buku teks bahasa melayu tahun 5 sekolah jenis …

2
Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 5 Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) kegunaan mulai tahun 2021 dihasilkan berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP), Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Semakan 2017 yang disediakan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pendidikan Malaysia. Tujuan buku ini dihasilkan adalah untuk melahirkan murid Tahun 5 SJK yang dapat menguasai kemahiran berbahasa, kemahiran berfikir dan menekankan konsep Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) selaras dengan hasrat pendidikan negara. Setiap tema mengandungi tiga unit dan jumlah keseluruhannya 24 unit. Setiap unit mengandungi Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran Membaca, Kemahiran Menulis, Aspek Seni Bahasa dan Tatabahasa. Pada akhir setiap tema disediakan aktiviti 4P, iaitu Pemulihan, Pengayaan, Pengukuhan dan Penilaian. Kandungan buku ini dipersembahkan secara modular bagi memudahkan murid menguasai Standard Pembelajaran (SP) dalam proses pembelajaran. Elemen Merentas Kurikulum (EMK) sentiasa diterapkan bagi mempelbagaikan pengetahuan dan kemahiran murid. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) juga diterapkan dalam buku ini. Hal ini bertujuan untuk melatih murid agar berfikiran kritis dan kreatif. Penulis ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam penerbitan buku ini. Diharapkan buku ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh guru dan murid Tahun 5 SJKC. Dengan ini, usaha untuk melahirkan murid yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani seperti yang dimatlamatkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan dapat direalisasikan. Panel Penulis 1 1 Minta murid bercerita berdasarkan gambar. 1 2 3 KELUARGA TERCINTA Keluarga Bahagia, Hidup Sejahtera 82 LESTARIKAN ALAM Minta murid berbincang tentang gambar dan frasa. teknologi hijau jimat air jimat elektrik tong sampah kompos kitar semula Peliharalah Alam Kita 21 Minta murid bernyanyi dengan sebutan dan intonasi yang betul. Minta murid menyatakan maksud lagu dan bercerita tentang gambar. PERPADUAN TUNJANG KEHARMONIAN Perpaduan Teras Kejayaan Kini semangat jalan seiring Satu amanah kerjasama Jadi teras bangsa mulia Sehati sejiwa Bangun membantu agar sepakat Moga terserlah perpaduan Agar teguh di persada Dalam hidup harmoni Sirami rasa kasih sayang Jadi benteng hidup yang harmoni Nurani ikhlas Di hati murni Menjadi kekuatan kita Bersatu ... bersatu Bersatu gagah bercerai rebah Hindarkan hasrat sengketa kita Perpaduan teras kejayaan Berpadu ... berpadu Berpadu bulat kata sepakat Menjadi cita negara jaya Perpaduan teras kejayaan Perpaduan teras kejayaan Perpaduan teras kejayaan (Melodi lagu “Perpaduan Teras Kejayaan”) Imbas Saya 102 PERTANIAN DAN PENTERNAKAN Bimbing murid berbincang tentang gambar. Internet Buku Majalah Televisyen Keistimewaan Pertanian dan Penternakan 41 Bersiap sedia hadapi kemungkinan PASTIKAN SELAMAT DI MANA-MANA Berhati-hati setiap ketika Prihatin pasti selamat Bersoal jawab dengan murid tentang amalan keselamatan berdasarkan gambar. 122 BERSAMA MENJANAKAN PENDAPATAN Bersoal jawab dengan murid tentang gambar dan cara menambah pendapatan. INTEGRITI DALAM KEHIDUPAN 61 Minta murid berbincang tentang pantun dan gambar. Rumput muda dimamah lembu, Jujurlah kepada ayah dan ibu. Ikan tenggiri di lautan biru, Usah ingkari arahan guru. Pohon berduri tumbuh di jalan, Integriti diri jadikan amalan. 142 Minta murid berbincang tentang gurindam dan gambar. Andai mahu menambah ilmu, Terokai sains usahlah jemu. Apabila teknologi diutamakan, Banyak tugas dapat diselesaikan. BIJAK SAINS, MESRA TEKNOLOGI DAN INOVASI alat pengesan bakat atlet nya alat ini kecil. Proses pengajaran dan pembelajaran as juga lancar. Guru hanya menerangkan tentang isi jaran tanpa bacakannya. Ini ialah kerana, murid boleh a sendiri gunakan alat ini. elaslah, alat ini boleh murid kurang upaya penglihatan mbantu baca dengan mudah. Mereka dapat baca agai-bagai jenis bahan. Kini, bahan bacaan mereka k had lagi tulisan braille. Bahan dan sumber bacaan eka kini semakin bertambah dan luas. Kalau bijak berinovasi, Banyak masalah dapat diatasi. Jika kreativiti ditingkatkan, Ciptaan kreatif dapat dihasilkan. Kekeluargaan Keselamatan Kelestarian Alam Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan Kemasyarakatan Integriti Pertanian dan Penternakan Sains, Teknologi dan Inovasi

