teks pidato bahasa melayu

3
Pucuk manis permatang budi, Pucuk purut di getus rusa, Yang manis bernama budi, Yang indah bernama bahasa. Terima kasih pengacara majlis. Yang berbahagia ., guru besar, guru-guru, rakan-rakan, kombinasi para juri yang arif lagi bijaksana sebagai penegak keadilan, penjaga masa yang budiman, dan seterusnya hadirin-hadirat warga dewan yang saya kasih sekalian. Assalamualaikum Warohmatullahi Wabarokatuh dan salam sejahtera pembuka bicara. Berdirinya saya di atas persada indah tidak lain dan tidak bukan, kerana ingin menyampaikan sebuah pidato yang bertajuk, Sukan Memartabatkan Negara. Sebelum lancang menuju ke muara, sebelum kita membelah bicara, sebelum isi menyusur hujah, izinkan saya mendefinisikan frasa yang membina tajuk pidato agar hadirin terbuka minda, agar hakim tidak terpinga-pinga, dan saya petah berkata-kata, seperti kata orang dahulu kala : Yang buta tidak teraba-raba, Yang pekak tidak tertanya-tanya, Yang kecil tidak terambin-ambin, Yang pendek tidak tertinjau-tinjau. Secara umumnya sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan sebagainya. Perbezaan tujuan inilah yang membezakan sifat sesuatu sukan itu. Misalnya, berenang secara bersaingan di hadapan ribuan penonton akan dikira sebagai sukan tetapi berenang bersendirian di kolam atau laut dilihat sebagai aktiviti rekreasi. Para hakim yang bijaksana lagi arif, Wacana saya yang pertama, sukan dapat melahirkan insan yang cergas dan cerdas. Memang tidak dapat disangkal lagi bahawa sukan akan melahirkan insan yang cergas dan cerdas.Aktiviti sukan melibatkan pergerakan anggota badan.Senaman menguatkan sendi-sendi dan otot-otot tubuh.Lemak yang termendap dalam badan dapat digunakan untuk menjana tenaga.Aktiviti sukan juga dapat membantu proses perpeluhan dan menghilangkan panas badan.Dengan ini,seseorang akan dapat menghindarkan masalah penyakit kronik seperti sakit jantung dan diabetes.Dengan badan yang sihat,kita dapat menumpukan perhatian yang sepenuhnya terhadap pekerjaan dan pelajaran. Lantas,kemajuan dan kemakmuran sesebuah negara dapat dicapai.

Upload: azwan-hakim

Post on 13-Apr-2016

7.237 views

Category:

Documents


549 download

DESCRIPTION

Teks Pidato Bahasa Melayu Sekolah Rendah

TRANSCRIPT

Page 1: Teks Pidato Bahasa Melayu

Pucuk manis permatang budi,

Pucuk purut di getus rusa,

Yang manis bernama budi,

Yang indah bernama bahasa.

Terima kasih pengacara majlis. Yang berbahagia ., guru besar, guru-guru, rakan-rakan, kombinasi para juri yang arif lagi bijaksana sebagai penegak keadilan, penjaga masa yang budiman, dan seterusnya hadirin-hadirat warga dewan yang saya kasih sekalian. Assalamualaikum Warohmatullahi Wabarokatuh dan salam sejahtera pembuka bicara.

Berdirinya saya di atas persada indah tidak lain dan tidak bukan, kerana ingin menyampaikan sebuah pidato yang bertajuk, Sukan Memartabatkan Negara.

Sebelum lancang menuju ke muara, sebelum kita membelah bicara, sebelum isi menyusur hujah, izinkan saya mendefinisikan frasa yang membina tajuk pidato agar hadirin terbuka minda, agar hakim tidak terpinga-pinga, dan saya petah berkata-kata, seperti kata orang dahulu kala :

Yang buta tidak teraba-raba,

Yang pekak tidak tertanya-tanya,

Yang kecil tidak terambin-ambin,

Yang pendek tidak tertinjau-tinjau.

Secara umumnya sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan sebagainya. Perbezaan tujuan inilah yang membezakan sifat sesuatu sukan itu. Misalnya, berenang secara bersaingan di hadapan ribuan penonton akan dikira sebagai sukan tetapi berenang bersendirian di kolam atau laut dilihat sebagai aktiviti rekreasi.

