teks ucapan pengacara majlis

5
UCAPAN PENGACARA MAJLIS PERTANDINGAN NYANYIAN BINTANG BM INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA 2014. 1.55 petang Minta perhatian, majlis akan bermula sebentar lagi. Para hadirin diminta mengambil tempat masing-masing dan juga diingatkan supaya memastikan telefon bimbit masing-masing dalam isyarat senyap. 2.00 petang Mengumumkan ketibaan ................ ke dewan. Melayang serindit di atas permatang Merbah berkicau di hujung muara Pemanis kata selamat datang, Salam sejahtera pembuka bicara. Yang Berusaha Encik Julin bin Erus @ Erusi Ketua Unit Kokurikulum Yang Dihormati Puan Nurulhuda Abdullah Jurulatih Pengurusan Kokurikulum Encik Jamil bin Md. Yassin Puan Ngui Geok Kim Puan Lucy Gawis Tuan-tuan dan puan- puan serta para pelajar yang dikasihi sekalian,

Upload: parkmickyboo

Post on 06-Feb-2016

147 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

n

TRANSCRIPT

Page 1: Teks Ucapan Pengacara Majlis

UCAPAN PENGACARA MAJLIS PERTANDINGAN NYANYIAN BINTANG BM INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA 2014.

1.55 petangMinta perhatian, majlis akan bermula sebentar lagi.

Para hadirin diminta mengambil tempat masing-masing dan juga diingatkan supaya memastikan telefon bimbit masing-masing dalam isyarat senyap.

2.00 petang

Mengumumkan ketibaan ................ ke dewan.

Melayang serindit di atas permatangMerbah berkicau di hujung muara

Pemanis kata selamat datang,Salam sejahtera pembuka bicara.

Yang Berusaha

Encik Julin bin Erus @ Erusi

Ketua Unit Kokurikulum

Yang Dihormati

Puan Nurulhuda Abdullah

Jurulatih Pengurusan Kokurikulum

Encik Jamil bin Md. Yassin

Puan Ngui Geok Kim

Puan Lucy Gawis

Page 2: Teks Ucapan Pengacara Majlis

Tuan-tuan dan puan- puan serta para pelajar yang dikasihi sekalian,

Bersyukur kita kepada Tuhan maka dapat kita bersama-sama berkumpul di dewan ini bagi memeriahkah Pertandingan Nyanyian “Bintang BM” Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya 2014. Dengan kesempatan ini, majlis mengucapkan selamat datang dan terima kasih di atas kehadiran para hadirin sekalian.

UCAPAN PENGERUSI

Hadirin yg dimuliakan,

Tak molek, jika ada alu tiada lesungnyaTak berguna jika ada dayung tiada perahunyaTak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara

Tirai ucapan pada pagi ini dibuka dengan menjemput saudari Wong Wen Jing merangkap pengerusi majlis Pertandingan Nyanyian “Bintang BM” 2014 untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan hormatnya majlis mempersilakan.

Majlis merakamkan penghargaan terima kasih kepada saudari Wong atas ucapan tadi.

UCAPAN PERASMI

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Seterusnya, majlis dengan penuh takzim mempersilakan Yang Berusaha Encik Julin bin Erus @ Erusi merangkap Ketua Unit Kokurikulum untuk memberi ucapan beliau dan seterusnya merasmikan Majlis Pertandingan Nyanyian “Bintang BM” Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya 2014. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Encik Julin atas ucapan serta perasmian majlis Pertandingan Nyanyian “Bintang BM” 2014 sebentar tadi.

Sekarang, majlis dengan ini mempersilakan  saudari Wong Wen Jing untuk menyampaikan cenderahati daripada pihak penganjur kepada Encik Julin yang telah sudi menyempurnakan majlis perasmian Pertandingan Nyanyian “Bintang BM” kita pada hari ini.

Page 3: Teks Ucapan Pengacara Majlis

Hadirin yang dihormati,

Baiklah, marilah kita mulakan acara pertandingan nyanyian solo pada malam ini dengan menjemput saudari ........... untuk menyampaikan sebuah lagu yang bertajuk…………

Kita teruskan lagi dengan peserta yang kedua………. Untuk menyampaikan lagu………...  

Kita telahpun mendengar persembahan daripada empat orang peserta dan kini ditampilkan peserta kelima iaitu saudari……………………. Beliau akan menyampaikan sebuah lagu yang berjudul .........................

Peserta terakhir …………………………………………………………….

PERSEMBAHAN

Hadirin sekalian, sementara menunggu keputusan daripada juri-juri, apa kata kita  menyaksikan satu persembahan daripada pelajar PISMP BM Semester 1.

Dipersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada wakil pelajar atas persembahan sebentar tadi.

Page 4: Teks Ucapan Pengacara Majlis

PENGUMUMAN KEPUTUSAN DAN PENYAMPAIAN HADIAH.

Baiklah, keputusan telahpun ada di tangan kami.  majlis dengan segala hormatnya mempersilakan yang dihormati ………………………………..untuk menyempurnakan penyampaian hadiah dan sijil. Majlis mempersilakan.

Dimulakan dengan kumpulan Solo,

Saguhati jatuh kepada ………………..

Tempat ketiga diberikan kepada ………………

Tempat kedua dimenangi oleh …………………

Tempat pertama disandang oleh………………..

Kita beralih ke kategori kumpulan

Saguhati jatuh kepada ………………..

Tempat ketiga diberikan kepada ………………

Tempat kedua dimenangi oleh …………………

Tempat pertama disandang oleh………………..

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada …………….atas kesudian menyempurnakan hadiah itu tadi. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua yang telah berjaya.

PENUTUP

Gugur menguning buah kuini,Menghijau pohon subur dibaja,

Majlis kita berakhir di sini,Salah dan silap lupakan saja

         Sebarang kelemahan harap dimaafiSegala kerjasama sangat dihargai

Terima kasih sekalung budiKenangan nan indah simpanlah di hati

Page 5: Teks Ucapan Pengacara Majlis

Semoga kita berjumpa lagi.

Hadirin sekalian, dengan berakhirnya penyampaian hadiah itu tadi, kita telah pun berada di penghujung majlis. Kami  bagi pihak ahli jawatankuasa Majlis Pertandingan Nyanyian “Bintang BM” Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya 2014 merakamkan jutaan terima kasih kepada para hadirin sekalian kerana sudi memeriahkan majlis kita pada petang ini. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada.semua pihak yang memberikan kerjasama dalam menjayakan majlis pada hari ini.