ucapan pengacara majlis sempena majlis malam jasamu dikenang

37
UCAPAN PENGACARA MAJLIS SEMPENA MAJLIS MALAM JASAMU DIKENANG SMK DEMAK BARU. RIVERSIDE MAJESTIC HOTEL,KUCHING. 2 NOV 2012 MALAM YANG INDAH PENUH CERIA PENGHULU HARI YANG BERBAHAGIA PENUH BERMAKNA KAMI BAWAKAN KEPADA ANDA “MALAM JASAMU DI KENANG” BISSMILLAHIRRAHMANIRAHIM ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA… YANG BERUSAHA CIKGU HAJAH FATIMAH HAMID PENGETUA SMK DEMAK BARU. YANG BERBAHAGIA ,TETAMU KEHORMAT PN HAJAH JUITA BINTI HAJI SENAWI , PEGAWAI PELAJARAN DAERAH KUCHING,JUGA MANTAN PENGETUA SMK DEMAK BARU. DARI 2003 HINGGA 200. YANG BERUSAHA EN RAMBLI HJ HASBI,MANTAN PENGETUA SMK DEMAK BARU DARI 200 HINGGA JUN 20!2. YANG BERUSAHA PN SABTUYAH ADENAN PENGETUA SMK BATU LINTANG, MENJALANKAN TUGAS PENGETUA DI SMK DEMAK BARU TAHUN 2002 HINGGA 2003 YANG DIKASIHI ,PN RAHMI ABDULLAH ,RAKAN YANG DIRAIKAN.. . YANG DIHORMATI BARISAN KEPIMPINAN PENOLONG KANAN,

Upload: rozalita-saupi

Post on 08-Oct-2015

271 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

UCAPAN PENGACARA MAJLIS SEMPENA MAJLIS MALAM JASAMU DIKENANGSMK DEMAK BARU.

RIVERSIDE MAJESTIC HOTEL,KUCHING.2 NOV 2012

MALAM YANG INDAH PENUH CERIA PENGHULU HARI YANG BERBAHAGIA PENUH BERMAKNA KAMI BAWAKAN KEPADA ANDA MALAM JASAMU DI KENANG

BISSMILLAHIRRAHMANIRAHIM

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

YANG BERUSAHA CIKGU HAJAH FATIMAH HAMIDPENGETUA SMK DEMAK BARU.

YANG BERBAHAGIA ,TETAMU KEHORMAT PN HAJAH JUITA BINTI HAJI SENAWI ,PEGAWAI PELAJARAN DAERAH KUCHING,JUGA MANTAN PENGETUA SMK DEMAK BARU. DARI 2003 HINGGA 2009.

YANG BERUSAHA EN RAMBLI HJ HASBI,MANTAN PENGETUA SMK DEMAK BARU DARI 2009 HINGGA JUN 2012.

YANG BERUSAHA PN SABTUYAH ADENANPENGETUA SMK BATU LINTANG,MENJALANKAN TUGAS PENGETUA DI SMK DEMAK BARU TAHUN 2002 HINGGA 2003

YANG DIKASIHI ,PN RAHMI ABDULLAH ,RAKAN YANG DIRAIKAN...

YANG DIHORMATI

BARISAN KEPIMPINAN PENOLONG KANAN,BARISAN KEPIMPINAN PIBG KETUA-KETUA BIDANG,RAKAN-RAKAN GURU ,KAKITANGAN SMK DEMAK BARU.TUAN-TUAN DAN PUAN- PUAN YANG DIKASIHI SEKALIAN

BAGI PIHAK JAWATANKUASA PELAKSANA MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KE MALAM JASAMU DIKENANG SMK DEMAK BARU 2012 YANG BERTEMAKAN HITAM PUTIH BERKILAUAN..ALHAMDULILLAH KITA BERTEMU PADA MALAM INI ,MALAM YANG CUKUP BERMAKNA. KERANA KITA DIPERTEMUKAN KEMBALI DENGAN MANTAN-MANTAN PENGETUA YANG BANYAK MENABUR JASA DAN BUDI DI SMK DEMAK BARU .

KUNING EMAS MASAKNYA PADI MAWAR MERAH DAHANNYA BERDURITERIMA KASIH DAUN KELADIKERANA SUDI MENGHADIRKAN DIRI.

PASTINYA MERIAH MAJLIS MALAM INIBERSAMA INSAN-INSAN YANG PERNAH MENABUR BUDI SEMEMANGNYAJASAMU DIKENANG BUDIMU TAK TERBILANG.

BACAAN DOA

HADIRIN YANG DIHORMATI,

MENANDAH TANGAN TANDA KERENDAHANLAFAZ BISMILLAH MEMPERKUKUHKAN TAUTANDOA DIPOHON PENUH PENGHARAPAN AGAR MAJLIS MENDAPAT KEBERKATAN

BAGI MENAMBAH KEBERKATAN MAJLIS KITA DI MALAM YANG PENUH BERMAKNA INI,MARILAH SAMA-SAMA KITA MENADAH TANGAN MENGAMINKAN BACAAN DOA YANG AKAN DILAFAZKAN OLEH AL FADHIL USTAZ BADRUL HISYAM BIN MAJID.

MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN

AMIN AMIN YA RABBAL ALAMIN

MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA USTAZ BADRUL HISYAM BIN MAJID ATAS BACAAN DOA ITU TADI.

UCAPAN PENGETUA

BUKAN KERIS TANPA ULUNYABUKAN MAJLIS KALAU TANPA UCAPANNYA

SEBAGAI PEMBUKA PERSADA UCAPAN.MAJLIS DENGAN HORMATNYA MEMPERSILAKAN CIKGU HAJAH FATIMAH HAMID ,PENGETUA SMK DEMAK BARU UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN.MAJLIS DENGAN HORMATNYA MEMPERSILAKAN. MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA CIKGU HAJAH FATIMAH

UCAPAN PUAN RAHMI ABDULLAH

SUDAH BIASA KITA DENGARIPATAH TUMBUH HILANG BERGANTINAMUN TAK SAMA GURU YANG INI TAK MUNGKIN ADA GALANG GANTI.

SETERUSNYA MAJLIS MEMPERSILAKAN PUAN RAHMI BINTI ABDULLAH UNTUK MEMBERIKAN SEPATAH DUA KATA .MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MENJEMPUT DAN MEMPERSILAKAN.

MAJLIS MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA PUAN RAHMI ABDULLAH ATAS UCAPAN ITU TADI.

BANYAK DURI PERKARA DURITIDAK SAMA DURI MENGKUANGBANYAK BUDI PERKARA BUDITIDAK SAMA BUDIMU SEORANG

UCAPAN EN RAMBLI HJ HASBIMALAM HARI BERLAGU UNGGASMEMECAH KESUNYIAN DI DALAM HUTANWALAUPUN TERPISAH TEMPAT DAN TUGASBUDIMU TUAN DALAM INGATANHADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN,MAJLIS DITERUSKAN LAGI DENGAN MENJEMPUT DAN MEMPERSILAKAN EN RAMBLI HJ HASBI ,MANTAN PENGETUA SMK DEMAK BARU. UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA EN RAMBLI BIN HAJI HASBI ATAS UCAPAN SEBENTAR TADI.

KAIN SONGKET CANTIK KILAUANDITENUN OLEH ORANG KEMAMANTAK TERBALAS BUDIMU TUAN KAMI MERAKAM SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN.

