teks ucapan kppa sempena mesyuarat mbk am · keadaan kesediaan dan kesiapsiagaan yang tinggi untuk...

27
UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD ZABIDI ZAINAL SEMPENA MESYUARAT MAJLIS BERSAMA KEBANGSAAN BAGI PEKERJA- PEKERJA AM SEMPENA KUMPULAN PELAKSANA (MBK AM) BIL. 1 TAHUN 2014 21 NOVEMBER 2014, 8.30 MALAM HOTEL CONCORDE, SHAH ALAM

Upload: trinhngoc

Post on 08-Jul-2019

248 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA MESYUARAT MBK AM · keadaan kesediaan dan kesiapsiagaan yang tinggi untuk membantu Kerajaan ... menentukan sejauh mana penerimaan masyarakat kepada sesuatu

UCAPAN

YANG BERBAHAGIA TAN SRI

MOHAMAD ZABIDI ZAINAL

SEMPENA

MESYUARAT MAJLIS BERSAMA

KEBANGSAAN BAGI PEKERJA-

PEKERJA AM SEMPENA KUMPULAN

PELAKSANA (MBK AM)

BIL. 1 TAHUN 2014

21 NOVEMBER 2014, 8.30 MALAM

HOTEL CONCORDE, SHAH ALAM

Page 2: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA MESYUARAT MBK AM · keadaan kesediaan dan kesiapsiagaan yang tinggi untuk membantu Kerajaan ... menentukan sejauh mana penerimaan masyarakat kepada sesuatu

2

Assalamualaikum Warrahmatullahi

Wabarakatuh, Salam Transformasi dan

Salam “1Malaysia: Rakyat Didahulukan,

Pencapaian Diutamakan”.

Yang Berusaha Puan Lok Yim Pheng

Pengerusi Pihak Pekerja MBK Am

Yang Mulia Datuk Raja Noor Zaedah

Raja Ahmad

Setiausaha Pihak Pegawai MBK Am

Yang Berusaha Encik Mohd Mazlan Mohd

Shaari

Setiausaha Pihak Pekerja MBK Am

Page 3: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA MESYUARAT MBK AM · keadaan kesediaan dan kesiapsiagaan yang tinggi untuk membantu Kerajaan ... menentukan sejauh mana penerimaan masyarakat kepada sesuatu

3

Ahli-Ahli Mesyuarat Pihak Pegawai

Ahli-Ahli Mesyuarat Pihak Pekerja

YBhg. Dato’-Dato’, Datin-Datin, Tuan-

Tuan dan Puan-Puan yang saya hormati

sekalian.

Pertama sekali, marilah kita sama-sama

memanjatkan kesyukuran ke hadrat

Allah S.W.T atas limpah dan kurniaNya

kerana pada pagi ini kita dapat

bersama-sama dalam Mesyuarat MBK

bagi Pekerja-pekerja Am Dalam

Kumpulan Pelaksana Bilangan 1 Tahun

2014.

Page 4: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA MESYUARAT MBK AM · keadaan kesediaan dan kesiapsiagaan yang tinggi untuk membantu Kerajaan ... menentukan sejauh mana penerimaan masyarakat kepada sesuatu

4

2. Dalam hubungan ini juga, saya ingin

mengucapkan setinggi-tinggi

penghargaan dan terima kasih kepada

semua Ahli Pihak Pegawai dan Pekerja

yang dapat menghadiri mesyuarat pada

hari ini.

3. Untuk makluman para hadirin,

mesyuarat pada hari ini adalah untuk

mencapai persetujuan bersama

berdasarkan kepada perbincangan

dengan semua pihak berhubung perkara

yang telah dibincangkan dalam

Mesyuarat Pre-Council pada 19

November yang lalu. Saya berharap

mesyuarat ini akan berjalan dengan

Page 5: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA MESYUARAT MBK AM · keadaan kesediaan dan kesiapsiagaan yang tinggi untuk membantu Kerajaan ... menentukan sejauh mana penerimaan masyarakat kepada sesuatu

5

lancar, harmoni dan kita berupaya

mencari permuafakatan bagi

meningkatkan penyampaian

Perkhidmatan Awam.