Upload: others

Post on 18-Nov-2021

15 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 5 Sekolah Jenis …

ii

Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 5 Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) kegunaan mulai tahun 2021 dihasilkan berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP), Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Semakan 2017 yang disediakan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pendidikan Malaysia. Tujuan buku ini dihasilkan adalah untuk melahirkan murid Tahun 5 SJK yang dapat menguasai kemahiran berbahasa, kemahiran berfikir dan menekankan konsep Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) selaras dengan hasrat pendidikan negara.

Setiap tema mengandungi tiga unit dan jumlah keseluruhannya 24 unit. Setiap unit mengandungi Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran Membaca, Kemahiran Menulis, Aspek Seni Bahasa dan Tatabahasa. Pada akhir setiap tema disediakan aktiviti 4P, iaitu Pemulihan, Pengayaan, Pengukuhan dan Penilaian.

Kandungan buku ini dipersembahkan secara modular bagi memudahkan murid menguasai Standard Pembelajaran (SP) dalam proses pembelajaran. Elemen Merentas Kurikulum (EMK) sentiasa diterapkan bagi mempelbagaikan pengetahuan dan kemahiran murid.

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) juga diterapkan dalam buku ini. Hal ini bertujuan untuk melatih murid agar berfikiran kritis dan kreatif. Penulis ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam penerbitan buku ini. Diharapkan buku ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh guru dan murid Tahun 5 SJKC. Dengan ini, usaha untuk melahirkan murid yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani seperti yang dimatlamatkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan dapat direalisasikan.

Panel Penulis

11

• Minta murid bercerita berdasarkan gambar.

1

2 3

KELUARGA TERCINTA

Keluarga Bahagia,Hidup Sejahtera

82

LESTARIKAN ALAM

• Minta murid berbincang tentang gambar dan frasa.

teknologi hijau

jimat air

jimat elektrik tong sampah

kompos

kitar semula

Peliharalah Alam Kita

21

• Minta murid bernyanyi dengan sebutan dan intonasi yang betul.• Minta murid menyatakan maksud lagu dan bercerita tentang gambar.

PERPADUAN TUNJANG KEHARMONIAN

Perpaduan Teras Kejayaan

Kini semangat jalan seiringSatu amanah kerjasamaJadi teras bangsa muliaSehati sejiwa

Bangun membantu agar sepakatMoga terserlah perpaduanAgar teguh di persadaDalam hidup harmoni

Sirami rasa kasih sayangJadi benteng hidup yang harmoniNurani ikhlasDi hati murniMenjadi kekuatan kita

Bersatu ... bersatuBersatu gagah bercerai rebahHindarkan hasrat sengketa kitaPerpaduan teras kejayaan

Berpadu ... berpaduBerpadu bulat kata sepakatMenjadi cita negara jayaPerpaduan teras kejayaanPerpaduan teras kejayaanPerpaduan teras kejayaan

(Melodi lagu “Perpaduan Teras

Kejayaan”)

Imbas Saya

102

PERTANIAN DAN PENTERNAKAN

• Bimbing murid berbincang tentang gambar.