PASTINYA KAMI WARGA SMK DEMAK BARU TIDAK AKAN LUPA DENGAN EN RAMBLI.BELIAU MENINGGALKAN KITA DENGAN DAYA USAHA MEWUJUDKAN LOGO BARU SEKOLAH DAN LAGU SEKOLAH YANG CUKUP BERMAKNA.

JAMUAN MAKAN

KEMBANG HARUM SIBUNGA SEROJABUAT HIASAN PENYAMBUT TETAMUTERHIDANG SUDAH JAMUAN DIMEJADIPERSILAKAN SEMUA HADIRIN MENJAMU.

UNTUK ITU DIPERSILAKAN HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN UNTUK MENJAMU SELERA.

PERSEMBAHAN

TERBANG BEBAS SI RAMA-RAMATERATAI MEKAR DI TENGAH LEMBAHJAMUAN MALAM DIIRINGI IRAMAPERSEMBAHAN NYAYIAN TURUT DIPERSEMBAH.

SAMBIL-SAMBIL KITA MENJAMU SELERA ,KITA AKAN DIHIBURKAN OLEH PERSEMBAHAN DARI BIDANG MASING-MASING.

HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN, SAMBIL MENIKMATI HIDANGAN MAJLIS DIHANGATKAN LAGI DENGAN PERSEMBAHAN DARI RAKAN-RAKAN GURU DAN STAFF YANG MEMPUNYAI BAKAT TERPENDAM.DENGAN INI MAJLIS MEMULAKAN PERSEMBAHAN DENGAN MENJEMPUT PERSEMBAHAN PERTAMA UNTUK MEMBUAT PERSEMBAHAN.

PERSEMBAHAN KEDUA

SETERUSNYA DIJEMPUT PULA KUMPULAN KEDUA UNTUK MEMBUAT PERSEMBAHAN.DIPERSILAKAN.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN.

ACARA CABUTAN BERTUAH

KITA TERUSKAN MAJLIS PADA MALAM INI DENGAN ACARA YANG DITUNGGU-TUNGGU ,IAITU ACARA CABUTAN BERTUAH .UNTUK ITU,DIPERSILAKAN

PERSEMBAHAN KETIGA

SETERUSNYA KITA NIKMATI PULA PERSEMBAHAN DARIPADA KUMPULAN KETIGA.MAJLIS DENGAN SUKACITANYA MEMPERSILAKAN .

TERIMA KASIH ATAS PERSEMBAHAN ITU TADI.

PERSEMBAHAN KEEMPAT

KITA SERIKAN LAGI MAJLIS INI DENGAN PERSEMBAHAN KUMPULAN KEEMPAT . DENGAN SEGA HORMATNYA DIPERSILAKAN HORMATNYA MAJLIS MEMPERSILAKAN.

TERIMA KASIH ATAS PERSEMBAHAN ITU TADI.

*ACARA CABUTAN BERTUAH

PERSEMBAHAN KELIMA HADIRIN SEKALIAN,SETERUSNYA KITA DISAJIKAN PULA SATU PERSEMBAHAN DARIPADA PERSEMBAHAN KELIMA.DENGAN INI MAJLIS MEMPERSILAKAN

DEMIKIAN TADI PERSEMBAHAN DARIPADA KUMPULAN KELIMA.

PERSEMBAHAN KEENAM

HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIANSETERUSNYA MAJLIS MENJEMPUT STAF SOKONGAN UNTUK MEMBUAT KUMPULAN KEENAM.MAJLIS DENGAN INI MEMPERSILAKAN DEMIKIAN TADI PERSEMBAHAN DARIPADA KUMPULAN KEENAM.

*CABUTAN BERTUAH

PERSEMBAHAN KETUJUH

PERSEMBAHAN SETERUSNYA IALAH PERSEMBAHAN DARIPADA KUMPULAN KETUJUH .DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN.

ITULAH SEBENTAR TADI PERSEMBAHAN DARIPADA KUMPULAN KETUJUH,.

PERSEMBAHAN KELAPAN

SETERUSNYA MAJLIS MEMPERSILAKAN KUMPULAN KELAPAN UNTUK MEMBUAT PERSEMBAHAN

DEMIKIAN TADI PERSEMBAHAN DARIPADA KUMPULAN KELAPAN.

PENYAMPAIAN CENDERAMATA

HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN,MAJLIS SETERUSNYA ADALAH PENYAMPAIAN CENDERAMATA SEBAGAI TANDA KENANG-KENANGAN BUAT INSAN YANG KITA RAIKAN PADA HARI INI.

SEBELUM ITU ,MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA INGIN MENJEMPUT DAN MEMPERSILAKAN PN MISIA HJ ZAIN UNTUK MENGIRINGI CIKGU HAJAH FATIMAH ,PENGETUA SMK DEMAK BARU UNTUK MAJLIS PENYAMPAIAN TANDA HATI KEPADA EN RAMBLI HJ HASBI ,MANTAN PENGETUA SMK DEMAK BARU,JUGA KEPADA PN RAHMI ABDULLAH RAKAN GURU YANG BARU MENAMATKAN PERKHIDMATAN BARU-BARU INI.

BEGITULAH TADI ,UPACARA PENYAMPAIAN CENDERAMATA KENANG-KENANGAN KHUSUS UNTUK EN RAMBLI BIN HJ HASBI DAN PN RAHMI ABDULLAH.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA CIKGU HAJAH FATIMAH ATAS KESUDIAN MENYAMPAIKAN HADIAH.

PENUTUP

TIBA WAKTUNYA UNTUK MENYUSUN JEMARIMEMBUANG SEGALA KERIKIL BERSALUT DIHATIMAAFKAN KAMI ANDAI ADA SALAH SILAP TANPA DISEDARIAGAR SAAT PERPISAHAN INI INDAHBERBUNGA MESRA DALAM JAMBANGAN INGATAN.

PADA MANTAN-MANTAN PENGETUA DAN GURU YANG TELAH PERGI MENINGGALKAN KAMI DI SMK DEMAK BARU INI..JELINGLAH KAMI JIKA RINDU MASIH BERTAMUSAPALAH KAMI ANDAI MESRA AKRAB BERPADUSELAMAT BERTUGAS DITEMPAT YANG BARUSELAMAT BERSARA MENJADI GURUSEMOGA ALLAH SENTIASA MEMBERKATI

MAJLIS MENGUCAPKAN TERIMA KASIH SEKALI LAGI KEPADA SEMUA TETAMU DAN HADIRIN YANG SUDI MELUANGKAN MASA BERSAMA-SAMA MEMERIAHKAN MAJLIS JASAMU DIKENANG

DARI MANA ASALNYA USAH DIUSULMOLEK BUDINYA MENAMBAT HATIDUA TIGA BICARA SALAH TERSASULJANGAN DISIMPAM DI DALAM HATI

UBI MANIS UBI KELADIKALAU ADA DITAMBAH LAGI SEKIRANYA UMUR PANJANG DIRESTUIKITA PASTI BERJUMPA LAGIDI 31 DIS MERYUARAT GURU PERTAMA KALI.

SEKIAN SAHAJA ,SALAM HORMAT,WABILLAHI TAUFIK WAHIDAYAH.WASSALAMUALAIKUM WBT ________________________________________________________________________________Teks Ucapan Pengacara Majlis Persaraan Hari yang indah penuh ceria Hari yang berbahagia penuh bermakna

BismilLahirrahmanirrahim Assalamu `Alaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera.