EKSPEKTASI RAKYAT TERHADAP

PERKHIDMATAN AWAM

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya

kasihi sekalian,

4. Pada masa ini, negara kita Malaysia

seperti mana negara-negara lain di

dunia, sedang menghadapi perubahan

persekitaran persaingan global yang

dinamik, terutama mendepani peralihan

Page 6: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA MESYUARAT MBK AM · keadaan kesediaan dan kesiapsiagaan yang tinggi untuk membantu Kerajaan ... menentukan sejauh mana penerimaan masyarakat kepada sesuatu

6

dalam orde ekonomi global. Namun kita

bersyukur, dengan tekad dan usaha

bersungguh-sungguh semua penjawat

awam dalam mendukung kerangka

Program Transformasi Kerajaan atau

GTP dan Program Transformasi

Ekonomi atau ETP telah menghasilkan

respon yang dinamik, ke arah aspirasi

yang satu iaitu ingin menjadikan

Malaysia sebagai sebuah negara maju

menjelang tahun 2020.

5. Dalam pada itu, rakyat pada hari ini

mempunyai tahap pemikiran yang kritis

dan tajam untuk menilai prestasi

Kerajaan terutamanya terhadap

Page 7: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA MESYUARAT MBK AM · keadaan kesediaan dan kesiapsiagaan yang tinggi untuk membantu Kerajaan ... menentukan sejauh mana penerimaan masyarakat kepada sesuatu

7

penjawat awam. Tuntutan utama

mereka ialah perubahan yang ketara

dalam urus tadbir negara. Ini

termasuklah proses yang lebih efektif

dan pantas dalam pelaksanaan dasar-

dasar yang jelas meletakkan

kesenangan dan kebajikan rakyat

sebagai keutamaan.

6. Sungguhpun keberhasilan dari

usaha gigih ini semakin menjadi

kenyataan, kita tidak boleh menjadi

leka dan tidak mengendahkan perihal-

perihal di luar jangka yang boleh

mencetus krisis.

Page 8: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA MESYUARAT MBK AM · keadaan kesediaan dan kesiapsiagaan yang tinggi untuk membantu Kerajaan ... menentukan sejauh mana penerimaan masyarakat kepada sesuatu

8

7. Dalam keadaan seperti ini,

penjawat awam harus berada dalam

keadaan kesediaan dan kesiapsiagaan

yang tinggi untuk membantu Kerajaan

mengambil tindakan segera dan

memberi penjelasan terhadap mana-

mana isu yang menjadi topik

perbicaraan umum, sebelum rakyat

dihidang dengan persepsi yang tidak

munasabah hingga mendasari sesuatu

tindakan yang tidak sewajarnya.

Tambahan pula dengan adanya

teknologi komunikasi yang berkembang

pesat, banyak perkara yang

disampaikan dengan pantas kepada

Page 9: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA MESYUARAT MBK AM · keadaan kesediaan dan kesiapsiagaan yang tinggi untuk membantu Kerajaan ... menentukan sejauh mana penerimaan masyarakat kepada sesuatu

9

seluruh pelusuk rakyat, tanpa mengira

kesahihan sumbernya.

8. Sebagai contoh isu pelaksanaan

Cukai Barang dan Perkhidmatan atau

GST, isu kehilangan MH370, isu MH17

dan banyak lagi isu lain yang mendapat

perhatian secara langsung daripada

rakyat melalui informasi yang

disebarkan dalam media sosial seperti

whatsapp, facebook, telegram dan

sebagainya. Dalam pada itu, pelbagai

persepsi daripada masyarakat telah

diresapkan dengan tersebarnya

informasi seperti ini yang adakalanya

Page 10: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA MESYUARAT MBK AM · keadaan kesediaan dan kesiapsiagaan yang tinggi untuk membantu Kerajaan ... menentukan sejauh mana penerimaan masyarakat kepada sesuatu

10

sengaja diada-adakan tanpa fakta yang

benar.

9. Janganlah kita pula yang menjadi

sebahagian daripada mereka yang tidak

bertanggungjawab ini untuk

meletakkan tekanan politik kepada

Kerajaan sebagai jalan untuk

mendapatkan sesuatu yang tidak

menguntungkan kita juga.

10. Oleh yang demikian, setiap

penjawat awam hari ini berdepan

dengan cabaran untuk mencari titik

keseimbangan antara membangunkan

kapasiti, ilmu pengetahuan, kemahiran

Page 11: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA MESYUARAT MBK AM · keadaan kesediaan dan kesiapsiagaan yang tinggi untuk membantu Kerajaan ... menentukan sejauh mana penerimaan masyarakat kepada sesuatu

11

dan kompetensi yang baru.