Internet Buku

Majalah Televisyen

KeistimewaanPertanian dan Penternakan

4141

Bersiap sedia hadapi kemungkinan

PASTIKAN SELAMAT DI MANA-MANA

Berhati-hati setiap ketika

Prihatin pasti selamat

• Bersoal jawab dengan murid tentang amalan keselamatan berdasarkan gambar.

122

BERSAMA MENJANAKAN PENDAPATAN

Bersoal jawab dengan murid tentang gambar dan cara menambah pendapatan.

61

INTEGRITI DALAM KEHIDUPAN

61

• Minta murid berbincang tentang pantun dan gambar.

Rumput muda dimamah lembu,

Jujurlah kepada ayah dan ibu.Ikan tenggiri di lautan biru, Usah ingkari arahan guru.

Pohon berduri tumbuh di jalan,

Integriti diri jadikan amalan.

142

• Minta murid berbincang tentang gurindam dan gambar.

Andai mahu menambah ilmu,

Terokai sains usahlah jemu.

Apabila teknologi diutamakan,

Banyak tugas dapat diselesaikan.

BIJAK SAINS, MESRA TEKNOLOGI DAN INOVASI

alat pengesan bakat atlet

156

Edit dan murnikan perenggan.

• Bimbing murid mengenal pasti kesalahan ejaan, tanda baca, penggunaan imbuhan, penggunaan kata dan struktur ayat.

• Minta murid mengedit dan memurnikan ayat dalam perenggan.

KBAT: Menganalisis – Mengesan Strategi PdP: BCB – Membuat Rujukan EMK: Kreativiti dan Inovasi PAK 21: Perbincangan

3.3.2

Inovasi untuk Golongan Kurang Upaya Penglihatan

Pada tahun 2015, Institut Teknologi di Amerika telah mencipta

Finger Reader. Alat ini mereka cipta untuk orang kurang upaya

penglihatan. Alat ini, macam sebentok cincin, di pakai di jari

telunjok. Kemudian, jari gerak pada ayat yang ingin dibaca.

Manakala, juga boleh membaca gunakan di telefon pintar.

Seterusnya, alat ini dilengkap kemera dan audio. Kemera

akan imbas ayat yang ditunjuk jari. Setiap ayat yang mereka

imbas akan bertukar dalam bentuk suara. Mereka akan

dapat dengar tiap perkataan bila gerakkan jari pada baris

ayat di buku.

Selain itu, alat ini boleh orang buta bawa ke mana sahaja.

saiznya alat ini kecil. Proses pengajaran dan pembelajaran

dikelas juga lancar. Guru hanya menerangkan tentang isi

pelajaran tanpa bacakannya. Ini ialah kerana, murid boleh

baca sendiri gunakan alat ini.

Jelaslah, alat ini boleh murid kurang upaya penglihatan

membantu baca dengan mudah. Mereka dapat baca

pelbagai-bagai jenis bahan. Kini, bahan bacaan mereka

tidak had lagi tulisan braille. Bahan dan sumber bacaan

mereka kini semakin bertambah dan luas.

Kalau bijak berinovasi,Banyak masalah dapat diatasi.

Jika kreativiti ditingkatkan,Ciptaan kreatif dapat dihasilkan.