Yang Berusaha Tn. Hj. Wan Yusoff bin Wan YaacobSetiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Maklumat

Yang Dihormati Tn. Syed Mohd Gawi bin Syed Agil Pn. Hjh. Zabidah binti Ibrahim Ketua-ketua Penolong Setiausaha

Yang Diraikan Puan Ku Pisah Ku Ahmad

SeterusnyaTuan-tuan, puan-puan, hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian.

Selamat datang ke Majlis Persaraan Yang Diraikan Puan Ku Pisah Ku Ahmad

Sirih berlipat sirih pinang Sirih dari Pulau Mutiara Pemanis kata selamat datang Awal BismilLah pembuka bicara

Sarung ketupat berisi inti Dibawa budak sambil berlari Kehadiran semua sangat dihargai Moga Majlis bertambah seri

Bunga mawar cantik tersematDipetik gadis di tepi titi Doa dibaca memohon Rahmat Moga Majlis sentiasa diberkati

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Saudara Mas Al Hafiz bin Samsir, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. ---Q---

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Saudara Mas AlHafiz bin Samsir atas bacaan doa itu tadi.

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang Berusaha Tn. Hj. Wan Yusoff bin Wan Yaacob, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Maklumat. Dipersilakan. ---Q---

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Tn. Hj. Wan Yusoff bin Wan Yaacob, atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Jasamu dikenang Budimu tak terbilang Semangatmu dijulang Khidmatmu gemilang

Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti yang dicurahkan oleh Yang Diraikan Puan Ku Pisah Ku Ahmad atau lebih mesra dengan panggilan Kak Ku sepanjang perkhidmatan beliau di Bahagian Pengurusan Maklumat

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya Tak lengkaplah Majlis jika yang diraikan tidak berbicara

Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang Diraikan Puan Ku Pisah Ku Ahmad. Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan. ---Q---

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Diraikan Puan Ku Pisah Ku Ahmad atas ucapan itu tadi.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian Tiap pertemuan pasti ada perpisahan Itu adat, itu lumrah kehidupan Begitulah rentetan perjalanan

Walau sukar untuk ditelan Tapi kaki tetap mengorak jalan Selagi hayat dikandung badan Untuk itu, marilah sama-sama kita saksikan persembahan multimedia sempena persaraan Yang Diraikan Puan Ku Pisah Ku Ahmad ---Q---

Itulah sebentar tadi dapat kita saksikan persembahan multimedia sempena persaraan Yang Diraikan Puan Ku Pisah Ku Ahmad. Mudah-mudahan ianya dapat menggamit kenangan-kenangan manis kita selama berkhidmat bersama-sama dengan Kak Ku. ---Q---

Sudah teradat si anak lelaki Mati berjuang, berundur jangan Berani kami menjunjung adat Bukan memberi kata dan puji Hanya budi dalam ingatan Buat kenangan sepanjang hayat

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini iaitu Yang Diraikan Puan Ku Pisah Ku Ahmad

Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan kepada Tn. Syed Mohd Gawi bin Syed Agil, Timbalan Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Maklumat, untuk mengiringi Tn. Hj. Wan Yusoff bin Wan Yaacob, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Maklumat untuk menyampaikan cenderamata kenang-kenangan kepada Yang Diraikan Puan Ku Pisah Ku Ahmad. Dengan segala hormatnya dipersilakan. ---Q---

Seterusnya, Majlis dengan rendah hati menjemput Puan Ku Pisah Ku Ahmad untuk menerima cenderamata yang tidak seberapa tanda penghargaan daripada seluruh warga BPM. Dipersilakan. ---Q---

Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan khusus untuk Yang Diraikan Puan Ku Pisah Ku Ahmad.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan Puan Ku Pisah Ku Ahmad atas kesudian menerima cenderamata itu tadi.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih di atas kesudian Yang Berusaha Tn. Hj. Wan Yusoff bin Wan Yaacob menyampaikan cenderamata sebentar tadi.

Umpama belayar telah sampai di pelabuhan Umpama berkayuh telah sampai di muara Umpama berjalan telah sampai di destinasi

Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.

Kuning emas masaknya padi Penuh kepuk hasil tampian Terima kasih daun keladi Budi tuan jadi kenangan

Tuai padi antara masak Esok jangan layu-layuan Intai kami antara nampak Esok jangan rindu-rinduan

Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini. Sebelum bersurai, para hadirin diminta berbaris untuk acara bersalam-salaman dan bermaaf-maafan, seterusnya menyaksikan buat kali terakhirnya Yang Diraikan Puan Ku Pisah Ku Ahmad mengimbas ibu jarinya di mesin perakam waktu sebagai tanda berakhirnya tugas rasmi beliau di dalam perkhidmatan ini.

Majlis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kak Ku kerana sudi untuk bersama kita pada hari yang penuh bermakna ini dan kami semua mendoakan agar Kak Ku bertambah ceria dan bahagia di dalam kehidupan selepas persaraan.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis Persaraan ini.

Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang kami mengacarakan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa Kelapa muda kelapa bali Jari disusun maaf dipinta Panjang usia bersua kembali

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh. _____________________________________________________________________________TEKS PENGERUSI MAJLIS PERSARAAN GURU BESAR

TEKS PENGERUSI MAJLIS SANJUNGAN BUDI, LAMBAIAN KASIH Tarikh: 23 April 2014Masa: 10.30 pagiTempat: Dewan Seri Setia, SK Kota Setia

PERKARA/ PEMBACABUTIRANCATATAN

Ketibaan Tetamu

HariffAssalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

Dijemput semua tetamu mengambil tempat kerana majlis kita akan bermula sebentar lagi.

Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan En. Abdul Karim b. Munok dan isteri beliau Pn. Maimunah Rohani bt. Muhali dengan diiringi dif-dif kehormat masuk ke dalam dewan. Dipersilakan mengambil tempat.

Biji selasih boleh dimakanMenjadi perisa sedap terperiSelamat datang kami ucapkanSemoga majlis tambah berseri

Pagi yang indah penuh ceriaHari yang berbahagia penuh bermaknaKami bawakan kepada anda Majlis Sanjungan Budi, Lambaian Kasih sempena persaraan En. Abdul Karim b. Munok , Guru Besar SK Kota Setia.

Majlis dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku. Dif-dif kehormat dan para hadirin diminta berdiri....................................(Lagu Negaraku)

Terima kasih, semua hadirin dijemput duduk.

Bacaan Doa

JueBismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam 1 Malaysia, salam Perak Aman Jaya dan Salam SK Kota Setia Terus Maju.

Hadirin yang dimuliakan,

Bagi memberkati Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh: Al Fadil Ustaz Ahmad b. Awang. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

*********** (Doa)

UcapanAlu-aluan

HariffAmin Amin Ya Rabbal `AlaminMajlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Al Fadil Ustaz Ahmad b. Awang atas bacaan doa itu tadi.

Bunga mawar cantik tersematDipetik gadis di tepi titiDoa dibaca memohon RahmatMoga Majlis sentiasa diberkati

Melayang serindit di atas permatang,Merbah berkicau di hujung muara,Pemanis kata selamat datang,Awal bismillah pembuka bicara.

