere!a -ang telah menunju!!an $restasi -ang emerlang (alam #i(ang a!a(emi!& Selain mem#eri $engi!tira6an,majlis ini juga turut a!an men-unti! semangat !e$a(a $elajar $elajar lain untu! mening!at!an $ena$aian masing masing& Tuan tuan (an $uan $uan se!alian, A#a( !e 24 ini telah menjanji!an $el#agai !emung!inan !e$a(a !ita& Ke$esatan te!nologi ma!lumat (an !omuni!asi 7ICT8 melahir!an 6enomena glo#alisasi, 0Dunia Tan$a Sem$a(an9& Untu! meni!mati !eja-aan #erterusan (alam $erse!itaran glo#alisasi -ang mena#ar ini, !ita $erlu

Upload: syakir-maarif-bin-mastor

Post on 08-Oct-2015

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

TEKS UCAPAN PERASMI:

Yang Mulia Pengerusi Majlis,

Yang Dihormati Encik Shahrul Nizam bin Rohani, Timbalan Pengarah Pelajaran Daerah Sepang,

Yang Berusaha, Tn. Hj. Muhammad Zaki bin Rajikin, Pengetua, SAM Bandar Baru Salak Tinggi.

Yang Dihormati, Tuan Haji Che Abdul Majid bin Che Omar, Yang Dipertua PIBG, SAM Bandar Baru Salak Tinggi.

Guru-guru Penolong Kanan, Guru-guru Kanan Mata Pelajaran, Guru Cemerlang, para ibu bapa, guru-guru dan pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum wrt.Wbt.

Bersyukur kita kerana pada pagi yang mulia ini dapat kita bersama-sama menghadiri Majlis Anugerah Cemerlang, SAM Bandar Baru Salak Tinggi bagi tahun 2013. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih atas kesudian pihak sekolah menjemput saya menghadiri majlis yang gilang-gemilang ini. Majlis seperti ini amat baik dijadikan sebagai acara tahunan untuk memberikan pengiktirafan kepada mereka yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam bidang akademik. Selain memberi pengiktirafan, majlis ini juga turut akan menyuntik semangat kepada pelajar-pelajar lain untuk meningkatkan pencapaian masing-masing.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Abad ke 21 ini telah menjanjikan pelbagai kemungkinan kepada kita. Kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) melahirkan fenomena globalisasi, Dunia Tanpa Sempadan. Untuk menikmati kejayaan berterusan dalam persekitaran globalisasi yang mencabar ini, kita perlu menyedia dan melengkapkan diri para pelajar dengan pelbagai ilmu

1pengetahuan, kemahiran tinggi yang inovatif, memiliki jati diri dan beretika secara berterusan dalam usaha untuk mempertingkatkan keupayaan generasi muda dalam menangani perubahan dan cabaran dengan cekap danberkesan.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Memperkasakan pelbagai ilmu pengetahuan, kebolehan berkomunikasi terutamanya dalam bahasa Melayu, bahasa Arab dan bahasa Inggeris dan penerapan pelbagai kemahiran dalam kalangan pelajar-pelajar menjadi agenda utama bagi sesebuah sekolah. Walau bagaimanapun, penguasaan ilmu dan berketrampilan sahaja tidak mencukupi seandainya faktor nilai -nilai murni tidak dijadikan pedoman. Nilai-nilai agama dan moral akan memberikan petunjuk dan pedoman kerana melaluinya terkandung nilai yang baik untuk generasi muda menempuh kehidupan yang penuh cabaran.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Pembangunan modal insan ini perlu dirancang teliti dengan mengambil kaedah menyeluruh dan bersepadu. Segala bakat dan potensi para pelajar dapat dibangunkan dengan efektif. Dengan ini, SAM Bandar Baru Salak Tinggi akan dapat melahirkan generasi pewaris kepemimpinan negara yang memiliki idea, mencakupi pelbagai rutin kehidupan, berketrampilan dalam pelbagai bidang, kritis dan kreatif sekaligus kontruktif. Hal ini berkadar langsung dengan aspirasi kerajaan dalam melahirkan pelapis kepimpinan negara pada masa akan datang.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Kita tidak mahu melahirkan ulat buku yang hanya cemerlang dari segi akademik semata-mata, sebaliknya generasi yang seimbang perkembangannya dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual, mempunyai disiplin diri yang tinggi, berketrampilan, patriotik dan tidak bersikap individualistik malah mampu memainkan peranan dalam masyarakat. Usaha ini selaras dengan wawasan kerajaan untuk mencapai status negara maju menjelang 2020.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Dengan adanya gandingan mantap antara pihak sekolah dengan pihak ibu bapa akan menjadikan SAM Bandar Baru Salak Tinggi lebih beraspirasi untuk meningkatkan pencapaian akademik dan kokurikulum pelajar agar terus cemerlang serta dapat meningkatkan penglibatan dan rasa kepunyaan ibu bapa serta komuniti terhadap sekolah ini. Hubungan rapat dan mesra ini akan meningkatkan iklim pembelajaran yang kondusif yang faedahnya akan dinikmati oleh para pelajar.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Akhir sekali, saya mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah yang telah menganjurkan majlis anugerah ini dengan jayanya. Saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh warga SAM Bandar Baru Salak Tinggi kerana telah menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan sahsiah bagi tahun 2012/ 2013. Harapan saya agar sekolah ini akan terus mencipta dan mengukir kejayaan dalam semua bidang yang sedang dan yang akan diceburi. Dengan sukacitanya, saya merasmikan Majlis Anugerah Cemerlang SAM Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang bagi tahun 2013.

Sekian, terima kasih.

3