Keberkesanan Perkhidmatan Awam

bukan sahaja terletak kepada

pelaksanaan sesuatu dasar semata-

mata, tetapi juga bergantung kepada

kejayaan berkomunikasi yang

menentukan sejauh mana penerimaan

masyarakat kepada sesuatu dasar itu

serta kemampuan menangani kesan-

kesan dari dasar tersebut.

11. Justeru itu, saya ingin mengajak

semua penjawat awam khususnya yang

hadir dalam mesyuarat pagi ini, untuk

membuat anjakan pemikiran, tindakan

dan aspirasi baharu serta mendepani

Page 12: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA MESYUARAT MBK AM · keadaan kesediaan dan kesiapsiagaan yang tinggi untuk membantu Kerajaan ... menentukan sejauh mana penerimaan masyarakat kepada sesuatu

12

masa. Hasil dari kemahuan dan

kebolehan berfikir, bertindak dan

beraspirasi boleh melonjakkan

kreativiti, maka terhasillah inovasi

yang hebat. Dengan itu, perkhidmatan

awam akan menjadi satu institusi yang

bukan sahaja mempunyai pekerja yang

berdaya saing tetapi turut sentiasa

mencetus idea-idea baru, berdaya maju,

mempunyai mentaliti terpuji dan

mendepani masa, lantas dapat

memenuhi ciri-ciri warga sebuah

negara maju.

12. Saya ingin menekankan mandat

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri

Page 13: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA MESYUARAT MBK AM · keadaan kesediaan dan kesiapsiagaan yang tinggi untuk membantu Kerajaan ... menentukan sejauh mana penerimaan masyarakat kepada sesuatu

13

kepada penjawat awam melalui Ucapan

Bajet 2015 yang memberi fokus kepada

Ekonomi Keperluan Rakyat, iaitu

melalui strategi ketiga: Mengupaya

Modal Insan Dan Keusahawanan,

antara tindakan yang perlu

dilaksanakan ialah Memantapkan

Profesionalisme Perguruan dan

Prestasi Sekolah, Meningkatkan

Kebolehpasaran Graduan dan lain-lain

tindakan lagi.

13. Dua perkara ini saya sebut kerana

ia berkait dengan prestasi penjawat

awam secara langsung. Kita ingin

melihat guru-guru menjalankan tugas

Page 14: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA MESYUARAT MBK AM · keadaan kesediaan dan kesiapsiagaan yang tinggi untuk membantu Kerajaan ... menentukan sejauh mana penerimaan masyarakat kepada sesuatu

14

dan tanggungjawab dengan penuh

dedikasi dan amanah serta

menumpukan sepenuh perhatian

terhadap pembangunan individu.

Perhatian bukan sahaja dari segi

akademik, tetapi juga secara

keseluruhan pembangunan individu

seperti akhlak, sahsiah diri dan

pemikiran.

14. Tindakan yang kedua ialah

mengenai kebolehpasaran graduan.

Kita sedar bahawa terdapat penjawat

awam yang mempunyai kelayakan

akademik yang lebih tinggi daripada

kelayakan skim perkhidmatan

Page 15: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA MESYUARAT MBK AM · keadaan kesediaan dan kesiapsiagaan yang tinggi untuk membantu Kerajaan ... menentukan sejauh mana penerimaan masyarakat kepada sesuatu

15

hakikinya. Kita galakkan agar mereka

berusaha dan menjadikan jawatan yang

sedang dijawat sekarang sebagai

landasan untuk mereka membina

keyakinan diri dan menunjukkan

prestasi kerja yang hebat untuk terus

meningkat dan dapat menjawat

jawatan yang setara dengan kelayakan

yang diperolehinya itu, baik di sektor

awam mahupun di sektor swasta. Kita

tidak boleh berada di takuk lama dan

mengharapkan Kerajaan memberi

insentif atas kelayakan yang diperoleh

tanpa kompetensi menjalankan tugas

dan tanggungjawab yang setara dengan

kelayakan tersebut.