Yang Dihormati En. Mohd Lotiffi b. Haron Noh Rashid Penolong Pegawai Pedidikan Daerah Perak Tengah

Yang DiraikanEn Abdul Karim b. Munok Guru Besar SK Kota Setia

Yang Berusaha Cik Noorsalmi bt ShaariPenolong Kanan Pentadbiran SK Kota Setia

Yang Berusaha Pn. Rozita bt AbasPenolong Kanan Hal-ehwal Murid

Yang Berusaha En. Kamarulnizam b. MarzukiPenolong Kanan Kokurikulum

Yang Dihormati En. Mohd Azahari b. Hj Mohd NorYang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru, SK Kota Setia

Yang Dihormati En.Abdul Razak b.Hj. AdamYDP Majlis Guru Besar, Daerah Perak Tengah

Yang DihormatiBarisan Pengetua dan Guru Besar Sekolah-sekolah Daerah Perak Tengah

Yang DihormatiPegawai-pegawai di JPN dan PPD

Dif-dif jemputan,SeterusnyaBarisan guru, ibu bapa, murid-murid, hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian.

Selamat datang ke :Majlis Sanjungan Budi, Lambaian Kasih sempena persaraan Yang Diraikan En Abdul Karim b. Munok,Guru Besar SK Kota Setia.

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah dan kurniaNya maka kita dapat bersama-sama berhimpun pada pagi ini untuk meraikan En. Abdul Karim b.Munok dalam Majlis Sanjungan Budi, Lambaian Kasih

Jasamu dikenangBudimu tak terbilangSemangatmu dijulangKepimpinanmu gemilang

Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan kepimpinan yang dilakukan oleh Yang Diraikan En. Abdul Karim b. Munok sepanjang perkhidmatan beliau di dalam dunia pendidikan yang berakhir sebagai Guru Besar di SK Kota Setia

Ucapan Ketua Murid

JueHadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Tak molek jika ada alu tiada lesungnyaTak berguna jika ada dayung tiada perahunyaTak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian

Majlis menjemput adik Mohd Izudin b. Nor Azman, Ketua Murid SK Kota Setia bagi mewakili murid-murid untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Ucapan PK1HariffTerima kasih diucapkan kepada adik Mohd Izudin b. Nor Azman atas ucapan sebentar tadi.

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang Berusaha Cik Norsalmi bt. Shaari, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, SK Kota Setia. Dipersilakan

Ucapan JueTerima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Cik Norsalmi bt. Shaari, Guru Penolong Kanan Pentadbiran atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan Yang Dihormati En. Mohd Azahari b. Hj Mohd Nor, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru, SK Kota Setia untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Ucapan YDP MGB&PPD

HariffTerima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati En. Mohd Azahari b. Hj Mohd Nor atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Majlis seterus menjemput dan mempersilakan En. Abdul Razak b. Hj Adam, YDP MGB Perak Tengah bagi menyampaikan ucapan, dengan segala hormat dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada En. Abdul Razak b. Hj. Adam atas ucapan sebentar tadi.

Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan kepada Yang Dihormati En. Mohd Lotiffi b. Haron Noh Rashid Penolong Pegawai Pedidikan Daerah Perak Tengah untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan.

Persembahan Multimedia

JueTerima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati En. Mohd Lotiffi b. Haron Noh Rashid atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Para Hadirin yang kami muliakan,

Tiap pertemuan pasti ada perpisahanItu adat, itu lumrah kehidupanBegitulah rentetan perjalananWalau sukar untuk ditelanTapi kaki tetap mengorak jalanSelagi hayat dikandung badan

Untuk itu, marilah sama-sama kita saksikan persembahan multimedia sempena persaraan Yang Diraikan En. Abdul Karim b. Munok.

Sebelum itu, majlis mempersilakan Yang Dirai En. Abdul Karim b. Munok dan isteri beliau Pn. Maimunah Rohani bt. Muhali untuk naik bersemayam di atas singgahsana. Dipersilakan.

*** Persembahan multimedia

Ucapan Yang DiraiGBHariffItulah sebentar tadi dapat kita saksikan persembahan multimedia sempena persaraan Yang Diraikan En. Abdul Karim b. Munok . Terima kasih kepada team unit ict SKKS dan individu yang menjayakan persebahan tersebut. Mudah-mudahan ianya dapat memberi sumber inspirasi buat kita semua.

Hadirin yang dihormati,Majlis seterusnya adalah upacara menepung tawar.Untuk itu, Majlis menjemput dan mempersilakan Yang Dihormati En. Mohd Lotiffi b. Haron Noh Rashid, Penolong PPD Perak Tengah dan Yang Dihormati En. Mohd Azahari b. Hj Mohd Nor, YDP PIBG dengan diiringi oleh Cik Norsalmi bt. Shaari, Guru Penolong Kanan Pentadbiran naik ke pentas bagi menyempurnakan upacara tersebut.Dipersilakan.

Terima kasih Yang Dihormati En. Mohd Lotiffi b. Haron Noh Rashid dan Yang Dihormati En. Mohd Azahari b. Hj Mohd Nor yang sudi menyempurnakan upacara tersebut.

Hadirin yang dimuliakan,Seperti yang kita sedia maklum bahawa esok adalah hari ulang tahun kelahiran Tuan Guru Besar.Untuk itu, marilah kita sama-sama menyanyikan lagu selamat hari jadi untuk beliau.

Sebelum itu, terlebih dahulu majlis menjemput Tuan Guru Besar dengan diringi oleh isteri tampil ketengah pentas untuk memotong pulut kuning sebagai simbolik menyambut ulang tahun kelahiran dan persaraan. Dipersilakan.

Hadirin yang dimuliakan,Sama-sama kita nyanyikan lagu selamat hari jadi buat cikgu Karim.Selamat hari jadi, selamat hari jadi cikgu Karim, selamat hari jadi

Terima kasih diucapkan kepada En. Abdul Karim b. Munok yang sudi menyempurnakan majlis. Terima kasih kepada semua hadirin.

Seterusnya, Majlis menjemput dan mempersilakan En. Abdul Karim b. Munok dan isteri turun dari singgahsana mengambil tempat di hadapan dewan. Dipersilakan.

PersembahanKhas Gurindam Jiwa

JueHadirin yang dimuliakan,

Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang Diraikan En. Abdul Karim b. Munok. Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan.

***Ucapan GB

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Diraikan En. Abdul Karim b. Munok atas ucapan itu tadi.

Sudah teradat si anak lelakiMati berjuang, berundur janganBerani kami menjunjung adatBukan memberi kata dan pujiHanya budi dalam ingatanBuat kenangan sepanjang hayat

Bagi memeriahkan lagi Majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita saksikan persembahan khas daripada murid-murid tahun 4, 5 dan 6 yang berjudul Gurindam Jiwa. Dipersilakan.

**** persembahan

Semoga kita terhibur dengan persembahan khas Gurindam Jiwa yang cukup istimewa sebentar tadi. Terima kasih diucapkan.Kumpulan ini dibimbing oleh Pn. Ida Rohayu bt. Hussin.

Penyampaian Watikah

HariffHadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhanUmpama berkayuh telah sampai di muaraUmpama pelari telah sampai ke garisan penamat,

Majlis seterusnya ialah penyampaikan Watikah Persaraan yang akan disampaikan oleh Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Perak Tengah kepada En. Abdul Karim b. Munok.

Untuk itu, majlis mempersilakan Yang Dihormati En. Mohd Lotiffi b. Haron Noh Rashid Penolong Pegawai Pedidikan Daerah Perak Tengah naik ke pentas utama untuk menyempunakan penyampaian watikah tersebut. Dipersilakan.

Majlis menjemput dan mempersilakan En. Abdul Karim b. Munok untuk menerima watikah daripada Penolong PPD. Dipersilakan.

