teks ucapan joe

3

Click here to load reader

Upload: marrinajay

Post on 09-Nov-2015

245 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

teks ucapan

TRANSCRIPT

  • Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam 1 Malaysia dan salam 1 PLUS.

    Melayang serindit di atas permatang,

    Merbah berkicau di hujung muara, Pemanis kata selamat datang,

    Awal BismilLah pembuka bicara.

    Dari Raub pergi ke Pontian,

    Terus pula ke Kuala Perlis,

    Harap semua berikan perhatian,

    Mohon saya mulakan Majlis.

    Yang Berusaha Dato Norizah Binti Hj. Abd Hamid Pengarah Urusan, Plus Malaysia Berhad

    Yang Berusaha Pn Norma Binti Pengurus Kanan, Bahagian Sumber Manusia

    Yang Dihormati Pengurus2 Seksyen Wilayah Selatan

    Ketua-ketua Unit,

    Tuan-tuan dan puan-puan Dan hadirin sekalian

    Selamat datang ke :

    Staff Quaterly Briefing Peringkat Wilayah Selatan.

    Sarung ketupat berisi inti Dibawa budak sambil berlari Kehadiran semua sangat dihargai Moga Majlis bertambah seri

    Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah dan kurniaNya maka kita dapat bersama-sama berhimpun pada pagi yang mulia ini.

    Ucapan selamat datang dan ribuan terima kasih diucapkan kepada semua hadirin sekalian kerana sudi menghadirkan diri ke majlis staff quarterly briefing peringkat wilayah selatan ini terutamanya kepada Yang Berusaha Dato Norizah Binti Hj. Abd Hamid kerana sudi meluangkan masa menghadirkan diri ke majlis ini.

    Hadirin yang dimuliakan,

    Bagi memberkati Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh: En Siapol Baharin Bin Pungut ,Majlis

  • dengan segala hormatnya mempersilakan.

    *********** (Doa)

    Amin Amin Ya Rabbal `Alamin Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada En Siapol Baharin Bin Pungut atas bacaan doa itu tadi.

    Bunga mawar cantik tersemat Dipetik gadis di tepi titi Doa dibaca memohon Rahmat Moga Majlis sentiasa diberkati

    Seterusnya Majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha Dato Norizah Binti Hj. Abd Hamid, Pengarah Urusan, Plus Malaysia Berhad untuk meneruskan majlis dengan ucapan dan pembentangan seterusnya . Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

    ************(Ucapan)

    Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha Dato Norizah Binti Hj. Abd Hamid atas ucapan dan pembentangan itu tadi.

    Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

    Tibalah masanya untuk kita berehat seketika sebelum kita sambung pada petang ini dengan majlis sembang petang bersama MD. Untuk itu dijemput Yg. Berusaha Dato dan semua untuk ke jamuan makan tengahari. Dipersilakan. Untuk makluman semua menu kita pada hari ini adalah special dibawakan dari negeri johor sepertisebelum tu saya ada pantun lagi..

    Rumpun nipah tepi telaga, Diambil orang buat nira; Hidangan di meja sudah tersedia, Jemput semua menjamu selera

    Penutup

    Bunga dedap di atas para, Anak dusun pasang pelita; Kalau tersilap tutur bicara, Jemari disusun maaf dipinta.

    Sekian sahaja untuk kali ini. Mohon maaf dari saya sekiranya ada terkasar bahasa, terlanjur bicara sepanjang mengendalikan majlis sebentar tadi. Sesungguhnya, yang terbaik itu datangnya daripada Allah s.w.t. yang kekurangan itu adalah kelemahan saya.

    Sekian, tarima kasih..... Assalammualaikum dan selamat sejahtera.

  • 10.30 : Staff Quaterly Brifieng

    12.30 : Makan Tengahari

    02.00 : Sembang Petang untuk Executive

    03.15 : Sembang Petang untuk Non-Executive

    04.15 : Minum petang