Page 16: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA MESYUARAT MBK AM · keadaan kesediaan dan kesiapsiagaan yang tinggi untuk membantu Kerajaan ... menentukan sejauh mana penerimaan masyarakat kepada sesuatu

16

PENGIKTIRAFAN KERAJAAN

TERHADAP PENCAPAIAN

PERKHIDMATAN AWAM

Tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi

sekalian,

15. Dalam pada kita menekankan

tentang pencapaian dan produktiviti,

pihak Kerajaan tidak lupa mengiktiraf

usaha penjawat awam. Justeru itu,

dalam Ucapan Bajet 2015, Yang Amat

Berhormat Perdana Menteri turut

mengumumkan perkara-perkara

berikut:

Page 17: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA MESYUARAT MBK AM · keadaan kesediaan dan kesiapsiagaan yang tinggi untuk membantu Kerajaan ... menentukan sejauh mana penerimaan masyarakat kepada sesuatu

17

i) penambahbaikan 232 skim

perkhidmatan untuk

meningkatkan keberkesanan

mutu penyampaian

perkhidmatan;

ii) had kelayakan pinjaman

perumahan dinaikkan daripada

had minimum RM80,000.00

kepada RM120,000.00, dan had

maksimum dinaikkan daripada

RM450,000.00 kepada

RM600,000.00, serta

kemudahan Perumahan

Penjawat Awam 1Malaysia;

Page 18: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA MESYUARAT MBK AM · keadaan kesediaan dan kesiapsiagaan yang tinggi untuk membantu Kerajaan ... menentukan sejauh mana penerimaan masyarakat kepada sesuatu

18

vii) penambahbaikan Cuti Menjaga

Anak bagi mengimbangi

kerjaya dan kehidupan pekerja;

dan

viii) pemberian bonus setengah

bulan bagi meringankan beban

kenaikan kos sara hidup dan

menjaga kebajikan penjawat

awam terutama pada musim

awal persekolahan nanti.

16. Maka, trend pemberian kebajikan

yang dapat disimpulkan di sini ialah

Kerajaan melihat sesuatu pemberian

insentif itu secara menyeluruh. Begitu

Page 19: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA MESYUARAT MBK AM · keadaan kesediaan dan kesiapsiagaan yang tinggi untuk membantu Kerajaan ... menentukan sejauh mana penerimaan masyarakat kepada sesuatu

19

juga kajian-kajian yang dijalankan yang

melibatkan tuntutan-tuntutan pihak

pekerja, tidak boleh tidak, kita melihat

sesuatu pemberian secara keseluruhan,

sama ada dari segi kemajuan kerjaya

atau pakej saraan. Pihak majikan akan

menilai sesuatu tuntutan itu dengan

mengambil kira implikasi terhadap

perkhidmatan lain. Adakalanya ia akan

melibatkan banyak pihak, justeru itu ia

memberi kesan implikasi kewangan

yang besar, yang mengakibatkan

sesuatu pemberian tersebut terpaksa

ditangguhkan atas sebab kekangan

kewangan negara.

Page 20: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA MESYUARAT MBK AM · keadaan kesediaan dan kesiapsiagaan yang tinggi untuk membantu Kerajaan ... menentukan sejauh mana penerimaan masyarakat kepada sesuatu

20

17. Sungguhpun begitu, setiap

cadangan daripada Pihak Pekerja

dipertimbangkan mengikut merit yang

ditetapkan. Suka saya mengingatkan di

sini bahawa proses penambahbaikan

kebajikan penjawat awam

dilaksanakan secara berterusan.

Namun begitu, adakalanya juga

walaupun persetujuan dicapai di

peringkat dasar, Kerajaan boleh

memutuskan pelaksanaannya

ditangguhkan berikutan kemampuan

kewangan negara.

18. Justeru, saya amat berharap agar

Pihak Pegawai dan Pihak Pekerja

Page 21: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA MESYUARAT MBK AM · keadaan kesediaan dan kesiapsiagaan yang tinggi untuk membantu Kerajaan ... menentukan sejauh mana penerimaan masyarakat kepada sesuatu

21

bersifat profesional dalam proses

perundingan, dan bermusyawarah yang

banyak akan membantu menyelesaikan

isu-isu yang berbangkit serta saya amat

berharap Pihak Pekerja memahami

asas kepada keputusan bersama yang

dimuktamadkan.

EKSPEKTASI TERHADAP PEMIMPIN

KESATUAN

Tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi

sekalian,

19. Menyentuh aspek perhubungan

majikan-pekerja Perkhidmatan Awam,

Page 22: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA MESYUARAT MBK AM · keadaan kesediaan dan kesiapsiagaan yang tinggi untuk membantu Kerajaan ... menentukan sejauh mana penerimaan masyarakat kepada sesuatu

22

ingin saya menarik perhatian Ahli

Mesyuarat bahawa, Kerajaan telah

mewujudkan forum seperti Majlis

Bersama Jabatan dan Majlis Bersama

Kebangsaan sebagai satu pendekatan

dalam membentuk pemuafakatan ke

arah perhubungan majikan-pekerja

yang harmonis. Melalui forum ini

perkongsian pintar disuburkan melalui

proses rundingan bersama dan

sepakatan dalam menangani

permasalahan dan tuntutan Pihak

Pekerja.