Seterusnya Majlis mempersilakan En. Abdul Karim b. Munok menyampaikan cenderamata kepada Yang Dihormati En. Mohd Lotiffi b. Haron Noh Rashid Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Perak Tengah.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Dihormati En. Mohd Lotiffi b. Haron Noh Rashid dan Yang Dirai En. Abdul Karim b. Munok

Penyampaian Hadiah & cenderamata

JueMajlis diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah dan cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini iaitu En. Abdul Karim b. Munok.

Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Cik Norsalmi bt. Shaari, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, SK Kota Setia mengiringi Yang Diraikan En. Abdul Karim b. Munok untuk menerima cenderamata kenang-kenangan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Kita akan mulakan dengan penyampaian cenderamata daripada wakil-wakil kelas.

Rujuk senarai hadiah

Penutup

HariffItulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang kenangan khusus untuk Yang Diraikan En. Abdul Karim b. Munok

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan En. Abdul Karim b. Munok atas kesudian menerima cenderamata itu tadi. Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih di atas kesudian Yang Berusaha Cik Norsalmi bt. Shaari mengiringi Yang Diraikan En. Abdul Karim b. Munok sebentar tadi.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua penyampai cenderamata sebentar tadi.

Umpama memanjat dah sampai ke puncakYang ruas dah sampai ke bukuYang kitab sudah berkhatamYang terniat sudah terkabulYang menerima sudah menerima

Kita telah pun berada di hujung acara.Untuk cikgu Karim.

Guru umpama bintang cemerlangWalau bersara jasa dikenang

Raut wajah damai dan tenang,Tiada terkalam kasih dijunjung,Jasa baktimu tetap dikenang,Budi baikmu tetap disanjung.

Tuai padi antara masakEsok jangan layu-layuanIntai kami antara nampakEsok jangan rindu-rinduan

Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini.

Penutup

JueMajlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan En. Abdul Karim b. Munok kerana sudi untuk bersama kita pada hari yang penuh bermakna ini dan kami semua mendoakan agar Yang Diraikan En. Abdul Karim b. Munok bertambah ceria dan bahagia di dalam kehidupan seharian.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis Sanjungan Budi, Lambaian Kasih ini.

Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang kami mengacarakan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapaKelapa muda si kelapa barliJari disusun maaf dipintaPanjang usia bersua kembali

Majlis menjemput Yang Diraikan En. Abdul Karim b. Munok dan isteri serta semua tetamu, hadirin dan hadirat untuk menjamu selera di khemah utama bersebelahan dengan kantin sekolah.

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh

_________________________________________________________________________________

MAJLIS PERSARAAN

Bismillah. Alham dulilliah.....

1. Yang berusaha Tn Pengetua SMT DSMZ, Pn Hjh Semah Bt Mohd Noh 2. Yang diraikan En Ismail B Mohamad dan Pn Hamidah Bt Mohammad 3. Yang dihormati Pn Hjh Patimah Bt Hj Othman Guru Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah4. En Abd Aziz B Abu, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid5. Pn Halimah Bt Hj Ahmad, Guru Penolong Kanan Ko kurikulum6. Guru-guru Kanan Bidang, 7. Guru-guru cemerlang8. Barisan guru mithali smt dsmz, 9. Dan para pelajar yang dikasihi lagi dirahmati sekelian

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera

Bershukur kita ke hadrat Illahi, dengan izin serta limpah kurnianya dapat kita bersama-sama berhimpun pada pagi ini bagi meraikan MAJLIS PERSARAAN En Ismail B Mohamad DAN MAJLIS PERPIndahan Pn Hamidah Bt Mohammad.

Hadirin-hadirat yang dimuliakan,

Duduk bersama satu tujuanIndah majlis gilang gemilangMohon doa kupohon tuhanSemoga Majlis peroleh keberkat

Untuk itu, Majlis pada pagi ini dimulakan dengan bacaan doa. Jesteru, majlis mempersilakan Uz. Jaini Bin Saiman untuk memimpin bacaan doa, dipersilakan.

Bacaan Doa

Majlis merakamkan ribuan terima kasih di atas bacaan doa itu tadi.

*************************************************************************************************************Amin Ya rabbal alamin...Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada ustadz Jaini Bin Saiman di atas pimpimpinan bacaan doa itu tadi.

Yang berusaha tuan pengetua dan hadirin sekelian

Buat pengetahuan hadirin semua, Jika kita soroti perjalanan en ismail b mohamad di perkampungan teknik datuk seri mohd zin ini, beliau merupakan seorang staf sokongan sekolah yang telah berkhidmat di sini bermula pada tahun nov 1978. Bapa kepada 3 orang anak hasil perkongsian hidup bersama permaisuri hati tercinta Pn Ani Bt mat jan ini sangat penyayang dan gigih berusaha. Banyak suka duka yang telah dilaluinya selama 31 tahun sewaktu menabur keringat di bumi teknik khususnya dalam pembangunan sekolah. Segala jasa dan pengorbanan tuan hanya tuhan sahaja yang dapat membalasnya. Kini sudah sampailah detik waktunya beliau bersara dari sektor perkhidmatan awam.

Tinggi bukit gilang-gemilang,Air di laut tenang-tenangan;Budi sedikit tak akan hilang,Tetap menjadi kenang-kenangan.

Hadirin yang di hormati sekelian,

Warga teknik md zin juga bakal kehilangan seorang lagi staf sekolah berikutan perpindahannya di atas kenaikkan pangkat. Pn hamidah mohd telah pun berhijrah di SMK Durian Tunggal. Majlis dengan sukacitanya merakamkan sekalung tahniah di atas penghijrahan puan. Ibu kepada 8 orang anak ini merupakan insan yang sentiasa di senangi oleh warga teknik berikutan sifatnya yang penyayang dan bertanggungjawab tinggi terhadap tugas. Hasil sokongan padu suami tercinta en saat b bakar, menjadikan pn hamidah menyahut cabaran untuk menjawat tugas lain yang lebih mencabar. Warga teknik dengan sukacitanya mengucapkan ribuan terima kasih di atas jasa bakti yang dicurahkan selama hampir 20 di perkampungan teknik md zin ini. Tanam lenggun tumbuh kelapaTerbit bunga pucuk matiBudi puan kami tak lupaSudah terpaku di dalam hatiOleh itu diharapkan sentuhan majlis pada hari ini dapat di jadikan tanda kenang-kenangan di dalam lipatan sejarah kalian berdua.

Warga dewan yang di rahmati sekelian,

Majlis meneruskan tirainya dengan mempersilakan Yang Berusaha Tn Pengetua SMTDSMZ, tuan Hj Mohd Shaari Bin Hussain , untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.************************************ucapan Tn pengetua*************************************

Demikianlah tadi ucapan alu-aluan yang telah disampaikan oleh Tuan Pengetua SMTDSMZ Tn Hj Mohd Shaari Bin Hussain. Majlis merakamkan jutaan terima kasih.

Yang berusaha dan hadirin sekelian

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan yang di rai en ismail b mohamad untuk memberikan ucapan, dipersilakan*************************************************************************************************************Terima kasih di atas ucapan en ismail sebentar tadi...

Tuai padi antara masak,Esok jangan layu-layuan;Intai kami antara nampak,Esok jangan rindu-rinduan.

Inderagiri pasirnya lumat,Kerang berjemur dengan lokan;Bagaimana nabi kasihkan umat,Begitulah kami kasihkan tuan.