Para hakim yang bijaksana lagi arif,

Wacana saya yang pertama, sukan dapat melahirkan insan yang cergas dan cerdas. Memang tidak dapat disangkal lagi bahawa sukan akan melahirkan insan yang cergas dan cerdas.Aktiviti sukan melibatkan pergerakan anggota badan.Senaman menguatkan sendi-sendi dan otot-otot tubuh.Lemak yang termendap dalam badan dapat digunakan untuk menjana tenaga.Aktiviti sukan juga dapat membantu proses perpeluhan dan menghilangkan panas badan.Dengan ini,seseorang akan dapat menghindarkan masalah penyakit kronik seperti sakit jantung dan diabetes.Dengan badan yang sihat,kita dapat menumpukan perhatian yang sepenuhnya terhadap pekerjaan dan pelajaran. Lantas,kemajuan dan kemakmuran sesebuah negara dapat dicapai.

Page 2: Teks Pidato Bahasa Melayu

Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian,

Selain itu, sukan juga boleh mewujudkan peluang perniagaan dan pekerjaan. Kemajuan sukan akan meningkatkan permintaan terhadap peralatan sukan.Oleh itu,bidang pembuatan dan pengeluaran alat-alat sukan secara komersial berkembang pesat. Selain itu,usaha untuk menyediakan pelbagai kemudahan prasarana sukan turut mendatangkan pulangan yang lumayan. Misalnya,untuk membina stadium, kolam renang bertaraf antarabangsa,dan sebagainya,peluang perniagaan terbuka luas kepada kontraktor dan pembekal bahan binaan. Peluang-peluang pekerjaan juga diwujudkan.Hal ini bermakna industri sukan bukan sahaja menyumbang kepada pendapatan negara tetapi juga menjamin peluang-peluang baharu bagi rakyat mencari kerjaya yang sesuai.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Di samping itu juga, sukan juga dapat memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum. Sebelum sesuatu pertandingan,para atlet atau pemain akan berkumpul di kem latihan. Di situlah mereka tinggal,makan,berehat,dan berlatih bersama-sama.Pergaulan dan interaksi atlet dan pemain pelbagai kaum akan melahirkan persefahaman yang erat. Ketika pertandingan atau permainan berlangsung,mereka akan bersatu hati,saling membantu untuk menjayakan misi negara.Rakyat jelata sebagai penyokong dan peminat sukan, juga membantu perpaduan negara. Misalnya, para penyokong pasukan negara menunjukkan semangat kebangsaan mereka dengan menyokong semua pemain yang terdiri daripada pelbagai kaum.Terdapat 15 000 orang rakyat berbilang kaum mendaftarkan diri sebagai sukarelawan untuk sukan Komanwel (SUKOM) 1998. Mereka berganding bahu membuktikan Malaysia boleh dan mampu menjayakan SUKOM sepenuhnya.

Para hadirin yang dihormati sekalian,

Tambahan itu pula, sukan juga dapat mengangkat martabat negara ke mercu yang lebih tinggi.Pencapaian cemerlang dalam temasya sukan membolehkan nama Malaysia terukir dalam sukan antarabangsa.Contoh yang paling ketara ialah apabila Malaysia berjaya merampas Piala Thomas semula pada tahun 1992 setelah 25 tahun kehilangannya.Pasukan badminton Piala Thomas telah menjadikan nama Malaysia disebut-sebut di seluruh dunia.Dalam Sukan Olimpik Beijing 2008 pula, Dato’ Lee Chong Wei mengharumkan nama negara dengan memenangi pingat perak dalam sukan badminton.Pencapaian Ratu Skuasy Negara, Dato’ Nicol Ann David, lebih membanggakan. Beliau telah menjadi juara dunia dalam sukan itu sebanyak empat kali,iaitu pada tahun 2005-2006 dan 2008-2009 serta menduduki ranking pertama dunia sejak tahun 2006. Sukan juga dapat mengatasi masalah sosial seperti lepak, bohsia, penyalahgunaan dadah, dan vandalisme yang melanda remaja kita. Masalah ini terjadi kerana remaja tidak mempunyai hobi yang sihat untuk mengisi masa lapang mereka.Aktiviti sukan merupakan salah satu hobi yang sihat dan membolehkan remaja mengisi masa lapang dengan bermakna.Selain itu,sukan juga dapat memupuk disiplin dan azam yang kuat yang membantu remaja menghindarkan diri daripada masalah sosial yang serius.

Sebelum saya mengundur duru, saya menyusun sepuluh jari memohon maaf sekiranya ada terkasar bahasa, tersalah kata atau tersilap bicara. Saya mengakhiri pidato saya ini dengan serangkap pantun :

Page 3: Teks Pidato Bahasa Melayu

Burung undan burung tempua,

Hinggap berehat di pohon cemara;

Sukan amalan untuk semua,

Dapat memartabatkan negara.

Sekian, wabillahi taufik wajhidayah wasalamualaikum warohmatullahi waborokatuh.