20. Pemimpin Kesatuan merupakan

golongan yang dipilih berdasarkan

Page 23: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA MESYUARAT MBK AM · keadaan kesediaan dan kesiapsiagaan yang tinggi untuk membantu Kerajaan ... menentukan sejauh mana penerimaan masyarakat kepada sesuatu

23

kredibiliti dan integriti oleh ahli-ahlinya

untuk menguruskan kesatuan. Mereka

berperanan penting sebagai

penghubung antara majikan dan

pekerja. Oleh itu, pemimpin kesatuan

perlu mengimbangi keperluan untuk

memenuhi kehendak pekerja, menilai

keberkesanan tuntutan dengan

pencapaian kerja dan menilai

keupayaan majikan.

21. Di sini saya memohon agar semua

wakil-wakil Pihak Pekerja supaya terus

berperanan secara aktif dalam

menyampai dan menyokong dasar-

dasar Kerajaan. Pemimpin Pihak

Page 24: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA MESYUARAT MBK AM · keadaan kesediaan dan kesiapsiagaan yang tinggi untuk membantu Kerajaan ... menentukan sejauh mana penerimaan masyarakat kepada sesuatu

24

Pekerja perlu membuat kajian

terperinci serta perbandingan dan

melihat sesuatu tuntutan secara

holistik sebelum ia dikemukakan

kepada agensi pusat, bagi

mencerminkan kredibiliti pemimpin

kesatuan yang dapat memperjuangkan

tuntutan-tuntutan pekerja dengan

saksama.

22. Kesatuan Sekerja perlu berfungsi

sebagai pelengkap terhadap usaha

Kerajaan untuk melaksanakan

transformasi dalam Perkhidmatan

Awam dan negara. Hubungan majikan-

pekerja sektor awam perlu terus kekal

Page 25: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA MESYUARAT MBK AM · keadaan kesediaan dan kesiapsiagaan yang tinggi untuk membantu Kerajaan ... menentukan sejauh mana penerimaan masyarakat kepada sesuatu

25

harmonis dan bersifat dinamik supaya

sentiasa dilihat relevan sebagai

pencetus agenda inovasi dan

produktiviti yang tinggi selaras dengan

hala tuju pentadbiran Kerajaan pada

masa kini.

23. Di kesempatan ini, saya amat

menghargai dan ingin mengucapkan

ribuan terima kasih atas sokongan

padu Pihak Pekerja kerana memberi

kerjasama erat dan telah bersama-

sama dengan Pihak Pegawai dalam

mendokong dasar-dasar Kerajaan

sebagai mana yang diharapkan.

Page 26: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA MESYUARAT MBK AM · keadaan kesediaan dan kesiapsiagaan yang tinggi untuk membantu Kerajaan ... menentukan sejauh mana penerimaan masyarakat kepada sesuatu

26

PENUTUP

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya

kasihi sekalian,

24. Agensi pusat iaitu JPA dan

Kementerian Kewangan sentiasa

memikirkan yang terbaik untuk

keseluruhan penjawat awam. Segala

tindak-tanduk yang dilaksanakan

adalah berpaksikan kepada menjadikan

Malaysia sebagai sebuah negara

yang mempunyai pekerja yang

berpendapatan tinggi. Pada masa yang

sama pihak majikan juga memastikan

sesuatu pemberian itu, baik dari segi

Page 27: TEKS UCAPAN KPPA SEMPENA MESYUARAT MBK AM · keadaan kesediaan dan kesiapsiagaan yang tinggi untuk membantu Kerajaan ... menentukan sejauh mana penerimaan masyarakat kepada sesuatu

27

kemajuan kerjaya atau insentif

kewangan dilaksanakan secara adil,

iaitu adil kepada penjawat awam dan

adil kepada Kerajaan.

25. Akhir kata, saya berharap

mesyuarat pada hari ini akan berjalan

dengan lancar dan penuh

pemuafakatan demi memartabatkan

Perkhidmatan Awam secara

keseluruhan. Sekian, terima kasih.

Seterusnya saya menjemput YBrs. Puan

Lok Yim Pheng, Pengerusi Pihak

Pekerja MBK Am untuk menyampaikan

ucapan. Dipersilakan.