Hadirin-hadirat yang dikasihi,

Majlis dengan penuh hormatnya menjemput Pn Hamidah bt mohd untuk memberikan ucapan.Majlis mempersilakan....*************************************************************************************************************Majlis mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian Pn hamidah memberikan ucapan

Dewa sakti melayang ke DaikHendak mencari Dewa JarugaKalau ada budi yang baikSampai ke mati orang tak lupaTanjung Katong airnya biru,Tempat mandi si dara jelita;Sama sekampung lagikan rindu,Inikan lagi jauh dimata

Hadirin warga dewan yang dimuliakan,

Warga dewan yang dikasihi,

Sebagai tanda sanjungan budi untaian kasih dari warga SMTDSMZ , Pihak majlis sukacita dan berbesar hati untuk memberikan cenderamata untuk yang dirai. Jesteru, majlis mempersilakan dihormati Yang berusaha Tuan pengetua, Tuan Hj. Mohd. Shaari bin Hussein untuk menjemput dan mengiringi en ismail b mohamad untuk menerima hadiah dan cenderamata. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan...

*************************************************************************************************************Terima kasih diucapkan kepada en ismail b mohamad

Seterusnya majlis dengan segala hormatnya menjemput Pn Hamidah bt mohd untuk menerima tanda kasih dari kami warga teknik datuk seri mohd zin, dipersilakanMajlis mengucapkan terima kasih kepada yang berusaha tuan pengetua dan pn hamidah atas penyempunaan pemberian hadiah sebentar tadi.Hadirin yang dimuliakan,

Ada pasang ada surutnyaAda pangkal ada hujungnyaAda hulu ada hilirnyaAda pertemuan ada perpisahannyaAda hilang ada gantinyaAda awal ada akhirnya

Dengan berakhirnya penyampaian cenderamata tadi...majlis bakal melabuhkan tirainyaMajlis sekali lagi merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepadaYg berusaha Tn Pengetua dan Semua ahli jawatankuasa yang bertungkus lumus dari mula hingga ke akhirnya. Tidak lupa juga setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua warga teknik datuk seri mohd zin yang telah memberikan sumbangan masa dan tenaga secara langsung atau tidak langsung sewaktu menjayakan majlis ini. Apa yang kurang, maaf jua dipinta.

Harum baunya Si bunga cengkihDibawa orang dari ambonBuang yang keruh ambil yang jernihJari disusun maaf dipohon.

BINTANG BARAT TERBITAN PETANG,BINTANG T IMUR TERBITAN PAGI,JIKATIDAK MELARAT PANJANG,ADA UMUR KETEMU LAGI

Seterusnya majlis mempersilakan Tuan Pengetua dan tetamu kehormat untuk mengiringi yang dirai En ismail dan pn hamidah ke bangunan bulat bagi menyempurnakan perarakan beramai-ramai menaiki Jeep Khas ke pintu hadapan pagar sekolah untuk lambaian terakhir, majlis dipersilakan. Para Pelajar di minta berdiri__________________________________________________________________________________SKRIP PERSARAAN PENGETUA SMKHK :2011 SKRIP PENGACARAMAJLIS MAJLIS PERSARAAN PENGETUAPN RIHAN MOHD SALLEH

PADA : 30 SEPT 2011HARI: JUMAATTEMPAT : DEWAN SERI BUDIMANSMK HULU KELANG

DISEDIAKAN OLEH:PN NORAZA AZIT @ AZIZ

PENGUMUMAN (noraza)Majlis mengalu-alukan ketibaan YANG BERBAHAGIA . Wakil Jabatan Pelajaran Negeri Selangor

1. KAMARUDIN MAKMOR TERUS MASUK DAN MENYAMPAIKAN SEBUAH LAGU KHAS BUAT PENGETUA

Seiring madah pantun bersambut,Disulam senyum pengubat jemu;Mesra berdakap kasih berpaut,Yang Berbahagia puan kini bertamu.ALU-ALUANAwal bismillah pembuka bicara,Ucapan alu-aluan pemula acara;Selamat datang kata disua,Persaraan Pengetua majlis bernama.

SAPAAN / SALUTASIAssalamualaikum wbt dan salam sejahtera

YANG BERBAHAGIA Puan Rozita binti ., wakil Jabatan Pelajaran Negeri Selangor,

Yang dihormati pn Rihan bt Mohd Salleh , Pengetua SMK Hulu Kelang,Yang Berusaha ., Yang Dipertua Persatuan Ibu bapa dan Guru, SMK Hulu Kelang,(Yang Berusaha Puan Rihan Bt Mohd Salleh, Pengetua SMK Hulu Kelang,)(Yang Berusaha .., mantan Yang Dipertua PIBG, SMK Hulu Kelang,)Ahli-ahli jawatankuasa PIBG, barisan pentadbir SMKHK, guru-guru dan pelajar-pelajar sekalian.

Dahan kayu makin mereput,Dahan tak muat di dalam pedati;Besar hajat kami menjemput,Besar niat di dalam hati.

(hanani)Bersyukur kita ke hadrat llahi kerana dengan kurnia-Nya dapat kita berkumpul di Dewan Seri Budiman pada pagi penuh ceria untuk menjayakan Majlis Persaraan Pengetua SMK Hulu Kelang , Pn Rihan bt Mohd Salleh.

Sekali lagi,Dengan Bismillah lafaz dimula,Dengan bismillah restu dipinta;,Semoga majlis mendapat hidayah-NyaSemoga kronologi acara beroleh berkat-Nya.

BACAAN DOAMajlis dengan ini mempersilakan saudara Muhammad Aiman bin . untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan saudara.

Ulasan: Majlis mengucapkan terima kasih atas bacaan doa itu tadi.

Dalam majlis ini kami bermadah,Mengucap puji alhamdullilah;Doa tadi pembuka wadah,Semoga majlis beroleh limpah.

2. UCAPAN KETUA PENGAWAS SMK HULU KELANG: RAZAK AJIB (noraza)

Berangkat kadam kepak nan indah,Tertanggam penuh emas suasa;Salam pembuka tirai dihulur sudah,Persada ucapan akan bermula.

Pembuka tirai persada ucapan, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan saudara Razak bin Ajib selaku Ketua Pengawas SMK Hulu Kelang untuk menyampaikan ucapan - untaian kata, kalungan wacana. Dipersilakan saudara.

Ulasan : Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada saudara Razak bin Ajib. Ssemoga semangat sebagai pelajar contoh dapat dipamirkan sebagai teladan kepada rakan pelajar di SMK Hulu Kelang.

3. UCAPAN PENTADBIR EN. ZULBAHREN B AHMAD PK (HANANI)

Khabar sudah bendang ke langitKhabar sudah rebak ke bumiYang jauh kami jemput dengan destarYang dekat kami jemput dengan tepakBerhimpun mesra harmoni kita di sini.

Majlis dengan penuh takzim, mempersilakan Yang Berusaha Encik Zulbahren bin Ahmad selaku Penolong Kanan Pentadbiran bagi menyempurnakan persada ucapan. Dipersilakan tuan.

Ulasan: majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan tersebut.

UCAPAN PENGETUA

Ulasan Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Pn Pengetua. Semoga hasrat murni Puan dan seluruh warga sekolah dapat direalisasikan

.

4. PERSEMBAHAN MULTIMEDIA: NORAZA

Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Tidak lengkap rasanya majlis, tanpa mengenal empunya diri insan yang diraikan pada pagi yang indah ini. Maka persembahan multimedia pada pagi ini akan mempersembahkan rentetan perjalanan hidup Puan Rihan Mohd Salleh.