Kekeluargaan

Keselamatan

KelestarianAlam

Ekonomi,Keusahawanan

dan PengurusanKewangan

Kemasyarakatan

Integriti

Pertanian danPenternakan

Sains, Teknologidan Inovasi

Page 2: Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 5 Sekolah Jenis …

iii

Abdul Rahman Kamil bin Abu Naim merupakan nama yang tidak asing lagi dalam penulisan buku teks dan buku kerja Bahasa Melayu. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dari Universiti Islam Antarabangsa. Beliau merupakan penulis bersama Buku Teks KBSR Bahasa Malaysia Tahun 4 SJK (2005), Buku Teks KBSR Bahasa Malaysia Tahun 5 SJK (2006), Buku Teks KSSR Bahasa Melayu Tahun 6 SK dan SJK (2015), Buku Teks dan Buku Aktiviti Jilid 1 dan 2 KSSR (Semakan) Bahasa Melayu Tahun 1 SJK (2017), Buku Teks dan Buku Aktiviti Jilid 1 dan 2 KSSR (Semakan) Bahasa Melayu Tahun 2 SJK (2018), Buku Teks dan Buku Aktiviti Jilid 1 dan 2 KSSR (Semakan) Bahasa Melayu Tahun 3 SJK (2019), Buku Teks KSSR (Semakan) Bahasa Melayu Tahun 4 SJK (2020) dan yang terbaharu ialah Bahasa Melayu Tahun 4 SJK kegunaan tahun 2021.

Kamarudin bin Jeon berkelulusan Bacelor Pendidikan (Pengajian Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pertama) dari Universiti Putra Malaysia. Beliau merupakan Guru Kanan Bahasa di SMK Bandar Tun Hussein Onn 2, Cheras. Beliau bergiat aktif dalam bidang penulisan sejak tahun 1991 hingga kini. Antara buku yang ditulis oleh beliau ialah buku teks Bahasa Melayu Tahun 1 SK (2003), Bahasa Melayu Tahun 3 SK (2004), Bahasa Melayu Tahun 4 SK (2005), Bahasa Melayu Tahun 5 SK (2006), Bahasa Melayu Tahun 1 SJK (2010), Bahasa Melayu Tahun 3 SK (2012) dan Bahasa Melayu Tahun 4 SJK (2013). Beliau juga merupakan penulis bagi buku rujukan Tatabahasa, Siri Bahasa Melayu Prasekolah, Kemahiran Intervensi Membaca dan Menulis (KIA2M) terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Beliau turut menulis buku kerja tahun 4, 5 dan 6 serta buku teks Bahasa Melayu Tahun 6 Brunei Darussalam.

Selain itu, beliau turut menulis buku sokongan Apresiasi KOMSAS bagi Sejadah Rindu (2018), Nilai Insan (2018), Naratif Ogonshoto (2017), Destinasi Impian (2017) dan Jalan ke Puncak (2017). Beliau juga pernah menulis sisipan Tatabahasa dalam majalah Dewan Pelajar dari tahun 2010 hingga 2013 dan kolum KOMSAS PT3 majalah Dewan Siswa dari tahun 2014 hingga kini. Pada tahun 2019, beliau dilantik sebagai Ahlil Jawatankuasa Peningkatan Mutu Buku Teks Amalan Bahasa Melayu Kelas Peralihan.

Mat Ariffin bin Ismail berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian dari Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam bidang Pengajian Bahasa Melayu. Beliau merupakan guru Bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan Batang Kali dan telah menghasilkan lima buah buku teks, iaitu buku teks Bahasa Melayu Tahun 6 SK, Bahasa Melayu Tahun 6 SJK (2015), Bahasa Melayu Tahun 2 SK KSSR Semakan (2017), Bahasa Melayu Tahun 3 SJK (2018) dan Bahasa Melayu Tahun 5 SJK (2020). Selain itu, beliau juga telah menghasilkan buku Cara Mudah Menguasai Tatabahasa yang diterbitkan oleh DBP (2016). Beliau pernah dilantik oleh DBP sebagai Panel Jawatankuasa Peningkatan Mutu (Buku Teks) sejak tahun 2005 hingga 2015 dan Panel Jawatankuasa Peningkatan Mutu (Buku Sokongan). Beliau juga aktif sebagai Jurulatih Utama Lembaga Peperiksaan Malaysia yang bertanggungjawab menyebarkan maklumat tentang perubahan format peperiksaan UPSR. Beliau turut dilantik sebagai Jurulatih Kebangsaan sejak 2006 hingga kini dan bertanggungjawab menyampaikan ceramah tentang Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR Semakan) kepada Jurulatih Utama Negeri. Pada tahun 2020, beliau telah memenangi Anugerah Guru Inovatif Sekolah Rendah Peringkat Negeri Selangor.