teks ucapan pengarah program annual dinner

3
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t. Terima kasih kepada saudari pengerusi majlis. Yang saya hormati dif-dif jemputan, dekan fakulti, para pensyarah. Yang diraikan pelajar Program Dakwah dan Pengurusan Islam Tahun 4 dan hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian. Alhamdulillah bersyukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurnia- Nya, dapat kita sama-sama berhimpun pada Majlis yang gilang- gemilang di Hotel Singgahsana ini untuk meraikan para pelajar Tahun 4 yang bakal menyelesaikan pembelajaran mereka di Universiti Sains Islam Malaysia, pada tahun yang terakhir ini. Firman Allah: Innaddina indAllahil Islam. Sesungguh agama yang diredhai Allah hanyalah Islam. Menjadi pelajar program Dakwah dan Pengurusan adalah satu amanah buat kami para pelajar kursus ini. Menggalas harapan Universiti Sains Islam Malaysia ini sendiri, agar dapat menjadi salah seorang yang berjaya dibentuk menjadi generasi al-abrar yang meneruskan legasi perjuangan baginda Nabi S.A.W berdasarkan metod dakwah bil hal wa dakwah bil hikmah secara khususnya adalah tanggungjawab dan amanah yang besar yang dipikul oleh semua pelajar program Dakwah dan Pengurusan Islam. Kami di pihak penganjur, sangat berbesar hati, untuk meraikan kegembiraan para seniour Tahun 4, yang telah bertungkus

Upload: anna-mujahadah

Post on 14-Jun-2015

6.734 views

Category:

Documents


19 download

TRANSCRIPT

Page 1: Teks Ucapan Pengarah Program Annual Dinner

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum w.b.t.

Terima kasih kepada saudari pengerusi majlis. Yang saya hormati dif-dif jemputan,

dekan fakulti, para pensyarah. Yang diraikan pelajar Program Dakwah dan Pengurusan Islam

Tahun 4 dan hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian.

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya, dapat kita sama-

sama berhimpun pada Majlis yang gilang-gemilang di Hotel Singgahsana ini untuk meraikan

para pelajar Tahun 4 yang bakal menyelesaikan pembelajaran mereka di Universiti Sains Islam

Malaysia, pada tahun yang terakhir ini.

Firman Allah: Innaddina indAllahil Islam.

Sesungguh agama yang diredhai Allah hanyalah Islam.

Menjadi pelajar program Dakwah dan Pengurusan adalah satu amanah buat

kami para pelajar kursus ini. Menggalas harapan Universiti Sains Islam Malaysia ini sendiri, agar

dapat menjadi salah seorang yang berjaya dibentuk menjadi generasi al-abrar yang meneruskan

legasi perjuangan baginda Nabi S.A.W berdasarkan metod dakwah bil hal wa dakwah bil hikmah

secara khususnya adalah tanggungjawab dan amanah yang besar yang dipikul oleh semua

pelajar program Dakwah dan Pengurusan Islam.

Kami di pihak penganjur, sangat berbesar hati, untuk meraikan kegembiraan para

seniour Tahun 4, yang telah bertungkus lumus, berjuang menuntut ilmu dari mula hinggalah ke

tahun yang terakhir ini. Semangat para pelajar tahun 4, semestinya menjadi azimat kami, warga

pelajar kursus Dakwah dan Pengurusan Islam untuk menjalankan amanah menuntut ilmu,

seperti mana yang dilakukan oleh para seniour kami.

Besarlah harapan kami di pihak penganjur, agar usaha kecil kami, dalam meraikan para

seniour pada Majlis “Annual Dinner Daieman” memberikan seribu satu makna sebagai tanda

penghargaan kami buat para seniour yang merupakan abang kakak buat kami adik-adik

Program Dakwah dan Pengurusan Islam. Mudah-mudahan majlis ini dapat mengeratkan lagi

Page 2: Teks Ucapan Pengarah Program Annual Dinner

silaturrahim semasa kita, seterusnya menjadi azimat buat kita semua untuk meneruskan

perjuangan hingga menggenggam bukan sekadar segulung ijazah, namun menggenggam dunia

di tangan dan akhirat di hati. InsyaAllah, semoga Allah redha.

Sebelum mengakhiri ucapan ini, kami di pihak penganjur ingin mengucapkan jutaan

terima kasih atas kerjasama semua pihak yang sudi bekerjasama sama ada secara langsung atau

tidak langsung dalam menjayakan program ini. Kami di pihak penganjur sentiasa mendoakan

para seniour agar Berjaya bergraduasi sebagai Mahasiswa Gemilang Kelas Pertama. InsyaAllah.

Biar ditempuh menah tribulasi,

Tatkala mengejar impian dan cita.

Biar masa berlalu pergi,

Ukhuwah terjalin tak akan di lupa.

Sekalian, saya akhiri ucapan saya yang mewakili pihak penganjur “Annual Dinner

Daieman dengan lafaz salam, Assalamualaikum w.b.t