Jasamu dikenang,Budimu tak terbilang,Semangatm dijulang,Kepimpinanmu gemilang.

Di bawah seliaan dan penyediaan oleh cik Norbaizura bt Harun, kami mempersembahkan kepada anda tayangan multimedia tentang biografi dan memori perjalanan insan yang sedang kita raikan ini yang bertajuk JASAMU DIKENANG. Marilah bersama-sama kita menghayati persembahan tersebut.

Ulasan: majlils merakamkan jutaan terima kasih kepda guru-guru yang terlibat dalam menjayakan persembahan tersebut.

5. PERSEMBAHAN KHAS UNTUK PENGETUA(HANANI)

1. KOIR TINGKATAN 6

2. KAK AFIDAH

3. PELAJAR TINGKATAN 1 BAWAH PIMPINAN CIK AZIANI

4. PERSEMBAHAN TARIAN BULUH OLEH ELLIS JUSFINA DAN KUMPULAN

5. SISIPAN UCAPAN BUAT PENGETUA MELALUI MULTIMEDIA

6. PERSEMBAHAN BERDUET PUAN AFIDAH DENGAN ABANG DIN

7. PERSEMBAHAN DIKIR BARAT DARIPADA BARISAN PENDIDIK SMK HULU KELANG (NORAZA)

Hadirin sekalian,

Tinggi sungguh pohon kuini,Dililit pepaku bersulam semalu,Melepaskan dirimu di saat ini,Basahlah kami meratap pilu

Majlis diteruskan dengan mempersilakan kumpulan dikir barat guru-suru SMK Hulu Kelang, bawah pimpinan Umi Salhih untuk mendendangkan alunan suara mereka DENGAN TAJUK . Dengan segala hormatnya dipersilakan.

ULASAN: begitulah lontaran suara daripada barisan pendidik SMK Hulu Kelang yang ternyata berbakat luar biasa...

6. UCAPAN PERPISAHAN DARIPADA PENGETUA(NORAZA)

Secarik budi memberI, sekalung terima kasih kami sertaiSejambak tulusmu menghulur,segugus penghargaan terpahat di hati, Budi, komitmen tulus ikhlas, bernilai bak segunung intan, setara bak cindai bertelekan, seindah tiara delima, sewangi kasturi di gapura sgurga.

SMKHK dengan penuh bangga mempersilakan Pn Rihan bt Mohd Salleh meneruskan tirai persada ucapan, menyampaikan amanat , untaian kata kalungan wacana, salam perpisahan buat kenang-kenangan insan yang bakal ditinggalkan

Ulasan: Majlis mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian puan pengetua menyampaikan ucapan buat kenang-kenangan.

7. UPACARA MENYARUNGKAN JUBAH DAN MEMOTONG PULUT KUNING OLEH PENOLONG KANAN DAN GURU-GURU KANAN KEPADA PENGETUA

Sebagai tanda kenang-kenangan yang abadi, tanda kasih tidak bertepi buatmu puan, majlis dengan ini mempersilakan Penolong Kanan Pentadbiran diiringi guru-guru kanan tampil ke pentas untuk menyarungkan jubah kepada puan pengetua. Majlis juga mempersilakan puan pengetua duduk di atas singgahsana bagi upacara tersebut.

8. PERSEMBAHAN GURINDAM DARIPADA PK 1 DAN GKMP

9. PENYAMPAIAN CENDERAMATA KEPADA PENGETUA . SILA RUJUK LAMPIRAN(HANANI)

1.2.3.4.5.6.7.8.9.

10. PENUTUP. SESI PENGGAMBARAN( NORAZA)

Umpama memanjatkan dah sampai ke puncakYang ruas dah sampai ke bukuYang kitab sudah berkhatamYang terniat sudah terkabulYang menerima sudah menerima

Dalam pada itu, patut pula kami sampaikan.

Manusia mengandung salahMangandung cacat dan celaKalau kami tersalah cakapKalau kami patut tak dipatutkan Kami mohon ampunKami susun jari nan sepuluh

Hadirin sekalian, (hanani)

Kalau ada sumur di ladang,Elok rasanya menumpang mandiKalau ada umur yang panjangDapat kita berjumpa lagi.

Majlis Anugerah persaraan Puan Rihan bt Mohd Salleh tamat di sini. Terima kasih daun keladi. Terima kasih menjunjung budi. Saya sudahi dengan wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullah hibawarakatuh.__________________________________________________________________________

Contoh Teks Pengacaraan Majlis Persaraan. TEKS PENGACARA MAJLIS JAMUAN AIDILFITRI DAN PERSARAAN.

Daun layu di tengah gurun,Nampak jalur pohon cemara,Tradisi melayu turun temurun,Pantun d tutur pembuka bicara.

Mengumumkan dan Mempersilakan yg di raikan Pn Norhamizan bt Omardin,bersama-sama suami En Mohd Nordin b. Hj Harun, diiringi yg berusaha Tn guru besar, sk seri setia Pn Fauziah bt Hussin untuk naik dan duduk d singgahsana yg telah d khaskan d atas pentas ini. Dlpersilakan.

Sebgai tanda cinta akan Negara, majlis di mulakan dengan nyanyian lagu negaraku.Para hadirin diminta berdiri tegak.

SELEPAS LAGU NEGARAKUMelayang serindit di atas permatang,Merbah berkicau di hujung muara,Pemanis kata selamat datang,Awal bismillah pembuka bicara.

BISMILLAHIRRAHMNIRRAHIM.ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA SALAM 1 MALAYSIA.

Majlis terlebih dahulu mengucapkan terima kasih kepada yang di raikan Pn Norhamizan Bt Omardin serta suami, En Mohd Nordin b Hj Harun, di atas kesudian menghadirkan diri ke majlis yg tak sepertinya ini merangkap majlis jamuan aidilfitri dan persaraan. Majlis tidak lupa juga turut mengucapkan ribuan terimakasih kepada wakil ahli jawatan kuasa PIBG..Kerana sudi memeriahkan majlis ini .Untuk itu terimalah serangkap pantun pantun dari saya,

Buah selasih di dalam puan,Di bawa gadis ke tengah laman,Takkan hilang jasamu tuan,Menjadi ingatan sepanjg zaman.

Yang di raikan, Pn Norhamizan atau lebih mesra saya panggil Kak Mizan, Dengarkan pantun dari saya

Cantik bergemerlapan batu permata, bertambah cantik di pakai orang,Sudah bersua bertentang mata, apa khabar puan sekarang?

Hilang delima di seberang takir,Di ganti degan batu permata,Pabila di tanya senyum terukir,Nampak berseri di pandang mata.

BACAAN DOASeterusnya untuk memberkati lagi majlis ini, marilah kita bersama-sama mengaminkan doa yg akan di bacakan oleh ustaz Salman b Zahadi. Dengan segala hormatnya di persilakan.

Aminn ya rabbal alaminn..Bunga mawar cantik tersemat,dipetik gadis ditepi titi,Doa dibaca memohon rahmat,Semuga majlis sentiasa diberkati.

SELEPAS DOA

TERIMA KASIH KEPADA UST SALMAN D ATAS BACAAN DOA ITU Tadi.

