teks ucapan pengerusi program 2.doc

5
TEKS UCAPAN PENGERUSI PROGRAM BUTIRAN CATATAN Pendahuluan Terima kasih diucapkan kepada saudari Pengacara Majlis. Yang Berbahagia En. Ghulam Sarver bin Mobarak Ali Pengarah Institut Pendidikan Guru, Kampus Dato’ Razali Ismail, Kuala Terengganu Yang Mulia Datuk Tengku Zainuddin Tengku Zahid selaku Pengerusi Pusat Khidmat Setempat Marang, Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Marang. Yang berusaha Puan Norhayati binti Zaman, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Marang Yang dihormati En. Shamsuddin b. Abdullah, Setiausaha Pusat Khidmat setempat MArang, Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Marang. Yang dihormati Puan Hjh Norma Bajuria, Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan IPG KDRI selaku ketua penasihat Program Latihan Ilmiah PDK Yang dihormati Tn. Hj Abdullah Kamal bin Abu Bakar, Penasihat Program Latihan Ilmiah PDK Barisan pensyarah-pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan IPG KDRI

Upload: yankumi07

Post on 01-Jan-2016

169 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

teks

TRANSCRIPT

Page 1: TEKS UCAPAN PENGERUSI PROGRAM 2.doc

TEKS UCAPAN PENGERUSI PROGRAM

BUTIRAN CATATAN

Pendahuluan

Terima kasih diucapkan kepada saudari Pengacara Majlis.

Yang Berbahagia En. Ghulam Sarver bin Mobarak Ali

Pengarah Institut Pendidikan Guru, Kampus Dato’ Razali

Ismail, Kuala Terengganu

Yang Mulia Datuk Tengku Zainuddin Tengku Zahid selaku

Pengerusi Pusat Khidmat Setempat Marang, Jabatan

Kebajikan Masyarakat Daerah Marang.

Yang berusaha Puan Norhayati binti Zaman, Pegawai

Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Marang

Yang dihormati En. Shamsuddin b. Abdullah, Setiausaha

Pusat Khidmat setempat MArang, Jabatan Kebajikan

Masyarakat Daerah Marang.

Yang dihormati Puan Hjh Norma Bajuria, Ketua Jabatan

Ilmu Pendidikan IPG KDRI selaku ketua penasihat Program

Latihan Ilmiah PDK

Yang dihormati Tn. Hj Abdullah Kamal bin Abu Bakar,

Penasihat Program Latihan Ilmiah PDK

Barisan pensyarah-pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan

IPG KDRI

Barisan ahli jawatankuasa Pusat Khidmat Setempat

Marang, Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Barisan keluarga-keluarga angkat.

Barisan para peserta Program Latihan Ilmiah PDK iaitu unit

PK Smester 6 IPG KDRI

Seterusnya, tuan-tuan dan puan-puan, hadirin hadirat yang

dihormati Allah sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Page 2: TEKS UCAPAN PENGERUSI PROGRAM 2.doc

ALUAN

Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat Allah s.w.t kerana

dengan limpah kurnia-Nya kita semua dapat berkumpul di

Pusat Khidmat Setempat Marang pada pagi yang mulia ini

bagi menyempurnakan majlis penutupan program latihan

Ilmiah PDK di Pusat Khidmat Setempat Marang ini anjuran

Pelajar PISMP Pendidikan Khas semester 6 IPG KDRI dan

penyerahan kembali anak angkat bagi program titian kasih.

Terlebih dahulu saya bagi pihak pengerusi program ingin

merakamkan setinggi2 penghargaan dan ucapan jutaan

terima kasih kepada tuan Pengarah yang sudi hadir bagi

menyempurnakan majlis penutupan program ini.

ISI

Alhamdulillah sekalung penghargaan diucapkan kepada

Pihak PDK Daerah Marang kerana memberikan kerjasama

yang sangat baik bagi guru pelatih dalam menjayakan

program kami. Kerjasama dan semangat yang jitu daripada

pihak PDK memberikan kami inspirasi dalam

mengembangkan potensi kami sebagai bakal guru kelak.

Hadirin hadirat sekalian, sepanjang seminggu program ini

berlangsung, pelbagai aktiviti ilmiah telah dilaksanakan

dengan jayanya. Bermula dengan aktiviti kem amali solat,

kem ini telah memberikan kemahiran amali dalam cara-cara

menunaikan solat bagi pelatih PDK. Sedikit sebanyak ilmu

yang diberikan dapat diikuti oleh pelatih OKU ini.

Seterusnya aktiviti melukis mural pula memberikan

pendedahan kepada kami guru pelatih untuk menonjolkan

bakat-bakat seni lukis yang dapat digarap dan

diketengahkan di samping melakukan kerja-kerja

sukarelawan. Hari ketiga pula berlangsung bengkel

pergigian. Dr pergigian dijemput khas dari Klinik Kesihatan

Page 3: TEKS UCAPAN PENGERUSI PROGRAM 2.doc

Marang iaitu Dr Ooi bagi menyempurnakan perkongsian

ilmu berkenaan cara penjagaan gigi bagi pelatih-pelatih

OKU ini. Seterusnya, berlangsung pula hari sosial di mana

guru-guru pelatih IPG menolong petugas-petugas PDK

dalam mengendalikan program sosial seperti jualan amal

membeli sambil menderma dan juga melaksanakan terapi

muzik bagi pelatih-pelatih OKU. Alhamdulillah jualan amal

telah mencecah target yang disasarkan.

Hari kelima pula program home based diadakan. Pada

aktiviti ini, guru pelatih bersama-sama petugas PDK ke

rumah-rumah pelatih OKU yang sangat susah. Tujuannya

ialah memberi sumbangan dan melaksanakan gotong-

royong bersama-sama bagi meringankan beban mereka..

Seterusnya aktiviti kemuncak bagi program ilmiah ini ialah

aktiviti sukaneka. Aktiviti sukaneka ini melibatkan pelatih

OKU bersama-sama ibu bapa mereka dan juga ahli

keluarga PDK. Tujuannya adalah untuk memberikan

pengalaman keseronokan bagi pelatih OKU dan juga

dijadikan terapi bagi mereka.

Sesungguhnya program ilmiah kali ini memberikan sejuta

pengalaman bermakna bagi kami guru pelatih. Pengalaman

tersebut tidak kira pahit atau manis akan kami jadikan

sebagai azimat untuk terus mara ke hadapan dalam

mengharungi liku-liku hidup yang mencabar sebagai guru

kelak. Akhir kalam, terima kasih diucapkan kepada semua

pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak

dalam menjayakan program ini.

Sekian terima kasih.

Page 4: TEKS UCAPAN PENGERUSI PROGRAM 2.doc