teks ucapan pengetua

3
TEKS UCAPAN PENGETUA SEMPENA MAJLIS PERASMIAN PENUTUP KEM KEPIMPINAN UNIT KOKURIKULUM Assalamualaikum wbt wrt, selamat sejahtera dan salam 1 Malaysia. Terima kasih kepada saudari Pengerusi Majlis. Yang dihormati Pn. Rodziah binti Ismail, Penolong Kanan Kokurikulum; Pn. Jacintha Jeymalar, Setiausaha Kokurikulum, para guru dan para pelajar yang dikasihi sekalian. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan kepada Allah SWT Yang Maha Berkuasa kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kita bersama-sama menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Kem Kepimpinan Unit Beruniform, Kelab/Persatuan dan Permainan pada hari ini. Para pelajar yang disayangi sekalian, Sekalung penghargaan dan tahniah diucapkan kepada semua pelajar kerana telah diberi peluang dan kepercayaan oleh guru-guru penasihat kelab persatuan masing-masing untuk mengikuti kem kepimpinan pada hari ini. Sesungguhnya anda adalah golongan yang terpilih dan amat berbakat dalam bidang kepimpinan. Saya percaya ilmu yang telah anda peroleh daripada guru-guru sepanjang hari ini akan dapat dijadikan panduan bukan sahaja untuk menguruskan kelab persatuan masing-masing, malah dapat digunakan juga dalam kehidupan seharian yang serba mencabar ini. Seperti yang anda semua sedia maklum, kem kepimpinan yang dianjurkan oleh organisasi luar amat mahal harganya berbanding dengan kem kepimpinan anjuran pihak sekolah yang telah anda ikuti sebentar tadi. Oleh itu, saya berharap para pelajar dapat menggunakan ilmu yang diperoleh

Upload: fiza-fiey-z

Post on 01-Oct-2015

1.263 views

Category:

Documents


59 download

DESCRIPTION

majlis penutup kem

TRANSCRIPT

TEKS UCAPAN PENGETUA SEMPENA MAJLIS PERASMIAN PENUTUP KEM KEPIMPINAN UNIT KOKURIKULUMAssalamualaikum wbt wrt, selamat sejahtera dan salam 1 Malaysia.

Terima kasih kepada saudari Pengerusi Majlis.

Yang dihormati Pn. Rodziah binti Ismail, Penolong Kanan Kokurikulum; Pn. Jacintha Jeymalar, Setiausaha Kokurikulum, para guru dan para pelajar yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan kepada Allah SWT Yang Maha Berkuasa kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kita bersama-sama menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Kem Kepimpinan Unit Beruniform, Kelab/Persatuan dan Permainan pada hari ini.

Para pelajar yang disayangi sekalian,

Sekalung penghargaan dan tahniah diucapkan kepada semua pelajar kerana telah diberi peluang dan kepercayaan oleh guru-guru penasihat kelab persatuan masing-masing untuk mengikuti kem kepimpinan pada hari ini. Sesungguhnya anda adalah golongan yang terpilih dan amat berbakat dalam bidang kepimpinan.

Saya percaya ilmu yang telah anda peroleh daripada guru-guru sepanjang hari ini akan dapat dijadikan panduan bukan sahaja untuk menguruskan kelab persatuan masing-masing, malah dapat digunakan juga dalam kehidupan seharian yang serba mencabar ini. Seperti yang anda semua sedia maklum, kem kepimpinan yang dianjurkan oleh organisasi luar amat mahal harganya berbanding dengan kem kepimpinan anjuran pihak sekolah yang telah anda ikuti sebentar tadi. Oleh itu, saya berharap para pelajar dapat menggunakan ilmu yang diperoleh dengan sebaik-baiknya dan sedia berkongsi pengetahuan dengan rakan-rakan yang lain.Para pelajar sekalian,

Anda adalah pewaris pemimpin akan datang. Sikap kepimpinan perlu dipupuk dalam diri kerana setiap orang akan berpeluang untuk menjadi seorang pemimpin sama ada sebagai pemimpin keluarga, pemimpin sesebuah organisasi mahupun pemimpin negara. Mulakanlah bakat kepimpinan anda dari sekarang dengan membantu guru-guru penasihat masing-masing menguruskan kelab persatuan. Andalah yang akan bertindak sebagai tangan kanan kepada guru penasihat dan tulang belakang kepada kejayaan kelab persatuan masing-masing.

Saya amat berharap agar perjalanan aktiviti kokurikulum sepanjang tahun ini akan berjalan lancar dengan menggunakan bakat kepimpinan yang ada pada pelajar-pelajar yang disayangi sekalian. Teruskanlah melibatkan diri dalam semua aktiviti untuk memastikan kecemerlangan SMK Segambut dalam bidang kokurikulum khasnya.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada para guru yang sanggup mengorbankan cuti hujung minggu untuk bersama-sama para pelajar mengikuti kem ini sejak pagi tadi lagi. Saya sedar guru-guru telah banyak berkorban masa dan tenaga untuk memastikan kelancaran program pada hari ini. Ucapan terima kasih juga khas ditujukan kepada guru-guru yang bertindak sebagai kem komandan, penceramah-penceramah, fasilitator-fasilitator, ahli-ahli jawatankuasa dan semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung. Hanya tuhan sahaja yang mampu membalas segala jasa kalian.

Akhir kata, saya dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim merasmikan Majlis Penutup Kem Kepimpinan Unit Kokurikulum SMK Segambut 2015.

Sekian, terima kasih.