Sebagaimana yang tertulis pada latar belakang pentas ini,kita sedia maklum bahawa majlis ini merupakan majlis sempena persaraan Pn Norhamizan bt Hj Omardin, Yang mana hari ini merupakan hari terakhir beliau berada di sekolah ini. Mulai minggu hadapan dan seterusnya, kita semua akan merindui kelibat guru ini yang sinonim di kalangan rakan-rakan dengan gelaran Ratu Beg. Ini menunjukkan betapa komitmen pn norhamizan terhadap tugasnya amat terserlah dengan memastikan semua butir-butir berkaitan tugasnya akan sentiasa di bawa setiap hari sehingga memerlukan 3 atau 4 beg untuk membawanya.Nampaknya selepas ini mugkin terdapat calon lain yang menunggu untuk mengambil alih gelaran ratu beg ini.

Baiklah untuk meneruskan majlis, di persilakan adik Khairul Falah b. Shamsulbahrin tampil ke pentas untuk menyampaikan ucapan bagi mewakili semua pelajar di sekolah ini. Di persilakan.

Selepas ucapan wakil pelajar.

TERIMAKASIH d ATAS UCAPAN wakil pelajar itu tadi.

Seterusnya, Degan besar hati majlis menjemput yang Berusaha Tn guru besar Sek Keb Seri Setia pn Fauziah bt Hussin tampil ke pentas untuk menyampaikan ucapannya. Di persilakan.

SELEPAS UCAPAN GBTERIMAKASIH YG Berusaha tn GURU Besar d ATAS UCAPAN ITU TADI.

Yang diraikan, pn norhamian,

Jasamu d kenang, budimu tak terbilang,Semangatmu d julang, kepimpinanmu gemilang.

Begitulah yg boleh kita perkatakan atas segala bakti dan jasa yg dilakukan oleh pn norhamizann sepanjang perkhidmatan beliau sebagai guru.Walaupun jika diukur masa, kehadiran pn norhamizan di sekolah ini sekadar beberapa ketika Cuma, namun janganlah kita lihat dan jadikan semata-mata itu sebagai ukurannya, namun, bukalah mata dan sedarlah bahawa kehadiran guru ini dalam bidang pendidikan sudah menjangkau 36 tahun lebih yang jika di banding sebagai hayat manusia, ianya boleh merupakan seorang insan yg sudah dewasa dan matang. Begitulah tersiratnya jasa dan bakti guru ini di hakikat sebenarnya .Beliau telah melalui semua fasa dalam perkhidmatannya samada fasa kegembiraan, kesedihan, kebuntuan, kejayaan , kegagalan dan sebaginya.

Hadirin sekalian,seterusnya adalah acara bacaan dan penyerahan watikah persaraan yg akan disampaikan oleh Yang Berusaha Tn Guru Besar Sk Seri Setia kepada Pn Norhamizan yg akan mendengar seterusnya menerima watikah tersebut, Di persilakan.

SELEPAS PENYAMPAIAN WATIKAH.Terima kasih Tn guru besar dan Pn Norhamizan .

Hadirin sekalian, bakti dan jasa pn norhamizan, terbukti sudah, kehadirannya merupakan sebutir permata yg menyinari dunia pendidikan.kata nasihat tidak pernah putus dari mulut beliau,bersama -sama dengan khidmat beliau yg tak pernah kenal erti lelah,Hari ini kita bertuah kerana berpeluang untuk mendengar ucapan dan kata-kata nasihat dari beliau. Marilah bersama-sama hayati barisan ucapan terakhir beliau di sekolah ini pada hari ini dan ketika ini. Majlis dengan syahdunya mempersilakan.

SELEPAS UCAPAN YanG Di RAIKAN

Malam hari berlagu unggas,Memecah kesunyian di dalam hutan,Walaupun terpisah tempat dan tugas,Budimu tuan dalam ingatan.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih d atas ucapan beliau itu tadi.

Seterusnya sebagai tanda ingatan dan kenangan dari kami, kita teruskan majlis dengan penyampaian cenderamata. Untuk itu d jemput yg berusaha tn guru besar diiringi oleh Pen kanan pentadbiran, Pn mardiah Mokhtar untuk menyampaikan cenderamata kepada pn Norhamizan. Di persilakan.

Cenderamata yg pertama ini adalah cenderamata daripada pihak pentadbirant.kasih kpd gb dn pk kerana sudi menyampaikan hadiah.

Di persilakan pula YDP diiringi oleh Pk hem untuk menyerahkan cenderamata kengan drp pibg sekolah kpd pn nprhamizan, d persilakan.T.kasih ydp dn pk hem d atas pemberian hadiah itu td.

Seterusnya di sampaikan pula cenderamata daripada pengawas sekolah. Untuk itu d persilakan wakil pengawas sek utk meyampaikan cenderama tersebut. d persilakan.

Tidak lupa juga wakil dari pengawas pusat sumber yg turut ingin menyampaikan cenderamata kenangan kpd pn norhamizan, utk itu wakil pengawas pss d persilakan..Diikuti pula cenderamata wakil pelajar tahap1 .

Dan akhir sekali tahap 2.

Selepas penyampaian hadiah.

Majlis merakamkan terimakasih kepada Pn Norhamizan d atas kesudian beliau menerima cenderamata itu tadi.Majlis juga turut mengucapkan terima kasih kepada semua penyampai2 cenderamata itu tadi.

Tanam lengguna tumbuh kelapa, terbit bunga pucuk mati,Budi puan kami tak lupa,Sudah terpaku d dalam hati.

Hadirin sekalian, tiap pertemuan ada perpisahan, itu adat lumrah kehidupan,Begitulah rentetan perjalanan, walau sukar untuk di telan,tapi kaki tetap mengorak jalan, selagi khidmat diperlukan.

Dengan itu marilah kita saksikan sedikit biografi dan paparan skrin mengenai yang di raikan Pn Norhamizan. Kita saksikan bersama-sama.

--------------------baca biografi -------------

Nyanyian dan persembahan murid

Seteusnya, Sebagai tanda penghargaan dari murid2 sk seri setia, kita perdengarkan dan saksikan persembahan lagu-lagu daripada mereka khas disampaikan untuk pn Norhamizan.dengan itu majlis mempersilakaan, pasukan koir terdiri dari murid thn 6 untuk memperdengarkan lagu dari mereka. Dengan berakhirnya lagu tadi,kini kita telahpun berada d penghujung acara.

Kuning emas masaknya padi,Mawar merah dalam jambangan,Terima kasih daun keladi,Diri kami ini dilupa jangan.

Hari ini bertanam jagung,Hari esok bertanam serai,Hari ini kita berkampong, Hari esok kita bercerai,

Tuai padi antara masak, Esok jangan layu-layuan,Intailah saya antara nampak,Esok jangan rindu-rinduan,

Majlis dengan ini mendoakan pn Norhamizan akan sentiasa sihat sejahtera dan gembira bersama keluarga tercinta. Jika ada kelapangan hubungilah kami d sini selalu. Kami mohon ribuan kemaafan d atas segala kekurangan dan kesilapan jikamana kami terlanjur bicara, terlanjur terkata,

Andai ada jarum yg patah, jgn d simpan d dlm peti. Andai ada silap dn salah jgn d simpan d dalam hati .

selamat hari raya dan Maaf zahir batin daripada saya. Sekian yg baik itu drp Allah dan yg kurang itu drp diri sendiri. wassalamualaikum dan salam 1 malaysia.

Pergerakan murid membentuk barisan ke pintu luar.

Minta guru2 bersalaman dulu sblm sent off oleh murid.______________________________________________________________________________